Kerana Janji
Bab 185
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
87

Bacaan






Tenang dah aku, buat kerja sendiri je. Tak perlu nak kelam-kabut ke sana sini ikut Encik Boss. Nak kena tengok jadual dia meeting lah appointment lah, siapkan itu inilah. Semua kerja dah sah diambil alih oleh Syikin. Dia yang selayaknya memegang jawatan itu dengan kelulusan dia ada. Aku ni setakat diploma cikai je, tu pun jadi P.A tangkap muat je. Ikut kehendak bos sangat sudahnya beginilah. Aku dah kembali pada jawatan asalku. Seronok!! Tak kisah banyak kerja pun janji tak stress nak menghadap Encik Boss yang... Aduhaaii..! Bikin sakit otakku.

Mula-mula, Encik Boss taknak pun Syikin ambil alih tapi bila Dato' bersuara, dia terdiam. Terpaksa akur permintaan Dato'. Lagipun, Cik Erisya dah cerita semua dekat Dato' apa yang dah berlaku dalam office ni. Kata Cik Erisya, Dato' mengamuk besar pada Encik Boss. Mana taknya, selama Dato' dan Cik Erisya yang uruskan syarikat ini, langsung tak pernah ada problem dengan client ke dengan pekerja ke. Tapi bila Encik Boss yang uruskan. Macam-macam halnya. Bertambah banyak hal sejak aku tak terima cinta dia a.k.a tak layan dia. Banyak aduan dari client pada Dato'. Stok barang tak sampailah. Barang yang dihantar lain dari yang dipesanlah, ish!! Macam-macam. Selama ni aku  yang uruskan, semua berjalan lancar. Alhamdulilah okey je. Aku pula jadi rasa bersalah. Tapi kenapa aku nak rasa bersalah pula. Aku kerja macam biasa, tak ada pun cinta dengan Encik Boss dan kemudian berpisah ke sampai Encik Boss jadi macam tu. Tak.. Takk!! Aku adalah diri aku. Aku kerja cara aku.

Kadang aku pun pelik, apa bagusnya aku ni? Bukan cantik pun. Makeup jauh sekalilah. Bergaya? Hahaha..!! Memang tak reti, setakat reti pakai baju kurung dan bertudung ala-ala kampung je pun. Kalau nak dibandingkan aku dan Kak Intan. Kak Intan tu lagi pandai bergaya. Lagi cantik!! Tapi kenapa sampai Encik Boss jadi angau dengan aku. Diakan level tinggi kut, anak Dato' yang berpelajaran tinggi, model yang hensem walaupun sambilan. Model dari luar negara kut. Jawatan tinggi. Segalanya tinggi-tinggi belaka. Dan sememangnya taste orang level tinggi ni sama dengan level dia juga kut. Mana pandang orang bawahan seperti aku ni. Tapi Encik Boss ni peliklah pula. Boleh pula dia terpikat dekat aku. Aduh!! Jauh panggang dari api. Kalau dia dengan Elly, iya..!! Memang sepadan, dua-dua anak Dato' .

Hmm... Tapi mungkin disebabkan aku ni gila-gila kut. Cakap main lepas je, selamba je tak kisah dan berani kut. Mungkinlah. Kadang, orang suka kita bukan kerana paras rupa tapi kerana sifat kita yang gila-gila. Entahlah kan.. Lepas ni aku nak jadi sombong dan berlagaklah. Boleh tak ek!! Hahaha..!! Macam-macam hal..

Aku melihat pergelangan tanganku yang masih lebam. Hampeh betul!! Selamat tak patah. Kalau sampai patah memang abang akan patahkan tengkuk Encik Boss. Biar padan muka dia. Pagi tadi, abang yang hantar aku kerja. Aku malas nak memandu. Tak ada mood. Petang nanti abang ambil pula. Harap-harap abang tak busy lah. Faliq hari ni kerja luar lagi. Jadi, tak jumpa lagi kami. Alamak!! Rasa rindulah dengan dia. Perasaan apakah ini?! Aku gelak kecil.

" Oitt makcik.. !! Jom lunch. Lapar dah ni.." terkejut aku bila Naim tiba-tiba terjah masuk dalam bilik aku. Mahu sakit jantung aku dibuatnya.

" Aik!! Dah waktu lunch ke?!" Tanyaku.

"Beb.. Kau tengok jam depan kau tu sekarang. Jam berapa dah.." Naim memuncungkan jam yag tergantung kemas di dinding.

"Hahaha..!! Sorry tak perasan pula. Kejab ek aku kemas ni. Sikit je.." jawabku.

" Okey.. Okey.. cepat tau. Perut aku dah berdangdut dah.." kata Naim. Aku tutup fail dan susun ditepi laptop. Aku ambil handphone dan beg duit. Lalu, terus bangun.

" Dah jom!! Siapa je join kita ni?!" Tanyaku. Jalan bersama Naim ke liff.

" Kau dan aku jelah. Kak Intan dan Nina pergi mana entah. Mira off hari ni. Tak sihat katanya.."

" Tak sihat? Kasihannya.."

" Kau tak tahu ke beb?!"

"Tak tahu kenapa?!"

"Mira tak sihat sebab mabuk. Kejab lagi jadi mommy tau.."

" Ha?! Iye ke?! Wah!! Rezeki dia.." terkejut aku dengar berita gembira ni. Aku pun tumpang gembira lah juga.

" Kan..!! Bahagia dia.."


Pintu liff terbuka. Encik Boss keluar, pandang pada aku.

"Morning Boss..!! Jom lunch.." Tegur Naim pada Encik Boss. Pelawa.

"Terima kasih..!! Saya dah lunch.."  Aku senyum je. Aku buat tak tahu je dan buat seperti biasa. Dan, kami terus masuk dalam liff. Encik Boss masih lagi pandang aku. Macam nak cakap sesuatu tapi disebabkan aku buat selamba je jadi hanya pandang jelah. Pintu liff tertutup. Lega!! Hati aku ni dah berdebar dah. Takut dia buat sesuatu dekat aku lagi. Tangan ni pun masih sakit lagi. Gerun pula bila terserempak atau jumpa dia.

"Kenapa dengan Encik Boss kau tu?! Monyok je muka.." tanya Naim pada aku.

" Manalah aku tahu, kau tanyalah dia.." jawabku bersahaja.

" Dah kau rapat dengan dia kut..."

" Itu dulu, sekarang ni aku tak rapat dan taknak rapat dengan dia lagi dah. Syikin dah ambil alih, lega aku beb!!"kataku.

" Dah taknak rapat? Maksud kau?" Tanya Naim .

" Kau ni kan lagi tanya, dah tahu kut.." aku jeling tajam pada Naim.

" Hahaa.. Saja je. Bagus jugalah kau tak rapat dan taknak rapat dengan dia. Kasihan Faliq si temah sehati sejiwa kau tu.." perli Naim.

"Hahaha..!! " Aku gelak kecil. Sungguh, aku rindu pula nak dengar ayat tu. Teman sehati sejiwa. Dari teman tapi mesra dah naik satu level kepada teman sehati sejiwa. Dan, mungkinlah akan naik lagi satu level tertinggi. Teman sehidup semati?? Hmm... Entahlah kan.. Kami masuk ke dalam cafe. Jom makan!!

Tup.. tap.. tup.. tap..!!. Fokus sangat buat kerja hari ni, sampai tak perasaan jarum jam dah menunjukkan tepat ke angka jam 5 petang. Aku cepat-cepat kemas meja. Bernyanyi-nyanyi kecil. Seronok hati. Aku ambil handbag, masukkan handphone dalam handbag. Dan melangkah keluar mencari Naim. Mana pula mamat ni.

"Kak Intan..!! Mana Naim?!" Tanyaku pada Kak Intan yang sedang kemas meja.

"Dia ke toilet katanya. Ha!! Tu dah muncul dah tu.."Kak Intan memuncungkan mulutnya ke arah Naim. Tersengeh-sengeh Naim macam kerang busuk.

"Kejab beb. Aku ambil kunci kereta.."terus dia berlalu. Aku angguk.

" Jom Aliaa.. Kita tunggu dekat liff.." aku dan Kak Intan pun terus lah keluar. Tak lama, Naim muncul. Kami bertiga pun berbual rancak, sampailah ke lobi. Sewaktu aku melalui tiang besar berhampiran tangga. Tiba-tiba tangan aku ditarik dari belakang oleh seseorang disebalik tiang. Terkejut aku.

"Heyy!!! Apa ni.. "aku menjerit sekuat hati. Tanpa pandang pada orang tersebut. Cuak dan sangat terkejut. Naim dan Kak Intan terus menoleh padaku. Dan tersengeh. Aku berkerut seribu. Sekali aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki menutup mukanya dengan sejambak bunga mawar merah. Aku tercengang.

" Cakkk!!" Faliq mengalihkan bunga itu dengan muka tersenyum.

"Faliq!! Awak ni kan. Gila tau tak!! Terkejut saya, kalau ada sakit jantung terus kajung dekat sini...!!" Aku membebel. Dia boleh gelak je. Naim dan Kak Intan pun gelak kuat. Naik merah muka aku, malu. Ramai orang tengok. Jadi tontonan pula dah. Ingat drama melayu ke!

"Alaaa janganlah marah. Dah lama tak buat surprise dekat awak ni.." Faliq sambung lagi gelak.

"Betul-betul sweet couple lah korang berdua ni. Bersemut pula mata akak ni ha..!!" Perli Kak Intan.

" Kak Intan.. Macam mana kami. Sepadan tak?!" Faliq merapatkan badannya dekat dengan aku tapi tak bersentuh. Senyum ke telinga.

" Sangat.. Sangat sepadan. Macam Romeo dan Juliet, bagai pinang dibelah dua, umpama puteri dan putera kayangan.." aku gelak.

"Amboii Kak Intan.. Lebih-lebih pula dia ye.." Aku menjeling manja pada Kak Intan.

" Betul beb!! Kalau korang duduk atas pelamin, wah!! Kalah retis beb.."sambung Naim pula. Kawan-kawan aku ni memang saja nak kenakan aku ni. Si Faliq ni pula makinlah kuat gelaknya. Bertuah betul!!

" Hahaha..!! Okey!! Esok pagi saya belanja breakfast ya..!!" Amboiii.. untunglah diaorang, kenakan aku dapat belanja pula. Makin tersenyum lebar Kak Intan dan Naim. Bunga mawar merah tadi aku ambil dari tangannya. Senyum. Aku pun senyum lebar jugalah. Berseri pula muka aku ni.

" Dushhh!!!" Masha Allah. Terkejut aku. Kak Intan dan Naim juga terpaku terkejut. Cuak. Tidak ada angin ribut tiba-tiba Encik Boss datang menyerang Faliq. Habis berdarah bibir Faliq ditumbuknya.

" Sebab kaulah Aliaa tak terima cinta aku. Sebab kau, jahanam....!!!" Encik Boss dah macam orang gila. Merah mukanya pandang tepat pada Faliq.

"Encik Boss!! Kenapa dengan Encik Boss ni ha? Tiba-tiba nak menyerang orang kenapa??" Aku terus berdiri sebelah Faliq. Mataku tepat pandang Encik Boss. Sakitnya aku. Macam nak belasah je bertubi-tubi. Faliq hanya berdiam. Dipegang bibirnya yang luka itu. Kak Intan dan Naim hanya memerhati, mengundurkan diri. Takut pula mereka. Security guard mana entah. Time macam ni tak ada pula.

" Budak ni memang patut dibelasah. Memang tak patut pun muncul.." selamba je dia cakap.

" Yang tak patut muncul tu adalah Encik Boss. Saya tak pernah anggap Encik Boss tu lebih dari seorang majikan. Encik Boss yang perasan lebih. Encik Boss yang lebih-lebih.." geramnya aku.

" Aliaa.. Sudah Aliaa.. " Faliq menenangkan aku.

" Biar Faliq. Lelaki macam ni tak boleh dibiarkan. Dia je betul. Riak, sombong, poyo, ego, berlagak. Ingat semua perempuan boleh dibeli dengan kemewahan ke? Nama je ada kelulusan tinggi tapi perangai serupa budak hingusan.."terlepas aku cakap.

"Kurang ajar kau Aliaa..." Terus tangannya hampir naik kemuka aku. Berderau jugalah darah aku. Selamat hero aku ada. Sempat dia pegang tangan Encik Boss dari halang terus ke muka aku.

" Kau dah melampau Zack. Kalau kau nak belasah aku pun, silakan!! Aku tak kisah pun. Tapi kalau sampai nak naik tangan ke muka perempuan... Memang patut kau dapat ni juga.. Dush!!" Ha kau!! Mendapat kau Encik Boss.  Muka kau pula lebam kena tumbuk padu dari Faliq. Suka-suka nak baran. Gila betul lah.

" Kau ni kan...!!" Fuh!! Tak puas hati lagi Encik Boss ni. Nak membalas pula lagi, tak dapat nak balas pada Faliq, dia nak tampar aku lagi. Faliq terus tarik aku dalam dakapannya. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Takut!! Turun naik nafas aku.Dasyat Encik Boss ni. Beberapa orang security datang memegang tangan Encik Boss.

"Lepaslah.." Encik Boss meronta minta dilepaskan.

" Ya Allah!! Abang..!! Apa you dah buat ni!! Astagfirullah Al Azim..!!" Datang Cik Erisya. Terkejut juga dia.

" Jahanam ni memang patut kena..!!"

"Sudahlah bang..!! Tak malu ke orang tengok!! Pergi!! Atau nak Sya call papa..!!" Kuat suara Cik Erisya. Encik Boss masih merenungku tajam. Aku hanya berdiam. Airmata ketakutan mengalir. Nafasku makin laju. Faliq terus menenangkan aku. Tak bagi aku tengok Encik Boss. Aku dipeluknya erat. Jantungku memang kencang. Tidak lama, Encik Boss pergi meninggalkan kami.

"Aliaa.. Faliq..!! I.. i... minta maaf. I minta maaf bagi pihak Zack. I tak sangka dia boleh buat diluar kawalan macam ni. Faliq.. Sorry..!! Aliaa.. you okey?!"  Kasihan Cik Erisya. Muka sangat bersalah.

" Tak apa.. Kami okey!! Cuma Aliaa ni terkejut sikit.. " kata Faliq. Masih lagi mampu tersenyum.

" I pergi dulu.." Faliq mengangguk. Faliq melepaskan pelukkannya dan memandang wajah aku.

" Gilalah Encik Zack tu. Takut pula aku.." Kata Kak Intan. Naim pun mengiyakan.

"Okeylah Faliq. Kami gerak dulu ya. Aliaa.. Sabar tau!! Apa-apa nanti info aku tau..!!" Aku angguk. Naim dan Kak Intan terus pergi.

"Awak okey tak ni?!" Aku angguk. Faliq ambil bunga mawar yang jatuh ke lantai tadi dan dipegangnya. Kami melangkah ke ruang menunggu. Tidak lama kemudian, kereta abang sampai. Abang terus keluar.

" Kenapa ni Liq..?!" Tanya abang melihat bibir Faliq luka akibat di tumbuk tadi.

"Tak ada apalah.." jawabnya ringkas. Senyum.

"Kalau tak ada apa takkan sampai luka ni. Adik kenapa ni?!" Berkerut abang melihat kami.

"Nanti aku cerita. Aliaa terkejut ni. Bagi dia rehat dulu.. " kata Faliq.

" Saya minta maaf.. !!"Sedih aku tengok luka Faliq. Sebab aku dia kena pukul.

"Dahlah.. Awak balik, rehat okey!! Nah ni." Faliq menghulurkan bunga tadi pada aku dan aku mengambilnya. Aku terus masuk ke dalam kereta. Abang bercakap sesuatu dengan Faliq.


Aku pandang sayu ke arah Faliq. Kasihannya dia. Simpati aku dengan dia. Memang gilalah Encik Boss tu. Dengan aku sekali dia nak belasah. Takut.. Sangat takut..!! Aku taknak cerita apa-apa lagi pada abang. Biarlah Faliq yang cerita sendiri semua. Aku tahu, mesti abang pun akan marah nanti. Dan aku tahu, mesti abang akan buat satu keputusan untuk aku nanti. Apakah keputusannya? Tunggu jelah. Tak apalah. Aku pun tak boleh buat apa dah. Terima jelah apapun keputusan abang. Keputusan abang adalah yang terbaik untuk adiknya ni. Redha...!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku