Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 03
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
257

Bacaan






RIYYAN, Shazreen dan Khalish keluar dari restoran Itali dengan perut kenyang. Entah mimpi apa tiba-tiba saja dia membawa Khalish dan Shazreen keluar bersamanya. Bukan senang mereka tiga beradik berkumpul seperti ini. Al-maklumlah cuti semester macam ni saja dia dapat meluangkan masa dengan dua adiknya itu.   

“Long lepas ni jomlah pergi karoks” cadang Khalish. Buntang matanya menikam tepat ke wajah kosong Riyyan.

“Karoks? Benda apa tu?” soal Riyyan. Dia sebenar tak faham langsung apa maksud ‘karok’ seperti yang dikatakan oleh Khalish.

“Biar betul along ni? Takkan along tak tahu apa tu karoks?” soal Khalish seperti hendak ketawa.

Riyyan hanya menggelengkan kepala. Perbezaan usia 10 tahun antara mereka membuatkan Riyyan merasakan dirinya sudah jauh ketinggalan dengan remaja-remaja sekarang. Inilah kesan bila tidak bersosial macam katak bawah tempurung.

“Maksud Khalish, dia nak bawa kita karaoke, menyanyi. Jomlah bro. Kau tak pernah lagi pergi tempat-tempat macam itukan?” celah Shazreen. Dalam hal-hal macam ni dialah rang yang terpaksa jelaskan perkara-perkara yang tidak difahami oleh Riyyan.

 “Oh karaoke ke?” balas Riyyan sambil kaki terus melangkah ke hadapan. Kalau ikutkan hati dia tidak suka pergi ke tempat yang agak bingit seperti itu. Tapi, demi Khalish terpaksa jugalah dia iyakan saja.

Namun, langkah yang tadi diatur terheni saat buntang matanya terpana pada Hara yang sedang duduk sendirian di kerusi sambil mengurut-urut kaki yang terseliuh. Budak cheerleading tu tak balik lagi ke? Mana kawan baik Tiara? Dorang tu bukan macam kembar ke? Mana ada dia ni mesti ada kawan dia tu. Bisik hati Riyyan dengan dahi berkerut. Shazreen dan Khalish juga berhenti melangkah. Shazreen kemudian melarikan pandangan dariapda Riyyan kepada seorang gadis yang sedang diperhati oleh Riyyan.

‘Kenapa bro?” soal Shazreen.

“Shaz aku baru ingat aku ada hal. Kau pergilah karaoke dengan Khalish” ujarnya. Kunci kereta dia keluarkan dari dalam poket lalu diberikan pada Shazreen.

“Ha? Kau nak pergi mana? Balik nanti macam mana?” soal Shazreen lagi. Dia berani aneh melihat mata Riyyan tidak lekang dari memandang seorang gadis.

“Nanti aku baliklah dengan teksi ke uber ke. Korang berdua pergilah” arah Riyyan. Menolak Shazreen dan Khalish ke hadapan.

“Long tak nak ikut ke?” soal Khalish yang baru saja berusia 15 tahun. Jelas dia kecewa kerana Riyyan tidak dapat menyertai mereka.

“Abang sulung kita tak dapat join. Sebab ada hal penting dia nak selesaikan So, kita karoks berdua” Shazreen pula yang menjawab bagi pilhak Riyyan.

“Good luck bro” sambil Shazreen menepuk bahu kanan Riyyan sambil tersenyum.

“Good luck?” kata-kata Shazreen sedikit mengejutkan Riyyan. Kepala dia gelengkan sambil tersenyum.

Selepas Shazreen dan Khalish hilang dari pandanganya. Riyyan mengambalikan semula pandangan pada Hara. Wajah Hara kelihatan tenang cuma mulutnya tidak berhenti bergerak, entah apa agaknya yang sedang dia bebelkan.

“Jangan-jangan dia tengah menyumpah aku kut” Riyyan tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Riyyan mula bergerak mencari farmasi berdekatan untuk mendapatkan ubat. Dia tahu pasti sukar untuk Hara bergerak dalam keadaan seperti itu. Tambahan pula, dia baru saja pulih dari kecederaan yang memaksa kakinya dibedah beberapa bulan lepas. Riyyan masih ingat dengan jelas ketika Hara terjatuh selepas melakukan pusingan 360 darjah di udara. Pasukan bola keranjang yang berlatih di dalam dewan yang sama juga berlari melihat keadaan Hara. Kecuali dirinya yang hanya berdiri kaku melihat dari jauh.

Dia kemudian berhenti di sebuah kafe yang menjual wafel dan minuman sejuk. Menu direnung agak lama membuatkan pekerja yang bertugas terpaksa bertanya apa yang ingin dibeli olehnya. Riyyan dalam keadaan keliru mengambil jalan selamat dengan membeli wafel ooklat dan green tea. Setakat ini, dia melihat ramai wanita-wanita di luar sana menggemari coklat dan green tea. Jadi, tidak mustahil gadis itu juga sama.  

“Apa yang aku buat ni/’ soalnya kepada diri sendiri.

Dia merenung ubat sapu dan makanan yang ada dalam genggaman sambil mengeluh. Buntang mata dilarikan semula kepada Hara, dia nampaknya sedang asyk bermain telefon. Apa yang kelakar buat dia katawa tak ingat dunia tu? Mesti tengah tngok Running Man. Diakan hantu Running Man dan Korea sebab tu belajar kat Korea.

Riyyan menarik nafas dalam-dalam. Kaki kiri dan kanan mula diatur setapak demi setapak mendekati Hara. Sudah terlambat untuk dia berpatah balik kerana dia telah belanjakan wangnya untuk beli ubat dan makanan untuk Hara. Kalau dia tak berikan pada Hara, untuk apa dia beli ubat tu.

Tiba di depan Hara, Riyyan menghulurkan plastik ubat dan wafel kepadanya. Tapi, Hara masih tidak menyedari kehadiran mamat dingin mata helang itu di hadpaanya. Mata dijelingkan ke skrin telefon, kelihatan adegan Gwang Soo sedang menari dalam rancangan Running Man terpapar pada skrin. 

Riyyan mengeluh, bibir dia ketap geram. Kelakuan acuh tak acuh Hara buatkan timbul rasa menyesal di hatinya kerana mengambil berat tentang gadis itu. “Huh, aku tak patut beli semua ni untuk kau tad”. Rungut Riyyan lalu menurun tangan.

Bunyi plastik menyedarkan Hara ada seseorang di sisinya. Dia melarikan pandangan dari telefon kepada orang yang berdiri di depanya.

“Riyyan Mikail?” bulat matanya memandang tepat ke wajah lelaki itu.

“Ambil ni” Riyyan menghulurkan plastik ubat dan wafel pada Hara.

 “Apa tu? Kau jangan nak bagi aku macam-macam” kata Hara agak curiga. Tidak pernah-pernah Riyyan berkelakuan baik seperti ini mengundang rasa curiga dihatinya.

“Ambil ajelah. Tu ubat” balas Riyyan.  

“Oh, ubat” Hara mengambil plastik tersebut dengan senyuman. Bukan setakat ubat yang dia dapat dariapda Riyyan. Tapi, wafel dan green tea sejuk pun ada sekali untuk dia hilangkan rasa dahaga tekak. Bagai mimpi lelaki itu datang mendekatinya dan memberikan semua ini kepadanya. Raut wajahnya bila diperhatikan lebih tenang berbanding selalu. Dia dah tak bencikan aku ke?.

Riyyan kemudian melabuhkan duduk di sebelah Hara. Anak matanya merenung buku lali Harayang kelihatan lebam. Walaupun bukan salahnya yang menyebabkan Hara menjadi seperti itu. Tapi, entah kenapa hatinya bimbangkan Hara.  

“Err… sapulah ubat tu. Kaki awak dah lebam. Wafel tu saya belanja” ujar Riyyan kembalikan pandangan tepat ke wajah Hara.

“Ye ke? Alhamduilillah aku memang lapar. Nak jalan beli sendiri tak larat. Thank you Riyyan” ucap Hara tersenyum. Ada sedikit rasa terharu dihati dengan tindakkan romantis Riyyan. Tapi, dia cepat-cepat sedarkan diri bahawa itu semua hanyalah satu kebaikan yang dilakukan oleh manusia kepada manusia. Biarpun Riyyan kelihatan dingin dan tidak mesra alam. Tapi, sebagai mananusia dia tetap mempunyai perasaan. Perasaan simpati melihat seorang gadis ahli pasukan sorak yang malang.

Riyyan hanya tersenyum melihat Hara menjamah wafel dengan penuh selera. Tapi, senyuman itu mati setiap kali mata Hara memandangnya. Dia berpura-pura melihat ke tempat lain dan kembali semula pada wajah Hara bila gadis itu mula leka menikmati wafel dan green tea. Nampaknya makanan lebih penting berbanding menyapu ubat pada kaki yang lebam.

“Kau risaukan akukan?” soal Hara. Dia menuding jari ke arah Riyyan sambil tersengih-sengih..

“Tak adalah” balas Riyyan. Dia menggeleng.

“Dah tu kenapa belikan aku semua ni?” soal Hara lagi mengangkat wafel dan green tea.

“Saya buat ni atas dasar perikemanusiaan. Kebetulan saya kenal awak dan awak jadi macam ni sebab rempuh saya tadi. So please don’t get wrong with me” jelas Riyyan dengan serius. 

“Okay” Hara mengangguk ringkas. Wafel kembali dijamah dengan penuh berselra.

Tanpa sedar Hara mengulumkan senyuman bila memikirkan mustahil lelaki yang dia panggil dengan nama mamat dingin, mata helang itu mengambil berat tentang dirinya. Dia cuma bernasib baik kerana Riyyan bersimpati denganya. Tapi, bila difikirkan semula adegan ini seperti satu keajaiban dalam hidupnya. Tidak pernah sekalipun dia terbayang akan duduk berdua seperti ini bersama lelaki itu. Entah-entah ini mimpi kut? Bisik hati Hara. Buntang matanya meliar memerhati kawasan pusat beli belah yang masih sibuk.

“Mana best friend awak Tia?” soal Riyyan.

Hara kembali semula ke dunia nyata.

Mata memandang tepat ke wajah Riyyan. “Tia? Dia dah balik” tersenyum.

“Oh” Riyyan mengangguk.

“So, awak balik dengan siapa?  Ubat tu bila nak sapu?” soal Riyyan lagi dengan lebih serius. .

Sikap Riyyan yang tiba-tiba saja baik mengejutkan Hara. Dia memandang tepat ke dalam mata Riyyan. Dia demam ke apa sekarang ni? Ke Erika ada dekat sini sebab tu dia buat-buat baik dengan aku? Matanya mula meliar memerhati kawasan sekeliling. Tapi, tidak ada seorang pun yang berada di situ kelihatan seperti Erika.

“Awak tengok apa?” soal Riyyan. Matanya turut meliar seperti Hara..

“Erika” jawab Hara ringkas.

“Eri… Erika? Buat apa cari dia?” tercengang Riyyan saat nama itu meniti dibibir Hara.

“Tak adalah, aku ni curiga bila kau tiba-tiba baik macam ni. Jangan-jangan Erika ada dekat sini. So,  kau  gunakan aku sebagai tempat untuk kaularikan diri. Betul tak?” tekanya. Erika adalah satu-satu peminat tegar Riyyan dan gadis itu tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Riyyan meskipun sudah berkali-kali ditolak oleh Riyyan.

“Kenapa saya nak buat macam tu?”

“Kenapa? Err...” Hara diam seketika untuk memikirkan jawapan. Betul jugak kenapa Riyyan nak buat macam tu dengan aku? Hah! Otak nampaknya bukan kaki aje tak berfungsi dengan baik. Sistem otak aku pun dah tak betul. Hara tersenyum lalu mencapai green tea yang ada di atas kerusi. 

“Bagi sini ubat tu” pinta Riyyan. Dia menghulurkan tangan.

“Ubat? Kenapa? Takan nak ambil balik kut? Eh, buruk siku betullah kau ni”

“Jangan banyak bunyi boleh? Bagi je” balas Riyyan sedikit geram.

Hara mengerutkan dahi lalu menghulurkan ubat tersebut kepada Riyyan. Baru saja dia mahu memberi pujian atas sikap perihatin Riyyan. Tapi, belum sempat dia mengatakan perkara itu. Riyyan tunjukkan satu lagi perangai buruknya iaitu buruk siku. Mujurlah wafel dan green tea tadi sudah masuk dalam perut. Kalau tidak. Dia mesti dah minta muntahkan semula. 

Tanpa berkata apa-apa Riyyan bingkas bangun dari kerusi lalu berlutut di hadapan Hara. Tindakkan Riyyan kali ini benar-benar mengejtukan Hara. Dia menarik kakinya ke belakang bila lelaki itu cuba menyentuh kakinya.

“Kau nak buat apa ni?” soal Hara.

Riyyan mendongakkan kepala. Anak matanya menikam terus ke dalam mata Hara. “Sapu ubat” jawabnya ringkas.

 “Sapu ubat?” jawapan Riyyan seakan-akan menghentikan degupan jantung Hara.

Hara hanya melihat lelaki itu menyapu ubat pada kakinya dengan penuh hati-hati. Sesekali kaki Hara diurut sehingga menyebabkan dahinya berkerut. Ini dunia realiti atau fantasi? Lelaki depan aku ni betul-betul Riyyan Mikail ke? Kenapa aku rasa dia macam orang lain? Ya Allah, apa semua ni? Takkan ini petunjuk untuk aku. Handsome juga mamat ni. Tanpa dia sedari senyum sekali lagi menguntum dibibir.

“Apa hal sengih-sengih macam kera busuk?”

Suara Riyyan mengejtukan Hara. Senyuman dibibir serta merta mati lalu menarik semula kaki ke belakang. Riyyan kembali duduk di sebelah Hara sambil membersihkan tangan yang berminyak dengan sapu tangan.

Thank you Riyyan. Walaupun aku tahu kau tak sukakan aku sebab aku ni member club cheerleading. Tapi, kau tetap tolong aku. Aku akan ingat ini sebagai salah satu kebaikan kau pada aku” kata Hara tiba-tiba serius.

Nafas Riyyan hela panjang lalu bersandar pada kerusi. “Baguslah kalau awak akan ingat kejadian ni. Saya pun tak tahu yang saya akan layan awak baik macam ni. Kenapa saya buat macam ni ya? I don’t like you anymore. But…” dia diam seketika.

“You don’t like me. But, at the same time you also don’t hate me” celah Hara.

Riyyan mengangguk, matanya meniam ke dalam mata bersinar Hara. Jujur selama hampir empat tahun mereka belajar di universiti yang sama. Ini adalah kali pertama dia berbual dalam keadaan tenang seperti ini bersama Hara. Dia dapat mengenali Hara dari sudut yang berbeza. Gadis itu sememangnya agak kasar. Tapi, dia seorang yang ceria dan tidak pernah lekang dengan senyuman. Meskipun dia dimaki hamun dia akan terus tersenyum dan mendiamkan diri. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku