Lafaz rindu
Bab 1
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2017
Hidup ku Dayang berubah setelah menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga nelayan di Terengganu akibat dibuang keluarga. Dia yang merupakan pesakit autisme dibuang oleh neneknya Ku Hamidah walaupun ibunya Ku Dalila menentang. Kehilangan ayah angkat Ku Dalila menyebabkan dia dan ibu angkatnya kehilangan tempat bergantung. Dayang cuba mengubah nasib keluarga dan membuktikan kemampuannya walaupun menghidap autisme. Saat memori tentang keluarga kandungnya kian pudar,lafaz rindu Ku Dalila bertamu. Bagaimankah kesudahan hidup Dayang ? Mampukah pesakit autisme mencapai cita-citanya ?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
108

Bacaan






(half)

Ku Dalila termenung sendiri di dalam biliknya. Diaseolah-olah tidak percaya apa yang baru dia dengar tadi. Anaknya menghidap autisme?Ya Allah,dugaan apakah ini?

“Dalila tak mahu serahkan Dayang pada siapa pun bonda” KuDalila memegang tangan ibunya. Dia cuba meraih simpati walaupun dia tahukeputusan ibunya untuk menyerahkan Dayang kepada orang lain muktamad.

“ Budak tu cacat Dalila. Perkara itu boleh menjejaskanreputasi bonda,Dalila faham kan?”

“Dia tak cacat. Doktor kata Dayang menghidap penyakitAutisme bukan kecacatan” Ku Dalila mengesat air matanya.

“Itu bukan cacat ke ? Dalila tak malu nanti orang ejekDalila atau orang ketawakan Dalila sebab anak Dalila dapat markah rendah dalampeperiksaan? Bonda malu. Dayang tak boleh tinggal dengan kita Dalila. Dia taknormal macam cucu bonda yang lain. Keturunan kita terkenal dengan kekayaan dankebijaksanaan. Ini bukan tempat budak macam Dayang tu” Ku Hamidah masih dudukdi sofa tanpa sebarang riak bersalah.

Ku Dalila melepaskan keluhan. Nampaknya,keputusan itubenar-benar muktamad. Tapi yang pasti dia takkan benarkan sesiapa mengambilanaknya.

   “Kalau betul Bondanak serahkan Dayang pada orang lain, Bonda kena langkah mayat Dalila”

Kepala Dalila terasa berpusing-pusing. Semuanya terasaberpusing dan pandangannya menjadi gelap. Akhirnya, Dalila rebah dalam pangkuansuaminya. Ku Hamidah tidak menghiraukan keadaan menantunya yang telah pengsansebaliknya dia terus bangun dari sofa dan berlalu pergi.

“Dalila tak faham perasaan bonda. Dari dulu lagi bondalarang kamu kahwin dengan dia. Bonda cuba jodohkan kamu dengan anak Tan SriKhalid macam-macam alasan kamu bagi. Sekarang ni tengok apa yang dah jadi?” KuHamidah mula mengungkit kisah lalu. Dia sememangnya tidak mahu anaknyaberkahwin dengan Ku Dalila tetapi anaknya tetap berdegil.

“Bonda,kalau bonda salahkan Zaf atas apa yang terjadimaksudnya bonda tak terima ketentuan Allah. Sepatutnya kita sama-sama redha danbesarkan Dayang. Bukannya buang dia sebab penyakit dia. Bonda ingat Dalila nakanak dia jadi macam tu? Ibu mana tak sedih bonda” Ku Zafran mula bersuara. Sebolehnyadia tidak mahu bertengkar dengan ibunya itu namun dia perlu pertahankankeluarganya dan puterinya,Dayang.

                                       “Keluargakita takkan lengkap tanpa Dayang bonda”Sambungya lagi.

“Ketiadaan Dayang takkan jejaskan apa-apa dalam rumah nitermasuk suasana rumah ni. Semua orang akan lupakan dia seperti mana dia akanlupa asal usul dia” Ku Hamidah masih dengan pendiriannya. Baginya,reputasi dannama baik keluarga lebih penting.

“Bonda..”

Ku Hamidah menjegilkan matanya menandakan dia tidak mahudengar apa-apa bantahan dan alasan lagi. Ku Zafran berputus asa.

‘Sikap bonda takkan berubah pun sampai bila-bila’ desisnyadi dalam hati.

Dayang yang sedang leka bermain dengan abangnya hairandengan ibunya yang dari tadi memerhati mereka berdua. Dayang terus berlari kearah Ku Dalila. Dayang memeluk Ku Dalila dengan erat. Dia seolah-olah tahutentang kesedihan ibunya.

“Dayang anak ibu! Dayang di mana?” Ku Dalila berlari-larianak sambil memanggil nama anaknya. Tadi,kelihatan Dayang sedang bermain di kamarkhas. Tiba-tiba Dayang hilang dari pandangan mata ketika Ku Dalila terlelap.

“Sayang,kenapa ni?”Ku Zafran memasang riak risau apabilamelihat isterinya cemas.

“Dayang hilang. Tadi Dalila terlelap waktu jaga anak-anakkita. Bila Dalila bangun,Dayang tiada dalam kamar khas tu. Dalila risau. Dalilatakut bonda ambil Dayang” Ku Dalila menangis teresak-esak.

‘Tak mungkin sekarang’ detik hati ku Zafran.

“Abang,macam mana ni? Apa kita nak buat ni?”

“Sayang sabar dulu ya. Kita cari lagi. Kalau tak jumpa  juga nanti, kita jumpa bonda”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 1 | Bab1 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku