Siapa Kita Di Dunia Ini?
Siapa Kita Di Dunia Ini?
Genre: Alternatif
Kategori: Puisi
Paparan sejak 08 Disember 2017
Puisi ini cuba menyingkap siapa kita di atas muka bumi ini?Nukilan yang cuba mengajak pembaca merenung dan menilai diri dan sama-sama perbaiki kekurangan diri
Penilaian Purata:
186

Bacaan







Siapa kita di dunia ini?

Lelaki?

Wanita?

Atau manusia kekeliruan jantina?


Siapa kita di dunia ini?

Bayi?

Kanak-kanak?

Remaja?

Atau dewasa yang tewas pada godaan dunia?


Siapa kita di dunia ini?

Orang miskin?

Orang sederhana?

Atau orang kaya yang bazirkan harta ke lembah hina?


Siapa kita di dunia ini?

Bujang teruna?

Anak dara?

Atau suami isteri yang punyai gelora rumahtangga?


Siapa kita di dunia ini?

Putih?

Coklat?

HItam?

Atau cuma insan yang pandang rupa dari hati?


Ingatlah!

kita salah satu ciptaanNya

Yang diberi kewarasan akal

Namun tujuan kita tetap sama

Mengabdikan diri dan menuju ke Syurga






Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku