Kerana Janji
Bab 177
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
72

Bacaan






" Cepatlah dik..!! Dah lambat ni....!!!" Jerit abang kuat dari ruang tamu.

"Kejab-kejab...!!" Balas aku menjerit juga.
Kelam-kabut aku bersiap. Aduhaiii... Pakai jelah apa yang ada. Selamatlah tudung aku dah siap gosok sekali semalam, baju pun aku cari jenis kain yang tak nampak kedut sangat. Kalau nak gosok pagi ni memang kena bisinglah lagi dengan abang. Nasiblah badan.. Mentang-mentang cuti solat, bangun pun terlajak sudah. Ini akibat tak dapat tidur malam tadi ni. Mengelamun je. Mendapat kau pagi ni, sekali bangun dah jam 8pagi dah. Masakkk!!

Aku cepat-cepat ambil handphone dan handbag. Terus berlari keluar. Abang ni asyik bunyikan hon je. Makin serabut aku jadinya. Ni yang tak suka ni kalau abang tunggu. Kecoh!! Biasa aku tunggu dia, aku relax je. Merungut aku. Aku terus masuk dalam kereta.

" Tahu tak dah jam berapa ni? Kita janji dengan Faliq jam 8.30pagi kan. Belum lagi jalan jam. Ni dekat jam 9 dah ni.." Abang membebel pagi-pagi.

" Bukan sengaja kut. Terlajak bangun.."Aku mencebik.

" Macam mana boleh terlajak bangun. Biasa kata bangun awal. Ke sibuk berwhatsapp dengan Zack sampai tengah malam.." Marah abang. Suka-suka je abang ni menuduh.

" Ish!! Abang ni kan. Kalau cakap tak kaitkan dengan dia, tak boleh ke?!" Aku marah. Jeling tajam. Aku Geram betul. Hilang mood aku jadinya. Aku diam je sepanjang jalan. Malas nak cakap dengan abang. Bukan selalu kut aku lambat bangun. Tahu tadi bawa kereta sendiri lagi baik. Aku keluarkan handphone, nak info Encik Boss minta maaf lewat sikit.

" Encik Boss.. Saya masuk office lewat sikit ye. Lambat bangun. Sorry!!" Aku hantar whatsapp je. Malas nak call, nanti kena bebel lagi dengan abang.

" Okey!" Balasnya. Lega!! Lagipun hari ni tak busy. Duduk office je hari ni.

Sampai je di lobi, kami terus berjalan ke cafe. Breakfast dekat cafe jelah. Dah lambat nak pergi tempat lain. Faliq dah tunggu kami. Tersenyum melihat kami. Aku terus ambil makanan. Nasi goreng dengan kuih cucur badak. Air macam biasa. Kemudian aku duduk di hadapan Faliq. Abang tengah ambil makanan.

"Sikitnya makan. Cukup ke?!" Tanya Faliq.

"Cukuplah ni.."jawabku ringkas. Aku menghirup air nescafe suam. Tak lama, abang sampai. Aku diam je. Faliq tetap senyum.

" Kenapa mendung je ni?!" Tanya Faliq pada abang mulut muncung ke arah aku.

" Mana tak bendung, pagi-pagi dah kena marah.." jawab abang. Menjeling pada aku. Aku berkerut.

" Kena marah kenapa?!"

" Bangun lambatlah apa lagi. Dah tahu ada janji dengan kau, boleh pula dia bangun lewat. Entah apa yang dibuatnya sampai lewat tidur, melayan Zack lah kut.."Abang sengaja sakitkan hati aku. Geram betullah. Tak habis-habis.

" Abang ni kan. Siasatlah dulu jangan nak menuduh sebarang. Faliq cakap dekat abang dengan siapa saya berwhatsapp malam tadi?!" Aku menjeling pada abang.

" Relax lah bro. Jangan marah Aliaa. Kami berwhatsapp malam tadi sampai lewat malam. Aku tak boleh tidur, kebetulan dia pun sama.."jelas Faliq.

" Tu dengar. Adik whatsapp dengan Faliq pun bukan dengan orang lain. Jangan tahu nak marah je..!!"kataku . Aku tahu abang marah sebab ingat aku whatsapp dengan Encik Boss. Nasi goreng depan mata aku tak makan lagi pun, tak ada selera nak makan. Merajuk dengan abang. Dahlah mood aku tengah sensitif hari ni. Macam nak nangis pun ada. Lepas Faliq cakap, tak pula abang cakap apa-apa. Minta maaf dengan aku pun tak. Hmm...

" Tunggu kejab nak ke toilet.." Abang terus bangun dan berlalu. Faliq pandang aku dan senyum.

" Dahlah. Tak payah nak merajuk. Makan nasi tu, dah ambil tak makan. Menangis nasi tu. Kasihan dia.. Makan ya.!!" Faliq juga yang pujuk aku. Aku senyum tawar. Sebenarnya perut memang lapar. Tapi sebab abang, jadi terbantut nak makan. Faliq masih pandang aku tak berkelip.

"Kenapa pandang saya macam tu?! Ada yang tak kena ke?!" Tanyaku lembut.

"Taklah. Dah lama tak tengok muka awak depan-depan macam ni. Happy hati saya.." jawabnya. Jadi segan aku dibuatnya. Aku senyum jelah.

"Jangan lupa tau Sabtu ni datang rumah.." Faliq mengingatkan.

"Insha Allah. Majlis jam berapa?!" 


"Lepas Zohor. Patutnya papa nak Angah dan Lokman nikah rujuk dekat pejabat agama je tapi Angah nak buat dekat rumah. Katanya kali ni dua-dua ikhlas, nak juga dia majlis.." cerita Faliq.

"Okeylah tu. Kan meriah.!! Semua adalah ek?!"

" Insha Allah. Awak tetamu paling istimewa. Bakal ahli keluarga saya.." Faliq senyum. Sinar matanya penuh bermakna.

"Faliqqq...!! Jangan ya. Bagi saya waktu. Boleh kan?!" Aku berlawan mata dengannya. Meminta dia mengerti. Faliq merapatkan wajahnya dekat padaku. Mata bertentang mata. Panahan mata tertusuk ke hati.

" Baiklah sayang. Sampai bila-bila pun saya akan tunggu. Walau hujung nyawa saya.." Faliq mengenyitkan mata padaku. Aku senyum.

" Terima kasih..!"

" Ehem.. ehem..!!" Abang pula datang. Kacau daun pula. Hahaha.. Faliq gelak kecil. Kami berbual mesra. Seronok je. Dah lama tak duduk semeja dan  berborak macam ni. Gelak dan gelak je kami. Borak punya borak. Tak perasaan pula dah dekat 11.00 pagi. Lama juga kami dekat cafe ni. Dari ramai orang sampai tak ada orang. So, kami pun beredar.

Setelah bersalaman dengan abang, aku dan Faliq terus menuju ke liff. Sementara pintu liff terbuka kami berbual lagi.

" Awak ingat tak?! Pertama kali kita jumpa. Dekat liff nilah kan.."Tiba-tiba Faliq buka cerita lama.

" Ingatlah pun. Habis tangan saya lebam, sakit pula tu. Dilanggar dengan orang huru-hara.. Hahaha!!" Aku pun mengingati semula. Memang lawak. Kami gelak berdua.

" Sejak hari tu, setiap pagi saya berdiri disebalik tiang tu ha, nyintai awak. Sampai security tu pun tolong. Nampak je awak dari jauh, dia cakap. Itu sudah marii.. Hahahaha.." Bertambah kuat kami gelak. Pandai Faliq ni  ambil hati aku. Dia mengimbau semula kenangan manis kami. Saat-saat bahagia walaupun selalu gaduh. Sakat-menyakat itu kerja Faliq. Pintu liff terbuka je, kami terus masuk. Sambung lagi berbual didalam liff. Gelak lagi dan lagi. Sampai di tingkat office aku, pintu dah terbuka pun. Faliq tahan pintu dari tertutup.

"Saya masuk dulu ya..!" Kataku.

"Kerja elok-elok.." Pesannya.

" Insha Allah.. Awak kerja elok-elok juga.."

"Iya..!! Jaga diri baik-baik tau. Kalau rindu saya, whatsapp ya..!!" Faliq senyum lagi.

"Okey..  Awak pun tau.!!" Eh!! Apa aku cakap ni. Terlepas sudah.. Aduhai malunya..

" Okey.. I love you soooo much..!!" Mata tak berkelip renung mata aku.

" Bye..!!" Aku terus melangkah dengan penuh kebahagiaan. Pagi-pagi hilang mood kena marah, bila jumpa Faliq, mood berbunga-bunga pula. Alahai hati. Aku masuk dalam bilik dengan hati yang penuh ceria.

Hmm... Faliq oh Faliq!! Semoga Allah bukakan pintu hati aku untuk kau semula. Doa aku didalam hati. Aku tak tahu kenapa perasaan takut untuk terima kau semula sangat kuat walaupun aku tahu kau memang seorang yang baik. Hati aku perasaan aku.. Entahlah.. Tunggu jelah.

Tut.. Tuttt..!! Handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku keluarkan dari dalam handbag. Encik Boss call? Aik!!

"Masuk bilik saya. Sekarang..!!!" Tersentak aku. Kuat suaranya, nada marah. Tak pernah dia marah macam tu. Berdebar pula hati aku. Aku terus letak handphone dan terus menuju ke bilik Encik Boss. Dah kenapa Encik Boss ni? Aku salah apa? Aku ketuk pintu dan terus masuk. Aku pandang mukanya. Merah padam, berkerut seribu. Bengis!! Cuak aku jadinya. Aku menghampirinya.

"Apa awak buat ni? Semua salah!! Awak nak kerja ke atau tak? Buat kerja simple macam ni pun boleh salah.." Tiba-tiba Encik Boss tengking aku. Aku betul-betul tersentak hingga menusuk ke hati. Terpaku kaku terus. Fail dicampak depan aku. Sangat terkejut. Aku ambil dan tengok apa yang salah.

"Tapi.. tapi ini bukan saya yang buat... Semalam Encik Boss yang kata ..." kataku jujur. Memang bukan aku kut yang buat dokumen ni. Kenapa aku yang kena?!

" Ini kerja awak. Tak payah nak salahkan orang lain. Nak kerja buat cara nak kerja, kalau taknak kerja, berhentilah Aliaa. Banyak lagi orang yang nak kerja. Sibuk dengan Faliq sampai kerja pun entah kemana.." Dia terus potong cakap aku. Dan tengking aku lagi. Darah aku mula menyirap. Turun naik nafas aku. Aku pandang muka dia tak berkelip. Dia pun pandang aku.


Suasana senyap sebentar. Aku tunggu dia sambung marah. Muka bengis.

" Habis dah marah?! Encik Boss lupa ke, semalam Encik Boss yang minta dokumen ni dan suruh budak baru tu buat. Okey saya terima Encik Boss marah saya walaupun bukan salah saya tapi kenapa perlu libatkan Faliq?! Dia tak ada kena mengena kut. Tak apa. Saya akan buat semula dokumen ni " Aku tepat pandang mukanya. Senyum sinis padanya. Aku ambil dokumen tu di atas meja dan terus keluar dengan hati yang betul-betul sakit.

Sedihnya!!! Bukan salah aku kut. Kenapa aku yang kena marah, kena tengking pula tu. Jujur cakap, aku nak nangis sebenarnya betul-betul terasa hati, abang pun tak pernah marah aku macam tu sekali, siap campak fail depan aku lagi. Apasal taknak campak je fail tu ke tingkap. Kan bagus!! Buat sakit hati je. Kenapa pula dia perlu libatkan Faliq. Kasihan Faliq. Mesti dia tersedak ada orang sebut namanya. Sebut dengan perasaan marah pula tu.

Aku masuk bilik dan terus buat semula dokumen ni dengan perasaan sedih. Bukan susah pun nak buat ni, kalau iapun salah. Cakaplah elok-elok, ini main terjah je tengking. Dahlah emosi aku sensitif sekarang ni. Almaklumlah, penyakit perempuan tiap bulan. Emosi sensitif. Huhu!!
Tak sampai 15minit, siap!! Entah kenapa entah tiba-tiba nak angin macam tu. Sedih tahu tak Encik Boss. Sampai hati..!! Aku bangun ambil dokumen dan terus ke bilik Encik Boss. Aku terjah je masuk.

" Dah siap!! Tak susah pun nak buat.. Okey bye!!" Aku letak fail itu di depan Encik Boss. Encik Boss pandang aku tapi langsung tak bersuara. Malulah tu!! Aku terus melangkah keluar.

"Aliaa sekejab..!!" Encik Boss panggil. Aku buat tak tahu je. Tension aku ni. Jangan kacau! Aku terus masuk bilik, ambil handbag dan terus keluar tanpa cakap dengan sesiapa pun. Aku raba-raba dalam handbag nak ambil kunci kereta. Allah!! Aku lupa aku naik dengan abang tadi pagi. Alamak!! Apa aku nak buat ni. Aku call abang tapi abang tak jawab. Mesti abang busy. Takkan aku nak naik office lagi. Taknak aku. Tak ada pilihan, Faliq juga dalam fikiran.
Aku call Faliq.

"Iya Aliaa..!" Suaranya ditalian.

" Awak busy tak?!"

" Tak busy. Kenapa?!"

"Saya nak balik..!"

" Nak balik?! Awak tak sihat ke?! Dekat mana ni?!" Nada suara risau.

"Ada dekat bawah.."

" Okey!! Saya turun sekarang. Tunggu ye!!" Aku terus matikan talian. Hanya Faliq je yang faham aku. Yang tak pernah nak marah-marah aku, kalau aku salah pun dia tegur aku baik-baik. Kalau marah pun marah dia taklah tengking-tengking macam Encik Boss. Apalah nasibku hari ni. Pagi-pagi kena marah abang sebab lambat, masuk office kena marah Encik Boss. Sampai tersentak macam ni. Hari ini hari kena marah aku kut. Pada siapa aku nak mengadu? Faliq juga... 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku