Kerana Janji
Bab 184
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
90

Bacaan






Aku melangkah ke halaman rumah. Memeluk tubuh yang kesejukkan. Cuaca sejuk malam ni selepas hujan. Terasa nyaman sekali. Aku berjalan perlahan menuju ke pintu pagar. Kemudian, bersandar di belakang kereta Personaku. Aku merenung kosong ke hadapan. Memandang lampu jalan. Apa yang aku fikir, aku pun tak tahu. Macam-macam, bercampur aduk, berserabut dan hmm entahlah. Rasa macam nak menjerit sekuat-kuatnya je. Nak hilangkan kekusutan dalam kepala ni. Tapi macam mana? Takkan nak menjerit waktu ni, tak pasal-pasal jiran tetangga kata aku gila pula. Menjerit malam-malam. Aduhai.. Hati oh hati...!!

Minggu ni, majlis perkahwinan Zahwan. Tahniah Zahwan. Sampai dah jodohmu. Semoga berkekalan ke syurga. Aku? Tetap macam ni. Jujur cakap, tak banyak tapi sikit perasaan sedih tetap ada. Memang tak boleh mengelak dari perasaan tu. Kecewa?? Tak.. !! Aku dah cukup kecewa kerana Zahwan. Bukan sengaja nak mengingati.  Tapi iyalah.. Aku hanya manusia biasa. Kadang lemah dengan perasaan sendiri. Lebih-lebih lagi melibatkan hati.   Kerana kenangan itu yang buat aku sedih. Kerana kenangan..!!

Siapa yang tidak sedih. Insan yang pernah bertahta dihati. Bersumpah janji, yang pernah buat aku tersenyum dan bahagia. Walau seketika cuma tapi kesan parut tetap ada. Dan kini, akan mengikat tali perkahwinan bersama orang lain. Mampukah aku melihat persandingan mereka nanti? Bolehkah aku bertahan melihat gembiranya Zahwan bersama isterinya nanti? Pasti akan ada satu perasaan ganjil nanti, perasaan seperti diejek-ejek kerana aku tidak bersamanya. Oh tidak!!

" Arhhh!! Gilalah kau ni Aliaa. Sudah-sudahlah tu. Lupakan kenangan tu. Bukan dapat apa pun, yang kau dapat hanya kesakitan je. Tak perlu kau pandang ke belakang melihat kenanganmu yang lalu, tak perlu kau mengingati dan menoleh pada insan bernama Zahwan dibelakangmu tapi pandanglah kau ke hadapan. Lihatlah dari mata hatimu siapa dihadapanmu. Yang sentiasa memberi harapan padamu. Insan yang cukup membahagiakan hidupmu selama ni. Itulah Faliq Alfie. Tak pernah jemu menantimu. Ciptalah kenangan baru bersamanya. Yakinlah, percayalah.. Kerana dia amat menyayangi, amat mencintaimu dan menerimamu seadanya.. Buka matamu Aliaa.. Buka hatimu Aliaa.. !!"

Kata hati kecilku. Aku menarik nafas panjang dan hembuskannya perlahan. Aku pejamkan mata sekuat-kuatnya. Dan, bila ku buka mata. Seorang lagi muncul dalam bayangan mataku. Aduhai.. Encik Boss pula. Jadi, aku nak pandang mana pula ni? Pandang belakang ada Zahwan. Okey aku lupakan. Pandang depan semestinya Faliq. Takkan pernah aku lupakan.  Jadi, Encik Boss ni pula nak bawa pandang ke mana ni mana. Atas bawah kanan kiri?! Tak..!! Encik Boss aku pandang sekilas jelah. Pandang sekilas terus hilang dari hidup. Hahaha!! Apa aku merepek ni. Ting tong pula dah. Aku gelak sendiri.

" Laaa.. dekat sini rupanya. Buat apa sorang-sorang dekat luar ni. Kan sejuk..!! Gelak pula tu.. Apa kes!!" Terkejut aku tiba-tiba abang muncul. Aku sengeh.

"Saja.. Ambil udara segar lepas hujan.." jawabku.

"Ini mesti ada problem ni. Apa kes?! Cerita cepat..!" Teka abang.

" Elehhh.. Tak ada konon. Ini abanglah dik oii, tak payah nak sembunyi. Cepat cerita. Abang pendengar setia ni.." Abang berdiri sebelah aku pun bersandar di kereta.

" Nak cerita apa? "

"Cerita jelah. Apa yang sedang bermain difikiran tu.. Share dengan abang.." abang tetap nak tahu.

" Tak ada apa? Cuma sedih sikiiiiittttt je sebab Wan nak kahwin.." kataku perlahan.

"Hmm.. Pula dah. Masih ada hati dekat Wan ek?!"

"Ish!! Taklah. Cuma iyalah, mungkin sebab dia pernah ada dalam hati adik, pernah buat adik happy. Dan, entahlah boleh ke adik tengok dia bersanding nanti.. Ish!! Tak tahulah abang!!" Aku menundukkan kepala pandang bawah.

"Abang faham. Abang tahu apa adik fikir. Kadang, bukan kerana orangnya yang buat kita sedih tapi kerana kenangan yang indah itu. Betul tak?!" Aku angguk.

"Kalau adik tak boleh, lebih baik adik tak payah pergi. Jangan paksa diri. Abang taknak adik sendiri terasa hati dan taknak ada yang terasa hati juga nanti.." kata abang.

"Iya juga kan. Okeylah.. adik tak join.."

" Adik cuma tak join ke majlis Wan je tau tapi ke Sabah adik tetap kena ikut. Abang dah booking tiket pun tadi. Untuk 3hari 2malam. Jumaat gerak ahad balik.. Okey!!" kata abang.

" Abang tak info adik pun nak booking tiket? Jumaat tu jam berapa?!" Terkejut aku dengar. Aduhai abang ni..

" Lepas solat Jumaat.."

"Ish!! Abang ni.. Kalau adik tak dapat cuti Jumaat tu macam mana?"

" Kenapa tak dapat cuti pula? Kan awal lagi ni. Apply lah cuti.." Selamba je abang cakap.

" Abang tahu tak. Encik Boss sekarang ni tak macam dulu dah. Sekarang ni dia tegas dalam kerja. Lagi-lagi bab cuti. Tak pasal-pasal adik kena marah.." Aku mengadu.

" Aik!! Kenapa pula?! Bukannya adik selalu cuti kut... "tanya abang padaku semula.

" Adik dah tak rapat dengan dia dah. Dah tak pegang jawatan P.A pun.." jawabku.

" Kenapa? Ke ada sesuatu berlaku? " teka abang. Aku pun mulalah cerita dari A sampai Z. Aku ingat abang tahu, rupanya abang tak tahu. Faliq langsung tak cerita apa-apa. Pelik juga aku. Biasa Faliq cerita semua dekat abang. Mungkin Faliq taknak keruhkan keadaan kut.

" Dah agak dah. Sebab tu abang tak bagi adik rapat dengan dia. Apa yang abang cakap, yang abang halang tu, yang abang tak izinkan tu. Ada sebab tau. Bukan suka-suka abang tak bagi. Lain kali kalau abang cakap tu, cuba dengar sikit. Jangan nak bantah, jangan nak degil bagai. Tengok apa dah jadi.. Adik juga yang susah kan.. !!" Start dah abang membebel.

"Iyalah.. Iyalah..!! Sorry ye abangku sayang. Lepas ni adik dengar cakap abang.. Hehehe!!" Aku sengeh.

"Tulah kalau orang cakap. Lepas ni dengar cakaplah, tak buat lagilah, itulah inilah tapi nanti dia juga yang buat juga. Naik berbuih dah mulut abang bercakap dengan adik ni tapi..." sambung lagi membebel. Hahahaa..!!

"Okey.. Okey.. Okey..!! Tiba-tiba adik rasa laparlah dengar abang membebel macam mak nenek ni. Jom kita masuk kita makan.. Abang masak apa? Mesti sedap kan..!! Jommm..!!" Aku tarik tangan abang masuk ke dalam. Mengelak dari terus dibebel. Hahahaha..!!!

Kami terus ke dapur. Aku angkat tudung saji. Wah!! Abang masak siakap masam manislah. Sedapnya bau. Sayur kailan ikan masin lagi. Terbaiklah abang aku ni. Bertuahnya lah aku. Hehe!! Aku senduk nasi, tuang air dan beri pada abang, juga untukku sendiri. Abang baca doa dan terus layan ikan siakap ni. Banyak aku makan, bertambah-tambah nasi aku. Bahagianya perut aku. Kami terus berbual dan berbual.

Selesai makan, aku tolong abang kemas dapur. Kemudian, macam biasa aku ke ruang tamu pula, duduk disofa layan tv pula. Abang terus masuk bilik. Ada kerja nak kena siapkan katanya. Jadi, layan tv sorang-soranglah.

Sedang syok layan tv, tiba-tiba dengar orang bagi salam. Aku ngintai melalui celah-celah langsir. Encik Boss??  Apa pula dia nak ni. Aduhai.. Dah malam kut. Tak ada urusan kerja pun. Cepat-cepat aku sarung tudung dan keluar. Aku jawab salam. Perlahan jalan ke pagar. Aku tak buka pintu pagar pun.

" Ada apa Encik Boss datang malam-malam ni?!" Tanyaku.

" Hmm.. Ada sesuatu saya nak bincang.."

" Nak bincang? Rasanya dekat office boleh bincang kut.."

" Tak boleh Aliaa. Benda ni penting.." Aku berkerut.

" Okey!! Nak bincang apa? Cakaplah.."

" Kita keluar. Minum ke.. Macam tak sesuai je dekat sini.."

" Maaf.. Saya tak boleh keluar.."

"Sekejab je Aliaa.." Aku geleng kepala. Menakutkan. Tak pasal-pasal kalau aku ikut, mahu dia bawa aku ke tempat lain. Takuttt!!

" Okey..!! Tapi boleh buka pagar ni kan.." pintanya. Aku pun bukalah pagar, tapi aku tak bagi dia masuk. Sekadar cakap berdiri je.

"Aliaa.. Janganlah buat saya macam ni. Saya betul-betul sayang awak Aliaa. Saya minta maaf, saya marah awak, saya marah staff lain tapi tu semua sebab saya cemburu Aliaa.." katanya. Aku malas nak dengar sebenarnya.

" Saya dah cakap semua kan Encik Boss. Saya dah terus-terang semua. Apalagi yang Encik Boss tak puashati. Hati saya bukan boleh dipaksa.. Tolonglah faham!!" Kataku tegas.

" Iya.. Saya faham..!!"

" So, apalagi?! Dahlah Encik Boss, saya malas nak bergaduh macam ni, malas nak fikirlah. Dah banyak kali saya cakap. Please lah.."


Sambungku lagi. Bosanlah macam ni.

"Aliaa dengar dulu. Saya.. Saya.. Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Saya sayang awak Aliaa. Fikiran saya ni dekat awak je Aliaa. Bagilah saya peluang. Saya merayu Aliaa.. !!" Dia betul-betul buat aku sakit jiwa. Macam mana nak cakap bagi dia faham ni.

" Encik Boss tolonglah. Hati saya dah dimiliki. Tolonglah jangan ganggu saya...!!" Kataku. Terpaksa cakap. Harap dia faham.

" Siapa yang dah miliki hati awak? Faliq? Kenapa budak tu juga. Apa kurangnya saya dan apa lebihnya dia. Saya tak kira, saya takkan biarkan Faliq terus miliki awak. Saya sayang awak Aliaa. Sayang awak..!!" Turun naik nafas Encik Boss. Marah betul dia. Tiba-tiba dia sentap tangan aku. Dipegangnya kuat.

" Sakitlah.. Lepaslah.. !!" Aku meronta-ronta minta dilepaskan pegangan tangannya. Gilalah dia ni.

" Saya takkan lepaskan selagi awak tak terima saya..!!" Makin kuat dia pegang tangan aku.

" Encik Boss ni kenapa? Buang tebiat ke apa ni? Lepaslah.. " Geramnya aku.

" Oii.. Oii..!! Lepaskan tangan adik aku sekarang. Sebelum berterabur gigi kau. Lepas..!!" Abang jerit marah. Lega aku. Baru aku nak jerit panggil abang. Encik Boss lepaskan tangan aku dan aku terus lari di belakang abang. Kecut perut aku jadinya.

" Sorry.. Sorry.!!"

"Apa masalah kau ni ha? Datang rumah orang malam-malam, buat hal.. " Bengis muka abang. Pandang tepat pada muka Encik Boss. Telan liur Encik Boss.

" Sorry..!! Macam ni, aku sayang adik kau. Aku nak dia jadi isteri aku. Tapi dia tak terima aku." Katanya. Dengan muka bersalah.

" Kalau dia tak terima kau. Dahlah..!! Yang kau nak paksa dia terima kau kenapa. Apa hak kau!! Kau jangan ingat kau berpangkat, kau boleh buat apa je. Kau ingat adik aku ni apa? Tak ada maruah..!!" Kuat suara abang.

" Bukan macam tu maksud aku. Aku cuma nak dia jadi isteri aku. Aku boleh bahagiakan dia bro. Aku tak tahu kenapa dia tetap nak Faliq tu. Ishh!!"

" kalau dia pilih Faliq pun, itu hak adik aku. Dia yang menilai mana baik mana buruk untuk pilih suami dia. Kau dengar sini ye. Aku tak izinkan kau dengan adik aku sekali pun. Kerana yang layak untuk adik aku adalah Faliq.."

" Tapi bro..!!"

"Kalau kau nak adik aku terus kerja di syarikat kau. Tolong jangan ganggu dia melainkan sebagai pekerja dan majikan. Sampai aku tahu kau lebih-lebih, aku cari kau sampai lubang cacing.." Abang bagi warning pada Encik Boss.

" Okey.. Okey..!! Aku minta maaf.."

" Lebih baik kau pergi sekarang sebelum lebam mata kau. Ingat!! Aku taknak dengar walau sekali pun kau ganggu adik aku. Faham?!!"

" Okey aku blah sekarang. Okey!!" Encik Boss terus masuk ke dalam keretanya dan pecut memandu.

 Aku masih lagi ketakutan. Pucat terus muka aku. Dada aku berdegup kencang. Ya Allah!! Rasa macam nak nak putus nyawa. Abang pandang aku. Peluk bahu aku. Abang tahu aku ketakutan. Abang tenangkan aku. Abang tutup pagar dan kunci. Tanganku sakit. Lebam. Aku terdiam kaku. Masih terkejut. Memang tak percaya sampai macam tu sekali Encik Boss buat aku. Tak sangka. Mujur ada abang tadi, bayangkan kalau abang tak ada. Mahunya aku diheret masuk ke dalam kereta dan dibawa ke suatu tempat asing dann... Oh tidakk!!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku