Terima Kasih, Solehah
Bab 2
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2017
Izzamuddin menjalani kehidupan yang susah hanya kerana tidak mengucapkan kalimah suci syukur kepada gurunya. Kekesalan itu ditambah lagi apabila dia terlibat dalam kemalangan yang menempa maut kepada gurunya. Mikhail yang selalu mendampinginya selalu dipesan agar mengucapkan "Terima Kasih".
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
102

Bacaan






Putrajaya - 15 Januari 2017


MIKHAIL terkejut apabila dia terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Whatsapp dari seorang pemuda yang sekerja dengannya telah berjaya mengejutnya yang dari tadi dibuai mimipi di atas sejadah. Selesai sahaja dia menunaikan kewajipan sebagai umat Islam di waktu Subuh, matanya terus terkatup di tempat dia bersolat. Jam di telefon bimbitnya menunjukkan sudah hampir pukul 10 pagi. Dia bergegas mendapatkan tuala dan terus membersihkan diri.

Mikhail bersiap sedia untuk menjalankan tugasnya hari ini. Berkot hitam tanpa tali leher. Inspektor handalan di sekitar Putrajaya ini mencapai fail tugasannya yang masih terbengkalai. Kes berprofil tinggi yang tiada noktahnya dan berkait antara hidup dan mati. Laju dia menapak ke perkarangan rumahmya dan mendapatkan kereta Toyota Prius Prime berwarna hitam yang diparkir kemas di depan pagar.

Sebelum Mikhail mula bertugas, perutnya sempat meminta-minta untuk diisi. Lama ia ditinggalkan dalam kekosongan. Sarapan ialah waktu yang paling penting untuk menjamu selera. Tidak dinafikan, Mikhail juga mementingkan kesihatan tubuh badannya. 


FIRMAN baru sahaja berangkat dari rumahnya sekitar pukul tujuh pagi tadi. Dia bergegas pergi ke restoran tempat dia bekerja dengan berbasikal. Katanya, dapat mengelakkan pencemaran udara. Firman juga tidak mahu membazir minyak hanya untuk pergi ke tempat kerjanya yang tidak jauh dari rumahnya. Dia sering datang awal daripada pekerja yang lain kerana mempunyai protokol tersendiri. Disiplin dan berjimat ialah dua sifat yang telah terpupuk dalam dirinya sedari kecil lagi.

Kenapa orang order macam raksasa hari ini, banyak gila. Firman bermonolog sendiri. Sepanjang dia bekerja, pelanggannya hanya memesan makanan yang dapat mengalas perut mereka bagi menampung aktivit di pagi hari. Tetapi tidak pada hari ini. Dia mendapat pesanan yang bertimbun untuk satu meja. Jika di restoran itu ada meja lebih kurang 20 dan ke atas, maka pesanan yang dia terima tinggi mencecah gunung. Mungkin rezeki, mungkin bala. Telah Firman sambil membuahkan tawa kecil.

Mikhail memarkirkan kenderaannya di depan restoran yang menghidangkan makanan Arab dari Yamen. Makanan arab merupakan pembuka selera yang menjadi kegemaran Mikhail. Hampir setiap hari dia akan menjamah selera di restoran ini. Dia memesan shakshouka yang menjadi kegemarannya. Makanan ini memfokuskan telur sebagai protein dan dihidangkan dengan sos sahawaiq yang diperbuat daripada lada hijau, bawang putih, daun ketumbar, garam, jintan hitam dan beberapa rempah tambahan. Sos yang berwarna hijau ini berjaya memikat selera Mikhail yang dari tadi membara untuk makanan arab.

Firman tersenyum melihat telatah Mikhail yang tidak sabar-sabar untuk menerima makanan yang dipesan. Antara semua pelanggan, dia seorang sahaja yang memesan cukup-cukup untuk dirinya. Tidaklah membazir daripada beli banyak-banyak, tapi tak habis. Firman berbisik sendiri.

"Terima kasih." Mikhail yang perasan dengan perubahan muka Firman, membalas senyuman yang dilemparkan. Tidak lekang ucapan syukur di bibirnya. Teringat pesanan sahabatnya dahulu.


Imbas Kembali: Dungun, Terengganu - Tahun 2007


"Mikhail, tolong ambilkan buku aku." Izzamuddin meminta bantuan sahabatnya yang sedari tadi tidak lekang menulis sesuatu di bukunya.

"Hok mana se?" Mikhail membalas tanpa melihat mata sahabatnya itu.

"Hok biru tu." Izzamuddin membalas sambil menuding kan jarinya ke arah satu buku yang terletak di atas meja yang bersebelahan dengan Mikhail.

"Nah... buka benda ni?" Mikhail terus mengajukan soalan. Dia hairan dengan buku sahabatnya yang dibalut kemas dengan kain baldu berwarna biru.

"Terima kasih. Ni diary aku. Setiap memori aku record." Mikhail membalas sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Izz, nak baca boleh?" Mikhail hanya berseloroh. Dia sedar bahawa buku itu mempunyai rahsia.

"Nah." Izzamuddin mengerling ke arah lain sebelum menghlurkan buku tersebut. Mikhail terkejut apabila permintaannya diterima oleh sahabatnya itu. Tangannya laju menyantap buku itu dari tangan Izzamuddin.

"Mu tulis semua ni. Rajin ngat!" Mikhail dari tadi membuat muka teruja. Senyumannya mati apabila dia melihat air muka Izzamuddin berubah menjadi kelat. Masam mencuka. Sesekali dahinya berkerut seperti marah.

"Bakpe ni?" Mikhail yang rasa seram sejuk itu terus bersoal.

"Lain kali, kalau orang tolong mu, pinjamkan barang ke, buat baik ke, kabor terima kasih. Beng nebeng ngat." Izzamuddin bersuara dengan nada serdehana tetapi berbunyi seakan-akan marah. Mikhail hanya tersengih. Dia sedar kekhilafan yang dilakukan.

"Rasulullah pernah bersabda:

Barangsiapa diperlakukan baik oleh orang lain kemudian ia berkata kepadanya “jazaakallah khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka ia telah memujinya dengan setinggi-tingginya. (HR. Tirmidzi)"

"Mintaaf maaf. Terima kasih wi aku baca buku mu" Mikhail dari tadi tersenyum mendengarkan kata-kata sahabatnya yang dijadikan satu nasihat.


Putrajaya - 15 Januari 2017


LAMUNAN Mikhail mati apabila bunyi deringan telefon sedang membingit di telinganya. Dengan segera dia meletakkan sudu lalu menyelupkan tanggannya ke dalam poket untuk mencapai telefon bimbitnya. Zul, apa hal mamat ni. Teleah dia yang berasa hairan dengan tindakan kawan lamanya itu.

"Hello." satu kata ringkas dilontarkan kepada lelaki yang digelar Zul itu.

"Assalamualaikum, Mikhail." rasa hangat di muka apabila Mikhail dibalas dengan ucapan salam. Dia terlupa untuk mengucapkan salam kepada rakannya yang merupakan pelajar jurusan agama itu.

"Waalaikumussalam, apa hal mu?" Mikhail cuba berdiaelek Terengganu dengan kenalannya semasa di Sekolah Menengah Teknik Dungun. Sempat dia meneguk air sebelum mendengar penjelasan Zul atau nama sebenarnya Zulkifli.

"Ni, awek mu masuk hospital. Kat Dungun" air tersembur dari mulutnya apabila berita buruk itu dilontarkan. Dia runsing dengan penjelasan yang diberikan. Terus dia mencapai kot, lalu menyarungkan di badannya.

"Solehah ke? Mu tunggu. Ambe datang." kelam kabut Mikhail mematikan panggilan. Dia terus berlari keluar untuk mendapatkan keretanya yang diparkir berdekatan dengan restoran itu.

Kekalutan Mikhail yang tergopoh-gapah mengundang penyakit lupa dengan membiarkan makanan yang dipesannya tidak berbayar. Firman yang sedar akan tindakan dirinya itu terus berlari dan menghentikan langkah Mikhail yang sudah tiba di pintu kereta.

"Encik, makanan itu tidak akan dibayar dengan sendiri." Firman berkias sambil mengukir senyuman sinis di bibir. Kerana berada dalam kekalutan sekeping not berwarna biru gelap bernilai RM50 diberi tanpa meminta baki.

Mikahil terus masuk tanpa menghindarkan Firman yang dari tadi menyuruhnya untuk tunggu. Pedal minyak ditekan setelah pintu kereta ditutup. Kereta Toyota Prius Prime berwarna hitam itu meluncur laju ke suatu destinasi.

"Pelik-pelik pelanggan aku." gumam Firman sambil menapak laju kembali ke dalam restoran.Not kertas RM50 diserahkan kepada pekerja kaunter sambil membuat isyarat tangan tanpa lisan yang membawa maksud 'simpan baki'. Dia bergerak pantas mendapatkan meja makan yang ditinggalkan Mikhail dengan lebihan makanan yang masih banyak tidak dihabiskan.Lagur tapak kakinya mengilai ke arah dapur lalu makanan itu disimpan untuk dijamah oleh pekerja-pekerja restoran. Nafas direngus kencang sambil matanya manatap tepat ke makanan yang ditinggalkan pelanggan. Pembazir! Dia terus-menerus merungut.

"Aku ingatkan dia order sikit dia habiskan. Rupanya sama sahaja dengan pelanggan yang order banyak." Firman mencebik, meluahkan apa yang terbit di fikrahnya.

"Biasalah tu. Orang kaya." balas seorang tukang masak yang membuat kerjanya dengan tekun. Sesekali dia menoleh ke arah Firman yang memuncungkan bibirnyaseperti itik.

"Bro, kalah itik ni." pekerja dapur itu terus berseloroh sambil mengangkat seekor itik yang telah siap disembelih.

"Memang lah. Itik tu tak ada kepala." Firman mencebik. Dia terus mengelamun jauh, memikirkan nasib pembazir di akhirat. Allah berfirman dalam surah al-Isra, ayat 27:

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

"Firman!" namanya diseru dari arah tempat menjamu selera bagi pelanggan. Dia bergegas keluar mendapatkan suara yang garau itu.

Lelaki bersusuk tubuh sasa berdiri menunggu kehadiran Firman. Wajahnya tegang dan dahinya berkerut. Ternyata api amarahnya sudah membara. Pelayan itu nampak seperti berpangkat senior sementara Firman hanyalah pelayan biasa.

"Kamu pergi mana? Pelanggan nak pesan tapi kamu ghaib. Kita sebagai pelayan perlu berdedikasi dan amanah. Jangan jatuhkan nama restoran ni. Jangan jatuhkan nama pelayan di Malaysia." sesekali Firman menggaru kepala mendengar leteran yang dilontarkan. Panjang lebar hujah yang disampaikan. Kadang-kadang tidak berkaitan dan tidak masuk akal. Ada sahaja cara yang digunak pelayan berpangkat senior itu untuk menceriakan keadaan. Tetapi muka Firman tetap tidak terseyum dan tegang sedari tadi.

Bukan salah aku, mamat tu yang tak bayar, aku kejarlah. Telah Firman perlahan, cuba mengelakkan suaranya didengari oleh pelayan yang berpangkat senior itu. Pekerjaannya tertangguh kerana terpaksa mengejar pelanggannya yang bersikap agak ganjil. Telatah mereka berdua berjaya menarik perhatian pelanggan yang asyik menjamah dan ada juga yang masih menuggu pesanan mereka. Sempat dia mencebik menunjukkan perasaan tidak puas hati.

Tiba-tiba kehadiran seorang lelaki yang berjaket hitam labuh menarik perhatian yang lain. Badannya besar dan mukanya tertunduk. Topi fedora berwarna hitam di kepalanya membuatkan mukanya tersorok dari pandangan orang lain. Firman yang diberi isyarat tanpa lisan oleh pelayan senior itu terus mendapatkan lelaki ganjil itu.

"Selamat datang encik, boleh saya-"

"Bagi saya lebihan makanan." kata-kata Firman dipotong sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya. Firman terkejut apabila lelaki ganjil itu meminta sesuatu yang tidak wujud dalam menu.

"Tetapi encik, restoran kami hanya serve makanan yang tertulis dalam menu sahaja. Lebihan makanan bukan suatu pilihan." Firman berbasa-basi walaupun dia mula berasa seram sejuk melayan pelanggannya yang jauh lebih pelik berbanding pelanggan yang lain.

"Saya bayar." lelaki itu tidak menghiraukan jawapan yang diberikan. Dia terus mengeluarkan sekeping not berwarna ungu yang bernila RM100.

"Sebentar encik." Firman mengorak langkah ke arah pelayan yang berpangkat senior tadi. Dia menjelaskan permintaan lelaki yang aneh itu. Air muka pelayan itu berubah apabila mendengar penjelasan yang diberikan oleh Firman.

"Bagi jelah." pelayan itu mati akal untuk memikrikan perkara ini. Dia hanya mengambil jalan mudah bagi menyelesaikan situasi yang membejatkan otaknya ini.

Firman berlalu ke dapur dan mendapatkan lebihan makanan yang tersisa di dapur. Tanpa segan silu dia menhulurkan makanan lebihan itu kepada pelanggan yang serba hitam itu. Pandangan matanya terus dipicingkan kepada lelaki itu bagi memastikan tiada sesuatu yang pelik akan berlaku.


MIKHAIL memarkirkan kereta di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Tapak kakinya laju menganjak ke bilik ketua polis. Pintu diketuk beberapa kali. Lalu ketukannya dibalas mesra dan dia diarahkan untuk masuk.

"Inspektor Michael! Ada apa?" ketua polis itu berbasa-basi menyambut kedatangan inspektor handalan di Putrajaya.

"Waalakumussalam tuan. Saya nak minta day off." Mikhael menyampaikan hasratnya tanpa memandang ke waja ketuanya itu. Ketua polis itu mencebik dilayan begitu. Mukanya terasa hangat kerana salam dijawab tanpa diberi. Seolah-olah ianya satu penghinaan. Tambahan pula diminta cuti untuk hari itu.

"Kenapa?"

"Ada problem. Nak balik kampung." Mikhail memberi jawapan ringkas untuk meyakinkan polis yang berpangkat Jeneral itu.

"Kes tak selesai lagi!" gertak jeneral tersebut. Mikhail mempamerkan wajah terkejut apabila meja diketuk kuat. Dia memalingkan wajah dan mengerutkan dahi.

"Ma.. maafkan saya." jeneral itu sedar perubahan muka Mikhail tadi. Dia merasakan dirinya sudah melampau. Sebagai seorang ketua, dia perlu mendengar segala penjelasan yang bakal dimuntahkan.

"Jeneral Eijaz. Kes itu pelik. Mangsa hilang dua malam, dan ditemukan semula. Mangsa yang dibebaskan seperti dicuci dan mereka tidak mengatakn yang penculik itu salah. Malah, mereka tidak mahu berkongsi cerita dengan pihak polis. Kenapa kita perlu siasat?" Mikhail menjelaskan pendapatnya yang menyebabkan kes itu terbengkalai.

"Kenapa setiap penculikan menyebabkan bahu kanan mangsa cedera?" Jeneral Eijaz menjawab soalan dengan soalan.

"Menurut beberapa mangsa, mereka tidak kisah dengan kecederaan tersebut. Mereka menyatakan ianya satu pengajaran." Mikhail terus mempertahankan pendapatnya.

"Saya tidak faham. Tidak mengapalah. Berapa hari kamu nak day off?" Jeneral Eijaz menghentikan perbualan dan masuk ke topik utama perbualan mereka.

"Tidak pasti, tiga empat malam?" nada bersoal meminta persetujuan.

Jeneral Eijaz hanya mengangguk setuju. Dia menulis sesuatu pada kertas dan menyerahkannya kepada Mikhail. Mikhail yang menantikan jawapan tadi hanya menyambut kertas itu dengan rasa hairan.

"Dungun kan? Cari orang tu. Tolong sampaikan pesanan saya." Jeneral Eijaz membuat isyarat tangan tanpa lisan yang mengarahkan Mikhail untuk keluar dai biliknya. Mikhail merenung lama mata ketuanya itu tetapi tidak dihindarkan.

"Terima kasih, tuan. Saya minta diri dulu." Mikhail bingkas dari kerusinya dan berangkat pergi. Pintu dibuka luas sebelum dia melangkah keluar. Kepalanya ditolehkan kepada Jeneral Eijaz lalu melontarkan senyuman. Ia dibalas tetapi agak kelat seperti dibuat-buat.

Mikhail bergegas keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan mendapatkan keretanya. Toyota Prius Prime bergerak laju meninggalkan perkarangan bangunan tersebut. Keretanya menuju pulang ke Turnberry di Precint 12. Dia mermarkirkan keretanya di perkarangan rumahnya lalu masuk ke dalam untuk mengemaskan barangannya.

Sebuah beg bagasi berisi pakaian dikeluarkan dari kamar tidur. Mikhail memeriksa semua kelengkapan sebelum membawa bagasi itu ke dalam kereta miliknya. Laju kaki menapak kembali mendapatkan kenderaannya. Boot kereta dibuka dan dipenuhkan ruang sebelah kanan dengan beg bagasi berwarna ungu gelap itu. Sebelum enjin dihidupkan, dia sempat lagi mengisi bekas makanan kucingnya dengan makanan yang agak banyak untuk penyaraan hidup kucing itu sepanjang dia tidak ada.

"Jaga diri baik-baik ya, Tuah" pesan Mikhail kepada makhluk yang tidak berakal itu.

Tuah menggeselkan kepalanya beberapa kali di kaki Mikhail sebelum dia memasuki keretanya. Tangannya menggosok kepala Tuah sebagai balasan. Lantas enjin dihidupkan dan dia mula bertolak ke pantai timur. Destinasnya, Dungun. Tempat di mana dia lahir dan dibesarkan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku