Kerana Janji
Bab 180
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
100

Bacaan






Aku masih duduk di tikar sejadah. Kenapa tiba-tiba badan aku jadi lemah macam ni. Aku kuatkan semangat, buka kain telekung dan lipat bersama tikar sejadah. Ku letak diatas kerusi. Aku duduk sebentar, terasa perit pula rasa dada. Aku mengurut dada. Tarik nafas perlahan-lahan dan hembuskan perlahan. Mencari kekuatan. Aku bangun dan terus mahu menuju ke dapur. Terasa dahaga tekak. Abang tiada di ruang tamu. Tak tahu dah balik dari masjid atau belum. Aku menuang air suam ke dalam mug kaca. Aku duduk dikerusi dan meneguk air perlahan-lahan. Nyaman rasa tekak. Aku mencuci mug dan letak di tempat pengering. Terus berlalu ke ruang tamu.

Aku duduk di sofa, tv ku pasang. Tak tahu nak tengok cerita apa. Dan aku matikan tv semula. Aku baring di sofa. Pejamkan mata. Aduhai.. Dah kenapa badan ni lemah sangat. Dua tiga hari ni aku rasa lain sangat badan ni. Sering rasa nak pitam, sesak nafas kadang sampai rasa macam nyawa dihujung tanduk je. Muka aku jangan cakaplah. Memang dah macam mayat hidup je. Pucat kekuningan. Ramai dah yang menegur. Tapi aku tak pedulikan pun, biasalah aku. Aku pun tak info abang. Abang pula busy beberapa hari ni, asyik balik lewat je. Hari ni je balik awal, sebab esok pagi abang outstation ke Labuan dalam 3hari katanya. Bermakna, majlis Asnida nanti abang tak dapat join. Tak apalah, atas urusan kerja.

Tit..tit.. Whatsapp masuk. Aku capai handphone diatas meja. Tertera nama Faliq. Aku senyum.

" Aliaa..
Kau menyinari hidupku,
Memberi kebahagiaan dan keceriaan,
Kau juga kekuatan dan inspirasiku..
Izinkanlah aku menjadi imammu,
Akanku bawamu menuju ke syurga ilahi.."

Aku senyum.

"Biarlah Allah yang tentukan segalanya.." balasku.

" Saya tetap akan tunggu awak walau sampai hujung nyawa" Aku senyum lagi. Tinggi betul harapanmu Faliq. Hmm..

" Adil mana? Tadi dia call, saya mandi.."

" Abang pergi masjid, belum balik lagi.."

" Awak buat apa ni?!"

" Baring. Tak sihat..!" Aku mengadu. Tidak lama Faliq call. Pantasnya. Aku gelak kecil.

" Kenapa? Demam ke? Gastrik?" Tanyanya.

"Tak tahulah. Susah nafas lepas tu rasa nak pitam.."

" Alluakhbar..!! Ajak Adil pergi hospital, bahaya tu.." nada kerisauan.

"Tak ada apalah. Penat sangat kut.."

"Aliaa.. Saya risau ni tau tak!"

" Tak payah risau. Saya okey lagi ni belum nak mati lagi.." aku bergurau.

"Aliaa.. Apa cakap macam tu tu? Tak baik cakap macam tu? Tak sayang saya ke?!"

" Iyalah. Sorry..!! Saya nak rehat kejab. Letih sangat ni.."

" Baiklah. Jaga diri ya. Saya nak awak tahu, saya sayang awak Aliaa.. bye!!" Kata-kata akhir perbualan kami ditalian. Aku letak handphone di atas meja. Faliq.. Faliq..!! Aku senyum dan pejamkan mata.

Teringat siang tadi. Lepas kes aku dimarah teruk oleh Encik Boss kelmarin. Mula dari itu, Encik Boss layan aku dengan baik sekali. Ada je dia nak ambil hati aku. Bagi bungalah, bagi chocolate lah, bagi hadiahlah. Lembut je dia cakap. Macam-macam dia buat. Tapi aku buat biasa je. Aku takut kalau aku layan baik lebih-lebih nanti. Dia ingat aku terima cinta dia. Ish!! Takut aku. Jadi, aku biasa jelah. Dia tanya aku jawab. Dia diam aku senyap. Nak gurau lebih-lebih macam dulu pun dah tak dan dah. Takut gurauan disalahertikan. Encik Boss ni cepat sangat perasan. Bahaya!!

Hari ni pula Faliq kerja luar. Memang tak dapat jumpa dia. Breakfast dan lunch pun aku dengan Naim dan Kak Intan. Taknak dah dengan Encik Boss. Lepas dia luahkan hati perasaannya tu, aku jadi risau dan takut nak rapat dengan dia. Memang takut. Dia ajak aku lunch tapi aku tolak pelawaannya dengan baik. Aku taknak dia mengharap cinta aku. Melarikan diri? Iya, memang aku nak melarikan diri darinya. Sebab aku taknak dia terus mengharap, taknak dia terus mendesak. Hati perasaan aku kut kenapa dia nak desak supaya terima dia. Rimas tau tak. Tiap hari tanya, tak cukup itu, dia whatsapp lagi tanya. Ya Allah!! Sakit jiwa aku. Faliq pun tak pernah buat macam tu. Dia lebih relax. Redha je.

Bayangkan.. Kalau aku terima Encik Boss dalam hidup aku. Mahu dia kongkong aku kut. Sebab belum apa-apapun dia dah tunjuk sifat cemburu macam tu.


Dulu waktu aku bersama Faliq, dia pun cemburu juga tapi cemburu dia sebab aku teman sehati sejiwa dia. Memang patutlah dia cemburu. Tapi ini, tak ada apa-apa ikatan lagi kut. Tapi dah macam tu.. Aduhai.. Matilah aku...!!

Semua kerja P.A ,aku suruh budak baru yang buat. Syikin. Dia tu boleh tahan juga. Memang ada ciri-ciri sebagai P.A, cantik memang cantik lah, pandai bergaya memang layaklah jadi P.A. Jadi aku plan. Aku nak ajar dia buat semua kerja aku dan nak dia ambil alih tugas aku. Sebab aku dah fikir masak-masak yang aku nak turun pangkat sebagai admin biasa je. Jawatanku dulu. Hahaa!! Orang lain semangat nak naik pangkat tapi aku semangat nak turun pangkat. Lagipun jawatan tu aku juga yang buat. Dua jawatan dalam satu masa aku buat, tak hebat namanya. Hahaha!! Kan dah perasan. Tu pun Encik Boss tak bersyukur dapat pekerja macam aku ni. Tahu nak marah je. Huh!!!

Lagipun aku taknak tanggung risiko. Bahaya ni kalau terikat dengan Encik Boss. Bukan aku tak terus-terang pun, tapi dia dah tahu dan buat-buat tak tahu. Itu masalahnya. Umpama, aku terima atau tak terima dia, aku kena dan wajib terima dia juga. Itulah dia. Dia takut aku kembali pada Faliq. Ish!! Apa hak dia nak halang aku. Hati aku kut. Sukahati akulah nak terima siapa. Andai Allah bukakan hati aku untuk Faliq, jadi aku terimalah Faliq tapi andai kata Allah bukakan hatiku ini untuk dia, jadi, aku terimalah dia. Ini semuakan Allah yang tentukan. Aku redha je sekarang ni. Malas nak fikir pilih siapa dan siapa. Aku hanya tunggu petunjuk dari Allah. Ya!! Aku serah segalanya pada yang Maha Berkuasa.

Kereta abang memasuki perkarangan rumah. Aku bangun dari baringan dan duduk bersandar. Kepala masih pening, badan pun masih lemah. Nak kata demam tak pun rasa demam. Entahlah. Tak menentu pula kesihatan ni.

"Assalammualaikum.." suara abang perlahan memberi salam. Pintu dikunci. Hensem abang aku lengkap berbaju melayu.

Eh!! Senyap je. Tak pasang tv ke?!" Aku diam. Abang duduk disebelahku. Remote tv diambil dan tv dipasang. Tukar-tukar channel. Abang pun bosan, dan akhirnya tengok drama jelah. Abang menoleh padaku.

"Kenapa ni, tak sihat ke?" Abang sentuh dahi aku. Tak panas.

"Pucat sangat ni dik.."Pula dah. Abang dah mula risau. Abang pegang tangan aku. Tengok tapak tangan, dipicit hujung jari aku.

"Ya Allah!! Langsung tak ada darah ni.." Aku senyap je.

"Beberapa hari ni badan lemah je dada sakit, susah nafas nak pitam.." jelasku.

"Allahuakhbar..!! Kenapa tak info abang. Kita pergi hospital jom..!!"

"Taknak! Adik penat je kut. Adik nak tidur dululah..""Aku mengelak. Taknak ke hospital.

"Adik ni.. Jangan dibiar macam ni dik. Nanti makin melarat macam mana.." Abang mengeluh.

"Nanti kalau rasa dah tak larat, baru ke hospital ye. Sekarang ni adik okey lagi. Okeylah adik nak tidur.. Good nite!!" Aku bangun perlahan kepala masih pening lagi tapi kuatkan jelah. Terus aku masuk bilik. Aku baring di tilam. Lemahnya badan. Ya Allah!! Kenapa dengan aku ni. Dada sakit lagi, susahnya nak bernafas. Airmata mengalir. Aku pejamkan mata serapatnya. Aku tak mampu nak buat apa. Lemah selemah-lemahnya. Nak menjerit panggil abang tapi suara tak keluar. Bayangan arwah ibu dan ayah muncul. Ibu ayah!! Adik rindu ibu, adik rindu ayah.. Jangan tinggalkan adik ibu. Adik perlukan ibu, adik perlukan ayah..!!.. Allahuakhbar!! Aku tenggelam dalam mimpi dan kesakitan.

Aku terjaga dari lena. Ku capai handphone dan lihat jam di skrin handphone. Tepat jam 3.00 pagi. Aku bangkit perlahan. Alhamdulilah.. Aku masih diberi peluang untuk bernafas. Terima kasih Ya Allah!!. Walaupun aku rasa macam nak dicabut nyawa malam tadi. Allahu..!!

Aku bangun dan pasang lampu. Aku ambil tuala dan terus masuk bilik air. Kemudian ku keluar semula dengan rasa segar sekali. Nyaman rasa badan. Semakin sihat. Harap sihat hari ni. Aku membentang kain sejadah dan menyarungkan kain telekung. Menunaikan solat sunat. Ambil peluang menambah amalan. Semoga amalanku diterima ilahi. Ditikar sejadah ini, aku menangis meluahkan rasa rindu pada arwah ibu dan ayah.

Aku sangat merindui mereka. Ibu..  Ayah..!! Adik rindu.. aku menangis semahunya. Pada siapa aku mahu luahkan rasa rindu ini, hanya pada Allah jua tempatku mengadu. Yang Maha Memahami. Terima kasih Ya Allah..!!
 
Aku melihat wajahku dicermin. Memang pucat pun. Aku senyum. Aku ke dapur, nak bancuh nescafe. Haus dan lapar pula. Aku masak air panas, dan aku kembali ke bilik. Handphone ku ambil. Ada whatsapp masuklah pula. Jam 4.30pagi. Siapa pula yang whatsapp ni. Aku berkerut. Eh!! Faliq. Awalnya dia bangun. Aku senyum.

" Doa dalam diam adalah bisikan malam yang tiada siapa mendengar. Tapi gemanya mampu menembusi pintu langit..
Salam Tahajjud sayangku..."

Aku senyum. Tenang je hati baca. Dan tenang juga hatiku bila dia muncul.

"Salam Tahajjud juga.. Terima kasih.!!"

"Awak macam mana? Dah okey tak?!"

" Alhamdulilah, bangun pagi ni rasa segar badan. Allah masih bagi saya peluang untuk bernafas lagi. Syukur..!!"

"Syukurlah. Awak kerja tak hari ni?!"

" Kerja.."

"Kalau rasa tak sihat nanti info saya ya. Hari ni Abang awak ke Labuan kan.?!"

" Insha Allah..!! Iya, pagi ni dia pergi. Okeylah. Saya nak ke dapur. Lapar ni.. bye..!!"

" Okey!! Miss you so much!!" Aku menarik nafas panjang. Dan meletakkan handphone semula.
Lalu terus ke dapur.

Aku matilah plug kettle. Dan menuang air panas setengah ke dalam mug. Setengah je, nak campur air suam pula. Taknak panas-panas melecur pula bibirku. Kemudian, aku kacau air nescafe. Baunya fuh!! Terapi jadinya. Mahu satu rumah bau nescafe aku ni. Aku menghirup air nescafe. Biskut lemak kering aku ambil dan celupkan dalam air nescafe dan terus masuk ke dalam mulut. Sedappp!! Dulu kecil-kecil inilah yang aku dan abang selalu makan. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, aku minta ibu buatkan air milo bersama biskut lemak ni. Berselera sangat kami makan. Mengimbau kenangan dulu kecil-kecil. Andai dapat kuundurkan waktu. Alangkah bahagianya. Bersama ibu dan ayah.

 Aku nak balik kampung nak ziarah kubur ibu dan ayah tapi tak tahu bila. Esok nak ke majlis Asnida. Minggu depan abang dan Faliq nak ke Sabah pula, ke majlis perkahwinan Zahwan. Aku tak tahulah nak ikut atau tak. Tengoklah mood dulu. Tapi rasa macam nak ikut, boleh juga tengok laut Sabah. Dan seribu kenangan bersama Faliq. Saat aku dilamar menjadi teman sehati sejiwa. Mana tahu, bila pergi pantai itu terbuka hatiku untuknya semula. Hehe!! Faliq.. Faliq..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku