Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 05
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
255

Bacaan






 MANA pergi semua orang ni?”

Riyyan menghempaskan tubuh ke sofa. Dia bersandar pada sofa lalu tangan kiri mencapai awal kawalan jauh televisyen yang ada dekat atas meja. Keluhan terbit di bibir sebaik saja skrin televisyen memaparkan drama Korea yang berjudul Fight For My Way lakonan Park Seo Joon dan Kim Ji Won.

“Bosannya, asyik-asyik muka Park Seo Joon. Kenapalah perempuan-perempuan dekat luar sana tu suka sangat dengan lelaki Korea. Tak faham betul” keluhnya.

Dalam mengeluh itu pun mata tak berkelip memandang Kim Ji Won yang sedang bercakap dengan suara dan wajah comel. Orang Korea panggil aegyo. Riyyan ketawa kecil lalu mengetap bibir geram. Mungkin lelaki-lelaki di luar sana sukakan gadis yang berlagak comel seperti yang dilakukan oleh Kim Ji Won dalam adegan drama tersebut. Tapi, tidak baginya. Bagi Riyyan gadis-gadis seperti itu agak menjengkelkan dan merimaskan.

“Oh, geramnya!” alat kawalan jauh di angkat ke atas untuk dibaling ke skrin televisyen.

“Eh! Eh! Eh! Riyyan nak buat apa tu?” bulat mata Datin Latifah melihat tindakkan mengejut Riyyan.

Suara Datin Latifah membantutkan niat Riyyan yang hampir-hampir ssaja merosakkan harta benda di rumah itu. Dia menoleh ke kiri, kelihatan Datin Latifah dan Dato Azman berjalan masuk ke ruang tamu dari pintu utama rumah mereka. Wajah Datin Latifah kelihatan sedikit comot menandakan dia dan suaminya baru saja membersihkan halaman rumah. Walaupun berstatus dato dan datin. Tapi, pasangan yang sudah berkahwin hampir 27 tahun itu lebih gemar melakukan kerja rumah sendiri berbanding mengupah pembantu rumah.

“Umi dengan abah dari mana?” soalnya tersengih. Awal kawalan jauh diletakkan semula di atas meja.

“Bersihkan halaman rumahlah. Nak harapkan anak bujang tiga orang tu. Hmmi”Datin Latifah kerutkan dahi. 

“Riyyan buat apa semalam? Matahari tegak dekat kepala baru nak bangkit” tanya Datin Azman sambil melabuhkan duduk di atas sofa. Anak matanya merenung wajah sembab Riyyan.

Riyyan tersengih malu. “Riyyan tak boleh tidurlah semalam. Ni, Shaz dengan Khalish pergi mana?” buntang matanya meliar melihat kawasan sekitar rumah. Tidak ada petanda Shaz dan Khalish berada di sekitar rumah tersebut.

“Shaz dengan Khalish pergi gim” celah Datin Shida dengan senyuman.

Gim? Wow! Bukan main rajin lagi adik aku ni pergi gim bagai. Apa hal tak ajak aku sekali? Kacang lupakan kulit betul. Riyyan melarikan semula pandangan pada skrin televisyen. Namun, hatinya terasa berdebar bila mata Datin Latifah tidak berganjak dari memerhatinya. Apa pula yang ingin dikatakan oleh wanita itu kali ini.

“Riyyan dah sedia untuk malam ni?” soal Datin Latifah agak tenang.

Riyyan tidak terus menjawab pertanyaan itu. Sejujurnya fizikal dan mentalnya masih belum bersedia untuk menunaikan permintaan Datin Latifah. Tapi sebagai anak sulung, dia merasakan permintaan ibunya adaah satu amanah. Suka atau tidak dia perlu tunaikanya.

“Umi” Riyyan menggenggam erat tangan ibunya. 

“Riyyan akan lakukan demi umi. Tapi, tolong jangan berharap sebab Riyyan tak rasa Riyyan mampu lakukan. Tapi, Riyyan cuba” ada segaris senyuman terukir dibibir di hujung ayat Riiyan.

“Ya, umi tak berharap. Tapi umi kenal anak bujang umi ni dan umi tahu apa ada dalam hati Riyyan. Walaupun Riyyan tak cerita dengan umi. Umi tahu” balas Datin Latifah. Dia menyentuh lembut wajah Riyyan yang tidak lekang dengan senyuman.

Riyyan hanya mengangguk. Meskipun dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengans pertemuan malam ini. Tapi, dia tetap bersyukur kerana Datin Latifah tidak meletakkan apa-apa harapan terhadapnya. Namun, dapat dia rasakan ibunya sedikit berharap dia akan sukakan gadis itu.

Dato Azman mengambil surat khabar yang ada di atas meja lalu memandang Riyyan.”Riyyan, abah tahu Riyyan lakukan semua ni untuk umi. Jadi Riyyan tak perlu paksa diri untuk sukakan perempuan tu sebab kalau rancangan kali ni gagal umi Riyyan dah fikir plan lain” ujar Dato Azman tersenyum sinis memandang Datin Latifah.

“Abang, jangan cakap macam tu. Takut budak ni nanti” Datin Latifah menepuk lengan TanSri Azman.

Kata-kata itu membuatkan Riyyan tercengang. Matanya tidak berkelip dari memandang Datin Latifah. Baru saja dia banggakan ibunya kini hatinya terasa seperti mahu memberontak pula. Apalah yang mahu di kejar sangat tentang jodoh? Dia percaya jodoh itu akan datang bila tiba masanya nanti.

“Hmm… Umi ni memang penuh muslihat” Riyyan bingkas bangun. Sakit pula kepala memikirkan plan Datin Latifah yang seterusnya.

“Riyyan nak pergi mana? Umi nak keluar dengan siapa malam ni?” dia mencapai tangan Riyyan.

Riyyan tersenyum lalu melepaskan pengangan tangan ibunya. “Riyyan nak naik mandi bunga. Berbual dengan umi ni buat Riyyan macam nak ubah fikiran pulak” .

Anak matanya kemudian memandang Dato Azman.

Dato Azman hanya tersengih.

“Abah, apa-apa lapor dengan Riyyan. Takut pula umi tiba-tiba meminang anak dara orang untuk Riyyan” kata Riyyan dalam sambil ketawa.

Don't worry abah takkan biarkan biarkan perkara tu berlaku" balas Dato Azman. Ketawa kecil

Geram pula hati Datin Latifah melihat kerjasama antara anak dan bapa untuk menghancurkan rancanganya. Tapi, biarpun misinya kerap kali gagal kerana sikap dingin Riyyan terhadap perempuan-perempuan yang pernah dia kenalkan. Datin Latifah percaya suatu hari nanti akan ada perempuan yang mampu menjadikan Riyyan kepada dirinya sebenar iaitu seorang yang mesra, ramah, suka tersenyum dan manja.

“Riyyan, Riyyan takkan dapat jodoh selagi perangai Riyyan tak berubah” sambung Datin Latifah. Leher panjang menoleh ke arah tangga.

Riyyan berhenti memanjat anak tangga lalu menoleh memandang Datin Latifah dan Dato Azman. Dia sebenarnya sudah lali dengan perempuan-perempuan yang dikenalkan oleh Datin Latifah kepadanya. Perempuan-perempuan itu semuanya hanya mahukan duitnya kerana mereka berasal dari keluarga yang mempunyai gelaran dato. Dia mencari seseorang yang benar-benar mencintai dirinya sebagai Riyyan Mikail bukan sebagai anak kepada Dato Azman.   

“Umi, kalau perempuan tu cintakan Riyyan, dia akan terima Riyyan seadanya. Jadi, umi tak perlu risaukan Riyyan dan… tolong jangan berharap untuk malam ni. Because I don’t ike her” balas Riyyan dengan serius.

 

 

RIYYAN berdiri di depan cermin memakai tali leher dengan wajah yang serius. Dia tidak tahu sama ada keputusanya untuk bertemu dengan gadis pilihan Datin Latifah betul atau tidak. Sedikitpun tidak pernah terlintas difikiranya akan bertemu dengan gadis itu dalam keadaan seperti ini. Enah-entah dia larikan diri sebelum gadis itu datang bertemu.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu bilik diketuk oleh seseorang. Riyyan menoleh ke arah pintu yang terbuka sedikit demi sedikit. Tidak lama selepas itu Shazreen keluarkan sedikit kepala dari pintu. Dia mahu meninjau apa yang sedang dilakukan oleh Riyyan.

“Kau apa hal sembunyi-sembunyi macam tu?” soal Riyyan hairan.

Shazreen senyum lalu masuk ke dalam bilik Riyyan. “Kau betul nak jumpa dia ke bro?”

“Betulah. Kau nampak aku main-main ke sekarang?”

“Tak adalah. Tapi...” Shazreen teragak-agak untuk memberikan pendapatnya pada Riyyan.

“Tapi apa? Aku tak ada pilihan lain okey. Dia aje boleh selamatkan aku buat masa ni” jawab Riyyan. Tangan sibuk membetulkan tali leher yang terpasang kemas di leher.

Shazreen mengangguk. Ada betulnya juga kata-kata Riyyan itu. Buat masa ini cuma gadis itu saja yang mampu selamatkan Riyyan dari rancangan Datin Latifah. Kalaulah dia mampu menggantikan tempat Riyyan. Tapi, Riyyan sendiri yang mahu melakukan perkara itu kerana sebagai seorang abang dia perlu bertanggungjawab untuk memenuhi permintaan orang tuanya. Belum tiba masanya lagi untuk Shazreen korbankan dirinya.

Bro, boleh tak kalau aku ikut? Aku pun nak tengok juga dia tu macam mana” Shazreen menatap tepat ke daam mata Riyyan.

Riyyan menggeleng. “Tak payah. Kau duduk aje dekat rumah. Hal aku biar aku selesaikan. Lima tahun lagi kalau kau tak ada girlfriend umi confirm akan buat benda yang sama” jawab Riyyan agak serius. Tapi, ada senyuman terukir dihujung ayat.

“Biarlah aku ikut. Manalah tahu kaut tak berkenan aku yang berkenan”

Kata-kata Shazreen mengundang tawa di bibir Riyyan. Sejak bila pula anak kedua dalam keluarga itu berminat dengan cinta. Sebelum ini mereka punya pendapat yang sama tentang perempuan dan jodoh.Tapi, kenapa dia tiba-tiba saja berubah fikiran.

“Kau janganlah gelak. Aku pun nak tolong penuhkan impian umi nak dapat cucu. Kalau nak tunggu kau tak tahulah bila nak kahwin. Banyak perempuan sukakan kau. Tapi kau buat tak layan” sambung Shazreen. Dia mengambil minyak rambut Riyyan lalu disapukan ke kepala.

“Memanglah banyak perempuan sukakan aku. Tapi, dorang tu semua bukan jenis perempuan yang aku suka. Terutamanya Erika. Aku rimas betul dengan minah tu” jelas Riyyan. Membayankan wajah Erika saja sudah buat dia kecut perut.

“Erika? Huh! Aku tak boleh lupa apa dia dah buat dengan kau” Shazreen tersenyum sinis.

Dia kemudian menepuk belakang Riyyan sambil memandang wajah Riyyan melalui cermin.

Bro aku ni memang hensem kalau senyum. Harap-harap nanti masa jumpa dia kau tak buat muka ketat kau. Lari budak tu nanti” pesanya dengan senyuman.

“Tahulah aku uruskan hal aku. Lagipun dia lebih kenal aku siapa berbanding kau rasanya” balas Riyyan.

Shazreen sekali lagi mengangguk sebagai tanda dia bersetuju dengan kata-kata Riyyan. Memang benar pelajar-pelajar di Universiti Korea lebih mengenali siapa Riyyan Mikail berbanding ahli keluarga mereka sendiri. Tapi, itu tidak bermaknanya mereka mengenali Riyyan sepenuhnya kerana di rumah ketika bersama keluarga dia ialah seorang yang berbeza. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku