Kerana Janji
Bab 179
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
79

Bacaan






Faliq melangkah masuk ke office dengan ceria sekali. Sambil memegang botol mineral water dan bernyanyi perlahan. Sejak dah berbaik dengan Aliaa, senyuman memang tak putus dari wajahnya. Ceria dan bahagia. Buat kerja pun semangat saja. Hingga rakan-rakan office nya pun perasan perubahan besar dia.

"Amboi Encik Faliq.. Happy nya..!! Senyum manjang. Cinta berputik semula yee..!!" Tegur salah seorang rakannya. Yang selalu menyibuk dengan urusannya.

" Cinta memang sentiasa berputik dan sentiasa mekar dalam hati saya.."jawab Faliq bersahaja.

" Bertuahnya lah Cik Aliaa kan. Jelous pula saya..!" Sampuk seorang lagi.

" Kalau macam tu carilah lelaki yang macam saya.. Hahahaa!!" Faliq bergurau.

" Memang tak dapatlah kut. Encik Faliq ni 1001 dalam dunia ni. Saya nak Encik tapi siapalah kita kan nak dibandingkan dengan Cik Aliaa tuu.."

" Hahahaa..!!! Siapa pun jodoh kita, terimalah seadanya. Allah dah tentukan jodoh tu pelengkap hidup kita. Jadi, redha jelah yee.." jawab Faliq.

" Tapi Cik Aliaa tu memang bertuah kut. Ramai peminat dia, sampaikan Boss dia pun ada hati dekat dia tau.." Fuh!! Selamba je mulut yang seorang ini bercakap pasal Aliaa depan Faliq.

"Alamak!! Maaf Encik Faliq. Terlepas pula..!!" Kerana mulut badan binasa. Nasiblah terlepas sudah..!! Menggaru kepala dia. Rasa bersalah.

"Orang yang baik memang ramai peminatnya. Cuba awak berdua ni berubah jadi baik sikit. Tak mengata orang, tak menjaga tepi kain orang dan rajin-rajin buat kerja. Jangan menular dan mengutuk orang. Kalau awak berdua ni baik, tak mustahil Boss kita tu pun boleh terpikat dengan awak berdua.. "Sekali Faliq cakap. Terkedu lidah mereka. Merah padam muka mereka menahan malu. Pedas ayat Faliq. Faliq senyum ikhlas.

"Macam mana Cik Kak sekalian. Best tak?! Lain kali jangan sibuk pasal orang. Jaga diri sendiri lebih baik.. Hihii.." Muncul Nizam pula siap memerli lagi.

"Diamlah kau..!!"  Mereka berdua terus beredar.  Nizam gelakkan mereka manakala Faliq hanya senyum.

"Hmm.. Encik Faliq. Jom turun side.. Dah jam 3.00petang ni. Takut tak sempat pula.." kata Nizam.

"Ok juga..Sebelum jam 5 saya kena balik sini.. Jom!!" Mereka berdua terus berlalu. Di dalam liff, mereka berbual.

" Encik Faliq.. Isteri saya cakap tadi. Kata Cik Aliaa kena marah teruk dengan Zack. Tak pernah dia kena sampai macam tu sekali.." Nizam membuka cerita.

" Iya. Tadi Aliaa ada mengadu dekat saya. Terkejut jugalah. Tapi bab kerja ni saya tak campurlah. Kalau bab lain sampai dia buat Aliaa macam tu. Memang kenalah..!" Kata Faliq.

Ting..!! Liff berhenti di tingkat 11 iaitu office Aliaa. Pintu terbuka saja terus Encik Zack masuk. Faliq dan Nizam mendiamkan diri dan buat seperti biasa. Faliq senyum tapi Encik Zack mencuka.

"Semakin mesra kau dengan Aliaa?" Encik Zack bersuara. Muka ketat. Faliq pelik.

" Kami memang mesra dari dulu.." jawab Faliq. Nizam hanya mendengar dan memerhati.

" Tapi tak bermakna kau menang. Kan?!" Encik Zack senyum sinis pandang Faliq. Faliq balas dengan senyuman.

" Aku tak perlu berlawan dengan kau semata-mata nak ambil hati Aliaa. Aku hormat dia sebagai wanita bermaruah. Bukan untuk dipertaruhkan menang atau kalah.."

" Hohohoo.. Kalah sebelum bertanding. Bagus kau ni broo..!!" Nizam berkerut. Tak faham maksud mereka. Menjadi tanda tanya.

" Aku tak perlu bertanding untuk dapatkan Aliaa pun Zack. Hati dan perasaan Aliaa tak boleh dipaksa. Dia sendiri yang akan menilai. Sama ada aku atau lelaki kaya yang poyo macam kau ni.." Balas Faliq. Panas juga telinga Encik Zack dengar.

" Okey!! Kita tengok nanti. Tunggu je broo..!" Encik Zack sinis dan menjeling pada Faliq. Nizam garu kepala.

" Zack.. Zack.. !! Belum apa-apa lagi kau dah marah Aliaa sebab tengok kami pagi tadi kan.." kata Faliq perlahan.

" Apa kau cakap ni..!!" Encik Zack menafikan.

" Alaaa bro.. !! Aku tahulah bro.  Aku nampak kau nak masuk cafe tadi, bila nampak kami, kau terus keluar dengan muka bengis kau tu.." Faliq pula senyum sinis pada Encik Zack. Terdiam seribu bahasa Encik Zack. Berubah betul airmuka dia.


" Kalaulah abang dia tahu kau tengking adik kesayangan dia sampai tersentak hatinya. Memang nahas kau bro. Pasti dia suruh Aliaa berhenti kerja sekarang juga. Sebab abang dia dan aku pun tak pernah marah dia macam tu tau.." sambung Faliq lagi.

"Aku tak kisah pun. Yang penting kita tengok nanti siapa yang akan menangis tak berlagu.." Encik Zack masih lagi tak puashati.

" Hmm... Aku yang menangis tak berlagu atau kau yang akan gila meroyan. Okeylah. Assalammualaikum..!!" Sebelum keluar sempat lagi Faliq bercakap dengan Encik Zack. Senyum seperti biasa. Dan terus berlalu. Encik Zack mula terbakar. Turun naik nafasnya menahan rasa sakit hati. Dipandang sinis Faliq sampai hilang dari pandangan. Geram betul dia dengan Faliq. Boleh pula Faliq dengan bersahaja memerlinya. Entah kenapalah. Sejak perasaan sayang timbul pada Aliaa, semakin kuat bencinya pada Faliq. Sedangkan Faliq tak buat apa-apa pun. Perasaannya sahaja. Tapi mestilah tercabar kut bila tahu Faliq mahu kembali bersama Aliaa.

Encik Zack terasa sendiri. Aliaa ubah dia, rapat dengan dia dan baik dengannya bukan bermakna Aliaa menaruh hati padanya. Tapi kerana rasa tanggungjawab pada jawatan yang diberi. Tanggungjawab pada pekerjaannya.  Sesiapa pun akan lakukan perkara yang sama. Amanah mesti jalankan. Terlebih emosi pula Encik Zack. Aduhaii..

Di dalam kereta, Faliq berdiam sahaja. Dia duduk disebelah. Nizam yang memandu. Malas pula dia mahu memandu. Tapi sebenarnya nak berwhatsapp dengan Aliaa.

"Hi Sayang..!! Awak okey tak?!
Zack ada marah lagi?!"

Sengaja Faliq mahu tahu. Whatsapp dihantar. Tak lama, Aliaa balas.

"Okey je! Dia tak marah, dia minta maaf tadi.."

" Baguslah tu. Buat kerja elok-elok ya.
Petang ni nak saya hantar balik?"

" Tak apa, Faliq. Abang ambil nanti.
Abang baru je call ni tadi..
Terima kasih ya!"

"Okey!! Jaga diri baik-baik ya.
Saaayang awak!!"

Senyum lebar Faliq. Sengaja bagi ayat itu. Dia tahu Aliaa takkan nak balas punya. Lagi-lagi kalau cakap ayat-ayat sayang. Memang Aliaa tak ambil port pun. Nizam menoleh, ikut senyum.

" Amboi.. Lebar senyuman Encik Faliq. Cik Aliaa dah terima Encik Faliq ke?!" Nizam perli.

"Hahaha..!! Belum lagi.."

" Belum?! Tapi tengok Encik Faliq ceria semacam je. Saya ingat dah bersatu semula hati dah.."

" Hahaha.. Aliaa nak berkawan dengan saya pun, dah bersyukur sangat dah Zam. Perlahan-lahanlah ni.." terang Faliq.

" Betul juga kan. Lama-lama terbuka hatinya tu kang. Sabar..!! Encik Faliq.. Tadi saya tengok Encik Zack tu macam bengang je dengan Encik Faliq.."

" Dia jelouslah tu.." jawab Faliq ringkas.

"Laa.. Macam tu pula.." Faliq hanya senyum. Nizam terus memandu laju. Hujan dah berhenti, tapi cuaca masih mendung. Sejuk saja. Lama dah tidak hujan. Satu nikmat yang sangat besar. Tapi itulah masalahnya bandaraya besar ni. Hujan sikit je dah banjir. Pula bertambah sesak jalanraya. Nasiblah wahai warga KL. Redha sajalah.

Selesai tugas mereka hari ini. Faliq pula yang memandu pulang ke office. Mujur jalan tak sesak. Sempatlah dia sampai office sebelum jam 5.00 petang. Sedang layan memandu, handphone berbunyi.

" Ya bro.. !!"

" Liq.. Aku tak pasti sempat atau tak ni nak ambil adik aku. Kalau jam 5.00 aku tak sampai, kau tolong hantar dia balik ye.." Adil meminta tolong Faliq. Berbesar hatilah si Faliq.

" Boleh.. Boleh bro. No problem. Kau nak aku ambil hantar Aliaa tiap hari pun boleh je.." cepat saja Faliq jawab.

"Amboi kau.. Okeylah.. Apa-apa nanti aku info.. Bye..!!" Talian terus dimatikan. Faliq senyum lagi. Nizam pun join senyum dan geleng kepala. Hampir sahaja di bangunan office mereka, kenderaan jalan perlahan. Pula dah. Faliq tengok jam ditangan. Dah menunjukkan ke angka 5.10petang. Dia dah tak senang duduk dah. Mesti Aliaa dah tunggu dekat lobi ni. Kata hatinya. Patutlah jalan sesak, ada teksi berhenti di bahu jalan untuk turunkan penumpang. Selamat tak lama. Kemudian, kenderaan berjalan lancar. Faliq terus pecut memandu.

Dari jauh, Faliq nampak Aliaa dan Encik Zack. Berbual mungkin tapi muka Aliaa macam bengang saja. Terus sahaja Faliq memberhentikan keretanya dihadapan kereta mewah Encik Zack. Handbreak ditarik dan terus keluar dari kereta. Enjin kereta pun tidak dimatikan. Faliq terus menghampiri Aliaa.

" Dia lagi. Kacau daun betullah.." Encik Zack mengeluh. Terus berkerut dahi. Aliaa berdiam. Faliq berdiri di diantara Aliaa dan Encik Zack.

"Nak balik dah?! " Sengaja Faliq tanya Aliaa.
Aliaa mengangguk dan senyum.

"Ni dah lima lebih ni. Rasanya Adil tak sempat ambil kut. Tadi dia ada call saya. Kalau dia tak sempat ambil awak, dia minta saya hantar awak.." kata Faliq. Tidak menghiraukan Encik Zack pun. Semakin panas hati Encik Zack bila Faliq cakap.

"Okeylah..!!" Jawab Aliaa.

" Eh! Aliaa.. Tapi awak cakap awak nak saya hantar balik kan tadi... !" Aliaa tercengang. Dia pandang Faliq dan Faliq pandang dia. Aliaa menggeleng.

"Bila saya cakap. Saya tak cakap apa-apa.." Aliaa jujur. Entah bila pula Aliaa cakap. Terkejut juga Aliaa. Faliq senyum. Dia tahu Encik Zack sengaja. Ini taktik saja ni. Kata hati Faliq.

Tidak lama kemudian, kereta Honda City Putih berhenti di sebelah kereta Encik Zack. Keluar Adil dari dalam keretanya. Menghampiri mereka. Muka serius. Dan, bersalaman dengan Faliq dan Encik Zack juga.

" Apa khabar bro?!" Tanya Adil pada Encik Zack.

" Sihat. Kau dari mana?!"

"Balik kerjalah ni. Terus ambil adik aku." Jawab Adil pula. Aliaa dan Faliq berbual mesra. Sengaja Faliq buat-buat feeling pada Alia depan Encik Zack. Memang cari pasal. Aliaa pun boleh tahan juga. Sama saja macam Faliq. Bijak! Berbual dengan Adil pun sempat dia menjeling pada Aliaa dan Faliq. Geramnya hati dia.

" Okeylah..!! Minta diri dulu. Jumpa lagi..!!" Adil salam dengan Encik Zack mengakhiri perbualan.

" Okey bro. Aku gerak dulu. Jom dik..!!" Adil terus masuk ke dalam kereta. Faliq pula menemani Aliaa hingga ke kereta dan bukakan pintu untuk Aliaa. Encik Zack hanya pandang dengan bengang sekali.

"Okey sayang.. Jaga diri baik-baik tau. Nanti saya call. Hati-hati bro. Jagakan kekasih hati aku ni ye.. Assalammualaikum.. Bye!!" Hai lah Faliq. Sengaja buat orang tu sakit hati. Senyum panjang. Encik Zack betul-betul bengang. Lalu terus ke keretanya.

" Tepilah.."

" Opsss!! Sorry.. Sorry..!!" Faliq berundur . Dengan perasaan marah, Encik Zack terus memandu pecut.

" Fuhh!! Tahulah kereta mewah, bawa macam pelesit. Padahal sakit hati.. Hihihii.. Zack.. Zack.. Sombong.. Hmm.." Faliq terus masuk ke dalam keretanya. Dan terus memandu. Senyum dan senyum memang tak lekang. Macam-macam hal yang berlaku. Hai lah.. orang kaya memang macam tu ke?! Sombong yang amat. Ingat boleh beli semua dengan duit kut. Macam-macam ragamnya. Macam-macam tanggapannya. Faliq geleng kepala. Beristighfar panjang. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku