Terima Kasih, Solehah
Bab 1
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2017
Izzamuddin menjalani kehidupan yang susah hanya kerana tidak mengucapkan kalimah suci syukur kepada gurunya. Kekesalan itu ditambah lagi apabila dia terlibat dalam kemalangan yang menempa maut kepada gurunya. Mikhail yang selalu mendampinginya selalu dipesan agar mengucapkan "Terima Kasih".
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
121

Bacaan






Putrajaya - 15 Januari 2017


MIKHAIL bergegas keluar dari sebuah bangunan yang menghidangkan makanan sebagai santapan pada waktu pagi atau lebih dikenali sebagai restoran setelah dia menerima satu panggilan. Kekalutan dirinya yang tergopoh-gapah mengundang penyakit lupa dengan membiarkan makanan yang dipesannya tidak berbayar. Akibat daripada perlakuannya itu, dia sempat ditahan oleh seorang pelayan di restoran tersebut sebelum dia sempat memasuki kereta. Kerana berada dalam kekalutan sekeping not berwarna biru gelap bernilai RM50 diberi tanpa meminta baki. Pedal minyak ditekan setelah pintu kereta ditutup. Kereta Toyota Prius Prime berwarna hitam itu meluncur laju ke suatu destinasi.

"Pelik-pelik pelanggan aku." gumam pelayan tadi sambil menapak laju kembali ke dalam restoran.Not kertas RM50 diserahkan kepada pekerja kaunter sambil membuat isyarat tangan tanpa lisan yang membawa maksud 'simpan baki'. Dia bergerak pantas mendapatkan meja makan yang ditinggalkan Mikhail dengan lebihan makanan yang masih banyak tidak dihabiskan.Lagur tapak kakinya mengilai ke arah dapur lalu makanan itu disimpan untuk dijamah oleh pekerja-pekerja restoran. Nafas direngus kencang sambil matanya manatap tepat ke makanan yang ditinggalkan pelanggan. Pembazir! Dia terus-menerus merungut.

"Firman!" satu nama diseru. Pelayan yang dari tadi termenung berfikir tentang pembaziran makanan tersentak apabila nama itu diseru. Suara garau itu sekali lagu melaungkan nama itu. Akhirnya, terbitlah pelayan tadi dari pintu dapur dan bergerak mendapatkan pemilik suara itu. Firman reda mendengar leteran pelayan yang kelihatan lebih berpangkat dan berpengalaman atau berpangkat senior.

Bukan salah aku, mamat tu yang tak bayar, aku kejarlah. Telah Firman perlahan, cuba mengelakkan suaranya didengari oleh pelayan yang berpangkat senior itu. Pekerjaannya tertangguh kerana terpaksa mengejar pelanggannya yang bersikap agak ganjil. Telatah mereka berdua berjaya menarik perhatian pelanggan yang asyik menjamah dan ada juga yang masih menuggu pesanan mereka. Sempat dia mencebik menunjukkan perasaan tidak puas hati.

"Tak pasal-pasal aku kena" Firman terus-menerus menuturkan setiap perasaan yang terpendam di dalam diri dia yang tercetus akibat peristiwa aneh tadi.

Tetapi jauh di sudut pemikirannya, ada satu perasaan pelik tentang pelanggan yang sering membazir. Pembaziran merupakan salah satu daripada amalan syaitan yang amat dibenci Firman. Dia pantang melihat makanan lebihan para pelanggan yang terpaksa dihabiskan oleh pekerja restoran tersebut. Walaupun restoran ini salah satu daripada restoran ternama di Putrajaya, namun pelanggannya tidak mencerminkan bahawa restoran ini selayaknya mendapat nama itu jika sikap pembaziran itu terus menhantui.


ZAINAB baru sahaja tamat pekerjaannya sebagai jurukamera. Tugasnya kali ini di Putrajaya Marriott Hotel di mana dia perlu menghasilkan album untuk majlis penyampaian dana kepada anak yatim di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dia bekerja bagi pihak syarikat Angkara yang merupakan penganjur majlis ini dan menjadi tuan rumah pada majlis yang dihadiri pelbagai syarikat yang sudi menderma pada anak-anak yatim.

Deringan lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita bergema pada telinga Zainab. Nada dering telefonnya berbunyi nyaring semasa di tengah-tengah majlis. Dia terlupa untuk mengaktifkan mod senyap pada telefonnya. Merah padam mukanya, menahan malu apabila mata-mata yang lain memandang ke arahnya.

Zainab bergegas keluar apabila panggilan itu tamat. Dia berlari tergopoh-gapah mendapatkan kereta Perodua Axia berwarna biru yang diparkir di bahagian bawah tanah. Sejurus dia mendapatkan kereta miliknya, enjin teus dihidupkan. Akhirnya kereta itu bergerak laju ke suatu destinasi.


Seremban - 15 Januari 2017


HAURA baru sahaja menerima satu panggilan yang mengubah dirinya yang dari tadi tenang menjadi gelabah seolah-olah dunia hampir musnah. Mukanya bertukar menjadi pucat dan barangkali dia menggigil. Gadis berkulit putih ini masih dalam perjalanan ke stesen bas yang terletak di Kuala Pilah. Destinasinya adalah ke negeri pantai timur yang tidak dinafikan keindahannya. Terengganu Darul Iman ialah satu destinasi yang agak jauh dari Negeri Sembilan. Namun, panggilan itu berjaya menarik Haura untuk memerah keringat ke negeri itu.

"Dungun ada?" ringkas soalan diajukan.

"Sebentar ya." penjaga kaunter tiket itu hanya jawab acuh tak acuh sahaja. Antara mahu dan tidak, seperti tidak ikhlas menjalankan tugasnya.

Sesekali Haura mencebik melihat tingkah laku pekerja itu.Tindakannya biadab, tidak seperti yang sepatutnya. Pekerja itu kelihatan sombong di mata Haura. Sungguh, di hati kecilnya, terdetik rasa kecewa dan sakit. Sedangkan Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Tidak akan pernah masuk ke dalam syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat satu biji sawi sifat kesombongan" (HR. Muslim).

"Cik.. cik..?" lamunan Haura terhenti apabila gadis penjaga kaunter tiket itu menegurnya beberapa kali.

"Maafkan saya" Haura berbasa-basi walau dia berasa geram dengan layanan yang diberi sebelum ini.

"7.30 malam yang paling awal." gadis itu mula menundukkan wajah. Mungkin dia sedar riak wajah Haura seperti tidak berpuas hati dengan layan yang diberi.

Haura hanya merengus. Dia terpaksa bersabar dan menunggu sehingga senja menjelma untuk dia bertolak ke timur laut.

"Itupun Kuala Terengganu. Bukan Dungun. Eden... saya minta maaf cik." gadis penjaga kaunter tiket itu mula berbasa-basi. Sedar akan kesilapannya sebelum ini.

"Terima kasih ya. Bagi satu." Haura hanya tersenyum kelat bagi menyembunyikan kekecewaan yang dia hadapi. Senyumannya terbalas dengan satu senyuman manis yang menimbulkan kekesalan dalam dirinya yang berburuk sangka tentang kesombongan gadis itu.

Haura berjalan mendapatkan sebuah bangku yang disediakan untuk pelanggan yang menempah tiket bas untuk ke suatu destinasi. Dalam menunggu, kelaparan mengundang. Perutnya berkeroncong meminta untuk diisi. Dia menoleh ke sekeliling sebelum menganjakkan kakinya ke sebuah restoran berdekatan.


Hospital Dungun - 15 Januari 2017


DATO MUHAMMAD DANI berlegar-legar sambil meletakkan tangan di atas kepalanya di hadapan wad pesakit. Mukanya pucat dan kelihatan resah. Perkara yang berlaku sebentar tadi membuatkan dia runsing. Dia sanggup meniggalkan tempat kerjanya setelah dia mendengar berita daripada salah seorang doktor. Satu-satunya cahaya mata yang berada dalam dakapannya hampir diragut nyawa dalam satu kemalangan.

"Sabarlah uncle. Serabutlah tengok uncle, dok mundar-mandir sana-sini." anak muda yang bernama Zulkifli itu berani menegur sikap Dato Muhammad Dani yang dari tadi nampak seperti tidak siuman. Anak dia yang sakit ke dia? Telah Zulkifli sambil melayangkan senyuman sinis.

"Mu dok faham, Zul! Dia satu-satunya anak ambe!" Dato Muhammad Dani mula berang dengan teguran yang dia terima. Dia terus menghenyakkan punggungnya ke bangku di sebelah Zulkifli.

Sementara Zulkifli mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan terus mendailkan beberapa nombor.

"Assalamualaikum, Mikhail." Zulkifli berbasa-basi bagi memulakan perbicaraan. Mukanya tampak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Salam disambut dari sebelah sana. Daripada nada suara Zulkifli, tiada sesiapa yang dapat menduga berita tergempas yang akan dibawa olehnya. Dari awal dia membawa anak Dato Muhammad Dani ke hospital, riaknya tampak tenang seperti dia tidak kisah tentang kemalangan ini.

"Ni, awek mu masuk hospital. Kat Dungun" Zulkifli sempat berseloroh dengan rakannya walaupun cerita yang dibawanya serius. Walhal, Mikhail dan anak perempuan Dato Muhammad Dani tidak berapa rapat malah bertegur pun jarang sekali.

Kedengaran bunyi air tersembur dari mulut di sebelah sana. Tengah breakfast ni. Zulkifli berbisik pada diri. Tidak lekang senyuman dari bibirnya. Sesekali dia menggukkan kepala. Telatah dia hanya diperhatikan Dato Muhammad Dani. Mungkin bengang dengan tindakannya yang nampak bersahaja.

"Piye mu call." sudah menjadi kebiasaan untuk Dato Muhammad Dani dan Zulkifli berbahasa tidak formal antara satu sama lain dalam dialek Terengganu. Muka lelaki lingkungan 50-an itu menjadi tegang. Mungkin sebab Zulkifli menggunakan perkataan awek untuk menerangkan tentang jejaka yang dilanda malang dan terlantar di hospital.

"Saing Auni lah uncle." Zulkifli menjawab dengan muka selamba tanpa menghiraukan perubahan muka Dato Muhammad Dani.

"Piye kekasih dia?" Dato Muhammad Dani mula berang. Tidak pernah Auni bercerita tentang jejaka yang bernama Mikhail atau mana-mana lelaki yang menjadi pasangannya. Setahu dia, anak daranya hanya berkawan dengan lelaki yang bernama Zulkifli kerana mereka berjiran sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.

"Doklah. Saja gurau dengan mamat tu." Zulkifli masih tenang menjawab. Sempat dia melemparkan senyuman nakal. Dia dapat tahu perubahan air muka Dato Muhammad Dani adalah kerana gerangan yang dihubunginya merupakan 'kekasih' anak perempuannya.

Zulkfili sesekali mendailkan beberapa nombor yang lain tetapi dengan dialog yang sama. Cuma tidak menggunakan perkataan 'awek'. Zulkifli menyelupkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Dato Muhammad Dani.

"Mu nampak dia kemalangan ke?" Dato Muhammad Dani mula bersuara kepada lelaki yang membawa anaknya pergi ke hospital.

Zulkifli hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tahu bahawa Dato Muhammad Dani masih resah dan tidak stabil dengan situasi yang dialaminya.

"Ambe kebetulan keluar dari kedai dekat situ. Nampak orang duk kerumung setempat. Ambe curious jadi ambe join sekali. Dok pasal, anak uncle yang kemalangan." Zulkifli hanya bercerita apa yang dia tahu. Sesekali Dato Muhammad Dani mengeluh.

Dia tidak tahu apa yang merempuh kereta Auni. Kenderaan milik anak Dato Muhammad Dani tidak remuk atau rosak akibat pertembungan kereta lain. Tetapi terlanggar tiang lampu. Apabila dilihat dengan mata kasar, mulut manusia akan mengatakan bahawa dia tidak pandai memandu atau dia tergelincir dan terlanggar tiang lampu. Tetapi Zulkifli yakin ada sesuatu yang berlaku kerana penderahan yang berlaku tidak logik jika dibandingkan dengan kemalangan yang remeh seperti tergelincir dan terlanggar.

Dato Muhammad Dani mula mencengkam kepalanya. Rambutnya yang tersikat kemas tadi bertukur menjadi kusut dan serabai. Dia tidak kisah lagi pandangan orang lain terhadapnya. Sungguh dia terlalu risau memikirkan anaknya.

"Encik ini ayah Auni Solehah?" seorang doktor tegur dia selepas lama dia memerhatikan lelaki yang kelihatan kusut tetapi berpakaian kemas seperti ahli korporat. Sesekali doktor itu tergelak melihat gelagat lucu yang ditampilkan oleh seorang ayah yang risau akan anaknya.

"Ya.. ya saya" Dato Muhammad Dani jawab setelah lama soalan itu diajukan. Dia tidak sedar kehadiran lelaki lingkungan 30-an itu hinggalah Zulkifli menolak dia beberapa kali dengan siku.

"Encik ni suami dia?" doktor itu mengajukan soalan kepada Zulkifli.

"Eh... tak." sesekala Zulkifli tergelak dengan pendapat doktor itu tentang dirinya. Zulkifli tidak merasakn dirinya layak untuk Auni Solehah. Walaupan sedari kecil lagi dia tergila-gilakan anak Dato ini.

"Silakan masuk" doktor itu mempelawa dengan senyuman manis. Daripada riak wajahnya, Zulkifli yakin bahawa anak perempuan Dato Muhammad Dani akan selamat. Sebaliknya, ayah mangsa sendiri berpendapat secara songsang dengan Zulkifli walaupun dia mahukan anaknya selamat.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku