Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 01
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
311

Bacaan






SUKA atau tidak Hara kena pilih salah seorang dari sepuluh calon yang mama dah senarai pendekkan. Semua ni untuk masa depan Hara. Kalau nak tunggu kamu bawa calon sendiri sampai ke kuburlah mama tak dapat menantu. Abang dengan adik dua-dua sama. Jangan-jangan nak mandi bunga baru dapat jodoh” bebel Datin Shida dengan serius. Sampul bersaiz A4 diletakkan di atas meja belajar Hara.

Hara hanya merenung sampul itu dengan wajah kosong. Dugaan apakah yang sedang menimpanya kali ini? Disangkakan cuti semester kali ini tenang. Tapi, perkara sebaliknya pula berlaku. Datin Shida telah menemui cara baru untuk menjodohkan anak gadisnya itu.

“Kalau Hara jumpa lelaki tu dan Hara tetap tak suka dia. Mama masih nak paksa Hara untuk teruskan hubungan tu ke/” soal Hara. Buntang mata dilarikan daripada sampul kepada Datin Shida yang berdiri di tepi meja.

“Kalau Hara betul-betul tak boleh terima lelaki tu. Okey, mama takkan paksa. Sekarang mama cuma nak Hara keluar sekali dengan salah seorang dari calon-calon tu. Faham?” jawab Datin Shida. Tangan menepuk lembut bahu Hara.

Hara mengangguk lalu tersenyum. Kata-kata itu sedikit melegakan hatinya. Mungkin tidak ada salah untuk dia cuba mengenali seorang lelaki yang tidak dikenali. Hidup perlukan perubahan Hara, Kau dah 25 tahun, tiba masa untuk kau berubah dan buka hati untuk mengenali apa itu erti cinta, mencintai dan dicintai oleh seorang insan bernama kekasih. Bisik hati kecil Hara yang masih keliru dengan keputusan sendiri.

“Mama bagi masa seminggu. Kalau Hara tak nak pilih, mama akan pilihkan” sambung Datin Shida. Dia meninggalkan bilik Hara.

Selepas Datin Shida beredar dari situ. Tubuh pantas dihempaskan ke katil. Kipas yang sedang berputar di siling dia renung dengan perasaan bercampur bau. Entah apa yang sedang difikirkan oleh ibunya  sehingga tidak sabar-sabar mahu melihat anak gadisnya naik pelamin. Dia sendiri belum bersedia untuk bergelar isteri kepada seseorang. Tambahan pula, dia masih lagi bergelar seorang pelajar di salah sebuah universiti di Korea. 

 “Argh! Apa aku nak buat ni?!”

Tidak senang duduk dia memikirkan perkara itu. Tubuh dipusingkan ke kiri ke kanan cuba mencari jalan penyelesaian. Tapi, buat masa ini dia belum menemui jalan keluar untuk masalah itu.. Alahai!  Masak aku macam ni! Kalau aku ingkar aku akan jadi anak derhaka kalau aku terima hidup aku sendiri yang akan mendenrita.

“Ya Allah, Stress!” Hara duduk. Mata memandang telefon yang ada di atas meja.

“Tia?” nama itu tiba-tiba saja meluncur dibibir. Selama ini jika dia menghadapi masalah atau tertekan, Tiara atau lebih mesra dengan panggilan Tia adalah orang yang akan mendengar dan membantunya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Telefon di atas meja dia capai untuk menghubungi Tiara.

Hello beb, kau kena tolong aku” kata Hara sebaik saja Tiara menjawab panggilanya.

“Amboi, cantik punya bahasa? Beri salam pun tak tiba-tiba nak minta tolong?” balas Tiara di hujung talian. Hampir saja dia putuskan panggilan kerana terkejut mendengar suara panik Hara tadi.

Sorrylah aku panik. Assalamualaikum sahabat dunia akhirat”  

“Waalaikumsalam. Sahabat dunia akhirat? Kau kalau nak minta tolong bukan main lagi panggil sahabat dunia akhirat bagai. Nak aku tolong apa pula ni?” Tiara bersandar pada kerusi sambil tersengih-sengih. 

Hara diam seketika. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu berkongsi masalah rumit ini atau tidak. Selama ini, Tiara sudah banyak terbeban dengan cerita-cerita sedih hidupnya. Tapi, buat masa ini dia cuma ada Tiara untuk mendengar luahan hatinya. Maafkan aku Tia, aku terpaksa bebankan telinga kua sekali lagi.

“Hei! Apa dia? Ceritalah cepat” desak Tiara yang sudah tidak sabar-sabar mahu mendengar cerita Hara. Baginya, luahan hati Hara sedikitpun tidak membebankan hidupnya. Dia sebaliknya bersyukur dan gembira kerana itu bermakna Hara benar-benar menganggapnya sebagai seorang sahabat.

“Mama aku nak jodohkan aku dengan…”

 Belum sempat dia menceritakan situasi sebenar. Kedengaran di hujung talian suara Tiara ketawa galak sambil menghentak-hentak meja. Itu adalah aduan biasa yang dia dengar dari Hara. Tapi, keadaan ini sedikit pun tidak melucukan bagi Hara. Dalam tempoh dua-tiga tahun ini, ini adalah perkara paling drsatik yang pernah dilakukan oleh Datin Shida dan dia tahu Datin Shida tidak akan menyerah begitu saja jika rancangan kali ini juga gagal.

“Mama kau ni memang hebatlah Hara. Kali ni dia nak jodohkan kau dengan siapa pula?” soal Tiara. Dia masih geli hati mendengar khabar yang dibawa oleh Hara.

Hara ketap bibir. “Gelaklah. Gelak puas-puas. Aku memang tengah buat lawak ni” balasnya dengan geram.

Tiara terdiam, mulut dia tutup dengan tangan. “Sorry, sorry, aku cuma rasa kelakar sangat bila mama kau nak jodohkan kau. Dah macam cerita P Ramlee pulak main pilih jodoh untuk anak”

“Itulah pasal. Tapi bukan aku seorang aje kena pilih jodoh” Hara tersengih-sengih. Tidak sabar rasanya mahu mendengar reaksi Tiara.

“Seorang lagi siapa Bapa kau?” usik Tiara sambil ketawa.

“Ha’ah bapa aku. Kalau kau nak tengok mama aku keluar silat gayung cakaplah macam tu”

“Janganlah marah. Aku gurau aje. Dah tu siapa lagi seorang?”

“Harris Naufal” jawabnya dengan suara yang serius. Bibir mengukir senyum bila menyedari tidak ada reaksi daripada kawan baiknya itu.

“What? Abang Harris?!” senyuman yang tadinya menghiasi bibir mati serta merta selepas mendengar kata-kata Hara. Dia tidak menyangka Datin Shida akan libatkan Harris dalam rancanganya kali ini. Ada sedikit rasa kecewa bila mengenangkan Harris akan keluar bersama gadis lain.

Helo! Helo! Hei Tia kau dengar ke?” selepas seketika Hara kembali bersuara untuk bertanya khabar Tiara yang tiba-tiba saja menyepi.

 “Hello, aku dengarlah. Tengah syok tengok She Was pretty tadi. Biar betul mama kau ni? Abang Harris CEO hotel tu pun dia nak carikan jodoh?”  soalnya berpura-pura tenang. Tidak ada gunanya dia kecewa kerana selama ini dia cuma menyukai Harris dari jauh dan berdoa kepada Allah semoga saja perasaan itu dihapuskan kerana dia sedar Harris tidak mungkin tercipta untuknya.

 “Oh, aku ingat kau  frust sebab along nak kahwin” usik Hara dengan senyuman.

“Hah? Frust? Tak adalah, baguslah kalau dia kahwin. Dia pun tak lama lagi nak masuk three series sesuai sangatlah kalau kahwin sekarang”  jawab Tiara dengan senyuman. Semuanya telah ditentukan dan dia haruslah terima dengan hati yang terbuka.

“Hmm…Baguslah macam tu. So, kau ada idea ke tak ni?”

 “Idea apa? Kau tak cerita lagi mama kau buat apa” pertanyaan Hara dia balas dengan pertanyaan. Sepanjang mereka berbual sejal lima minit lepas, Hara belum pun menceritakan dengan siapa dia hendak dijodohkan.

 “Aku tak ada cerita erk? Okey sekarang aku cerita kau dengar baik-baik. Mama aku dah senaraikan pendek sepuluh calon terbaik untuk aku pilih. Aku tak tahulah dari mana dia dapat semua tu. Tapi yang pasti, mesti dari syaarikat cari jodoh. Sekarang apa patut aku buat?” jelas Hara panjang lebar. Dia berharap Tiara mampu memikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalah ini. Kalau boleh dia tidak mahu bertemu dengan seorang pun dari calon-calon yang entah siapa-siapa itu.

“Oh macam tu. Bijak juga mama kau ni. Pada pendapat aku, kau pergi ajelah blind date tu” selamba saja jawapan itu keluar dari mulutnya.

“Ha? Per… pergi?” jawapan Tiara membuatkan Hara tercengang. Jika itulah idea paling bernas dia boleh berikan. Baik, Hara fikirkan sendiri cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Kenapa kau senyap? Idea aku tak best ke?”

“Bukan setakat tak best. Tak membantu langsung” balasknya. Hara bersandar pada kepala katil sambil merenung sampul yang ada di atas meja.

Di hujung talian dapat Hara mendengar hembusan nafas Tiara. Harap-harap kali ini dia akan fikirkan idea yang lebih baik dari tadi. Sementara menunggu idea Tiara, tangan kanan mencapai sampul yang ada di atas meja lalu mengeluarkan helaian kertas dari dalam sampul.Helaian kertas diletakkan di atas riba. Hara merenung muka depan kertas tertulis ‘Calon jodoh untuk Hara’

Helaian demi helaian dia buka untuk melihat calon-calon yang terdiri daripada naka datuk, polis, doktor, penysarah pun ada. Tapi, tak ada seorang pun yang berkenan di hati. Mana taknya ada yang muda tiga, empat tahun dari usianya. Tolonglah aku tak suka lelaki muda dari aku. Tak boleh panggil dia ‘abang’ nanti.

“Hey, kau dah ada idea ke belum?” soal Hara semula. Tolonglah ada idea yang bernas.

“Kejaplah, aku tengah fikir. Idea yang kau minta ni lebih susah dari soalan STPM” balas Tiara. Dia agak tenang.

“Okey, teruslah berfikir”

Dia menyambung kembali aktiviti membaca profil calon jodoh ke enam iaitu anak kepada pensyarah di salah sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. Dari gambar dan latar belakangnya agak menarik. Tapi, yang tak menariknya dia sukakan perempuan yang berhijab, lemah lembut, anggun ala-ala wanita melayu terakhir dan dia harapkan calon isterinya bukan penggemar drama atau pelakon Korea.

Muka dah handsome, latar belakang dah elok. Tapi, ada ke perempuan yang tak suka drama Korea? Kalau ada pun yang pasti bukan aku. Calon ke enam out!

Tangan membelek lagi muka surat seterusnya. Tapi, calon-calon yang ada langsung tidak menepati cirri-ciri yang dia mahukan. Dia juga tidak miliki cirri-ciri gadis yang lelaki-lelaki itu mahukan. Namun, buntang mata terhenti ketika melihat sekeping gambar dengan wajah yang  biasa dia lihat.  

 “Biar betul apa yang aku nampak ni?” omelnya sedikit terkejut.

“Nampak? Nampak apa?” soal Tiara di hujung talian. Tiba-tiba saja hatinya rasa gementar mendengar kata-kata itu.

“Tak ada apa-apa. Kau terus fikir idea untuk tolong aku” jawab Hara menggeleng.

Matanya tidak berkelip dari merenung wajah dalam gambar bersaiz pasport. Wajah yang serius. Tapi berkarisma, sesuai dengan karakter lelaki yang dia panggil dengan nama mamat dingin, mata helang.  

Dia kemudianya turunkan sedikit pandangan ke bawah melihat pemilik nama gambar tersebut. Tepat sekali jangkaanya, lelaki dalam gambar ini ialah Riyyan Mikail yang terkenal dengan sikap dingin, pendiam. Tapi, berkarisma. Oh my god unbelievable! Lelaki ni memang mamat dingin, mata helanglah. Hara menggeleng sambil tersenyum.

Ya Allah biar betul apa yang aku nampak ni? Tak sangka dia terdesak sangat nak kahwin sampai sanggup iklankan diri macam ni. Agak-agak kalau aku sebarkan hal ni dengan Erika apa yang akan berlaku ya? Mungkin perang dunia ketiga akan tercetus. Rasa geli hati setiap kali mata tertikam pada wajah yang jarang tersenyum itu.

“Riyyan, Riyyan” aku menggeleng sambil ketawa.

Unbelievable lelaki control macho macam dia ni masuk agensi cari jodoh.

“Riyyan? Kenapa dengan Ryyian??” soal Tiara yang masih berada di hujung talian. Tak tahulah dah nak dekat 10 minit kami berbual satu idea yang bernas pun tak ada keluar dari otak dia yang kononya genius tu.

“Tak ada apa-apa” ringkas saja jawapan yang Hara berikan. Mata lagi menatap gambar Riyyan yang serius. Tapi, berkarisma.

Kata-kata Datin Shida kembali terngiang-ngiang di telinga. Apa pun terjadi dia terpaksa memilih salah seorang daripada calon-calon yang ada. Kalau aku tak pilih mama sendiri akan pilihkan untuk aku. Kalau mama yang pilih alamatnya dia pilih anak doktor, pensyarah bagai. Tak nak aku!.

Hara merenung kembali gambar Riyyan. Patut ke aku pilih dia? Sekurang-kurangnya aku kenal dia dan aku tahu dia tak sukakan aku. Entah macam mana idea yang dianggap bernas itu muncul dalam mindanya. Daripada dia memilih orang yang tidak dia kenali. Lebih baik dia memilih Riyyan yang sudah dia kenali selama tujuh tahun.

“Tia” panggil Hara.

“Apa?” jawab Tiara.

“Aku nak bagitahu kau something. Tapi, kau jangan terkejut” ujarnya. Dia bimbang Tiara akan pecah perut bila mendengar berita yang mengejutkan ini.

“Apa dia? Kau dah jumpa calon yang kau bekenan ke?” teka Tiara teruja. Tak perlulah dia fikirkan idea untuk selasaikan masalah Hara lagi.

“Tak” jawab Hara. Dia tersengih-sengih.

So? Kau nak cakap apa?”

“Tapi, aku jumpa Riyyan tersenarai sebagai calon jodoh untuk aku” jelasnya. Gelak tawa mula memenuhi ruangan bilik 

What? Ri… Riyyan Mikail? Kau biar betul? orang lain kut. Mustahil Riyyan masuk agensi cari jodoh. Diakan dah ada Erika” Terasa sakit tengkuk Tiara ketika mendengar berita yang mengejut itu. 

Terlintas dalam fikiran bagaimana seorang lelaki yang berkarisma, macho dan dingin seperti Riyyan boleh sertai agensi cari jodoh. Dia dah miliki semuanya termasuklah cinta iaitu Erika. Tapi, untuk apa lagi Riyyan berada dalam senarai lelaki-lelaki memerlukan jodoh? Hara dan Tiara tidak habis memikirkan perkara itu.

“Kenapa dia masuk agensi cari jodoh?” soal Tiara berasa sedikit bingung.

“Aku pun tengah fikir benda yang sama. Tapi, manalah tahu depan kita dia nak tunjuk cool je. But dalam hati, berahi nak kahwin” Hara tidak mampu menahan tawa.  

“Betul  jugakSo, kau nak buat apa sekarang?  

“Huh… buat?” Hara mengeluh.

Nampaknya dia sendiri jugalah yang kena fikirkan apa plan seterusnya. Berbual dengan Tiara selama hampir 15 minit langsung tidak membantunya untuk menyelesaikan masalah. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya dia mengenali salah seorang daripada sepuluh lelaki yang tersenarai.  

“Err…  Nanti-nantilah aku fikirkan apa nak buat. Kau pergilah sambung tengok Park Seo Jun kau tu. Aku nak tidur. Assalamualaikum”  

”Okay good. Aku pun memang malas nak fikir sekarang. bye” kata Tiara dengan suara ceria. Panggilan dia putuskan sebelum Hara sempat membuka mulut.

“Huh! Dia dah matikan?” Hara tersenyum sambil menggelengkan kepala. Telefon pintar diletakkan di tepi bantal lalu menyusun semula kertas-kertas yang berselerak di atas katil dan dimasukkan semula ke dalam sampul. Sempat juga gambar Riyyan Mikail dia renung. Wajah yang jarang tersenyum membuatkan Riyyan kelihatan seperti seorang yang tidak berperasaan. Entah macam manalah Erika boleh tergila-gilakan lelaki seperti dia. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku