Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 08
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
294

Bacaan






RIYYAN masuk ke dalam Coffee and Donut cafe dengan pakaian sukan. Perancangan hari ini hendak keluar bermain badminton bersama dua adik. Tapi, memandangkan cuaca di luar sana sedang hujan dia membuat kpeutusan untuk menikmati donat dan kopi panas di kafe itu. Shazreen juga baru saja menghantar mesej memberitahunya bahawa dia mahu pulang ke rumah dahulu untuk menukar pakaian dan mengambil Khalish.  

Buntang mata ligat memandang pelbagai jenis perisa donat yang dipamerkan melalui cermin kaca jernih. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menjamah setiap satu jenis perisa donat yang ada. Tapi dia tidak dapat menenuikan permintaan tekaknya kerana sekarang dia perlu mula berdiet untuk perlawanan bola keranjang pada musim luruh nanti.

“Huh!” keluhnya. Pandangan dilarikan pada Aireel iaitu tuan punya kafe.  

“Selamat petang sir, nak pilih donat yang mana?” sapa Aireel dengan senyuman. Hampir semua pelanggan yang datang ke kafenya akan di sapa dengan panggilan ‘sir’ untuk lelaki dan ‘miss’ untuk pelanggan perempuan.  

One double choco, strawberry chocolate and 2 caramel”  jari jemari turut sibuk menunjukkan donat pilihannya. Mungkin tidak salah jika dia makan banyak sekarang kerana selepas ini dia akan membuang kembali lemak dalam badan dengan cara bersenam. Hari ini saja dia akan menunaikan permintaan tekaknya.

 “Minum?” soal Airil lagi.

“Karamel makiato” ringkas saja jawapan Riyyan kali ini.

Selepas mendapatkan donat dan minuman yang dipesan tadi. Dia mengambil tempat di sebuah muja bulat khas untuk dua orang. Pinggan dan cawan pakai buang diletakkan di atas meja sebelum kerusi ditarik untuk duduk. Bibir mengukirkan senyuman melihat tgia jenis perisa donat yang terhidang didepanya. Inilah kebahagiaan sebenar iaitu dapat menikmati sesuatu yang manis ketika hujan. Tapi yang tak manisnya bila dia bersendirian di meja itu.

“One is better than two. Im happy with my life” gumamnya sendirian.  

Bip!

Bunyi mesej masuk menyedarkan Riyyan dari lamunanya. Telefon pintar dikeluarkan dari dalam poket untuk melihat siapa agaknya yang menghantar mesej padanya. Dia menekan butang sebelah kiri telefon untuk menghidupkan skrin. Nama Erika yang tertera pada skrin membuatkan dia tersenyum sinis. “Erika?” ujar Riyyan. Dia membuka mesej tersebut. 

 

Erika

Hi baby, baby tengah buat apa tu? Kenapa tak jawab call dengan mesej I? I rindu you sangat-sangat tahu tak? You tak rindukan I ke? Jom jumpa. Tengok wayang ke, dinner ke? I miss you baby.

 

Baby?” berkerut dahi bila membaca setiap perkataan yang dihanyar oleh Erika kepadanya. Telefon pintar dia letakkan di atas meja. Biarpun cuma sekadar mesej. Tapi nama Erika benar-benar buatkan dia rasa hilang selera makan. Kepala digeleng beberapa kali lalu mula menikmati minum petangnya di kafe itu. Sesekali mata melihat ke luar, hujan masih turun dengan lebat.

“Sahara Irdeena” tanpa dia sedar nama itu tiba-tiba saja meniti di bibir. Sudah berhari-hari dia menunggu khabar gembira dari Hara tentang rancanganya yang mahu menggagalkan rancangan Datin Shida. Tapi, sehingga ke saat ini belum ada khabar darinya. Datin Latifah juga seperti masih berharap mahu bermenantukan Hara meskipun Riyyan telah memburuk-burukkan Hara dihadapanya. Kata Datin Latifah selagi dia belum menerima panggilan daripada agensi cari jodoh yang mengatakan Hara telah menolak Riyyan selagi itu dia akan berharap.

“Tak boleh jadi aku kena tanya dia sendiri. Dia mungkin tak ada nombor aku” gumam Riyyan sendirian.

Telefon pintar dia capai semula lalu mencari nombor telefon Hara yang dia dapat menerusi maklumat peribadi Hara. Nombor telefon direnung agak lama sambil berfikir sama ada berbual secara terus atau sekadar menghantar mesej. Selepas seketika dia membuat keputusan untuk menghantar mesej saja kepada Hara. Malas mahu melayan perangai loya buruk gadis cheerleader itu agaknya.  

 Assalamualikum Sahara Irdeena.

Saya Riyyan Mikail, saya cuma nak tahu macam mana plan awak? Mama awak dah tak paksa awak jumpa sayakan?

 

Sahara Irdeena

Waalaikumussalam Mister Riyyan Mikail.Ya Allah ini nombor awak ke?,Macam tak percaya pula awak mesej saya. So touching. By the way kenapa awak nak tahu? Awak berharap untuk second date ke?

 

 “What?!” berkerut dahi Riyyan ketika menerima mesej dari Hara. Terasa seperti hendak ketawa pun ada juga. Tapi, tak pasal-pasal pula pasangan kekasih yang duduk di meja sebelah fikir dia orang gila. Bibir diketap sambil jari jemari rnacak membalas mesej itu.

 

 Jangan nak PERASAN boleh tak Cik Sahara Irdeena. Saya cuma nak cakap tolong minta supaya mama awak batalkan rancangan ni. Now! Call agensi cari jodoh tu. Now! 

 

      

         ahara Irdeena

Kenapa nak buat macam tu pula? Tak cukup ke saya dah bagitahu tahu mama saya, saya tak nak jumpa awak dah?  Demand betullah MAMAT  DINGIN, MATA HELANG.(semoji ketawa)

 

 Okay. Up to you lah nak buat ke tak. But, jangan menyesal bila awak terpaksa date dengan saya untuk kali kedua.

 Excuse me! Siapa nak jumpa kau kali kedua? Hei, aku tak nak jumpa orang yang benci akulah. Mama aku pun dah tak bagi aku keluar dengan lelaki teruk macam kau

 

“Lelaki teruk? Dia panggil aku lelaki teruk? Apa yang aku buat? Kau tu yang teruk tahu tak? Kenapalah susah sangat umi nak percaya perangai budak ni teruk. Lebih teruk dari Erika. No, Erika lebih teruk berbanding dia” bebel Riyyan dengan geram.

 

Sahara Irdeena

 Hei, awak tak perlu risaulah saya sendiri dah call agensi tu minta batalkan rancangan mama saya. Puas hati?   

 

“Huh! Dia memang sengaja nak kenakan aku rupanya. Baguslah kalau macam tu, Umi-umi apalah ada dengan Hara tu sampai dia suka sangat. Kalau pernah jumpa tak apalah juga. Ini cuma tengok gambar. Tapi kalau dia jumpa Hara, confirm dia reject awal-awal. Cheerleader girl” sekarang barulah hatinya terasa lega. Selepas ini tidak akan ada lagi kisah ungkit-mengungkit atau nama Sahara Irdeena meniti di bibir Datin Latifah. Dia juga berharap inilah kali pertama dan terakhir lakukan perkara seperti itu.

Kring!

Bunyi loceng yang tergantung di pintu menandakan ada orang masuk ke dalam kafe itu. Aireel memandang ke pintu. Terukir senyum di bibir bila melihat pelanggan yang datang bertandang.

 “Amboi Hara bukan ayu berbaju kurung. Hara dari mana ni?”

Riyyan menoleh ke kaunter sebaik saja pemilik kafe tersebut menyapa seorang gadis yang baru saja masuk ke dalam kafe. Hara? Nama itu seperti biasa dia dengar, kelihatan seorang gadis anggun berbaju kurung sedang berdiri depan kaunter berbual ramah bersama pemilik kafe.

“Abang ni puji ke perli?” balas Hara. Tersenyum manis.

“Mestilah puji. Cantik pakai baju kurung” 

“Terima kasih” ucap Hara. Muka sudah merah pada kerana malu.

Dia sebenarnya tidak mahu berbaju kurung. Tapi, disebabkan dia terpaksa menghadiri mesyuarat di Hotel bersama Harris. Terpaksalah juga  tunjukkan imej yang bagus dan sopan kepada orang-orang penting di hotel mereka. Al maklumlah dia adalah anak kepada Dato Hazam dan adik kepada CEO Hotel tersebut.

“Nak makan apa?” soal Aireel lagi.

Hara melihat-lihat kek yang ada dalam cermin kaca. Hari ini dia teringin nak makan kek cheese berbanding donat. Selepas seketika, jari jemari mula sibuk memilih beberapa potong kek yang nampak menyelerakan sekali. Kek strawberry cheese dan kek chocolate cheese menjadi pilihan Hara.

“Minum?’ Pinggan berisi dua potong kek dia letakkan di atas meja kaunter.

“Karamel makiato” jawab Hara. Itulah minuman kegemarannya setiap kali datang ke kafe Aireel..

Sementara menunggu minumanya siap dibuat. Hara mengeluarkan semula telefon pintar dari dalam bag. Butang di kiri telefon dia tekan. Tidak ada mesej masuk menandakan Riyyan sudah tidak membalas mesejnya. Lelaki itu mungkin cuak dengan perangai loya buruknya. Jujur selepas bertembung dengan Riyyan di pusat membeli belah beberapa minggu lepas. Dia rasa selesa bersama lelaki itu cuma kata-kata pedas lelaki itu buatkan telinganya seperti hendak mengalirkan nanah. Riyyan masih menganggap penari seperti Hara seorang yang teruk.      

                   Dia tu tak adalah sombong sangat macam yang aku kenal sebelum ini. Dia Cuma poyo dan tak suka bergaul dengan orang ramai terutamanya kalau orang tu aku. Sebabnya? Sebabnya aku seorang penari yang mesra dan berkawan dengan semua manusia Apalah salahnya kalau aku mesra. Bukan aku minta duit dia pun. Hara menggelengkan kepala sambil tersenyum.  

“Jangan-jangan kami ni musuh masa hayat lepas kut” gumama Hara.

Aireel berpaling memandang Hara Karamel makiato yang diminta oleh Hara telah pun siap. “Apa yang hayat lepas tu? Nak jadi pelakon ke?” soal Aireel. Cawan pakai buang diberikan pada Hara. .

“Ha? Tak ada apa-apalah bang. Tengah ingat cerita-cerita yang percaya kelahiran semula tu. Drama Thailandkan banyak macam tu. Tulah nak cari balik, nak tengok” jawab Hara dengan begitu yakin. Inilah akibatnya terlalu banyak menonton cerita-cerita fiksyen dan fantasi sehingga dia merasakan dirinya dan Riyyan pernah bertemu sebelum di Korea lagi.

“Ada-ada ajelah Hara ni. Nah, ini kek dengan karamel makiato Hara. Hari ini abang belanja”

“Abang belanja? Kenapa baik sangat ni?” soal Hara dengan senyuman.

“Sebab Harris order banyak untuk satu event kat hotel. Jadi, sebagai servis abang belanjalah adik dia. Nak ke tak?”

Hara mengangguk. “Of course nak! Terima kasih Abang Aireel. Abang memang best friend Abang Harris. You are the best my brother” balas Hara mengangkat kedua-dua ibu jarinya. Baginya Aireel tidak ubah seperti abang kandungnya sendiri mungkin disebabkan dia dan Harris sudah berkawan sejak di sekolah rendah lagi. Aireel juga menjaga Hara seperti adiknya sendiri. Seronok rasanya bila mempunyai dua orang abang seperti mereka. Lebih seronok kalau ada kakak sekali.

Hara mengambil tempat dekat sofa empuk yang memuatkan empat orang. Dia mengeluarkan notebook untuk menyiapkan novel. Sejujurnya minat gadis itu lebih kepada seni. Disebabkan halangan keluarga. Dia terpaksa melepaskan impianya untuk menjadi anak seni. Tapi, dalam diam-diam dia meneruskan minatnya dan terus menyiapkan novel pertamanya.

“Aku akan buktikan pada mama dan papa yang aku akan jadi seorang penulis novel dan buka akademi tari sendiri. Tapi, aku dah janji nak berhenti lepas habis belajar. Ah, peduli apa aku. Mama paksa aku kahwin, aku paksa mama terima keputusan aku. Win win situation gitu. Ya Allah tolonglah temukan aku dengan jodoh. Tak nak kahwin dengan lelaki aku tak kenal” bebelnya seorang diri. Sesekali dahi berkerut memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Datin Shida nanti.

 “Assalamualikum” sapa seseorang dari hadapan.

“Waalaikumussalam” Hara mendongakkan kepala melihat siapa agaknya pemilik suara yang agak asing itu.

Matanya tidak berkelip melihat seorang lelaki memakai T-Shirt dengan rambut ala-ala gaya K-Pop berdiri di hadapannya bersama senyuman. Siapa pulak budak ni? Takkanlah datang nak minta duit kut? Tak nampak macam pengemis pun. Handphone pun canggih dari aku. Bisik hati kecilnya. Dia hanya memandang lelaki itu dengan wajah kosong.

“Ar you talking to me?” soal Hara.  

“Yes, I’m talking to you” jawab Shazreen tersenyum.

“Boleh saya duduk?” sambung Shazreen. Tangan sudah menyentuh sofa bertentangan dengan tempat duduk Hara.                      

         “Duduk? Rasanya masih banyak tempat kosong dalam kafe ni. Awak boleh duduk dekat meja lain”  Hara kurang selesa bila tiba-tiba saja ada sorang yang tidak dikenali datang buat macam dah kenal lama pula.

Kata-kata Hara, dia balas dengan senyuman sambil tangan kanan menarik keluar kerusi kayu berkusyen lalu melabuhku punggung duduk berhadapan dengan gadis yang jelas kurang selesa dengan kehadiranya di situ. Renungan mata tajam Hara mengingatkan dia pada cerita Riyyan yang tidak gemar gadis itu memanggilnya dengan gelaran ‘mamat dingin, mata helang’. Sekarang, siapa yang mata helang? Rasanya mata dia lebih menakutkan dari Riyyan. Bibir pun dah muncung macam serombong kapal. Tapi rasanya tak salah kut kalau aku nak kenal dia.

“Eh! siapa suruh awak duduk?” soal Hara panik  Mata ligat melihat sekeliling. Lelaki itu memang tidak makan saman agaknya.

Buntang mata terhenti pada Aireel yang sedang memerhatinya. Habislah aku kali ni. Mesti Abang Aireel fikir dia ni balak aku pula lepas tu bergosip dengan along. Lepas tu, along cerita dengan mama. Tolonglah! Aku pun tak kenal dia ni siapa. Tiba-tiba datang buat macam kenal aku pula. Tapi, kenapa aku macam pernah nampak dia sebelum ni? . perlahan-lahan dia kembalikan pandangan pada Shazreen.

Shazreen membalas renungan tajam itu dengan senyuman.

“Saya seorang, awak pun seorang, meja dekat kafe ni tak banyak. Awak pula duduk dekat meja yang boleh muat empat orang. So, apa salahnya kalau saya duduk dekat sini? Untuk jimatkan tempat dan ruang” kata Shazreen mengemukakan alasan yang boleh dipertimbangkan. Tapi, Hara tetap merasakan alasan itu hanya sekadar alasan untuk lelaki itu duduk semeja dengannya. Sekarang bukanlah waktu puncak. Jadi, tidak ramai orang bertandang ke kafe.

Nafas dia tarik dalam-dalam lalu bersandar pada sofa. “Saya faham niat baik awak tu. Tapi, sekarang ni bukan peak hour. Tak ramai orang datang kafe. Lagipun saya tak kenal awak” jelas Hara cuba untuk bercakap dengan sopan.

 “Awak mungkin tak ingat saya. Tapi, saya ingat awak” sambung Shazreen. Dia tersenyum nakal.

“What do you mean? I don’t remember you” buntang matanya tidak berkelip menikam tepat ke wajah tenang Shazreen. Entah-entah dia ni stalker yang dah lama stalk aku. Oh my god! Kenapa pula dia nak buat macam tu? Aku bukanya artis kut.

Hara mencapai telefon yang ada diatas meja.

“Awak nak buat apa?” soal Shazreen sedikit panik.

“Saya nak call polis” balas Hara serius.

“Po…polis? Awak nak call polis untuk apa?” bulat matanya memandang Hara.

Dapat dia lihat wajah panik Shazreen ketika mendengar kata-katanya. Sekarang jelas bahawa lelaki itu memang berniat jahat terhadapnya.  

Wait, awak ni mesti fikir saya orang jahat, stranger atau stalker yang ada niat buruk dengan awakkan?” dia berusaha menenangkan Hara.

“Ya” Hara mengangguk yakin.          

           Shazreen menghela nafas panjang lalu ketawa sambil kepala digelengkan. Dia sudah jangka itulah yang buatkan Hara penik tak tentu pasal. Takkanlah muka macho, kacak, comel macam dia ni nak jadi stalker? Dia tidak pernah terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang yang boleh menghancurkan masa depanya itu. Dia cuma berniat untuk mengenali Hara yang mungkin bakal jadi kakak iparnya atau mungkin juga bakal jadi teman wanitanya, siapa tahu. Tapi, gadis itu nampaknya tidak semudah yang dia fikirkan.

 “Ketawa? Benda ni tak kelakar. Stalker” soal Hara. Jari jemari sudah bersedia menghbungi polis.  

I’m… I’m sorry. Tapi, saya bukan orang jahat, saya bukan stranger atau stalker” jelasnya dengan bersungguh-sungguh. 

“Kalau awak bukan orang jahat. Macam mana awak boleh kenal saya?” soalnya tetap berasa curiga walaupun dari luarann lelaki itu kelihatan seperti seorang lelaki yang baik dan naïf.

“Macam mana saya kenal awak? Awak ingat tak malam tu masa awak tengah fikir nak masuk dalam Restoran Sunrise Love? Ada lelaki datang sapa awak tanya awak nak masuk ke tak? Dan akhir sekali dia bukakan pintu untuk awak? Awak ni memang pelupa ya?” jelas Shazreen dengan lebih terpeinci. Dia berharap Hara tidak melupakan kejadian tersebut.   

Hara diam sektika, dia cuba mengingat kembali perisitwa yang berlaku sebelum masuk ke dalam restoran. Memang benar ada lelaki menyapanya. Tapi, penampilan lelaki itu jauh berbeza dengan lelaki ni. Tapi, senyuman mereka sama. Takkanlah dia ni lelaki tu? Hara terus menatap wajah Shazreen yang tenang.

“Awak lelaki yang tolong saya bukakan pintu malam tu? Tapi…”

“Malam tu saya lepas balik dari tolong abah saya dekat pejabat. Hari ni saya nak keluar bersukan dengan abang saya sebab tu penampilan saya lain. Takkanlah dari rumah saya nak pakai kemeja dengan necktie kut” celanya sambil tersenyum.

“Oh” kepala dia anggukkan cuba menahan senyum yang mahu menghiasi bibir. Teruknya aku ni macam manalah aku boleh lupa dengan orang yang dah tolong aku. Ya Allah malunya! Hara-Hara otak kau ni memang dah tak betul agaknya. 

So, sekarang saya boleh terus duduk dekat sini?” soalnya agak berharap.

“Yes of course Mr…”  

“Shazreen Haikhal you can called me  Shaz and you?”

Just called me Hara” jawab Hara tersenyum.

“Hara? Sedap nama awak. Awak boleh makan dan buat kerja awak. Saya akan makan dengan senyap” ujarnya mencapai sudu lalu menyuap kek ke dalam mulut.

Hara mengangguk. Dia menyambung kembali kerja yang tertangguh tadi. Kehadiran Shazreen di siu buatkan dia tidak dapat tumpukan sepenuhnya perhatian pada kerja. Mana taknya, mata Shazreen tidak berganjak dari terus memerhati Hara.

Kenapalah Riyyan tak sukakan dia? Dia lebih baik dari Erika dan perempuan-perempuan yang ada dekat luar sana. Kalaulah aku boleh gantikan tempat Riyyankan bagus. Getus hati Shazreen. Dia menghirup kopi panas sambil tersenyum.

Kedatangan Shazreen benar-benar mengejutkan Riyyan. Matanya juga tidak berganjak dari terus memerhati gelagat Shazreen dan Hara. Pandangan Shazreen terhadap gadis itu buatkan dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap adik lelakinya itu. Inilah pertama kali dia melihat Shazreen merenung seorang gadis seperti itu. “Huh! Kata nak balik rumah ambil Khalish. Boleh pula dia singgah kafe minum petang” omelnya sendirian.

Telefon pintar dan kunci kereta yang ada di atas meja dia ambil lalu berdiri. Namun, kunci terlepas dari genggamanya terus jatuh ke lantai. Bunyi bising yang memenuhi ruang kafe telah mengejutkan pelanggan yang berada dalam kafe. Hara yang tadinya sibuk menyiapkan menuskrip novel melarikan buntang mata pada seorang lelaki yang sedang mengutip kunci kereta yang jatuh.

“Riyyan?” mata Hara tidak berkelip ketika menyedari lelaki itu adalah Riyyan. Dia tidak pernah menyangka kehadiran Riyyan di situ. Dia juga tidak tahu sejak bila lagi lelaki itu duduk di meja yang bertentangan dengannya.

“Riyyan?” Shazreen terkedu ketika mendengar Hara memanggil nama yang tidak asing baginya. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Riyyan sedang memerhati mereka. Alamak! Sejak bila pula dia ada dekat sini? Dia kata nak tunggu dekat gelangang tadi. Masaklah aku, dia nampak aku dengan calon jodoh tak jadi dia. Im sorry bro. Dia memandang semula ke hadapan lalu menghirup kopi panas dengan penuh debaran.

Wajah Hara kelihatan begitu gembira bila melihat Riyyan. Dia tersenyum lalu melambaikan tangan pada Riyyan.

“Hai Riyyan!” sapa Hara ramah.

Tapi Riyyan langsung tidak mengendahkan sapaanya. Lelaki itu sebaliknya keluar meninggalkan kafe dengan wajah ketat. Hara kemudian ketawa sambil kepala digelengkan. Itulah Riyyan Mikail sukar untuk dijangkakan. Pada masa yang sama diri terasa malu pula bila Shazree melihat situasi itu.  

“Huh! Dia pergi macam tu je?” keluh Hara dengan bibir muncung. Diri benar-benar kesal kerana bersikap ramah.     

      “Awak okey?” soal Shazreen. Dapat dia lihat Hara kecewa dengan sikap dingin Riyyan terhadapnya. Apa sebenarnya situasi Riyyan dengan Hara ni? Aku tak fahamlah. Dua-dua macam tak betul je aku tengok.

I’m okay. Dia tu memang pelik sikit” jawab Hara tersengih-sengih seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku kepadanya. Namun, dalam hatinya sedang menahan rasa malu disebabkan perbuatan mamat dingin, mata helang itu.                          



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku