Kerana Janji
Bab 197
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
244

Bacaan






Faliq garu kepala yang tak gatal. Dari malam dia fikir apa jawapan teka-teki yang Aliaa bagi. Jadi blank pula kepalanya. Dia menyandarkan badan di kerusi. Bermain-main dengan pen. Memandang kosong ke atas meja. Laptop didepan mata dipandangnya juga. Berkerut dahi memikirkan dan mencari jawapan. Handphone diambilnya. Membuka whatsapp dari Aliaa semalam, dia scroll semula.


 " Dalam setahun ada 12 bulan,Dalam 12 bulan ada 52 minggu,Dalam 52 minggu ada 365 hari,Dalam 365 hari ada dua hari yang penting dalam hidup seseorang yang tak akan pernah lupa walaupun orang itu dah tak ada lagi.Dua hari itu adalah hari gembira dan hari sedih. Awak rasa apa?"Berkerut dahi membaca dan cuba memahami maksudnya itu. Masih tidak faham dan diulangi baca lagi. Tak puas baca, dia terus call Aliaa. 

 "Hari gembiraan dan hari sedih?""Iya.. Hari gembira dan sedih. "

 "Hari apa ek?? Hari Isnin, Selasa, Rabu , Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad kut.." 

 " Hahahahaa.. Itu bukan dua hari, itu dah tujuh hari.." Aliaa gelak kuat.

 " Hahaha..!! Iyalah kan.. Tak apa, nanti saya fikir jawapannya. Yang lagi satu apa pula?!" 

 "Bila awak dah dapat jawapan dua hari itu dan awak akan buat satu pilihan, nak gembira atau sedih. Kalau awak bijak awak akan dapat satu point dan seterusnya kena ikut empat langkah untuk awak dapatkan apa yang awak nak.." sambung Aliaa lagi. 

Pula dah..!!" Laa.. tadi dua , ni empat pula. Pening kepala saya macam ni sayang oiii.." Faliq ketuk dahi. Macam-macam pula Aliaa ni, cetus hatinya. 

 " Hahahaa.. Itu sahaja.." gelak lagi."Hmmm.. Jadi, kalau saya boleh jawab ni. Saya terus hantar meminang tau. Jangan cakap tak?! " 

 " Aik!! Ini kira ugutanlah ni ye.."

 " Hahaha.. Lebih kuranglah.." 

 " Saya bagi tempoh awak jawab tiga hari je tau. Lebih dari tu. Maaf.. Tak dilayan.!!" 

 "Aduhh!! Tiga hari je. Habis kalau saya tak dapat jawab macam mana??!"

 " Jangan mimpilah saya nak terima. So, pandai-pandai awaklah ye Encik Faliq Alfie. Okeylah!! Selamat malam dan Selamat mencari jawapan. Jawapan saya ada pada awak. Sooo, good luck.. bye!!" Terus Aliaa matikan talian.

 Tersenyum Faliq. Dah lama tak dengar suara Aliaa, malam tadi baru dapat berbual. Faliq geleng kepala.

 "Apa sebenarnya yang dia nak cakapkan ni? Kenapa taknak terus terima aku je? Kenapa kena berteka-teki pula? Jadi mabuk aku macam ni. Mesti ada sesuatu ni? Tak apa, aku akan usahakan mencari jawapan. Layankan jelah. Tapi syok juga kan.. Berteka-teki macam ni. Cabaran untuk aku ni.. 

Yup.. Betul..!! Aku kena sahut cabaran ni.."kata Faliq sendiri. Semangat pula Faliq. Aliaa.. Aliaa..!! Faliq gelak. 

Mencuit hatinya. Dia melihat jam ditangan. Terus bangkit dan ambil kunci kereta. Terus melangkah keluar. Mahu balik ke rumahnya sendiri. Dah lama tak jenguk rumah, nak kemas apa yang patut. Lepas siap kemas baru balik rumah mamanya pula. Sampai di lobi, dia terus berjalan perlahan ke keretanya. 

 "Faliq.. Faliq..!! Sekejab..!!" Satu suara menjerit memanggilnya. Faliq menoleh ke belakang. Naim termengah-mengah menghampirinya. Faliq senyum. 

 " Laa.. Kau rupanya. Kenapa?!"

 " Aliaa dekat mana sekarang?! Aku whatsapp dia, tak balas pun. Call pun tak jawab.."kata Naim.

 " Dia busy sekarang ni.." 

 " Busy?? Dia kerja mana sekarang?!" Berkerut dahi Naim. 

 " Dia dekat kampung. Tolong Pak Long dia.. " jawab Faliq. 

 " Laa iyeke..!! Maknanya dia dah tak duduk sini lagi ke?!" " Sementara je sana. Nak cari pengalaman katanya.." Senyum.  

" Pula.. Tak apalah. Rindu pula kami dekat dia. Nanti kalau kau ada call dia ke jumpa ke. Sampaikan salam kami ye.. !" Kata Naim lagi.

 " Insha Allah..!!" 

 " Okeylah.. Aku gerak dulu.. " Faliq angguk dan terus berjalan. Masuk je dalam kereta terus hidupkan enjin. Radio dipasang. Happy hatinya bernyanyi-nyanyi. Sampai sahaja dirumah, dia terus bersihkan badan dan solat. Kemudian, ke ruang tamu. Apa dia nak buat pun dia tak tahu. Nak kemas rumah tapi apa yang nak dikemasnya. Semua okey saja. Pasang tv tengok tv sajalah.

Lama-lama terlelap. 

"Tutt.. Tutttt...!!!" Handphone berbunyi. Terus terjaga dari tidur. Handphone diatas meja dicapai.

" Broo.. Dekat mana?!" Suara Adil ditalian.

" Dekat rumah ni.."

" Kau tidur ke ni.."

" Hmm.. Balik kerja tadi tak tahu nak buat. Lelaplah apa lagi.." suara garau.

" Uit.. dekat jam 8 malam dah ni. Ni maghrib confirm terlepas.. "

" Apa?? Masha Allah..!! Okey bro nanti aku call kau balik. Byee.. byee..!!"

" Hahahaa..!! Okey..!!" Terus handphone di campak diatas sofa dan kelam-kabut berlari masuk bilik. Huru-hara jadinya.

Selesai menunaikan solat, dia kembali ke ruang tamu. Duduk disofa dan mengambil handphone semula. Nombor handphone Adil didailnya.

"Sorry lah Dil.. Selamat kau call tadi. Ada apa kau call?!" Tanyanya terus apabila Adil menjawab panggilan.

" Keluar jom. Makan ke lepak ke. Bosanlah..!"
Ajak Adil.

" Okey juga tu. Aku pun lapar ni.. Jumpa tempat biasa.." Talian dimatikan. Senyum sendiri.

" Kalaulah ada bini kan senang hidup. Ada orang tolong masakan, ada orang temankan, ada orang kejutkan. Taklah bosan duduk rumah, makan pun dekat luar, sorang-sorang macam ni. Hai lah Aliaa.. Bilalah kau nak jadi bini aku ni. Tahun depan umur aku dah 34tahun. Kawan-kawan lain dah anak berderet aku ni harap anak tekak jelah. Nasiblah kau Faliq.. Hehehe..!!" Kata Faliq sendiri. Gelak kecil. Teringat Aliaa. Dia bangun dan terus bersiap.

Mata meliar mencari Adil. Tiada pula, belum sampai mungkin. Dia duduk dimeja ditepi dinding. Keluarkan handphone. Bermain-main dengan handphone.

" Lama dah ke sampai?!" Muncul Adil menepuk bahunya dan terus duduk dihadapannya.

" Baru je. Order pun tak lagi ni.." Datang seorang pelayan lelaki mengambil pesanan makanan. Kemudian kembali semula ke dalam.

" Inilah nasib orang bujang bro. Duduk sorang-sorang, nak masak makan sendiri bosan tak ada teman. Kalau ada adik aku, seronoklah juga sambil makan sambil borak. Nasib..!!" Keluh Adil. Faliq gelak.

"Kahwinlah apa lagi. Calon dah ada kut.." cadang Faliq.

"Nilah masalahnya. Calon memang dah ada tapi adik aku entah bilalah nak kahwinnya.."Makin kuat Faliq gelak.

" Nak buat macam mana bro. Empunya badan tu dah kata nanti. Kalau dia on je, sekarang ni juga aku hantar pinangan.."jawab Faliq.

" Hmm.. Itulah tu masalahnya.. Aku rasa kan. Kau masuk jelah meminang. Ni dia ada dekat kampung lagi senang, jumpa Mak Long Pak Long.."cadang Adil. Makanan mereka pun sampai. Pelayan meletakan satu persatu makanan diatas meja. Kemudian berlalu.

" Kau biar betul. Kang dia tak terima pula macam tu. Sedih aku broo.." Faliq menghirup air limau.

"Adik aku tu, psiko je lebih beb. Dia nak uji kau je tu. Sama ada kau betul-betul nak dia atau tak.." Terang Adil sambil menyuap nasi USA ke dalam mulut.

" Memang naklah pun. Oh ye!! Ni semalam dia bagi aku teka-teki pula. Dia suruh aku jawab, kalau salah jawapan. Jangan mimpi dia nak terima aku. Dah tu dia bagi tempoh tiga hari pula tu. Aduh!! Adik kau ni broo, fuhh!!.. " Cerita Faliq.

" Hahahaa..!! Teka-teki apa pula.." Adil gelak.
Faliq ceritalah semuanya. Adil hanya gelak saja.

" Jadi, kau dapat dah ke jawapannya.." tanya Adil.

" Aku pun blurr.. Tak tahu mana nak dapat jawapan ni. Boleh pula dia buat syarat macam tu. Tapi okey juga tu, cabaran.." Faliq pula gelak.

"Ingat tak dulu aku cakap dekat kau. Adik aku ni lain sikit. Kau tengok apa dia dah buat.. Dengan kau dan aku sekali di 'game' nya.." Dua-dua gelak.

"Tak apalah bro. Nak dapatkan sesuatu kenalah berkorban. Kena sabar.." kata Faliq.

"Kau carilah jawapannya ye. Tu aku tak boleh tolong. Pandai-pandai kaulah. Ada lagi dua hari je lagi. Cepat-cepat sikit fikir bro. Kang tamat tempoh, masak kau. Menangis tak berlagu..." kata Adil. Gelak lagi.

" Tulah tu.. Kau tolonglah fikirkan sama. Tolonglah sahabat kau ni yang dalam kebingungan ni.." Buat muka kasihan.

" Hahaahaa..  Sorrylah Liq. Aku tak campur.. Apapun, good luck. Hahahaa..!!!" Adil tetap tegas taknak tolong. Bagus jugalah Aliaa buat macam tu. Biar Faliq usahakan sendiri.


" Maknanya aku kena minta pertolongan family untuk fikirkan jawapan ni. Hahaha!!"

" Hahaha.. Bagus-bagus. Kerjasama.. Tolong-menolong.." kata Adil.

" Aliaa.. Aliaa.. !!" Faliq geleng. Mereka terus berbual. Orang semakin ramai datang ke restoran itu. Kebanyakkannya anak-anak muda. Macam-macam ragam. Tinggal mereka berdua saja sekarang. Zahwan sudah berumahtangga jadi susah sikitlah nak keluar lepak dengan mereka. Mungkin sesekali kut. Tapi kemungkinan dia akan berpindah semula ke negeri asalnya. Susah pula seorang di Semenanjung dan seorang di Sabah. Masing-masing akan ada komitmen.

Setelah bayar bil makanan, mereka pun beredar. Adil menghidupkan enjin kereta. Dia mengeluarkan handphone. Mendail nombor adik kesayangannya. Beberapa kali didailnya. Tapi tak berjawab. Dah tidur mungkin. Dia cuba sekali lagi.

"Iya abang...!!" Adil senyum.

"Buat apa?"

" Duduk ni dekat tangga."

" Dengan siapa? Mak Long Pak Long mana?"

" Dengan Mak Long lah ni.. "

" Ooohh..!! Adik.. Abang baru balik dari jumpa Faliq. Dia cakap adik bagi syarat dekat dia.." Adil saja bertanya.

" Hahahahahaa..!! "

" Macam-macamlah adik ni.. Kalau dia tak dapat jawab. Macam mana?!"

" Pandai-pandailah dia. Tak dapat jawab tak kahwinlah.. Hahahaa!!" Aliaa gelak.

" Kasihanlah dia dik oii..!! Ingat adik Puteri Gunung Ledang ke. Nak kena hati nyamuk bagai"

" Untung adik bagi teka-teka je. Kalau adik minta darah dinasour ke.. macam mana?!" Aliaa gelak lagi.

" Mana nak cari dinasour pula.."

"Ha kan.. !! Hahahaa.. Tak apalah. Saja nak tengok sejauh mana dia sanggup. Win atau game over..!!"

"Apa jawapannya.. Share sikit..!!" Adil saja.

" Hohohooo... No.. No.. Noo!! Abang 2x5 dengan dia. Bersubahat kuat. Memang taklah nak share jawapan. Abang tolonglah fikirkan sekali. Kata nak adik terima sahabat sejati abang tu kan.."

"Hahaahaa.. Ni kira abang pun terjebaklah ni.."

" Dua hari je tinggal. Okeylah nak tidur dah. Selamat malam.. byee!!" Aliaa terus matikan Talian. Adil gelak kecil.

Bertuah punya adik. Entah apalah plan dia ni. Tak pasal-pasal aku pun kena perah otak cari jawapan. Nasib kaulah Faliq, sabar jelah. Adik oh adik..!!! Cetus hati Adil. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 | Bab 203 | Bab 204 | Bab 205 | Bab 206 | Bab 207 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku