Kerana Janji
Bab 181
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
80

Bacaan






Dari dalam bilik sudah dengar suara Ika dan Adam menjerit-jerit, gelak tawa mereka. Seronoknya mereka berkejar-kejaran. Meriah rumah. Segala persiapan untuk majlis esok sudah selesai. Excited sungguh Asnida. Dia yang paling seronok. Walaupun ini pernikahan keduanya bersama bekas suami tapi dia rasa pernikahan ini adalah permulaan cinta dan kasihnya pada sang suami. Yang tidak pernah dia rasai di alam perkahwinannya sebelum ini. Kembali mencintai dan dicintai oleh insan yang sama. Kembali terjalin sebuah ikatan yang pernah terputus suatu ketika dahulu. Sungguh bahagia hidupnya kini. Lengkap dia rasakan. Punyai keluarga yang memahami dan punyai bakal suami yang menyayanginya. Hidup lebih indah.

Faliq menuruni anak tangga dan terus ke dapur. Perbualan rancak Puan Asmah, Asnida dan Amiza sungguh seronok sekali. Diselangi dengan gelak tawa. Gembiranya hati mereka. Bahagia Faliq melihat mereka gembira. Keluarga yang amat dicintainya. Semua ada duduk semeja.

"Amboii.. Seronoknya..!! Apa yang dibualkan ni Long?!"tanya Faliq duduk di sebelah Amiza.

"Cerita orang perempuan.." Puan Asmah menuangkan air kopi ke dalam cawan dan diberikan kepada Faliq. Faliq mengambil kuih donut dan memakannya.

"Jangan lupa bawa Aliaa datang esok. Along teringin nak jumpa bakal adik ipar.."

"Insha Allah Long.." senyum lebar Faliq. Berbunga hatinya.

Tut..tutt..!! Handphone Faliq berbunyi. Terus dia jawab.

"Ya bro.. !!"

"Kau dah pergi kerja ke?!" Tanya Adil. Mereka hanya mendengar.

" Belum lagi. Awal lagi kut ni. Kenapa?!" Faliq melihat jam ditangan. Baru jam 7.00 pagi.

" Aku nak minta tolong kau ni.."

"Tolong apa?!"

"Aliaa tak berapa sihat. Tapi dia degil nak pergi kerja juga. Boleh tak kau tolong hantar dan ambil dia kerja nanti. Aku risaulah nak biarkan dia drive.." terang Adil.

" Tak sihat? Okey boleh. Sekejab lagi aku gerak ke rumah kau. Eh!! Kau ke airport jam berapa?" Tanya Faliq pula.

" Aku tunggu kau sampai.."

" Okey bye!!" Faliq menarik nafas dalam. Yang lain fokus pandang padanya.

"Kenapa Alang? Siapa yang tak sihat?" Tanya Asnida ingin tahu.

"Aliaa.." jawabnya ringkas.

" Demam ke?" Tanya Puan Asmah pula.

" Tak tahulah ma. Malam tadi dia cakap sesak nafas, pitam. Tapi degil nak kerja juga.."

" Kasihannya.. Tak bawa ke hospital ke Alang.."

" Dia taknak Long.."

"Tak boleh biarkan.. Kena bawa juga.."

" Tak apa. Nanti Alang pujuk dia. Okeylah Ma, Alang pergi dulu ya..!!" Faliq meneguk air terakhir dan bersalaman dengan mamanya dan Amiza. Terus berlalu meninggalkan mereka. Kereta dipandu laju. Fikiran memang pada Aliaa saja. Dah tahu tak sihat nak juga kerja, cetus hati Faliq. Sampai saja dirumah Aliaa, Faliq terus keluar dari kereta dan masuk ke perkarangan rumah. Faliq hanya tunggu Adil dan Aliaa diluar saja.

"Aliaa tengah bersiap. Kejab ek..!!"Muncul Adil. Faliq mengangguk. Adil duduk dihadapannya.

"Aku tak bagi dia kerja tapi kau tahulah dia. Tetap nak kerja juga. Degil betul. Aku ajak ke hospital pun dia taknak. Puas aku pujuk. Nanti kau tolonglah pujuk dia. Kut-kut dia nak dengan kau ke.." jelas Adil.

"Baiklah. Malam tadi dia info aku, kata sesak nafas.. " kata Faliq.

" Tu yang aku risau. Pucat sangat beb. Langsung tak ada darah.." Risau Adil. Dahlah nak outstation. Berat hatinya nak tinggalkan adik kesayangan. Tidak lama kemudian, Aliaa muncul dengan senyuman. Memang pucat sangat mukanya. Faliq pun risau.

" Adik..!! kalau rasa tak larat terus call Faliq ya..! Jaga diri baik-baik tau.." Pesan Adil pada Aliaa. Aliaa hanya mengangguk. Tiada kata apapun. Hanya angguk dan senyum. Tangan Adil disalam dan diciumnya. Adil memandang wajah Aliaa.

" Risau hati abang nak tinggalkan adik dalam keadaan macam ni."

" Adik okeylah Abang!! Janganlah risau. Adik sihat lagi ni.." jawab Aliaa. Bagi keyakinan pada Adil. Adil mengangguk. Mereka terus menuju ke kereta Faliq.

"Sorry Liq.. Menyusahkan kau.."

"Ish!! Kau ni. Menyusahkan apa pula. Tak adalah. Jangan risau. Insha Allah Aliaa okey. Nanti balik kerja aku bawa dia ke hospital. Apa-apa aku info kau.." jawab Faliq. Adil angguk perlahan.


Faliq terus masuk ke dalam kereta dan memandu laju. Dia menoleh ke arah Aliaa. Aliaa senyap.

"Awak okey tak ni?!" Tanya Faliq. Lembut je suaranya ni. Aliaa menoleh ke arah Faliq dan senyum.

"Okeylah...!  Jangan risau. Saya okey je. Abang je yang cuak, saya nak pergi kerja pun dia bising. Dah suruh pula awak hantar. Sorry tau!!." jawab Aliaa. Muka sedih.

" Hehe.. Mestilah dia risau. Tengok awak ni, aduhai saya pun risau tau tak.."

" Tak payahlah risau ya. Saya okeylah..!!" Aliaa senyum. Faliq membalas senyuman. Seronok hati Faliq. Aliaa dah dekat dengannya tapi untuk Aliaa buka pintu hati supaya menerimanya semula. Fuh!! Payah-payah. Memang payah. Sabar jelah wahai hati. Tak lama lagi terbukalah tu hati Aliaa untuknya. Kata hati Faliq. Sepanjang perjalanan ke office, Aliaa banyak senyap je. Sepuluh patah ditanya,  sepatah je dia jawab. Faliq biarkan saja. Mungkin tiada mood Aliaa mahu berbual. Sampai saja di lobi. Mereka berjalan bersama.

"Nak breakfast dulu tak?!" Tanya Faliq.

"Saya dah breakfast dengan abang tadi.."

"Okeylah..!! Awak okey kan?!"

"Okeylah.. Saya naik dulu.. Bye!" Aliaa terus menaiki tangga dan masuk ke dalam liff. Faliq pun terus ke cafe. Dia bukan nak breakfast tapi nak bungkuskan makanan untuk Aliaa. Biar Aliaa makan. Nasi lemak bersama milo suam. Selesai bayar di kaunter dia terus menuju ke liff. Di depan liff, ada Naim seorang. Dia menghampiri Naim.

" Broo.. Kebetulan terserempak dengan kau ni. Nak minta tolong, bagikan ni dekat Aliaa ye.." pinta Faliq.

"Boleh.. boleh.." Naim mengambil bungkusan dari tangan Faliq. Senyum Faliq. Mereka masuk ke dalam liff dan berbual mesra.

"Lalalalalaaaa..!!" Bernyanyi-nyanyi kecil mengikuti lagu. Senang hatinya. Kerja sudah selesai, minggu ni tidak banyak kerja pun. Cadangnya petang ni mahu balik kerja awal. Mahu tolong apa yang patut dirumah. Tak sabar nak bawa Aliaa jumpa keluarganya. Sangat excited.

Tut.. Tutt..!! Handphone berbunyi. Terus mencapai handphone dihadapannya. Naim call?? Berkerut dahinya.

" Faliq.. Aliaa tak sihat ni. Dia minta kau datang office sekarang.." kata Naim ditalian.

"Okey..!! Okey..!! Aku datang sekarang..!!" Terus Faliq bangun ambil kunci kereta dan berlari keluar office. Kelam-kabut dia. Terdegup laju jantungnya. Risau yang amat. Pintu liff terbuka saja, terus Faliq meluru masuk ke office Aliaa dan berjumpa Naim.

" Naim.. Mana Aliaa?!" Tanya Faliq.

" Ada dalam biliknya. Jom..!!" Ajak Naim.

"Apa yang kecoh sangat ni?" Muncul Encik Zack dari belakang dengan muka yang bengis. Tepat pandang Faliq.

" Encik Zack.. Faliq datang nak ambil.." Belum sempat Naim habiskan percakapannya. Encik Zack terus menyampuk.

" Ambil Aliaa? Inikan waktu kerja. Kenapa suka-suka nak ambil dia.."

" Aku datang sini sebab nak bawa Aliaa ke hospital. Aliaa tak sihat.." jawab Faliq perlahan.

" Rasanya tak perlu kut kau bawa, aku pun boleh bawa dia ke hospital. Aku majikan dia.." kata Encik Zack tegas.

" Abang dia amanahkan aku untuk jaga dia.." Pula dah. Berebut mereka. Naim ditengah-tengah. Sekejab pandang Encik Zack sekejab pandang Faliq. Aduhaii...

"Apa masalah kau ha Faliq?!"

" Masalah apa pula. Hmm.. Encik Zack, saya nak minta izin bawa Aliaa ke hospital, dia tak sihat.." Faliq pandang tepat ke anak mata Encik Zack. Mata berlawan. Faliq terus berlalu.

" Naim.. Ini pejabat aku, kenapa kau suka-suka suruh orang luar masuk?.." Marah Encik Zack pada Naim.

"Tapi Aliaa tak sihat. Aliaa yang minta saya bagitahu Faliq.."kata Naim jujur.

"Kau ingat ini pejabat bapa kau ke..!!" Tersentak Naim.

"Abang..!! Kenapa dengan you ni. Kenapa you cakap macam tu?" Muncul Cik Erisya. Terkejut dia dengar Encik Zack marah. Encik Zack terus terdiam. Dan terus masuk biliknya. Wajahnya lebih garang dari singa.

"Naim.. saya minta maaf ya. Apa yang berlaku sebenarnya ni.." Naim senyum dan mengangguk. Naim menceritakan semua pada Cik Erisya. Geram betul Cik Erisya dengan sikap panas baran abangnya itu. Menggeleng kepala. Lalu, terus masuk bilik Encik Zack. Encik Zack menjeling pada Cik Erisya. Cik Erisya duduk di hadapannya. Berkerut.


" Kenapa dengan you ni?! Janganlah buat hal dengan staff.." kata Cik Erisya.

" Buat hal apa? You nak ke staff pijak kepala. Suka-suka keluar masuk office.." marah.

"Tapi Aliaa tak sihat. Tak salah pun Faliq ambil dia dan bawa ke hospital.."

" I majikan dia, i boleh hantar dia. Kenapa perlu Faliq..." Muka masih mencuka.

"You ingat i tak tahu ke, you jelous dengan Faliq kan?!" Cik Erisya senyum sinis.

" Sudahlah bang. You tahu kan. Aliaa dengan Faliq. Kenapa nak kacau hubungan mereka.." sambung Cik Erisya.

" Tapi mereka tak ada apa-apa ikatan Sya. Selagi mereka tak ada apa-apa ikatan, i ada peluang nak dekati Aliaa.." Encik Zack penuh yakin.

"Aliaa nak you ke ?! Dahlah bang, lupakan hasrat you tu. I lebih suka Aliaa dengan Faliq pun. Janganlah runtuhkan kebahagian mereka. Kasihan Aliaa. You nak ke Aliaa berhenti kerja sebab you. Kalau papa tahu perkara ni confirm papa marah.. Jangan cari pasal lah bang.."  kata Cik Erisya.

" I boleh bagi kebahagiaan pada Aliaa.."

" Kebahagiaan apa bang. Belum apa-apa lagi you dah kongkong dia macam ni. Terimalah hakikat. Kebahagiaan Aliaa hanya bila bersama Faliq. Bukan you..!!" Kata Cik Erisya sebelum keluar dari bilik itu. Encik Zack duduk. Menyandarkan badan. Memandang kosong ke lantai. Kemudian berdiri menghadap tingkap. Menyapu kepala. Dan kembali ke mejanya.

"Arhhh!!! Semua sama je.. " Dia menumbuk meja. Muka bengis. Tension teramat tension. Nampak gayanya memang dia tiada peluang untuk mendekati Aliaa. Dia tidak puashati dengan semua orang. Kenapa semua suka Aliaa bersama Faliq? Apa bagusnya Faliq tu? Baik sangat ke? Geram pula dia.

Bila hati dah suka, bila hati dah terpikat. Sebolehnya dia tetap mahu memilikinya. Tapi apakan daya andai hati empunnya badan sudah dimiliki insan tercinta. Alangkah ruginya dia, tidak memetik bunga ditaman seawal mungkin. Sudah tiada rezeki. Redha sajalah Zackkk!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku