Kerana Janji
Bab 175
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
73

Bacaan






Hatinya yang berbunga-bunga bila berjumpa Aliaa tadi terus jadi layu bila muncul Encik Zack. Kacau daun betullah. Baru nak mengayat, dia pula muncul. Menyirap betul hatinya. Mana ada Aliaa disitulah juga ada Encik Zack. Apapun, hatinya tetap happy. Aliaa dah mahu senyum dengannya, dah mahu berbual dengannya. Itu dah cukup membahagiakan hatinya. Ini permulaan yang baik. Tapi itulah, si penyibuk itu pula kacau. Memang tak boleh tengok orang bahagia kut. Sebelum ni Faliq dan Encik Zack okey saja. Tak ada masalah pun. Boleh berbual seperti biasa. Dan Encik Zack pun tahu hubungan Faliq dan Aliaa. Ada juga dia beri semangat agar tidak putus asa tawan hati Aliaa semula. Tapi tiba-tiba kelmarin sewaktu mahu pulang dari office Encik Zack panggil Faliq. Dan berterus-terang pada Faliq. Memang terkejut besarlah Faliq. Rasa tergugat pun ada. Boleh pula Encik Zack dengan mudah berkata. Selamat Faliq masih waras, kalau tak. Memang bertumbuk mereka kelmarin.

Keluar saja dari liff. Faliq jalan menuruni anak-anak tangga. Menuruni anak tangga yang terakhir, Encik Zack memanggilnya yang baru keluar dari pintu liff sebelah. Faliq memberhentikan langkah. Dia seperti biasa senyum saja.

"Bro.. Nak balik dah ke?!" Tanya Encik Zack.

"Iya.. Nak balik. Kenapa?!"

" Nak jumpa kau sekejab boleh. Nak bincang sesuatu. Penting!"

" Boleh. Tapi tak boleh lama sebab aku ada hal ni.."kata Faliq. Encik Zack mengangguk. Mereka berjalan ke tepi dinding. Tak elok pula bincang di tepi tangga. Dahlah waktu kemuncak orang turun balik kerja. Jadi bincang di tepi dinding sajalah.

"So, nak bincang apa ni?!" Tanya Faliq berkerut.

" Aku nak tanya ni. Kau dengan Aliaa macam mana?! Korang dah tak ada apa-apa kan. Maksud aku dah putus. Kan?! " Tersentak Faliq dengan soalan itu. Kenapa tiba-tiba Encik Zack tanya. Hati Faliq mula rasa tak sedap.

" Kenapa tiba-tiba kau tanya ni?!" Berkerut Faliq. Serius. Encik Zack senyum sinis.

" Sebenarnya macam ni.. Aku rasa aku kena terus-terang dengan kau. Tapi kau jangan marah pula ye" Hati Faliq semakin berdebar. Apakes pula ni. Kata hatinya.

" Terus-terang apa?!" Tanya Faliq tak sabar nak tahu.

"Bro.. Aku dah mula sayang Aliaa..!!"

"Hohohohoo..!! Apa kau merepek ni Zack. Kau jangan macam-macam..!" Fuh!! Berderau darah Faliq dengar. Muka Encik Zack langsung tak rasa bersalah.

" Ni bukan merepek bro. Ni kenyataan. Aku sayang Aliaa. Lagipun, korang dah putus. So, Aliaa single. Tak ada masalahlah kut.." selamba Encik Zack cakap.

" Masalahnya aku masih sayang Aliaa. Sampai bila-bila pun aku tetap sayang dia. Kau tahu kan, aku tengah nak perbaiki hubungan kami. Dah kau nak sailang kenapa bro. Jangan cari pasal lah bro.." Merah muka Faliq menahan marah.

" Bukan aku nak sailang.."

" Tak sailang apa macam tu. Selama ni kau nasihatkan aku, kau bagi semangat dekat aku. Jangan putus asa, teruskan usaha. Apa semua ni. Rupanya kau ambil kesempatan.. Melampau lah weiii...!!" Turun naik nafas Faliq.

" Okey.. Aku minta maaf. Bagi aku selagi Aliaa tak mengaku yang dia  sayang kau, cinta kau bermakna aku masih ada peluang.." Encik Zack senyum sinis.

" Aku sayang Aliaa setengah mati tau tak. Datang kau tiba-tiba je.. Ishh!! Kau kan dah ada Elly, apasal Aliaa pun kau nak.. Tamak betul lah" Luah Faliq.

" Hati dan perasaan tak boleh nak elak bro.. Elly aku anggap kawan je kut. Sorrylah. Aku pun tak tahu macam mana boleh terpikat dengan Aliaa. Yang kau dah dapat dan kau lepaskan kenapa? Nasib kaulah..." Encik Zack perli Faliq. Faliq menarik nafas dalam.

" Okey macam ni. Kita fight!! Kalau aku berjaya ambil hati Aliaa, kau jangan muncul walau sekali pun dalam hidup dia dan kalau kau berjaya aku pun takkan muncul dalam hidup dia. Setuju?!" Cadang Encik Zack.

" Kau ingat Aliaa tu barang taruhan ke?! Gilalah kau ni. Aku tak pernah anggap dia macam tu. Dia ada maruah. Aku hormat dia. Bukan dengan cara fight macam ni.. Ada otak gunalah bro.." Punyalah marah Faliq. Suka-suka saja Encik Zack ni.

" Hmm.. Terpulang...!! Kita tengok siapa yang berjaya. Okeylah..!! Aku gerak dulu. Milik siapakah Aliaa Sofea?! Tunggu..!! Bye..!!"


Semakin membara hati Faliq. Geram. Kalau ikut hati mahu saja ditumbuk mukanya sampai berkecai. Faliq beristighfar panjang. Tak satu-satu dugaan. Susah betul nak dapat kebahagiaan. Tak apalah. Sabarlah Faliq.

Faliq mengeluh kecil. Senyum menyedapkan hati sendiri. Apapun dia takkan putus asa. Dia yakin  dengan doa, dia yakin Allah akan makbulkan doanya. Dan dia juga yakin Aliaa akan kembali padanya. Insha Allah..!!  Bunyi handphone mematikan lamunannya.

" Iya Angah.. Kenapa?!" Lembut suaranya.

"Alang dah jemput Aliaa dan Adil tak majlis minggu depan ni?!"

"Ya Allah!! Alang lupa. Sorry.. Sorry!! Kejab lagi Alang call Adil."

"Dah agak dah. Selamat Angah call ni. Jangan sampai tak jemput ya.." kata Asnida.

" Okey!! Lepas ni Alang terus call Aliaa dan Adil. Hahaha.!

"Alang dan Aliaa dah okey ke?! Ceria je suara ni.." teka Asnida.

" Hahahaa.. Alhamdulilah, dia nak kawan dengan Alang dah tapi terima tu belum lagi kut.." terang Faliq ceria.

" Syukur Alhamdulilah. Perlahan-lahanlah ye. Insha Allah.. Allah akan permudahkan. Jangan lupa tau jemput Aliaa.." pesan Asnida lagi.

" Okey..!! Bye..!!" Talian dimatikan. Handphone masih dipegang. Senyum dan senyum. Faliq membuka aplikasi whatsapp. Menghantar whatsapp pada Aliaa.

"Hii my dear..!!
 Busy ke?! Dah makan tak?!"

Faliq menyandarkan badan di kerusi. Senyum menanti balasan dari Aliaa. Sudah lama dia tidak rasa perasaan berbunga macam ni. Sama seperti mula-mula bercinta dengan Aliaa. Sejarah mungkin berulang. Happy nya hati hanya Allah yang tahu.

Tet..tet..!!

Cepat-cepat dia buka whatsapp. Aliaa membalas. Berseri-seri wajahnya.

"On the way balik office.
Dah makan dah tadi.
Awak tak busy ke?!"

" Tak pun. Minggu depan, saya nak jemput awak dan Adil datang rumah. Ada buat majlis kesyukuran dan majlis pernikahan Ash dan Lokman. Jemput datang ye."

" Kak Ash nak nikah?!
Alhamdulilah.. Happy saya dengar.
Insha Allah, kalau tak ada halangan saya datang.."

" Awak kena datang tau sebab awak tetamu paling istimewa.."

" Alamak!! Takut pula saya dengar.."

" Hahaha..!!
Hari ni hari paling happy buat saya. Terima kasih sayang!! Sekian lama saya menanti senyuman dari awak.."

"Maafkan saya. Saya lebih selesa kita berkawan je ye.. Okeylah!! Saya nak naik office dah ni.
Kirim salam dekat Kak Ash dan makcik ya..
Assalammualaikum..!!"

"Waalaikumsalam.." balas Faliq. Kawan ye. Kawan pun kawanlah. Dari kawan akan jadi kekasih, dari kekasih akan jadi isteri. Insha Allah. Kata hati Faliq. Dia senyum lagi dan lagi. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Ada jodoh tak kemana.

Faliq mengambil kunci kereta dan terus keluar. Hari ni hari rehat dia, tak ada kerja nak buat. Semua dah disiapkan semalam. Kononnya hari ni nak cuti tapi entah kenapa tergerak hati nak masuk office. Rupanya, nak jumpa dan baik dengan Aliaa. Perancangan Allah itu tiada siapa tahu. Dia memandu ke butik. Saja nak masuk butik, nak jumpa Elly. Nak bertanya mengenai Encik Zack. Anak Dato' yang berlagak itu. Jadi geram pula dia pada Encik Zack.

Sampai di butik, dia terus duduk di kerusi kayu. Melepaskan lelah. Menyandarkan badan dan memeluk bantal hiasan. Memandang ke syiling. Asnida muncul dari belakang.

" Eh! Alang tak kerja ke?!" Tanya Asnida dan duduk di sebelah Faliq.

" Dah baliklah ni. Mana Elly?!"

" Ada dekat belakang. Kenapa ni?! Tadi dekat handphone punyalah ceria, ni sedih je muka. Kenapa?!" Tanya Asnida. Sambil membetulkan shawlnya.

" Tak adalah. Elly tengah busy ke?!"

" Ada ni ha..!! Kenapa cari i?!" Muncul Elly dan duduk di hadapan mereka.

"Saya nak tanyalah pasal Zack..." Faliq memandang tepat wajah Elly.

" Zack?! Tanya apa?!"

" Sebenarnya awak dengan Zack ada hubungan atau tak?!"

" Hahaha..!! Kami kawan jelah. Memang kalau boleh i nak semula dengan dia. Tapi dia buat tak tahu je. So,i pun biar jelah.. Kenapa you tanya?!" Elly gelak. Asnida hanya mendengar.

"Awak tahu tak.. Dia nak ambil Aliaa dari saya.." kata Faliq perlahan. Sayu je suaranya.

" Apa?? Ish!! Biar betul. Dia tak pernah cakap apa-apa pun pasal Aliaa. Tak mungkinlah you..!!"terkejut Elly dan Asnida.

"Biar betul?!"

" Iya Angah.. kelmarin dia cakap. Dia cakap dia dah mula sayang Aliaa. Sampai nak fight dengan Alang untuk dapatkan Aliaa.. " Faliq memandang ke lantai.

" Tak mungkinlah you. Dia kan tahu, you dengan Aliaa. Takkan dia nak rampas kut." Elly tidak percaya.

" Dia tahu saya dan Aliaa dah tak ada apa-apa dan dia juga tahu saya tengah usaha nakkan Aliaa semula.." jelas Faliq lagi.

" Aliaa tahu tak perkara ni?!" Tanya Asnida.

" Tu Alang tak tahu pula..."

" Kalau betullah apa yang you cakap ni. Maknanya.. Hmm.. Kecewa lagilah i. Apalah nasib i ni.. !!" Keluh Elly. Sedih.

"Okey macam ni. Sekarang ni Alang relax je dulu. Alang buat biasa je dan layan Aliaa, ambil hatinya lebih lagi. Aliaa pun dah okey kan dengan Alang..."

" Tapi dia cakap berkawan je Angah..!!" Asnida terdiam. Sedihnya muka Faliq. Asnida senyum.

" Alaa tak apa. Itu yang dia cakap tapi hati dia kita tak tahu kan. Sabar ye. Dalam masa sama, banyakkan berdoa. Adil pun kena tahu ni. Alang jangan diam je.. " cadang Asnida.

" Betul tu!! Jangan risaulah Faliq. Aliaa tu sayang you, takkan berubah hatilah. Dia pernah cakap dekat i dulu. Sayang dan cinta dia pada you sampai ke syurga. Walaupun terpisah jasad tapi takkan terpisah hati. Punyalah kuat sayang dan cintanya pada you.. You kena yakin dengan dia. Betul tak Ash!!" Kata Elly pula bagi semangat pada Faliq.

" Ya.. Betul.. betul..!! Kami akan tolong Alang. Nanti ada masa Angah nak jumpa Aliaa, nak borak-borak dengan dia. Ataupun, ajak jelah dia dan Adil dinner ke lunch dekat rumah. Lagi bagus, jumpa mama papa. Rapatkan dia dengan family kita. Okey tak?!" Cadang Asnida lagi.

" Iya tak iya juga kan.. Bagus juga idea Angah ni. Nanti balik kita bincang dengan mama.." Faliq senyum. Baru berseri muka.

" I pun setuju cadangan tu. Pasal Zack you jangan risau. Nanti i try cakap dengan dia.." sambung Elly pula.

" Terima kasih Elly. Terima kasih Angah.. !!" Makin bertambah semangat Faliq. Dalam keadaan buntu dan sedih masih ada yang sudi membantu walau sekadar memberi nasihat dan semangat. Asnida senyum manis. Apapun terjadi, dia akan tolong adiknya bersama Aliaa semula. Kerana dia mereka berpisah. Jadi, kali ini dia kena bertanggungjawab sama untuk perbaiki hubungan mereka. Dia tahu, Aliaa juga masih menyayangi Faliq mungkin kerana takut dikecewakan lagi. Sebab tu Aliaa kena berhati-hati untuk beri peluang yang kedua. Dia kena beri keyakinan pada Aliaa. Itu perlu.

Aliaa oh Aliaa..!! Alhamdulilah, keluargaku semua menerimamu dengan baik. Mereka juga menyayangimu Aliaa. Kembalilah padaku Aliaa. Terimalah aku seadanya. Segala kekurangan dari diriku sendiri dan segala kelebihan datang dari Allah swt. Aliaa.. Aku yakin engkau akan jadi milikku. Aku yakin dengan doaku, aku yakin dengan Allah swt, aku yakin dengan ketentuan ilahi. Kaulah yang terindah dari segalanya. Aku akan terus menanti dan menunggu cinta tulus suci darimu wahai permaisuri hatiku. Aku sayang kau Aliaa..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku