CERPEN FOUR SEASON - SAHABAT EMPAT MUSIM
CERPEN FOUR SEASON - SAHABAT EMPAT MUSIM
Genre: Keluarga
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 10 Disember 2017
Penilaian Purata:
229

Bacaan






SAAT mentari mula membenamkan diri untuk memberi peluang kepada sang bulan menyinari langit malam bumi bersama kerdipan bintang. So Jung merenung jauh ke sungai Han entah apa yang bermain dalam fikiran gadis itu.

“Impian dan sahabat? Adakah dua perkara yang berbeza? Mampukah aku mencapai impian aku tanpa sahabat tiga musim itu ada bersama aku? mampukah mereka lalui semua ini tanpa aku? apa agaknya akan berlaku dengan persahabatan kami jika Ha Neul dan Han Byeol dapat tahu keadaan aku yang sebenar?” itulah persoalan yang  keluar dari mulut So Jung. Sampai sekarang hanya Tae Yang yang mengetahui tentang keberadaan So Jung.  

 “So Jung, kita kena balik sekarang” ucap Tae Yang berjalan mendekati So Jung.

So Jung hanya menganggukkan kepala bersama senyuman manis terukir dibibir. Kediginan angin di sungai Han sudah cukup menyegarkan dirinya dan membuatkan dia berasa  ingin bangkit semula untuk mencapai impian.

 “Macam mana Ha Neul dengan Han Byeol? Mereka masih marahkan aku?” soal So Jung pandangan dialihkan ke arah Tae Yang yang sedang memimpin tanganya.

“Ya, sampai sekarang mereka masih tak faham kenapa kau tinggalkan sekolah dan kenapa kau hilangkan diri terus dari hidup kami.  Kalau mereka tahu aku jumpa kau di sini, mereka tentu akan bunuh aku. Macam tak kenal Ha Neul tu panas baran, Byeol pula tenang, Tapi, sekali dia mengamuk macam   gelombang besar Tsunami yang memukul  pantai. ”  Tae Yang  tersenyum ketika menjawab pertanyaan itu. Dia   dapat membayangkan  bagaimana wajah Ha Neul apabila mengetahui perkara itu.

“Hey! kau janganlah cakap dengan dia. Aku tak sedia lagi nak jumpa dia dan Han Byeol. Araseo? (faham?)” pinta So Jung senyuman perlahan – lahan hilang dari bibirnya. Hatinya mula berdegup  laju apabila memikirkan Ha Neul  dapat tahu perkara tersebut.

Ne, araseoyo So Jung ssi (ya, baiklah cik So Jung)” jawab  Tae Yang  sambil jari – jemarinya membetulkan rambut hadapan So Jung yang ditiup angin.  

So Jung hanya tersenyum menunjukkan lesung pipit di pipi. Dia tahu Tae Yang akan berpegang kepada janji. Pertemuan secara tidak segaja antara dia dan Tae Yang sedikit sebanyak melegakan dirinya kerana dapat meluahkan segala yang terbuku di pintu hati, umpama batu yang tersumbat di dada kini telah berjaya diekeluarkan sedikit demi sedikit. Tetapi, beban itu, kini beralih kepada Tae Yang kerana dia terpaksa merahsiakan pertemuan mereka daripada Ha Neul dan Han Byeol.

Setibanya di  Seoul  Art’s Private academy. So Jung terus mengatur langkah ke studio untuk memulakan latihan bersama  encik Brian. Langkahnya terhenti apabila terdengar suara  encik Brian memanggilnya.

“Choi So Jung!” panggil  encik Brian.

Degupan jantung So Jung seakan – akan terhenti ketika mendengar suara garau itu. “Ya  saya Sir?” perlahan – lahan dia memalingkan badan ke belakang sambil kepala ditundukkan sebagai tanda hormat kepada encik Brian.

“Kenapa tak  masuk kelas hari ini?” soal encik Brian berdiri betul -  betul di hadapan So Jung.

“Maafkan saya sir, sa,….” Menundukkan kepala untuk kali kedua “saya akan berlatih malam ni dan tunjukkan saya dah semakin baik”  jelas  So Jung dengan harapan setinggi gunung agar dia tidak didenda.

“Baiklah, saya beri masa selama seminggu untuk kamu mahir main lagu Yiruma – Kiss The Rain dan Because I Love You. Ingat, kamu pelajar istimewa di sini. jadi, tolong buktikan bahawa kamu benar – benar boleh lakukan. This is for your dream Choi So Jung” ecnik Brian meletakkan tangan kiri ke bahu  kanan So Jung sambil tersenyum.

“Baiklah sir, saya akan lakukan yang terbaik. Sebenarnya saya pergi ke sungai Han dengan kawan saya Kim Tae Yang. Saya rindukan udara segar di sungai Han. Saya perlukan semangat untuk meneruskan impian saya. Maafkan saya cikgu Brian. Lain kali saya tak  akan ponteng kelas lagi” 

 jelas So Jung panjang lebar, entah mengapa  hatinya berasa sebak ketika mengucapkan perkaraan yang dia mahu menghirup udara segar di sungai Han. Kata – kata itu seoalah – olah tempat ini tidak mempunyai udara yang menyenangkan dirinya.

So Jung berasa lega setelah encik Brian pergi. Dia melabuhkan punggung di  atas kerusi.  Jari – jemari mula menekan papan nada yang ada di hadapan. Meskipun dia dibenarkan berehat.  Namun, dia tetap mahu meneruskan latihan sehingga mahir memainkan lagu Kiss The Rain.

“Choi So Jung, Pogi hajima hal su isseo.  Ne, hal su isseoyo.  Hoemangeun naega jamdeulji anheun kkum   (choi So Jung, kau boleh lakukan, ya, aku boleh lakukan. Kerana  aku berharap impian ini tak pernah tidur)”  So Jung melafazkan kata – kata itu kepada dirinya sendiri sebagai pembakar semangat untuk meneruskan latihan.

  

Petang itu juga sekali lagi sungai Han menjadi tempat mereka berehat. Ha Neul hanya mendiamkan diri dan sesekali  mata dijelingkan ke  arah Tae Yang dan Han Byeol yang sedang bermain gitar sambil menyanyi.  Dia tidak boleh menunggu hingga Tae Yang berterus terang kerana dia amat memahami Tae Yang seorang yang berpegang pada janji.  

“Betul ke kita berempat sahabat? Kenapa kau larikan diri dari kami berdua dan pergi kepada Tae Yang?  kenapa Tae Yang rahsiakan dia jumpa kau? apa yang kamu berdua rahsiakan dari aku dan Han Byeol? Choi So Jung, permainan apa yang kau tengah buat sekarang ni?” bisik hati Ha Neul sambil menatap gambar mereka berempat ketika memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lotte World Flash mob championship setahun yang lalu.

“Hey,  Kang Ha Neul, kau termenung kenapa?” soal Tae Yang bersama senyuman.

“Macam mana persembahan flash mob kita di Lotte World nanti? Aku tak sabar nak menari sekarang” sambung Han Byeol, mata tepat memandang Ha Neul.

“Nantilah aku fikirkan. Aku tak  ada moodlah sekarang. Tapi yang pasti aku nak buat macam lagu tema Dream High” jawab Ha Neul, mengambil sebutir batu lalu dibaling ke tengah sungai.

“Oh, okay” jawab Han Byeol dan Tae Yang serentak sambil kepala dianggukkan.

  Tidak lama selepas itu, Ha Neul memanggil Tae Yang dengan nada suara yang agak kasar. “Kim Tae Yang!”   

Nae? (kenapa?)” jawab Tae Yang mengalihkan pandangan  semula kepada Ha Neul yang duduk di kananya.  

Ha Neul  bangun lalu berjalan ke  arah Tae Yang dan Han Byeol.  “Aku nak kau jawab dengan jujur, kau ada jumpa dengan So Jung bukan?” mata Ha Neul seperti ada pancaran api ketika menatap tepat ke wajah Tar Yang.

“Kenapa kau tanya aku soalan yang sama lagi? aku kata tak  ada, tak  adalah tu. Kenapa kau tak percayakan aku?”  Tae Yang juga bangun.

“Huh! tak ada? Ini apa?” Ha Neul menunjukkan gambar Tae Yang bersama So Jung beberapa hari lepas. “Ini apa? perempuan ni bukan So Jung? Kenapa kau rahsiakan dariapda aku dan Byeol?” 


Tae Yang tergamam ketika melihat gambar dia memegang tangan So Jung.  Dia melihat Han Byeol kemudian Ha Neul. Kini dia benar – benar tersepit antara  Ha Neul ataupun So Jung.  “Sebenarnya,….” Belum sempat Tae Yang menjelaskan perkara sebenar kepada mereka, Satu tumbukan hinggap ke muka Tae Yang.

“Kang Ha Neul!” jerit Han Byeol  pantas menghalang Ha Neul yang mahu memberikan satu lagi tumbukkan percuma kepada Tae Yang. “Kau ni apa hal? Janganlah macam ni” tambah Han Byol menolak Ha Neul ke belakang.

“Kita berempat dah janji sejak kali pertama kita kenal  tiga tahun lepas. Takkan ada rahsia antara kita. Kita adalah sahabat sebenar. Tapi,….”  Ucap Ha Neul cuba menahan perasaan marahnya.

“Sebab kita berempat sahabat, aku terpaksa rahsiakan perkara ni daripada kamu berdua. So Jung tak benarkan aku ceritakan hal ni.Tapi, aku tak sangka pula seorang sahabat sanggup belasah kawan dia sendiri sebelum   dengar penjelasan  daripada kawan dia”  Tae Yang mengeluarkan tisu dari poket lalu mengesat bibirnya sambil pandangan tidak dialihkan daripada Ha Neul.

“Kau memang patut dapat tumbukan tu sebab kau dah khianati kami. Aku tak sangka  tiga tahun berlalu aku masih belum kenal siapa Kim Tae Yang dan Choi So Jung” ketawa sinis. “Pergi mampuslah dengan sahabat kau tu” Tambah  Ha Neul.

 “Sahabat, sahabat. Hey! Sudahlah kamu berdua boleh tak berhenti bergaduh? Kang Ha Neul! kau tak patut belasah Tae Yang dan kau, aku tak faham kenapa kau rahsiakan daripada kami. Tapi, aku yakin So Jung yang tak benarkan kau   cerita dengan kami” celah Han Byeol berdiri di tengah – tengah antara Ha Neul dan  Tae Yang.

“Kenapa senyap? Gaduhlah lagi atau kamu berdua nak aku sediakan gelangang tinju kat sini lepas tu panggil juri tengok siapa menang atau kalah. Senyap pulak? Bertumbuklah sekarang! bodohlah!” wajah Han Byeol merah padam, dia mengambil gitar lalu memberikan kepada Ha Neul. “Nah! guna gitar ni belasah Tae Yang. Hey! Kau ambil batu ni baling  Ha Neul. benci betulah, macam budak – budak” tambah Han Byeol mengambil  bag yang ada di atas meja lalu pergi meninggalkan tempat itu.

Tae Yang menarik nafas dalam lalu membaling tisu ke dalam tong sampah. Mata dijelingkan ke  arah Ha Neul yang berdiri kaku memandang Han Byeol meninggalkan mereka.

“Kau nak macam ni? kau tahu Byeol macam mana. Kau dengan Byeol ikut aku sekarang” ucap Tae Yang tangan mencapai bag dan terus mengejar Han Byeol yang sudah berada jauh di hadapan.

“Park Han Byeol tunggu!” panggil Tae Yang sambil mengejar Han Byeol. Diikuti oleh Ha Neul di belakang.

Seoul Art’s Private Academy? Apa kita buat dekat sini?” soal Han Byeol berasa pelik melihat bangunan seolah – olah rumah banglo. Tetapi, kelihatan sepi  hanya yang kedengaran hanya alunan muzik dan suara orang menyanyi.

“Kenapa kau bawa kami dekat sini?” Ha Neul juga mengemukan soalan yang sama seperti Han Byeol.

“Kau akan tahu bila kita masuk. Cepatlah turun dan bayar tambang teksi”  Tae Yang memenadang Ha Neul.

“Apa? aku bayar?” soal Ha Neul

“Yalah, aku buat semua ni sebab kau. Kau kena ingat apa yang kau dah buat dengan aku hari ini. Bibir aku sakit lagi tahu tak”

“Yalah, aku bayar” tambah berlengah dia mngeluarkan wang sebanyak 5000 won lalu diberikan kepada pemamandu teksi. 

Setapak demi setapak mereka menghampiri bangunan itu. Ha Neul melihat sekitar kawasan yang tenang itu. Hatinya mula memanggil nama So Jung.  Pepohon yang melambai – lambai di tiup angin seperti menyambut kedatangan mereka.  Namun langkah Ha Neul terhenti di hadapan jendela apabila melihat  seorang gadis sedang asyik bermain piano. Wajah samar – samar membuatkan Ha Neul tidak pasti siapakan  gadis itu.  

Siang atau malam, lampu terpadam atau dihidupkan tiada   bezanya bagi So Jung. Dia tetap meneruskan latihan tanpa memperdulikan siapa berada di sekelilingnya.

“So Jung, kamu dah berlatih lagu Kiss The Rain?” encik Brian datang  menemui So Jung untuk melihat seajuh mana peningkatan yang  ingin dia tunjukkan.

“Ya sir, saya dah semakin baik” jawab So Jung bersama senyuman terukir di bibir

“Kalau macam tu saya nak dengar kamu main sekarang” encik Brian mengambil kerusi lalu duduk di sudut kanan piano.

So Jung hanya menganggukkan kepala lalu kedua-dua jari diletakkan di atas papan nada. Senyuman yang tadinya menghiasi bibir perlahan–lahan pudar. Dia cuba menghayati dan memasukkan emosi ke dalam lagu itu.

Tanpa dia sedari air mata mula mengalir   apabila mengenangkan semula saat – saat kemalangan yang meragut nyawa kedua – dua orang tuanya dan ketika bersmaa Ha Neul, Tae Yang dan Han Byeol. Janji mereka untuk membnetuk sebuah kumpulan K–Pop telah musnah disebabkan  kemalangan yang menimpa So Jung  tiga bulan lepas.

“So Jung menangis?”  Han Byeol seakan – akan tidak percaya gadis ceria itu menangis di hadapan mereka.

“Kenapa dengan So Jung?” soal Ha Neul memandang Tae Yang kemudian kembali kepada So Jung.

 “Aku tak tahu” jawab Tae Yang ringkas.

Ha Neul terus memerhati So Jung dari cermin kaca.  Baginya gadis itu seperti orang lain. So Jung yang dia kenali umpama pelangi yang akan menghiasi langit selepas hujan turun, seperti bintang yang memberi cahaya kepada langit malam dan umpama gula – gula kapas yang  dapat menimbulkan senyuman di bibir.  Tetapi, gadis yang ada di hadapanya dipenuhi dengan kesedihan yang dia sendiri tidak tahu apa puncanya.

Encik Brian memberikan tepukkan dia berasa bangga kerana So Jung akhirnya berjaya memainkan lagu itu tanpa kesilapan. “bagus, akhirnya kamu berjaya. Ambil tisu ni dan kesat air mata kamu. Saya tahu kamu rindukan mereka. kamu kena ingat everything happened for a reason” encik Brian menghulurkan sekotak tisu lalu tangan diletakkan di atas bahu  So Jung.

“Terima kasih  sir, saya akan lakukan yang terbaik dan bila saya dah bersedia saya akan jumpa mereka. walaupun keadaan saya dah tak macam dulu lagi” ucap So Jung cuba untuk tersenyum di hadapan guru yang selama ini banyak mengajrarnya untuk menerima kenyataan.

Setelah encik Brian meninggalkan tempat itu, So Jung memainkan lagu  because I love you.  Pada masa yang sama, Ha Neul perlahan – lahan mengorak langkah menghampiri So Jung.  Masa seakan – akan terhenti ketika Ha Neul melabuhkan  punggung di atas kerusi sebelah gadis itu.

“Choi So Jung, So Jung”  panggil Ha Neul di dalam hati.

Gadis itu seperti tidak menyedari kehadiran Ha Neul disebelahnya. Dia terus memainkan lagu daripada  Yiruma yang bertajuk because I love you.  Ha Neul hanya memerhati sehinggalah dia menyedari ada air mata yang bergenang di kelopak mata So Jung.  

Tangan Ha Neul pantas mencapai tisu yang ada di  atas piano lalu mengesat air mata yang hampir jatuh. Ketika itu,  dunia So Jung seolah – olah terhenti, dia mengalihkan pandangan ke kanan dengan pandangan yang kosong. Ha Neul pula mengukirkan senyuman.

“A...” Belum sempat Ha Neul membuka  mulut So Jung mula bersuara.

“Siapa?”  soal So Jung.

  Pertanyaan itu benar – benar meruntun jiwa Ha Neul. Dia terus merenung So Jung dan begitu juga So Jung. Apa yang berlaku dengan gadis itu? mengapa pandangan  kosong yang dia berikan kepada Ha Neul? itulah perkara yang bermain dalam fikiran Ha Neul.  

 Mendengar tiada  sesiapa memberikan jawapan So Jung bingkas berdiri lalu berjalan meninggalkan tempat itu. Ha Neul juga berdiri melihat gadis itu sedang meraba – raba dinding untuk mencari jalan keluar dari studio.   

“So Jung!” hati Ha Neul meronta – ronta memanggil nama So Jung.

“Siapa benarkan kamu masuk ke sini?” soal encik Brian  yang baru sahaja datang.

“Apa yang berlaku dengan dia?” soal Ha Neul kepada encik Brian.

“So Jung terlibat dalam kemalangan jalan raya  tiga bulan lepas. Ibu dan ayah dia maut dalam kemalangan tu dan So Jung hilang daya  penglihatan. Saya kenal kamu kerana So Jung selalu pasang video persembahan kamu meskipun dia tak dapat melihat. Tetapi, mendengar suara kamu bertiga sudah dapat mengubati rasa rindunya” jelas encik Brian panjang lebar. 

“Jadi, dia tak dapat melihat walau sedikit pun?” soal Ha Neul sambil mata masih tidak beralih melihat So Jung.

Encik Brian hanya menganggukkan kepala lalu tangan diletakkan di atas bahu Ha Neul. “Jangan biar dia tahu kamu tahu keadaan dia” sambung encik Brian lalu pergi.

Ha Neul terduduk, kedua – dua tangan diletakkan di atas kepala. Dia menyalahkan diri kerana tidak mengetahui hal tersebut dngan lebih awal. “Kenapa aku tak sedar semua perkara ni? aku... Aku... bukan sahabat yang baik untuk So Jung. Maafkan aku So Jung.” Ha Neul berdiri lalu melangkah untuk mengejar So Jung.

“Kau nak pergi mana?” Tae Yang cuba menghalang Ha Neul daripada menemui So Jung.

“Aku nak jumpa So Jung, Aku nak tanya kenapa,….”

“Micheosseo? (kau gila?) tak boleh! kau jangan jumpa dia sekarang”  Tae Yang meninggikan suara.

“Kenapa? kenapa kau boleh aku dengan Byeol tak boleh?” soal Ha Neul.  

“Aku tahu benda ni secara tak sengaja. Tolonglah jangan buat hal Kang Ha Neul. kawal emosi kau tu” jelas  Tae Yang.

“Betul kata Tae Yang tu. So Jung dah cukup menderita sebab terpaksa lalui semua ni seorang diri.Dia kehilangan orang yang dia sayang, penglihatan dan dia  mesti terkilan sebab tak dapat berterus terang dengan kita. Jadi, lebih baik kita tunggu sampai dia sedia” sambung Han Byeol yang juga  simpati dengan apa yang menimpa kawan baiknya itu.

“Jadi kamu nak aku tengok macam tu je?” soal Ha Neul semula. Namun, belum smepat pertanyaan itu dijawab oleh Han Byeol atau Tae Yang, encik Brian menemui mereka semula.

“Maafkan saya, kamu bertiga tolong senyap. Kamu nak So Jung dengar? Dia  dalam perjalanan ke sini. Jadi, tolong diam kalau kamu tak nak dia tahu kamu ada di sini” pinta encik Brian.

“Maafkan kami” Han Byeol menundukkan kepala. “Dah, jom kita balik. Tae Yang!”  Han Byeol memimpin tangan Ha Neul yang masih kaku berdiri di sebelah kanan pintu.

Matanya tidak berkelip apabila melihat gadis itu berjalan menuju ke  arahnya. Disebalik senyuman semanis gula – gula kapas itu tersimpan selautan  kedukaan yang meninggalkan   parut dalam hati So Jung.

“Sir Brian! Sir!” panggil So Jung berhenti betul – betul disebelah Ha Neul. Han Byeol dengan pantas menarik Ha Neul. Tetapi, dia melepaskan pegangan tangan Han Byeol.

“Ada apa So Jung? Kenapa kamu datang sini lagi?” soal encik Brian dengan nada suara yang biasa.

“Saya nak belajar lagu Yiruma Love Me. Lagu ni lagu kesukaan  kawan saya” So Jung memasang lagu yang dimaksudkan.

 Ha Neul    membisu apabila mendengar kata – kata So Jung. Tanpa dia sedari air mata perlahan – lahan mengalir ke pipi. Hatinya sebak melihat sneyuman So Jung.

“Jom kita pergi” bisik Tae Yang menarik Ha Neul dengan kuat.Tae Yang tidak mahu Ha Neul berterusan dirundung kesedihan melihat sahabat yang dia sayangi dalam keadaan sebegitu. 


HARI demi hari berlalu, Ha Neul masih memikirkan So Jung. Hatinya tidak tenang membiarkan  gadis itu mengharungi hidup dalam dunia gelap seorang diri. “macam mana kau boleh laluinya? Macam mana kau masih boleh senyum macam tu? apa yang buatkan kau jadi tabah macam tu?  Siapa kami pada kau? kenapa tak biarkan kami sama – sama mengharungi kesusahan ni bersama? Aku, takkan biarkan kau sendiri. Ya, aku takkan,….”  Ha Neul mengambil bag lalu melangkah meninggalkan kelas.

Yah! eodiga? (hey! Kau nak ke mana tu?” soal Han Byeol.

Ha Neul tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya terus  bergerak dengan lebih pantas.

“Ha Neul pergi mana?” soal Tae Yang yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.

“Tak tahu, dia pergi dengan bawa bag sekali” jawab Han Byeol sambil kepala digelengkan.

Tae Yang mengeluh lalu mengambil bag yang ada di  atas meja. “hey, budak ni! kau ikut aku sekarang, aku tahu dia pergi mana”   

Tanpa membuang masa mereka berdua meninggalkan kelas tanpa memperdulikan cikgu In Pyo yang baru sahaja  hendak masuk ke dalam kelas.

“Saya nak kamu berlatih sampai kamu mahir macam lagu Kiss The Rain. takkan kamu nak main macam ni depan kawan kamu nanti? Teruskan latihan saya akan datang semula” kata cikgu Brian  kemudian meninggalkan  studio. So jung hanya menganggukkan kepala sebagai tanda dia memahami apa yang disampaikan oleh jurulatihnya.

Ha Neul cepat – cepat bersembunyi  di balik pintu apabila encik Brian berjalan keluar.  Dia tidak mahu dimarahi kerana curi – curi masuk ke dalam akadami itu. Namun, tanpa dia sedari encik Brian sudah sedia tahu Ha Neul berada di luar  studio. Cuma, dia berpura – pura untuk tidak menyedarinya.

“Ha Neul, Ha Neul” ujar cikgu Brian sambil menggeleng – gelengkan kepala.

Ha Neul kemudianya duduk di sebelah So Jung lalu memainkan lagu itu bersama So Jung.  Gerak jari So Jung terhenti dia memalingkan pandangan ke kiri.

“Sir? Sir ke tu?” soal So Jung. Namun tiada balasan. Sebaliknya lagu terus dimainkan  So Jung tiba  - tiba mengukirkan senyuman lalu berkata, “Wah! Pandainya, mesti awak senior saya”  Ha Neul tersentap ketika mendengar pujian itu. Namun dia menahan diri untuk  bersuara.

“Terima kasih, sedap awak main lagu ni. Saya harap, saya boleh main sebagus awak bila saya mainkan lagu ni untuk kawan baik saya” senyuman masih menghiasi bibir So Jung.

Ha Neul tidak dapat menahan air mata yang hendak jatuh. Disebabkan rasa bersalah bercampur baur dengan perasaan simpati dan sedih, Ha Neul membiarkan sahaja air mata jatuh seperti hujan renyai – renyai membasahi tangan yang sedang sibuk menekan piano

“So Jung,….” Ha Neul akhirnya bersuara sambil pandangan dialihkan kepada So Jung yang ketika itu kaku seperti batu apabila mendengar suara yang biasa dia dengari berada di sebelahnya. 

“Choi So Jung” panggil Ha Neul sekali lagi. Air mata masih membasahi pipi.

 So Jung kaku untuk seketika, dia mengenali suara lelaki yang berada di sebelahnya. Perlahan – lahan tangan So Jung menyentuh wajah Ha Neul. Dia jelas dan yakin lelaki yang berada di hadapanya ialah Kang Ha Neul.

“Kang Ha Neul?” ucap hati So Jung tangan cepat – cepat dialihkan dari wajah So Jung.  Dia tidak tahu bagaimana lelaki tu tahu tentang keberadaanya di akademi itu.  “maafkan saya, saya kena pergi” So Jung berdiri seolah – olah dia tidak mengenali Ha Neul. Namun, belum sempat dia melangkah Ha Neul pantas mencapai tangan So Jung lalu berdiri.

“Kenapa larikan diri daripada kami?” soal Ha Neul.

“Ha Neul!” Tae Yang dan Han Byeol tiba di studio itu dan melihat Ha Neul sedang menggengam pergelengan tangan So Jung.

 “Kau diam Tae Yang. Aku nak tahu kenapa So Jung rahsiakan perkara ni dari Byeol dan aku?” tangan masih erat memegang pergelangan So Jung.

“Aku tahu secara tak sengaja sebab adik aku Tae  Hyung belajar dekat sini. Kau jangan salahkan So Jung” Tae Yang  menjawab soalan tersebut bagi pihak So Jung.  

“Maafkan aku. Tapi, aku tak nak kau, Byeol atau Tae Yang tengok keadaan aku macam ni. Aku malu dan,….” Diam seketika Dan aku tak nak impian kamu tergendala disebabkan aku”

Ha Neul, Han Byeol dan Tae Yang terdiam mendengar luahan So Jung. Mereka akui, mungkin mereka tidak dapat merasakan betapa sukarnya hidup dalam dunia gelap seperti yang dialami oleh So Jung. Namun sebagai sahabat, mereka berharap dapat bersama mengharungi hari – hari sukar itu bersama.

“Mungkin apa yang kau cakap tu betul, kami tak faham. Tapi, apa gunanya kami ada di sini kalau tak boleh bersama kau?” ucap Han Byeol dengan nada suara  yang lembut.

“Kau buta ke apa ke. kami takkan tinggal kau. impian kita macam mana?” sambung Tae Yang.

“Maafkan aku, aku tak boleh lakukan, aku dah tak boleh menari macam dulu. jadi, teruskan impian kamu  tanpa aku. Aku nak dengar kawan – kawan aku berjaya” ucap so Jung.

Ha Neul  meletakkan kedua – dua tnagan ke  atas bahu So Jung sambil memandang tepat ke wajah gadis itu. Lama juga dia berdiam diri merenung wajah  So Jung. “Aku, tak akan ke mana – mana tanpa kau. Kau tahu aku sayang kau, macam mana aku nak teruskan semua ni  tanpa kau dalam kumpulan kita?”

“Aku akan tinggalkan tempat ni” jawab So Jung dengan ringkas.

“Apa?” sahut mereka serentak mata dibulatkan. Tangan so Jung mengalihkan tangan Ha Neul dari bahunya.

“Ya, aku akan tinggalkan tempat ni dan ikut abang aku pergi amerika.  Jadi, lupakan aku. anggap aku tak pernah wujud  supaya kamu boleh teruskan impian kamu”

“Apa? kau  fikir semudah tu kami nak lupakan kau?  ini impian kita berempat, kau, aku, Han Byeol dan Tae Yang. Buta bukan penghalang kau untuk naik ke pentas. Kau,…” belum sempat Ha Neul menghabiskan kata – katanya Han Byeol mencelah.

“Kau boleh main piano untuk kami, kau boleh menyanyi. Kau pernah cakap yang impian tu takkan pernah tidur. Takkan kau putus asa sebab kau dah buta?”

“Apa guna kau masuk akademi ni? kalau kau nak larikan diri dari kami?” soal Tae Yang pula.

“Sebab,…. Sebab aku dah tak boleh menari, aku dah tak boleh  naik ke atas pentas. Sebab tu, aku belajar piano. Aku nak,…. Aku nak,…. Nak” sekali lagi So Jung terdiam, dia teragak -  agak perkataan apa yang perlu dia ucapkan. “Aku nak lupakan minat aku dalam dunia tarian dengan bermain piano. Kamu sendiri tahu, aku sukakan modern dance. Aku nak menari macam  Hyun Ah, Lee Hyo Ri. Tapi aku dah tak boleh lakukan semua tu. jadi aku,….”

 “Jadi, kau buat keputusan untuk belajar main piano?  Choi So Jung, kami perlukan kau. Tolong jangan tinggalkan tempat ni” rayu Ha Neul.

“So Jung, kau dah janji yang kau akan mainkan lagu Love me untuk Ha Neul. kau boleh mainkan lagu tu bila kita dah bentuk semula kumpulan kita”  Tae Yang cuba untuk mengubah suasana yang  diselubungi dengan  kesedihan itu.

“Betul tu, aku pun teringin nak dengar kau mainkan lagu tu” sambung Han Btyeol.

“Maafkan aku” perlahan – lahan So Jung melangkahkan kaki  meninggalkan studio. Air mata yang turun sudah semakin lebat membasahi pipi.  

“Choi So Jung!” panggil Ha Neul.

“Kamu pergilah, aku tetap takkan ubah keputusan aku.  Suatu hari kalau kita ada jodoh aku akan  kembali dan tunaikan permintaan kamu” So jung mengukirkan sedikit senyuman yang mungkin dapat mengubat sedikit kesedihan kawan – kawanya. “aku pergi dulu” sambung So Jung meninggalkan studio piano.

“So Jung! Choi So jung” panggil Han Byeol.

So Jung tidak memperdulikan  suara Ha Neul, Han Byeol dan Tae Yang yang memanggilnya. Ha Neul mengejar So Jung lalu mengapai pergelanganya. Namun, dengan pantas gadis itu melepaskan pengangan tangan Ha Neul.

“Lepas! Aku takkan ubah fikiran aku. Kalau betul kamu  kawan aku, teruskan je tanpa aku”

Ha Neul terdiam dia hanya melihat So Jung pergi. Tae Yang dan Han Byeol mendekati Ha Neul lalu menempuk bahu Ha Neul.Mungkin mereka patut membiarkan sahaja So Jung melakukan apa yang dia inginkan kerana mereka yakin suatu hari nanti gadis itu pasti akan kembali untuk mencapai impianya.

  “Dahlah, jom kita pergi” ucap Han Byeol.

“Betul tu, biarkan dia tenangnkan fikiran dia. Kita tak patut paksa dia lakukan apa yang dia tak nak” sambung Tae Yang.

Ha Neul hanya menganggukkan kepala, mungkin dia memang tidak mampu untuk memujuk So Jung sekarang, dia juga berfikir yang mereka bukan sahabat yang baik untuk So Jung. “Aku rasa kita tak layak jadi kawan dia, yalah kita tak tahu apa yang dia alami, kita tak tahu dia terlibat dalam kemalangan, kehilangan kedua – dua orang tua dia dan kehilangan penglihatan sekali”   mata dialihkan ke  arah piano.

“Aku pun rasa macam tu. Tak sangka kita tak tahu perkara ni dan tak  sangka dia boleh harungi semua benda ni sendirian”  Ha Byeol mnengeluh.

“Kalau tak disebabkan adik aku, aku takkan tahu keadaan sebenar dia, aku akan sangka yang dia dan keluarga betul – betul pindah ke Jepun.  Tapi, aku minta maaf sebab terpaksa rahsiakan dariapda kamu semua. Dia tak nak kamu tahu” jelas Tae Yang. Rasa bersalah kepada Ha Neul dan Ha Byeol. 


TIGA TAHUN KEMUDIAN

“Hai adik – adik, terimalah alunan piano daripada  abang  Kiss the rain”  jari – jemari Ha Neul diletakkan di  atas piano. Perasaanya mula sebak sebaik sahaja jari menekan kod pertama. Entah mengapa setiap kali dia memainkan lagu daripada Yiruma, So Jung akan muncul dalam ingatanya.

 Han Byeol dan Tae Yang tersenyum mendengar alunan piano yang menenangkan itu. kini sudah tiga tahun selepas So Jung menghilangkan diri tanpa khabar  berita. Seoul Art’s Private Academy juga telah dibuka kepada orang kurang upaya yang mahu mempelajari bidang seni  atas cadangan Ha Neul, Han Byeol dan Tae Yang.

Disebabkan itu, setiap minggu mereka akan membuat persembahan dalam dewan  di akademi itu untuk memberikan  semangat kepada orang yang kurang bernasib baik. Tetapi, mempunyai impian dan berkeinginan untuk mencapai impianya sendiri.

“Dengarkan alunan seterusnya  Love me. Sebelum saya mainkan lagu ni ada sesuatu yang ingin saya katakan. Cinta tidak semestinya untuk kekasih, lagu ini saya tujukan untuk sahabat saya yang saya cintai Park Han Byeol, Kim Tae Yang dan   Choi,…. So Jung, dengarkan”  sekali lagi  jari diletakkan di  atas piano, dia tetap mengukirkan senyuman meskipun ada dalam kalangan penonton yang tidak dapat melihat, mendengar, bisu ataupun cacat anggota badan lain.

 Belum sempat Ha Neul menekan kod pertama lagu tersebut,  seorang perempuan memakai gaun putih bersama topeng duduk di sebelahnya. Lalu jari diletakkan di atas piano dan mula memainkan lagu love me.  Ha Neul tergamam seketika, matanya tidak berkelip memandang gadis itu.  Namun, suara Tae Yang  menyedarkan Ha Neul daripada dunia khayalanya, dia terus  melakukan duet bersama gadis itu, menjadikan persembahan mereka semakin menyayat hati.  

“So Jung?” mata Han Byeol tidak berkelip.

“So Jung? Mustahil dia” jawab Tae Yang. Dia juga tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

 gadis yang memakai topeng itu benar – benar misteri. Belum pun lagu habis dimainkan, lampu dalam dewan terpadam dan sekelip mata gadis yang duduk bersebelahan dengan Ha Neul hilang ghaib, entah ke mana dia telah pergi.  

 “Mana dia?” bisik hati Ha Neul melihat sekeliling. Namun, tiada bayang gadis itu.

 Habis persembahan tersebut, Tae Yang, Ha Neul, dan Han Byeol tampil di hadapan pentas. Hari ini adalah hari istimewa iaitu ulang tahun enam tahun persahabatan mereka berempat. Disebabkan itu, hari ini mereka mahu bercerita tentang erti persahabatan dan impian.

“Ipian dan mimpi? Adakah dua perkara yang berbeza? Adakah impian itu hanya layak untuk orang yang mempunyai bakat sahaja?  Bagaimana pula jika  seseorang itu  tidak mempunyai bakat perlukah dia melupakan impianya dan hidup dalam keadaan yang tidak dia inginkan? Ucap Tae Yang menanggalkan topi yang ada di kepala.

“Bagaimana pula dengan sahabat dan impian? Dua perkara yang berbeza. Siapa akan kita pilih? Sahabat atau impian?  Apa yang akan kita lakukan jika sahabat itu tidak dapat mencapai impianya bersama kita? Sahabat insan yang akan memberikan semangat untuk kita meneruskan impian meskipun dia tidak bersama dengan kita. Tetapi, semangat dan azimatnya selalu menjadi ingatan  dalam setiap langkah untuk menjadikan impian realiti”  Han Byeol melangkah setapak ke hadapan. Disebalik senyuman itu ada tersimpan perasaan sedih kerana So Jung tidak ada bersama mereka.

“Bagi kami, mimpi, impian dan sahabat semuanya satu. Mimpi membawa kepada impian, impian akan membawa kita untuk mengenal erti persahabatan sebenar. Kami berdiri di sini dengan harapan,….” Ha Neul mengalihkan pandangan kepada Han Byeol dan Tae Yang. 

“Hmm” Tae Yang mengaggukkan kepala. Begitu juga dengan Han Byeol. Namun, sekali lagi belum sempat pun Ha Neul  membuka mulut. Gadis yang memakai gaun putih  muncul dari  belakang piano.

“Kekurangan bukan penghalang untuk seseorang itu mencapai impian mereka. Anggaplah kekurangan yang dimiliki itu adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Saya, pernah merasa dunia saya gelap selama hampir dua tahun. Masa tu, saya rasa hidup saya dah tak  ada  makna. Tapi saya silap, saya lupa saya ada Tuhan dan saya ada mereka yang sentiasa mahu membuatkan saya kembali ke sini”  So Jung membuka topeng lalu pandangan dialihkan kepada tiga sahabat lelakinya itu.

 “Choi So Jung!”  Ha Neul  tanpa segan silu memberi pelukkan kepada So Jung. Air mata mula mengalir seperti hujan yang bakal lebat.

 “So Jung!”  Han Byeol dan Tae Yang juga mendekati So Jung. Air mata mereka mula mengalir apabila  melihat So Jung dan Ha Neul sedang menangis.

Rasa kerinduan yang membuak -  membuak seperti larva gunug berapi yang hampir meletus dilepaskan di situ. Mereka tidak dapat menahan tangisan masing – masing dan buat pertama kali So Jung melihat tiga  lelaki itu mengalirkan air mata di hadapanya.  

“Terima kasih kepada tiga lelaki ini, Ha Neul seperti langit dan musim panas  yang sentiasa ada melindungi saya ketika saya memerlukan teman untuk ketawa atauppun menangis, Tae Yang seperti cahaya matahari pada musim bunga yang selalu menerangi hari – hari siang saya dengan cahayanya. Meskipun ketika hari saya tidak boleh melihat dan Han Byeol sama seperti sebutir bintang pada musim luruh, walaupun kecil. tetapi, mampu membuatkan  saya tersenyum dan ceria. Terima kasih sahabat kerana tidak pernah melupakan aku”

“Dan So Jung bermaksud “precious” , berharga sama seperti musim sejuk yang dapat mendiginkan hati yang sedang panas. Dia juga penting ibarat langit, matahari dan bintang yang sangat memerlukanya untuk sama – sama mengejar impian yang terunda”

 Pelajar – pelajar Seoul Art’s Private Academy memberikan tepukkan dan sorakkan kepada mereka ada juga yang mengalirkan air mata. Termasuk encik Brian yang melihat bagaiman So Jung sebelum ini dan bagaimana tiga orang lelaki itu menjadikan  akadami itu sebuah akademi yang dipenuhi dengan rasa kasih sayang, impian dan erti persahabatan.

“Kang Ha Neul. Park Han Byeol, Kim Tae Yang aku rindukan kamu” ucap So Jung mencubit pipi mereka seorang demi seorang.

“Kau budak  jahat. Sanggup kau tinggalkan kami macam ni?” ujar Han Byeol merajuk.

“Aku pun nak merajuk! Kau buat kami jadi gila selama itga tahun sebab tak   ada hubungi kami langsung. Budak jahat!”  Tae Yang tersenyum,

“Hey! Janganlah marah. Aku dah kata yang aku  akan kembali bila masanya dah tiba. Byeol, Tae Yang janganlah marah, kau nak aku pergi lagi ke?”  So Jung berpura – pura hendak meninggalkan tempat itu.

“Hey, hey, hey jangan” pantas Han Byeol dan Tae Yang memegang tangan So Jung sambil tersenyum.

Ha Neul juga tersenyum, selepas tiga tahun mereka bertiga akhirnya dapat mengeluarkan senyuman keriangan yang sebenar di hadapan So Jung. “So Jung, terima kasih kerana kembali kepada kami”

“Ya, terima kasih kerana tak pernah tinggalkan impian kamu.  Sekarang aku akan kejar impian kita semula. Sahabat dan impian kedua – duanya berharga dalam hidup aku” ucap So Jung ada air mata yang  bergenang di kelopak matanya.

Mereka berempat sekali lagi saling berpelukkan, tiada kata – kata yang mampu mengungkapkan perasaan mereka ketika itu, hanya air mata yang dapat mereka luahkan sebagai tanda  bersyukur di  atas pertemuan semula itu.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku