Dia, Like The First Snow (Re post)
PROLOG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
357

Bacaan






DARI jauh kelihatan seorang gadis bertubuh kecil molek bergaun putih labuh berdiri di tengah-tengah permaidani bunga kanola yang mekar menguning pada musim bunga. Di belakang terpapar pemandangan Gunung Sanbangsan yang begitu indah sekali dengan langit membiru tanpa hadiranya ang awan hitam. Bibirnya tersenyum merenung sejambak bunga ros merah di tangan.   

Tiupan bayu sepoi-sepoi bahasa mengalunkan rambut panjang yang terhurai. Hari yang begitu indah sekali umpama dia seorang puteri yang menunggu datangnya si putera hati. Tubuh kemudianya dipusingkan ke belakang saat telinga disapa dengan bunyi kasut yang sedang berjalan diantara bunga-bunga kanola yang mekar menguning. Seorang lelaki lengkap bertaksido putih mengatur langkah setapak demi setapak menuju kearahnya. Jantungnya mula berdegup kencang dan senyum mekar mengembang menyambut kedatang si dia.

“Sahara Irdeena!” laung lelaki itu. Kedua-dua tangan didepa sambil bibir tidak lelakang dengan senyuman. Dia mempercepatkan langkah dengan berlari untuk mendapatkan Hara. Hara membalas dengan senyum lalu berlari sama seperti lelaki itu. Mereka sudah tidak mampu menahan rasa rindu di hati yang membuak-buak.

Langkah demi langkah yang diatur penuh dengan rasa debaran Di udara kedengaran riang bunyi burung menyanyi riang menjadi muzik latar pertemuan dua insan yang saling mencintai. Dalam hati penuh dengan rasa kerindui. Ada air mata bergenang di kelompak mata yang disembunyikan dengan senyuman. Sudah lama dia menunggu saat ini. Saat cinta mereka akhirnya bersama.

Namun, langkahnya terhenti saat mendengar satu bunyi tembakkan kuat. Seluruh tubuh membatu bila melihat lelaki yang berdiri dihadapanya perlahan-lahan rebah jatuh ke tanah. Kelihatan satu susuk tubuh berpakaian serba hitam bersembunyi di sebalik bunga-bunga kanola yang mekar.   

Jambakkan bunga ros ditangan jatuh ke tanah. Perlahan-lahan air mata mula jatuh membasahi pipi. Dalam keadaan lemah lelaki bertaksido putih itu tetap juga cuba bangun semula untuk mendapatkan Hara. Tangan kirinya menutup bahagian tubuh yang terkena tembakkan. Manakala sebelah lagi tangan menekan tanah dengan menggunakan seluruh tenaga untuk berdiri semula.

Dia tidak akan mati begitu saja tanpa mengucapkan segala rasa yang terpendam di jiwa. Dia mahu gadis itu tahu yang selama ini dia cuma mencintai gadis itu dan tidak pernah ada seorang pun yang boleh menggantikan Sahara Irdeena dalam hatinya. Hara… saya akan datang pada awak bagai salji pertama. Maafkan saya sebab tak dapat melindungi awak lagi. Bisik hatinya. Tanpa dia sedari air mata juga jatuh membasahi pipi.

Langkah demi langkah yang dia ambil terasa begitu berat. Darah merah mengalir semakin deras seolah-olah tidak akan berhenti. Taksido putih yang dipakai juga telah bertukar warna menjadi merah. Wajah dan bibirnya bertukar pucat dan mata kini ketika layu seolah-olah akan terpejam pada bila-bila masa saja.  Hara berlari bersama air mata deras untuk m endapatkan lelaki itu.  

“Ha… Hara…” lelaki itu memanggil namanya. Kedua-dua tangan menyentuh lembut pipi Hara sambil bibir mengukirkan senyuman. Rasa sakit tidak diendahkan asalkan dia dapat mengungkapkan apa yang terpendam dalam jiwa.

Hara hanya mengangguk menggenggam erat tangan lelaki itu. Air mata masih mengalir kerana tidak sanggup melihat lelaki yang dia cintai berada dalam kesakitan.

“Saya… Saya…”

Sekali lagi Hara dikejutkan dengan bunyi tembakkan datang dari arah belakang. Serta merta lelaki itu rebah dalam pelukkannya. Hara cuba membangunkan lelaki itu. Tapi, tidak ada balasan. Kaki yang terasa lemah pantas rebah ke tanah. Buntang matanya meliar melihat persekitaran yang bertukar sepi. Tidak ada lagi siulan nyanyian burung, langit nan biru atau sinaran terik mentari. Semuanya bertukar menjadi ribut yang menyatkukan angin dan hujan membasahi Hara dan lelaki yang terbaring di pangkuanya.

“Awak... awak tolonglah bangun. Jangan tinggalkan saya!” air mata tidak henti-henti mengalir jatuh sambil kepala lelaki itu diangkat lalu dibaringkan di atas ribanya. Tangan lelaki itu dia genggam dengan erat sekali sambil sebelah tangan menepuk-nepuk lembut pipi lelaki itu.

“Tolong… Tolong jangan tinggalkan saya” rayu Hara mendakap erat tubuhnya.

“Sahara Irdeena…” tangan lelaki itu menyentuh wajah Hara.

“Awak?” bulat mata Hara melihat lelaki itu membuka matanya. Tanggisan belum lagi terhenti

“Saya… betul-betul cintakan… awak” sambungnya dengan darah mula keluar dari mulut.

“Saya pun cintakan awak. Jadi tolong jangan…” belum sempat dia menyebut perkataan seterusnya. Tangan lelaki itu jatuh ke tanah, kedua-dua mata kini tertutup rapat dan tidak ada lagi denyutan jantung di dadanya

“Uh? Awak… awak… janganlah buat saya macam ni. Janganlah takutkan saya. Cepat buka mata awak” rayu Hara menggeggam erat tangan lelaki itu. Tapi, tidak ada balasan atau pergerakkan darinya menahambah lagi rasa sebak di dada.

Dia terus menangis sambil mata meliar melihat kawasan sekeliling. Tidak ada sesiapa yang berada di situ untuk membantu mereka. Dia melarikan semula pandangan pada lelaki yang seakan-akan tidak lagi bernyawa. “Tolonglah bangun, tolong… tolong jangan buat saya macam ni!” tubuh lelaki itu didakap erat



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku