Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
266

Bacaan






ASSALAMUALAIKUM apa hal kau  nak jumpa aku? Tempat mahal pula ni. Nak belanja ke?” sapa Tiara yang kelihatan lebih ceria daripada biasa. Dia sebenarnya berasa gembira kerana Hara mengajaknya keluar makan tengah hari bersama. Sudah beberapa hari dia hanya berkurung di rumah kerana membantu ibunya memasak.

Hara menyambut kedatangan Tiara dengan senyuman. Kedua-dua tangan dilekapkan ke pipi sebaik saja Tiara melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan denganya. Wajah ceria Tiara di renung dengan agak lama. Beb, aku harap sangat kau tolong aku kali ni. Bisik hatinya.

“Apa hal tenung aku macam tu? Ada apa-apa tak kena dengan muka aku ke?” soal Tiara. Telefon pintar yang ada di atas meja dia capai lalu menekan butang kamera dengan mood swafoto. Tidak ada apa-apa yang pelik pada wajahnya. Tapi, renungan Hara kali ini benar-benar mengundang seribu tanda tanya di minda.

“Tak ada apa-apa. Kau cantik” jawab Hara dalam nada bergurau.

“Cantik? Kau baru perasan ke? Tak, sekarang jujur kenapa kau ajak aku makan dekat tempat mahal macam ni? Mesti ada something kau nak aku tolongkan? Macam aku tak kenal kau ni spesis macam mana” kata Tiara. Semapat juga bibir mengukirkan tawa sebelum riaknya bertukar serius.

“Aku… aku memang ada benda nak minta tolong kau dan aku rasa cuma kau yang boleh tolong selamatkan abang aku” kata Hara dengan riak yang serius. Ini mungkin kerja gila. Tapi, lebih baik dia bertindak sekarang sebelum Harris dan Farah melangkah lebih kauh.

“Abang? Maksud kau Harris?” soal Tiara.

Hara mengangguk.

“Kenapa dengan Abang Harris?”

‘Abang Harris…”

Belum sempat dia menceritakan perkara yang berlaku kepada Harris. Hidangan yang dia pesan sebelum Tiara tiba lagi tadi telahpun siap dan kini terhidang indah di atas meja segi empat khas untuk empat orang. Bulat mata Tiara melihat begitu banyak hidangan dengan stick istimewa restoran tersebut. Bukan main banyak lagiduit minah ni nak belanja aku. Mesti ada hal besar ni. Kalau tak, dia takkan sanggup makan tempat macam ni. Perlahan-lahan anak mata dijelingkan pada Hara yang kelihatan terpegun dengan hidangan tersebut.

“Senyum-senyum. Kau tak pernah makan benda ni ke apa?”

Hara pandang Tiara. “Bukan tak pernah. Tapi, jarang” jawabnya tetap tersenyum.

“Jaranglah sangat. So, sekarang cakap apa yang kau nak minta aku tolong. Walaupun kau belum cakap apa-apa. Tapi, aku tahu yang kau nak minta tolong somethingkan? Mengaku cepat!” desak Tiar.

“Okey, okey, aku cerita. Tapi, kau kena relaks” kata Hara.

“Okey aku relaks” jawab Tiara. Nafas dia tarik dalam-dalam bersedia mendengar apa yang akan dikatakan oleh Hara.  

 “Malam ni Abang Harris akan dinner dengan Farah” buntang mata minkam tepat ke dalam mata Tiara.

“Fa… Farah?! for what?” bulat mata Tiara mendengar berita yang dibawa oleh Hara. Persoalan sebab Harris bertemu dengan perempuan yang dipanggil ‘ahli sihir; oleh Hara sejak zaman sekolah lagi mula bermain dalam mindanya. Tap dia seperti dapat meneka apa yang sedang berlaku hanya dengan melihat pada riak wajah Hara. Nafaz ditarik dalam-dalam lalu mencapai air yang ada di kirinya.

“Disebabkan aku dah hampakan mama dengan gagalkan blind date hari tu. So, along kena terima keputusan mama. Dia nak jodohkan Harris dengan Farah anak Dato Fuad” jelas Hara kelihatan agak tenang. Sempat juga mata dijelingkan pada jarum pendek jam tangan. Mereka masih ada beberapa jam untuk memikirkan cara menggagalkan rancangan tersebut. Apa yang dia perlukan sekarang adalah bantuan Tiara dan pengakuan sebenar perasaannya terhadap Harris. 

“Aku perlu selesaikan masalah ni sebelum kita pulang ke Seoul. Jadi, sekarang aku nak tanya kau” sambung Hara dengan serius. Buntang mata tidak berganjak dari memandang tepat ke wajah selamba Tiara.

“Tanya apa?”

“Kau masih sukakan Abang Harris?”

Tiara mengerutkan dahi.

“Aku serius ni. Berbanding dengan Farah tu aku lebih suka Harris kahwin dengan kau. Kau pun tahu Abang aku sebenarnya sukakan kau. Tapi, dia tu lembab sikit nak tunggu kau habis belajarlah. Tunggu punya tunggu tengok apa dah jadi sekarang? Mama pula…” bebel punya bebel Hara terdiam ketika mengingatkan kata-kata Datin Shida yang tidak sukakan Tiara.

“Tapi mama kau tak sukakan aku. Aku bukanya orang berada macam keluarga. Jadi, apa bezakan kalau aku bercinta dengan Abang Harris. Tapi, at the end aku tak bersama dengan dia. So, now is better for both of us and for you to as Harris sister” jawab Tiara. Ada sedikit rasa kecewa di hati bila memikirkan impian untuk bersama dengan Harris tidak mungkin akan menjadi realit melainkan dia adalah anak orang kaya seperti keluarga Hara.

Hara tunduk lalu nafas dihela panjang. Itulah masalah yang sedang dia dan Harris sedang hadapi sekarang. Masalah bagaimana untuk mengubah pandangan Datin Shida terhidap status keluarga Tiara. Tapi buat masa ini, apa yang paling penting adalah menggalkan pertemuan Farah dan Harris malam ini. Setelah itu barulah mereka memikirkan bagaimana untuk menyatukan cinta antara Harris dan kawan baiknya Tiara.

“Macam inilah kita ketepikan perasaan kau dengan abang aku. Sekarang aku nak kaufikir macam mana nak gagalkan date dorang malam ni. Abang aku serius langsung tak suka minah tu kut. So, kau kena tolong aku” perlahan-lahan wajah dia angkat kembali memandang ke wajah Tiara.

Tiara mengangguk.

 “So, kita nak buat apa?” soal Tiara.

“Buat? Aku tengah fikirlah ni. Tak apa sambil makan sambil fikir” jawab Hara dengan senyuman.

Sementara mereka sedang asyik menikmati hidangan makan tengah hari bertarf lima bintang. Seorang lelaki berkemeja masuk ke dalam restoran lalu mengambil tempat di sebelah meja Hara. Kaca mata hitam ditanggalkan bila seorang pelayan lelaki datang bersama senarai menu. Anak matanya mula meliar melihat menu-menu yang ada di restoran tersebut. Sesekali liur ditelan kerana semuanya kelihatan enak-enak belaka.  

“Itu saja sir?” soal pelayan tersebut.

“Ya” jawab Riyyan menganggukkan kepala. Buku menu dia serahkkan kembali pada pelayan.

Selepas pelayan itu meninggalkan meja. Dia keluarkan telefon dari dalam poket lalu bersandar pada kerusi. Tidak seperti lelaki lain yang sibuk dengan sosial media. Dia sebaliknya sedang sibuk membaca jurnal-jurnal online sebagai rujukan untuk kerja akhir atau tesis yang akan diserahkan pada semester akhir nanti.

“Kau dah fikirkan ke belum” soal Hara. Dia hanya menumpukan sepenuhnya perhatian pada hidangan yang di atas meja.

“Belum, aku tengah syok makan macam mana nak fikir” jawab Tiara dalam keadaan masih mengunyah. 

Hara menggelengkan kepala. Nak marah pun susah sebab dia pun mengalami masalah yang sama bila berhadapan dengan makanan. Fikiran akan jadi kosong sebaik saja satu suapan lauk masuk ke dalam mulut. Garfu diletakkan di atas pinggan lalu mengambil tisu untuk mengesat bibir yang comot.

“Kau ni, aku suruh makan sambil…” bibir Hara kaku, matanya tidak berkelip memandang seorang lelaki yang duduk berhadapan denganya di meja sebelah.

“Kenapa?” soal Tiara.

“Tu, belakang kau” Hara muncungkan sedikit bibir ke hadapan memberi isyarat kepada Tiara tentang lelaki yang juga sedang memerhati mereka.

“Apa?” Tiara menoleh ke belakang. Bulat matanya bila mata bertembung dengan mata sepet Riyyan. Pandangan kemudia, cepat-cepat dilarikan semula ke hadapan.

“Bila masa dia ada kat belakang aku?”soal Tiara dalam nada berbisik.

“Entah, aku pun tak perasan. Sibuk makan sedar-sedar je dia dah terduduk dekat sana” jawab Hara. Kedua-dua bahu diangkat ke atas dan ke bawah sebagai tanda dia sendiri tidak tahu sejak bila Riyyan Mikail masuk ke dalam restoran tersebut.

Hara terus memerhati gelagat Riyyan yang sibuk bermain telefon sambil menikmati hidangan tengah hari. Pada awalnya dia menyangka Riyyan sedang sibuk bermain game. Tapi, bila memerhati raut wajahnya yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi seperti cemas, gembira, marah ataupun kecewa. Dia merasakan lelaki itu pasti sedang melakukan perkara lain. Dia tengah berfacebook ke? Tak mungkin. Dia ni bukan kaki media sosial. Tengok video? Video apa tak ada suara langsung. Jadi, dia tengah buat apa sekarang? Soal Hara dalam hatinya.

“Kau apa hal renung anak orang macam tu?” bisik Tiara lagi. Pelik benar melihat mata Hara tidak berganjak dari merenung Riyyan.

“Aku bukan renung dia. Tapi, aku tengah fikir apa nak buat malam ni” jawabnya cuba menafikan kata-kata Tiara.

Selepas seketia, Hara tiba-tiba menghentak meja dengan tangan kanan. Tindakkannya mengejutkan bukan saja Tiara. Tapi, Riyyan juga hampir tersembur air dari mulut. Maa dijeling tajam pada Hara yang tiba-tiba saja bangun dari tempat duduknya. Tiara mencapai tangan Hara untuk bertanya ke mana dia hendak pergi. Tapi, kawan baiknya yang ada kalanya melakukan perbuatan di luar jangka hanya membalas dengan satu senyuman manis.

Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan dengan senyuman manis menghiasi bibir. Mindanya sudah memikirkan sesuatu yang bernas untuk menggagalkan rancangan Datin Shida untuk ke sekian kalinya. Maafkan Hara, mama. Hara tak mungkin biarkan Abang Harris kahwin dengan Farah. I know her more than you ma. Bisik hatinya. Dia sudah tekad dengan keputusanya dan berharap Riyyan sudi untuk membantunya. Kalau pun lelaki itu enggan dia akan pastikan juga Riyyan bersetuju.

Hara berhenti di hadapan Riyyan, kerusi dia tarik lalu duduk bertentangan dengan lelaki yang dipanggil sebagai mamat dingin, mata helang. Mata tajam Riyyan yang menikkam ke dalam matanya tidak diendahkan oleh Hara. Walaupun hakikat yang sebenar jantungnya berdegup laju kerana bimbang lelaki itu akan meninggikan suara atau menghalaunya dari situ. 

“Apa?” soal Riyyan dingin. Kedatangan Hara ke mejanya benar-benar tidak disangka sama sekali. Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan lalu meneguk sedikit hot choclate sambil tubuh disandarkan pada kerusi.

Hara tidak terus menjawab pertanyaan itu. Dia sebaliknya terus merenung wajah Riyyan lalu perlahan-lahan anak mata diturunkan memandang skrin telefon yang masih bernyala. Sekarang barulah dia tahu lelaki itu rupanya sedang sibuk membaca jurnal secara online. Kalau ulat buku tu, ulat buku ajelah. Masa makan pun nak baca benda alah tu. Bisik hati Hara sambil tersengih-sengih.

“Sahara Irdeena saya tanya awak. Awak buat apa dekat sini?” ulang Riyyan dengan sedikit tegas.

Hara melarikan pandangan pada Riyyan. Wajah dingin dan mata helang Riyyan buat dia kecut perut. Tapi dia tidak akan berputus asa sebelum mencuba. Cara ini saja yang boleh buatkan Datin Shida mengala dan mungkin akan bencikan Farah lebih dari Riyyan yang kononya telah menyimbah anak gadisnya dengan air berperisa.  

“Riyyan” panggil Hara. Rautnya wajahnya juga kelihatan lebih serius dari biasa.

Buntang mata Riyyan hanya ditumpukan sepenuhnya pada Hara.

“Sebenarnya… sebenarnya…” diamenggaru-garu tengkuk yang tiba-tiba terasa gatal. Disangkanya perkara ini mudah. Tapi ternyata bibirnya terasa begitu berat untuk untuk membuka bicara.

“Sebenarnya apa?” soal Riyyan berpeluk tubuh.

“Sebenarnya aku perlukan bantuan… I mean saya, saya perlukan bantuan awak” kata Hara. Bibir dia ketap kuat bila melihat reaksi yang tidak begitu bagus dari Riyyan.

“Bantuan apa pula? Mama awak masih…”

Belum sempat Riyyan menghabiskan kata-katanya Hara cepat-cepat menjelaskan perkara yang berlaku. Dalam penerangan itu sempat juga dia selitkan karakter Farah yang tidak jauh bezanya dari Erika. Iaitu gadis yang selama ini tergila-gilakan Riyyan. Beza antara Farah dan Erika hanyalah Farah seorang perempuan yang mudah jantung cinta dan akan bercinta dengan mana-mana lelaki yang menyukainya. Tap sekarang tujuan utama Farah adalah untuk mendapatkan semula harris dan impianya hampir tercapai bila kedua-dua keluarga itu bersetuju untuk menjodohkan anak-anak mereka.

“Kenapa awak cerita semua ni dengan saya?” soal Riyyan sebaik saja Hara menamatkan ceritanya.

“Uh?” minda Hara tiba-tiba kosong mendengar pertanyaan tersebut.

“Itu masalah keluarga awak. Bukan masalah saya. Jadi, pandai-pandailah selesaikan sendiri. Buat apa nak cerita dengan saya bagai?” kata Riyyan yang jelas tidak berminat dengan luahan hati Hara.

“Memanglah ini masalah keluarga saya. Tak boleh ke awak tolong saya? Abang saya tak sukakan perempuan tu. Dia sukakan Tia. Tapi, mama saya pula tak sukakan Tia. Jadi, tolonglah saya Riyyan. Kitakan kawan” kata Hara cuba untuk buat muka selamba di hadapan Riyyan.

“Bila masa pula kita kawan?” soal Riyyan dengan serius.

“Sejak awak tolong belikan ubat untuk saya. Masa tu saya dah anggap awak kawan saya” jelas Hara dengan seikhlas-ikhlasnya.

“Huh!” Riyyan ketawa sambil kepala digeleng-gelengkan.

“Terima kasih anggap saya kawan. Tapi, saya tak akan tolong awak. I’m sorry” sambung Riyyan.

Hara tarik nafas dalam-dalam lalu bersandar pada kerusi sambil kedua-dua tangan digenggam erat. Dia sudah menjangkakan Riyyan tidak akan pernah setuju untuk membantunya. Tapi, setidak-tidaknya lelaki itu sudi mendengar luahan masalahnya dan tidak meninggikan suara atau memanggilnya dengan panggilan yang menyakitkan hati.

“Tak apalah Riyyan, saya dah agak dah awak takkan tolong saya. Saya rasa awak tak anggap saya macam kawan awak lagi” ujar Hara dengan perasaan sedikit kecewa. Punggung dia angkat dari kerusi lalu mula bergerak meninggalkan meja itu. 

Riyyan menghela nafas panjang, air kosong dia teguk sehingga habis sambil memikirkan kata-kata Hara tadi. Jika difikirkan kembali, dia sememangnya tidak miliki ramai kawan seperti Hara yang boleh berkawan dengan semua orang dan jujur dia sendiri tidak pasti sama ada Hara sudah tersenarai sebagai salah seorang kawanya atau belum.

“Huh!” keluh Hara. Kakinya berhenti melangkah sambil dahi sedikit berkerut. Cuma cara itu aje boleh buat mama tak sukakan Farah. Tapi, aku nak minta tolong siapa lagi? Takkan nak kol kawan-kawan lelaki aku yang lain? Dah sah-sah mama kenal muka dengan suara dia orang.

Tubuh Hara pusingkan semula berhadapan dengan Riyyan yang sedang duduk di atas kerusi.

“Riyyan Mikail” panggilnya sambil berjalan semula ke meja Riyyan.

Riyyan mengerutkan dahi. Dapat dia rasakan sesuatu akan berlaku hanya dengan melihat senyuman Hara. Teringat kembali adegan Kim Ji Won melakukan lagak comel dalam drama Fight For My Way.

“Riyyan Oppa Jebal dowajuseyo (Abang Riyyan Tolonglah saya please)” sambungnya kali ini menggunakan bahasa Korea dan bercakap dalam nada suara come sambil kedua-dua tangan dilekapkan pada pipi.

 Lagak comel yang dilakukan oleh Hara bukan saja mengejutkan Riyyan yang hampir tersedak. Tapi, Tiara juga seperti tidak percaya dengan apa saja yang baru dilihatnya. Sejak bila gadis itu pandai melakukan perkara seperti itu sedangkan sebelum ini dia sangat bencikan gadis dengan berkelakuan comel seperti gadis-gadis Korea. Kalau Melayu tu Melayulah juga.

Oppaya, oppa bakke eobseo. Dowajyo (Abang, saya cuma ada abang seorang. Tolonglah)” rayu Hara lagi. Kali ini dia duduk semula di kerusi dan melakukan lagak comel dengan dialek Busan seperti yang terdapat dalam drama Reply 1997.

Riyyan tarik nafas dalam-dalam sambil menggenggam kedua-dua penumbuknya. Inilah perkara yang paling dia benci dilakukan oleh mana-mana perempuan. Kerusi dia tolak ke belakang lalu berdiri bila Hara terus menerus merayunya dengan lagak comelnya yang mampu membuatkan degupan jantung lelaki yang memandang berdegup lebih kencang dari biasa.

“Hei! Lebih baik kau berhenti sebelum aku simbah hot chocolate ni dengan kau” kata Riyyanyang geram. Gelas yang masih ada separuh hot chocolate dia angkat ke atas.

Hara cepat-cepat berdiri lalumengambil gelas tersebut. Pasti keadaan akan menjadi teruk jika Riyyan benar-benar memaksudkan kata-katanya. Tak pasal-pasal pula nanti dia dimasukkan ke hospital kerana melecur.

“Riyyan, Riyan, Riyyan bawa bertenang. Saya bergurau je. Saya cuma minta tolong awak menyamar tu aje. Bukannya minta awak bunuh orang ke, belasah orang ke. Nanti saya bagi skriplah” jelas Hara.

“Awak fikir saya pelakon ke?” soal Riyyan. Jawapanya tetap sama seperti tadi iaitu dia enggan membantu Hara.

“Yes” jawab Hara.

Riyyan ketawa kecil lalu wajah dirapatkan sedikit ke wajah Hara.

Listen here carefully Sahara Irdeena im not interested with your problem” katanya yang diakhiri dengan senyuman sinis. 

Mata Hara tidak berkelip ketika jarak antara mereka begitu dekat sekali. Dapat dia dengar hembusan nafas Riyyan yang membuatkan degupan jantungnya berdegup kencang. Tak guna! Kalau ya pun tak nak tolong tak payahlah renung aku dekat macam tu. Buat jantung aku tak tentu arah je. Kata Hara dalam hatinya.

Riyyan mengambil telefon pintar di atas meja lalu beredar dari situ. Tidak ada gunanya dia masuk campur urusan orang lain jika dia tidak itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepadanya. Menyamar menjadi orang lain bukanlah bidangnya. Tapi, hakikat sebenarnya dia sendiri sedang melakonkan pelbagai watak di hadapan orang ramai. Dirinya yang sebenarnya hanyalah diketahui oleh ahli keluarga terdekatnya.

Sebelum keluar dari restoran sempat juga dia menoleh ke belakang melihat Hara yang sudah kembali semula di tempat duduknya. Tidak ada senyuman diwajah gadis itu. Dia kelihatan sedang buntuh memikirkan apa yang patut dia lakukan sekarang. Harapan terakhirnya hanya Tiara dan dia berharap Tiara mampu melakukan perkara ini demi menyelamatkan lelaki yang dia cintai.

Beb kau okey ke?” soal Tiara bimbang.

Hara hanya  mendiamkan diri.

Beb aku rasa kau batalkan ajelah rancangan kau. Percaya pada jodoh. Mungkin dia jodoh sebenar Abang Harris. Kita tak boleh elak” sambung Tiara dengan tenang. Dari nadanya jelas menunjukkan yang dia sebenarnya sudah berputus asa sebelum berjuang. Tidak guna dia terus berharap jika di akhirnya nanti Datin Shida tetap tidak akan merestui hubungan mereka. LEbih baik kecewa sekarang dari menderita di kemudian hari.

“Tia, aku tak kisah kalau dengan perempuan lain. Tapi, bukan dengan Farah. Kau dah lupa ke apa perempuan sihir tu buat dengan aku?” kata Hara dengan penuh perasaan benci.

Peristiwa lapan tahun lepas iaitu ketika mereka berada di tingkatan lima kembali bermain dalam mindanya. Dia masih ingat dengan jelas waktu lepas tamat jam persekolahan dia bertugas untuk membersihkan perpustakaan sekolah. Selesai semua kerja membersihkan perpustakaan dia pulang ke rumah lebih kurang pukul 5.00 petang. Dalam perjalanan pulang, Hara melalui jalan yang sepi. Tidak ada seorang manusia pun berada di sekitar itu. Tapi, dia tetap berjalan dengan tenang kerana sudah biasa dengan laluan itu dan buat masa ini belum pernah ada perkara buruk menimpa dirinya atau orang lain yang melalui jalan itu.

Namun, langkahnya terhenti bila beberapa orang remaja prempuan menghalang jalanya. Muncul Farah dari belakang lalu berdiri betul-betul dihadapannya sambil berpeluk tubuh. Wajah Farah ketika itu bengis seolah-olah dia ingin membunuh Hara. Tapi, Hara dengan tenang menyapa Farah seperti biasa. Sayangnya sapaan Hara dibalas dengan elai tawa Farah dan kawan-kawanya.

Farah menolak tubuh Hara dengan kuat sambil memaki hamun gadis itu dengan perkaaan-perkataan yang tidak sepatutnya. Tolakkan terakhirnya menyebabkan kaki Hara tersungkur jatuh ke tanah. Tapi, dia masih cuba menahan diri kerana beranggapan tindakkan Farah hanya akan memburukkan dirinya sendiri. Seorang kawan Farah yang memakai lencana sekolah lain maju ke hadapan lalu mengambil bag sekolah Hara. Dia cuba menghalang. Tapi sekali lagi dia ditolak jatuh ke tanah.

“Periksa cepat” arah Farah.

“Aku nak periksalah ni” jawab kawan Farah itu.

Farah melarikan pandangan daripada bag kepada Hara yang masih kelihatan tenang. Perlahan-lahan dia berdiri lalu memberanikan diri berhadapan dengan Farah. Dia tahu benar punca mengapa Farah tiba-tiba saja naik angin. Tapi, tindakkan Farah telah menyebabkan kebencianya bertambah.

“Kau cari apa dekat bag aku?” soal Hara.

“Aku dah kata dengan kau yang aku nak nombor telefon abang Harris. Tapi, kau bagi aku nombor telefon mamat entah mana-mana! Sekarang aku nak nombor Harris, kalau tak!”

“Kalau tak apa?” celah Hara dengan senyuman sinis.

“Kalau tak…” Farah mengambil bag sekolah Hara lalu dicampak ke dalam longkang yang penuh dengan air. “Opps! Sorry, aku tak sengaja” sambung Farah sambil ketawa.

Hara juga ketawa lalu melangkah setapak ke hadapan. “Opps! Nak buat macam mana ya. Nombor telefon Abang Harris ada dekat dalam bag tu and im so sorry, perempuan macam kau tak layak dengan abang aku. Talam dua muka, harap muka aje cantik. Tapi, perangai kau ni macam ahli sihir” balas Hara menolak Farah dengan jari telunjuk tangan kanan.

Dia kemudian berpaling membelakangi Farah untuk mengambil bag yang sudah separuh tenggelam di longkang tepi jalan. Dahinya berkerut bila memikirkan asal air-air dalam longkang tersebut. Tak apa Hara, air ni lagi bersih dari perempuan tak guna belakang kau tu. Bisik hatinya sambil nafas ditarik dalam-dalam.

Namun, belum sempat tubuh dibongkokkan untuk mengambil bag tersebut. Dia merasakan ada satu hentakkan kuat pada kepalanya. Serentak dengan itu juga kedengaran suara seorang lelaki memanggil nama Farah dan kawan-kawanya. Hara yang mula berasa pitam kerana hentakkan kuat itu hampir jatuh ke dalam longkang. Mujur ada seseorang membantu memegang erat bahu Hara. Hara hanya dapat melihat kabur-kabur wajah lelaki yang berpakaian sukan dan bertopi.

“Hoi!” Tiara mengejutkan Hara yang sudah jauh kembali ke masa silam.

Hara pandang Tiara.

“Itu kisah lapan, sembilan tahun lepas. Manalah tahu sekarang Farah dah jadi budak baik” sambung Tiara yang sentiasa berfkiran positif. Kadang-kadang positif tak bertempat.

“Kau tak fahamlah Tia. Kalau sekali tak apa. Tapi, banyak kali dia ganggu hidup aku. Kalau ikutkan hati aku nak flying kick je dia” ujar Hara. Hatinya masih membara setiap kali mengingat kembali perbuatan Farah dan kawan-kawanya. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku