Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 02
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
300

Bacaan






“OH my god, cantiknya blaus ni” Hara sudah melekat di depan sepasang blause berwarna putih dengan corak bunga canola menghiasi baju tersebut. Niat di hati nak beli baju sejuk. Tapi, tertarik pula dengan blaus putih itu. Mata dijeling pada sepasang baju sejuk yang tergantung di bahagian atas. Rasanya tak salah jika dia mahukan kedua-duanya. Bukan selalu Harris berikan wang untuk dia berbelanja.

Tiara yang tadinya duduk dekat kerusi berjalan menghampiri Hara. Berbanding dengan pertanyaan yang mahukan dia memberikan pendapat tentang warna baju yang patut dipilih oleh Hara. Dia lebih berminat dengan cerita siapa yang menjadi pilihan hati Hara untuk temu janji a.k.a blind date nanti.

Namun pertanyaan itu hanya dijawab dengan satu gelengan kepala.  Dia mengeluh sambil tangan kanan mencapai sepasang baju sejuk yang sejak tadi sudah menarik hatinya.   PAndangan kemudian dilarikan pada Tiara yang berdiri di kananya, dua malam dia memikirkan perkara itu dan sehingga ke saat ini dia belum dapat menentukan siapa pilihan yang tepat.

“Senang cerita kau pilih Riyyan ajelah”  selamba saja nama lelaki itu meluncur dibibirnya.  Hara mengerutkan dahi kerana merasakan Riyyan adalah pilihan terakhirnya jika dia benar-benar terdesak.

Hara tersenyum. ‘Riyyan? Kau nak dia bunuh aku bila tahu perempuan yang nak blind date dengan dia tu Sahara Irdeena  ahli club cheerleading university? Kau macam tak kenal dia. Dia tu kalau ada kelab anti Sahara Irdeena dia akan jadi pembantu president okey. Seingat aku, dia tak pernah sekali pun nak senyum bila jumpa aku” kata Hara dengan raut wajah yang serius. Bayangan wajah dingin Riyyan kembali bermain dimindanya.

“Sebab itulah kau kena pilih dia. Kau boleh minta tolon dia gagalkan rancangan mama kau. Lagi satu, aku tak rasa dia bencikan. Aku pernah tengok sekali masa kau buat persembahan untuk perlawan bassball hari tu. Mata dia duk renung kau” balas Tiara dengan senyuman.

“Dia renung sebab dia menyampah tengok aku menarilah. Hei, itu pun tak faham-faham ke?”

“Ye ke? Aku tak rasa pula macam tu. Aku rasa dia macam…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Telefon pintar yang ada dalam bag berdering. Tiara mengeluarkan telefon dari dalam bag lalu melihat perkataan ‘umi’ terpapar pada skrin telefon.

“Aku nak jawab call. Kau fikir-fikirkanlah nak pilih Riyyan tu ya”

Hara mengangguk sambil tersenyum. .Sementara kawan baiknya itu sibuk berbual di telefon. Hara juga sibuk memilih beberapa lagi helai baju khas untuk musim luruh dan sejuk nanti. Potongan harga serendah 20 peratus sehingga 50 peratus membuatkan dia jadi rambang mata dan tidak kisah untuk berbelanja.

Beb, sorry sangat-sangat aku terpaksa balik sekarang. Ada urusan keluarga sikit. Kau tak apa ke tinggal seorang-seorang dekat sini?” kata Tiara sebaik saja kembali dari menjawab panggilan tadi. Riak wajahnya tidak lagi seceria tadi menandakan ada sesuatu berlaku dalam keluarga mereka.

“Kau pergilah. Aku boleh je balik sendiri. Tapi, kau tak apa-apa ke ni?”

Tiara mengangguk. “Aku tak apa-apa. Masalah kecil je. Aku pergi dulu. Bye” sempat juga dia mengukirkan senyuman sebelum pergi dari situ.  

Hara hanya berdiri kaku melihat Tiara beredar dari situ dalam keadaan tergesa-gesa. Apa agaknya yang sedang berlaku? Itulah yang bermain dalam minda Hara ketika ini. Tiara yang datang dari keluarga sederhana itu tidak pernah berkongsi masalah atau kekuranga hidup yang dia alami bersama Hara. Meskipun dia cuba bertanya. Tapi, Tiara tetap saja mengatakan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik-baik saja.

“Tia-Tia kenapalah susah sangat kau nak share masalah kau dengan aku” gumam Hara. Dia kemudian bergerak ke kaunter untuk membayar barangan yang diambil tadi.

Keluar saja dari butik, Hara mengeluarkan resit dari dalam dompet. Tidak berkelip mata memandang jumlah keseluruhan harga barang yang dia beli. RM600 untuk empat item sahaja. Dahi berkerut menyeseli keputusan diri yang berbelanja tak ingat dunia.

“Kata diskaun sampai 50 peratus. Tapi, harga mahal gila. Ni kalau tak diskaun 1000 kut” bebelnya seorang diri. Kaki berhenti dari melangkah lalu berpaling ke belakang. Sekarang baru dia tahu kenapa butik itu kelihatan sepi dari luar. “Huh! Sekarang baru aku faham kenapa butik tu sepi je” rungutnya dengan sinis.

 Dia meneruskan perjalanan meninggalkan butik malang itu dengan perasaan bercammpur baur. Kalaulah dia tahu begini kesudahanya, lebih baik dia simpan saja duit pemberian Harris untuk berbelanja di Korea nanti. Resit yang ada di tangan masih lagi direnung sambil berjalan perlahan. 600 Ringgit Malaysia cukup untuk belanja makan tiga bulan di Seoul.

Buk!

 Tubuh Hara tertolak ke belakang sebelum tersungkur jatuh ke lantai ketika dia tanpa sengaja merempuh seorang lelaki yang sedang berjalan di hadapannya. Resit dan bakul terlepas dari genggaman tangan. Dia menyentuh buku lali yang terasa sakit mungkin terseliuh ketika jatuh tadi.

“Aduh…’ gumamnya sambil mengurut buku lali yang terasa begitu sakit. Baru saja dia pulih dari kecederaan akibat terjatuh ketika sesi latihan cheerleading beberapa bulan lepas.  Sekarang kaki yang sama pula terseliuh. Lain kali gatal lagi nak berkasut tumit tinggi bagai. Dah tahu diri tu tak feminine buatlah cara tak feminine. Keluhnya dalam hati.

Bro, aku call kau nanti” lelaki berkemja biru itu cepat-cepat memutuskan panggilan bersama seseorang. Telefon pintar dia masukkan ke dalam poket lalu berpaling ke belakang untuk melihat benda apakah yang telah merempuh tubuhnya dari belakang.

Bulat mata ketika melihat seorang gadis berbaju kurung biru dan berkasut tumit tinggi sedang duduk di atas lantai pusat membeli belah sambil mengurut-urut buku lali sendiri. Dia mengerutkan dahi sambil melihat sekeliling. Rupa-rupanya ini benda besar yang merempuhnya dari belakang. Lain kali jalan tu guna mata cik adik. Tengok apa sampai tak nampak aku jalan dekat depan? Ni mesti kes layan whatsapp sampai tak ingat dunia. Bebelnya dalam hati dengan geram. Itulah realiti dunia di hujung jari sekarang.   

“Nak tolong ke tak? Err… tolong ajelah nanti tak pasal-pasal aku tular sebab manusiayang tak berperasaan pula” gumamnya.  Nafas ditarik dalam-dalam lalu  memberanikan diri untuk bercakap dengan gadis itu. Minta-mintalah dia tak maki aku.

“Excuse me, miss are you okay?’ soalnya agak takut-takut. Manalah tahu perempuan tu tiba-tiba jerit dan kata  dia cuba apa-apakan Hara. Perempuan zaman sekarang ni bukanya boleh percaya sangat.

“I’m… I;m so sorry saya tak…” sambungnya. Tubuh dibongkokkan sedikit lalu menghulurkan tangan kanan pada gadis itu. Seumur hidupnya ini adalah pertama kali dia menghulurkan tangan pada seorang perempuan. Anggap saja hari ini hari malang dan bertuah Hara.

It’s not your fault.balas Hara bukan main sopan santun lagi.

Oh my god! So sweet. Bisik Hara dalam hatinya. Terasa seperti mimpi seorang lelaki menghulurkan tangan untuknya. Adakah ini jodoh yang aku cari?. Dia menyambut tangan lelaki itu sambil tersenyum. Entah kenapa tiba-tiba saja jantungnya berdegup kencang saat tangan menggenggam tangan lelaki itu.

 “Saya yang salah sebab langgar awak dari belakang tadi. Saya…”  perlahan-lahan wajah diangkat untuk melihat pemilik tangan yang lembut itu. Senyuman di bibir serta merta mati tatkala mata mereka saling bertentangan. Anak mata Hara seperti hendak tercabut keluar bila menyedari lelaki yang berdiri di hadapanya itu.

“Kau?” soal Hara dengan hairan.  

Riyyan mengerutkan dahi mulut yang ternganga dia tutup rapat. Dalam banyak-banyak manusia dekat pusat beli belah ni kenapalah dia mesti terserempak dengan perempuan cheerleading itu juga. Tanpa berkata apa-apa dia melepaskan tangan Hara Apa lagi gadis itu jatuh ke lantai untuk kali kedua. Riyyan kemudian dengan selambanya mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket lalu membersihkan tangan kanan yang tadinya memegang tangan Hara. Gaya macam nak bersihkan debu dari tapak tangan.

“Huh!” Hara terasa hendak ketawa melihat gelagat Riyyan.

“Macamlah tangan aku kotor sangat” gumam Hara geram.

Sakit kaki terseliuh masih lagi terasa sekarang ditambah pula dengan sakit di hati kerana bertemu dengan manusia dingin yang tidak berperasaan.  Raut wajah dinginnya benar-benar mendatangkan geram di hati Hara.

“Hei, kau tak nak tolong aku ke?” soal Hara sedikit kasar.

Riyyan yang sibuk memberishkan tangan dengan sapu tangan melarikan pandangan pada Hara. Dengan selmba dia mengulumkan senyuman. Hara tahu benar senyuman itu adalah senyuman mahu mentertawakan dia. Hara menghela nafas panjang cuba untuk bersabar dengan sikap poyo Riyyan. 

Nasib baik kaki aku terseliuh. Kalau tak kau memang terima kick aku Riyyan Mikail. Luah hatinya. Dia bertambah geram memandang wajah Riyyan.

 

“Macam tu ke cara awak minta tolong dengan orang? Kau? I’m not your friend. So, don’t called me with ‘kau’” balas Riyyan seperti biasa sikapnya tetap dingin.

“What? So, kau nak aku panggil kau apa? ‘awak’ excuse me, orang dingin macam kau ni tak layak aku nak panggil ‘awak’lah balas Hara dengan geram. Dia tidak sepatutnya meminta tolong daripada lelaki dingin itu tadi.

Ya Allah! Geramnya hati kita! Hara menepuk-nepuk dada sendiri sambil kaki diluruskan ke depan. Matanya tidak berkelip dari memandang Riyyan yang beredar dari situ tanpa membantunya. Rasa sakit kaki terseluh dan punggung kini hilang yang tersisa hanyalah hatinya yang membara disebabkan Riyyan.

“Huh! Harap muka aje kacak.Tapi perangai ke laut”

Hatinya mula menyumpah seranah Riyyan. Tapi dia akui dirinya yang bersalah kerana melanggar Riyyan dari belakang dan bercakap agak kasar. Kenapalah dalam ramai-ramai manusia yang ada dekat mall ni dia juga yang aku langgar? Kaki aku ni dah gila ke apa? Dengan geram dia memukul kaki sendiri dengan tangan.

Mahu tak mahu di terpaksa bangun sendiri. Ini bukanya drama Korea tiba-tiba hero datang selamatkan heroin. Memang benar, dunia realiti tidak seindah dunia fantasi. Kalaulah dia diberi pilihan antara dunia realiti atau fantasi. Dia pasti akan memilih dunia fantasi dan cuba hidup di dunia itu selama yang mungkin.

Hara cuba mencapai plastik dan resti yang ada di kanan. Namun belum sempat plastik di capai, sepasang tangan datang membantunya mengambil plastik tersebut. Hara mendongak ke atas, kelihatan Riyyan Mikail menghulurkan tangan kepadanya. Wajah Riyyan seperti biasa dingin sebab itulah Hara memanggilnya ‘mamat dingin, mata helang’.

“Cepatlah nak bangun ke tak?” soal Riyyan.

Hara hanya memandang kosong tepat ke wajah Riyyan. Bagai satu mimpi ngeri Riyyan datang semula untuk membantunya. Liur Hara telan lalu perlahan-lahan tangan kanan mencubit pipi sendiri. 

“Ini bukan mimpi. Riyyan datang semula?” Hara melarikan semula pandangan pada Riyyan.

“Ya ini bukan mimpi. Cepat, orang dah nak tolong kut” balas Riyyan. Entah apa yang ada dalam mindanya sehingga dia sanggup berpatah semula untuk membantu gadis yang agak biadab itu. Melihat Hara hanya membatu, Riyyan bongkokkan tubuh lalu mencapai pergelangan tangan Hara. Tapi, Hara cepat-cepat melepaskan tangan Riyan. Dia tidak mahu kejadian tadi berulang lagi. Kalau dia jatuh untuk kali ketiga maknanya dia perlu ke hospital untuk memeriksa tulang punggungnya berada dalam keadaan baik atau tidak.

“Eh tak payah. Saya boleh bangun sendiri” kata Hara dengan penuh yakin.

“Saya? Reti rupanya guna perkataan ‘saya’ ingatkan tak tahu perkataan bahasa Melayu ada ‘saya’” sindir Riyyan dengan senyuman sinis.

“Saya ni bukannya bodoh sangat sampai tak tahu guna perkataan tu. Tepi sikit” balas Hara geram. 

“Okey” Riyyan berundur setapak ke belakang.

Dia hanya memerhati gelagat Hara yang cuba bangun. Dapat dia juga dia lihat buku lali kaki Hara sudah bertukar warna. Riyyan menggeleng lalu memberikan plastik dan resit kepada Hara.

“Kaki awak tak apa-apa?” soal Riyyan kelihatan agak bimbang.

Ohoi, Kenapa awak tiba-tiba ambil berat tentang saya pula ni?” Hara pula bertanya kepada Riyyan. Dia tersengih-sengih. Ada sedikit rasa berbunga dalam hati kerana lelaki yang dingin itu bertanyakan keadaanya.

 Riyyan ketawa.

Hara turut ketawa. Apa yang kelakar?

“Jangan perasan boleh” jawab Riyyan bertukar riak.

Hara menggeleng. “Tak perasan. Tapi realiti awak tanya saya tadi. Maknanya awak mabil berat pasal saya” senang saja ayat itu meluncur keluar dari bibirnya.

‘Huh! Crazy girl” balas Riyyan dengan sinis.

Dia sudah tidak sanggup berbual lebih lama dengan gadis yang dianggap gila dan biadab itu. Semakin lama dia berhadapan dengan Hara, semakin dia kehilangan dirinya yang sebenar. Jadi, lebih baik diri pergi sebelum Hara menambah rasa tidak tenteram dijiwanya.

“Kenapalah aku jumpa dia dekat sini” keluh Riyyan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.

Sementara itu, Hara hanya memerhati Riyyan sehingga lelaki itu hilang dari pandanganya. Buat pertama kalinya mereka berdua berbual dalam keadaan seperti itu. Sebelum ini Riyyan hanya tahu memberi komen buruk tentang personaliti Hara ketika mesyuarat perjumpaan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Korea. Kata-kata Riyyan yang memanggilnya sebagai perempuan yang tidak bermaruah kerana menjadi sebahagian ahli kelab pasukan sorak universiti membuatkan Hara jarang sekali menghadiri mesyuarat dan  aktiviti-aktivit yang melibatkan persatuan mereka. Mungkin dia lebih membenci Riyyan berbanding Riyyan membencinya.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku