Kerana Janji
Bab 176
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
81

Bacaan






Aku duduk di sofa melayan tv. Dah lama tak tengok cerita kartun larva ni. Terhibur hati aku. Gelak aku sendiri. Sambil tengok larva sambil mengunyah keropok. Tadi abang pergi kedai jadi aku suruh abang beli keropok sekali. Hujan diluar tak berhenti lagi. Sejuk menusuk ke tulang. Abang tak keluar lagi dari bilik. Jadi akulah sorang-sorang. Satu keropok habis aku buka lagi sebungkus keropok. Dasyat!!

Handphone sekarang ni aku bawa je kemana, dah rajin aku berbalas whatsapp dengan Faliq. Siapa lagilah nak whatsapp dengan aku kalau tak dengan si hantu tu. Boleh juga hilangkan bosan aku. Layankan jelah. Bukan orang lain pun. Sejak dua menjak ni, Encik Boss pun rajin hantar whatsapp dekat aku. Tapi whatsapp dia semua feeling je, memang membosankan. Aku bukan jenis suka ayat jiwang macam tu. Faliq yang hantar ayat jiwang pun aku tak layan lagi dia. Hmm.. Eh! Whatsapp masuk. Macam faham je si hantu Faliq ni aku tengah fikirkan dia. Hehe!!

" Yuhuuu!!! Buat apa tu?!"
Aku senyum sampai ke telinga.

"Tengok tv.." balasku ringkas je.

"Tengok Mr. Bean ke Larva?!"

Hahahaha.. Aku gelak besar.

" Macam tahu je kan. Hahaha..
Larva ni. Nak join?!"

" Mestilah tahu. Dah awak cakap saya hantu kan. Ni saya dekat sebelah awaklah ni.
Tak nampak ke?!"

Aku punyalah bendul, pandang ke sebelah. Kemudian, gelak.

" Halimunan ye.. Hebat!!"

"Faliq Alfie memang hebat. Baru tahu ke?!"

" Hahahaa.. Masih ada perasaan perasan tu ek!!"

"Perasaan perasan tu bukan untuk orang lain tapi untuk sayang saya ni juga.."

Alamak!! Dia start dah. Aku senyum. Tak balas dah. Aku letak handphone dan minum air. Lega tekak. Sambung mengunyah lagi. Bunyi whatsapp lagi. Entah apalah dia nak cakap ni. Nak perasan lagilah tu. Cepat-cepat aku ambil handphone. Eh!! Bukan dari Faliq lah tapi dari Encik Boss pula.

"Aliaa.. Esok breakfast sama ye?
Tunggu saya ya..!!"

Aku baru cadang nak breakfast dengan Naim dan Kak Intan. Dah lama tak breakfast dengan mereka. Asyik dengan Encik Boss je. Kadang aku breakfast dengan mereka pun Encik Boss join. Sekarang ni aku rasa macam tak ada privasilah pula. Mana aku pergi mesti dia nak ikut. Aduhai.. Aku tak balas apa-apa. Aku letak handphone semula.

"Amboii.. Dari tadi abang perhati. Senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang. Baguslah macam tu. Happy abang tengok. Akhirnya bersatu kembali.. Aaminn..!!" Muncul abang tiba-tiba. Terkejut aku.

" Mana ada bersatu lagi. Masih berkawan.. " jawabku.

" Aik!! Iyeke..?! Takkan kawan je kut.." Aku pandang abang. Menjeling.

" Iya abang oii.. Tak percaya sudah.."

" Okeylah tu. Lama-lama nanti on lah tu kan. On jelah dik. Habis cerita.."

"Suka-suka abang je ek.!!"

" Jangan cakap adik tunggu si Zack tu ye. Abang tak suka tau..!!" Abang awal-awal dah warning. Entah apa yang buat dia tak suka dengan Encik Boss pun tak tahulah.

" Apa salahnya. Dia pun baik kut. Kalau adik pilih dia macam mana?! Abang tak mengaku adik ni adik abanglah ye.."Aku sengaja je buat abang bengang. Menyakat abang. Buat hal aku ni.

" Adik jangan nak mengada ye. Abang tak restukan. Adik kahwinlah sendiri. Abang langsung taknak ambil tahu. Sikit pun tak.. Faham!!" Aku gelak. Gelak semahu-mahunya.

" Gelak pula. Abang serius kut. Keputusan abang muktamad. Tak ada panggilan hayat.." Aku semakin gelak besar. Lawak abang aku ni.

" Aduh.. Sakit perut adik. Lawak!! Tapi kan abang. Kalau dah Allah kata Zack tu adalah jodoh adik. Abang tak boleh buat apa tau. Kehendak Allah, kena redha. Betul tak?!" Aku makin membakar hati abang. Degil betul aku ni.

" Hmm.. Tapi takdir boleh berubah dengan doa. Insha Allah..!!" Jawab abang pula. Aku senyum.

" Esok abang hantar adik ya. Kita breakfast sama. Ajak Faliq sekali.. " Kata abang.

" Okey!!" Jawabku ringkas. Bagus juga tu. Sekurang-kurangnya taklah breakfast dengan Encik Boss je. Nak juga breakfast dengan orang lain. Aku ambil handphone dan membuka whatsapp dari Encik Boss tadi. Aku balas whatsapp dia.

" Maaf Encik Boss.
Esok saya breakfast dengan abang saya. Sorry!!"

" Boleh saya join?!"

Pula dah. Dia nak join?  Selamba je dia ni. Parah ni..


Tak pasal-pasal si Faliq kecil hati pula nanti. Aku baru je nak berbaik dengan dia. Berbaik berkawan.

" Lain kalilah ye Encik Boss. Apa pula abang saya cakap nanti.."

" Okeylah.."

" Saya nak tidur. Good nite..!!"

Aku terus letak handphone di tepi. Terfikir sebentar. Encik Boss ni macam betul-betul seriuslah. Takut pula aku. Sedangkan aku dah bagitahu dia, aku anggap dia tak lebih dari seorang majikan dengan pekerja. Tapi... Ni yang buat aku risau ni.

" Kenapa tu?!" Tanya abang.

" Abang.. Adik risaulah dengan Encik Boss tu..." kataku.

" Risau kenapa? Dia ada buat tak elok dekat adik? Dia buat apa? Malam ni juga abang cari dia.." Abang aku ni, fikir negatif pula.

" Ish!! Abang ni. Ke situ pula. Macam ni, dia macam serius je dengan adik. Dia nak jumpa abang. Dari hari tu lagi dia cakap. Tu yang risau.. " luahku.

" Hmm.. Kenapa adik tak cakap je adik dengan Faliq. Nak kahwin dengan Faliq. Kan senang.. Comfirm dia takkan mengharap lagi. Ini adik diam je, memanglah dia ingat adik terima dia walaupun sebenarnya tak.. " Jelas abang.

"Tapi adik dah cakap dengan dia kut adik cuma anggap dia majikan je. Tak lebih. Takkan dia tak faham.."kataku.

" Dik.. lelaki ni kalau cakap macam tu takkan jalanlah. Lagi pula dia tahu adik tak terikat dengan sesiapa. Dia akan anggap dia masih berpeluang. Dan terus ambil peluang. Bersungguh dan serius. Abang lelaki dik. Abang tahulah.." jelas abang.

"Yeke macam tu? Maknanya lelaki ni memang tak faham bahasalah kan. Walaupun dah info tapi tak faham-faham "

"Oii.. Suka-suka je cakap macam tu.." meradang betul abang. Hahaha!! Kau gelak kuat.

"Bukan macam tu.. Tapi iyalah. Dah nama pun lelaki, kalau dah suka dekat perempuan tu, macam mana payah pun tetap nak miliki. Contoh si Faliq tu. Sekali pandang dah terpikat, sanggup tunggu lama, buat itu buat ini sebab nak ambil hati adik. Dah dapat, kakak dia pula buat hal, dah abang terpaksa pisahkan korang. Macam mana keadaan dia waktu tu, dah tak macam orang kan. Tapi tak putus asa. Tetap usaha juga nak bersama adik. Dan kemudian, berpisah lagi tapi pun bukan sebab dia, kakak dia juga tapi ada dia putus asa tak. Tak kan!! Sampai sekarang tetap berusaha dan berusaha nak adik semula. Nampak tak kesungguhan dia tu. Lelaki kalau dah sayang, sayang ke mati.. !!" Jelas abang panjang lebar. Aku dengar je. Abang sengaja bagi contoh si Faliq sebab aku tahu abang nak aku yakin yang Faliq tu betul-betul nak aku. Sama macam yang Naim cakapkan tempoh hari.

"Adik tahu.." jawabku sayu. Terharu. Abang senyum.

"Dan selama tu juga ada tak dia cuba cari perempuan lain, melayan perempuan lain atau keluar dengan perempuan lain? Tak adik. Tak..!! Walaupun abang tahu, banyak peminat dia dekat tempat korang tu. Sebab hati dia hanya untuk adik sorang je..." sambung abang lagi. Abang buka mata aku terhadap Faliq. Abang yakinkan aku tentang Faliq.

" Adik tahu tak?! Antara kami bertiga. Yang paling gila-gila, Faliq lah. Memang sentiasa ceria je hidup. Senyum memang tak lekang. Yang paling tak reti nak marah pun Faliq tapi sekali marah, dengan lecturer kena. Dia layan perempuan, banyak kawan perempuan dia tapi sorang pun tak mampu pikat hati dia. Memang tak dinafikanlah. Pengakuan dia, dia tewas bila jumpa adik.." Seronok pula dengar cerita pasal Faliq ni dari abang. Wah!! Kira aku ni wanita bertuahlah ni ek..!!

" Abang taklah cakap dia lelaki terbaik di dunia. Tapi apa yang abang nilaikan. Dia bertanggungjawab. Tengok macam mana dia dengan family dia. Adik tahu kan?! Dia setia jujur, setia pun dengan adik. Dan yang paling penting, dia jaga hubungan dia dengan Allah.. Adik nampak tak sekarang?!"

Aku pandang abang. Kemudian, pandang ke sofa pula. Abang senyum.

" Kadang-kadang, kebahagian itu tak datang dalam bentuk senyuman tapi ia datang dalam bentuk tangisan. Jadi, sabarlah sayang dan berdoalah. Kebahagiaan itu pasti akan jadi milik adik dan Faliq.." kata-kata abang betul-betul buat aku nak mengalir airmata. Rasa tertusuk betul dekat hati. Teringat pula kata-kata Faliq dulu. Nak bahagia kena lalui pelbagai kesakitan. Insha Allah, bahagia milikmu.

"Adik ada buat solat istikharah tak?!" Tiba-tiba abang bertanya.

"Ada.."

"So.. "

"Itulah yang masalahnya ni bang...!!"

"Masalah kenapa?!"

"Tak ada pula muka Faliq ke muka Encik Boss ke. Tapi yang muncul muka Zul Ariffin lah.."

"Eeeee... Budak ni. Pergilah tu kejar Zul Ariffin tu. Pandang adik pun dia taknak tau. Orang serius dia main-main pula. Ni memang bertuah ni tau tak..!!" Abang ketuk kepala aku dengan bantal. Hahaha!!! Aku gelak besar.

"Dahlah. Tidur lagi best. Malas layan adik. Abang sendiri yang jadi gila nanti.. Good nite! Jangan tidur lambat..!!"

"Hahaaha... Okey!!" Abang terus bangun dan berlalu ke biliknya. Aku masih gelak kecil.

Apa aku harus lakukan sekarang? Disana menanti disini menunggu. Susah betul jadi orang comel ni. Ada je masalahnya. Jadi rebutan pula.  Hahaha..!! Kan dah perasan. Sekarang ni, aku taknak antara Faliq dan Encik Boss ada yang kecil hati. Macam mana nak buat ek?! Tapi nak taknak salah seorang mesti akan kecil hati jugalah. Kalau aku pilih Faliq, mesti Encik Boss kecewa kut, dan kalau aku pilih Encik Boss sudah tentu Faliq kecewa lagi. Alahaaiii.. Sebenarnya dua-dua pun baik. Tapi tulah, mana ada boleh ambil dua-dua kan. Hmm.. Dua-dua punyai ciri-ciri yang sama. Okeylah..  Tak payah pilih mereka. Pilih balik kampung tanam pisang tunggu orang kampung datang meminang. Kikikiii... Masih lagi nak bergurau. Aku ni dah jadi serba-salah sebenarnya.
Arghhh!! Malaslah fikir.

Aku kemas segala yang bersepah di atas meja bawa ke dapur. Siap cuci dan buang sampah. Kemudian ke ruang tamu semula, ambil handphone, ini wajib, padamkan lampu dan terus masuk bilik. Melabuhkan badan di tilam empukku. Pandang syiling.

Eh.. Eh!! Tiba- tiba muncul pula muka Faliq tersenyum mengenyit mata pada aku. Aku senyum. Pula dah sampai terbayang-bayang ni. Hahaha..!! Gelak sendiri. Pandang arah lain dan menoleh semula. Alamak!! Hilang dah muka Faliq, muncul pula muka Encik Boss. Dah sudah!! Pun senyum padaku. Aku berkerut terus ambil bantal tutup muka. Seminit kemudian, aku ngintai. Fuh!! Hilang sudah.. Hahahaa.. !! Aku gelak lagi. Aduhai.. Memang masalah ni. Parah oii parah..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku