Terima Kasih, Solehah
Bab 4
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2017
Izzamuddin menjalani kehidupan yang susah hanya kerana tidak mengucapkan kalimah suci syukur kepada gurunya. Kekesalan itu ditambah lagi apabila dia terlibat dalam kemalangan yang menempa maut kepada gurunya. Mikhail yang selalu mendampinginya selalu dipesan agar mengucapkan "Terima Kasih".
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
112

Bacaan






Dungun - 15 Januari 2017


ZULKIFLI baru sahaja pulang dari masjid. Kini dia berada di rumah, menghitung hari yang tergempar dalam hidupnya tiga bulan lagi. Dia tersengih sendiri apabila berfikir tentang hari yang akan mengubah corak kehidupannya itu. Dia berlalu pergi ke kamar tidurnya dan mencapai kotak alatannya yang tersusun kemas dia atas almari. Diperiksa setiap peralatan sebelum menginjakkan kaki ke luar bilik. Senyuman puas yang terpamer di wajah Zulkifli menunjukkan peralatannya masih lengkap. Alhmadulillah. Lafaz daipada Zulkifli, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi.

Kotak peralatan diletakkan di tepi pintu rumah manakala kaki Zulkifli menuju ke arah ruang makan. Sepasang suami isteri sudah menanti kehadiran anak sulung mereka untuk menjamah sarapan bersama. Nasi lemak buatan tangan umi. Zulkifli girang melemparkan senyuman apabila melihat makanan yang terhidang di atas meja. Sungguh, dari bilik tadi hingga sekarang, tidak lekang senyuman di bibir manisnya.

"Umi, tiga bulan nanti confirm ke?" Zulkifli memulakan perbicaraan bagi mengelakkan waktu sarapan hanya ditemani sepi. Umi hanya mengangkat kening dan menghadiahkan senyuman. Diperhatikan anaknya yang seperti tidak sabar-sabar untuk menghadapi hari tersebut.

"Kalau tuhan bagi. Kalau dok, beng sedih pula." Umi berseloroh. Zulkifli sengaja mencebik dan berpura-pura merajuk. Jauh di sudut hatinya, dia gembira bersama keluarganya.

"Jangan risaulah Zul. Abi akan pastikan semuanya berjalan molek." giliran Abi pula bersuara. Kedengaran Zulkifli tertawa kecil dengan pernyataan ayahnya itu.

"Sedap umi masak. Buat banyak lagi. Boleh wi ke saing kat bengkel tu." ZUlkifli yang dari tadi merah padam mukanya cuba mengalihkan perbicaraan ke tajuk yang berbeza

"Amboi, meminta pula dia." Umi tidak berhenti mengusik anaknya yang sering bersikap terbuka dengan apa yang berada di depan mata. Dia memucungkan bibir ke arah periuk nasi yang diisi lebihan nasi lemak.

Zulkifli tersenyum puas apabila permintaannya diterima oleh Umi. Mungkin dia pernah meminta sebelum ini. Sebab itu Umi masak nasi lemak lebih untuk dibawa ke bengkel Zukifli. Matanya dilirkkan ke arah jam tangan. Dia tersenyum lagi, lega masa masih berpihak padanya. Tidak terlalu lewat untuk dia pergi ke bengkel hari ini. Lantas dia bangun dari kerusi dan mendapatkan singki.

Tangan Umi dan Abi disambut mesra dan dikucup sebelum Zulkifli keluar bekerja. Kereta Proton Saga berwarna perak yang terbentang di perkarangan rumah didekatinya. Dia menapak ke dalam kereta tersebut dan menghidupkan enjin. Pedal minyak ditekan dan dia bergerak menuju ke bengkel kenderaan miliknya. Bengkel tersebut terletak agak jauh dari rumahnya. Hanya beberapa kilometer selepas kawasan kampungnya. Bekas berisi nasi lemak juga dibawanya untuk berkongsi dengan pekerja-pekerja bengkel tersebut.


DATO MUHAMMAD DANI baru sahaja keluar dari rumah menuju ke bangunan utama MD Diamond yang terletak di Rantau Abang. Dia perlu menguruskan syarikatnya yang semakin membangkit di persada negara. Malah namanya juga dimegah-megahkan oleh penduduk pantai timur dari Terengganu hingga ke Kelantan. Anaknya ditinggalkan sendirian di rumah. Kebiasaannya, pembantu rumah dia akan menemani anaknya kala dia bekerja. Tetapi wanita yang hampir berusia mencecah usia Dato Muhammad Dani sendiri terpaksa pulang ke kampung atas alasan kemalangan saudara. Hari ini dia terpaksa keluar lebih awal daripada biasa kerana dia perlu menghadiri mesyuarat tergempar antara beberapa buah syarikat yang diadakan seawalnya.

Auni Solehah yang berkulit putih kemerah-merahan dan mengenakan jilbab hitam dan jubah biru gelap baru sahaja hendak keluar ke bandar untuk mencuci mata. Mungkin juga untuk membeli belah pakaian dan kasut baru. Kunci kereta dicapai dari beg tangannya. Kereta Mercedes-Benz E300 tersedia di dalam garaj rumahnya. Stereng di pegang kemas dan pedal minyak ditekan. Pengawaql keselamatan membuka pagar rumah setelah Auni memberi isyarat tangan tanpa lisan kepada lelaki tersebut. Akhirnya dia meluncur keluar dari kawasan rumahnya. Tidak terlepas mata memandang memastikan kereta tersebut dalam keadaan baik. Pengawal keselamatan itu mengalihkan pandangan sebaik sahaja kereta itu tidak dapat kelihatan di matanya.

Pagar ditutup kembali. Pagar itu berfungsi secara automatik walau hakikatnya pengawal keselamatan itu yang menekan punat untuk membuka dan menutup pagar. Sebaik sahaja pagar itu rapat tertutup, kelibat seseorang muncul dari jauh. Dia hanya berjalan kaki sedari tadi walaupun keringat sudah mula membasahi dahi. Pengawal tersebut bertukar menjadi murung apabila lelaki itu muncul. Dia mengeluh berat terlebih dahulu sebelum perbicaraan bermula.

"Benda mu nak?" pengawal keselamatan itu tidak berlembut dengan lelaki itu.

"Relax. Aku sudah cakap, aku nak jumpa sama itu Dato." lelaki berdarah cina itu tenang menjawab dengan senyuman sinis.

"Dato tak ada. Dia kerja." pengawal itu menjawab sambila kakinya bergerak kembali ke pondok pengawal yang telah disediakan.

"Semalam you cakap dia ada pagi-pagi." lelaki tersebut mula berang. Riak mukanya yang tenang sudah tidak kelihatan.

"Ada meeting pagi ni." lelaki itu terus meninggalkan rumah tersebut sebaik sahaja mendengar jawapan dari pengawal keselamatan itu.


MEKANIK-MEKANIK di bengkel Zulkifli dijemput makan nasi lemak air tangan Umi kepada Zulkifli pada waktu rehat. Mereka memang gemar dengan sikap Zulkifli yang pemurah dang ramah. Walaupun Zulkifli merupakan pemilik bengkel tersebut, namun dia tetap bercampur tangan dengan sekumupulan mekanik yang bekerja dibawahnya. Jika ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

"Amboi, nasi lemak. Kelas mu Zul." Norman memulakan perbualan bagi merancakkan suasana.

"Mengantuklah kita nanti. Tengah baiki kereta, tiba-tiba tertidur. Jatuh sepana atas muka." Haizat mula berseloroh.

"Kalau amboh takpe. Aku dok kisah." Zulkifli bua-buat mencebik. Dia mengalihkan pandangan seperti berpura-pura menrajuk.

Salah seorang dari mereka dari tadi kelihatan resah. Dia bingkas dari perdudukannya dan menuju ke sinki. Semua orang hanya melihat telatah dia. Hairan. Ikutkan, sudah tiga kali dia basuh tangan.

"Bakpe mu." Norman cepat-cepat menegur.

"Tangan aku bergris dan berminyak. Ada kotoran degil, susah nak hilangkan." Jaiz bercakap seperti iklan di televisyen. Dia sempat berseloroh walaupun dalam keadaan cemas.

"Biar aku beli sudu." lantas Zulkifli bangun dan mencuci tangan.

Zulkifli berjalan kaki menuju ke suatu kedai berdekatan. Tujuannya adalah untuk membeli sudu. Dia mahu pekerjanya merasa masakan uminya. Oleh itu dia sanggup pergi ke kedai berdekatan semata-mata untuk membeli kutleri. Dalam perjalanan, dia ternampak lopak air yang terbentuk akibat hujan pada malam semalam. Dia teringat bahawa pekerjanya sedang melapah nasi lemak tanpa minuman untuk diminum. Alang-alang dia mahu membeli sudu, kenapa tidak dia membeli air juga. Dia mula merasakan hikmah yang lebih besar akan tiba.


KERETA yang dipandu Auni bergerak laju di jalan raya. Perjalanannya masih jauh. Dia mahu pergi ke Mesra Mall yang terletak di Kemaman. Jarak antara Rantau Abang dan Kemasik tidaklah begitu dekat. Oleh itu dia memilih untuk memecut selagi mampu untuk menjimatkan masa. Sedang dia memandu tiba-tiba kedengaran seperti sesuatu meletup. Pemanduannya tidak stabil dan akhirnya dia terlanggar satu tiang lampu.

Pandangan Auni kabur. Kepalanya berdarah terhantuk stereng kereta apbila pemanduannya terpesong dan merempuh tiang lampu. Dia cuba menguatkan diri untuk bangun. Entah mengapa, tidak ada orang yang lalu lalang di kawasan itu ketika dia kemalangan. Walaupun kawasan itu merupakan kawasan awam. Mungkin sudah hampir tengah hari. Semua orang sudah mula bekerja.

Auni bergerak dalam kesakitan cuba membuka pintu. Tiba-tiba pintu di tempat duduk sebelah terbuka. Satu kelibat kelihatan kabur di mata Auni cuba mendekatinya. Dia bersangka bahawa dia akan diselamatkan. Tiba-tiba kepalanya rasa sakit seperti dipalu dengan kayu. Matanya mula terkatup. Belakang kepalanya berdarah. Dia tersandar pada stereng kereta. Tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas. Sangkaannya meleset. Kelibat tadi tidak kelihatan apabila orang ramai mula berkerumun pada keretanya.

Zulkifli baru sahaja selesai membeli sudu dan air untuk pekerjenya di bengkel. Matanya tertancap pada orang ramai yang berkerumun pada sebuah kereta. Hikmah datang. Dia tersenyum apabila berfikir sedemikian. Dia mula mendekati orang ramai. Pada mulanya dia merasakan mungkin orang mengedar barangan percuma. Setibanya dia di situasi tersebut, senyumannya mati. Wajahnya nampak tenang walaupun dia tidak lagi tersenyum. Mulutnya terkumat-kamit mengucapkan ucapan bagi orang yang ditimpa musibah: Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Barangkali dia beristighfar. Menyesal dengan sangkaannya.

"Telefon ambulans." Zulkifli mengarah.

Zulkifli amat kenal dengan mangsa kejadian. Auni Solehah Muhammad Dani. Kenalannya sejak berumur empat tahun. Ibu bapa mereka merupakan kawan rapat memandangkan mereka sudah berjiran sejak dia dan Auni belum dilahirkan. Mereka sama-sama bersekolah rendah di Sekola Kebangsaan Kompleks Rantau Abang dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Dungun. Zulkifli dan Auni juga merupakan adik-beradik susuan. Ibu kepada Zulkifli tidak dapat menyusukan anaknya. Oleh itu, isteri Dato Muhammad Dani menawarkan dirinya untuk menyusukan Zulkfili. Mereka dibesarkan seperti adik-beradik walaupun terdetik perasaan suka dalam diri Zulkifli. Kini dia sedar bahawa dia haram dinikahkan dengan Auni Solehah atas status adik-beradik susuan. Dalam keratan surah an-Nisa ada menyatakan:

Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu. (Surah al-Nisa’: 23)

Zulkifli pulang ke bengkel setelah pihak berwajib tiba untuk membawa Auni ke hospital bagi menjalankan rawatan yang sewajarnya. Dia menyerahkan sudu dan botol air mineral 1.5 liter kepada pekerja-pekerjanya yang setia menunggu. Sementara kakinya menginja keluar dari bengkel.

"Mu nak pergi mana?" WidyanNorman cepat-cepat menahan mandurnya itu.

"Adik aku masuk hospital." selamba Zulkifli menjawab. Mata pekerjanya terbuntang apabila mendengar pernyataan tersebut. Setahu mereka Zulkifli ialah anak tunggal. Tidak mungkin dia ada adik.

"Mu ada adik?" giliran Haizat pula bersuara.

"Norman, mu ingat Auni?" soalan dijawab dengan soalan. Norman hanya mengangguk tanda faham. Dia juga bersekolah dengan Zulkifli pada suatu ketika dahulu. Adik angkat, bercinta lah tu. Telah Norman dalam hati. Status adik-beradik susuan Zulkifli tidak dihebahkan walaupun mereka seringkali kelihatan berdua-duaan di sekolah dahulu.


Imbas Kembali: Dungun, Terengganu - Tahun 2005


Zulkifli sedang bersendirian di sebuah bangku yang terletak agak terpinggir dengan kawasan lain. Murung dan masam mencuka wajahnya. Penampilannya serabut dan selekeh seperti orang yang bermasalah. Sementara dia berteleku di atas bangku mulut dia terkumat-kamit seperti merungut.

Lagur tapak kaki seseorang kedengaran mendekati Zulkifli yang masih termenung jauh dibawa kebencian. Wajahnya marah. Sesekali dia meraung semahunya. Tiba-tiba bahunya disentuh lembut oleh seseorang. Apabila dia menoleh, sebuah senyuman dilemparkan oleh seorang perempuan yang berkulit putih kemerah-merahan dan berkaca mata. Zulkifli hanya mencebik apabila kehadiran perempuan itu.

"Mu buat apa kat sini?" berang Zulkifli dengan kehadiran perempuan itu.

"Nak melawat mu lah. Nampak stress je." Auni masih mengukir senyuman di bibir. Lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah Zulkifli.

"Pergilah, nanti orang fitnah." Zulkifli tetap menghalau.

"Kita ini, adik-beradik tetapi berlainan ibu bapa. Kita tetap haram disatukan tetapi kita jadi mahram atas status keluarga. Sebab penyusuan ini ialah penyatuan keluarga. Jadi apa abang nak risau?" Auni mula berfalsafah dengan lirikan mata yang tajam. Membahang muka Zulkifli apabila dia ditegur begitu.

"Tetapi orang lain dok tahu." Zulkifli tidak mahu mengalah.

"Kawan Auni tahu." Zulkifli hanya mencebik mendengar pernyataan itu. Sesekali dia melemparkan pandangan ke arah lain.

"Abang, kalau kita marah, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa. Semuanya dok betul. Api syaitan lebih jahat dari dapur gas. Baik abang cerita." Auni masih tenang berbicara dengan lelaki ini.

"Abang, abang. Luga ah. Panggil nama doh ah!" Zulkifli membuat muka sementara Auni tergelak dengan telatahnya.

"Tadi aku kena denda atas benda hok aku dok buat." Zulkifli mula bercerita.

"Benda mu dok buat?" Auni tertanya-tanya. Terpamer riak wajah keliru di mukanya.

"Homework." Zulkifli tersenyum. Auni tergelak sambil memukul lembut bahu lelaki yang dianggap abang ini.

"Dahlah. Jom aku belanja." Zulkifli bingkas dari perdudukannya lalu menarik tangan Auni pergi ke kafe yang tersedia di sekolah itu.

Tanpa Zulkifli dan Auni sedar, gelagat mereka diperhatikan dari jauh. Seorang pelajar lelaki yang tua dua tahun daripada mereka. Sedari awal tadi, dia asyik memerhatikan mereka. Sebenarnya pelajar tingkatan lima ini cuma memerhatikan Auni. Tetapi dia merasakan dirinya terjumpa satu berita yang tergempar apabila melihat Zulkifli dan Auni berdua-duaan.

Hari berlalu dengan pantas. Keesokan harinya, sementara semua pelajar berada di kelas sedang menimba ilmu. Zulkifli dari tadi cuba menumpukan perhatian. Dia dapat motivasi daripada Auni untuk belajar bersungguh-sungguh. Kali ini, dia mahu berubah menjadi lebih baik. Tiba-tiba suatu pengumuman diadakan.

"Perhatian kepada Zulkifli Abdul Khadir dan Auni Solehah Muhammad Dani, sila ke pajabat sekarang juga." Suara garau lelaki dari sisi pengumuman itu bernada serius.

Tanpa banyak berfikir, Zulkifli meminta izin untuk keluar dari kelas kerana dia perlu pergi ke pejabat. Cikgu yang mengajarnya menerima permohonan anak muda itu. Dia berlalu pergi meninggalkan kelas dengan tenang. Dia dapat agak perkara ini akan berlaku kerana dia sedar seperti ada seseorang memerhatikan dia dan Auni semalam. Oleh itu, dia segera merentap tangan Auni untuk pergi ke kafe. Tempat umum tidak akan menimbulkan salah faham yang mendalam daripada tempat tersembunyi seperti di bangku yang terpinggir itu.

Setibaya di pejabat, Auni sudah setia menantikan kehadiran Zulkifli. Mereka diarahkan untuk masuk kebilik disiplin. Tanpa berat hati, mereka menurut perintah. Tempat duduk disediakan bagi mereka melabuhkan punggung di situ. Cikgu Yasin sudah bersedia di situ sambil memerhatikan mereka.

"Saya terima laporan kamu berdua bercinta." Cikgu Yasin memulakan perbicaraan.

"Salahkah kami bercinta." Zulkifli menjawab sebelum Auni sempat membuka mulutnya.

"Salah, sebab kamu ini adik-beradik." Cikgu Yasin buat-buat marah. Jelas dia cuba menyembunyikan tawa. Auni terkejut apabila terdengar pernyataan cikgu itu. Rahsia mereka terbongkar barangkali.

"Cikgu cuma nak bagitahu. Lain kali berhati-hatilah. Tidak semua orang tahu kamu ini adik-beradik susuan. Satu perikatan saudara yang sah. Untuk mengelakkan salah faham, janganlah berdua-duaan lagi. Kalu nak boleh, jangan ambil tempat tersembunyi. Cikgu Yasin bersikap formal dalam menyampaikan nasihatnya. Zulkifli dan Auni hanya mengangguk faham.

Dua orang pelajar keluar dari bilik disiplin lalu terus beredar dari bilik guru. Auni masih keliru. Bagaimana cikgunya tahu status mereka berdua. Zulkifli yang kelihatan tenang perasan akan riak muka Auni yang masih bengang. Dia mula tersenyum seperti mentertawakan gadis itu.

"Semua cikgu dah inform. Ayah mu bagitahu diorang." Zulkifli menyatakan kebenaran.

"Ooo... Tetapi kenapa mu risau kalau orang tengok?" Auni mula bersura.

"Takut orang cemburu, Mu kan comel." Zulkifli memperceptakan langkahnya lalu meninggalkan Auni sambil tergelak. Auni hanya mencebik dan menggelengkan kepalanya. Akhirnya mereka terpisah dalam haluan masing-masing.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku