Terima Kasih, Solehah
Bab 5
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2017
Izzamuddin menjalani kehidupan yang susah hanya kerana tidak mengucapkan kalimah suci syukur kepada gurunya. Kekesalan itu ditambah lagi apabila dia terlibat dalam kemalangan yang menempa maut kepada gurunya. Mikhail yang selalu mendampinginya selalu dipesan agar mengucapkan "Terima Kasih".
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
71

Bacaan






Dungun, Terengganu - 15 Januari 2015


ZULKIFLI baru sahaja tiba di Hospital Dungun, tempat di mana Auni Solehah dibawa untuk dirawat. Kakinya menginjak keluar dari kereta Proton Saga berwarna perak. Dia berjalan menuju ke pintu masuk utama dan menunggu sebarang maklumat tentang perempuan itu. Dia bertolak terus dari bengkel sebaik sahaja dia dan pekerjanya menghabiskan makanan pada waktu rehat. Sebelum dia bergegas terus ke hospital, mereka berjaya memujuk mandur mereka untuk berehat bersama dan bercerita tentang hubungan Zulkifli dan mangsa kejadian. Norman mengambil alih tugas Zulkifli sepanjang ketiadaan mandur mereka untuk hari ini.

Sementara menunggu, Zulkifli mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi orang yang terpenting di dalam hidupnya.

"Assalamualaikum Umi." Zulkifli berbasa-basi. Sesekali dia berdehem beberapa kali bagi melancarkan tutur bicaranya.

"Waalaikumussalam. Ada apa Zul?" kedengaran suara wanita di sebelah talian.

"Zul balik lambat sikit ni. Auni masuk hospital." Zulkifli lancar berkata tanpa mempamerkan sebarang perasaan. Dia bagaikan robot yang diarahkan untuk berhubung.

Sesekali Zulkifli mengangguk-angguk ketika berbicara. Umi perlu tersedu-sedan mendengar berita itu. Maklumlah Auni Solehah dibesarkan seperti anak sendiri dalam jagaan Umi. Kala ibu bapanya keluar, Auni akan bermalam di rumah mereka. Dibesarkan bersama-sama. Setiap kali pulang dari sekolah rendah, Auni akan pulang ke rumah Zulkifli terlebih dahulu kerana rumahnya tidak dihuni oleh keluarganya. Hanya ada pembantu rumah dan pengawal keselamatan.

Talian dimatikan. Zulkifli cuba menghubungi Dato Muhammad Dani, ayah kepada Auni Solehah. Tetapi malangnya dia masih bermesyuarat. Panggilan dibiarkan tidak bersambut. Dia tidak bermakna untuk mengganggu mesyuarat tetapi hal ini amat besar dan perlu berada di dalam pengetahuan orang ternama itu.

Lama Zulkifli menunggu di wad kecemasan. Terpamer riak cemas di mukanya yang sering disorok. Barangkali keringat mengalir di dahinya. Risau kerana Dato Muhammad Dani masih belum tahu berita tentang anaknya. Jam menunjukkan hampir pukul sembilan. Tiba-tiba nada dering bersifat melodi lembut kedengaran di telinganya. Panggilan dijawab.

"Dato, no time to explain. Datang Hospital Dungun." Zulkifli cemas memberitahu perkara itu. Sedangkan tadi dia adalah yang paling tenang menghadapi peristiwa itu.

"Kenapa Zul?" Dato Muhammad Dani sudah mula berganjak ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari bangunan MD Diamond.

"Auni." ringkas sahaja jawapan diberi. Dato Muhammad Dani mula menjadi cemas dan tergopoh-gapah. Dia mempercepatkan langkahnya dan mematikan penggilan. Akhrnya dia meluncur laju ke Hospital Dungun.


Karak, Pahang - 15:48, 15 Januari 2017


MIKHAIL masih fokus dalam pemanduannya merentasi liku-liku perjalanan. Sebentar tadi dia hampir ditahan oleh pihak polis kerana memecut melebihi had laju. Kini hanya dia bersendirian di jalan Karak. Seskali perutnya berkeroncong, meminta untuk diisi. Dia baru sedar dia tidak solat Zohor lagi.

Akhirnya, Mikhail membuat keputusan untuk berhenti di stesen minyak berdekatan walaupun minyak kereta masih penuh. Dia bergegas ke surau yang disediakan bagi orang yang bermusafir seperti dirinya. Usai solat jamak taqdim antara Zohor dan Asar, dia masuk ke dalam kedai runcit yang tersedia. Beberapa makanan ringan berupa kerepek kentang dan manisan dibelinya. Botol air mineral menjadi pilhan untuk menghilangkan dahaga.

Mikhail kembali ke kereta miliknya. Dia menjamah makanan yang dibelinya sebelum mula bertolak. Sepanjang perjalanan, dia hanya terbayangkan wajah sahabatnya yang sudah lama dia tidak bertemu. Teringat memori lama antara Izzamuddin dan dirinya. Kalu mu ada, pasti mu sedih. Telah dia dalam hati. Izzamuddin amat berkenan dengan Auni Solehah sejak dia mula-mula melihatnya.


Imbas Kembali: Dungun, Terengganu - 2002


"SAYA Izzamuddin, dari Selangor." lelaki itu berbasa-basi.

Mikhail hanya memerhatikan lelaki yang menegurnya itu. Badannya dihiasi bengkak-bengkak seolah-olah baru selepas dipukul. Dia mencebik beberapa kali. Sesekali dia meludah ke arah yang lain. Dahinya berkerut. Tangan yang dihulurkan tidak bersambut. Malah, dia menepisnya ke tepi.

"Aku dok perlu simpati mu. Balik ah. Nok gomoh ke?" Mikhail melayannya lelaki itu dengan buruk. Dia langsung tidak memberi satu senyuman walaupun lelaki yang mengurnya itu tidak lekang melemparkan senyuman.

"Jangan sombong sangat. Tak baik." Izzamuddin terus mengangkat Mikhail seperti dipaksa. Mikhail cuba menepis dan meronta-meronta tetapi tenaganya kurang jika dibandingkan dengan Izzamuddin. Habis tenaganya digunakan dalam pergaduhan sebentar tadi.

"Lepaslah. Rimas aku." Mikhail menolak Izzamuddin dan berlalu pergi meniggalkan lelaki itu.

Malam menjelma. Di dalam surau, Izzamuddin seperti tercari-cari sesuatu. Matanya meliar melihat sekeliling. Namun, usahanya sia-sia. Dia melepaskan nafas berat dan bingkas dari perdudukannya. Kakinya menginjak kembali ke asrama lelaki. Dia dapat melepasi pengawal dengan mudah atas alasan tertinggal barang. Pintu dikuak. Kedengaran suara seseorang tersedu-sedan menahan air mata dari mengalir mencurah ke pipi. Izzamuddin menelan liurnya sendiri. Berasa seram sejuk sahaja untuk mendekati suara itu.

"Mikhail, awak ke tu?" Izzamuddin memberanikan diri untuk mendapatkan kepastian. Dia mencari Mikhail kerana risau akan ketiadaan jejaka itu di surau.

Bunyi esakan semakan pudar, tidak lagi kedengaran dari jarak jauh. Izzamuddin menapak ke dalam bilik yang dihuni pemilik tangisan itu. Tangannya meraba-raba dinding, mencari suis lampu. Apabila tangannya mendekati suis yang dicari-carinya, dengan tiba-tiba sesuatu memegang tangannya. Seperti dalam drama seram. Izzamuddin terkejut lalu menarik tangannya dengan segera. Dia undur ke belakang beberapa langkah. Tanpa diduga, kelihatan satu kelibat susuk tubuh yang agak mantap mendekati dirinya. Izzamuddin semakin gelisah dan cuba menjauhi kelibat itu. Apabila dia cuba menoleh, kelibat itu memeluknya dan menghalang dia untuk beredar. Kelibat itu mengalirkan air mata. Terasa basah di bahu Izzamuddin.

"Jangan. Jangan pergi." suara yang amat dikenali Izzamuddin. Suara yang merayu untuk meminta tolong. Suara yang kedengaran ikhlas walhal sebentar tadi suara ini sombong melayan Izzamuddin.

"Mikhail, saya ada. Jangan sedih. Jom kita pergi surau." Izzamuddin menarik lengan Mikhail menuju ke surau.

Mikhail menceritakan segala masalahnya sepanjang berada di sekolah ini. Dari masalah hutang keluarganya, masalah dibuli oleh pelajar yang lebih berumur, masalah disiplin hingga ke masalah ketiadaan orang yang mendampinginya. Hidupnya sunyi dan sering dibawa amarah. Hampir semua orang membenci dirinya dan menjauhkan diri daripadanya.

"Jangan risau. Saya ada." Izzamuddin berbasa-basi dalam memberi harapan kepada Mikhail.

"Tak payah lah saya, saya. Aku doh ah. Luga ah." Mikhail tidak selesa dengan pembahsaan saya awak yang  sering digunakan Izzamuddin.

"Sorry. Saya, aku duduk Selangor dulu, tak ada orang tegur." Izzamuddin tidak mencebik atau berubah wajah. Tenang sahaja dia melayan Mikhail.

"Ini Terengganu. Cakap Tranung ah." Mikhail dari tadi asyik terbawa barannya. Sebenarnya dia tidak marah. Tetapi dia sudah terbiasa bercakap seperti itu.

Sejak hari itu, Izzamuddin dan Mikhail sering kelihatan bersama seperti tidak dapat dipisahkan. Maklumlah satu persahabatan terjalin dengan keikhlasan. Izzamuddin menawarkan diri untuk membatu Mikhail berubah ke jalan yang betul. Ini ialah salah satu teknik untuk dia berdakwah. Dengan berkawan dan membuat orang lain selesa dengan dirinya. Dia mengikut firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.” (surah al-Imran: 104).

Oleh itu, Izzamuddin sentiasa bersedia menawarkan khidmat untuk membantu mereka yang masih tersesat dan terpesong dari ilmu agama. Dia sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang bermasalah. Salah satu sasarannya ialah Mikhail. Setiap hari Mikhail akan meminta bantuan dan pendapat Izzamuddin. Dia juga tidak jemu membantu sahabtnya. Malah, dia rasa bosan jika Mikhail tidak berbual dengannya dalam sehari. Hinggalah pertengahan tahun, Mikhail mula berubah. Semua orang memberi persepsi yang baik terhadap dirinya. Dia tidak lagi dibul dan dibenci. Izzamuddin bersyukur akan usahanya membantu seseorang yang memerlukan dorongan.

Hingga suatu hari. Mikhail menunggu Izzamuddin di luar kelas. Apabila susuk tubuh lelaki itu lalu di medan penglihatannya dia terus menyeru namanya. Tetapi panggilannya tidak bersahut. Mikhail cuba mendekatinya tetapi Izzamuddin seperti sedang mencari sesuatu. Atau mungkin lari daripada dirinya. Mikhail mula berang lalu dia merentap lengan Izzamuddin dan menarik dirinya sekuat hati. Izzamuddin tersentak seperti baru sedar dari lamunan. Dia terkejut apabila Mikhail betul-betul berada di hadapan mukanya. Nafas mereka bersatu. Mikhail terus menolak IZzamuddin ke belakang apabila dia mula tidak selesa dengan posisi mereka.

"Mikhail, bila samapai?" Izzamuddin berbasa-basi seperti tidak sedar akan reaksi muka sahabatnya yang kelihatan marah.

"Bila sampai? Mu nok pergi mana. Duk tengok-tengok kat sana. Kena santau ke?" Mikhail bingung dengan telatah Izzamuddin yang seperti tidak sedar akan kelakuannya.

"Erk... Biar aku bercerita." Izzamuddin mempelawa Mikhail duduk di sebuah bangku yang tersedia tidak jauh dari situ.

"Aku rasa aku suka seseoranglah." Izzamuddin tidak berselindung atau berkias. Dia berterus terang tanpa segan silu.

"Biar betul mu? Sejak bila?" Mikhail terbatuk sedikit apabila mendengar pernyataan itu.

"Tadi first time aku nampak dia. Tapi aku dok kenal." Izzamuddin melepaskan nafas berat. Dia berubah menjadi hampa.

"Beng buat perangai lah. Lupakan sahaja." Mikhail bingkas dari perdudukannya lalu pergi meninggalkan Izzamuddin terkulat di bangku itu.


Dungun, Terengganu - 2005


Mikhail sedar bahawa Izzamuddin asyik tersenyum dari tadi. Dia berasa hairan dengan tindakan kawannya itu. Tiga tahun mereka berkawan, dia tidak pernah nampak senyumannya yang begitu lebar. Pada mulanya, mahu sahaja dia beredar dari kelas dan terus pulang ke asrama. Tetapi dia tidak boleh meninggalkan sahabatnya bersendirian setelah apa yang sahabatnya telah buat pada dirinya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk menegur.

"Assalamualaikum. Angau ke bang?" Mikhail bersoal dalam nada sinis. Izzamuddin menjawab salam dengan muka yang tiba-tiba berubah seperti tidak ada perasaan.

"Sembey lah mu. Bakpe senyum-senyum ni?" Mikhail mula serius menanyakan soalan yang bermain di benaknya.

"Aku rasa aku suka seseorang." Izzamuddin tidak berselindung atau berkias. Dia berterus terang tanpa segan silu.

"Mu ambil dialog dua tahun lepas ke?" Mikhail mula rimas dengan kenyataan yang didengarinya.

"Orang sama. Tetapi aku tahu dah piye." Izzamuddin masih terhiasa dengan senyuman.

"Piye?" Mkhail hanya melayan sahaja kerenah sahabatnya itu.

"Solehah." terbuntang mata Mikhail apabila mendengar nama itu.

"Cikgu Solehah? Izz, dia dah kahwin lah. Beng mimpi ah." Izzamuddin membuat muka apabila Mikhail berkata begitu.

"Bukan cikgu lah. Auni Solehah. Budak kelas kita." Izzamuddin hampir tergelak melihat Mikhail tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Bakpe mu panggil dia Solehah. Orang panggil dia Auni. A, U, N, I. Auni." Mikhail mula berseloroh.

"Biarlah. Aku suka nama tu." Izzamuddin berpura-pura mencebik.

Mikhail hanya tergeleng-geleng sahaja. Dia melontarkan pandangan ke luar tingkap. Melihat pelajar lalu lalang. Dia teringat bahawa hampir tiba waktu Asar. Dia menepuk bahu Izzamuddin dan membuat isyarat tangan tanpa lisan sebagai ajakan untuk pergi ke surau.

"Tetapi..." Izzamuddin sekali lagi bersuara. Mikhail terpempan apabila mendengar suara lelaki itu menjadi sayu. Dia kembali menghenyakkan punggungnya di sebelah Izzamuddin.

"Nabi larang couple. Bukti cinta adalah nikah. Aku masih muda. Aku patut lupakan dia." Izzamuddin bingkas dari perdudukannya dan menghampiri pintu keluar.

"Katakanlah..." giliran Mikhail pula bersuara. Izzamuddin pula yang tercengang di depan pintu. Sesekali dia menoleh.

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Surah an-Nur, ayat 30." Mikhail bingkas dari perdudukannya lalu mendapatkan Izzamuddin dan menariknya keluar. Mereka tergelak bersama dan berlalu pergi ke surau.


Karak, Pahang - 16:21, 15 Januari 2017


"ALAMAK tol pula!" Mikhail tergopoh-gapah mencari SmartTAG yang disimpan kemas dalam dashboard.

"Alah... Takde bateri pula!" dia menarik keluar kad PLUSMiles daripada alat canggih yang dapat digunakan untuk melepasi tol.

Mikhail mengambil lorong tambah nilai. Dia menghulurkan kad PLUSMiles miliknya dengan not kertas berwarna biru gelap yang bernilai RM50. Perjalanan diteruskan. Destinasinya, Dungun.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku