Kerana Janji
Bab 195
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
290

Bacaan






Aku mengekori abang mencari bilik Faliq. Sampai di bilik bernombor 501 abang membuka pintu. Aku melangkah masuk, hati semakin berdebar. Semua mata tertumpu pada kami. Ada Makcik Asmah dan Pakcik Kamaruddin. Mata aku terus fokus pada Faliq. Aku berkerut. Aku pandang abang. Kemudian pandang Faliq semula. Abang dah senyum-senyum. Faliq pun tersengeh. Aku masih lagi muka serius. Masih berkerut. Aku terus meluru ke arah Makcik Asmah. Salam dan cium tangan. Macam biasalah, aku dipeluk diciumnya.

"Makcik dah lama sampai?!" Tanya aku. Mata aku menjeling pada Faliq dan senyum pada Makcik Asmah. Faliq masih tersengeh.

"Dari pagi tadi dah. Ni nak balik dah pun." kata Makcik Asmah.

"Oh yeke!! Dari pagi.. Ingat baru sampai.." aku senyum.

" Saya baru tahu Faliq masuk wad, kalau saya tahu, sebelum dia masuk wad ni lagi saya dah datang dah." kataku dengan mata menjeling tajam pada Faliq. Faliq dan abang menahan gelak. Makcik Asmah tercengang. Tak faham maksud aku.

" Kenapa dia boleh masuk sini makcik?!" Aku sengaja je tanya Makcik Asmah.

" Keracunan makanan. Kenduri rumah sepupu dia. Banyak sangat makan rendang daging malam tadi. Makan tak beringat. Segala rendang dimakannya. Tulah dapatnya.." Terang makcik Asmah. Pakcik Kamaruddin berbual dengan abang. Aku pandang kecil besar kecil besar je si Faliq ni. Nak kena belasah ni. Muka Faliq dah berubah. Gelak perlahan.

"Alamakkk Broo.. Kantoiiii..!!! Tak menjadi plan aku.. Hahahaa..!!" Faliq gelak kuat. Menyirapnya hati aku.

" Sorry.. Tak boleh tolong.. Hahahaa!!!" Jawab abang. Pun gelak. Plan diaorang lah ni. Hampeh!!

" Alang.. Alang main-mainkan Aliaa ye.." Makcik Asmah marah Faliq.

"Maaf ma.. Saja nak bergurau.." Sedapnya dia cakap. Aku menghampiri dia, aku senyum bengang.

"Kasihannya awak kan. Sakit yee..!! Berapa lama lagi nak hidup ni. Saya dah sampai,  kata nak mati tunggu saya sampai kan...!!" Makin kuat dia gelak. Abang pun sama rupanya, bersubahat. Makcik Asmah pun gelak kecil dengar aku cakap.

"Sorrylah.. Jangan marah.. Gurau-gurau manja je.." Masih gelak.

"Oh ye..!! Gurau manja ye.. Tak bestlah gurau manja, kena gurau ganas baru besttt..!!" Aku terus ambil paper diatas meja dan pukul dia bertubi-tubi.

"Ambil kau. Gurau manja sangat kan..!!" Geram betul aku.

"Aduh.. aduh!! Okey.. Okey..!! Sorry.. Sorry..!!" Semua gelak tengok kami. Aku dah tak ada nak segan silu dah depan makcik dan pakcik. Nasiblah.. Siapa suruh Faliq kenakan aku. Punyalah risau aku. Boleh dia main-main pula.

" Alang ni kan.. Benda macam ni pun nak buat gurauan. Buat Aliaa risau je..!" Kata Makcik Asmah. Senyum..

"Itu tandanya dia sayang Alang.. Cuma dia taknak cakap je.. Kan Aliaa kan.. !!" Aku menjeling pada Faliq. Malu pula aku. Makcik Asmah gelak kecil. Suka pula dia.

" Tak ada maknalah. Saya risau atas belas ehsan je tau. Buat apa nak sayang orang yang sakit nak matiii ni ha.."Aku jeling lagi. Gelak lagi.

"Macam-macam Alang ni.. Maaf ya Aliaa. Faliq ni memang kuat sangat menyakat. Kalau tak menyakat orang, bukan Faliq lah namanya.." kata makcik. Aku senyum jelah.

" Makcik balik dulu ya.. Jangan risau, Faliq okey je. Masuk wad ni sebab keracunan makanan je. Bukan sakit nak mati.  Tapi dah okey dah.. Esok boleh balik. Jangan risau ya..!! " sambung makcik Asmah. Pujuk aku. Aku senyum. Lalu pipi aku dicium. Aduhaiii.. kasih seorang ibu. Setiap kali dia peluk dan cium aku. Terasa yang peluk dan cium adalah arwah ibu. Aura seorang ibu.

" Tak apa makcik. Dia memang selalu kenakan saya. Tapi nanti kalau saya dah kenakan dia.. Menangis tak berlagu." kataku pula. Menjeling pada Faliq.

"Ha..!! Dengar tu Alang.. Okeylah makcik balik dulu ya. Jaga diri baik-baik.." Aku angguk.


"Mama balik dulu ya. Ingat.!! Jangan buat Aliaa macam tu lagi. Kasihan dia.." pesan makcik Asmah pada anak kesayangannya.

" Okey maa!!" Jawabnya ringkas.

" Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.." kami jawab serentak. Bila makcik dan pakcik keluar je.

" Abang pun sama juga bersubahat. Jahat tau..!!" Aku marah abang. Abang gelak. Aku berkerut lagi dan lagi. Aku punyalah risau, boleh pula dia main-main.

" Ni semua Faliq yang suruh. Abang bertindak mengikut arahan je.." jawab abang .

"Janganlah marah. Buruk muka tu kalau marah. Hehe..!! Sorry ye.. Senyum sikit.. " Sambung abang lagi. Pujuk aku. Aku tak senyum pun. Tengah angin satu badan ni.

" Abang nak pergi kantin kejab. Nanti abang belikan nescafe ye. Biar sejuk sikit hati adik ni.. Kau nak air apa Liq.."

" Tak apa. Aku taknak..!!" Abang terus melangkah keluar. Aku duduk diatas katil menghadap Faliq. Beg ku letak atas kerusi. Tak senyum tak gelak. Serius. Buat muka bengang. Saja je. Nak minta dipujuk. Hahaha..!! Faliq pandang aku. Direnung wajahku. Senyum manis.

"Sorry..!! Janganlah marah..!! " katanya.

" Hmm.. Patutlah sakit nak mati. Segala lembu, kambing, kerbau, badak berjoget dalam perut tu kan.." perli aku.

" Hahahaha.. Lama tak makan rendang. Malam tadi rendangnya sedap, tu yang makan tak beringat.." jelasnya.

" Lain kali jangan cakap saya. Tengok awak sendiri sampai kena check in sini. Best tak sakit? Best tak duduk hospital?" Ambil kau.

" Bestlah kalau awak datang macam ni. Temankan saya.. Tidur sini malam ni. Temankan saya. Boleh?!" Pintanya.

"Ish!! Taknaklah.. Saya kalau boleh taknak jejak hospital ni tau. Ni pun terpaksa sebab awak .." kataku selamba.

" Hmm.. Sorang-soranglah saya malam ni. Tak ada kawan, tak ada siapa sudi temankan.." Mengada pula dia.

" Tak payah nak mengada sangat ye.. Nanti saya info abang, abang je temankan awak. Nak?!" Aku beri cadangan.

" Taknaklah abang awak. Saya nak awak.."

" Ish!! Tak boleh.." Aku pandang Faliq. Senyum.

Seorang pembantu jururawat masuk dengan membawa makanan tengahari untuk Faliq. Dan kemudian, terus keluar. Aku bangun dan ambil nasi tersebut bersama sudu dan air suam. Aku beri padanya.

" Nah!! Makan.. Habiskan..!!"

" Nantilah.. Nak berborak dengan awak dulu. Nanti saya makan.."

"Makan.. Sambil makan kan boleh borak. Makan nah..!! Saya dekat depan mata awak pun ni. Tak kemana pun.. Makan banyak-banyak ni, biar sihat.." kataku. Senyum.

" Baiklah sayangku..!! Kalau awak tak suruh ni saya tak makan tau.." Alahai.. Mengada pula dia. Kami berbual dan macam biasa bergurau senda. Jadi, nak tak nak terpaksalah aku tunda balik kampung esok petang. Nak balik petang ni, apa pula Faliq cakap nanti. Iyalah, selama ni aku tak sihat, aku masuk wad.  Dialah yang jaga aku, yang temankan aku. Sampai tidur bermalam dekat hospital. Ni dia sakit takkan aku nak tinggalkan dia pula. Kasihan Faliq.. Nanti aku info abang. Esok abang dah kerja tapi aku boleh balik sendiri. Tak ada hal lah. Yang penting, yang di depan mata aku ni kena sihat dan bila dah kerja baru aku yakin. Dan boleh tenang balik kampung tanam pisang.
Borak punya borak. Licin juga dia makan. Berselera sungguh. Sebab ada aku kut. Abang masuk dengan bawa air, biskut dan roti. Perut aku pun dah lapar dah ni.

" Adik.. Jom kita pergi makan dulu.. Liq, aku dan Aliaa keluar makan dulu ya. Nanti kami datang lagi.." ajak abang.

"Tak apalah. Pergilah..!!" Aku dan abang terus keluar. Makan di kantin jelah. Ramai orang. Tapi makanan pun boleh tahan banyak. Macam-macam ada. Aku ambil nasi putih separuh, telur masin, ayam goreng dan sayur campur dan sedikit kuah masak lemak putih dan air suam. Orang semakin ramai. Keluar dan masuk. Tak lama, abang datang. Banyak juga abang makan. Mesti lapar. Sarapan pagi tadi cuma buat cucur udang je.

" Jadi macam mana ni. Nak balik kampung ke?! Abang rasa esok jelah ye.." tanya abang.

" Ha.. Esok petang ke atau lusa. Tak sampai hati pula nak tinggalkan Faliq.." kataku selamba.

" Iyeke tak sampai hati..!" Abang ni perli aku lagi.

"Iyalah.. Selama ni kan dia yang banyak tolong adik. Masa adik admit dulu, dia yang jaga. Bermalam dekat wad lagi. Takkanlah dia admit adik nak balik kampung kut.." jelasku pada abang.

"Iyalah kan.." Abang angguk. Faham pun. Orang berbudi kita pun kenalah berbahasa. Kami layan makanan sampai habis. Selesai makan, aku terus naik semula ke wad. Abang pula ke surau.  Pintuku buka. Elly dan Encik Zack ada. Aku pandang mereka dan senyum. Aku bersalaman dengan Elly.

Aku menghampiri Faliq.

" Dari mana?!" Tanya aku memulakan perbualan.

"I dari butik. Keluar lunch tadi, terus ajak Zack singgah sini. Melawat big boss..!!" Elly gelak kecil.

" You baru sampai ke?!" Tanya Elly padaku.

" Taklah. Dari tadi dah. Tapi turun makan dengan abang.." terang aku.

"Aliaa.. Bila you nak masuk butik. Faliq dah tak sabar dah nak you start kerja.." Tanya Elly lagi.

" Insha Allah..!"

" Tak apa. Bagi dia rehat dulu. Nanti dah puas rehat boleh je masuk bila-bila.." sampuk Faliq. Senyum pada aku.

"Oh ya..!! Dah jumpa ni kan. Ni i nak bagi kad jemputan i.. " Elly menghulurkan kad jemputan bersampul putih. Aku membuka sampul kad tersebut, mengeluarkan kad berwarna Maroon simple dan cantik sangat. Raikan Cinta.. Elly dan Zack.. Siap ada gambar mereka lagi. Cantik dan sepadan. Aku senyum.

"Tahniah Elly.. Tahniah Encik Zack..!! Semoga kekal bahagia ke jannah.." ucap aku. Encik Zack senyum. Hanya membisu. Aku tahu apa dia fikir. Abaikan..

" Terima kasih Aliaa.. Tapi awal tahun tau. Saja i nak bagi you kad tu awal, takut nanti you lupa. Sebab you dan Faliq adalah tetamu paling special.. Jangan lupa tau. Wajib datang tau..!!" Kata Elly. Berseri muka.

" Insha Allah.. Kalau panjang umur, murah rezeki sampailah kami.." balas Faliq.

" You all bila lagi?! I pun nak juga tengok romeo dan juliet ni bersanding.." Aku hanya senyum. Tak cakap apa-apapun. Faliq pandang aku. Aku buat bodoh je.

" Insha Allah.. Kami bagi peluang pada awak naik pelamin dulu.." jawab Faliq. Aku senyum je. Encik Zack langsung tak cakap apa-apa. Hanya dengar dan lihat je.

"Hahaahaa.. Okeylah Faliq, Aliaa. Kami minta diri dulu. Kasihan Ash handle sorang-sorang.."

" Kirim salam dekat Kak Ash ya.."

" Insha Allah.. Faliq, makan ubat tau. Jaga kesihatan baik-baik. Byee..!!" Encik Zack bersalaman dengan Faliq. Aku bersalam peluk dengan Elly. Tak sangka dulu bermusuhan dan kini jadi baik pula. Perancangan Allah. Mereka berdua terus keluar.

" Hmm.. Semua dah nak kahwin.. Kita ni bila lagi ye sayang ye..!!" Kata Faliq perlahan. Mata tu melirik pada aku. Aku buat tak tahu je. Buat-buat tak dengar. Aku duduk dihadapan dia senyum dan pandang Faliq.

"Kalau awak nak kahwin, kahwin jelah.." kataku selamba.

" Tapi saya nak kahwin dengan awak.." Buat muka kasihan. Hahahaa!!

" Eh!! Saya lupalah nak tanya. Dulu awak ada cakap kan. Awak dapat offer kerja ke Jepun. Awak tak ambil peluang tu ke?!" Fuh!! Dapat idea untuk aku mengelak dari soalan dia.

" Tak tahu lagi.."

" Aik!! Kenapa tak tahu lagi. Dah lama kut kan.."

"Iya.. Kan saya ada cakap, bila-bila saya nak saya boleh pergi.."

" Jadi, apa keputusan awak..?!" Tanyaku lagi.

" Rasanya tak ambillah kut. Saya nak duduk KL je, nak dengan awak, dengan family saya dan sahabat saya.."

" Ooo Okey!!"

" Kenapa tiba-tiba tanya?!"

" Saja.. Eh!! Saya nak ke surau dulu lah ye.. " Aku ambil beg dah terus keluar. Baru je melangkah, terserempak pula dengan abang.

"Nak pergi mana?! " tanya abang.

" Solat.." Abang angguk dan aku terus berjalan.

Hmm.. Aku mengeluh kecil. Memikirkan diri sendiri. Hai lah Aliaa. Betapa susahnya kau nak buat keputusan. Kasihan Faliq. Mengharap dan mengharap. Itu juga yang ditanya setiap kali jumpa kau. Tapi kau langsung tak layan. Kau mengelak dari terus menjawab. Kasihan Faliq, Aliaa.. kata hati kecilku.

Iya tahu, memang kasihan dengan Faliq. Dia memang sayang aku, dia cinta aku. Aku tahu semua tu. Tapi aku tak boleh buat apa-apa keputusan sekarang. Bagi aku masa. Itu je aku boleh cakap. Sebab tu aku nak balik kampung. Aku nak cari sesuatu di kampung. Semua keputusan dan jawapan ada di kampung. Iya.. di kampung. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 | Bab 203 | Bab 204 | Bab 205 | Bab 206 | Bab 207 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku