Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 06
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
243

Bacaan






 SUDAH hampir lima minit Hara mundar mandir di hadpaan Sunrise Love Restaurant berfikir sama ada mahu masuk ke dalam ataupun pulang saja ke rumah. Tapi, kalau dia pulang macam tu saja Datin Shida pasti akan marah dan buat perkara yang lebih gila dariapda ataurkan jodoh. “It’s okay Sahara Irdeena you can do it” dia menggengam tangan dan maju ke depan dengan yakin.

Namun, langkah terhenti sebaik saja tangan menyentuh tombol pintu restoran. Degupan jantung kini terasa semakin deras seolah-olah dia mahu bertemu dengan Kim Min Seok pelakon Desecnedant of the sun pula. I can do it!  Berulang-ulang kali kata-kata itu diucap. Tapi netah bila dia nak masuk ke dalam.

Nafas dia tarik dalam-dalam. Sempat juga membetulkan rambut yang sudah kemas lalu menyentuh tombol pintu restoran untuk yang kesian kalinya. Pekerja yang berada di dalam hanya memerhati gelagat pelik bakal pelanggan mereka.

Bersama helaan nafas panjang dia menarik pintu dengan seluruh kudrat yang ada. Tapi, kewarasan minda tidak mampu menentang suara hati yang masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Riyyan Mikail. Tangan dia lepaskan dari tombol pintu lalu berundur beberapa tapak ke belakang.

“Aku tak berani nak jumpa dia. Macam mana kalau dia simbah aku dengan air?” pelbagai anasir buruk bermain dalam mindanya ketika itu. Meskipun beberapa hari lepas mereka berbual dengan tenang dan Riyyan membantu menyapu ubat pada kakinya. Tapi, itu tidak bermakna dia akan gembira bertemu dengan Hara dalam situasi seperti ini.  

“Awak nak masuk ke tak?”

Suara yang datangnya dari belakang itu benar-benar mengejutkan dia. Hara berpaling ke belakang lalu melihat seorang lelaki sedang memandangnya dengan wajah kosong. Tanpa berkata apa-apa diabergerak ke tepi memberikan lelaki itu ruang untuk masuk ke dalam.

“Awak tak nak masuk dalam ke?” soal Shazren untuk kedua kalinya. Jari telunjuk dihalakan ke arah pintu.

“Tak apalah, awak masuk dulu sebab saya masih fikir nak masuk ke tak” jawab Hara tersenyum. Apa yang dia buat sekarang pun dia tak tahu. Tapi, lelaki yang berdiri di depanya kelihatan sungguh gentleman dan kacak.

Shzareen melihat jam di tangan. “Dah pukul  8.05 malam ni. Rasanya awak mesti ada janji dengan sesiapakan? Kalau awak tak masuk, penatlah orang tunggu awak”

Hara memandang Shazreen dengan penuh hairan. Peliknya, macam mana dia boleh tahu aku ada janji temu? Stalker ke? Hara menggeleng. Tak mungkin stalker sebab dia langsung tidak mengenali atau melihat lelaki itu sebelum ini.

So, awak nak masuk atau tak?” soal Shazreen. Matanya tidak lekang dari memandang Hara. Ini rupanya Sahara Irdeena. Dia lebih baik dari Erika dan… Dia nampak lain dengan masa aku jumpa dia beberapa bulan lepas. Tapi, dia macam tak kenal aku aje. Getus Shazreen dalam hatinya.

“Masuk” Hara menganggukkan kepala.

Dia akhirnya membuat keptusan untuk berdepan saja dengan Riyyan dan jelaskan perkara yang berlaku. Dia yakin Riyyan akan memahami situasinya yang tidak punya pilihan lain. Kali ini saja dia mengharap jasa baik Riyyan untuk menunaikan permintaanya. Maafkan aku Riyyan. Tapi, salah kau juga siapa suruh daftar jari jodoh dekat agensi yang sama dengan mama daftarkan aku. Ya Allah lindungilah hamba-Mu yang tidak berdosa ini. Dalam keadan serabut itu sempat juga dia memanjatkan doa kepada Tuhan.

Shazreen cepat-cepat membuka pintu untuk Hara lalu mempersilakan Hara unuk masuk terlebih dahulu. Hara hanya mengangguk dan berjalan masuk ke dalam restoran dengan penuh debaran. Dia berhenti melangkah lalu berpaling memandang Shazreen yang berjalan di belakangnya. Matanya tidak berkelip memandang lelaki kacak yang tidak lekang dengan senyuman.

“Kenapa?” soal Shazreen. Tetap tersenyum. 

“Tak ada apa-apa. Thank you for being nice to me” ucapnya. Membalas dengan senyuman.

“Most welcome” ringkas saja jawapan yang diberikan oleh Shzreen  

 Hara beredar dari situ untuk memulakan misi mencari Riyyan. Satu persatu wajah pelanggan dia perhatikan. Tapi, tidak ada seorang pun menyerupai Riyyan. “Takkanlah dia tak datang?” dia mengukirkan senyuman. Rasa riang di hati kerana Riyyan telah memudahkan kerjanya.

 “Excuse me miss, miss Sahara Irdeena?” sapa seorang pekerja restoran.

“Ya saya” degupan jantungnya kini mendadak naik. Senyuman di wajah pekerja itu menandakan satu petanda yang tidak baik.

 “Mister Riyyan Mikail sedang tunggu cik di atas” kata pelayan tersebut dengan ramah.

“Ri… Riyyan tengah tunggu saya?” Hara tercengang mendengar nama keramat itu. anak mata tidak berganjak dari memandang wajah pelayan yang tidak lekang dengan senyuman di bibir. Biar betul dia ada dekat sini? Mati-mati aku ingat dia dah balik tadi.

“Ya. Biar saya tunjukkan…”

It’s okay. Saya pergi sendiri. Terima kasih ya” celah Hara dengan senyuman.

Baru saja beberapa minit tadi hatinya girang kerana menyangka Riyyan tidak datang temu janji itu. Tapi kini mamat dingin, mata helang itu sedang menunggunya di tingkat atas. Bibir diketap sambil kaki perlahan-lahan memanjat anak tangga yang mempunyai ukiran klasik dan modern.  

Sampai saja di tingkat atas, mata mula meliar memerhati kawasan sekeliling yang agak lengang. Alunan muzik klasik dan lampu yang sedikit malap menjadikan suasana di tingkat atas Suasanakelihatan sungguh roamtis. “Wah ni kalau datang dengan kekasih, buat candle light dinner memang sesuai sangatlah. So romantic and...’ senyuman di bibir mati bila memikirkan yang dia akan bertemu dengan lelaki yang tidak menyukainya.

“Mana pulak si Riyyan tu duduk?”

Anak matanya memerhati setiap manusia yang duduk berseorangan di meja sehinggalah pandangan terhenti pada seorang lelaki yang duduk membelakangi hara dekat meja hujung berhampiran dengan balkoni. Sekali pandang dia sudah boleh mengagak lelaki yang bersandar sambil menikmati air kosong adalah Riyyan Mikail .

Dengan langkah kanan, dia mula bergerak setapk demi setapak mendekati Riyyan. Setiap langkah yang diambil terasa berat seolah-olah dia akan berhadapan dengan hukuman mati. Ya Allah, apa agaknya reaksi dia bila tengok aku nanti? Air kosong tu dia jadikan prop untuk simbah aku ke?.

Senyap-senyap dia berhenti di belakang Riyyan. Diri tidak tahu bagaimana mahu menyapa lelaki itu. Muka selamba tak tahu malu seperti yang dia buat? Muka ketat macam yang Riyyan selalu buat? Atau bongkokkan tubuh serendah 90 darjah sebagai tanda pemohonan maaf sebab telah melibatkan Riyyan dalam hal peribadinya. Tapi, salah Riyyan juga kerana tersenarai dalam sepuluh teratas pilihan  Datin Shida.

Sudah terlambat untuk kau berundur Hara. Kau dah sampai sini, kau dah berdiri belakang Riyyan . So, teruskan sajalah. Hara menghela nafas panjang. “As… Salamualaikum Riyyan” dalam keadaan teragak-agak dia menyapa Riyyan dengan membri salam.  

Huh! Datang juga dia. Ingatkan tak datang. Keluh Riyyan dalam hatinya. Sudah berminit-minit dia menunggu Hara. Kalau lima minit lagi Hara tidak munculkan diri, dia tinggalkan saja tempat itu. Lagi mudah untuk dia memberikan alasan pada Puan Latifah.

“Waalaikumussalam…”  Riyyan bingkas bangun dari tempat duduk.

Hara menelan liur. Mata dia pandang ke bawah kerana tidak sanggup menatap renungan tajam Riyyan. Bersedia sajalah Hara untuk sebarang kemungkinan buruk yang akan menimpanya sebaik saja Riyyan tahu identiti gadis yang memilihnya sebagai calon jodoh.

“Sahara Irdeena” sambung Riyyan dengan tenang. 

Sa.. Sahara Irdeena? Perlahan-laha Hara mengangkat wajah.

Masa di sekeliling seakan-akan terhenti di saat mata Hara dan Riyyan saling bertentangan. Tidak ada senyuman terukir dibibirnya hanya seraut wajah dingin menyambut kedatangan Hara.  Ya Allah mata dia macam nak baham aku aje. Hara memandang ke bawah semula. Nak cakap apa pun dia tak tahu. Rasa macam nak cabut saja dari situ.

“Kenapa tunduk?” soal Riyyan. Suaranya kedengaran tenang.

Hara menggelengkan kepala. Stage pertama dah lepas. Dia belum buat apa-apa lagi. Tapi… Kenapa dia macam tak terkejut aje bila nampak aku tadi? Dia mengumpul semula keberanian untuk berhadapan semula dengan Riyyan.

Selesai sesi berlawan mata. Riyyan menarik kerusi untuk Hara. Walaupun dia tidak begitu sukakan Hara. Tapi sebagai lelaki, dia perlu tunjukkan sisi lainya pada gadis yang menganggapnya sebagai manusia yang tidak punya perasaan. Cuma tahu nak bersikap dingin saja. Tapi, itu pun boleh dikategorikan sebagai satu perasaan juga.

Ohoi! Dia nak jemput aku duduk ke? Getus hati Hara sambil cuba sembunyikan senyuman.

Riyyan memandang Hara. “Awak buat apa tercegat kat situ? Tak nak duduk?” soalnya dingin.

Du… duduk?” Ya Allah, sweetnya. Tindakkan gentleman Riyyan membuatkan hati Hara sedikit berbunga-bunga.

“Ya, Takkan nak saya angkat kut?” balas Riyyan.

 “Angkat? Angkat?! Eh! Tak perlu, aku duduk sendiri” Hara cepat-cepat berjalan ke arah kerusi yang Riyyan sediakan untuk dia. Rasa nak tercabut jantung bila lelaki itu menyebut perkataan angkat tadi. Apa ingat ini filem hindustan ke? Ada adegan angkat-angat bagai.

Hara cepat-cepat melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Riyyan. Dia tidak dapat menatap wajah lelaki dingin itu walaupun sedikit. Tangan dia genggam erat sambil minda mula berfikir apa yang patut dia katakan pada Riyyan. Jelas sekali Riyyan tidak begitu gembia ketika melihatnya. Tapi, pada masa yang sama reaksi Riyyan yang tenang seolah-olah memberitahunya yang lelaki itu telahpun mengetahui siapa yang akan datang bertemunya malam ini.

Nafas dia tarik dalam-dalam lalu mengangkat wajah memandang tepat ke wajah Riyyan. “Riyyan aku…”

Dalam keadaan mereka duduk bertentangan. Riyyan hanya merenung wajah kalut Hara yang cuba dia sembunyikan dari Riyyan. Dia berasa pelik melihat gadis itu diam membisu tidak seperti selalunya dia akan membebel dan memanggilnya dengan bermacam-macam panggilan.

“Sahara Irdeena” Panggil Riyyan.

 “Ada apa-apa awak nak jelaskan dengan saya?” soal Riyyan. Wajahnya bertambah serius.

Pertanyaan itu membuatkan Hara bertambah gemuruh. Tangan dia genggam erat sambil minda mula bekerja memikirkan bagaimana untuk dia jelaskan pekrara itu kepada Riyyan. Jika dia tersalah langkah, Riyyan pasti akan memaki hamun dia nanti.

“Err.. ada. Aku nak cakap…” Hara diam.

“Apa dia??” soalnya bersandar pada kerusi lalu tangan kanan mencapai air kosong yang ada di atas meja.

Amboi sempat lagi dia minum air. Aku ni yang dahaga dari tadi hanya mampu menelan liur sendiri. Kenapalah dia tak minta air untuk aku sekali. Tak gentlemen langsunglah mamat ni. keluh hatinya mengerutkan dahi kerana geram melihat kelakuan poyo Riyyan.

“Cakaplah apa yang awak nak cakap tadi?” ulang Riyyan serius. Tapi, ada ketenangan dalam nada suaranya.

“Er… Sebenarnya aku nak minta maaf sebab tiba-tiba libatkan kau dalam hal ni. Tapi,  aku tak ada pilihan lain” jelas Hara hanya dengan sekali nafas. Dia berharap Riyyan akan memahami maksud disebalik kata-kata itu.

“Hal awak? Apa maksud awak?” soalnya tersenyum sinis. Dia seperti tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hara pula sekarang.

“Mama aku nak aku pilih salah seorang dari calon yang dia tunjuk. Masa tu aku memang tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba nama kau tersenarai dekat situ. So…” Hara diam seketika. Dia tidak tahu bagaimana mahu meneruskan ayat seterusnya.

So, awak pilih saya?”  Riyyan memberikan jawapan yang sukar untuk Hara nyatakan. Dia tersenyum sinis.

“Ya” Hara mengangguk.  

Dia memandang ke bawah. Tidak berani untuk berdepan dengan jelingan tajam Riyyan. Nampaknya dia perlu bersedia. Riyyan sudah mengangkat gelas. Jangan-jangan nak simbah air kosong dekat muka Hara. 

“Awak ni memang suka susahkan hidup orang lainkan?” sinis suaranya ketika mengucapkan kata-kata itu.

Wajah Hara angkat semula. “Aku terpaksa. i have no choice. Tapi, rasanya ini pertama kali aku libatkan kau dalam masalah aku. Aku tak tahu nak buat apa masa tu” Berani betul dia berkata seperti itu. Riyyan sudah semakin ketat memandangnya.

“Yes, I know this is your first time involving me in your probem. But why me?” soal Riyyan lagi meletakkan gelas di atas meja.

Nafas lega dihela oleh Hara. Mujur air dalam gelas itu tidak melayang ke wajahnya.

“Because I have no choice. I’m so, so sorry. But, don’t worry…”

It’s okay, tak perlu jelaskan. Saya dah jangka benda ni akan berlaku” celah Riyyan. Mata merenung tepat ke dalam mata Hara.

“Huh, apalah yang umi saya nampak, sampai dia pilih awak dalam banyak-banyak perempuan dekat senarai tu” gumam Riyyan.

What do you mean? Umi kau?” soal Hara. Dia seperti mendengar sesuatu yang sukar untuk dipercayai keluar dari mulut Riyyan. Bagaimana umi Riyyan boleh terlibat dalam hal ini.  

Riyyan menghela nafas pajnang lalu menyilangkan kaki. Dia sendiri tidak menyangka perkara ini akan berlaku dalam biliknya. Entah apa yang Puan Latifah lihat sampai Hara menjadi pilihanya. Kenapa pula dia bersetuju untuk keluar bersama Hara.

“Sahara Irdeena awak pun satu hal kenapalah daftar agensi cari jodoh sama dengan saya? Apa hal hantar gambar senyum manis yang…” Riyyan mengerutkan dahi. Dia melarikan pandangan ke tempat lain lalu memndang Hara semula.

Daftar? Bla masa pula aku daftar nak cari jodoh dekat agensi tu? Aku tak kemaruk lagi nak kahwin kut. Dia yang kemaruk nak kahwin. Gambar? Bila masa aku bergambar senyum sampai telinga? Semua persoalan itu kini bermain dalam minda Hara. Raut wajahnya kosong memandang Riyyan.

“Awak tahu tak, umi saya pilih awak cuma sekali pandang. Eh, tak faham betullah kenapa umi saya sukakan awak” rungut Riyyan.

“Hey, apa yang kau merepek ni? Bila masa pulak aku iklan diri macam tu? Aku tak ada daftar dekat mana-mana agensi cari jodoh pun” nafi Hara sekeras-kerasnya.

“Kalau bukan awak siapa pula yang pandai-pandai daftarkan awak?” soal Riyyan geram.

Soalan itu tidak terus dijawab oleh Hara. Dia hanya memandang Riyyan dengan pandangan kosong. Siapa lagi yang daftarkan namanya dalam agensi cari jodoh itu kalau bukan ibu kandungnya sendiri.

 “Kenapa?” soal Riyyan.

Hara mengeluh. “Mama aku, Wah! Tak sangka betul mama sanggup malukan aku sampai macam ni sekali. Wah! Aku tak percaya dia pun daftarkan aku. Huh!” rasa mahu tergelak Hara memikirkan tindakkan gila Datin Shida.

So, awak fikir saya ada register ke nak cari jodoh dekat agensi tu? Saya ni tak adalah terdesak sangat nak kahwin. Tapi, umi saya tu yang pandai-pandai daftarkan saya.Huh! Boleh naik gila dibuatnya” celah Riyyan dengan geram. Bibir dia ketap. 

“Maknanya awak pun kena pilih salah seorang dari senarai calon jodoh yang awak dapat?” teka Hara.

“Ya” jawab Rinyyan agak ringkas.

“And you chose me?” Hara menuding jari ke arah dirinya sendiri. Entah ini mimpi indah atau ngeri. Riyyan memilih dia berbanding sembilangadis yang lain.

“Bukan saya. Tapi, umi saya” Riyyan mengeluh.

Matanya merenung tepat ke wajah Hara. “Saya tak fahamlah banyak-banyak calon tu kenapalah umi saya pilih awak. Kalau saya, saya takkan pilih awak”

Amboi bukan main suka lagi mengutuk Hara. Kalau ikutkan hati Hara pun tak mahu pilih Riyyan. Tapi demi keselamatan diri sendiri. Riyyan adalah orang paling tepat untuk menggagalkan plan Datin Shida. Dia sudah dapat menghidu bau kejayaan dalam tindakkanya kali ini.  

 Hara ketawa,

 Riyyan juga ketawa. Entah apa yang lawak di mata gadis itu.

“Itulah pasal, aku pun tak faham umi kau tu. Jangan-jangan umi  kau  rabun kut. Ke  dia tu memang bekenan perempuan milinuim macam aku ni” balas Hara. Dia senyum sinis di hujung ayat.

“He!” panggil Riyyan. Riak wajahnya serius semacam saja. Marah agaknya Hara mengata Puan Latifah.

 “Wae? (Kenapa?)” sempat juga dia berbahasa Korea. Buntang matanya tidak berganjak dari memandang Riyyan. Ada sedikit gementar melihat mata helang itu. Tapi, dia buat tak tahu saja.

“Bukan main sukakan gelakkan umi saya? Dah puas hidup ke? Lagi satu cakap tu boleh tak jangan guna ‘aku’? guna ‘saya’kan sopan sikit. Awak tu perempuan” bebel Riyyan. Gelas kaca di tangan dia genggam.

Hara tercengang. Bibir dia ketap. Kecut perut mendengar kata-kata menakutkan dari Riyyan. Riak wajah Riyyan ketika itu tidak ubah seperti pembunuh profesional. Liur dia telan lalu cuba untuk ketawa. Setawa.

“Sorry sorry I’m just kidding” balasnya cuba sedaya upaya untuk bersahaja di hadapan Riyyan.

Ucapan maaf Hara hanya berlalu seperti angin bila Riyyan tidak langsung memberi jawapan kepada permintaan maaf itu. Dia sebaliknya melarikan pandangan pada pelayan yang dalam perjalanan ke meja mekera. Dia sebenarnya sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan makanan laut di restoran ini. Kalau nak pergi sendiri mahal sangat. Mujurlah agensi cari jodoh yang tanggung perbeanjaan makan. Dapatlah dia berjimat. 

“Wah!” mulut Hara ternganga melihat lobster yang terhidang di atas meja. Bukan setakat lobstar yang memikatnya. Tapi, udang dan ikan bakar membuatkan dia terlupa tujuanya datang ke restoran ini.

Tanpa perasaan segan silu dia mula menjaamah hidangan yang ada di depan mata tanpa mempelawa Riyyan yang sedang tercengang memandangnya. Belum pernah dia bertemu dengan perempuan yang menjadi dirinya sebenar ketika makan. Bibir comot, makan dengan tangan dan Hara benar-benar menikmati hidangan yang ada dengan penuh selera.

Hara mengangkat wajah memandang Riyyan. “Apa hal tengok saya? Kenyang ke tengok muka saya yang comel ni?” soal Hara. Mulut masih penuh dengan nasi.

Riyyan ketawa sinis. “Boleh tak kunyah nasi  tu sampai habis dulu baru cakap? Awak tak malu ke makan depan lelaki macam tu?” soal Riyyan geram.

“Memandangkan lelaki tu awak. So, saya tak malu kut” Hara ketawa lalu minum jus oren yang ada di sebelah kanan.

“Huh1 perempuan gila. By the way, boleh pun guna ‘saya’, ‘awak’. tolong kekalkan” Riyyan juga ketawa.

“Boleh je. Tapi, kalau dengan kau… I mean awak. Saya tengok mood dulu I still remember what are you said to me before Riyyan Mikail” jawab Hara. Wajahnya bertukar serius.

“Teruk sangat ke saya ni?” tanya Riyyan dengan wajah berkerut.

Hara mengangguk. “Sangat” balas Hara dengan begitu yakin sambil tersengih memandang Riyyan.

Riyyan diam. Matanya dilarikan dariapda Hara pada pinggan di hadapanya. Memang banyak kata-kata yang menyakitkan hati dia telah lemparkan pada Hara sepanjang dia menjadi ahli kelab pasukan sorak universiti. Dia sendiri masih ingat gadis itu menangis seorang diri selepas dicaci olehnya. Tapi, sehingga ke hari ini dia belum pernah mengucapkan kata maaf pada Hara kerana bagi Riyyan semua kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah benar.

 Giliran Hara pula curi-curi pandang pada Riyyan. Dia makan semua hidangan yang ada kecuali lobstar dan udang. Pelik kenapa dia tak makan lobstar dengan udang? Itu kut hidangan utama dekat restoran ni? Hara senyum sinis. Eloklah dia tak makan, kurang saingan aku.

Suasana di sekeliling betukar sepi tatkala mereka sedang asyik dengan hidangan masing-masing. Alunan muzik klasik masih lagi menemani mereka dan pelanggan-pelanggan yang ada di tingkat atas kafe. Ketika hendak curi pandang Riyyan, mata Hara terpana pada sepasang kekasih sedang makan malam dengan candle light dinner.

“So Sweet” tanpa sedar ayat itu keluar dari mulut Hara.

Sweet? Apa yang sweet” soal Riyyan.

Riyyan menoleh ke belakang. Kelihatan pasangan kekasih yang Hara perhatikan sedang berbual dengan mesra. Si lelaki memberikan lobstar yang sudah dibuka pada si perempuan. Adegan yang selalu diharapkan oleh perempuan setiap kali makan bersama pasanganya. Riyyan tersenyum kelat, dahinya sudah berkerut.

Wajah Hara dia renung kembali. Amboi, tidak lepas pandangan dari memerhati pasangan bahagia itu/ Takkanlah harapkan mamat dingin, mata helang bukakan lobstar untuk dia? Rasanya perkara itu mustahil akan berlaku. Dia tak simbah air ke muka Hara pun sudah cukup baik.

Apa yang aku fikir ni? Hara menggeleng lalu menumpukan kembali perhatian pada lobstar yang ada di atas meja mereka. Saat tangan kanan mahu mengambil lobster, ada sepasangan tangan dengan jam berjenama terpasang kemas meletakkan lobster ke dalam pinggannya. Perlahan-lahan Hara mengangkat wajah memandang Riyyan yang sentiasa menatapnya dengan dingin.

“Ehem, makanlah. Saya tengok awak nak buka lobster macam kura-kura” ujar Riyyan, Dia cepat-cepat tunduk lalu menyuap nasi ke dalam mulut.

Hara tersenyum-senyum. Macam susah aje nak percaya Riyyan Mikail yang selama in terkenal dengan sikap dingin melakukan perkara yang diidam-idamkan oleh setiap wanita untuknya.

Ohoi! Tak sangka mamat dingin, mata helang bukakan lobstar untuk gadis cheerleading”

Excuse me, saya ni tak adalah teruk macam yang awak fikir”

So, awak pernah buat macam ni dengan Erika?”

“Tak” Nama Erika buat Riyyan hilang selera makan.

So, I’m your first? teka Hara. Dia tidak dapat sembunyikan senyuman dibibir.

 “Ya. Eh boleh tak kita jangan cerita tentang Erika?” pinta Riyyan serius.

So, kita nak bincang tentang apa? Oh ya, saya nak tanya awak kenapa awak benci sangat dengan saya?” pertanyaan yang sudah lama bermain dalam fikiranya itu dia tanyakan juga. Walaupun dia sudah tahu jawapan apa yang akan diberikan oleh Riyyan. Dia tetap mahu mendengarnya kembali. Telefon dia keluarkan dari dalam bag lalu diletakkan di atas meja.

Riyyan tersenyum sinis. “Perlu sebab ke kenapa saya kena benci awak?” Riyyan pula tanya Hara.

“Mestilah perlu! Macam awak cintakan seseorang tu mesti ada sebab. Takkanlah tiba-tiba awak cintakan dia macam tu aje” kata Hara dengan penuh perasaan.

“Samalah tu, tak ada sebab untuk cintakan seseorang. Kalau saya rasa dia miss right saya, saya akan datang dan dapatkan dia” jawab Riyyan serius.

Muka Hara berkerut. Tiba-tiba dia rasa Riyyan kelihatan berkarisma dengan kata-kata seperti itu. “Tapi, Sebab utama awak benci saya sebab saya ni ahli kelab cheerleadingkan?”teka Hara lagi.

“Mungkin” Riyyan angguk.

“Lagi?” desak Hara. Tolonglah cakap benda yang lebih dasyat Riyyan.Aku tengah record kut ni. Nak bagi mama dengar biar tahu betapa biadapnya Riyyan Mikail.

“Rasanya alasan tu dah cukup. Tak ada sebab lain saya benci awak” Riyyan mengambil jus oren yang ada di sebelah kiri.

Hara mengeluh. Nampaknya jawapan Riyyan tidak begitu membantunya. Diaperlu buat sesuatu supaya mamat dingin, mata helang ni bercakap sesuatu yang teruk tentang dirinya.

By the way, kaki awak dah sembuh?” soal Riyyan.

Ohoi! Riyyan Mikail ambil berat tentang saya ke?” usik Hara. Jari telunjuk dihalakan ke arah Riyyan sambil tersengih.

“Dah tak payah jawab soalan saya tu. Awak makan aje” balas Riyyan. Rasa menyesal pula tanya soalan yang menjerat diri sendiri itu.

Hara cuba menahan tawa bila melihat wajah cuak Riyyan. Tapi, dia tetap bersyukur kerana lelaki itu tidak memaki hamun dirinya seperti sebelum ini dan perkara yang paling penting Riyyan cuma ada satu sebab membencinya iaitu dia ahli kelab pasukan sorak. Mungkin, kalau Riyyan mengenalinya sebagai gadis biasa hubungan mereka mungkin lebih baik dari ini. 

“Thank you Riyyan” ucap Hara tersenyum.

“For what?” soal Riyyan hairan. Apa yang dia lakukan sehingga gadis itu mengeluarkan kata-kata seperti itu.

“Sebab bencikan saya cuma dengan satu sebab” jawabnya. Mata tidak berkelip dari memandang tepat ke wajah serius Riyyan. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku