Kerana Janji
Bab 178
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Aku termenung. Cuaca mendung hari ni, sama dengan hati aku yang mendung ni. Sedih!! Angin kuat menghembus ke tubuhku, sejuk menusuk ke tulang. Aku memeluk tubuh sendiri. Tiba-tiba rasa sayu pula hati. Aku tak pernah kena marah dan ditengking macam tu. Arwah ayah dan abang sendiri pun tak pernah tengking aku. Sampai hati Encik Boss. Tiba-tiba airmata jernihku jatuh ke pipi. Sedih yang amat.

"Aliaa...!! Hey!! Kenapa nangis ni? " Faliq muncul dan terus duduk di sebelah aku. Risau muka dia tengok aku menangis. Cepat-cepat aku kesat airmata. Aku senyap kejab.

" Encik Boss marah saya.." Aku mengadu. Perlahan je suara aku.

" Kenapa dia marah?"Faliq tanya.

" Ada budak baru tu buat kerja salah. Tapi saya yang kena marah. Meroyan tak tentu pasal" aku sambung mengadu. Mencebik dah macam budak kecil. Sedih kena marah!!

"Laa pula. Mungkin dia tak sengaja marah tu kut. Atau dia tengah stress ke.." Faliq senyum. Menahan nak gelak. Tapi dia cover. Ingat aku tak perasan kut. Mesti nak gelakkan akulah tu.

" Tak sengaja apa macam tu. Tengking-tengking. Abang pun tak pernah tengking saya macam tu tau.!!" Sedu-sedu aku. Aku pandang dia sekilas je. Dan kemudian, pandang ke jalan.

" Nanti dia okeylah tu. Dahlah, tak payah nangis lagi. Awak ni garang macam Singa tapi dalam hati tu macam kapas. Lembut. Cepat sangat terasa.." Faliq pujuk aku. Lembut suara. Cair jugalah aku ni.

" Nak minta tolong,boleh hantar saya balik tak?Saya call abang tapi abang tak jawab. Tapi kalau awak busy tak apalah. Saya naik teksi je.." Aku pandang sayu wajahnya.

" Tak payah nak mengada naik teksi bagai.  Dah jom saya hantar.." Faliq terus bangun. Aku mengesat airmata. Dia menghulurkan tangannya padaku. Aku tak layan dan terus je bangun dan jalan. Kami jalan seiring menuju ke kereta.

Di dalam kereta, aku senyap je. Tak ada mood nak berbual. Faliq sekejab-sekejab menoleh padaku. Dan senyum. Dia ni memang murah betul dengan senyuman. Siapa yang tengok muka Faliq ni mesti tenang je hati. Handphone aku berbunyi. Aku biarkan je. Malas nak jawab. Itu mesti Encik Boss kut call nak minta maaf. Teka aku. Biarlah dia. Tidak lama kemudian, handphone Faliq pula bunyi. Dia pasang earphone di telinga dan jawab panggilan itu.

"Yup..! Aku dengan Aliaa lah ni.." Tekaan aku salahlah. Bukan Encik Boss tapi mesti abang yang call tadi. Bila tak dapat call aku, abang terus call Faliq. Aku diam je. Dengar je perbualan mereka. Malas nak ambil port.

" Aku bawa dia makan dulu kang aku hantar dia balik.. okey.. okey bye!!" Faliq mengakhiri perbualan dengan abang. Senyum pandang aku. Aku buat tak tahu je. Senyum tak, cakap tak. Semua tak sebab mood kelaut. Faliq tetap cuba ambil hati aku, dia tanya macam-macam tapi aku jawab sepatah dua je. Dia cuba bergurau tapi aku tetap senyap.

" Janganlah senyap je macam ni. Tak bestlah awak senyap je. Dahlah tu, sekarang ni awak dengan saya. So, saya nak awak happy. Cuba senyun sikit , boleh?"pinta Faliq. Kasihan dia. Aku menoleh padanya dan senyum. Walaupun senyum tawar.

" Ha!! Macam nilah. Bila senyum, kan tenang. Bila gelak ketawa hilang stress tu.." katanya lagi.

" Okey!! Sorry.. Cuma sedih je. Pagi tadi abang marah, masuk office pun kena marah. Ni kalau awak nak marah saya, saya lompat keluar.."  kataku yang sejak tadi mendiamkan diri.

"Laa untuk apa pula saya nak marah. Tak ada marahnya. Dahlah lupakan je. Sekarang ni awak nak makan apa?!"

" Taknak.. Saya tak ada selera nak makan.."

" Makanlah. Nanti sakit saya juga yang susah. Okey!! Saya bawa awak makan nasi ayam ya..!" Pujuk punya pujuk. Okeylah!! Ikut jelah. Aku setuju. Aku pun tak tahu mana entah dia nak bawa aku makan. Aku menyandarkan kepala diseat. Memejamkan mata. Terlelap akhirnya.

" Aliaa oh Aliaa.. !!" Suara sayup-sayup ku dengar. Beratnya mata nak buka.

"Ooo Sayangku Aliaa Sofea..!!" Terus terjaga aku dari tidur. Jadi segar bugar mata. Faliq gelak kuat melihat gelagat aku. Aku terpinga-pinga.

" Saya kejutkan panggil Aliaa taknak bangun. Panggil Sayang baru bangun ye.. Hahahaa!!" Makin kuat dia gelak. Aku senyum malu.


Aku berkerut.

"Jadi lepas ni saya panggil awak sayang ye..!!"

" Jangan nak mengada ek! Jom.. Lapar ni..!!" Aku terus keluar. Faliq masih lagi gelak. Aku senyum je. Segala kecil hati, sedih hilang terus bila bersama Faliq ni. Kami makan nasi ayam. Selamat sedap!! Sambil makan kami berbual, bergurau diselangi gelak tawa. Habis makan. Kami kembali ke kereta dan terus beredar.

"Sekarang ni nak saya hantar ke rumah atau balik office?!"tanya Faliq.

" Balik office lah..." aku tukar fikiran. Dekat rumah pun bosan. Masuk office jelah. Lagipun, tak sedap hati pula. Dahlah Encik Boss marah, aku pula makin lawan. Lagi tak jadi apa. Mood aku pun dah okey ni. So, buat tak tahu jelah.

" Betul ni?!" Tanya Faliq lagi. Aku angguk.

" Macam tulah. Kalau api dilawan api, makin terbakar. Jadi, mengalahlah ye. Mungkin ada salah kita yang kita tak perasan kut. Jangan ambil hati dengan apa yang Zack marahkan tadi. Ambil positif yang negatif buang jauh-jauh. Okey?!" Aku angguk. Kau memang kawan yang baik Faliq. Aku menoleh ke arah Faliq dan senyum.

Hujan pun turun, boleh tahan lebat. Hati aku dah tak mendung dan dah tak hujan. Tapi hati aku dah muncul dengan pelangi. Pelangi yang diindahkan dengan kata-kata semangat oleh orang sebelah aku ni. Kembalilah aku tersenyum.

Faliq memberhentikan keretanya. Hujan masih turun tapi tak selebat tadi. Faliq keluar dengan bawa payung dan buka pintu aku. Payung cuma ada satu je, jadi kami berkongsilah payung. Berjalan rapat sikit dengan Faliq ni terasa diri ini sangat pendek. Hahahaa!! Senyum-senyum je security  ni pandang kami. Kawan baik Faliq yang tolong Faliq dulu. Hehehe.!!

" Awak naiklah ye. Saya nak beli air kejab.. " kata Faliq sambil menutup payung.

" Baiklah.. Terima kasih!!"

" Kerja elok-elok. Kalau Zack marah lagi, terus call saya. Biar saya belasah dia nanti..!!"

" Hahaha!!! Saya naik dulu. Bye!!" Aku gelak dan terus masuk liff. Aku kena buat selamba je. Taknak emosi macam tadi. Okey Aliaa.. Kau boleh!! Aku senyum.

Aku melangkah laju masuk ke bilik. Pintu ku buka. Ada sekeping nota kecil diatas meja. Aku letak handbag didalam laci dan duduk. Nota kecil itu ku ambil.

" I'm Sorry Aliaa..!"

Tiada maaf bagimu. Aku letak semula nota itu di hujung meja. Aku menjeling nota itu. Minta maaf konon. Sudahlah!! Huh!! Aku buka laptop dan main game lagi best. Hilangkan bosan. Pintu diketuk, tak lama pintu dikuak. Tercegat Encik Boss dimuka pintu dengan senyuman. Aku buat selamba je. Layan terus game. Encik Boss duduk dihadapanku. Tepat pandang aku, aku sikit pun tak pandang dia. Pandang pun sekilas je. Senyum?! Memang taklah..

" Saya minta maaf, Aliaa..!! Saya betul-betul minta maaf.." katanya. Aku diam je.

" Aliaa.. Maafkan saya, please!! Sebenarnya, tadi saya turun ke cafe nak breakfast tapi saya nampak awak dan Faliq. Awak cakap awak breakfast dengan abang awak tapi awak dengan Faliq. Saya rasa tertipu. Saya tak dapat kawal perasaan marah..!!" Jelasnya. Aku berkerut pandang dia. Dah kenapa Encik Boss ni. Pelik.

" Tertipu? Apa yang saya tipu? Saya memang dengan abang dan Faliq. Faliq tu kawan abang saya. Kami breakfast sama. Salah ke? Dan kenapa Encik Boss nak marah? " Aku membalas bertubi-tubi.

" Sebab saya jelous tengok awak dan Faliq.."

" Kenapa nak jelous? Saya bukan kekasih, bukan tunang atau bukan isteri Encik Boss.."

" Tapi saya sayang awak, Aliaa!! Saya sayang awak.!" Muka minta perhatian. Aku senyum sinis.

" Hmm.. Dah Encik Boss. Saya malas nak cakap pasal benda ni.." kataku malas.

" Aliaa.. Awak single. Awak tak terikat dengan sesiapa. Kenapa susah sangat nak terima saya. Saya boleh bagi segala apa yang awak nak. Awak cakap je Aliaa nak apa, rumah, kereta, bisness semua saya boleh bagi. Yang penting awak jadi milik saya.." Fuh!! Dia punya berlagak. Sama je macam Zahwan. Ish!! Lelaki kaya!!

" Hahaahaa..!! Kasih sayang dan cinta saya bukan untuk dijual beli dengan kebendaan. Bukan!! Kalau Encik Boss samakan nilai kebendaan dengan nilai kasih sayang saya, maaf. Encik Boss silap! Encik Boss carilah perempuan yang lebih layak. Bukan saya.."

Menyirap pula darah aku dengar kata-kata dia. Apa!! Ingat perempuan ni boleh diumpan dengan semua tu ke?! Mungkin iya bagi orang lain tapi tak pada aku. Nak aku belasah je Encik Boss ni tau tak! Gerammm!! Aku terus fokus ke skrin laptop.

" Saya minta maaf.. Saya minta maaf..!! Bukan macam tu maksud saya. Entahlah Aliaa. Saya rasa tercabar dengan Faliq. Sangat tercabar. Awak dah putus dengan dia tapi hubungan awak masih baik. Saya yang sayang awak ni awak tak layan pun Aliaa.." luahnya. Ah!! Lelaki, cakap perempuan kuat cenburu konon, padahal dia sendiri yang kuat cemburu. Ceh!!

" Hahahaa..!! Apa Encik Boss merepek ni. Selama ni saya tak layan Encik Boss dengan baik ke?!" Ini lawak!! Aku gelak kecil.

" Okey memang awak layan saya dengan baik tapi saya nak awak layan saya lebih dari itu. Sebagai kekasih...!!" Glupp!! Telan liur aku.

" Encik Boss.. Hati dan prasaan tak boleh dipaksa, kan..!!" Aku pandang dia dengan senyuman.

" Dahlah ye.. Saya malas nak cakap pasal benda ni. Sekarang ni, ada kerja tak untuk saya buat. Saya tak ada kerja ni. Bosan!! Dari tadi main game ni, asyik kalah je.. Geram pula.. " aku tukar tajuk perbualan dan merungut sendiri. Encik Boss senyum.

" Awak ni saya tengah serius.." katanya.

" Tak apa! Encik Boss simpan dulu serius Encik Boss tu untuk esok lusa atau minggu depan. Okey?!" Aku sengeh dan buat isyarat peace!! Tepat pandang dia. Dah boleh senyum Encik Boss ni, kira okeylah kut. Dia pandang aku, dan grlak kecil.

" Aliaa.. Aliaa.." Dia geleng kepala dan gelak lagi. Menyapu tangan pada mukanya. Aku tengokkan je gelagat dia. Dan senyum.

"Okeylah. Saya ke surau dulu. Dah lewat dah pun.."

"Baguslah tu. Minta Allah tenangkan hati dan fikiran Encik Boss yang stress tu ye. Semoga dengan Encik Boss tak marah saya tiba-tiba lagi.. " Aku sengeh.

" Ni perli saya ke apa ni?!"

" Saya tak perli tapi sindir. Hahahaa!! Saya pun nak ke dapur nak bancuh nescafe tarik.. " Kami berpisah arah. Aku terus bangun. Menuju ke dapur. Aku duduk di kerusi. Aku menuang air suam ke dalam mug dan minum, lega tekak.

Kadang-kadang, bila fikirkan semua ni. Rasa macam tak payah kahwin lagi bagus. Penat nak hadapi semua ni. Letih! Tapi siapalah aku nak tolak semua ini. Nak taknak, redha jelah. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku