Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 07
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
307

Bacaan






HARA dan Riyyan jalan beriringan keluar dari restoran bertarf lima bintang dan romantik. Perut terasa kenyang sekali dengan hidangan sedap yang disediakan oleh pihak restoran. Hara juga sungguh berpuas hati dengan layanan Riyyan terhadap hari ini. Tapi, ada sedikit rasa kecewa bila tidak ada adegan simbah menyimbah antara mereka. Kalau tidak, bolehlah dia jadikan bukti kepada Datin Shida tentang sikap biadab Riyyan Mikail.

“Awak ni kena sampuk hantu ke apa? Tersengih-sengih?” soal Riyyan hairan melihat Hara yang dari tadi hanya tersengih-sengih.

Hara menoleh ke arah Riyyan. “Sampuk hantu? Apa hal pulak saya kena sampuk hantu?’ dia tanya balik soalan itu pada Riyyan.

 Jawapan Hara mengundang tawa di bibir Riyyan. Dia menggaru-garu pipi yang tiba-tiba saja gatal sambil mata tidak berganjak dari memandang wajah gadis yang kelihatan begitu gembira sekali. Mustahil pertemuan ini buatkan dia gembira.

“Jadi, awak memang selalu macam ni? Senyum seorang-seorang macam orang gila?” soal Riyyan lagi.

Hara mengangguk. “Ya. Awak lupa ke saya ni ahli kelab pasukan sorak universiti kita? Jadi, saya kenalah selalu senyum manis macam ni. Kalau tak, orang tak nak persembahan kami” jawab Hara mengukirkan senyuman semanis-manisnya untuk Riyyan.

Riyyan melarikan pandangan ke hadapan kerana tidak mahu memandang senyuman gadis itu.

Ohoi! Riyyan Mikail tengah nervous” usik Hara tersengih-sengih.

“i’m not” Riyyan menggelengkan kepala. Nafas dia tarik dalam-dalam cuba bertenang di hadapan Hara.

Riyyan kemudian berhenti berjalan lalu berpaling memandang Hara. Mata mereka kini saling bertentangan, Hara berundur setapak ke belakang saat Riyyan maju setapak ke depan. Tubuh Riyyan bongkokkan sedikit lalu menikam tepat ke dalam mata Hara.

“Huh!” getus Riyyan dengan sinis.

“Apa? Kau nak buat apa ni?” soal Hara gementar. Kepala dia tolakkan sedikit ke belakang untuk menjarakkan wajah mereka daripada berada dalam jarak yang terlalu dekat. Tindakkan Riyyan kali ini hampir meluluhkan jantungnya.

“Nothing” jawab lelaki itu agak ringkas. Dia tersenyum manis lalu kembali berdiri tegak seperti tadi. Namun, buntang matanya masih lagi tertumpu pada Hara. Wajah gadis itu kelihatan  merah padam disebabkan Riyyan. Seumur hidupnya, tidak pernah ada seorang lelaki pun yang merenungnya dalam jarak sedekat itu.

Riyyan mengeluh panjang.

“Kenapalah saya terima keputusan umi saya keluar dengan awak” soalnya.

“Kan… saya pun tak faham” balas Hara mengangguk.

Riyyan pandang Hara lagi. Wajah naif Hara buat dia senyum untuk yang kesekian kali. 

“Tapikan Riyyam…” sambung Hara. Dia merasakan inilah masa yang sesuai untuk dia dapatkan bukti tentang perangai biadab Riyyan terhadapnya.

“Tapi apa?” soal Riyyan. Mula mengatur langkah menuju ke arah kereta.

Kalaulah dekat dunia ni cuma ada saya seorang dan awak kena pilih antara mati atau kahwin dengan saya. Awak akan pilih apa?”

Pertanyaan itu tidak Riyyan jawab serta merta. Otaknya mula menganalisis sebab dan akibat yang akan dia dapat jika memilih mati atau berkahwin dengan gadis cheer leading yang sukar untuk dilramal fikiranya.

“Hei! cepatlah jawab” desak Hara. Dia sebenarnya sudah bersedia dengan perakam. Harap-haraplah kali ini rancanganya berjaya. Tolonglah Riyyan bagi jawapan yang aku harapkan. Walaupun jawapan tu agak menyakitkan. Tapi buat masa ini itulah jawapan yang mampu selamatkan dia dari terus bertemu dengan Riyyan.

“Saya rela mati dari kahwin dengan awak” jawab Riyyan.

Yes! finally! Laung hati Hara. Jawapan inilah yang dia mahu dengar. Tapi, di depan Riyyan dia berpura-pura sedih. Nak tunjuk bakat lakonanlah tu.

“Kenapa? Saya ni teruk sangat ke?” soal Hara lagi.

“Ya. Awak seorang perempuan paling teruk yang saya pernah kenal di dunia. Saya bencikan awak dan kalau boleh saya tak nak tengok muka awak lagi. Awak cuma susahkan hidup saya. Lagi satu, awak tanyakan kenapa saya benci awak? Sekarang saya dah ada jawapan. Jawapan saya mudah sebab awak ni perempuan yang...’ Riyyan diam seketika. Dia tidak pasti sama ada dia patut teruskan kata-katanya atau berhenti setakat itu saja. Perkataan yang keluar dari mulutnya mungkin akan melukakan Hara. Tapi pada masa yang sama, dia juga berharap Hara sedar maksud disebalik kata-kata itu.

“Yang apa?” tanya Hara dengan perasaan bercampur baur. Senyuman di bibir perlahan-lahan hilang seperti ditelan ganas Tsunami. Dia seperti dapat meneka apa yang ingin dikatakan oleh Riyyan sebentar lagi. Sabar Hara, realiti sebenar dia memang tak sukakan kau. Jadi, relaks.

 “Yang… yang tak tahu jaga maruah diri. Menari dengan bukan mahram, terlompat sana, terlompat sini. Kena angkat dengan lelaki. Awak rasa ada ke lelaki yang suka perempuan menari macam tu? Maybe kalau Korean, dorang sukalah sebab menari tu dah jadi macam culture dorang. Kita orang Melayu beragama Islam ada adab dan batas kita Sahara Irdeena. Kalau ya pun awak minat menari, belajar tarian tradisioanl melayu. Sabah Sarawak banyak lagi tarian yang menarik” jelas Riyyan dengan begitu terpeinci sekali.

Mata Hara tidak berkelip memandang Riyyan, mulut yang tadinya ternganga cepat-cepat dia ketap. Jawapan terpeinci yang keluar dari mulut Riyyan benar-benar memberi kesan parut dalam pada hatinya. Salahkah jika dia terus menari sebagai penari cheerleading? Sejak sekolah rendah lagi dia sudah menjadi penari dan selama bergelar penari, dia tahu menjaga adab dan batasnya sebagai seorang Islam. Tapi, pada pandangan mata Riyyan. Dia mungkin seorang gadis yang tidak bermaruah lagi.

“Am I hurt your feeling?” sambung Riyyan. Dapat dia rasakan perubahan wajah Hara. Ada air mata bergenang di kelopak mata gadis itu. Tapi, gadis itu cepat-cepat menggelengkan kepala lalu tersenyum.

“Uh? I’m okay, don’t worry. By the way terima kasihlah atas jawapan tersangat jujur dari awak. I’m so happy. Assalamualaikum” jawab Hara dengan tenang sebelum beredar dari situ.

Daebak1! tak sangka dia akan cakap macam tu. Macam mana nak bagi mama dengan papa dengar? Dorang mesti bunuh aku. Keluh hatinya. Dia sudah bernjanji untuk tinggalkan minatnya dalam persembahan cheerleading selepas tamat tingkatan lima lagi. Namun dalam diamdia  telah menyertai kelab pasukan sorak universiti di Korea Selatan.

“Wow daebak!” Hara menepuk dada dengan tangan sambil ketawa.

Hara berhenti melangkah. Dia menoleh ke kanan lalu tersenyum. Disebabkan fikiran sudah terganggu dia hampir terlupa di mana dia letakkan kereta tadi. Mahu tak mahu dia terpaksa berundur beberapa tapak ke belakang. Kelihatan Riyyan masih terpacak di tempat tadi memerhati gelagat Hara yang sedikit kalut. Hara hanya mengukirkan senyuman kelat sebelum melangkah ke arah keretanya. 

ku dah buat dia terluka ke?” gumam Riyyan. Tanpa dia sedar kata-katanya tadi sedikit melukakanhati Hara. Tapi, apa lagi mampu dia lakukan sekarang? Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. “Aku tak sepatutnya cakap macam tu kut tadi. Huh!” nafas ditarik dalam-dalam lalu langkah mula diatur mendekati Hara.

Cheerleader girl” panggil Riyyan.

Hara metutup kembali pintu kereta yang baru saja dia buka. Nafas dihela panjang sambil senyuman pahit lalu berpaling memandang Riyyan. Apa lagi yang lelaki itu ingin katakan sekarang? Takkanlah kata-kata tadi masih belum cukup? Dia sudah tidakmampu mendengar sesuatu lebih dari itu.

“Ada apa Mr Riyyan Mikail aka mamat dingin, mata helang?” soal Hara. Matanya merenung tepat ke wajah Riyyam.

“Boleh tak awak berhenti panggil saya dengan nama tu?” pinta Riyyan. Dia benar-benar bencikan gelaran yang Hara berikan untuknya.

“And can’t you just stop calling me cheerleader girl? Saya pun tak suka tahu tak balas Hara dengan serius. Jujur dia sukakan gelaran cheerleader. Tapi, bila memikirkan orang yang memanggilnya dengan nama itu ialah Riyyan Mikail iaitu seorang yang bencikan segala bentuk tarian kecuali tarian tradisional, hatinya terasa sakit sekali seakan-akan dia sedang dihina.

Riyyan cuma membisu mendengar kata-kata itu. Fikiranya tiba-tiba jadi kosong ketika melihat mata Hara basah. Kini dia sedar yang dia telah lukakan hati Hara. Tapi entah kenapa bibir terasa berat untuk mengungkapkan kata maaf. Itulah ego lelaki yang tidak mampu untuk dia lawan.

“Cepatlah awak nak cakap apa?” sambung Hara.

“Err… saya dah lupa” jawab Riyyan.

“Lupa? Hmm kalau macam tu saya masuk kereta dululah ya. Assalamualaikum” balas Hara, sempat juga dia mengukirkan senyuman. Tangan kanan menarik pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta dengan perasan bercampur baur. Riyyan masih lagi berdiri di tempatnya. Raut wajahnya ketika itu kelihatan kebingungan. Mungkin bingung kerana tidak dapat meluahkan apa yang terpendam dalam jiwanya.

 “Huh! Dasar mamat dingin, mata helang. Menyakitkan hati aje” keluh Hara sambil menghidupkan enjin kereta. Tali pinggang keledar dipasang sebelum dia memulakan perjalanan. Riyyan juga kelihatan sudah masuk ke dalam kereta dan beredar terlebih dahulu dari Hara.

 

 

“HARA, macam mana date dengan Riyyan tadi? Okey tak? Dia layan Hara dengan baik tak? Dia nak kahwin dengan  Hara?” bertubi-tubi soalan ditanyakan oleh Datin Shida sebaik saja Hara masuk ke ruang tamu. Hara hanya mampu mengerutkan dahi sambil mata dijelingkan pada Dao Hazam yang kelihatan tenang menonton televisyen. Tidak seperti ibunya yang sudah tidak sabar-sabar mahu mendengar ceritanya. 

“Kalau ya pun ma, bagilah Hara duduk dulu” pinta Hara dengan wajah muram. Bermula di luar rumah tadi dia sudah berada dalam karakter. Minta-mintalah Datin Shida dan Harris tidak menyedari lakonanya.

Harris yang tadinya sibuk menonton rancangan televisyen bingkas bangun bergerak mendekati Hara. Dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya itu. Perlahan-lahan mata dia turunkan sedikit ke bawah. Ada bekas kotoran pada baju Hara.

“Kenapa dengan baju kau tu?” soal Harris.

“Ba… Baju?” mendengar sahaja pertanyaan Harris, Datin Shida terus menarik tangan Hara. Bulat mata Datin Shida melihat baju yang diapakai basah lecun terkena jus. Jambul depan Hara juga basah dan berbau jus. Dia tunduk, tidak berani menatap wajah Datin Shida.

“Apa dah jadi ni Hara?” soal Datin Shida. Menyentuh wajah Hara. Hara mengesat air mata yang mengalir dengan tangan sambil memandang Datin Shida dengan wajah yang monyok.

“Maafkan Hara. Tapi, Hara tak boleh bersama Riyyan. Dia bencikan Hara” ujarnya dengan perasaan sebak. Air mata terus menerus mengalir jatuh membasahi pipi. Harris hanya memerhati Hara dengan rasa bersalah dihati. Kalaulah dia setuju untuk dijodohkan dengan anak Dato Rahman pasti Hara tidak akan dipaksa untuk menghadiri temu janji itu tadi.

“Kenapa? Apa yang Riyyan buat dengan Hara?” tanya Datin Shida lagi. Dia jelas risau melihat keadaan Hara.

“Tak ada apa-apa” Hara menggelengkan kepala. Sempat juga mata dijelingkan pada wajah bengang Harris.

Maafkan aku Riyyan Mikail, ini saja cara yang terbaik supaya mama tak paksa aku jumpa kau lagi. Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana berbohong pada mama, papa dan along. Tapi, bantulah aku agar mama tak paksa carikan jodoh untuk aku lagi. Getus Hara dalam hatinya.

Datin Shida terus mengsuap lembut wajah Hara lalu pandangan dilarikan pada si suami yang masih duduk tenang seolah-olah tidak sedar apa yang sedang berlaku terhadap anak gadisnya. Suaminya itu sememangnya kurang setuju dengan tindakkan Datin Shida yang sibuk mencari jodoh untuk anak-anaknya. Bagi Dato Hazam biarlah mereka tentukan masa depan mereka sendiri. Jadi, bila masalah seperti ini berlaku. Dia hanya membiarkan isterinya menguruskan hal itu sendiri. Sesekali dia patut mengajar Datin Shida untuk sedar apa kesan akibat perbuatanya sendiri.

“Ma, tolong jangan paksa Hara jumpa dia lagi” ulang Hara. Kepala dia sandarkan pada bahu Datin Shida. 

“Tapi kenapa? Riyyan buat apa dengan Hara?” Datin Shida mendakap Hara dengan erat.

 “Apa yang budak tu buat dengan kau Hara?” celah Harris. Penumbuk digenggam kuat.

Hara melepaskan diri dari pelukkan Datin Shida lalu memandang ke wajah Datin Shida, Harris dan Dato Hazam. Nafas dia tarik dalam-dalam sambil kedua-dua tangan menggneggam erat tangan bondanya. Tinggal sikit saja lagi rancanganya akan berjaya. Datin Shida akan percaya Riyyan Mikail seorang yang biadab.

“Mama tengoklah apa yang dia buat dengan Hara. Dia tahu aje perempuan tu Hara, dia terus simbah dengan jus oren. Sejuk tahu tak. Habis satu badan bau jus. Nasib baik semut tak datang” ujarnya dengan geram. Baju yang masih menunjukkan kesan terkena jus oren dia tnjukkan pada Datin Shida.

“Riyyan buat macam tu?” Datin Shida seperti tidak percaya saja dengan cerita anak gadisnya itu.

Hara mengangguk mengiyakan pertanyaan bondanya. Dari raut wajah Datin Shida, dapat dia rasakan wanita itu kurang yakin dengan cerita Hara. Dia kenal benar dengan perangai Hara, dia tidak akan ceritakan keburukkan seseorang itu jika benar. Tapi dia juga merasakan Hara benar-benar terluka oleh Riyyan.

“Ma, mama kena percayakan Hara. Hara tak tipu. Riyyan Mikail seorang yang sangat teruk. Nnasib baik tadi ramai orang dekat restoran, kalau tak dengan lobster-lobster sekali melayang dekat muka Hara. Dia buat Hara ni macam perempuan paling teruk dekat dunia” sambung Hara. Dia berusaha sedaya upaya untuk buat Datin Shida percayakan dia.

“Betul ke apa yang kau cerita ni?” soal Harris pula. Dari tadi dia hanya diam mendengar segala luahan hati Hara.

“Betullah long. Buat apa Hara nak tipu. Malu tahu tak” jawabnya. Mata menikam tepat ke dalam mata Harris.

Harris menghela nafas panjang sambil bibir diketap. Jelas dari riaknya yang sudah naik angin dengan tindakkan biadab Riyyan. “Berani dia buat macam tu dengan adik aku? Wah! Dia fikir dia siapa? Berani-beraniya malukan adik aku depan orang rami” katanya dengan perasaan marah.

“Ma” panggil Harris.

“Hah?” soal Datin Shida. Matanya dilarikan pada Harris.

“Mana alamat budak tu?”

“Alamat?” Datin Shida memandang Harris dengan wajah kosong.

 “Eh, along nak pergi mana?’ celah Hara. Dia tercengang mendengar perimntaan Harris. Ni yang buat aku tak sedap hati ni. Jangan kata abang long nak serang Riyyan Mikail?

“Nak pergi mana lagi nak belasah budak Riyyan tulah. Berani dia buat adik Harris macam tu. Kau pun satu hal kenapa tak flying kick saja dia tadi. Buat penat je belajar taekwondo. Tapi, tak praktikkan” jawab Harris, sempat juga dia tunjukkan tendangan taekwondo yang dia pelajari ketika berada di sekolah menengah dulu.

Alamak kalut! Hara menggaru-garu kepala yang sudah serabut dengan sikap baran Harris. Dia sudah mencapai kunci kereta yang berada di atas meja. Tapi, Hara cepat-cepat merampas kunci tersebut dari genggamanya. Dia kenal Harris, Harris akan lakukan apa saja untuk melindungi satu-satunya adik yang dia ada. Jika Hara tidak menghalangnya sekarang, dia pasti akan mencari Riyyan dengan apa cara sekalipun semata-mata untuk memberi pengajaran kerana telah melukakan Hara. .

Along dah gila ke apa? Takkanlah CEO nak buat perangai macam tu? Tak payahlah buat sampai macam tu” halang Hara mula panik.

“CEO tak CEO, Berani dia simbah adik dengan jus? Kalau air panas macam mana? Tak ke melecur satu badan?” balas Harris. Dia melepaskan genggaman tangan Hara.  

Datin Shida dan Dato Hazam tercengang mendengar dua anak bujang mereka bertengkaran. Datin Shida memandang Dato Hazam lalu menggelengkan kepala. Siapa harus dia sokong kali ini? Harris atau Hara? Kalau dia benarkan Harris jumpa Riyyan pasti masalah akan lebih buruk dan akan melibatkan ibu bapa pula nanti. Tapi dia juga simpati melihat Hara diperlakukan seperti itu.

 “Kamu berdua duduk. Kita bincang elok-elok. Tak payah nak serang oang macam samseng” arah Dato Hazam. Dia akhirnya bersuara juga demi menjaga nama baik keluarga mereka.

Datin Shida mengangguk mengiyakan kata-kata Dato Hazam. Dia duduk di sebelah suaminya itu dengan perasaan berampur baur. Sementara itu, Hara masih lagi mengalami krisis cuba menghalang  Harris untuk pergi bertemu Riyyan. Dia menarik Harris jauh dari Datin Shida lalu merapatkan sedikit bibir ke telinga abang kandungnya itu.  

 .”Apa?” soal Harris agak marah

“Dengarlah! Hara belakon ajelah long. Semua ni Hara yang plan. Riyyan tak buat apa-apa pun” ujarnya tersengih-sengih.

“Huh!” soal Harris hairan.

“Hara belakon je” bisik Hara lagi.

“Kau ni memang gilakan Hara? Mati-mati along ingat betul tadi” sambung Harris sambil ketawa. Tidak dia sangka Hara akan terfikir cara seperti itu untuk gagalkan rancangan Datin Shida. 

“Ha! Kamu berdua buat apa lagi tu? Cepatlah duduk” panggil Datin Shida. Bibir sudah muncung ke depan kerana rancanganya kali ini juga gagal.

“Baik ma!” sahut Hara dan Harris serentak.

Hara bersandar pada sofa sambil tangan sibuk menyelongkar isi dalam bag tangan. Di mana agaknya dia selitkan telefon pintar tadi. Cari punya cari akhirnya dia jumpa juga telefon yang mengandungi maklumat penting tentang Riyyan. Telefon dia renung, masih berfikir mahu memasang rakaman suara itu ataupun tidak.

“Ma, mama masih nak Hara pilih Riyyan sebagai suami ke?” soal Hara. Jawapan Datin Shida akan jadi penentu sama ada dia akan memasang rakaman itu ataupun tidak. Minta-mintalah mama jawab ‘Tak’ so, tak perlulah aku perdengarkan rakaman yang dasyat ni.

Mama memandangku lalu tersenyum. “Mama suka Riyyan tu Dalam gambar dia…”

“Kalau macam tu mama ajelah kahwin dengan dia” celah Hara. Jawapan Datin Shida benar-benar mengecewakan dirinya.

“Apa?” bulat mata Datin Shida memandang Hara.

HeI, sejak bila jadi biadab dengan mama ni? Kalau mama ni belum kahwin dah sah-sah mama pilih dia. Sejuk mata pandang budak Riyyan tu. Mesti ada benda yang kamu buat sebab tu dia tak suka kamu” selamba saja jawapan itu keluar dari mulut Datin Shida. Dato Hazam hanya menggelengkan kepala. Selagi dia belum bertemu sendiri dengan Riyyan. Selagi itulah dia tidak percaya apa yang Hara ceritakan tentang pemuda tampan itu.

“Tak faham betullah dengan mama ni. Hara dah jadi macam ni pun mama masih lagi agung-agungkan budak Riyyan tu. Dah Hara tak suka dia janganlah paksa” celah Harris. Dia masih lagi menghayati watak yang diberikan oleh Hara padanya sebentar tadi.  

“Betul tu long! Takkanlah mama sanggup tengok anak mama kena dera dengan Riyyan Mikail. Kami tak suka antara satu sama lain. Hara  tak suka dia. Dia pun tak suka Hara. Tak, dia bencikan Hara sebenarnya. Kalau mama tak percaya, mama boleh dengar ni” Dia terus memasang rakaman perbualannya dan Riyyan sekuat yang mungkin.

 “Ya, awak seorang perempuan paling teruk yang saya pernah kenal di dunia. Saya bencikan awak dan kalau boleh saya tak nak tengok muka awak lagi. Awak cuma susahkan hidup saya. Lagi satu, awak tanyakan kenapa saya benci awak? Sekarang saya dah ada jawapan. Jawapan saya mudah sebab awak ni perempuan yang…Hara mematikan rakaman.

“Cukup sampai di situ” kata Hara dengan tenang. Tidak mungkin dia akan perdengarkan penghinaan Riyyan terhadap dirinya yang bergelar cheerleader. Kedua-dua orang tuanya itu belum tahu jika Hara masih aktif dalam dunia tarian.

Berkerut dahi Hara mendengar kembali rakaman suara yang dasyat  Kata-kata yang keluar dari mulutnya benar-benar pedas. Macam mana agaknya reaksi Datin Shida dan Dato Hazam? Perlahan-lahan mata dia jelingkan pada kedua-dua orang tuanya itu. Mereka jelas terkejtu mendengar kata-kata Riyyan. Tu belum lagi mereka mendengar Riyyan memanggilnya sebagai cheerleader girl.

“Perempuan yang?” soal Harris. Matanya menikam ke wajah Hara.

“Hara masih menari?” soal Datin Shida. Matanya tajam menikam ke dalam mata Hara.

Hara tundukkan wajah.

“Papa bukan dah suruh Hara berhenti ke lepas taman sekolah hari tu?” sambung Dato Hazam.

“Err… Maafkan Hara” ucapnya dengan penuh sesal. Dia sudah cuba untuk berhenti daripada meneruskan minatnya untuk jadi seorang penari atau cheerleader. Tapi, bidupnya terasa kosong bila tidak melakukan aktiviti ketika lapang. Jadi, cara terbaik untuk dia memenuhi masa lapangnya adalah dengan menari. Menari berikan sesuatu kepuasan yang mungkin hanya difahami oleh seseorang penari saja.

 Sekarang baru Datin Shida faham mengapa Riyyan Mikail tidak begitu menyukai Hara. Bukan semua lelaki muda di luar sana boleh menerima perempuan yang aktif seperti Hara. Lebih sukar untuk dia menerima Hara kerana dia telah mengenali siapa diri Hara yang sebenar. Entah dari manalah datangnya minat Hara yang tidak pernah diwarisi oleh siapa-siapa dalam ahli keluarga itu.

“Kalau mama tahu macam ni, mama takkan benarkan Hara pilih orang yang Hara kenal. Hara betul-betul buat mama kecewa” kata Datin Shida agak kesal dengan perbuatan Hara.

Kata-kata itu membuatkan Hara dibelenggu rasa bersalah. Dia merangkul lengan Datin Shida lalu membaringkan kepala di atas bahunya. “Maafkan Hara please. Hara janji habis belajar ni Hara akan berhenti” pujuk Hara. Lengan Datin Shida dia goyang-goyangkan.

“Mama nak merajuk” balas Datin Shida.

“Janganlah merajuk. Hara janji hujung tahun ni Hara akan bawa balik calon suami untuk mama” Kepala dia angkat dari bahu sambil mata merenung ke wajah Datin Shida. Entah apa yang aku merepek sekarang ni.

“Betul?” soal Datin Shida. Bersinar matanya mendengar kata-kata Hara.

“Ya” dengan berat hati dia mengiyakan perkara itu.  

“Kalau Hara tak bawa calon sampai 31 disember mama boleh kahwinkan Hara dengan sesiapa yang mama nak. Hara setuju sebab Hara tak nak jadi anak derhaka” sambung Hara dengan begitu yakin. Cara ini saja yang mampu menghentikan rajuk Datin Shida. Tapi, dia nampaknya menjerat dirinya dengan janji yang tidak mungkin akan menjadi realiti.

“Betul?” Datin Shida menuding jari ke arah Hara.

“Betul” Jawab Hara mengangguk.

 Alamak! Apa yang aku merepek ni? Macam mana kalau mama percaya apa yang aku cakap ni? Mana nak rembat anak teruna orang? Takkan bawa Bae Seung Min balik rumah? Tu bunuh diri namanya. Mama takkan restu punya. Getus Hara dalam hatinya. Namun bibir tetap tersenyum demi meyakinkan Datin Shida.

Datin Shida juga membalas dengan senyuman. Ada sedikit rasa percaya melihat riak wajah anak gadisnya itu.

‘Okey, mama beri Hara peluang untuk cari boyfriend sendiri. Tapi ingat, jangan nak bawa budak Korea siapa nmaa? Bae Seung Min?” Jari telunjuk dia halakan tepat ke wajah Hara.

Baru saja dia berfikir mahu mendapatkan bantuan Seung Min. Tapi, Datin Shida sudah memberi amaran supaya Seung Min tidak tersenarai dari senarai lelaki pilihan Hara. Alasan Datin Shida Keluarga Seung Min tidak mungkin dapat menerima jika anak mereka bertukar agama dan dia juga tidak mungkin membiarkan Hara bertukar agama semata-mata mahu bersama dengan Seung Min.  

“Hara dengan budak Seung Min tu tak ada apa-apa hubungan istimewakan?” soal Datin Shida.

Hara menggeleng.

“Baguslah kalau macam tu” Datin Shida kembali tersenyum. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku