Terima Kasih, Solehah
Bab 3
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2017
Izzamuddin menjalani kehidupan yang susah hanya kerana tidak mengucapkan kalimah suci syukur kepada gurunya. Kekesalan itu ditambah lagi apabila dia terlibat dalam kemalangan yang menempa maut kepada gurunya. Mikhail yang selalu mendampinginya selalu dipesan agar mengucapkan "Terima Kasih".
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
87

Bacaan






Putrajaya - 15 Januari 2017


SYARIKAT ANGKARA merencanakan satu majlis penyampain dana untuk anak yatim di sekitar Putrajaya di Putrajaya Marriott Hotel. Bagi menjayakan majlis tersebut, satu album gambar diperlukan sebagai kenangan dan bukti yang perlu difailkan. Zainab selaku pekerja di barisan fotografi diarahkan sebagai jurukamera pada majlis demikian. Bermain kamera ialah minat Zainab sedari kecil lagi. Bergambar merupakan satu hobi yang terpendam di dalam dirinya. Sedangkan laman sosial seperti Instagram berjaya menaikkan semangat dia untuk terus dengan fotografi. Kini, dia berjaya menjadi jurugambar profesyenal di sebuah syarikat agung.

Zainab memarkirkan keretenya di bahagian bawah tanah. Kamera digantungkan di leher dan sebuah beg digalas pada bahunya. Zainab yang berpakaian formal mengambil tempat di sebelah meja VIP. Matanya tidak berhenti mencari momen-momen penting dan menarik untuk ditukarkan kepada bentuk digital. Tangannya barangkali tidak melepaskan kamera yang berpaut pada lehernya.

Akhirnya majlis bermula. Ucapan perasmian dari ketua syarikat Angkara berjaya membingitkan suasana. Anak-anak yatim dijemput untuk naik ke pentas untuk menerima sumbangan. Persembahan dari beberapa buah pihak juga berjaya menceriakan suasana. Atmosfera yang suram di hotel itu kini bertukar menjadi ceria dan gilang-gemilang dengan gema suara hadirin pada hari tersebut.

Usai Zainab melakukan kerjanya, Tan Sri Ghazali mengarahkannya untuk berehat dan menjamu selera. Dia tersenyum malu apabila kelakuannya yang dari tadi fokus mencari saat genting ditegur oleh pemilik syarikat tersebut. Katanya, seperti pemburu yang mencari mangsa. Kadang, terasa malu apabila kelakuannya diperhatikan orang lain.

Sedang asyik menjamah makanan yang kelihatan mewah dan mahal, tiba-tiba deringan lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita membingit di telinga. Zainab gemar lagu ini sehingga menjadikannya nada dering di telefon bimbitnya. Apabila dia memeriksa tas tangannya, ternyata telefon bimbitnya yang mengalunkan nyanyian tersebut. Dia terlupa untuk mengaktifkan mod senyap. Kakinya bergegas keluar dari dewan dan cepat-cepat menjawab panggilan. Mata-mata yang memandang berjaya mewarnai mukanya menjadi merah. Hangat mukanya menahan malu.

"Assalamualaikum Jenab." suara lelaki di sebelah talian membuntangkan mata Zainab.

"Waalaikumussalam. Apa hal kau?" Zainab yang kenal dengan pemilik suara itu bersikap kasar dan tidak formal. Kenalan lamanya itu sudah terbiasa dengan layanan Zainab yang agak dingin.

"Ni, kawan mu masuk hospital. Kat Dungun." suara lelaki di sebelah talian kedengaran bersahaja seperti bergurau. Tetapi cukup mayakinkan Zainab. Mungkin dia sudah lali dengan sikap lelaki yang menelefonnya.

"Hok mana se? Ramai kawan aku." tiba-tiba berdialek Terengganu. Kedengaran suara lelaki di sebelah talian mentertawakannya.

"Auni. Hok mana lagi yang aku tahu." Zainab terkejut apabila lelaki itu menyatakan nama tersebut.

"Zul, mu jangan main-main. Aku datang." talian dimatikan.

Zainab bergegas mendapatkan Tan Sri Ghazali untuk meminta diri terlebih dahulu. Pada mulanya pemilik syarikat itu hairan dengan tindakan drastik anak gadis ini. Tetapi melihat raut mukanya yang cemas, Tan Sri Ghazali melepaskannya untuk pulang. Mungkin emergency. Telah Tan Sri Ghazali.

"Berapa lama kamu nak pergi? Esok ada kerja lagi." Tan Sri Ghazali hanya berbasa-basi. Tidak mahu membuat jurukamera profesyenal ini menjadi marah.

"Tak tahu lagi. Tetapi esok suruh Budin. Saya betul-betul kena balik kampung ni. Urgent." Zainab beralasan. Tan Sri Ghazali hanya mengangguk faham. Dia memberi senyuman kepada Zainab dan mengarahkannya untuk mengambil satu lagi gambar untuknya.

"Terima kasih, bos!" Zainab berseloroh lalu menurut perintah Tan Sri Ghazali. Gambar ditunjukkan kepada pemilik syarikat itu. Kakinya bergerak laju keluar dewan setelah Tan Sri Ghazali berpuas hati.

Zainab berlari tergopoh-gapah mendapatkan kereta Perodua Axia berwarna biru yang diparkirkan di bahagian bawah tanah. Sejurus dia mendapatkan keretanya, kuncinya tidak dijumpai. Barang-barang di dalam tas tangannya dikeluarkan satu persatu untuk mencari kunci kereta. Dia mula cemas dan mengundang kehadiran pengwal di situ.

Tadi ada. Zainab merungut. Pengawal itu mengarahkannya untuk mencari di dalam beg galasnya yang sedari tadi tidak berhenti memaut bahunya. Pada mulanya, Zainab rasa janggal jika kuncinya diletakkan di situ. Tetapi dia menurut sahaja cadangan yang diberi. Yes, finally. Zainab bersorak gembira apabila dia mendapati kuncinya berada di dalam beg tersebut.

"Thanks." Zainab mengucapkan kata keramat itu sambil menghadiahkan seulas senyuman. Senyuman di balas senyuman. Lalu pengawal tersebut beredar dari tempat kejadian.

Enjin dihidupkan lalu Zainab bertolak pulang untuk mendapatkan barangannya bagi menyara kehidupannya sepanjang berada di Terengganu. Beg pakaian berwarna merah diletakkan di dalam boot kereta. Teringat akan wajah ibu bapanya yang menetap di Terengganu. Sayu apabila mengingati saat-saat bersamu keluarga. Tanpa berlengah, dia terus bertolak pergi ke negeri pantai timur itu.


Seremban - 15 Januari 2017


HAURA sedang menguruskan butik kecantikan empunya ibunya yang telah bergiat aktif sejak 20 tahun yang lalu. Dia memilih untuk membantu ibunya di butik untuk menyara kehidupannya. Natijah dari pilihannya, dia dapat membantu ibunya yang semakin memamah usia. 

Sedang asyik bekerja, Haura tidak menyedari telefonnya dari tadi memanggilnya untuk diangkat. Sudah hampir tiga panggilan dia terlepas. Tetapi kesemuanya nombor yang berlainan. Apabila dia mencapai telefon bimbitnya dan menyemak semua nombor yang diterima, satu lagi deringan berbunyi. Lantas dia menjawab panggilan tersebut, kenal dengan empunya nombor.

"Assalamualaikum, Haura." kedengan seuara garau lelaki yang cuba dikawal.

"Waalaikumussalam, tiga bulan lagi, Zul. Bukan lama pun." Haura mula berbicara seolah-olah dia mengetahui isi kandungan perbicaraan mereka.

"Bukan pasal tu. Ni, kawan awak masuk hospital." terbuntang mata Haura apabila berita itu disampaikan. Antara percaya dengan tidak, dia tidak sanggup menganggapkan perkara itu main-main.

"Dungun?" ringkas soalan diajukan untuk mengetahui lokasi kejadian. Suara mengiyakan dibalas oleh lelaki di sebelah talian.

"Abang Zul tunggu, Haura datang." lantas Haura mematikan panggilan.

Haura menapak ke seorang wanita yang kelihatan berusia tetapi masih bertenaga melakukan pekerjaan. Dia teragak-agak mahu memanggila wanita itu. Tetapi dia tetap memberanikan diri untuk bertemu dengan wanita itu. Lagur tapak kakinya menarik perhatian wanita itu dan menyebabkanwanita tersebut tertoleh kepadanya. Satu senyuman ikhlas dilemparkan.

"Ibu... Haura nak..." Haura masih takut untuk menyatakn hasrat hatinya.

"Ya, nak apa? Kalau nak putus tunang, tak boleh. Kau yang pilih, jangan kau menyesal. Tetapi kalau nak advance yang itu, ibu fikir dulu. Kalau kau nak-"

"Bukan, bukan!" leteran ibunya yang kedengaran keras tadi dimatikan oleh Haura. Sudah sakit telinganya mendengar kat-kata ibunya yang tidak berkait itu.

"Haura nak balik Dungun, ibu. Kawan Haura masuk hospital." raut wajah ibunya berubah menjadi tegang. Haura menelan liurnya, ketakutan.

"Siapa yang menghantarnya? Ibu banyak kerja ni." berkerut dahi ibunya memikirkan permintaan anaknya itu.

"Takpelah. Haura naik bas pergi Dungun. Nanti Abang Zul ambilah." Haura tersenyum apabila disebutkan nama tu.

"Amboi, sudah menggatal. Nak dating cakap jelah." ibunya sempat berseloroh. Merah padam muka Haura apabila diperkatakan begitu.

"Jaiton! Nanti hantar anak den pergi stesen bas." ibunya melaung ke arah seseorang yang tidak kelihatan. Walaupun begitu, panggilannya bersahut.

"Terima kasih, ibu." Haura berlalu pergi mengemaskan barangnya untuk sara kehidupannya di Dungun. Si ibu menyaksikan gelagat anaknya sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.. Sudah besar. Telah dia.

Haura menaika kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang digelar Jaiton. Sepanjang perjalanan, Haura nampak pucat sahaja. Kulitnya yang putih, tidak lagi seperti yang dahulu. Habis rupanya seperti orang yang kehilangan darah. Matanya barangkali melihat pemandangan di luar. Dia tidak berkata-kata. Hanya sepi yang memamah situasi kali ini. Jaiton bengang dengan sikap anak majikannya. Biasanya dia tenang sahaja. Tetapi kali ini, dia berkelakuan pelik.

"Kenapa nak pergi Dungun?" akhirnya Jaiton bersuara. Haura tersedar dari lamunan. Kepalanya tertoleh-toleh mencari empunya suara. Jaiton hanya tertawa kecil apabila melihat kelakuan Haura yang seperti mencari sesuatu yang berharga.

"Kak Jaiton. Maaf. Tak sedar." Haura berbasa-basi, cuba memadamkan kekhilafan dirinya. Jaiton hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya sekali.

"Kawan masuk hospital." ringkas jawapan yang diberi. Jaiton hanya mengangguk faham.

"Bagusnya dapat kawan macam kau. Den dulu, kawan tak ada pun yang nak melawat waktu sakit." Haura hanya tersenyum. Dari tadi dia berbahasa formal. Sedangkan orang lain berkomunikasi dengannya dengan dialek Negeri Sembilan.

Haura bersalam dengan Jaiton dan mengucapkan kalimat syukur sebelum ditinggalkan di stesen bas. Wanita ii menunjukkan keperibadian yang terhormat dengan bersontan-santun dan menghormati orang lain. Dia tidak suka apabila orang tidak beradab dengannya pabila bersemuka. Kereta itu bergerak laju meninggalkan Haura sendirian.


SEORANG lelaki berjaket hitam labuh duduk di sebuah bangku di stesen bas. Dia baru sahaja keluar dari bas yang tiba dari Kuala Lumpur. Jam menunjukkan 4 petang. Lelaki serba hitam itu berjalan ke sebuah restoran yang berdekatan. Dia duduk di suata meja yang terletak agak tersorok dari meja yang lain. Seorang pelayan datang lalu meminta pesanan. Sunyi, tidak berbalas. Lelaki itu memalingkan pemandangannya ke luar tingkap.

"Kamu tahu butik az-Zahra' dekat mana?" lelaki itu bersuara. Suaranya serak-serak basah. Mungkin tekaknya masih kering.

Pelayan itu kelihatan berfikir terlebih dahulu. Dia tahu butik itu merupakan butik terkenal di Seremban. Tetapi dia tidak pernah menjejakkan kakinya di situ. Dia menjongket bahunya. Apabila dia memerhatikan lelaki itu masih membisu. Dia sedar yang perlakuannya tidak dipandang lelaki tersebut.

"Saya tak pasti, encik." akhirnya, pelayan itu bersuara. Lelaki serba hitam itu mengeluh berat. Seolah-olah ada beban yang terpikul di bahunya.

Lelaki misteri yang menjadi tanda soal pelayan itu bingkas dari kerusinya lalu mendekati seorang perempuan di meja sebelah. Lagur tapak kakinya memicing ke telinga perempuan tersebut. Seraya dia menoleh ke arah lelaki serba hitam itu.

"Boleh saya bantu?" Haura berani bersuara kepada lelaki tersebut. Kehadiran lelaki itu sungguh membuatkan dia tidak selesa. Tetapi dia perlu layan lelaki itu supaya dia tidak menenung dirinya yang dari tadi menunggu makanan.

"Kamu bekerja di butik az-Zahra?" lelaki itu bersoal. Lirikan matanya tertancap kepada bagasi yang tertera perkataan 'az-Zahra Boutique'.

Haura hanya mengangguk perlahan, mengiyakan persoalan yang ditanya. Seraya dia membega-begakan muka dan mengarahkan lelaki itu untuk duduk. Tangannya diselupkan ke dalam tas tangan miliknya dan mencapai senaskhah majalah. Dia menolak majalah tersebut mendekati lelaki itu.

"Berkenan ke? Biasanya butik kami menawarkan pakaian untuk wanita. Tetapi kami masih dalam pengusahaan untuk membuat pakaian lelaki. Maybe like tuxedo or suit. That can match with your fedora. Tapi kalau kami dah mulakan projek pakaian lelaki, saya boleh contact awak. So?" Haura mesra menawarkan pakain dan perkhidmatan butik az-Zahra kepada lelaki itu. Dia tidak akan mengecewakan mana-mana pelanggan yang melewati dirinya.

"You have a card?" lelaki tersebut bersoal sambil tersenyum. Haura sekali lagi menyelupkan tangannya ke dalam tas tangan miliknya dan mengeluarkan sekeping kad pekerjaan. Dia menghulurkan kad tersebut kepada lelaki tersebut. Kad dicapai dan diperhatikan beberapa kali. Ada alamt. Telah lelaki berjaket hitam tersebut.

"Ini nombor saya. Kalau ada news baru. Hubungi saya." lelaki itu bersikap formal walaupun pelanggan lain asyik memerhatikannya. Dia bingkas dari kerusinya lalu beredar dari situ.

"Wait! Nama?" Haura sempat menahan dan bersoal.

"Din." nama yang pendek dinyatakan. Banyak kemungkinan untuk perkataan Din. Haura hanya tersenyum apabila mendengar nama itu. Sekurang-kurangnya dia dapat memancing seorang pelanggan yang sudi membeli di butik miliknya.

Boleh jadi Hisyamuddin, Alauddin, Nasaruddin. Bisik Haura. Matanya terbuntang luasa apabila dia teringatkan satu nama yang berkaitan dengan perkataan 'Din'. Dia menggeleng barangkali mengingati peristiwa lama. Izzamuddin? Haura bersoal pada diri sendiri. Dia mula tidak selesa dengan keadaan dirinya sekarang. Lantas dia menghabiskan makanan yang sudah sampai ketika dia berurusniaga dengan lelaki yang bernama Din itu.


Taman Tasik Shah Alam - 15 Januari 2017


FIRMAN sedang menenangkan minda setelah apa yang berlaku di restoran sebentar tadi. Dia tidak percaya dengan kata-kata lelaki misteri yang menjadi pelanggannya di restoran tadi. Sesekali batu dilemparkan ke tasik dan membuat beberapa loncatan.

"Firman!" satu suara menegurnya yang dari tadi termenung memerhatikan tasik.

"Pakcik Jaz. Lama tak jumpa." Firman bingkas dari tempat duduknya dan mendekati jejaka yang digelar Pakcik Jaz.

"Kau buat apa ni. Murung je." Jaz berbasi-basi cuba mengorek cerita dari kenalan lamanya.

"Takdelah. Cuba pakcik bayangkan. Ada orang misteri datang lepastu dia ugut kita." Firman semangat bercerita. Dengan riak muka yang teruja.

Jaz hanya mengangguk beberapa kali. Seolah-olah faham dengan situasi yang dihadapi Firman. Dia membuat isyarat tangan tanpa lisan yang menyeru Firman untuk teruskan bercerita.


Imbas Kembali: Putrajaya - Pagi tadi


"Encik! Makanan tu takkan dibayar dengan sendiri." Firman mendapatkan lelaki yang keluar dari restoran dengan tenang tanpa membayar terlebih dahulu.

"Kau patut berterima kasih sebab aku menghabiskan lebihan tu." lelaki itu hanya menjawab acuh tak acuh sahaja. Kepalanya langsung tidak tertolah pada Firman.

"Tetapi makanan tu dari pihak kami. Kami layak meminta encik untuk membayar." Firman gertak lelaki itu. Sesekali dia merengus kencng. Tindakan lelaki itu sungguh menaikkan amarah dia.

"Kau jangan sampai aku bunuh kau." lelaki itu tidak menghindarkan Firman dan berlalu pergi meniggalkan restoran arab tersebut.

Firman hanya tercengang melihat lelaki tersebut. Dia memberitahu pelayan senior yang berkerja dengannya tentang ugutan itu. Ceritanya hanya dibalas dengan muka tegang. Pelayan tersebut menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Gila mamat tu. Biarlah lebihan sahaja. Kalau dia datang lagi kita letak racun pula." sempat pelayan itu berseloroh cuba menceriakan suasana. Firman hanya memandang pelayan tersebut dengan muka tidak puas hati.


Taman Tasik Shah Alam - 15 Januari 2017


"Jangan risau. Kamu di tempat yang betul. Pakcik kamu ni Jeneral." Jaz membanggakan dirinya dengan pangkat yang disandang. Firman hanya tersenyum kelat seperti dipaksa.

"Baiklah Jeneral Eijaz. Tolong saya menangani masalah ini." Firman bersikap formal dalam gurau sendanya. Jaz hanya tertawa melihat gelagat dan riak muka Firman yang tiba-tiba berubah.

Jaz kembali berjoging sekitar tasik manakala Firman menghenyakkan punggungnya kembali di tepi tasik tersebut. Dia mengeluh berat mengenangkan ugutan maut oleh lelaki tersebut. Berdasarkan penampilan lelaki itu, dia nampak sepadan dengan pembunuh. Firman tersenyum dengan andaian yang direkanya. Teringat firman Allah S.W.T yang bermaksud:

 "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya." (Surah al-Hujurat:12)

Firman beristighfar beberapa kali. Cuba mendektkan diri dengan tuhan. Dia bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi dari tasik itu. Dia mendapatkan kereta yang diparkirnya tidak jauh dari tempat dia termenung dan pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia mendapatkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku