Kerana Janji
Bab 182
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
84

Bacaan






Semalam selepas balik dari hospital, Faliq terus hantar aku ke rumah. Dia tak bagi aku masuk kerja lagi. Doktor Dina pun dah bagi surat MC. Sepatutnya aku kena berkampung dekat hospital lagi. Tapi aku mati-mati menolak. Menurut Doktor Dina, aku kurang darah merah. Pula dah kurang darah. Macam-macamlah. Kadar hemoglobin dalam darah tahap merbahaya cuma 7 saja. Doktor Dina dah buat hati aku berdegup sekencang angin taufan. Memang seram dengar. Merbahaya! Seriau darah aku. Aku merayu taknak duduk hospital. Faliq pula pujuk aku supaya duduk hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya tapi aku tetap taknak. Akhirnya mereka akur permintaan. Doktor Dina bekalkan ubat tambah darah. Dan jika aku rasa  masih tak sihat, kena segera ke hospital.. Yeah!! Berjaya aku pujuk mereka.

Tapi pagi tadi aku bangun, aku rasa lebih sihat dan bersemangat sekali. Cukup tidur dan cukup rehat. Waktu Faliq hantar aku balik, Faliq singgah belikan makanan, petang sebelum maghrib dia hantar makanan dan malam dia hantar lagi. Makcik Asmah masakan untuk aku. Dia betul-betul jaga aku. Terharu sangat-sangat. Bukan Faliq je yang baik, family dia pun baik sangat dengan aku. Aku sangat bersyukur. Bolehlah aku menumpang kasih sayang seorang ibu. Terubat rindu aku pada arwah ibu ayah aku. Aku melihat wajahku di cermin. Aku senyum. Muka aku masih nampak pucat tapi tak seteruk semalam. Aku sapu bedak compact nipis, blusher pink, eyeliner dan calit lips glos pink. Biar nampak ceria sikit. Hahahaa.. cerialah sangat! Baju kurung Pahang plain berwarna kelabu gelap ku padankan dengan tudung bawal berwarna pink  belacan. Aku memang suka padankan baju plain dengan tudung warna berlawanan. Nampak lain dari yang lain. Padahal aku belasah je pun. Tapi tetap nampak menarik. Simple je. Bila dah puashati dengan penampilanku sendiri, aku pun geraklah ke rumah Faliq. Majlis pernikahan kali kedua Asnida akan berlangsung jam 11pagi. Ada sejam lagi. Sengaja aku datang awal. Faliq yang suruh. Dalam hati sebenarnya malu juga nak pergi, Faliq cakap semua ahli keluarganya ada. Sebelah papa dan mamanya. Berdebar pula rasa. Mesti ada yang bertanya nanti tentang hubungan aku dan Faliq. Ini yang paling berat nak jawab ni. Okey Aliaa buat tak tahu jelah.
Baru je masuk dalam kereta dan hidupkan enjin kereta. Handphone berbunyi. Siapa lagi kalau bukan Faliq.

"Assalammualaikum.. Awak nak saya ambil tak?!" Tanyanya.

" Waalaikumsalam.. Tak payahlah. Saya baru masuk dalam kereta ni, nak gerak dah.."

" Betul ni taknak saya ambil?!"

" Iya betul. Rumah awak tengah ada tetamu kan. Takkan nak tinggalkan. Tunggu je saya sampai kejab lagi.." jawabku.

"Okey!! Saya tunggu. Nanti saya sambut awak  sekali pengapit dan bunga manggar ye..!" Katanya. Gelak kecil.

"Amboiii.. Awak ingat saya pengantin ke?!"

" Bakal pengantin nanti. Tapi kalau nak nikah sekali dengan Angah. Lagi bagus. Kita nikah jelah sekali. Nak?!" Sambungnya lagi. Gelak besar. Ceria.

" Amboiii... Amboii.. Amboiiiii..!!! Sukanya dia. Doalah banyak-banyak, semoga hati saya terbuka untuk bersuamikan awak. Okey?!"

" Baiklah Cik Aliaa Sofea. Mana tahu lepas awak tengok Angah dan Lokman nikah nanti awak pun nak nikah dengan saya. Kan.. kan.. kna..!!" Gelak lagi.

"Hahahaa..!! Okeylah, nak gerak dah ni. Jumpa nanti.. bye!!" Aku mematikan talian. Senyum.

"Hmm.. Faliq. Faliq.." Aku memulakan pemanduan. Perasaan segan tetap ada. Pagi sabtu macam ni, jalan agak lengang sikit. Jadi, syoklah aku memandu.

Sampai je di depan rumah Faliq, mataku liar mencari parking. Dah berderet kereta. Mesti ahli keluarganya kut. Mujur ada satu parking kosong tak jauh dari rumahnya, lega. Tak payahlah jalan jauh. Aku matikan enjin kereta, sebelum keluar kereta aku sempat tengok muka sendiri di cermin. Okey cun!! Aku senyum lebar. Aku tutup pintu kereta.

" Selamat datang wahai Puteriku Sayang..!!" Faliq menyambut aku dengan happy sekali. Malu pula aku jadinya. Patutlah dia suruh aku pakai baju warna kelabu, rupanya dia pun sama warna sedondon. Bijak mamat ni plan. Biasa perempuan yang kecoh nak pakai sedondon tapi dia ni pula yang semangat. Haha!!


" Sweetnya awak hari ni. Rasa macam nak cium je..!" Pujinya selamba. Pandang aku dengan mata yang bersinar.

" Amboii.. Ada yang nak kena belasah ke nak kena terajang ni.."jawabku. Menjeling manja.  Faliq gelak kuat.

"Jom..!! Semua dah tunggu awak, bakal ahli baru keluarga kami. Makcik  pakcik sepupu sepapat semuanya tak sabar nak jumpa awak" katanya selamba. Aku tercengang. Berhentikan langkah.

"Faliq?! Awak jangan macam-macam. Saya baliklah macam ni...!" Aku sengaja menyakat.

"Hahaha!! Hey!! Takkan nak tinggalkan saya ke!.."

"Yang awak cakap tu, kenapa? Taknak lah saya.."

" Hahahaha.. Alaa gurau jelah.." Faliq masih lagi gelak. Aku masih berdiri.

"Iya.. Saya gurau je. Saya tak cakap apa-apa pun. Jom..!! Ke nak saya dukung masuk dalam.." senyum.

" Ish!! Gila..!! Betul ni tak tipu?!" Tanyaku.

"Iyalah.. Jom..!! " Aku senyum dan jalan bersama dia masuk ke perkarangan rumah. Meriahnya rumah. Dengan tetamu dan ahli keluarga yang peramah-peramah. Mesra alam betul mereka. Aku memang tak putus senyum. Faliq memang pandai, dengan semua ahli keluarganya dia kenalkan aku. Perhh!! Memang malu tahap gaban. Pelamin ringkas tersergam indah. Simple dan menarik. Aku senyum. Ini mesti hasil tangan Asnida sendiri. Kreatif sungguh. Tekaku.

" Buat apa tu?!" Lamunan aku terhenti. Kak Amiza menegurku. Aku senyum.

"Cantik kan?! Ini Angah yang buat sendiri. Nanti kalau Aliaa dan Alang kahwin, Angah cakap, dia yang akan buat semuanya. Dari pelamin, hantaran, baju semua dia nak buat khas untuk Aliaa.." terang Kak Amiza. Segan silu aku jadinya. Tak cakap apa-apapun. Diam dan senyum. Itu jelah yang mampu aku lakukan.

"Uitt...!! Buat apa ni?! Teringin nak duduk atas tu ke?!" Aku berkerut.

" Mestilah nak kan Aliaa. Alang tu je yang taknak bertindak. Cuba cepat sikit bertindak tu, cepatlah dapat duduk atas tu..Kan Aliaa kan..!"Alamak!! Aku terkedu, sengaja Faliq kenakan aku ni. Faliq gelak je tengok reaksi malu aku.

"Hahahaa!! Along.. kejab ya. Nak pinjam Aliaa kejab je. Ada tetamu nak jumpa.." kata Faliq. Kak Amiza angguk. Aku ikut Faliq. Siapa pula tetamu dia yang nak jumpa aku ni. Aku bukan kenal sesiapa pun. Aku tanya tapi Faliq cuma cakap. Tengoklah. Sampai di depan pintu, Faliq terus pegang tangan aku. Genggam erat. Terkejut aku. Nak lepaskan tapi makin dia genggam kuat. Aku berkerut. Minta dilepaskan. Malulah orang tengok. Dia cuma jawab. Sekejab!!

Melangkah keluar. Laa.. patutlah. Rupanya Elly bersama Encik Boss yang datang. Sengaja Faliq ni buat orang tu sakit hati. Encik Boss pandang aku terpaku. Atas bawah dia pandang aku. Tak berkelip mata. Ish! Dah kenapa pula Encik Boss ni. Aku senyum pada Elly dan Encik Boss.

"Haaiii Aliaa.. Lama tak jumpa you. Makin cantik i tengok you. Patutlah Faliq ni jadi angau sekarang. Asyik cerita pasal you je tau.. !" Kata Elly. Semangat bercerita. Aku tahu, mereka sengaja ni.

" Hahaha.. Iyeke?!" Aku pun sengaja juga buat-buat mesra bersama Faliq. Lagak romantik gitu!!. Encik Boss hanya pandang. Faliq melayan mereka dengan mesra sekali. Sikit pun dia tidak bermasam muka dengan Encik Boss. Tapi Encik Boss je yang tak selesa. Disebabkan Elly dia terpaksa datang. Aku tak tahu sebenarnya sejauh mana hubungan Elly dan Encik Boss. Kalau tengok seperti sepasang kekasih tapi kalau iapun kenapa Encik Boss nak tackle aku pula. Ish!! Tak faham betullah dengan lelaki ni. Faliq layan aku memang layanan istimewa sangat. Dah macam belangkas. Asyik dengan aku je. Lagi-lagi depan Encik Boss. Makin mengadalah dia. Aku buat biasa je. Mata Encik Boss tetap pandang aku. Aku jadi rimas pula tapi abaikan.

Tengah berborak. Faliq minta diri sebentar kerana pihak lelaki sudah sampai. Faliq menyambut mesra mereka. Tok kadi pun dah sampai. Majlis akan berlangsung tak lama lagi. Mesra dan peramahnya si Faliq ni. Seronok aku tengok dia. Semua golongan dia layan sama. Aku senyum melihat gelagat Faliq. Aku berdiri ditepi pintu dengan tangan memegang gelas berisi air oren. Melangkah ke belakang sikit untuk bagi ruang tetamu masuk.

"Cantik awak hari ni Aliaa.." Aku terkejut.


Bila pula Encik Boss berdiri disebelah aku ni. Rapat pula tu. Aku berganjak selangkah ke tepi.  Encik Boss rapatkan badan lagi kearahku. Ish! Rimasnya. Berani dia buat macam ni. Dahlah orang ramai. Faliq sempat menjeling kearahku. Dia nampak apa yang Encik Boss buat. Tapi kerana sedang melayan tetamu jadi dia biarkan je. Tapi mata tetap menjeling. Aku beberapa kali beralih tempat. Encik Boss tetap ikut aku.

"Encik Boss.. Boleh tak jangan ikut saya?" Kataku. Berkerut. Elly masuk ke dalam rumah mahu jumpa Asnida katanya. Aku meneguk air terakhir dan jalan ke arah beberapa budak katering yang sedang menyusun gelas dan memberikan gelasku pada mereka. Aku senyum dan ucap terima kasih. Encik Boss mengekori aku lagi. Rimasnya..!! Dekat rumah Faliq ni pun dia berani. Aduhaiii..!!

"Saya akan ikut kemana saja awak pergi.." kata Encik Boss selamba. Bengang betul aku.

" Encik Boss tolonglah. Ni rumah Faliq. Janganlah buat hal dekat sini. Apa family dia cakap nanti. Tolonglah hormat tuan rumah dan majlis orang.." kataku. Minta dia faham.

" Peduli apa saya. Selagi awak tak terima saya selagi tu saya akan kejar awak.." Aku membeliakan mata.

"Encik Boss ni dah gilalah..!!" Marah aku.

"Memang..!! Memang saya gilakan awak..!" Jawabnya dengan rasa tak bersalah. Aduhai.. Mana Faliq ni. Mataku liar mencari kelibat Faliq. Tak ada pula. Tengah busy kut. Aku macam nak lari je sekarang ni. Kalau family Faliq nampak. Apa pula kata mereka. Tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam rumah. Jalan laju meninggalkan Encik Boss. Tak pula dia ikut. Ish!! Gilalah dia tu.

"Aliaa..!! " Faliq panggil aku dari dalam. Aku senyum. Lega!! Faliq menghampiri aku. Encik Boss hanya perhatikan kami.

" Awak pergi mana? Saya cari awak dekat luar dekat dalam.. " tanyanya.

" Saya minum.. " jawabku ringkas.

" Jom..!! Majlis nak mula tu. Kita ambil berkat ye. Hehe!!" Sempat lagi bergurau. Aku ikut Faliq ke ruang tamu. Tetamu ramai sedang menunggu acara bermula. Semua mata tertumpu pada aku dan Faliq. Mereka senyum. Pula dah. Macam kami pula pengantin. Aku tersipu malu. Nak duduk dah tak muat. Jadi, kami berdiri dibalik pintu saja. Aku berdiri disebelah Faliq. Asnida pandang aku dengan senyuman manis. Cantik sangat wajah Asnida. Elly disebelahnya. Juga senyum padaku. Aku membalas senyuman mereka. Dan entah macam mana boleh pula aku terpandang Encik Boss di satu sudut. Dia tepat pandang aku. Faliq perasan Encik Boss perhatikan aku, tanpa segan silu. Tangan aku digenggam lagi. Aku minta dilepaskan tapi dia buat tak tahu je. Inilah kali kedua dia pegang tangan aku dengan yang tadi. Semata-mata nak buat Encik Boss bengang. Kalau tak, memang minta maaflah aku membebel. Tapi takkan nak membebel dalam ramai orang ni.

"Faliq.. Sudahlah. Lepaskan tangan saya. Bukan muhrim kut.." Encik Boss nampak kemesraan kami dia terus keluar. Aku menjeling pada Faliq, minta dilepaskan tanganku.

"Eh!! Sorry.. Sorry..!!" Katanya.

"Banyaklah sorry! Zack dah keluar dah kut. Sengaja je kan.."aku membebel perlahan, dengan buat-buat senyum.

" Sesekali kut.."

" Banyaklah sesekali. Dahlah kuat. Sakit tahu tak!!" Aku masih merungut.

" Tak apa nanti saya cium tangan tu, dah tak sakit lah.." sempat lagi bergurau.

"Ish!! Awak pun gila juga.." Faliq gelak kecil. Kak Amiza pandang kami berdua dan senyum-senyum. Aku sengeh. Malu!!

"Sah- sah.. Aaminn..!!" Tiba-tiba Faliq bersuara lembut. Aku berkerut pandang dia.

"Apa sah?!" Tanya aku. Pelik.

"Tu Angah dah sah jadi bini orang. Tak dengar ke?!" Faliq memuncungkan mulut ke arah Asnida.

" Oyeke! Laa.. Dah sah ye.." Aku sengeh garu kepala. Aku terpinga-pinga. Setelah selesai majlis, aku bersalaman dengan Asnida dan mengucapkan tahniah. Asnida peluk cium aku bertubi-tubi. Dah macam budak kecil dah aku ni. Naik segan sudah. Faliq gelakan je. Kemudian kami bergambar. Dan, boleh pula Makcik Asmah minta aku dan Faliq bergambar berdua di pelamin Asnida. Aku menolak tapi mereka suruh juga. Faliq apa lagi. Dialah paling excited. Nak taknak terpaksalah. Tunaikan jelah permintaan Makcik Asmah. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku