Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 04
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
287

Bacaan






HARA menyelinap masuk ke ruang tamu dalam keadaan terjengket-jengket kaki. Ubat sapu yang diberikan oleh Riyyan tadi benar-benar berkesan. Rasa lebam kian kurang. Tapi, dia masih belum dapat berjalan seperti biasa. Dari arah dapur dapat dia dengar bunyi orang memotong ikan . Bukan main awal Datin Shida menyediakan makan malam hari ini. Maklumlah tak ada kerja. Jadi, dia ingin mencuba resepi baru.

“Adik dah kenapa masuk macam pencuri?” kejut Harris dari belakang.

Hara berhenti berjalan lalu berpaling ke belakang. “Shtt! Along jangan buat bising nanti mama dengar” pinta Hara. Jari telunjuk dia letakkan dibibir Harris.

“Oh” Harris mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah menjangka Hara mahu bersembunyi dari Datin Shida kerana takut bonda kesayangan mereka itu bertanya tentang lelaki pilihanya.

Namun senyuma dibibir Harris  mati serta merta bila Datin Shida keluar dari dapur. Buntang matanya tajam memandang tepat ke wajahnya. Harris hanya mampu menelan liur sambil mengembalikan pandangan pada Hara sambil tersenyum.

My sister, abang naik dulu” sambung Harris tersengih. Tangan kanan menepuk bahu Hara.

Kelakuan pelik Harris membuatkan Hara tidak sedap hati. Entah kenapa bulu romanya meremang sebaik saja Harris pergi dari situ. Apa hal pula aku rasa seram sejuk sekarang ni? Takkanlah rumah ni berhantu? Matanya meliar memerhati kawasan sekeliling sambil kedua-dua tangan memeluk tubuh sendiri.

“Oh seram” omel Hara menggeleng.

“Awal Hara balik? Habiskan duit ke?” 

Suara Datin Shida benar-benar mengejutkan Hara. Plastik yang ada di tangan jatuh ke lantai. Kemudian dia perlahan-lahan memusingkan tubuh ke arah dapur. Kelihatan Datin Shida sedang berdiri terpacak dekat pintu dapur bersama pisau potong ikan.

Alamak! matilah aku kali. Hara menelan liur sendiri ketika melihat pisau yang masih lagi berkilat. Bersama senyuman dia melangkah perlahan-lahan mendekati Datin Shida. Hatinya berdebar-debar tanpa sebab yang pasti.

“Hara dari mana ni? Dah nak maghrib baru balik rumah?”

Sorrylah mama, Hara keluar dengan Tia tadi. Tapi, Tia balik dulu. Jadi… Hara terpaksa tunggu along balik. Oh ya, Hara ada beli barang sikit untuk jumpa Riyyan Mikail”

Oh my god! Apa yang aku cakap ni? Bisik hatinya lalu mengetap bibir dengan kuat. Dia tidak tahu bagaimana nama keramat itu tiba-tiba saja keluar dari mulutnya? Namun, riak wajah Datin Shida yang tadinya sepertinya seekor harimau yang sedang kelaparan tiba-tiba saja tersenyum riang. Dia mendekati Hara lalu mendakap lembut tubuh anak gadisnya itu. Jelas dia gembira mendengar Hara telah pun membuat keputusan untuk menerima cadangan Datin Shida.

“Mama ni janganlah over sangat” kata Hara yang mula rimas dengan dakapan erat Datin Shida.

“Hara serius nak keluar dengan budak Riyyan tu?” soal Datin Shida untuk mendapatkan kepastian.

 Hara diam seketika. Sekarang dia sudah tidak mampu berundur selain mengiyakan saja kata-kata Datin Shida. Cuma Riyyan yang boleh tolong aku sekarang. Riyyan tanpa sedar akan tolong aku gagalkan rancangan mama. Maafkan aku Riyyan sebab terpaksa gunakan kau. I have no choice now.

“Ya” jawab Hara ringkas.

“Riyyan Mikail, mama suka nama tu” Datin Shida tersenyum-senyum.

Hara turut tersenyum melihat betapa gembiranya Puan Shida menerima berita yang sudah dia tunggu selama hampir tiga hari. Matanya mula bersinar hanya dengan membayangkan nama Riyyan Mikail. 

“Lupa pula nak tengok macam mana agaknya rupa Riyyan Mikail tu? Kacak ke tak’ Datin Shida memberikan pisau pada Hara lalu mengambil salinan maklumat peribadi senarai calon sepuluh terbaik Hara. Dia terus membelek-belek kertas sehinggalah mata terpandang nama Riyyan Mikail.

“Ya Allah! kacaknya Hara. Hara memang pandai pilih. Muka macam Korean look gitu. Mama suka” Bertambah lebar senyuman dibibir Datin Shida selepas melihat gambar Riyyan Mikail.

Sikap melebih-lebih Datin Shida membuatkan Harar terasa seperti hendak menarik semula kata-katanya. Keadaan bertambah rumit bila Datin Shida terbaca Riyyan Mikail belajar di universiti yang sama dengan anak gadisnya itu. Semakin tinggilah harapan orang tua itu bermenantukan Riyyan Mikail yang hanya dia kenali melalui gambar saja.

“Dia belajar satu universiti dengan Hara?” soal Datin Shida. Ada sedikit riak terkejut pada wajahnya.

“Hmm” ringkas saja jawapan Hara.

“Maknanya anak mama ni kenal dia?”

“Kenallah kut” Hara mengangguk.

Datin Shida ketawa kecil sambil menepuk-nepuk lembut lengan Hara. Hampir seminggu dia menunggu berita gembira ini dan tidak lama lagi dia akan menerima menantu. Kenapalah Hara tidak berterus terang tentang salah seorang calon itu adalah rakan seuniversitinya. Terima kasih Ya Allah. Ucap Datin Shida dalam hati. Mata bersinar-sinar memandang Hara.

“Kenapa mama pandang Hara macam tu?” senyuman yang terukir dbibir Datin Shida membuatkan hati Hara terasa tidak tenang. Apa agaknya yang mama sedang fikir sekarang ni? Nervous pula hati kita.

“Hara akan kahwin dengan Riyyan Mikail?”

“Kahwin? Dengan Riyyan Mikail?” Hara tercengang mendengar pertanyaan mengejut Datin Shida. Bila masa pula dia katakan yang dia mahu berkahwin dengan mamat dingin, mata helang itu? Dia memilih Riyyan cuma satu sebab iaitu untuk mengagalkan rancangan Datin Shida.

“Yelah, dengan siapa lagi? Hara kata Hara dengan dia belajar di universiti yang sama. Mama tengok dekat kertas ni pun tulis dia belajar di Universiti Kebangsaan Korea. So…”  

“Mama, Hara dengan Riyyan tu memang kenal. Tapi Hara tak suka dia. Dia pun tak berkenan langsung dengan Hara” Hara terasa geram kerana Datin Shida tetap mahukan Hara berkahwin dengan salah seorang lelaki itu dan sekarang dia mula berharap Hara berkahwin dengan Riyyan Mikail pula.  

“Mula-mula memanglah Hara tak suka dia. Tapi bila dah kenal nanti, mesti jadi macam romeo and juliet juga. Romantik gitu” Puan Shida tersengih-sengih sambil menepuk lembut bahu Hara.

Huh! Romeo and julietlah sangat. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Datin Shida sekarang. Tapi apa yang pasti, impian Datin Shida tidak akan pernah menjadi realiti.  

“Untuk pengetahuan mam, Hara sikit pun tak ada hati nak kahwin dengan mamat tu”  .

“Dah tu kenapa pilih dia? Kalau tak nak kahwin?” soal Datin Shida. Matanya tajam merenung tepat ke wajah Hara. 

Hara menarik nafas dalam-dalam lalu meletakkan kedua-dua tangan di atas bahu Datin Shida. Dia terpaksa berterus terang perkara yang sebenar sebelum Datin Shida berfikiran lebih jauh.

“Sebab Hara tak ada pilihan lain. Kalau Hara pilih orang lain, dorang mungkin jatuh cinta dengan Hara. Tapi, Riyyan takkan macam tu. He never ever fall in love with me. So, mama fahamkan sekarang kenapa Hara buat macam ni?” Dia tidak tahu dari mana datangnya keberanian untuk berterus terang dengan Datin Shida.

“Hara yakin tak akan jatuh cinta dengan dia?”

Of courselah yakin. Dia tu tak ada cirri-ciri lelaki idaman Haralah ma. Walaupun muka dia Koreanlook. Tapi perangai dia tu macam  lagi teruk dari hantu. Mama takkan faham maksud Hara” tangan dia alihkan dari bahu Datin Shida. Bangga dengan jawapan diri sendiri.

“Samalah perangai Hara pun macam hantu juga” Datin Shida tersenyum sinis.

Huh! Hara tercengang mendengar kata-kata Datin Shida. Bukan setakat hati terluka mendengar kata-kata itu. Tapi, lehernya juga mula terasa kejang. Macam mana pula mama boleh samakan aku dengan mamat dingin, mata helang tu? Dia tak kenal lagi betapa poyonya Riyyan tu.

 “Kalau mama berkenan dengan Riyyan macam mana?” soal Datin Shida lagi.

“Mama ajelah kahwin dengan dia. Hee” balas Hara tersengih.

“Amboi, bukan main biadab lagi dengan mama. Kalau mama ni muda lagi dah sah-sah mama pilih lelaki macam Riyyan tu. Walaupun mama cuma tengok gambar dia. Tapi mama boleh rasakan dia seorang yang cool dan romantik”

“Huh! Romantiklah sangat” Hara membongkok mengambil plastik yang sudah terbarin di atas lantai.

“Okeylah mama, Hara nak naik atas dulu mandi. Nanti Hara turun tolong mama ya?” ujar Hara tersenyum manis. 

Dia perlu beredar dari situ sebelum Datin Shida memanjangkan perbualan tentang Riyyan Mikail. Namun kaki yang terseliuh tadi membuatkan langkahnya tidak begitu sempurna. Apalah mama ni tak ada common sense langsung. Takkanlah anak sendiri terseliuh pun dia tak sedar.

“Nanti Hara kenalkan mama dengan Riyyan ya!” ujar Datin Shida lagi. Dia hanya mlihat satu-satunya anak perempuan yang dia miliki memanjat satu persatu anak tangga ke tingkat atas.

“Tak nak!” balas Hara. Bergema suara Hara memenuhi ruangan rumah.

Harris yang berada dalam bilik pun boleh mendengar jeritan Hara. Kepala dia keluarkan sedikit dari pintu, kelihatan Hara dengan wajah monyok masuk ke dalam bilik yang bersebelahan dengan bilik Harris.

“Hara are you okay?” soal Harris seperti mengusik.

Hara tersenyum lalu menggeleng. “Tak okay! Along punya pasallah ni, Hara pula terpaksa pergi blind date” balas Hara. Menjeling tajam ke wajah Harris.

“Okey along minta maaf. Bye” tanpa menunggu balasan Hara. Harris cepat-cepat mentutup pintu. Tahu takut dengan adik sendiri. Lain kali usik lagi. Tak pasal-pasal Hara pula aturkan blind date untuk dia nanti.

 

 

HARA melarikan buntang mata kepada sampul yang ada di atas meja belajar. Selepas berfikir seketika aku bingkas bangun meninggalkan katil menuju ke arah meja. Punggung dilabuhkan di atas kerusi lalu mengeluarkan kepingan kertas yang ada dalam sampul. Dia mengambil sekeping kertas yang mengandungi maklumat peribadi Riyyan lalu memasukkan kepingan kertas yang lain semula ke dalam sampul.

Gambar Riyyan direnung lama. Mesti lagi handsome kalau dia senyum macam tadi. Tapi, manalah pernah mamat dingin, mata helang ni senyum depan aku. Mengutuk tu adalah. Terbayang senyuman Riyyan ketika Hara sedang asyik menikmati waffer petang tadi.  

“Anak pertama dari tiga beradik? Eh, aku tak tahu pulak dia ada dua orang adik lagi. Tengok perangai tak ada ciri-ciri anak sulung langsung. Peliknya anak sulung suka menyendiri, tak mesra dan menjengkelkan” Hara diam untuk seketika.

“Tapi mesti adik dia lawa atau handsome sebab dia ni pun handsome macam chinese look gitu. Cuma peragai tu yang tak berapa nak handsome. Kenapa aku rasa macam pernah tengok muka dia sebelum aku kenal dia?” sambungnya tersenyum-senyum. Amboi, kalau bab-bab lelaki hensem bukan main suka lagi Hara. Mujurlah Riyyan tu tak mesra alam. Kalau tak, mesti dia try Riyyan. Tapi sayangnya, Riyyan Erika punya.

Hara beralih pula pada cirri-ciri wanita idaman Riyyan Mikail. MAta terbuka luas ketika membaca bagaimana gadis yang selama ini menarik tumpuan Riyyan. Senyum lebar sampai ke telinga sambil kepala dia gelengkan beberapa kali. Nampaknya mereka berdua memang tidak punya keserasian sebagai pasangan.

“Riyyan Mikail sukakan perempuan yang lemah lembut, sopan santun, tak seksi, tak suka tengok drama Korea dan dia sukakan perempuan yang bersahaja maksudnya jadi diri yang sebenar. Perempuan yang dia tak suka pula macam perempuan aktif  cheer leading?’

”Cheer.. Cheerleading?’ Hara membisu untuk seketika.

Macam biasa saja dia dengar perkataan itu. Tapi, di mana ya?

“Perempuan cheerleading tu aku? Dia maksudkan aku ke?” kertas dia letakkan di atas meja lalu meneguk air mineral yang ada di atas meja. 

Daebak! Siap mention lagi tak suka perempuan cheer leading. Walaupun apa yang dia tuliskan itu agak umum. Tapi, orang yang dia kenali dalam kelab pasukan sorak cuma Hara.  Dia sering mengatakan ketika mesyuarat bahawa gadis cheerleading seperti Hara bukanlah seorang perempuan yang baik. Hara mengerutkan dahi lalu bersandar pada kerusi.

“Dia ni betul-betul buat mata aku makin tak mengantuk. Kalau ya pun tak suka tak payahlah sampai mention macam tu. Buat sakit hati aje. Tapi eloklah jugak, tak payah aku susah-susah fikir plan nak gagalkan rancangan mama sebab first meet tu nanti akan jadi last meet. Dia sendiri akan pastikan rancangan ini gagal. Ya Allah sakitnya hati bila dia bencikan aku cuma disebabkan aku ahli kelab pasukan sorak” keluh Hara dengan perasaan bercampur baur. Bibir tersenyum. Tapi, ada kesan luka sedikit di hatinya. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku