Kerana Janji
Bab 186
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
88

Bacaan






Aku melangkah ke ruang tamu dengan lemah. Perasaan terkejut kes petang tadi masih lagi ada. Aku jadi takut nak masuk office esok. Takut nak menghadap Encik Boss. Takut dia akan lakukan sesuatu pada aku. Sedangkan depan Faliq tadi pun dia berani nak pukul aku. Di khalayak ramai lagi. Fuhh!! Memang gilalah Encik Boss tu. Comfirm esok jadi cerita paling hot. Nasiblah...

Diruang tamu, abang bersama Faliq sedang berbual. Semestinya cerita pasal kes tadi. Serius je muka mereka. Dua-dua pandang aku. Aku duduk menghadap Faliq dan di tepi abang. Abang tengah-tengah di antara kami.  Faliq senyum, konon buat muka serius. Tak bolehnya kalau si Faliq ni. Lagi-lagi bila tengok aku. Aku pun sama juga. Hahaha..!!

" Awak macam mana? Okey??" Tanyanya perlahan.

"Okey je..!!" Jawabku ringkas.

"Faliq dah cerita semua. Tak sangka sampai macam ni jadinya. Kalau ikut hati abang ni, sekarang ni juga abang nak pergi jumpa dia nak belasah-belasah dia. Berani dia nak pukul adik..!!" Kata abang nada marah, geram semua ada.

"Dahlah abang.. Tak payahlah panjangkan cerita..!" Kataku.

" Tak payah adik cakap. Faliq kena sebiji, adik pula dia nak pukul. Selamat Faliq halang. Kalau tak?! Macam mana? Depan orang ramai pun dia berani, bayangkan kalau adik dekat office, macam-macam dia boleh buat tau..!!" sambung abang lagi. Aku dan Faliq berpandangan. Diam membisu.

" Betul apa abang awak cakap tu. Tak mustahil pun.." Faliq bersuara pula. Aku pandang lantai. Hanya mengangguk. Memang betul pun apa abang cakap.

"Tengok malam kelmarin tu. Berani dia datang malam-malam buat hal. Ish!! Kalau tak ada aku, aku rasa dia dah bawa Aliaa lari kut.." Faliq masih merenung aku. Mengenyitkan mata padaku. Eh!! Mamat ni, sempat pula dia. Aku jeling.

" Entahlah abang. Adik pun tak tahu dan memang tak sangka dia sanggup buat macam tu dekat adik.." kataku perlahan.

"Adik.. Lelaki kalau dah suka perempuan,  macam-macam dia akan buat untuk dapatkan perempuan tu walau apa cara sekali pun. Contoh.. si Faliq ni.." Abang perli Faliq. Sempat pula abang ni.

" Aik!! Adil.. aku pula kau jadikan contoh..!!"

"Hahaha..!! Contoh terdekat." Abang gelak. Aku pun gelak jugalah. Hahaha!!

" Lagi-lagi adik layan dia baik, makin menjadilah dia.." sambung abang lagi.

" Tapi abang.. Adik layan dia biasa-biasa je pun. Sama je macam staff lain. Gila-gila juga.." kataku jujur.

" Itu kata adik tapi dia lain. Bila adik layan dia okey sikit. Mungkin perasaan perasan dia tu terlebih. Iyalah, anak Dato' kan. Berpangkat. Apa dia nak semua boleh dapat. Jadi, mungkin dia confident kut dia boleh dapat adik. Dan bila adik taknak dia. Dan adik dengan Faliq. Hmm.. Meroyanlah dia. Betul tak Liq..!!" aku hanya mendengar je.

"Betul.. Betul.. Betul.. Betulll..!!" Panjangnya betul dia. Aku gelak kecil pandang Faliq.

" Sebab tu abang cakap, hati-hati berkawan dengan lelaki dan berhati-hati juga hati dan perasaan tu jangan mudah cair dengan lelaki.."

"Betul.. Betul.. Betul.. Betullll..!!" Sambung betul lagi. Tak ada siapa tanya kut. Aku berkerut dan gelak lagi. Macam nak bagi penampar je muka selamba dia ni. Abang tengah serius tu boleh pula dia buat lawak.

" Kalau macam tu, adik pun kena berhati-hatilah kawan dengan Faliq ni. Bahaya dia ni, buaya darat, buaya laut, buaya udara segala bapa buaya dia ni. Kan abang kan..!!" Aku pula bersuara. Aku gelak besar.

" Aik!! Kena lagi aku. Tapi ini kira kasar ni bro..!!" Faliq pandang abang. Abang gelakkan.

" Hahaha!! No komen..!!" Aku gelak dan gelak. Dah lama tak kenakan Faliq. Kan dapat sebiji.

" Hmm.. Korang ni kan 2x5, aku tengah serius perbincangan ni korang boleh pula buat lawak. Dahlah.. Stop kejab, nanti sambung lagi. Sekarang ni.. Jom ke dapur. Makan..!! Jom Liq..!!" Ajak abang. Kami bertiga bangun serentak dan terus ke dapur. Entah bilalah abang masak pun aku tak tahu. Tiba-tiba je dah terhidang. Hehe!!

Hari ni abang masak simple je. Simple pun menyelerakan juga ni. Sayur campur, sambal udang, ikan kerisi goreng dan ayam masak kunyit. Ayam memang tak ketinggalan lah. Berbual itu mesti.

" Ini kan Dil. Kalau tiap hari makan masakan kau, confirm boleh gemuk aku.." kata Faliq.

" Iyalah tu. Kau tengok adik aku. Tiap hari aku masak, gemuk pun tak. Keding je macam tu.." abang balas.

" Kalau Aliaa ni.. Hanya aku je yang boleh buat dia gemuk. Kan Aliaa kan..!!" Faliq mengangkat kening. Sengeh.

" Eeee.... Gila!! Siram dengan air ni nak..!!" Aku menjeling. Mereka gelak. Kami menikmati makan malam. Meriah rumah kami malam ni. Senyum dan gelak memang tak putus. Lagi-lagi bila ada si mamat senget ni. Hahaha!! Boleh tahan banyak juga dia makan ni, bertambah-tambah nasi. Selera betul. Syok pula tengok dia makan. Memang tak reti nak segan. Selamba je macam rumah sendiri. Hai lah Faliq. Selamatlah abang aku dah kenal perangai kau kalau lah contoh abang tak kenal kau. Confirm awal lagi abang dah reject kau. Hihii!!

Selesai makan, aku tolong abang cuci pinggan. Aku suruh abang  dan Faliq keluar. Biar aku je yang kemas. Dah siap semua, aku pun join mereka duduk diluar rumah. Lepak di kerusi luar. Menikmati udara malam pula. Entah apalah mereka bualkan, dengan gelak tawa lagi. Aku munculkan diri. Duduk disebelah abang.

"So, apa plan adik?!" Abang ni aku baru duduk, terus ditanya. Sambung balik perbincangan yang tergendala tadi.

" Hmm.. Entah..!! Adik pun tak tahu. Abang rasa macam mana?!" Aku tanya abang semula. Aku betul-betul blurr sekarang ni. Tak dapat nak fikir dan malas nak fikir.

" Laa.. Tanya abang pula.."

" Iyalah. Abanglah buat keputusan. Adik malas nak fikir. Mana yang abang fikir baik untuk adik, baiklah juga bagi adik. Kalau tak baik jadi tak baiklah bagi adik. So, terpulang abang. Okey!!" Faliq memandang aku. Lepas tu sengeh. Dah kenapa mamat ni.

"Ha!! Ni yang saya nak dengar ni.. !!" Dia bersuara.

" Dengar kenapa? Tak faham?!" Soalku pada Faliq.

"Iyalah.. Dah awak suruh abang awak buat keputusan kan. So, saya dah tahu dah keputusannya. Aminn.. Minggu ni aku hantar meminang ya Dil..!!"

" Oiii.. Oiii.. Bab itu saya yang buat keputusan ye.
Suka-suka pula dia. Belasah nak..!!" Jeritku selamba. Abang dan Faliq gelak.

" Dah sudah!! Bila nak habis perbincangan ni. Okey serius..!! "

"Okey.. Okey.. Serius..!!" Katanya.

"Okey!!. Ni abang nak tanya. Sejujur dan seikhlas hati adik. Adik masih nak kerja dengan Zack tu ke?! Adik tak takut? " Wow!! Soalan berat ni. Aku tarik nafas dalam.

" Hmm.. Adik ada fikir juga. Elok rasanya adik resign je kan. Tapi adik sayang kerja adik ni. Dato' dan Cik Erisya pun baik. Tapi tak apalah, demi keselamatan adik. Adik rasa adik resign je kut.." kataku.

" Adik dah fikir masak-masak?"

" Tak masak sangatlah.."

" Hahahahaaa..!! Awak masak pun tak pandai. Memanglah tak masak sangat.." kurang asam. Digelakkan aku. Aku berkerut padanya. Abang senyum je. Tak pasal-pasal ada yang kena sound dengan abang ni kang. Tengah serius kut.

" Tengok ni bang!! Orang tengah serius dia main-main pula.." aku jeling Faliq.

" Okey!! Okey..!! Sorry..!!" Faliq tahan gelak.

" Tapi kalau adik resign. Adik nak kerja apa?" Aduhai.. Dua hati pula ni.

" Tak apalah. Ada juga rezeki kerja lain nanti. Sekarang ni kalau boleh abang taknak adik jumpa lagi dengan Zack tu. Abang risaulah dik..!" Kata abang.

" Baiklah.. Adik dengar cakap abang.."

" Esok.. Abang temankan adik pergi office dan esok juga resign. Okey?!" Aku angguk tanda setuju.

" I follow..!!" Sibuk je dia. Nak juga follow. Aku berkerut. Faliq sengeh.

" Apakata.. Awak kerja dengan saya. Nak tak?!" Cadang Faliq.

" Kerja dengan awak? Ish!! Kerja apalah. Jangan nak merepek-merepek ye!!"

"Merepek apa pula. Betullah.. Kerja dengan saya. Dekat butik.. Nak?!"

" Okey juga tu dik. Setuju jelah. Tenang sikit hati abang ni.." Abang belum apa-apa dah setuju. Hmm..

" Saya mana ada pengalaman. Lagi-lagi bab fesyen pengantin, gubah-gubah bagai. Tak reti lah.." kataku.

"Pengalaman tu boleh cari. Dari tak reti tulah kena belajar biar jadi reti. Reti ke tidak?!" Aku sengeh. Kali ni Faliq pula serius. Aku pula rasa nak gelak.

" Yup..!! Betul.. Betul..  " Dah abang pula. Sakit jiwa jadinya dengan dua orang ni.


Tuttt... tuttt..!! Handphone abang berbunyi. Abang minta izin jawab panggilan dan terus masuk ke dalam rumah. Mesti kekasih hatilah tu yang call, kalau duduk jauh-jauh. Faham sangat dah dengan abang. Tinggallah aku berdua dengan Faliq.

"So.. Berapa gaji nak bagi?!" Saja aku tanya.

" Berapa awak nak?!" Tanya dia semula pada aku.

" Kalau saya minta kang, awak tak mampu nak bayar pula.." aku senyum sinis padanya.

" Kalau setakat awak. Insha Allah masih mampu.." jawabnya. Aku senyum.

" Eh!! Tapi butik tu kan. Kak Ash dan Elly punya kan?! " Tanyaku.

"Iya..!! Kenapa?!"

"Tak apa ke kalau saya kerja dengan mereka?!" Aku pula jadi serba salah.

" Tak apa kenapa pula. Dah..!! Tak payah nak fikir merepek awak tu. Esok settlekan urusan awak dengan Zack. Lepas tu rehat dulu. Release tension dulu. Bila rasa kepala dah bersih, tak stress, info je saya. Bila-bila masa awak nak masuk kerja, terpulang. Tak kisah . Okey?!" Terang Faliq.

" Boleh ke macam tu?!" Tanyaku lagi. Tak yakin. Pelik.

" Bolehlah pun Sayangku intan payung. Angah dan Elly pun mesti okey punya. Pasal tu jangan risau. Saya akan uruskan." Amboiii gaya poyo dia, terserlah.

" Nanti saya fikirkan. Nak minta pendapat abang juga. Dan, awak pun kena bincang dengan Kak Ash dan Elly juga tau..!!"pintaku.

" Iyalah Cik Aliaa.." Kata Faliq. Senyum dan senyum. Pandang aku tak berkelip mata, jadi tak selesa aku. Aku alihkan pandangan ke tempat lain. Kemudian ku pandang dia semula, masih merenungku tepat. Aku berkerut.

"Awak ni dah kenapa? Pandang saya macam tu.."tanyaku.

" Hehe..!! Saja..!! Kenapa? Takut?"

"Takut?? Hahaha... Memang taklah. Dengan awak ni sikit pun tak takutlah.." aku gelak.

"Kalau saya dah terkam kang baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Nak.. Nak..!!"katanya gurau.

"Sah gila! Hahahaa!!" Mana tak gila. Masa orang tengah serius dia buat lawak. Masa orang main-main dia serius. Sakit jiwa ini orang, hahahaa!!

" Aliaa.. Aliaa.. Bilalah pintu hati awak tu nak terima saya yang hensem lagi macho ni ye. Buka-bukakan lah pintu hati tu untuk saya. Tak payahlah kunci rapat-rapat. Pintu hati tu pun dah rosak, nanti saya akan gantikan yang baru, yang cantik, yang mahal yang padu.. Okey tak?!" Katanya, berkias pasal pintulah pula. Ada-ada je ayat dia ni. Kena faham-faham sendirilah ni.

" Hmm.. Hai lah pintu.. Tak tahulah kan, bila entah dia nak terbuka luas untuk si perasan hensem lagi perasan macho ni. Susah pula nak buka sebab enselnya dah karat, kuncinya lupa pula letak mana entah. Nantilah.. cuba cari kut-kut terselit bawah katil ke. Tapi tulah nak mencari tu, tiba-tiba rasa malas pula. Tidur lagi baik.." balasku. Dengan buat muka poyo sikit.

" Kalau kuncinya hilang. Senang je tu. Kasi pecah jelah. Lagi mudah.. "

"Amboii...!! Ingat pintu hati tu cikai-cikai punya pintu ke.." aku menjeling.

" Hahaha.. Habis tu, payah sangat. Kasi redah jelah.." Faliq gelak.

Aku senyum. Memandang ke meja. Angin malam menghembus ke tubuh. Terasa dingin. Aku mendiamkan diri. Sesekali menjeling sekilas lalu pada wajah Faliq. Hanya senyuman yang mampu ku beri. Tak tahulah kenapa susah pula nak menerima. Entahlah. Tiada jawapan. Tak berani nak cakap apa. Hanya berdiam,  dan hanya berdoa. Mungkin masanya belum tiba. Sabar.. Sabar.. Sabarlah wahai Faliq Alfie.
Jika benar kasih sayang dan cintamu tulus dan suci untukku. Pasti kau akan setia menunggu jawapanku. Menunggu khabar gembira mungkin.   Tunggu..!!


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku