Kerana Janji
Bab 194
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
240

Bacaan






Apa nak buat ni. Bosanlah pula. Nak kerja tak ada kerja. Nak kerja dekat butik tu, nantilah dulu. Habiskan sampai hujung tahun. Sebulan je lagi. Tapi.. Hmm.. Sebulan ni aku nak buat apa. Takkan nak duduk rumah memerap je. Nak besarkan badan je. Ish!! Taknaklah..!!

Elok aku balik kampung, kerja dengan Pak Long tanam pisang. Best juga tu. Iyalah..!! Aku terus ke ruang tamu cari abang. Abang tengah fokus layan tv. Bola tak habis-habis. Aku terus duduk di tepi abang.

" Abang oh abang..!!"

" Hmm.. Kenapa?!"

"Abang kerja bila?!"

" Esok..!!" Abang masih fokus tengok tv.

" Adik nak balik kampung petang ni.." kataku. Semangat. Abang pandang aku. Berkerut. Mesti pelik.

" Balik kampung? Dah kenapa pula tiba-tiba ni.." tanya abang.

"Saja.. Adik nak duduk kampung nak kerja dengan Pak Long, tanam pokok pisang ke, jual pisang ke, apa-apa jelah.. Boleh tak?!" Kataku.

" Biar betul adik ni. Mimpi ke apa ni.." Abang duduk dekat dengan aku, lepas tu ditampar-tampar pipi aku.

"Sakitlah abang.!!  Tampar-tampar kenapa.. Adik tak mimpilah. Ni betul-betul ni.." Aku menjeling. Orang betul-betul serius.

" Macam pelik je. Kalau dulu abang suruh duduk kampung, dialah paling bantah. Taknak lah, tak bestlah, nak kerja KL lah. Ni tiba-tiba je ni.."

" Itu dulu. Sekarang lain.. Kan tak sama.. "

" Ke gaduh dengan Faliq niiii...!!" Abang meneka.

" Ya Allah..!! Ke situ pula abang fikir. Mana ada gaduh, kami okey jelah.."

" Habis tu.. " Abang masih tak puashati dengan jawapan aku.

"Eeeeee.. Abang ni kan, banyak betul soalan.. Bagi ke tak ni..?!" Aku merungut.

" Iya tapi abang nak tahu juga kenapa tiba-tiba. Kan Faliq nak adik kerja dengan Asnida.."

" Iya.. Adik balik sampai habis tahun ni jelah. Lebih kurang sebulan je kut kan. Nanti awal tahun baru start kerja dekat butik tu. Adik bosanlah sebulan duduk rumah, makan tidur kang gemuk badan. Lebih baik adik balik kampung kerja dengan Pak Long. Ada juga income. Sekali tunggu orang kampung datang masuk meminang.. Lepas tu kahwin. Settle..!! Jelas tak..!" Panjang lebar aku terangkan pada abang.

" Ooo... Nak tunggu orang masuk meminang rupanya. Hahahaha..!! Okey baru abang faham..!!" Abang mengangguk-anggukan kepalanya dengan lirikan matanya.

"  Abang jangan nak memandai ye.." aku dapat meneka apa yang abang tengah fikir.

" Hahahaa..!! Dah orang tu lama menunggu dik. Terima jelah. Abang tengok korang pun dah makin baik, makin mesra. Halalkan jelah.."  Aduhai abang ni.. Ni yang tak best nak dengar ni. Aku dah semangat cerita nak balik kampung. Dia tukar cerita lain pula. Mm..

" Abang... Adik sekarang ni cerita nak balik kampung. Bukan pasal Faliq lah.."

" Hmm.. Iyalah.. Abang hantar adik baliklah ye.."

" Ish!! Tak payahlah. Adik bawa kereta je. Lagipun kang nak gerak ke sana sini susah pula. Takkan nak naik lori.."

" Kereta Pak Long kan ada. Bukan Pak Long guna pun. Abang hantar kang. Nak ziarah kubur ibu ayah sekali.."

" Okeylah kalau macam tu.."

" Faliq tahu tak ni?!" Aku menggeleng kepala.

" Bagitahulah. Kasihan dia.."

" Nantilah.. Gerak lepas zohor tau abang. Taklah abang sampai KL kang lewat malam. Esok nak kerja lagi.."

" Oraite..!!" Aku terus masuk bilik. Kemas segala baju dan lipat rapi dalam bagasi besar pula. Tak silap dekat kampung musim buah kut, buah durian dan rambutan kut. Kalau rambutan sedaplah juga tapi kalau durian. Hohohoo!! Memang taklah aku nak makan. Bagilah sejuta ringgit pun, sorry aku tak hairan. Bau durian pun dah buat aku mabuk. Lagi nak makan. Memang terputuslah nyawa aku. Buah durian, longan,mata kucing dan laici, memang tak boleh bau dan tak boleh masuk tekak. Aku yang masuk hospital kang. Jauhkan dari aku buah-buah itu.

Siap mengemas, aku letak bagasi besarku di tepi pintu. Aku duduk di katil. Termenung. Kenapa tiba-tiba teringat dekat Zahwan. Ya Allah..!! Gilalah aku ni. Dia dah kahwin kut. Jangan macam-macam Aliaa. Perasaan ini bukan aku nak dia datang pun. Dah dia tiba-tiba je muncul. Tak salah teringat, dan kemudian doakan yang baik-baik. Aku tampar pipi aku sendiri. Tersedar dari kenangan itu. Cukup Aliaa cukup..!!


Aku tutup muka dengan tapak tangan dan tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan perlahan. Aku berdiri depan cermin. Pandang setiap inci wajahku sendiri.

" Aliaa..!! Tak ada lagi Zahwan, tak ada lagi kenangan. Tutup semua. Dan.. Tak ada lagi janji.. Lupakan..!!" Kataku sendiri. Mata mula berkaca. Huwaaa!!! Cinta pertama walaupun tak menjadi, tapi terkesan dalam hati. Parut tu parut, tetap ada. Nak hilangkan parut tu. Entahlah kan. Payah.. Susah.. Bukan mudah.. Ish!! Entahlah..!! Mujur aku tak pergi majlis dia kelmarin, kalau pergi. Mesti lagi terkesan kut. Lagi terluka parut yang sedia ada. Kerana janji aku jadi macam ni. Perhh!! Penangan janji.  Faliq? Dia tak pernah janji. Sekali pun tak pernah. Dia takut dia akan jadi macam Zahwan kut. Paling-paling pun dia akan cakap, akan buktikan. Entahlah.. No komen!!

Aku kembali duduk di katil. Ambil handphone. Buka aplikasi whatsapp. Nak info Faliq ke tak ni nak balik kampung.  Kalau tak info, abang cakap kasihan. Tapi kasihan kenapa pula. Dan kalau info dia, habislah hancur plan aku. Tak surprise lah dan tak nampaklah kesungguhan dia. Aku terus berlari ke ruang tamu lagi.

" Abang... Abang..!! Tidur pula dia... Abang bangunlah.." Aku kejutkan abang yang lena tidur dekat sofa.

" Kacaulah.. Abang baru je nak tidur ni.. Kenapa??" Abang buka mata. Buruk benar muka. Hahahaa!!

" Bangunlah.. "

" Dah bangunlah ni. Kenapa?!" Aku senyum.

" Abang.. Jangan info Faliq ye adik balik kampung.." kataku.

" Dah kenapa pula. Kalau dia tanya abang macam mana. Abang nak cakap apa? Abang taknak menipu, abang taknak jadi munafik.."

" Hahahaa.. Tak surprise lah kalau dia tahu.."

" Adik nak buat surprise apa pula ni?!!"

" Hmm.. Adalah..!! Kalau adik info abang, tak surprise lah juga.. Jangan info dia tau.. Janji?!!"

" Ceritalah.. Apa plan adik.. Dengan abang pun nak rahsia.."

" Tak boleh.. Sebab abang dengan Faliq pun 2x5 juga.. So, tunggu je. Okey!!"

" Ni surprise baik ke tak baik.. ?!"

" Hahaha.. Adalah.. Byee!!" Aku terus bangun dan jalan ke bilik.

" Laa.. itu je nak cakap. Bertuah betul.." Abang bengang. Aku gelak.

" Iya.. Pergilah sambung tidur.." Aku masuk bilik dan tutup pintu. Kembali baring atas katil. Gelak sorang-sorang. Mengelamunlah apa lagi. Bayangkan kalau sebulan aku duduk macam ni tak buat apa-apa. Ke ruang tamu masuk bilik kemudian ke dapur masuk bilik. Keluar masuk je. Makan tidur makan tidur. Bukan gemuk lagi dah ni. Tak tahu dah nak cakap apa. Hmm..
 
Handphone di tepi kepalaku berbunyi bep. Oh okey whatsapp masuk. Senyum lebar dah ni. Berbunga terus hati. Faham-faham jelah. Hehe..!!

" Oooooo Sayang..!!
Tak nak melawat saya ke?
Saya sorang-sorang ni.
Tak ada kawan.."

Aku berkerut. Melawat? Sorang-sorang? Dah kenapa Faliq ni. Tiba-tiba terus tak sedap hati.

" Melawat kenapa?" Balasku.

" Saya check in hospital ni, pagi tadi.."

Hospital?? Biar betul!!  Aku terus call Faliq. Terdebar-debar pula hati ni. Risau!!

"Awak kenapa?" Tanya aku sebaik dia jawab.

" Sakitlah sayang oii.. Takkan duduk hospital ni jalan-jalan kut.."

" Iyalah sakit tapi sakit apa?!"

" Entah.. Doktor cuma cakap sakit nak mati je.." Ish!! Dia ni sengaja buat aku risau.

"Orang cakap betul-betul lah. Janganlah main-main. Saya risau tau tak!!"

"Iya.. Dah tu doktor cakap. Taknak melawat saya ke. Nanti kalau saya mati, awak juga yang menyesal tak dapat jumpa saya.." Dia punya ayat ni kan. Buat hati aku macam nak meletup je.

"Awak ni kan. Ish!! Nanti saya datang. Jangan mati dulu, tunggu saya datang. Bye..!!" Hai lah Faliq. Baru nak plan baik punya plan, tertangguh plan. Aku bersiap. Capai beg  dan tanpa berlengah aku terus berlari cari abang. Mana pula abang ni..

" Abang ooo Abang... !!"

" Iya ada dekat sini ni.." Abang keluar dari dapur dengan bawa mug hitam.

" Faliq ada call abang tak?!"

"Ada. Baru tadi.." jawab abang. Duduk di sofa.

" Jom sekarang..!!" Aku mengajak.

"Sekarang?!"tanya abang pula. Dah cakap sekarang kut.

" Iyalah. Nanti kang nak balik kampung. Sempat ke..!"kataku.

"Okeylah jom.." Abang terus ambik kunci kereta. Aku tunggu abang diluar.

Sakit apalah pula Faliq ni. Risau pula aku. Dengar suara pun lemah je. Tapi sakit-sakit pun boleh lagi nak bergurau. Tak sedap hati. Tak senang duduk. Aku jalan ke pagar dan buka pintu besar-besar. Keluar je kereta aku tutup semula. Terus naik dalam kereta.

"Risau juga rupanya. Ingat tak risau.. Hehe!!"Abang gelak kecil. Perli akulah tu.

"Risaulah. Kawan kut. Abang tu tak risau ke sahabat abang sakit.." kataku. Muka selamba.

" Eceh.. Ceh.. Ceehhhh..!! Kawan konon. Kalau dah sayang, cakap jelah sayang. Kan senang.. Nak sembunyi konon.. " senyum sinis.

"Sembunyi apalah. Dah memang kawan kut.." Aku serius. Buat muka relax je.

"Iyalah tuu.. " Abang masih senyum perli.

" Faliq sakit apa abang?!"

"Aik!! Dia tak info adik ke? Adik tak tanya dia!"

"Dia cakap sakit nak mati.." jawabku.

"Ha!! Iyalah tu.. Betul lah tu.." Aku menoleh pada abang. Tengok muka abang tak senyum pun. Ish!! Takkan lah..

" Janganlah main-main. Cakaplah.. " tanyaku lagi.

"Laa.. Adik tengok abang main-main ke ni. Ada abang senyum ke gelak ke. Ada?!"

" Tak ada pun.."

" Ha.. Tahu pun. Nanti sampai tengoklah sendiri.." kata abang.

" Tapi macam pelik je. Dekat Sabah punyalah sihat. Dialah yang paling happy. Balik KL terus sakit.." Aku berkerut. Macam tak percaya je.

" Tapi rasanya kalau adik terima dia. Mesti dia sembuh.." Abang  senyum.

"Ish..!! Mengarut jelah abang ni.." Abang gelak. Aku jeling pada abang.

Dalam fikiran ni, hanya fikir Faliq je. Risau. Tapi macam pelik je. Macam ada sesuatu je antara abang dan Faliq ni. Sakit nak mati bagai. Ish!! Merepek jelah diaorang ni. Psiko aku je kut ni. Ahhh!!! Tu tak penting. Yang penting aku kena tengok dia depan mata. Baru tahu sakit nak mati ke sakit main-main ke sakit betul-betul ke. Kalau dah sampai masuk hospital, takkan sakit main-main kut. Apalah aku ni. Aku pula dah jadi tak tentu arah. Fuhh!! Relax.. Cool Aliaa..!! Tahu hati dalam tu tak tenang. Berdebar-debar, risau, semua serba tak kena kan. Hehe!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 | Bab 203 | Bab 204 | Bab 205 | Bab 206 | Bab 207 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku