Kerana Janji
Bab 198
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
319

Bacaan






Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia masih berfikir akan teka-teki tersebut. Harapan mahu Adil turut membantu, tapi tak dilayan pula. Gelak sendiri. Jam sudah menunjukkan ke angka 10  malam. Harap-harap mama nya belum tidur lagi. Sampai rumah mahu terus diajukan teka-teki itu. Kalau boleh malam ni juga dia nak dapatkan jawapan. Jadinya, taklah pening dia esok. Faliq memang tak dapat nak fikir, puas dah fikir mencari jawapan tapi ishh!! Jadi blurr pula dia. Memang tak dapat tidurlah malam ni. Kut-kut sampai bawa ke mimpi. Hahaha!!

Sampai di perkarangan rumah, tengok tiada kereta Encik Kamaruddin. Lampu masih terang benderang, kereta Lokman dan kereta Asnida ada. Lega!! Harap mereka belum tidur. Itu yang difikirannya. Kelam- kabut dia masuk ke dalam rumah dan terus tersenyum Faliq apabila melihat Puan Asmah, Asnida dan Lokman sedang leka menonton tv. Fuhh!! Lega..!!

" Mama... Mama..!!" Terus duduk disebelah Puan Asmah. Mereka semua pelik memandang Faliq.

" Ha!! Kenapa ni.. Macam dikejar hantu je..!" Kata Puan Asmah.

" Haahahaa.. !! " Faliq gelak.

" Kebetulan semua ada dekat sini. Jadi, Alang nak minta tolong fikirkan sesuatu boleh..?!" Sambung Faliq.

"Minta tolong fikirkan? Fikirkan apa pula ni. Macam pelik je.." tanya Asnida berpandangan dengan Lokman.

"Iyalah.. Kenapa?!"

" Macam ni.. Ada satu teka-teki ni. Alang kena jawab secepat mungkin. Ada lagi dua hari je ni tempohnya. Kalau tak dapat jawab,  aduhaii.. Matilah Alang ma..!!" Faliq buat muka sedih.

" Teka-teki apa pula ni. Bila masa pula Alang main game..!" Lokman pula bersuara. Gelak.

" Entah tu.." sampuk Asnida pula.

" Hahahaa.. Nanti Alang cerita. Yang penting sekarang ni mama, Angah dan Abang Ngah memang kena tolong Alang. Kalau boleh papa, Along semua Alang pun nak minta tolong..!!" Sambung Faliq lagi. Mengharap.

" Macam tu pula.. Hmm.. Alang.. Alang.. !! Apa teka-tekinya.."tanya Puan Asmah. Mereka pandang pada Faliq. Faliq senyum.

" Okey!! Dengar baik-baik ye.. Hmm... Macam ni.. Dalam setahun ada 12 bulan, Dalam  12 bulan ada 52 minggu, Dalam 52 minggu ada 365 hari, Dalam 365 hari ada dua hari yang penting dalam hidup seseorang yang tak akan pernah lupa walaupun orang itu dah tak ada lagi.
Dua hari itu adalah hari gembira dan sedih. Jadi, hari apa tu? " Faliq memandang satu persatu wajah mereka. Berkerut masing-masing.

" Hari gembira yang tak pernah orang lupa, mama rasa hari lahirlah kut. Mana pernah orang lupa kan, sentiasa orang ingat tiap tahun dan sambut. Betul tak.. ?!" Puan Asmah meneka.

" Kalau hari perkahwinan mungkin juga tapi kalau berpisah, rasa orang dah tak ingat kut. Lagi-lagi kalau dah kahwin lain. Memang taklah kan.." Asnida pula bagi jawapan. Faliq mengangguk perlahan.

" Betul juga.. Okey!! Hari gembira adalah hari lahir.. Tapi hari sedih tu hari apa pula. Hari perpisahan ke?!" Faliq garu kepala, tersengeh.

"Kalau hari lahir tu dah gembira. Maknanya hari kematian tu sedihlah Alang.. " Jawab Lokman selamba dan berlalu ke dapur.

" Betul tu.. Bila ada kelahiran pasti ada kematian.."

" Yesss!! Dapat-dapat. Haahahahaaa!!!" Faliq gelak kuat. Dah semua berkerut pelik pandang Faliq.

" Eh!!.. Belum.. Belum..!! Dia cakap kalau Alang dah dapat jawapan. Alang kena buat pilihan nak gembira atau sedih. Mestilah Alang pilih gembira, tapi apa kaitannya ekk..!! Faliq terdiam semula.

" Apa sebenarnya ni. Cuba Alang cerita detail. Siapa yang bagi teka-teki ni?  Untuk apa? Macam pelik je Alang ni.." tanya Asnida.

" Iyalah Alang.. Cuba cerita..!!" Sampuk Puan Asmah pula.

" Hahahaa.. Sebenarnya yang bagi teka-teki ni si Aliaa lah ma. Kalau Alang boleh jawab baru dia terima Alang. Kalau tak dapat jawab. Jangan mimpilah.. Tu yang Alang minta tolong ni. Sebab Alang blurr lah ma, Angah.. !! Tak dapat nak fikir.." Terang Faliq.

" Ooooooooo !!! Patutlah iya-iya sangat. Hahahaa!!" Panjang Ooo Asnida. Kemudian, mereka gelak.

" Kira bersyaratlah ni.."

" Macam itulah kiranya.." Faliq sengeh.

" Jadi kita kena standby lah ni kan Angah. Jawapan dah dapat.. " sambung Puan Asmah. Asnida angguk dan senyum.


" Eh belum ma.. Belum dapat jawapan sepenuhnya ni. Okey!! Kita sambung ek.." kata Faliq. Semangat.

" Ada sambungan pula.. Hahaha!!" Lokman gelak.

" Teruskan.." kata Asnida pula. Seronok pula mereka.

"Jadi sekarang ni Alang pilih hari lahirlah hari gembira. Takkan nak pilih hari mati pula kan. Lepas tu, dia cakap kalau dah dapat jawapan dan buat pilihan, Alang kena ikut empat langkah seterusnya untuk dapatkan apa yang Alang nakkan.  Langkah apa pula tu?!"

" Assalammualaikum.." Encik Kamaruddin memberi salam. Dan, menuju ke arah mereka. Dari luar sudah dengar perbincangan hangat mereka.

" Waalaikumsalam.." jawab mereka serentak.

" Apa yang dibincangkan ni. Serius je nampaknya.." Encik Kamaruddin duduk pula disebelah Faliq. Faliq sengeh. Terasa segan pula dia nak cerita pada papanya.

" Ni ha pa.. Alang ni.. " Asnida terus bercerita tentang perbincangan mereka. Faliq hanya dengar. Dan sesekali gelak. Semangat dan seronok betul mereka. Meriah pula rasa.

" Jadi papa pun kena fikirkan jugalah ni ye.." Mereka gelak. Sporting sungguh kedua orang tua Faliq ni.

"Ni papa nak tanya.. Apa yang Alang nak dari Aliaa??!" Encik Kamaruddin bertanya. Senyum.

" Nak kahwin dengan dialah pa.. " jawab Faliq bersahaja. Cepat je jawabnya.

" Jadi, kalau nak kahwin. Kenalah ikut adatnya. Kena merisik, bertunang, nikah dan majlisnya. Itulah maksud Aliaa...  Faham?!"
Faliq tercengang mendengar penjelasan Encik Kamaruddin. Encik Kamaruddin senyum.

"Kejab.. Kejab..!! Empat langkah tu adalah merisik, bertunang, nikah dan majlis?!"

"Iya Alang.. Itulah dia.." sambung Encik Kamaruddin lagi.

" Yess!!! Yess!!! Yessss!!!! Yahoooooo...!! Akhirnya.. Berjaya...!!!! Hahaahahaa..!!" Terus Faliq bangun dan melonjak-lonjak kegembiraan. Tersangat gembira. Semua gelakkan.

" Amboiii.. Sukanya..!! Hahahaa..!!" Lokman perli.

" Hahahaaa!! Fuhh!!! Baru tenang hidup aku." Faliq duduk semula dan menyandarkan badan di sofa. Menarik nafas dalam.

" Hmm.. Jadi, bila nak hantar cincinnya ni. Orang sana dah bagi lampu hijau. Kang lambat, nanti-nanti lagi. Melopong Alang..!!" tanya Puan Asmah.

" Hahahaha... Ma kejab ya, nak call Adil ni. Nak info berita gembira.. " Terus Faliq bangun dan menaiki tangga. Tapi baru satu anak tangga dia langkah dia berpatah semula ke arah Puan Asmah.

" Mama terima kasih ma.. Terima kasih papa.. Terima kasih Angah.. Terima kasih Abang Ngah.. Tolong cari jawapan... " Dipeluk cium mamanya dan disalami setiap sorang. Mereka gelak saja. Tumpang gembira. Kemudian, Faliq terus naik ke biliknya.

Handphone terus dikeluarkan dari poket. Mendail nombor Adil.

" Broo... Hahahahahaaa!!!"

" Apasal ni. Tiba-tiba je gelak. Kau sakit ke ni.."Adil pelik.

" Hahaha.. Aku dah dapat jawapan beb. Ni yang happy gila ni.. Hahaaha!!"

" Perhh!! Cepatnya..!!"

" Aku duduk bincang dengan Mama, Papa, Angah, Abang Ngah semua bro. Minta tolong diaorang fikirkan.. "

" Hahahaaa... Semangat kau bro. Baguslah.."

" Hahaha..!! Jadi, bila aku boleh hantar meminang ni.."

"Tapi kau confident ke dengan jawapan kau tu.." tanya Adil.

"Yupp..!! Sangat confident.."  Senyum gelak senyum dan gelak. Seronoknya hati. Bahagia terasa.

Dia duduk di birai katil. Senyum sorang-sorang. Hati bertambah berbunga-bunga. Bila difikirkan balik, memang akan gelak. Dah macam  budak -budak sekolah bercinta saja. Gaduh baik, sakat- menyakat, berteka-teki pula tu. Cinta gila-gila namanya ni. Padahal umur masing-masing dah matang. Tapi perangai mengalahkan budak sekolah. Tak ada yang serius dan lebih kepadaa gurauan. Lawak pun ada.

Faliq terlalu confident dengan jawapan. Dia takkan bagitahu Aliaa mengenai jawapannya itu sekarang. Dia akan bagitahu bila menghadap muka Aliaa nanti. Mahu tengok reaksi Aliaa pula. Mahu direnung wajah dan anak mata Aliaa nanti. Kerana dari mata akan turun ke hati. Tak sabar nak jumpa Aliaa. Dia kena buat persediaan untuk hantar meminang, dia akan bincang dengan kedua orang tuanya mengenai niatnya itu nanti. Lagi pula, Adil dah izinkan. Adil pun akan berbincang dengan Mak Long dan Pak Long nya nanti. Tarikh akan Adil bagitahu nanti.


Ini plan Adil dan Faliq pula. Hmm.. Banyak betul plan mereka ni, asyik plan saja. Tanpa pengetahuan Aliaa dan nak surprise juga. Adil yakin sangat, Aliaa pasti setuju punya. Mesti suka punyalah. Tapi kerana ego tu yang buat tertangguh-tangguh sampai sekarang.

Faliq ni pun bendul. Aliaa cakap nanti, dia pun nantilah juga. Kalau dia bertegas dan meminang mesti dah lama Aliaa terima. Tapi sebab tiada kesungguhan, jadi mungkin Aliaa pun fikir. Tak apalah. Biarlah. Tunggu jelah. Tapi maksud tunggu tu mendalam. Cuma Faliq saja yang tak faham. Hmm.. Perempuan mahu tapi malu. Takkanlah Aliaa yang kena cakap, kena mulakan, mestilah lelaki yang kena mulakan, mestilah Aliaa tunggu sesuatu dari Faliq. Hmm.. Faliq.. Faliq..!!

" Hari gembira hari lahir, hari sedih pula, hari kematian. Betul jugakan. Orang akan ingat hari lahir, lepas tu sambut, gembiralah tu.. Hari kematian pula, mestilah sedih dan akan ingat juga walaupun orang tu dah tak ada. Macam aku pun, masih ingat hari lahir Acu dan hari kematian Acu. Sama juga Aliaa, masih ingat hari lahir dan hari kematian ibubapanya. Jadi, antara gembira dan sedih, aku pilih hari gembira hari lahir, hari gembira hari lahir.. Apa kaitannya ek!! Hari lahir dan gembira.. " Masih berfikir lagi. Masih tak puashati dengan jawapan sendiri. Dan tiba-tiba.. Tingggg!!!

"Ya Allah..!! Hari lahir Aliaa lah.. Bulan Disember.. " Terbeliak matanya. Baru dia teringat. Dia terus tengok kalendar kecil diatas meja tulisnya.

"Iyalah.. Hari Lahir Aliaa Isnin ni.. Ya Allah..!! hampir terlupa aku. Maknanya, mungkin dia nak happy di hari lahirnya dengan nak aku masuk meminang dia kut. Merisik dan tetapkan tarikh bertunang, nikah dan majlis kahwin. Hahaahaha!!! Inilah point dia rupanya.. Fuhh!! Aliaa... Aliaa.. Kau ni memang betul lah psiko lebih.." Faliq gelak dan gelak..

Dapatlah dia tidur lena malam ni. Senang hatinya. Yang berserabut, yang huru-hara semua dah kembali sediakala. Tenang!! Harinya akan tiba. Saat itu akan tiba. Hari gembira akan bertambah gembira. Tiada lagi kesedihan. Semoga gembira akan terus gembira. Dan bahagia menanti di hadapan. Bahagia pasti akan menjadi miliknya juga. Bahagia bersama insan tercinta.. Insha Allah..!!!

Lalalalalaaaa....!!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 | Bab 203 | Bab 204 | Bab 205 | Bab 206 | Bab 207 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku