Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 09
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
238

Bacaan






PINTU bilik dia buka sedikit demi sedikit sambil mata ligat memerhati kawasan ruang tamu di tingkat atas. Suasana terasa begitu sepi sekali. Mana taknya jarum pendek jam di dinding sudahpun menunjukkan pukul 1.00 pagi. Tentu semua orang dalam rumah itu telah lena dibuai mimpi kecuali dirinya yang sedang sibuk menyiapkan tugasan masa cuti yang diberikan oleh Profesor Kang. Maklumlah beberapa minggu saja lagi dia akan kembali ke Seoul untuk memulakan semester baru.

 Selepas memastikan kawasan ruang tamu atas selamat dari kawalan Datin Shida. Hara perlahan-lahan keluar dari bilik untuk turun ke dapur. Dia dan Harris dilarang turun ke dapur selepas 12.00 tengah malam dengan alasan makan tengah malam tidak elok untuk kesihatan. Tapi disebabkan tekanan kerja yang berlambak-lambak dia terpaksa ingkar arahan Datin Shida. Dalam keadaan kaki terjengket-jengket dia menuruni satu persatu anak tanggan dengan berhati-hati.

“Laparnya… rasa nak makan maggi pu…”

Langkahnya terhenti di pintu dapur bila melihat seseorang sedang duduk di depan meja makan. Buntang mata tidak berkelip memandang Harris yang sedang asyik menikmati mee segera dengan berselera sekali. Hara tersenyum lalu meneruskan perjalanan menuju ke kabinet untuk mengambil sebungkus maggi kari.

“Aku ingatkan aku seorang je mengidam nak makan mee segera. Kau lagi dulu dari aku’ kata Hara sambil menuang air panas mendidih ke dalam mangkuk.

“Kau fikir kau seorang aje ke stress? Aku pun stress juga dengan mama tu” balas Harris dengan nada suara yang serius.

Hara melabuhkan duduk bertentangan dengan Harris. Anak matanya terus memandang CEO hotel yang dianggap sebagai seorang CEO berkarisma oleh para pekerjanya. Di tempat kerja bukan main macho lagi. Tapi, di rumah dia kelihatan begitu menyedihkan sekali. Dia terpaksa mengikut segala permintaan Datin Shida meskipun permintaan itu menyeksa jiwa dan perasaanya.

“Apa yang mama buat pula ni? Bukan kau dah selamat ke lepas aku terima cadangan mama untuk keluar dengan Riyyan?” soal Hara Dia belum lagi mengetahui kejadian yang berlaku petang tadi iaitu ketika dia sedang asyik menikmati kek di Kafe Aireel.

“Itu kalau kau keluar date dengan Riyyan. Tapi, kau dah gagalkan rancangan mama” balas Harris. Dia bukanya ingin menyalahkan Hara. Tapi, hanya mengingatkan adiknya tentang pertemuan yang telah gagal.

“Betul juga. So, mama nak kau buat apa?” kepala dia anggukkan. Buntang mata merenung tepat ke wajah Harris.

“Mama nak aku kahwin dengan anak Dato Fuad” jawab Harris.

“What?” Anak Dato Fuad Farah?” bulat mata Hara memandang Harris. Mee segera yang ada dalam mulut bersembur keluar. Bagai satu mimpi ngeri untuk mereka dua beradik jika Farah atau lebih tepat lagi dia anggap sebagai wanita sihir itu masuk ke dalam keluarga mereka.

Dia kenal benar Farah wanita seperti apa. Hidupnya selalu dihabiskan di kelab malam dan pernah beberapa kali Hara melihat sendiri Farah bersama lelaki masuk ke dalam bilik hotel. Mungkin itu cerita dua, tiga tahun lepas. Tapi baginya Farah tetap seorang yang teruk dan mungkin sampai sekarang dia masih berperangai sama. Bukan mudah untuk berubah dari seseorang yang teruk kepada seorang yang baik dan tidak susah untuk berubah dari seorang yang baik kepada seorang yang teruk.

Kepala dia gelengkan beberapa kali sebagai tanda dia menolak sama sekali keputusan Datin Shida untuk menjodohkan Harris dan Farah. Dia lebih rela Harris berkahwin dengan Tiara. Tapi, perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana Tiara bukanlah hanyalah anak seorang peniaga pasar malam. Datin Shida mahukan seorang perempuan yang setaraf dengan kkeluarga mereka. Apa salahnya kalau tak setaraf asalkan perangai perempuan tu baik.

“Ya Allah. I don’t what should I do now. I don’t love her. Kau tahukan dari dulu aku suka siapa” kata Harris. Jelas pada wajahnya yang dia benar-benar kecewa dan buntuh untuk membuat keputusan.

“Siapa suruh kau lembab? Aku dah cakap luahkan perasaan kau dengan dia. Terus terang dengan mama kau suka dia dan nak kahwin dengan dia. Tap kau degil. Kau kata nak tunggu dia habis belajarlah. Sekarang ni mama kita dah buat perangai. Papa pun bukanya boleh buat apa-apa” baas Hara menyalahkan Harris yang bersikap lembab dalam hal-hal yang berkaitan dengan hati dan berasaan.

“Ya aku tahu aku salah. Tapi, sekarang apa aku nak buat. Farah tu bukan main tergedik-gedik gembira sangat bila tahu kami nak dijodohkan” soal Harris yang buntuh. Buat masa ini dia cuma mampu mengharapkan Hara untuk menggagalkan rancangan Datin Shida kerana selama ini rancangan bernas Hara sentiasa mendatangkan hasil.

“Bagi aku fikir dululah. Masalah aku pun tak settle lagi ni. Mama tu tetap nak jodohkan aku dengan anak kawan dia pula” balas Hara dengan serius. Perkara seperti itu perlu dia fikir dengan bijak. Jika tersilap langkah Datin Shida pasti akan bertindak dengan lebih agresif. Dia tidak mahu Datin Shida tiba-tiba saja datang membawa tok kadi, calon suami dan calon isteri untuk mereka berdu. 

“Long, aku rasa ni lebih teruk dari zaman P Ramllee kut. Aku tengok mama tu bukan main beria-ia nak tengok kita nak pelamin. Kalau boleh esok juga dia nak kita kahwin” luah Hara. Jujur sikap Datin Shida membuatkan dia lebih tertekan berbanding dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh para pensyarah di universiti tempat dia belajar.

Harris hanya menggelengkan kepala. Puas dia memikirkan sebab atau kemungkinan Datin Shida melakukan perkara seperti itu. Tetapi, tetap saja dia merasakan tindakkan Datin Shida melebihi batas kerana menyebabkan dua anak bujangnya itu berada dalam keadaan dilema. Dato Hazam pula hanya mengiyakan tindakkan isterinya meskipun dia merasakan perbuatan isterinya itu tidak benar.

“Sebagai anak sulung dan seorang abang pada kau, aku harap kau cepat-cepat jumpa Mister Right dan kenalkan dengan mama. Aku tak nak mama paksa kau kahwin dengan orang yang kau tak kenal pula. Tapi, kalau memang jodoh kau. Nak buat macam manakan?” kata Harris dengan sedikit sedih.

“Hmm, aku akan cuba. Walaupun aku rasa aku takkan jumpa mister right tu dalam masa terdekat ni” dia melekapkan tangan pada wajah sambil kepala digelengkan.

“Jangan cakap aje. Macam aku tak kenal kau tu mana pernah bercinta. Ke kau ni lesbian? Kau jangan! Banyak lagi lelaki di dunia ni” kata Harris dengan agak bimbang. Selama 25 tahun usia Hara, tidak pernah sekali pun dia mendengar adiknya itu bercerita tentang seorang lelaki melainkan pelakon Korea. Apalah yang dia dapat dengan pelakon-pelakon Korea yang jadi pujaan dalam drama-drama.

Excuse me long, aku ni masih waras okey. Cuma aku belum jumpa seorang lelaki yang boleh buat jantung aku berdegup kencang. Aku tak suka lelaki agresif, suka memaksa atau romantik yang melebih-lebih. Aku sukakan lelaki yang perhatikan aku dari jauh, dia tak cakap dia cinakan aku. Tapi, kami masing-masing boleh rasa perasaan tu” kata Hara tersengih-sengih sambil membayangkankan

Harris menggelengkan kepala memikirkan citarasa tinggi Hara. Entah masih ada ke tidak lelaki seperti itu sekarang. Semua yang dia bayangkan itu cuma ada dalam drama-drama Korea saja. Inilah akibat bila masa lapang dihabiskan dengan menonton drama Korea.

Demand juga adik aku ni. Alhamdulillah kau jumpa lelaki macam tu. Jangan kau jumpa lelaki yang sebaliknya dah”

Hara hanya menjawab kata-kata Harris dengan secangkir senyuman pahit. Bila difikirkan semula ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Harris tadi. Ada kalanya apa yang tidak diingini itulah yang akan kita dapat. Ya Allah, aku tarik balik aku yang aku cakap. Aku tak kisah dia lelaki macam mana asalkan dia baik dan hormat aku sebagai seorang perempuan. Bisik hatinya sambil merenung mee segera yang ada di atas meja.

 

 

“HARRIS jangan lupa dinner dengan Farah malam ni. Dia tu dah tak sabar nak jumpa Harris” kata Datin Shida. Bukan main teruja lagi dia mahu anak lelakinya itu bertemu dengan Farah seorang graduan dari salah sebuah universiti terkenal di London. Mindanya telah pun membayangkan bayangkan perkahwinan mewah pasangan itu nanti. Nak buat wedding of the year katanya.

“Ma, boleh tak kalau along pilih calon dia sendiri?” celah Hara.

Buntang mata Datin Shida larikan daripada Harris kepada Hara. “Masalahnya abang Hara ni ada calon ke? Kamu dua beradik ni sama aje sebab tu mama terpaksa bertindak. Kalau tak…”

 Belum sempat Datin Shida menyebut perkataan seterusnya, Harris pantas memotong kata-kata Datin Shida dengan memberitahunya bahawa dia sudah ada pilihan sendiri. Cuma buat masa ini dia belum bersedia untuk memperkenalkan gadis itu kepada mereka. Hara mengangguk sebagai tanda dia bersetuju dengan Harris. Namun, Datin Shida hanya ketawa sinis kerana dia tahu itu semua alasan mereka berdua untuk menggagalkan rancanganya.

“Harris, Hara mama dah lali dengan tektik kamu beruda. Macam mama tak tahu semua tu cuma tipu belaka. Mama tak kira, malam ni Harris kena dinner dengan Farah” tegas Datin Shida.

“Tapi…” Harris mengerutkan dahi.

“Tak ada tapi-tapi ini keputusan muktamad mama. Suka atau tidak mama nak Harris kahwin dengan Farah. Dari zaman sekolah lagi budak tu suka dengan Harris. Tapi, Harris je tak layan. She is your fate” kata Datin Shida.

Apa lagi yang mampu Harris katakan bila Datin Shida begitu yakin bahawa jodohnya bersama Farah. Salah dirinya juga kerana tidak berani untuk meluahkan perasaanya terhadap gadis yang dia suka. sekarang semuanya sudah terlambat, dia tidak mampu melawan atau menolak permintaan ibu kandungnya sendiri. Tak apalah Harris, demi mama dan demi Hara aku akan lakukan. Walaupun aku tahu aku tak akan bahagia dengan perempuan tu. Bisik hati Harris.

Hara hanya merenung wajah sugul Harris. Jika dia tidak menolak permintaan Datin Shida pasti Harris tidak akan dipaksa berkahwin dengan Farah. “Joeseonghaeyo oppa (Abang, maafkan Hara)” kata Hara bertutur dalam bahasa Korea untuk menggelakkan Datin Shida memahami perbualan mereka.

 Harris hanya memalas dengan senyuman pahit. Dia sedikit pun tidak menyalahkan Hara dalam keadaan ini. Malah dia berasa bangga dengan dirinya sendiri kerana telah berjaya melindungi Hara daripada berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cintai.

“Apa yang mama buat ni untuk kebaikkan Harris juga. Farah tu budak baik, dulu masa sekolah Harris ingat tak? Dia selalu teman Hara balik sekolah” sambung Datin Shida.

Hantarlah sangat! Dia tu sengaja nak ikut balik rumah sebab nak jumpa dengan alonglah ma. Depan bukan main nampak macam angel. Tapi belakang, dia tu tak ubah macam ahli sihir. Kalau aku cerita pun bukanya mama percayakan aku. Yalah, Farah tu berhijab siapa nak percaya kalau dia buat jahat? Mesti aku juga yang salahkan. Tak apalah, aku percaya along akan uruskan dia nanti. Ya Allah! Aku memohon jauhkanlah jodoh Harris Naufal dengan Farah.

“Kenapa diam? Tak ingat? Itulah siapa suruh berkawan dengan anak orang miskin. Perangai pun dah macam orang miskin. Hara mama dah lama nak cakap benda ni. Mama tak suka Hara berkawan dengan budak Tiara tu. Dia tu tak setaraf dengan keluarga kita. Jangan-jangan kat Korea tu Hara yang tanggung semua belanja dia. Hei, jangan sampai dia kikis duit belanja Hara yang papa bagi setiap bulan. Anak orang miskin macam dia tu yang dah tak ada bapa sanggup buat apa saja untuk jadi kaya. Harris pun kena ingat jangan berkawan dengan orang macam tu. Mama tak suka” 

Kata-kata Datin Shida benar-benar buatkan Hara dan Harris hilang selera makan. Tidak pernah sedikitpun terlintas difikiran mereka Datin Shida akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Apa salah Tiara sampai dia dihina seperti itu? Selama Hara dan Harris mengenali Tiara, tidak pernah sekalipun dia meminta duit atau barang daripada mereka. Malah jika dia punya wang lebih dia akan belanja Hara makan. Tapi, Hara selalunya menolak kerana dia mahu Tiara menyimpan wang tersebut untuk keperluanya saja.

“Mama yakin seratus peratus dia tu tak ikhlas berkawan dengan kamu…”

Hara menolak kerusi ke belakang lalu berdiri. Buntang matanya menikam tepat ke wajah Datin Shida. “Mama, Hara tak nak jadi anak derhaka. Tapi, tolong jangan hina kawan Hara. Tak bermakna dia miskin dia jahat. Dia lebih baik dari perempuan-perempuan kaya dekat luar sana” balas Hara dengan serius.

Bulat mata Datin Shida mendengar kata-kata Hara. “Hara sebelahkan kawan miskin Hara tu? ORang miskin akan buat…”

“Dia mungkin miskin harta. Tapi, dia tak miskin hati, agama, adab dan dia tak pernah minta sesen pun duit Hara. Tolonglah ma, kita pun dulu bukanya kaya sangat. Jangan jadi kacang lupakan kulit” celah Hara lalu beredar dari situ.

Harris juga menolak kerusi ke belakang lalu berdiri dan berpaling membelakangi Datin Shida. Seumur hidup mereka inilah pertama kali dia melihat Hara bersikap sebegitu terhadap Datin Shida. Kalau ikutkan hati, dia ingin memarahi Hara kerana bersikap biadab. Tapi, bila mendengar apa yang dikatakan oleh Hara. Dia bersetuju dan merasakan Datin Shida telahpun lupa dari mana asal mereka selama ini.

“Harris nak pergi mana?” soal Datin Shida sebelum Harris sempat mengatur langkah meninggalkan meja makan.

“Hotel. Duduk rumah pun bukanya dapat legakan fikiran” jawab Harris.

“Jangan cakap Harris pun setuju dengan adik Harris yang tak matang tu. Dia dah banyak kali hampakan mama. Jadi tolong jangan hampakan mama juga”

Harris tersenyum sinis lalu berpaling ke belakang memandang Datin Shida. “Maafkan Harris. Tapi, Harris memang setuju dengan Hara. Ma, tak semestinya kita berharta kita berada di atas. Harta tu takkan bawa ke kubur ma. Satu lagi kalau mama nak tahu…” Harris diam seketika. Fikiranya bercelaru mahu berterus terang ataupun tidak kepada Datin Shida tentang gadis yang telah buat dia jatuh cinta.

“Apa dia? Nak kata mama kacang lupakan kulit juga?” teka Datin Shida.

“Tak ada apa-apalah ma. Harris pergi dulu assalamualaikum” balas Harris. Buat masa ini dia belum bersedia untuk berterus terang kepada Datin Shida kerana tidak mahu gadis itu mendapat susah disebabkan keputusan mendadaknya. Dia akan tunggu masa yang sesuai unuk meluahkan perasaanya terhadap gadis itu dan membawanya berjumpa sendiri dengan Datin Shida.

 

 

“HUH! Aku macam tak percaya mama sanggup cakap macam tu pasal Tiara. Kalau Tia dengar mesti dia terasa. Apa yang mama cakap tu langsung tak betul. Tiara tak pernah minta apa-apa dari aku kut. Dia tak pernah nak dekat dengan Abang Harris walaupun aku tahu dia sukakan Harris” bebel Hara duduk di kerusi sambil mengikat tali kasut.

Harris keluar dari pintu utama rumah lalu duduk di sebelah Hara. Buntang matanya tidak berkelip dari memerhati wajah monyok Hara. Dia tahu Hara pasti berasa sedih bila mama memandang rendah terhadap kawan baiknya sendiri. Harris juga berasa kesal dan malu terhadap kata-kata Datin Shida tadi. Entah apa akan berlaku jika Tiara berada di situ tadi.

“Kau okey ke?” soal Harris.

“Kau tengok aku okey ke? Aku tak sangka mama cakap macam tu. Dia dah lupa ke dulu masa kau kecil=kecil dia bawa jual kuih dekat pasar malam. Papa pula sibuk kerja jadi pemandu Tok Aziz” kata Hara. Meskipun ketika itu usianya baru beberapa bulan. Tapi, cerita-cerita yang disampaikan oleh Harris terasa begitu dekat dengan hatinya.

Harris mengganguk lalu bersandar di kerusi. Jika bukan disebabkan kejujuran Dato Hazam dan Datin Shida menjaga keluarga Dato Aziz.  Mereka sekeluarga tidak mungkin dapat hidup di rumah mewah dan berjaya mengusahakan hotel sendiri. Dato Hazam sanggup membahayakan nyawanya ketika Dato Aziz diculik oleh sekumpulan perompak 20 tahun lepas. Harris menyangka itulah kali terakhir dia melihat ayah kandungnya. Tapi, mereka bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi ayahnya dan Dato Aziz. 

Selepas kejadian itu, Dato Aziz telah melantik Dato Hazam sebagai setiausahanya dan sedikit demi sedikit dia diajarkan tentang ilmu perniagaan dan bagaimana untuk mengusahakan sebuah hotel dengan baik. Apa yang Harris ingat sampai sekarang adalah kata-kata Dato Aziz kepadanya.

“Apa yang Tok Aziz kata dengan along?” soal Hara dengan penuh tanda tanya.

“Hara nak tahu?”

“Hmm” Hara mengangguk.

“Tok Aziz kata kalau kita nak berniaga ni kena jujur. Kalau kita bos kita kena adil dengan semua pekerja kita. Kita tak boleh anggap ni raja yang sentiasa betul hanya sebab kita bos. Semua mansuia dekat muka bumi ni sama. Abang tak pernah rasa Tiara tu miskin sebab dia bukan anak dato or datin. Dia sama je dengan kita” kata Harris.

“Setuju dengan Tok Aziz. Baguslah kalau abang ingat semua tu. Tapi, soal Tia tu. Aku tahulah, dia kuat berahsia dengan aku. Kalau ada masalah pun dia just diam. Hari tu masa tengah shopping tiba-tiba dia dapat call lepas tu balik rumah. Sampai sekarang dia tak ada cerita satu benda pun dengan aku”  luah Hara yang sedikit kecewa dengan sikap berahsia Tiara.

“Eloklah tu berahsia. Tak macam kau suka serabutkan kepala orang dengan masalah kau. Dahlah, kau tak nak ikut aku?” soal Harris berdiri.

“Aku drive sendiri. Dekat Malaysia ni je aku dapat drive, dekat Seoul nanti naik train dengan bas je” jawab Hara mengeluarkan kunci dari dalam bag.

“Okaylah kalau macam tu. Aku gerak dulu”

“Kejap” Hara berdiri lalu bergerak mendekati Harris yang sudah berdiri di depan kereta.

“Apa?” soal Harris hairan.

“Kau jadi tak dinner dengan Farah tu?” soal Hara serius.

Harris tidak terus menjawab pertanyaan itu. Suka atau tidak, dia memang tidak punya pilihan lain sekarang. Kalau dia ingkar Datin Shida mungkin akan melakukan perkara lebih gila daripada apa yang dia lakukan sekarang.

“Cepatlah jawab” desak Hara.

“Pergilah kut. Kau nak tengok mama kita tu meroyan? Dahlah tadi kita berkasar dengan dia. Jadi, untuk balas apa yang kita buat tadi. Aku akan pergi. Kau tak payah risaulah aku akan uruskan hal aku sendiri” jawab Harris tersenyum. Sempat juga dia menepuk bahu Hara sebelum masuk ke dalam kereta.

Hara hanya melihat Harris memandu kereta keluar ke jalan raya dengan wajah bercampur baur. Dia tidak tahu apa yang boleh dia lakukan untuk membantu Harris kerana perkara ini lebih rumit berbanding ketika dia bertemu dengan Riyyan. Farah memang tergila-gilakan Harris dan berharap untuk berkahwin dengan Harris. Tapi, dia tidak akan pernah biarkan perkara itu berlaku. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku