Kerana Janji
Bab 187
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
100

Bacaan






Berat rasanya hati nak melepaskan kerja ni, jawatan ni yang dah lama aku sandang. Kerja dengan syarikat Dato' ni sangat seronok. Dari zaman remaja lagi kut dan kini terpaksa juga meletakkan jawatan. Kerana terpaksa lagi. Sedih!! Sedih sangat nak tinggalkan Naim, sahabat aku yang sangat baik dan memahami aku, Kak Intan yang kecoh dan baik hati, Mira dan Nina yang sporting dan semuanya. Keputusanku muktamad. Tiada lagi talian hayat. Kerana takut dengan majikan meroyan tu. Sangat takut. Lagipun, permintaan abang yang nak sangat aku berhenti kerja atas faktor keselamatan aku. Tak apalah. Tak ada rezeki mahu terus bekerja bersama mereka. Segala kenangan manis dan pahit akan ku simpan sampai hujung nyawaku.

Aku dan abang berjalan menuju ke office. Biar abang saja yang bersuara nanti. Aku taknak cakap apa-apa. Malam tadi sudah kumaklumkan pada Cik Erisya, dia pun memahami keadaan aku. Dan, terpaksa relakan aku berhenti. Sedih Cik Erisya. Rakan-rakan lain belum aku info, sekejab lagilah. Pasti mereka terkejut besar. Tapi apa boleh buat. Aku kena juga berundur.

Melangkah je aku dan abang ke pintu masuk office. Semua mata tepat pandang kami. Mesti mereka terkejut, aku datang bersama abang. Abang bersalaman dengan Naim dan berbual sebentar. Aku diam mbisu. Kemudian, kami menuju ke bilik Encik Boss dengan ditemani Syikin. Syikin mengetuk pintu bilik Encik Boss dan meminta kami masuk. Aku membalas senyuman Syikin dan terus mengekori abang.

" Assalammualaikum..." Abang mberi salam.

" Waalaikumsalam.. Silakan duduk!!" Jawab Encik Zack. Menghormati tetamu. Dia senyum pada abang tapi abang mencuka saja. Aku dan abang pun duduklah. Encik Boss pandang aku. Aku buat bodoh je.

" Ada apa kau datang ni?! Aliaa kenapa, tak sihat ke?!" Tanya Encik Boss mata memandang aku. Sikit pun tak rasa bersalah. Dan kemudian, pandang abang pula. Abang mengeluarkan surat perletakan jawatanku dan meletakkan diatas meja depan Encik Boss.

" Aku datang sini untuk beri ini pada kau.."
Kata abang. Encik Boss terpinga-pinga.

" Surat apa ni?!" Dia mengambil surat itu dan membacanya. Dia memandang aku.

" Kenapa awak nak berhenti Aliaa?! Saya minta maaf apa yang dah berlaku, memang salah saya. Tapi janganlah berhenti. Please!!" Dia merayu pada aku.

" Maaf Encik Boss. Saya dah buat keputusan sendiri. Muktamad..!!" Kataku tegas.

" Saya akan bagi awak dua kali ganda gaji. Tapi yang penting awak jangan berhenti ya..!!" Masih merayu.

" 10 kali ganda pun gaji yang Encik Boss nak bagi. Saya takkan ubah fikiran.." Abang hanya mendengar. Aku tetap tegas. Sikit pun tak senyum.

" Tapi nanti papa saya tanya, saya nak jawab apa?!" Tahu takut tapi kau buat aku ada kau fikir. Huh!!

" Itu bukan masalah saya. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkan segala salah silap saya selama berkerja di syarikat ini dan minta halalkan makan dan minum. Maafkan saya Encik Zakry.." kataku. Encik Boss mula tak tentu arah. Start dah kut meroyan dia.

" Dan.. Aku harap lepas ni kau jangan ganggu adik aku. Faham!!" Warning abang. Muka bengis pandang Encik Boss tapi Encik Boss tak pedulikan pun. Abang terus bangun diikuti aku.

" Maafkan saya.. Assalammualaikum..!!"
Aku dan abang terus pusing menuju ke pintu.
Sebelum keluar dari bilik itu, aku menoleh pada Encik Boss dan aku berikan senyuman terakhirku padanya. Dia pandang aku dengan seribu persoalan. Muka tak puashati. Tapi alhamdulilah, dia tak lakukan sesuatu pada aku. Mungkin sebab ada abang kut. Aku terus masuk ke bilikku untuk ambil barang peribadi. Pun ditemani abang. Abang duduk menantiku siap mengemas. Beberapa barang penting aku letak didalam kotak. Potretku pemberian Faliq ku susun cantik. Siap kemas. Abang angkutkan kotak tersebut. Sebelum menutup pintu, aku pandang setiap sudut bilik itu. Sedihnya hati mahu meninggalkan bilik ini. Aku senyum tawar dan menutup pintu. Naim, Kak Intan, Mira dan Nina menghampiri aku. Abang masih bersamaku. Takkan abang biarkan aku sorang. Sedihnya muka kawan-kawanku ini. Aduhaii... Mendung je muka mereka ni. Mahunya sekejab lagi hujan lebat ni.

" Aliaa.. Tak sangka kali ni kau betul-betul nak resign. Tiba-tiba pula tu.." kata Naim.

"Iyalah Cik Aliaa.. Terkejut sangat kami dengar. Dah tak ada kawan lepak kami. Kawan gelak tawa kami.." sambung Mira pula. Alahaii..

" Janganlah macam tu. Saya berhenti ni pun kerana terpaksa. Korang tahu kan?!" Mereka angguk.

"Tak apalah Aliaa... Yang penting keselamatan kau tu. Kami pun risau juga ni, kut-kut harimau jadian tu marah kami nanti.." Menyempat lagi Kak Intan ni. Hehe..!!

" Apapun, korang semua kawan saya yang paling baik. Naim, kaulah sahabat aku. Nanti kalau aku rindu kau, kita jumpa tau.." kataku pada Naim. Naim angguk. Sedih je muka.

" Aik!! Takkan Cik Aliaa rindu Encik Naim je kut. Dengan kami tak rindu ke..?!!"

" Hahaha.. Iyalah. Nanti saya rindu semua, kita jumpa ya.. Buat kerja elok-elok tau. Rajin-rajin. Kalau harimau jadian tu mengaum, korang buat pekak je. Biar dia mengaum sorang-sorang.. " pesanku.

"Apa-apa nanti jangan lupa info kami tau Aliaa. Kut nak kahwin dengan Putera Kayangan kau tu, jangan lupa jemput kami pula.. " Naim pula bercakap. Aku gelak je.

" Betul tu..!!" Kata Nina.

"Okeylah..!! Jaga diri semua ya. Saya minta maaf salah silap selama saya berkerja disini, halalkan makan minum saya dan terima kasih sangat-sangat. Korang semua kawan yang paaaling baik.." Aku memeluk Kak Intan, kemudian Nina dan Mira. Airmata Kak Intan dah gugur dah. Alahai Kak Intan. Aku taknak nangis. Huhu!! Abang senyum je melihat kami.

"Kami pun sama.." Aku terus melangkah  meninggalkan mereka. Jalan mengekori abang. Airmata aku dah menitis dah tapi selamat dah keluar dari office. Sedih tak dapat kawal emosi melihat mereka tadi.

" Sayang betul mereka dekat adik. Sedih pula abang tengok.." kata abang. Aku angguk je. Tak jawab apa-apa pun .Masih beremosi sedih lagi.

Keluar dari liff kami terus berjalan menuju ke parking kereta. Di pertengahan jalan. Aku memberhentikan langkah.

" Abang..!!" Abang menoleh padaku.

" Minum dekat cafe jom. Adik nak makan kuih bingka tepung. Lepas ni tak dapat makan dah.." kataku sedih. Mencebik muka. Abang senyum.

" Okey..!! Tunggu kejab. Abang nak hantar ni dalam kereta.." Aku angguk. Aku tunggu abang di tepi pasu besar ni. Tempat aku biasa tunggu Faliq. Iyalah kan. Ckaap pasal Faliq. Mana pula mamat ni. Dia cakap nak temankan kami tadi tapi tak muncul pula. Lupa kut atau aku yang lupa nak info dia kami dah sampai. Aku keluarkan handphone dan hantar whatsapp padanya.

" Awak dekat mana?! Saya dengan abang nak makan dekat cafe ni, nak join tak?!"

Tak sampai seminit dia balas.

"Aik!! Dah settle urusan dengan Zack ke?!"

" Dah..!!"

" Okey!! Saya turun sekarang..!! Tunggu tau!!
Love you!!"

Ish!! Mamat ni. Sempat lagi. Aku senyum.
Tak lama abang sampai, aku dan abang terus jalan ke cafe. Tak ramai. Terus aku cari kuih bingka tepung, keria keledek dan serimuka. Selamat masih ada. Kalau tak mesti kempunan. Kemudian aku cari meja di hujung cafe.

" Adik tak call Faliq ke?!" Abang duduk dihadapan aku.

" Dah.. Kejab lagi sampailah tu. Ha tuu.. Pantang dicakap terus muncul. Hahaha..!!" Aku gelak kecil.

"Kau busy ke?!"

" Taklah. Aku tunggu Aliaa info lah ni dari pagi tadi. Ingat tak datang.." katanya. Aku gelak.

" So, macam mana? Settle dah ke?!" Tanyanya. Pandang aku.

" Dah.."

"Zack macam mana?!"

" Terkejut jugalah dia sebab Aliaa nak berhenti. Merayu tak bagi berhenti.. "jawab abang.

" Dia tak mengganas ke?!"

" Berani dia nak mengganas depan aku. Memang berkecai muka..!!"  Aku dengar je mereka berbual. Senyum. Aku layan kuih lagi best.

" Aliaa.. Setiap kali makan dekat cafe ni mesti kuih ni juga yang awak makan. Dah tak ada kuih lain dah ke..?!" Sibuk je Faliq ni tau.

"Dah ini je yang saya suka dan sedap. Kuih lain tak sedap..!!" Jawabku bersahaja.

" Awak makan kuih serimuka ni, ingat muka awak akan berseri??" Eh.. Eh..!! Cari pasal pula dia.

" Memanglah pun. Lagipun memang muka saya original berseri kut. Sebab tu ramai yang berkenan dengan saya.." Aku buat muka bangga. Acah-acah je. Sambil layan serimuka ni.


"Cuba adik tanya Faliq. Tang mana yang dia berkenan dengan adik. Sampai angau..!!" Abang pula mencelah.

" Tak payah tanya. Biar aku yang jujur dan macho ni terus-terang. Kau dengar ye Dil. Aliaa.. Awak dengar ni dan simpan dalam hati.. Mula-mula aku tengok adik kau ni, tak ada apa yang menarik pun. Biasa-biasa je. Yang buat aku terpanah tu, sifat sombong berlagak dia, punyalah garang adik kau ni bro, mengalahkan singa. Makin aku dekat makin  dia lawan. Itu yang buat aku tercabar nak dekat dengan dia.  Tapi akhirnya.. Singa masuk perangkap juga.. Kan.. kan..!!" Semangatnya dia bercerita. Kalau cerita tak kenakan aku memang tak sah. Hampeh!! Abang macam biasa, gelak je.

" Amboiii.... Panjang lebarnya dia cerita. Tapi kan.. Memanglah Singa dah masuk perangkap. Dan disebabkan tuan perangkap tu dia tak reti nak menjaga. Dan akhirnya.. terlepas sudah si Singa.. Duduk termenunglah si tuan perangkap, menangis tak berlagu.. kan..kan.. " Ambil kau sebiji. Hahahaa.. Tersembur air teh o dari mulut dia. Selamat tak kena aku. Pengotor!!  Abang gelak bagai nak pecah perut. Aku senyum lebar.

"Perhh!! Pedasnya..!! Terus menusuk ke dalam jantung, paru-paru, hati, perut, usus segala organ aku  ni bro..!! Fuh!!" Abang gelak tak sudah.

"No komen.. No komen..!!"

" Macam mana?! Best tak tuan perangkap?!" Perli aku.

" Ni bukan tahap best lagi tau. Ni dah kira tahap surrender dah ni.." Faliq angkat dua-dua tangannya. Aku gelak. Lawak pula tengok muka dia ni. Nak kenakan aku sangat. Mendapat kau balik. Hahahaa..

Meriah sungguh kami. Kalau dah duduk dengan si Faliq ni memang akan meriah punyalah. Ada je ayat dia nak hiburkan hati orang. Walaupun kadang-kadang ayat dia ayat perasan sendiri. Hahaha.. Tapi memang bila bersama dia, tak kering gusi. Gelak manjang. Gelak-gelak pun kalau dia betul-betul tengah serius atau betul-betul marah. Kecut perut jugalah. Tapi kata abang. Marah dia ni kejab je sejuk. Dan abang cakap dulu, nak tengok dia marah, jaranglah. Tapi tak tahulah pula. Selama dengan aku sebelum ni, memang jaranglah dia marah. Teguran pun baik-baik saja. Aku rasa aku yang paling emosi kut. Iyalah dah dia cakap aku garang macam Singa. Hehe!! Faliq oh Faliq!!!  Kau memang buat aku happy. Kau juga buat aku bengang.. Bengang- bengang pun, kalau tak ada kau. Buat aku... Rinduuuu..!! Eh.. Eh...!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku