Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
259

Bacaan






HARA tiba di salah sebuah restoran seafood yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur seorang diri. Tiara membuat keputusan untuk tidak turut serta dalam rancangan Hara dengan alasan dia tidak mahu Datin Shida berfikir yang dialah telah menghasut Hara untuk melakukan perkara tersebut. Biarlah dia munggu takdir Tuhan tentang jodoh mereka. Bak kata pepatah kalau jodoh tak ke mana.

Dari dalam kereta dia menumpukan perhatian pada pintu utama restoran. Harris baru saja menghantar pesanan ringkas memberitahu Hara yang dia masih dalam perjalanan dan akan tiba di lokasi dalam masa beberapa minit lagi. Sementara menunggu Harris, Hara masih berfikir bagaimana cara untuk membuatkan Farah sendiri tidak mahu berkahwin dengan Harris. “Tiara pun satu! Kalau rancangan aku ni tak berjaya memang tak ada harapanlah kau nak kahwin dengan abang aku. Sesuailah abang aku pun lembab plus pengecut. Ish1 aku pula yang bengang sekarang” bebel Hara dengan geram. Stereng kereta di pukul untuk melepaskan rasa geram di hati yang membuak-buak.

Kalau ikutkan hati mahu saja dia bertemu sendiri dengan Farah untuk memberikan amaran supaya batalkan rancangan keluarga mereka. Tapi dia tahu cara itu tidak akan berkesan kerana dia mengenali Farah benar-benar inginkan Harris bukan atas dasar cinta. Tapi obses dan demi kepentingan perniagaan keluarga mereka.

Sebuah kereta Toyota Vios berhenti di sebelah kereta Hara, Farah turun dari kereta dengan perasaan teruja. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Harris. Malam ini misinya untuk memastikan Harris jatuh cinta dengan kecantikan yang dia miliki. “Harris, kau takkan dapat menolak malam ni” gumamnya dengan senyuman sambil melangkah dengan tenang masuk ke dalam restoran.

Oh my god! Farah ke tu? Mak ai! Macam nak pergi parti je pakaian. Dinner aje kut. Biar betul minah ni. Make up mengalahkan Lady Gaga. Ya Allah apa aku nak buat ni? Serabut!” seperti hendak tercabut bijih mata dari mata ketika melihat fesyen berlebih-lebihan yang dikenakan oleh Farah malam ini.

Matanya kemudian meliar di kawasan sekeliling mencari kalau-kalau Harris telahpun tiba di lokasi. Jangkaannya tepat bila melihat Harris yang berkemeja kemas keluar dari kereta bersama sejambak bunga. “Bunga? Buat apa bawa bunga bagai? Dia ni! Makinlah Farah tu perasan nanti. Argh! Ni semua mesti kerja mama” keluhnya sambil bibir diketap kuat.

“Ini tak boleh jadi” tanpa berfikir panjang Hara juga keluar dari kereta untuk bertemu dengan Harris. Tangan Harris dia tarik sebaik saja Harris menghampiri keretanya.

“Hara?!”  bulat mata memandang Hara.

“Yalah akulah ni. Takkan Farah yang tarik kau?” jawab Hara dalam keadaan berbisik.

Bunga yang ada di tangan Harris dia renung seketika. Ros merah? Ros merah bukan maksud cinta ke? Bila masa pula abang aku cintakan perempuan tu? Mama ni memang dah melampau. Tak apa, aku akan uruskan bunga ni. Bisik Hara dalam hatinya. Bunga ros merah dia mabil dari Harris.

“Kau buat apa ni?” soal Harris sambil cuba mengambil semula bunga itu dari Hara.

“Bagi balik bunga tu. Kau nak mama marah aku?” sambung Harris geram. Kalau bukan disebabkan Datin Shida, dia sendiri tidak mahu melakukan kerja gila ini.

“Kau nak bagi bunga ni dengan Farah? No! No! No! Tu namanya kau bagi harapan sekali dengan dia. No, aku takkan benarkan” jawab Hara. Jari telunjuk tangan kanan digerakkan ke kiri dan ke kanan.

“Dah tu aku nak buat apa?”

“Buat… Hmm… kau masuk je daam dulu. Nanti aku uruskan yang lain”

Jawapan yang begitu meyakinkan dari Hara sedikit melegakan Harris. Dia tahu Hara pasti telah memikirkan sesuatu yang bernas dan menggagalkan hasrat Datin Shida untuk yang kesekian kali. Tapi, ada sesuatu yang aneh.bila Tiara tidak ada bersama Hara. Rasa sansgi itu dia tanyakan pada Hara.

“Tia mana?”

“Tia? Tia… Ha! Kejap lagi dia sampai. Kau masuk ajelah. Nanti aku tahulah nak urus macam mana. Tapi ingat jangan bagi dia harapan” jawab Hara dengan agak selamba.. Hakikat yang sebenar dia belum tahu lagi apa yang patut dia lakukan sekarang.

Selepas Harris beredar dari situ. Hara cepat-cepat mengeluarkan tellefon pintar dari dalam poket seluar jean. Suka atau tidak dia akan merayu kepada Tiara untuk datang selamatkan Harris. Dia sanggup lakukan apa saja termasuk menyiapkan tesis Tiara yang bukan dalam bidangnya. Namun, jawapan yang diberikan oleh Tiara tetap sama seperti sebelum ini. Dia tidak akan gagalkan makan malam Harris dan Farah kerana dia sudah berputus asa sebelum mengangkat senjata.

“Hei! Jadi kau tak kisah kalau Harris kahwin dengan perempuan tu?” soal Hara dalam keadaan geram. Dia bersandar di keretanya sambil berpeluk tubuh.

“Kalau dah jodoh dia orang nak baut macam mana? Terima ajelah” jawab Tiara. Jelas dari nada suaranya yang dia benar-benar sudah berputus asa.

Hara mengangguk beberapa kali.

“Okey, kalau kau sendiri dah cakap macam tu aku nak buat macam mana. Tunggu ajelah kad jemputan kahwn dari Harris Naufal nanti” balas Hara. Panggilan terus dimatikan.  

Dengan perasaan geram bunga ros merah dia campak ke bawah lalu kedua-dua tangan dilekapkan ke muka sambil mengeluh panjang. Dia tidak dapat bayangkanj apa yang akan berlaku jika Farah adalah jodoh Harris. Mungkin Farah sudah tidak sama dengan Farah yang dia kenal ketika di alampersekolah. Tapi tetap saja perbuatan-perbuatan lepas Farah masih memberikan kesan parut di hatinya. “Ya Allah1 tolonglah lembutkan hatiku. Tolonglah aku lupakan semua perbuatan jahat Farah terhadap aku agar aku dapat menerima dia seandainya dia benar-benar jodoh kepada Harris Naufal” dalam keadaan serabut itu dia hanya mampu berdoa kepada Allah SWT.

“Am I late?”

Suara yang datangnya dari depan itu benar-benar mengejutkan Hara. Perlahan-lahan dia alihkan tangan dari muka lalu memandang sepasang kaki yang memakai kasut kulit berjenama mahal. Bila masa aku janji dengan orang? Biisik hati kecilnya. Kemudian buntang mata naik ssedikit dem sedikit ke atas sehinggalah matanya bertembung dengan mata lelaki yang sedang memegang jambangan bunga ros merah tadi.

“Ri…” terlopong luas mulut Hara bila melihat lelaki itu adalah Riyyan Mikail.

 Tanpa menjawab pertanyaan Hara, Riyyan memberikan semula bunga ros merah yang dicampak ke tanah oleh Hara tadi. Dia berdiri di sebelah Hara lalu mendongak ke langit dengan perasaan bercampur baur. Hara hanya memandang Riyyan dengan renungan kosong sambil mindanya berfikir sama ada semua ini realiti ataupun mimpi semata-mata. Sukar untuk dia percaya lelaki itu akan muncul dalam keadaan dia buntuh seperti ini. 

“Awak buat apa dekat sini?” soal Hara serius. Dia tidak bergurau seperti selalu yang dia lakukan.

Riyyan melarikan pandangan tepat ke wajah Hara. “Saya datang nak tolong awak” jawabnya agak dingin.

“Tolong? Kenapa tiba-tiba? Tadi bukan main lagi kata tak nak”

Riyyan tarik nafas dalam-dalam lalu berpeluk tubuh. Itulah soalan yang dia sendiri tidak dapat jawab hingga ke detik ini. Kenapa dia mengekori Hara ke sini dan kenapa dia keluar dari kereta semata-mata untuk memberitahu gadis itu bahawa dia datang untuk membantunya. Semua ni kerja gila yang tidak pernah dia lakukan pada mana-mana gadis.

“Ahh! Saya tahu awak tolong atas dasar kemanusiaan betulkan?” teka Hara sebelum Riyyan sempat memberikan jawapan.

“Hmm. Baguslah kalau awak tahu” Riyyan iyakan saja tekaan Hara. Baguslah kalau gadis itu berfikiran seperti itu. Tidak perlulah dia serabutkan otak untuk fikirkan jawapan pada soalan itu lagi.

Ohoi! Riyyan Mikail risaukan saya” usik Hara. Dia akhirnya mampu tersenyum.

What? Risaukan awak?” bulat mata Riyyan mendengar usikkan dari Hara.

“Ha’ah risau sebab tu awak ubah fikiran. Tapi… macam mana awak tahu saya dekat sini? Oh! Awak ikut saya ae? Oh my god stalker?” usik Hara lagi sambil ketawa kecil.

“Hei!” bentak Riyyan. Bibir dia ketap kuat

Senyuman di bibir Hara serta merta mati bila mata helang Riyyan menikam tepat ke dalam matanya. Dia cepat-cepat bongkokkan tubuh serendah sembilan puluh darjah sebagai tanda pemohonan maaf sebelum Riyyan mengubah semula keputusanya. Tak apa Hara, demi Harris dan Tiara aku sanggup tundukkan 90 darjah depan mamat dingin, mata helang ni. Huh!

“Tapi” Riyyan kembali bersuara.

“Tapi?” soal Hara. Tapi apa pula ni? Bisik hatinya.

“Ada syarat. Kalau awak tak setuju, saya takkan buat” kata Riyyan sambil mengukirkan senyuman nakal.

“Syarat? Syarat apa pula ni Riyyan?” baru saja dia menghela nafas lega. Sekarang Riyan pula mengenakan syarat. Memang tidak ada benda yang percuma di atas muka bumi ini agaknya.

“Syarat dia…” Riyyan melangkah setapak ke hadapan.

Hara hanya berdiri kaku menunggu dengan penuh debaran. Tanpa dia sedari degupan jantungnya mula berdegup kencang bila mata lelaki itu merenungnya dengan satu pandangan yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

“Syarat apa?” soal Hara yang berpura-pura tenang.

Riyyan mengukirkan senyuman. “Saya akan bagitahu awak kalau saya dah fikirkan” jawabnya lalu berpaling membelakangi Hara.

Hara menghela nafas panjang sambil mengurut-urut dadanya. Dia hampir pengsan menunggu syarat Riyyan yang belum dia fikirkan lagi. Dia ketap bibir lalu memukul kepala Riyyan dengan bunga ros merah.

“Hei, kalau belum fikir tak payah nak action macam dah ada idea” katanya dengan geram.

Riyyan menyentuh rambutnya yang kusut disebabkan Hara sambil mendengus geram. Mujurlah Hara seorang perempuan. Jika tidak, dia pasti sudah berikan penumbuknya kepada Hara kerana telah menybabkan rambutnya rosak. Riyyan seorang yang amat pentingkan penampilan diri. Jadi, dia tidak suka jika dirinya comot ataupun tidak kemas.

“Opps! Sorry” kata Hara sambil tersenyum.

Riyyan hanya mampu tersenyum dan bersabar dengan sikap Hara yang ada kalanya menyenangkan dan ada kalanya menjengkelkan seperti yang dia lakukan sekarang. Tanpa berkata apa-apa dia hanya berjalan di belakang Hara yang menuju ke arah restoran.

 

 

“WAIT” Riyyan menarik tangan Hara keluar semula dari restoran sebaik saja dia mengetahui perempuan yang dimaksudkan oleh Hara.

“Apa? Kenapa kita keluar pula? Awak dah janji yang awak nak tolong saya. I’ll do everything, anything as long as you help me Riyyan” kata Hara dalam keadaan terdesak. Dia sebenarnya keliru bila melihat reaksi yang tidak diduga dari Riyyan tadi

Riyyan menghela nafas panjang lalu melarikan pandangan pada Farah yang berada dalam restoran sebelum kembali memandang wajah keliru Hara. Dia memang ingin membantu Hara atas dasar kemanusiaan. Tapi sekarang, dia tidak mampu melakukan perkara itu kerana dia mengenali Farah dan begitu juga Farah. Mustahil untuk dia datang dan memperkenalkan diri sebagai teman lelaki Farah. Hubunganya dan Farah tidak pernah baik sejak di bangku sekolah dan dalam hidupnya ada dua manusia yang kalau boleh dia tak mahu jumpa langsung.

“Pertama Erika dan keuda Farah. So, im sorry I can’t do this. I’m so sorry Sahara Irdeena”” kata Riyyan dengan bersungguh. Jujur ada sedikit rasa bersalah di hatinya kerana tidak dapat menunaikan janjinya. Tapi apakan daya dia tidak mampu melakukan perkara tersebut jika wanita itu ialah Farah. 

“Macam mana awak kenal Farah? Saya tak rasa kita belajar di sekolah yang sama” soa Hara yang masih terkejut dengan kebenaran Riyyan juga mengenali Farah.

“Memang kita tak pernah belajar di sekolah yang sama. Tapi, dia best friend Erika” jawab Riyyan. Kenapalah dunia ni kecil sangat, pusing-pusing kita pasti akan jumpa orang yang sama.

“Oh” Hara mengangguk. Jelas dari raut wajahnya yang dia agak kecewa dengan keputusan Riyyan. Tapi pada masa yang sama dia perlu hormati keputusan itu kerana jika difikir secara rasional memang mustahil untuk Riyyan berpura-pura untuk menjadi teman lelaki Farah sedangkan mereka tidak ada hubungan yang baik. Nampaknya plan A dan plan B yang dia rancang telahpun gagal. Sekarang dia cuma berharap Harris mampu untuk selesaikan masalah ini sendiri.

Hara kemudian melarikan pandangan pada Harris dan Farah yang kelihatan sedang rancakberbual. Dia keluarkan telefon pintar untuk memberitahu Harris bahawa dia tak dapat membantu Harris kerana Farah kelihatan jauh lebih baik dari yang dia fikirkan. Apa yang perlu Harris lakukan sekarang adalah membuat keputusan sendiri sama ada mahu menerima Farah sebagai takdirnya atau berjuang mendapatkan Tiara yang mengalah sebelum menghumus senjata.

 “Hara!” seseorang menyentuh bahu Hara dari belakang.

Hara dan Riyyan sama sama menoleh ke belakang. Kelihatan Tiara dalam keadaan tercungap-cungap berdiri di hadapanya. Hara tersenyum lalu mendakap erat tubuh Tiara. Hatinya mengucap kata syukur kerana kawan baiknya itu akhirnya datang untuk memperjuangkan cintanya. Itulah yang patut dia lakukan dari awal lagi.

“Aku datang sebab aku tak nak menyesal” kata Tiara.

“Good” balas Hara sambil mengangkat kedua-dua ibu jarinya..

Thank you Tia sebab datang selamatkan Harris. Tapi, semuanya belum selamat lagi selagi kau tak masuk dalam. Go! Fight for you’re love bebe” sambung Hara cuba memberikan kata-kata semangat untuk Tiara.

Tiara hanya mengangguk lalu mula mengatur langkah dengan tenang masuk ke dalam restoran. Namun langkahnya terhenti bila suara Riyyan menyapa ke telinga. Dia menoleh ke belakang, Riyyan menghulurkan sejambak bunga ros. Tindakkan Riyyan buatkan Tiara mengerutkan dahi. Dia larikan pandangan pada wajah kosong Hara yang turut terkejut dengan tindakkan Riyyan.

“Kau buat apa ni?” soal Hara pada Riyyan.

“Bunga ni untuk saya ke?” soal Tiara tersengih-sengih.

Riyyan menghela nafas panjang sambil ketawa sinis. “Bunga ni bagi dengan Abang Cheer leader ni. Itu maksud saya. Bukanya saya bagi awak” jelas Riyyan dengan geram.

“Oh!” sahut Hara dan Tiara serentak.

“Terima kasih Hara, Riyyan” sambung Tiara mengambil bunga tersebut dan terus masuk ke dalam restoran. Dia perlu tenang dan percaya Harris pasti gembira jika melihat dia datang.

 

 

ABANG tahukan selama ni Farah memang suka sangat dengan abang sejak zaman sekolah lagi. Tapi abang aje yang buat-buat tak layan. Tak sangka pula sekarang kita dah nak bertunang” kata Farah dengan senyum lebar sampai ke telinga.

Harris hanya membalas dengan senyuman. Rasa terharu pun ada juga bila Farah berani meluahkan perasaanya semudah itu. Tapi, perasaanya tetap sama seperti sebelum ini. Dia cuma menanggap Farah seperti seorang adik dan tidak pernah lebih dari itu.

“So, abang nak kita bertunang atau…”

Belum sempat Farah menyebut perkataan seterusnya. Harris pantas memotong kata-kata itu. Dia tidak boleh membiarkan Farah meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya lagi. Dia tidak mencintai Farah. Jadi perkara yang terbaik dia buat sekarang adalah berterus terang dan minta jasa baik Farah supaya membatalkan rancangan keluarga mereka.

“Farah, abang nak minta maaf. Tapi, abang tak akan terima keputusan keluarga kita. Terima kasih sebab cintakan abang. Tapi, abang tak pernah cintakan Farah. Abang harap sangat Farah faham perasaan abang” kata Harris sedaya upaya tidak mahu melukakan perasaan Farah. 

“Faham perasaan abang? Huh!” Farah ketawa sinis.

“Jadi, siapa nak faham perasaan Farah? Farah cintakan abang. Itu tak cukup lagi ke? Selama ni Farah cuba jadi yang terbaik untuk abang. Takkan abang tak boleh cintakan Farah. Ke ini semua sebab Hara? Hara cakap apa dengan abang?” Farah seperti sudah hilang kawalan ketika mendengar kata-kata Harris.

Dia melepaskan garfu dan sudu dari tangan lalu meneguk air dengan banyak. Rancangan sudah berjaya sebanyak 40 peratus. Takkan dia mengalah hanya disebabkan Hara tidak merestui hubungan mereka. Takkan dia masih cintakan perempuan yang sama? Huh! Dia ni buta ke apa? Aku yang lawa macam ni dia tak nampak. Tak apa, sekejap lagi kau akan jadi milik aku. Aku tak dapat cara halus, aku akan buat cara kasar. Bisik hati Farah.

‘Maafkan abang. Tapi…”

“Assalamualaikum” sapa Tiara berdiri di belakang Farah.

“Tia?” Harris berdiri sebaik saja melihat Tiara.

Farah juga bangun lalu menoleh ke belakang. Bulat matanya bila melihat Tiara berada di situ bersama sejambak bunga ros. Harris mendekati Tiara dengan senyuman. Baru saja tadi dia menerima mesej dari Hara yang mengatakan Tiara tidak dapat datang. Tapi, sekarang gadis itu sudah berada di sisinya. Tanpa berkata apa-apa dia memberikan bunga tersebut kepada Harris. Harris menerima bunga itu dengan senyuman sambil bibir mengucapkan ungkapan terima kasih.

“Thank you for coming” sambung Riyyan lagi.

This is hard for me. But, I want to try to tell you about my feeling today. Saya tak nak menyesal sebab tak mencuba” buntang matanya menikam tepat ke dalam mata Harris.

Ketika mereka sedang melepaskan rindu kerana sudah lama tidak bertemu. Farah hanya memerhati dengan perasaan yang bercampur baur. Berani dia datang masa aku tengah date dengan Harris. Perempuan miskin tak sedar diri. Kau tak patut halang aku macam ni sebab apa kau takkan menang. Mama Harris takkan pernah restu hubungan kau dengan Harris. Perempuan tak sedar diri. Keluh hatinya sambil bibir diketap kuat.

Selesai perbualan pendek iu, Harris memperkenalkan Tiara pada Farah. Dia tahu mereka sudah saling mengenali. Tapi, apa yang Farah belum tahu tentang Tiara adalah dialah gadis yang Harris cintai sejak zaman remaja. Dia tidak kisah tentang status keluarga Tiara setaraf dengan status keluarga mereka kerana baginya semua itu tidak melibatkan cinta atau perasaan.

Namun, penjelasanya hanya dibalas dengan gelak tawa Farah yang tidak menerima teori kolot Harris. “Oh, jadi inilah perempuan yang abang cintakan sejak bertahun-tahun lama. Tapi, nak buat macam mana ya? Abang tak mungkin dapat bersama dengan Tia sebab saya akan pastikan abang jadi milik saya” kata Farah dengan sinis. Mata dijeling tajam pada Tiara yang jelas rasa terhina dengan kata-kata Farah.  

“Farah please stop it. Bagitahu mama dengan papa awa yang awak tak nak kahwin dengan saya. I’m begging you” rayu Harris. Keyakinan untuk mendapatkan Tiara semakin tinggi bilagadis yang dia cintai itu duduk di sebelahnya.

“Huh!” Farah terus ketawa.

Riyyan? Hara?.

Senyuman dibibir mati serta merta bila matanya terpandang Riyyan dan Hara sedang memerhati mereka dari luar restoran. Dia tidak pernah meyangka Hara berkawan baik dengan Riyyan. Farah kembali tersenyum lalu melarikan pandangan pada Harris dan Tiara.

Thank you for coming Tia sebab awak buat saya rasa tak sabar-sabar nak kahwin dengan Abang Harris. Abang Harris, Farah takkan mengalah. You are mine” kata Farah dengan bersungguh-sungguh.

Tiara tunduk membisu sekarang dia tahu kuasa, harta, pangkat mampu kalahkan apa saja. Biarpun perasaan cintanya terhadap Harris kuat. Tapi dia tidak akan mampu memiliki Harris kerana dia hanyalah seorang anak peniaga pasar malam.

“Abang Harris, Tia rasa Tia tak layak ada dekat sini. Maafkan Tia ganggu dinner abang dengan Farah” kerusi dia tolak ke belakang lalu berdiri untuk beredar dari situ.

Harris mencapai pergelangan tangan Tiara dengan erat.

Tiara menoleh ke arah Harris.

“Kalau Tia pergi semuanya akan berakhir” kata Harris dengan Harapan Tiara tidak meninggalkan tempat itu.

Tiara hanya membalas dengan senyuman lalu perlahan-lahan melepaskan genggam erat tangan Harris. Dia tahu cintanya terhadap Harris tidak akan mampu menewaskan kuasa yang ada pada Farah. Mungkin Harris bukan jodohnya.

Harris cuba mengejar Tiara. Tapi, Farah pantas menghalang dengan menghubungi Datin Shida. Kedengaran jelas suara Datin Shida di hujung talian yang bertanya bagaimana makan malam pertama mereka. Mata Farah tajam menjeling ke arah Harris.

“Pergilah kalau awak nak mama awak tahu apa yang berlaku tadi” gumam Farah dengan sinis.

Harris menghela nafas panjang lalu duduk semula sambil kedua-dua tangan dilekapkan ke wajah. Ya Allah! Apa yang patut aku lakukan sekarang? Tia, kenapa awak semudah tu mengalah. Keluh hatinya yang hanya mendengar perbualan mesra Farah dan Datin Shida.

Everything okay untie. Abang Harris kata kalau boleh dia tak nak tunang lama-lama. Kalau boleh tak nak tunang, nak kahwin je terus” kata Farah sambil ketawa riang. Matanya masih tidak berganjak dari memandang Harris.

Inilah balasan kalau kau tetap nak tolak aku Harris. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku