Isteri Imam Muda
Satu
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Hasif dan Maryam Hannah,musuh ketat di sekolah menengah. perangai samseng Hasif membuatkan Hannah rimas memandangkan dia memegang jawatan pengawas. Walaupun di mulut kata benci namun di dalam hati berbunga-bunga. Dengan perangai Hasif yang gila-gila itu siapa yang tidak terpikat?Hannah terus memendam perasaanya sehingga ke alam universiti.Takdir Allah menemukan mereka kembali. Tapi Hasif.. "Manusia boleh berubah,samseng pun boleh jadi imam muda"-Hasif "Mati hidup balik pun saya takkan percaya awak"-Maryam Hannah "Aku takkan layak untuk manusia sempurna macam kau. Lupakan aku"-Hasif
Penilaian Purata:
414

Bacaan






"Mohamad Hasif,lambat"Laju sahaja mulut Hannah bertutur apabila Hasif masuk ke perkarangan sekolah. Dia membelek-belek buku catatannya.

"Eh,murai. Kau ni ada masalah dengan aku ke? Aku tahulah aku lambat" Hasif menyenteng lengan bajunya. Mukanya merah padam.

"Ya saya ada masalah dengan awak. Awak lambat tiap-tiap hari. Saya sebagai Biro Disiplin Pengawas yang kena jawab dengan cikgu nanti"

Hannah bercakap dengan nada tegas. Dengan samseng sekolah seorang ini,mana boleh cakap lembut-lembut. Hasif tidak menunjukkan sebarang reaksi. Marah mungkin?

"Nampak gaya perhimpunan dah tamat. Cantik!"Hasif tersenyum bangga.

Hasif melirik kearah jam kelas. 'Dah pukul 10? Cikgu Samad panggil aku kebilik guru pukul 10 kan?'

Hasif terus membetulkan tali lehernya lalu bergegas ke bilik guru. Eh kenapa si murai pun ada kat sini?

"Lambat" bisik Hannah perlahan. Namun hasif masih boleh mendengar lantas air mukanya berubah.

"Tujuan saya memanggil kamu berdua ke sini adalah untuk memaklumkan kepada kamu bahawa pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih kamu memasuki pertandangan kuiz matematik minggu hadapan"

Cikgu Samad memandang Hannah dan Hasif dengan pandangan serius.

"Kami berdua ke cikgu?"Hannah tidak akan hairan kalau dia dipilih. Tapi Hasif?

"Kau nak kata aku tak layak ke apa ni?"

Hannah menjongketkan bahu. Malas nak bergaduh dengan samseng ni. Takda faedah pun. Orang tak kat apa pun kat dia,yang dia lebih-lebih perasan tu dah kenapa?

"Saya nak tarik diri cikgu"

                                                                                               *



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku