Kerana Janji
Bab 183
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
84

Bacaan






Aku nekad, mulai hari ni aku taknak rapat lagi Encik Boss, aku nak buat kerja aku sendiri je. Aku taknak berperangai gila-gila lagi depan dia. Makin aku berperangai gila-gila makin Encik Boss gilakan aku. Ish!! Takut aku.. Aku nak jadi seorang yang tegas dan serius bila dihadapannya. Kerja sebagai P.A, aku serah pada Syikin. Walaupun aku belum lagi utarakan niat untuk turun pangkat tapi aku suruh juga Syikin ambil alih dengan alasan aku masih tak sihat. Apalagi, seronoklah Syikin. Encik Boss tak boleh cakap apalah. Lagi pula ada Cik Erisya. Cik Erisya pula menyebelahi aku. Lega aku!!!

Sejak pagi tadi, aku masuk office dan langsung tak keluar. Syikin je keluar masuk bilik aku bertanya itu dan ini. Mana yang dia tak tahu pasal segala fail, dokumen client dia tanya aku. Okey setakat itu aku tolong . Tapi bab nak menghadap Encik Boss, walaupun urusan kerja buat masa ni minta maaf. Aku tak berani lagi. Aku ingat kata-kata dia masa nak balik dari rumah Faliq kelmarin.

"Saya tetap akan kejar awak dan tetap akan dapat miliki awak. Jangan cabar saya Aliaa..!" Fuh!! Itu dah cukup buat perut aku kecut. Menakutkan!! Aku tak info Faliq lagi. Nanti aku info juga. Dah macam ugutan pula. Aku jadi trauma. Huhu!! Ni kalau aku info abang, mahu kena Encik Boss ni. Aku betul-betul jadi serba salah. Macam nak lari je, nak berhenti kerja tapi memandangkan jasa baik Dato' dan Cik Erisya yang baik sangat dengan aku sampai aku rasa tak sampai hati pula. Tak apalah. Harap semuanya akan okey.

" Haiii Aliaa..!! Busy ke?!" Cik Erisya muncul tiba-tiba. Aduhai Cik Erisya ni. Terkejut aku. Gelak dia tengok aku.

" Tak sangat. Duduklah..!!" Pelawa aku. Cik Erisya duduk dihadapanku. Senyum pandang aku.

" Cik Sya dari mana?"

"Dari rumah. Ingat nak pergi shopping. You busy tak?! " tanyanya.

" Sebenarnya tak buat apa pun. Buat-buat busy. Hahaha!!" Aku gelak.

" Kalau macam tu, jom ikut i. Lagipun ada hal penting nak bincang ni.."

"Bincang?? Bincang apa?!"

" Adalah. Nanti kita bincang. Jom!!" Cik Erisya terus bangun.

"Cik Sya.. Saya tak boleh. Nanti Encik Boss marah saya lagi. Next time ya atau waktu balik kerja nanti. Boleh?!" Kataku.

" I yang ajak you keluar. Dia takkan marah punya.." Aku berkerut.

" Sorry Cik Sya..!! Saya taknak.." Aku tetap menolak. Aku taknak tanggung risiko dengan baran Encik Boss tu.

"Jom ikut i. I jumpa Zack. I minta izin dia bawa you keluar.." Tangan aku ditarik Cik Erisya ke bilik Encik Boss. Aku terpaksa. Pintu dibuka. Syikin dan Encik Boss sedang berbincang sesuatu. Aku buat bodoh je.

" Bang..!! I nak bawa Aliaa keluar sekejab ya. Boleh kan?!"

"Pergi mana?"

"Shopping kejab. Boleh tau!! "

" Ni kan waktu kerja Sya.." Encik Boss berkerut pandang aku. Aku pandang ke arah lain.

" Tahu tapi kali ni je. Boleh tau!! I tak ada kawanlah.. Please!!" Cik Erisya terus memujuk.

"Cik Sya..!! Tak payahlah ye. Nanti saya yang kena marah. Next time..!!" Selamba aku bercakap. Encik Boss pandang aku, serius.

" Sukahati you lah Sya..!!"

" Okey..!! Terima kasih abang yang macho. Jom Aliaa!!" Seronoknya Cik Erisya. Aku pula yang jadi serba salah. Aku terus berlalu ikut Cik Erisya. Langsung tak pandang Encik Boss pun. Tak kuasa nak pandang muka dia.

Hari ni aku terpaksalah ikut Cik Erisya shopping. Jenuh juga melayan. Hampir setiap kedai setiap tingkat dia masuk. Macam-macam dia beli. Alasannya, sesekali balik KL, nak kena shopping sakan. Boleh pula macam tu. Biarlah.. Janji dia bahagia. Dah penat berjalan atas bawah depan belakang. Kami pun  singgah makan. Dari perut kenyang terus jadi lapar. Aku ikut jelah. Sambil makan sambil berbual.


" Aliaa.. I nak minta maaf bagi pihak Zack.." katanya perlahan.

"Minta maaf kenapa Cik Sya?!" Tanya aku berkerut. Tak faham maksud dia.

" I tahu Aliaa. You kena marah dengan Zack. Dan, Zack jumpa Faliq nak fight dengan Faliq untuk dapatkan you.."terang Cik Erisya.

" Fight dengan Faliq?? Hahaha..!!  Taklah Cik Sya. Mana Cik Sya dapat info semua ini. Kami okey je kut. Lagipun yang dia marah saya tu, sebab salah saya sendiri.. Tak ada apalah tu..!!" Aku senyum. 


Tapi yang bab-bab fight nak dapatkan aku tu, memang aku tak tahu pula. Cuma yang aku tahu  dari mereka, Encik Boss ada hati dekat aku. Selebihnya tak tahu. Faliq pun tak cakap pun yang dia dan Encik Boss nak fight. Ish!! Mana mungkin dia nak cakap kut. Patutlah romantik gila Faliq layan aku bila depan Encik Boss. Alkisahnya....

" Elly cerita semua dekat i. Semalam kami jumpa. Tu yang i nak jumpa you sangat ni.." sambung Cik Erisya lagi.

" I pun tak tahulah macam mana Zack boleh ada hati dekat you, Zack tu jenis memilih. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin. Lepas putus tunang dengan Elly. Papa i ada carikan jodoh untuknya tapi semua dia tolak. Macam-macam alasan. Bukan taste dialah, tak sesuai lah. Itulah inilah. Geram tau..!!" Aku hanya dengar.

" Tapi Cik Sya.. Saya anggap dia majikan je tau. Saya tak ada pun bagi harapan. Cik Sya pun tahu kan perangai saya macam mana. Dengan Dato'  pun saya gila-gila juga. Dan semua pun macam tu.."Jelas aku. Minta Cik Erisya fahami aku.

"Iya Aliaa.. I kenal you macam mana. You jangan risau. I pun tak setuju bila Zack cakap dia suka you. Zack tu, ishh!!! Dia tak sesuai dekat you pun. Sorrylah.. !! I bukan nak burukkan abang i sendiri tapi sebab i sayang you tau. I anggap you dah macam adik beradik i juga. I taknak you terikat dengan Zack. Zack tu panas baran. I pun sakit hati kadang-kadang." Aku terharu dengan pengakuan Cik Erisya.

" You tengok..!! Belum apa-apa lagi dia cuba nak kongkong you. Geram tau i. Kalau papa tahu, mesti papa mengamuk. Dahlah you pekerja kesayangan papa.. " Aku hanya mendiamkan diri. Tak ada komen apa-apa pun.

" Aliaa.. I lebih suka tengok you dengan Faliq. Pasal Zack, you jangan risau ya. Pandailah i nanti. Nak taknak i kena inform papa. Tahulah apa papa nak buat nanti.. " Cik Erisya senyum padaku. Tanganku dipegang. Aku membalas senyumannya.

"Saya minta maaf tau Cik Sya. Risau pula saya.." 

" Sepatutnya Zack tu yang kena minta maaf dekat you dan Faliq. Mengacau hubungan orang. Tapi tulah.. Zack tu ego dia. Masha Allah..!! Tinggi sangat ego dia tau.. " Aku senyum je.

"Tapi.. Elly dengan dia?! Saya tengok mereka rapat, kut masih bercinta lagi ke?!" Tanyaku ingin tahu.

" Elly tu yang nak bersama Zack semula. Tapi Zack entahlah. Dia bagi harapan tapi entahlah you. Pening i dengan sikap abang i tu. Ikut kepala dia je. Kadang-kadang, i kasihan juga dengan Elly tu. Ada sekali, Zack minta pendapat papa, kalau dia bersama dengan Elly semula macam mana? Jadi, papa pun setuju jelah. Diaorang dah kawan lama kut cuma terputus tengah jalan.."terang Cik Erisya lagi.

" Tu yang saya takut. Elly harapkan dia semula dan dia pun bagi harapan. Bila dia ada hati dekat saya, dia biarkan Elly. Dah saya pula disalahkan nanti. Ish!! Taknak saya. Taknak.. Taknak!!" Aku mula rasa takut. Aku taknak jadi penyebab.

" Hahaha!! Tak akan Aliaa.. Jangan risau. I takkan biarkan ini terjadi.." Cik Erisya ketawa tengok reaksi aku. Aku angguk. Okey!! Aku percaya cakap Cik Erisya. Aku menghirup air Carrot juice. Sedapnya!!

"Aliaa.. You dengan Faliq dah sama semula kan.!!" Hampir tersedak aku. Merah terus muka aku. Aku tak jawab pun soalan tu. Hanya senyum.

"Terima jelah. Kasihan Faliq.. Nanti dapatlah i makan nasi minyak you all. Hehehe..!!" Aku pun gelak kecil. Sambung mengunyah. Orang semakin ramai datang mahu makan. Sudah waktu lunch. Aku menghabiskan suapan yang terakhir. Kemudian, ku sedut air lagi. Kami terus berbual kosong.

Sudah puas berjalan dan shopping. Kami pun balik ke office. Baru je melangkah masuk ke pintu, Mira dengan muka sedih muncul.

"Kenapa ni Mira?!" Tanya Cik Erisya pada Mira.

"Encik Zack mengamuk. Cari Cik Aliaa tak ada.." katanya perlahan. Hati aku dah mula berdebar-debar dah ni. Terus je aku ikut Cik Erisya dari belakang menuju bilik Encik Boss. Pintu dikuak Cik Erisya. Kasihan Syikin kena marah. Bersalah pula aku rasa.

"Buat kerja macam ni pun.. Ish!! Apa kena dengan semua pekerja dalam office ni ha. Korang ni makan gaji buta je. Buat kerja haram tak tahu..!!" Pedihnya hati dengar.

"Abang..!! " Encik Boss menoleh pada kami. Muka bengis.


Syikin tunduk memandang ke lantai. Simpati aku dengan dia.

" Syikin... Awak keluar dulu ya..!!"arah Cik Erisya. Syikin angguk dan terus keluar. Aku perhatikan je.

"Kenapa dengan you ni bang. Asyik nak marah je, nak mengamuk tak tentu pasal.."

" You tengok ni. Ini dokumen penting tau tak! Semua salah, padahal i dah ajar dia dah. Bengap betul.." tersentak aku dengar. Selamba je Encik Boss cakap pekerja macam tu.

"Ni Aliaa.!! Tengok ni.. Ini kerja awak. Tugas awak. Yang awak pandai-pandai suruh Syikin tu buat kenapa? Dah taknak kerja dah ke? Kalau taknak kerja berhentilah..!!" Encik Boss pandang aku menyinga.

"Memang saya nak berhenti..!!"Jawabku tegas. Aku pandang tepat muka Encik Boss. Berlawan mata. Terkejut Cik Erisya dengar.

"Saya nak berhenti sebagai jawatan P.A Encik Boss. Saya cuma nak jawatan lama saya. Encik Boss sila cari P.A lain yang boleh layan baran Encik Boss. Saya tak kuasa nak layan. Selama jadi P.A Encik Boss, saya buat yang terbaik. Saya pegang dua jawatan sekaligus. Sikit pun saya tak pernah complain. Saya terima jawatan P.A sementara sebab saya nak tolong je . Dan, Encik Boss terus nak saya pegang jawatan P.A. Okey saya ikut. Tapi kalau macam nilah. Maaf.. Saya lebih suka jawatan lama saya. Biar gaji kecil janji saya kerja tak stress macam ni nak menghadap singa jantan yang terlampau ego macam Encik Boss ni.." Pertama kali aku cakap lepas depan Cik Erisya. Tegas dan sakit hati.

" Jangan disebabkan perasaan  yang tak puashati pada saya, Encik Boss boleh lepaskan baran pada semua pekerja. Ingat diaorang tak ada hati dan perasaan ke?!. Kalau macam nilah sikap Encik Boss pada pekerja, lama-lama mereka akan keluar dari office ini. Mereka bukan suka tapi makin benci pada Encik Boss. Bukan mereka je benci, saya sendiri pun akan benci.." Aku masih pandang berkerut pada Encik Boss. Tak berkelip mata. Dia terdiam seribu bahasa. Cik Erisya pun senyap tapi senyum sinis. Mungkin setuju dengan kata-kata aku kut. Entahlah.. Senyap sebentar. Cik Erisya ambil dokumen tersebut dan menyemak apa kesalahannya. Dan..

" Eh!! Mana ada salah. I tengok semua okey je ni.." kata Cik Erisya. Aku pandang Cik Erisya dan pandang semula muka bengis Encik Boss. Memang muka minta di tampar adalah. Langsung tak ada perasaan bersalah. Geram dan menyirap, mengoren, mengbandung hati aku tengok dia. Apa motif sebenarnya dia ni?!

" Dan last...!! Dengar ni.. Saya adalah pekerja dan Encik Boss adalah majikan saya. Selagi saya bekerja di sini. Saya ulang sekali lagi. Saya Aliaa Sofea adalah pekerja kepada Encik Zakry Dato' Hamid, majikan saya. Tak lebih. Harap faham..!! Maafkan saya.. !!" Aku berundur dan terus keluar dari bilik Encik Boss. Fuh.. Lega!! Akhirnya terlepas semuanya dihadapan Cik Erisya sendiri. Ada saksi. Aku harap dia faham maksud aku.

Jangan ingat dia Boss dia boleh buat apa je. Aku tahu, sejak aku rapat dengan Faliq. Sikap dia berubah jadi panas baran dan suka mengamuk. Tapi memang Cik Erisya sendiri cakap kut tadi Encik Boss panas baran. Kalau iapun nak baran nak mengamuk nak meroyan, tengoklah kesalahan pekerja. Kalau betul pekerja tu memang buat kesalahan besar tak apalah, ini salah sikit je kut. Sebenarnya aku yang buat dokumen tu semalam tapi aku bagitahu dekat Syikin cakap dekat Encik Boss, dia yang buat. Banyak kali aku semak dokumen tu, tak ada cacat cela pun. Cik Erisya pun cakap tak ada salah. Aku tak tahulah apa masalah Encik Boss ni. Angin satu badan. Time okey, dia senyum je tapi dalam senyum pun boleh mengamuk. Ada saka kali. Hahahaha!! Merepek je aku ni.

Aku jumpa Syikin dan minta maaf pada dia. Kasihan dia jadi mangsa amarah Encik Boss. Alhamdulilah.. Dia tak ambil hati tapi kata mulut dia je, tapi dalam hati dia tak tahulah. Aku faham.. Berkali-kali aku mohon maaf. Kemudian, aku terus masuk bilik. Duduk dan termenung. Aku keluarkan handphone. Senyum lebar. Whatsapp dari si Faliq.

" Ehem... Ehem..!! Nak kacau kejab ya!
Dah lunch tak? Hari ni saya tak sempat masuk office, ada kerja diluar. So, tak dapatlah nak jumpa sayang saya ni. Kerja elok-elok. Kalau Zack marah, abaikan je, diakan boss. Diamkan jelah ya. Take care! Bye! Muahh!!"

Aku gelak kecil. Macam tahu-tahu je dia ni. Faliq.. Faliq.. !! Elok-elok aku tengah bengang terus senyum happy bila muncul whatsapp dari Faliq. Betul-betul lah kau ni Faliq. Muncul dikala aku serabut sebagai penenang. Terima kasih Faliq Alfie. Kaulah kawan, kaulah sahabat, kaulah penyeri hidupku, kaulah segalanya, kaulah cinta hatiku.. Eh.. Eh..!! Cinta hati?? Itu belum lagi, insha Allah satu hari nanti.  Bukan sekarang. Iya..!! Bukan sekarang!! Aku masih menunggu jawapan. Sabar ya Faliq.. Sabar ya hati..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku