Terima Kasih, Solehah
Bab 6
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2017
Izzamuddin menjalani kehidupan yang susah hanya kerana tidak mengucapkan kalimah suci syukur kepada gurunya. Kekesalan itu ditambah lagi apabila dia terlibat dalam kemalangan yang menempa maut kepada gurunya. Mikhail yang selalu mendampinginya selalu dipesan agar mengucapkan "Terima Kasih".
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
147

Bacaan






Subang, Selangor - 14:45, 15 Januari 2017


ZAINAB sudah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai Subang SkyPark Terminal. Penerbangannya ke Kuala Terengganu akan berlepas pada pukul 3:50 petang. Dia sudah tiba satu jam lebih awal daripada waktu kapal terbang akan mula melebarkan sayap menuju ke pantai timur. Mengekori zaman, dia seperti orang lain, melekat dengan telefon pintar, sama ada bermain WhatsApp ataupun aplikasi lain. Whatsapp juga telah dinobatkan sebagai aplikasi media sosial yang kedua terlaris selepas Facebook. Statistik mengatakan terdapat lebih daripada 1000 juta pengguna WhatsApp di muka bumi ini.

Zainab sedang asyik menyelak gambar-gambar lama. Kenangan dihambat kembali menusuk ke dalam sanubari. Terkenang zaman ketika muda dahulu. Sudah banyak benda yang berlaku dan mengubah dirinya. Air mata diseka perlahan. Teringat akan wajah Auni Solehah yang kini sedang merempat kesakitan di dalam hospital. Tiba-tiba wajah Izzamuddin bermain di benaknya. Sayu mengenang lelaki itu. Tidak lagi mendengar berita tentangnya apabila tamat sahaja sekolah menengah.


Imbas Kembali: Dungun, Terengganu - Tahun 2005


PMR sudah hampir. Banyak program telah diadakan bagi memantapkan prestasi murid-murid di Sekolah Menegah Teknik Dungun. Kali ini, satu program berkumpulan diadakan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima atau enam orang dan mewakili setiap tajuk yang berbeza. Zainab berang apabila dia perlu berada dalam kumpulan subjek Matematik. Perempuan berkulit hitam manis itu tidak gemar dengan subjek tersebut. Oleh itu, dia sangat lemah dalam menguasai subjek tersebut.

Izzamuddin merupakan ketua kumpulan bagi subjek Matematik. Zainab pada mulanya tidak mahu menurut serta. Tetapi melihat Izzamuddin bercakap dan menerangkan, Zainab menjadi tertarik untuk belajar. Buat pertama kalinya, dia menjadi mudah untuk memahami subjek tersebut. Mungkin sebab dia fokus dengan apa yang diajarkan oleh Izzamuddin atau mungkin juga penerangan yang diberi mudah untuk difahami. Handsome juga mamat ni. Zainab telah dalam hati. Mukanya menjadi merah apabila lelaki itu memandang tepat ke matanya. Dia tertunduk dan menggeleng kepala beberapa kali. Ahli kumpulan yang lain pelik melihatnya. Ada juga yang tergelak kerana kelihatan lucu dan comel dalam masa yang sama.

Perbincangan kumpulan dibuat agar dapat sepakatan antara ahli bagi memudahkan mereka untuk membentangkan kepada pelajar lain serba ringkas tentang seluruh tajuk dalam mata pelajaran yang diberi. Program ini berlangsung dalam tiga hari. Sembilan subjek perlu dibincangkan dan setiap subjek ada dua kumpulan yang mengambil alih. Lebih kurang ada 18 kumpulan daripada 100 pelajar. Lapan kumpulan, lima orang dan selebihnya, enam orang.

Sejak hari itu, Zainab sering memerhatikan Izzamuddin. Dia baru mengenali pelajar ini. Mungkin sebab dia tidak mengikut perkembangan masa. Gerak-gerinya sering diperhatikan dari jauh. Tidak pula dia berani mendekati jejaka itu.

"Hoi, Jenab. Buat apa tu?" kedengaran suara lunak perempuan lain dari belakangnya. Zainab terperanjat, sesekali dia melatah.

"Kalau ye pun, bagilah salam. Mu ni, kalau aku kena heart attack. Mu nok tanggung?" Zainab berseloroh dalam marah.

"Boleh je, ayah aku kaya." perempuan itu hanya melayan kerenah Zainab yang agak liar perangainya.

"Eh, Auni. Mu kenal dok Izzamuddin?" Zainab mula bermain teka-teki.

"Kenal, kenapa dengan dia?" Auni cuba mengorek sesuatu yang berada di benak Zainab.

"Macam mana dia boleh tenang sepanjang masa?" Zainab jujur mengatakan persoalan yang masih berlegar-legar dalam buah fikrahnya.

"Entah. Tapi hari itu dia ada cakap something." Auni bermain lirikan mata menggoda. Zainab mula berasa pelik dengan perubahan wajah Auni.

"What did he said?" perasaan ingin tahu berbuar-buar.

"Dia cakap dia suka saya. Tapi sekadar luahan tidak lebih dari itu. Dari dibiar perasaan dipendam. Lebih baik empunya badan tahu hasrat hati. Saya minta maaf andai mengganggu diri kamu. Minta diri dulu." Auni bercakap sambil mebuat gaya tangan dan suara lelaki. Dia cuba meniru gaya percakapan Izzamuddin.

"Serious?" Zainab tertawakan Auni yang masih berlakon menjadi Izzamuddin. Dia menepuk peha Auni beberapa kali, menahan tawa yang masih tersisa. Auni hanya mengangguk, mengiyakan persoalan Zainab.

"Hebatlah dia tu. Berani. Kalau dia ajak couple, aku reject dah. Tetapi dia kata sekadar luahan."

"Memanglah mu reject. Mu dah ada Zul." Zainab berseloroh. Sekali lagi tawanya terbuar.

"Zul abang aku lah." Auni mencebik. Tidak suka orang mengungkit perihal itu.

Jauh di benak Auni, terdetik rasa suka kepada Izzamuddin. Mungkin sebab dia berani meluahkan. Tetapi Zulkifli tidak membenarkan dia untuk bercinta. Haram katanya. Zulkifli amat pantang jika dia nampak Auni berdua-duaan dengan lelaki.


Subang, Selangor - 15:20, 15 Januari 2017


ZAINAB tersengih apabila mengenangkan kisah itu. Sungguh, sebenarnya dia jatuh suka terhadap Izzamuddin sejak program PMR hari itu. Zainab terkejut apabila penumpang pesawat yang bakal dinaikinya perlu masuk ke dalam perut kapal sekarang juga. Tinggal dia dan beberapa orang sahaj yang terbaki, masih belum memasuki ke dalam pesawat. Lantas dia mengambil begnya dan terus berlari untuk menaiki pesawat.

Sepanjang perjalanan, Zainab banyak termenung, memerhatikan awan. Memori lama tidak dapat diulangi. Zaman muda memang seronok jika dinikmati bersama. Auni merupakan satu-satunya orang yang selalu bertahan dengan amarahnya. Jika mulutnya dibuka, semua orang akan lari kecuali Auni. Dia seperti angin yang meniup ombak untuk memadamkan api yang membara. Sekali lagi dia dihambat memori.


Imbas Kembali: Dungun, Terengganu - Tahun 2007


AUNI kelihatan runsing. Rambutnya yang pendek paras bahu kelihatan serabut. Mungkin dia menggosok kepalanya beberapa kali sebentar tadi. Zainab baru sahaja selesai membersihkan diri. Dia hanya perhatikan gelagat sahabatnya itu. Malas dia mahu menaikkan lagi keserabutan perempuan itu. Haura tiba-tiba muncul entah dari mana mendekati Auni.

"Ada masalah ke Auni?" Haura berbasa-basi, cuba mengelakkan salah pertuturan yang boleh membuatkan keadaan semakin teruk.

"Dok tahu lah. Ni, soalan ni susah ah." suara Auni kedengaran serak seperti dia tidak minum air dalam tempoh yang lama.

"Soalan apa?" Zainab bersoal dari jauh.

"Koordinat geometri." ringkas sahaja jawapan Auni.

"Alah, Zul kan tahu add math." selamba sahaja Zainab berkata-kata.

"Hei! Dia problem ni. Mu boleh lagi gurau." Haura berpura-pura marah. Zainab hampir ketawa melihat wajah Haurau yang dibuat-buat itu.

"Soalan form 4 ni. Biar aku tolong." Zainab tiba di belakang Auni. Dengan muka yang bangga dia membawa nota buku nota yang tertulis perkataan 'add math'.

Auni, Haura dan Zainab saling membantu dalam menjawab soalan-soalan yang diterima sebagai kerja rumah. Mereka bertukar-tukar dan berkongsi pendapat. Perbualan mereka meleret ke topik yang berbeza. Daripada bercakap tentang pelajaran, kini mera bercakap tentang masa depan.

"Weh, nanti mu nak sambung belajar mana?" Zainab terlebih dahulu bertanya.

"Entahlah, local je kut." Haura memberi pendapat.

"Aku nak gi overseas." Auni tersenyum menyatakan hasrat hatinya.

"Anak orang kaya boleh lah. Naik kapal terbang sokmo." Zainab berseloroh.

"Sebenarnya, aku dok pernah naik kapal terbang." Auni tersengih-sengih macam kerang busuk. Haura dan Zainab terbuntang apabila mereka terdengar pernyataan itu.

"Serious lah mu. Takkan ayah mu dok bawa gi jalan?" Haura bertanya soalan yang bermain di benaknya. Auni hanya menggelengkan kepala.

"Ke mu nak belajar kat KL? Izzamuddin kan tinggal situ." Zainab melirikkan mata dengan senyuman nakal.

"Ke situ pula dia. Aku cakap, aku tak suka dia. Please." Auni bercakap sambil menggerakkan tangannya ala-ala diva. Sesekali dia muncung, meniru percakapan persis orang gedik.

"Yelah, Zul kan ada." Zainab berseloroh. Auni mencebik. Haura terpempan.

"Stop it, guys. Aduh, pasal lelaki nak baloh." Haura membega-begakan muka sebelum dia bertutur. Auni dan Zainab tertawa melihat telatah Haura yang kelihatan cemas dari tadi.


Kuala Terengganu - 16:59, 15 Januari 2017


ZAINAB terjaga daripada lenanya yang mengenang segala memori pahit manis sepanjang dia bergelar pelajar. Dia masih mamai dan keliru dengan situasinya sekarang. Matanya melihat sekeliling. Tempat duduk hampir kosong. Hanya tinggal dirinya dan beberapa orang sahaj yang berbaki di perut kapal terbang itu. Dia bingkas dari perdudukannya dan berjalan keluar dari kapal terbang. Tiba-tiba, kakinya terhenti. Dia teringat akan sesuatu yang hilang daripada dirinya. Dia berjalan kembali ke dalam dan mencapai bagasinya yang tersimpan di ruang yang disediakan di bahagian atas kapal. Kakinya berlalu pergi dalam keadaan yang masih mamai.

Selepas menunaikan solat Asar, Zainab mencapai telefon bimbitnya dan menelefon satu nombor yang tertera sebagai Abang. Dia menghubungi empunya gelaran itu beberapa kali sebelum panggilannya bersambut. Dia memberi salam terlebih dahul sebelum memulakan perbualan.

"Abang, ambil Zai dekat airport."

"Bakpe dok kabo dulu nok balik. Kalau dok abang ada kat situ sejam awal doh." Zainab tersengih sendirian apabila terdengar kata-kata abangnya itu.

"Rindu mak. Lagipun kawan Zai masuk hospital." jujur Zainab menyatakan.

"Masuk hospital. Bakpe dia?" kedengaran cemas suara lelaki yang berkelulusan dalam bidang perubatan. Walaupun dia berpengalaman menjadi doktor, tetapi dia terpaksa menarik diri kerana dia takut melihat darah. Haemophobia. Ketakutan apabila melihat darah. Pernah sekali dia pengsan ketika melihat pesakitnya yang baru tiba di wad kecemasan dengan pendarahan di bahagian kepala.

"Balik nantilah Zai kabo. Cepat datang, Zai takut ni." Zainab membuat suara manja.

Dia mengambil tempat duduk di bangku yang disediakan. Matanya tertancap ke arah telefon pintarnya. Dia menggigit bibir bawahnya sambil membaca suatu artikel yang terdapat di laman sosial yang digelar Facebook. Jarinya menyelak telefonnya beberapa kali sehingga dia terhenti di suatu artikel.

Tokoh diculik dan dipulangkan semula? Zainab bersoal dalam hati. Dia tergelak beberapa kali menganggap perkara seperti itu tidak masuk akal. Dia merasakan perkara yang dibacanya sebagai suatu jenaka. Tetapi jarinya tetap menekan artikel itu untuk menamatkan pembacaannya.

Bunyi berdehem kedengaran di picing telinga Zainab. Apabila Zainab mendongak seorang lelaki berbadan kurus sehingga terbentuk rangka di tengkuknya. Lelaki itu tersenyum dan menghulurkan tangan. Zainab tersengih seraya bingkas dari bangku itu.

"Rumah kita kat Dungun. Gane awal sangat abang datang?" Zainab betanya sambil menyengetkan kepalanya.

"Abang dari hospital besar. Ada emergency." lelaki itu menjawab soalan Zainab sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.

"Emergency? Bukan abang tak jadi dokto dah ke?" Zainab masih bingung.

"Abang ni pakar forensik. Diorang terhad. Diorang panggil abang. Buat postmortem." lelaki itu menjawab sambil berbangga.

"Boleh ke abang buat? Bukan abang takut darah." Zainab tersenyum sinis.

"Mula-mula abang tolak. Tapi dah terdesak, terpaksalah embrace." barangkali lelaki itu mencebik.

"Merajuk pula. Senyum lah. Jom balik." Zainab cuba memujuk tetapi lelaki itu masih membuat muka rajuknya.

"Sembey lah." giliran Zainab pula mencebik.

"Amboi. Orang merajuk dia pun nak merajuk." lelaki itu tersenyum melihat telatah adiknya.

"Okay. Abang dok merajuk. Jom jumpa mak." Zainab tersenyum. Begitu juga dengan abangnya. Kereta mereka meluncur laju di jalan raya menuju ke Dungun. Tempat di mana mereka tinggal.


LANGIT semakin gelap. Senja hampir memamah dunia yang makin suram ini. Hari demi hari, manusia di atas muka bumi tidak terlepas dari dosa. Sehingga masuk hari baru. Taubat nasuha menjadi jawapan untuk mencuci diri sendiri. Zainab dan abangnya sudah tiba di rumah. Sepanjang perjalanan, mereka banyak bercakap tentang tugar abangnya sebagai ahli forensik sambilan. Memang jarang orang bekerja seperti itu. Tetapi dia sahajalah harapan orang Terengganu. Maklumlah, pakar forensik di pantai timur ini terhad. Tetapi pembunuhan semakin bertambah. Sama ada sengaja atau tidak.

Zainab dan abangnya keluar dari kereta dan mendapatkan pintu rumah. Mereka memberi salam terlebih dahulu sebelum lelaki itu membuka pintu rumah dengan kunci yang terbiar di dalam poket seluranya. Pintu dikuak luas. Puan Rahmah terkejut apabila melihat kepulangan Zainab bersama abangnya. Dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa anak gadisnya mahu pulang ke rumah.

Keluarga Puan Rahmah saling bersalaman. Zainab dijemput untuk makan terlebih dahulu. Sudah menjadi kebiasaan hati seorang ibu apabila menyambut kepulangan anak. Makanan masakan sendiri perlu diberi untuk dijamu bersama. Saat-saat bahagia seperti makan berjemaah dapat dirasai sekali lagi setelah lama mereka terpisah. Bahagia melihat mereka bermesra semula. Tetapi lelaki yang digelar abah tidak dapat hadir kerana telah kembali ke pangkal jalan. Dia sudah tiada lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku