Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
231

Bacaan






SUASANA dekat meja bulat kafe Aireel sepi bila Hara, Tiara dan kawan baru mereka Riyyan hanya membisu. Sesekali Riyyan memerhati gelagat dua sahabat baik yang sedang dilema dengan perasaan masing-masing. Dapat dia lihat air mata jatuh perlahan-lahan membasahi pipi Tiara. Hara pula hanya merenung dengan senyuman sinis.

“Nangis?” soal Hara dengan geram.

Tiara menggelengkan kepala, air mata pantas dikesat dengan tangan.

“Kenapa kau pergi macam tu aje? Mana semangat kau nak dapatkan Abang Harris? Hei! Kita tak ada masa okey. Beberapa minggu lagi kita nak pergi Seoul. Kalau kita dah kat sana. Kita takkan dapat halang mama aku. Kau tahu tak?” kata Hara dengan perasaan marah dan kesal dengan tindakkan Tiara.

Tiara hanya mendiamkan diri. Dia tahu, dia tidak sepatutnya pergi begitu saja sebelum meluahkan segala yang terpendam di jiwa. Tapi, berhadapan dengan Farah buatkan dirinya terasa begitu kerdil sekali. Bagaimana dia mahu menentang seorang perempuan berstatus anak Dato sedangkan dia hanyalah anak seorang peniaga pasar malam yang tidak berayah.

Hara menghela nafas panjang lalu bnagun dari kerusi meninggalkan Tiara dan Riyyan berdua. Dia boleh naik gila bila memikirkan rancangan mereka telah hancur disebabkan sikap pengecut Tiara tadi. Ergh! Aku tak boleh terima kalau along betul-betul kahwin dengan perempuan tu. Tia macam mana? Takkanlah along nak kahwin dengan perempuan yang dia tak cinta? Tak mungkin-tak mungkin. Aku yakin tentu along ada plan lain. Bebel Hara dalam hatinya sambil buntang mata ditumpukan pada pelbagai jenis kek yang ada di kaca pameran kek.

“Tiara” panggil Riyyan. Dari tadi dia cuma memerhati siatuasi yang berlaku.

Tiara melarikan pandangan pada Riyyan. Seumur hidupnya inilah kali pertama Riyyan memanggil namanya dengan sopan seperti itu.

“Boleh saya tanya sikit?” kata Riyyan.

“Hmm” Tiara mengangguk.

“Saya memang tak ada pengalaman bercinta sebelum ni. Tapi, kalau betul awak cintakan Abang Hara tu. Saya tak rasa awak patut mengalah macam ni. Harta semua tu tak penting. Perkara yang paling penting adalah perasaan awak dan Abang Hara. Saya tak kenal Abang Hara.  I can see he love you so much.. I know what type a girl Farah is. She is not a right girl for Harris” kata Riyyan dengan begitu bersungguh-sungguh.

Kata-kata yang tidak pernah disangka-snagka keluar dari mulut Riyyan telah mengukirkan senyuman di bibir Tiara. Macam susah nak percaya bila seorang lelaki yang sering digelar sebagai mamat dingin, mata helang oleh Hara mengeluarkan kata-kata seperti itu.

“Macam mana awak kenal Farah? Jangan kata dia ex-girlfriend awak?” soal Tiara agak hairan.

“Siapa ex-girlfriend siapa?” celah Hara. Dia kembali bersama tiga cup minuman panas dan tiga potong ke pelbagai perisa untuk mereka bertiga.

“She’s not my ex-girlfriend. Dia cuma kawan baik pada Erika” jawab Riyyan dengan tenang. Tapi, raut wajahnya tetap serius.

Hara memberikan karamel makiato dan sepotong kek coklat pada Riyyan. Siapa tidak kenal Erika seorang gadis gila yang tergila-gilakan Riyyan sampaikan perempuan lain pun takut nak dekat dengan Riyyan. Tapi, kalau tak ada Erika pun perempuan-perempuan dekat kolej tu cuma mampu tengok Riyyan dari jauh kerana sikapnya yang agak dingin, sombong dan ada kalanya raut wajahnya menjadikan dia kelihatan seperti seorang yang agak bengis.

Riyyan mengerutkan dahi lalu perlaahn-lahan pandangan dilarikan pada Hara yang sibuk membebel tentang karakter Riyyan yang sungguh menjengkelkan. Tapi, bila menyedari lelaki itu sedang merenungnya dengan tajam. Hara pantas mengubah topik perbualan dengan memuji Riyyan sebagai seorang lelaki yang gentleman kerana sanggup datang semata-mata untuk membantunya dan sekarang dia mula merasakan Riyyan Mikail aka mamat dingin, mata helang itu tidaklah seteruk seperti yang dia sangkakan.

“Saya bukanlah teruk sangat berbanding awak yang…”

Stop! stop panggil saya cheer leader girl yang tak ada maruah. Saya bukannya pakai bikini menari okay. Saya tahu batas saya sebagai seorang perempuan beragama islam” celah Hara sebelum Riyyan sempat menghabiskan kata-katanya.

Riyyan ketawa kecil lalu memandang tepat ke wajah serius Hara. “Saya tak kata apa-apa. Awak yang panggil diri awak sendiri macam tu. Huh! Crazy girl” balas Riyyan.

“What?! crazy girl? Hey Riyyan Mikail…”  jawapan Riyyan benar-benar buatkan darah Hara naik ke kepala untuk yang kesian kali. Kenapalah dia baik hati sangat mempelawa lelaki itu minum bersama mereka. Dia ni memang tak ada kerja lain nak kenakan aku aje. Apa salah aku huh? Menari pun salah ke? Kau main bola keranjang tak salah pula! Bebel Hara dalam hatinya sambil mata masih lagi menikam tepat ke dalam mata Riyyan.

“Can you just stop fighting Sahara Irdeena, Riyyan Mikail?” bentak Tiara yang sudah fedap melihat pasangan anjing dan kucing itu bergaduh.

Hara dan Riyyan terdiam.

Perlahan-lahan pandangan dilarikan pada Tiara yang sedang merenung tajam ke arah mereka sambil berpeluk tubuh. Dalam situasi seperti ini mereka sepatutnya bekerjasama memberikan idea tentang apa yang patut dilakukan oleh Tiara. Bukanya duduk bergaduh disebabkan perkara remeh seperti itu.

“Kalau kau orang asyik gaduh siapa nak tolong aku selesaikan masalah aku? Hara…” sambung Tiara dengan perasaan masih bercampur baur.

“Masalah ni dah hamir selesai kalau kau tak lari keluar tadi. Tapi, kau… Ah! Kau fikirlah sendiri, aku dah stres ni fikirkan semua benda ni. Aku nak makan, balik rumah, tidur” jawab Hara. Sejujurnya dia sudah letih dengan semua tindakkan Datin Shida. Tapi pada masa yang sama dia sedikit marah dengan sikap lembab Harris dan Tiara. Dia bermati-matian ingin satukan cinta mereka yang sudah lama tertangguh. Tapi, mereka berdua tidak pernah mahu berusaha untuk satukan cinta itu.

“Riyyan” panggil Tiara dengan nada serius.

Riyyan angkat wajah pandang Tiara.

Hara juga menumpukan sepenuhnya perhatian pada kata-kata yang ingin dikatakan oleh Tiara.

“Awak sebagai lelaki akan pilih perempuan macam mana? Macam Farah atau… orang yang tak ada apa-apa macam saya?” soal Tiara.

“Err… I don’t know. But, love is impoartant than everything. Tapi, pada masa yang sama kita takkan mampu lawan takdir Allah. Kalau betul awak tercipta untuk Harris, saya percaya awak dan dia akan disatukan cuma cepat atau lambat. Berdoa pada Allah untuk beri awak petunjuk” jawab Riyyan yang hanya menggunakan alasan rasional untuk menjaga perasaan Tiara.

Tiara tersenyum mendengar satu lagi jawapan yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut Riyyan.

Wow! Riyyan Mikail tak sangka kau keluarkan ayat-ayat power mcam tu. So touching” usik Hara tersengih-sengih sambil menepuk lembut bahu Riyyan.

“Hei, boleh tak jangan biadab?” balas Riyyan. Tangan Hara dia alihkan dari bahu. Baru saja dia mahu menunjukkan sisi berbezanya di hadapan dua gadis itu. Tapi, tindakkan Hara benar-benar buatkan dia berasa kurang selesa. 

Opps, lupa awak tak suka saya panggil awak ‘kau’. Sorry Riyyan. Tapi, cool jawapan awak tu. Saya pun setuju” balas Hara tetap mengukirkan senyuman. Huh! Letih benar nak jadi perempuan melayu terakhir depan dia ni. Hei, kau fikir kau lelaki melayu terakhir? Entah-entah dia ni suka Tia tak? Sebab tu da cakap macam tu. Oh my god! Apa aku nak buat kalau benda ni betul? Abang aku macam mana? Dahlah Riyyan ni lagi hensem dari Harris. Bisik Hara dalam hati. Dahinya mula berkerut bila melihat Tiara tersengih-sengih memandang Riyyan dan begitu juga Riyyan  

“Awak ni tak adalah teruk mana pun Riyyan. Tapi, kenapa selama ni awak dingin dengan ramai perempuan?” soal Tiara.

“Saya cuma tak selesa bila ramai sangat perempuan dekat dengan saya” jawab Riyyan.

“Oh! Maklumlah lelaki pujaan kolejlah katakan” usik Hara lagi.

Mata Riyyan tajam menikam mata Hara. Hara cepat-cepat tunduk mengelak dari bertembung dengan mata helang itu.

Sekali lagi gelagat Hara dan Riyyan buatkan Tiara tersenyum. Di matanya mereka berdua seperti kawan baik yang selalu bergaduh disebabkan perkara-perkara remeh. Pada masa yang sama dia dapat melihat cuma Riyyan mampu mengawal tingkah laku Hara. Kalaulah mereka ditakdirkan jodoh mesti sweet.  Sweetlah sangat. Tapi, menyakitkan kepala dan telinga.

 

 

“AWAL Hara balik?”

Sapa Datin Shida sebaik saja Hara melangkah masuk ke ruang tamu. Hara mengambil tempat di sebelah Harris lalu melarikan pandangan pada Datin Shida dan Dato Hazam yang kelihatan begitu serius sekali. Apa agaknya yang berlaku sehingga tiga beranak itu kelihatan baru pulang dari medan perang.

“Hara dari mana? Lewat macam ni baru balik” soal Dato Hazam.

“Keluar dengan kawan” ringkas saja jawapan yang diberikan olehnya. Dalam hati berdebar dan ada sedikit perasaan takut jika Farah mengadu pada orang tuanya tentang kejadian yang berlaku di restoran tadi.

“Kawan lelaki ke perempuan? Tak pernah-pernah balik lewat macam ni?” sambung Datin Shida pula.

Hara menghela nafas panjang. “Lelaki ada, perempuan pun ada. Hara keluar minum dekat kafe Abang Aireel je. Bukanya pergi mana pun”

Hara dapat merasakan suasana di sekelilingnya agak tegang. Harris tidak bising seperti selalu. Dia hanya duduk menggenggam kedua-dua tangan sambil sesekali menghembus nafas panjang. Mustahil dia telah berterus terang dengan Datin Shida tentang hati dan perasaanya terhadap Tiara atau mungkin Datin Shida telah membuat keputusan untuk Harris berkahwin dengan Farah. Ya Allah, jadi itukah pengakhiranya? Bisik hati Hara. Dia pandang ke bawah.

“mama tak sangka Harris sanggup buat mama dengan papa macam ni. Mana mama nak letak muka dengan keluarga Farah?”

Hara nagkat wajah sebaik saja mendengar kata-kata Datin Shida. Apa yang sedang berlaku ni? Along buat apa? Takkan dia buat keputusan untuk tak terima Farah dan bersama dengan Tia?.

“Maafkan Harris ma. Tapi, Harris tak boleh. Bukan, Harris tak pernah cintakan Farah. Harris cintakan orang lain. Takkan mama masih nak paksa Harris kahwin dengan perempuan yang…” 

Belum sempat Harris menyebut perkataan seterusnya Datin Shida pantas mencelah dengan memberitahu Harris bahawa dia tidak akan pernah merestui hubungan Harris dan Tiara. Dia rela Harris membujang daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak setaraf dengan keluarga mereka. Bagi Datin Shida, Tiara bukanlah mencintai Harris. Tapi, dia hanya inginkan hidup senang dengan harta keluarga mereka.

“Penting sangat ke harta dengan mama?” soal Harris.

“Mestilah penting. Kalau dia dah kikis harta kita. Kita nak makan apa?”

“Jadi mama berkeras tak akan terima kalau Harris nak bersama Tia?”

“Ya. Mama takkan benarkan perkara tu berlaku. Kalau boleh mama tak nak Hara berkawan atau tinggal serumah dengan perempuan tu. Tapi…”

“Hara tak nak jadi anak derhaka. Tap tindakkan mama kali ni agak melampau. Cinta tak libatkan harta, pangkat ma. Cinta melibatkan hati dan perasaan. Kalau along tak cintakan Farah, mama tak boleh paksa dia kahwin dengan Farah” celah Hara. Dia sudah tidak tahan mendengar Datin Shida terus mengungkit soalan status pekerjaan keluarga Tiara. Jika dia siapa lagi yang akan berpihak pada Harris.

“Sesuailah adik sokong abang, abang pun sokong adik. Kamu berdua ni… tak tahulah ikut perangai siapa. Keras kepala betul” Datin Shida bingkas bangun lalu beredar dari situ. Namun, langkahnya terhenti di anak tangga pertama. Dia menoleh ke belakang, melihat Dato Hazam mula bersuara memberi nasihat kepada Hara dan Harris. Walaupun apa pun berlaku dia tidak akan pernah menerima Tiara sebagai isteri Harris melainkan dia sudah tidak ada lagi di muka bumi ini.

“Abang!” bentak Datin Shida. Mata tajam memandang Dato Hazam.

“Abang jangan nak sebelahkan anak-anak abang tu. Saya takkan benarkan Harris bercinta dengan Tiara. Ini keputusan muktamad saya” Datin Shida mula memanjat kembali deretan anak tangga untuk ke tingkat atas.

Dato Hazam menggelengkan kepala lalu melarikan semula pandangan pada Hara dan Harris. Jelas dari riak wajah mereka, mereka kecewa dengan sikap Datin Shida. Dia tidak pernah cuba berikan kepercayaan pada anak-anaknya sendiri untuk memilih jodoh sendiri. Baginya, pilihan ibubapa adalah yang terbaik. Tapi, berbeza dengan Dato Hazam yang tidak kisah dengan siapa anak-anaknya mahu berkahwin. Dia cuma mengingatkan anak-anaknya untuk mencari seorang yang mempunyai agama yang baik, menghormati orang tua dan cintakan mereka bukan disebabkan mereka anak seorang Dato yang miliki hotel bertaraf lima bintang.

“Harris, Hara tak perlu risau. Inshaallah kita sama-sama berdoa semoga mama sedar apa yang dia buat sekarang ni salah. Dia cuma nakkan yang terbaik untuk anak-anak dia”

“Kita faham pa. Tapi, mama dah melampau. Tia tu budak baik, Hara dengan along dah kenal dia sejak kecil lagi. Dia tak pernah sukakan lelaki lain selain along. Tapi, dia tak pernah cakap yang dia cintakan along sebab dia tahu keluarga ni takkan dapat terima dia” kata Hara dengan tenang.

“Harris kenapa tak pernah cakap Harris suka Tiara?” soal Dato Hazam. Dia cuba menyelami isi hati kedua-dua anaknya itu.

Harris tarik nafas dalam-dalam. Dia bukanya tidak mahu meluahkan isi hatinya pada Tiara. Dia pernah cuba beberapa tahun lepas. Tapi, gadis itu selalu saja mengelak dengan mengatakan dia cuma menganggap Harris seperti abang kandungnya sendiri. Dia telah pun berjaya hapuskan perasaan cintanya kerana ramai lelaki Korea yang terpikat dengan kecomelanya. Tapi, dia mendapat tahu semua itu hanyalah alasan Tiara bila dia secara tidak sengaja mendengar perbualan Hara dan Tiara.

Ketika itu, dia tekad untuk mendapatkan Tiara. Tapi, sekali lagi hasratnya terbantut bila memikirkan tindakkanya mungkin akan menyebabkan Tiara menjauhkan diri darinya dan dia tidak mahu mengganggu pengajian Tiara. Biarlah dia habiskan dulu ijazahnya dan kemudian Harris akan mengambil langkah yang seterusnya.

“Sebab nanti-nantilah benda jadi rumit macam ni. Sekarang Hara dapat rasa yang mama akan teruskan rancangan dia” sambung Hara menyedarkan Harris dari lamunanya.

“Soal tu biar papa bincang dengan mama. Buat masa ni, Hara dengan Harris jangan runsing-runsing. Kalau jodoh tak ke mana. Inshaallah mama akan okey”

“Yalah pa. Harris percayakan papa. Terima kasih sebab faham Harris. Semuanya salah Harris sebab lembab”

“Tahu tak apa” celah Hara. 

“Kalau along tak lembab macam ni. Mesti mama tak terfikir idea nak jodohkan along dengan Farah tu. Dahlah dia tu kawan Erika. Patutlah perangai pun tak jauh beza dengan Erika” gumam Hara.

“Siapa Erika?” soal Dato Hazam. Tidak pernah dia mendengar nama itu disebut oleh Hara sebelum ni.

“Tak ada siapa-siapa pa. Kawan universiti je” jawab Hara sambil tersenyum. Bolehkah dia katakan dia dan Erika kawan seuniversiti sedangkan mereka berdua jarang sekali berbual. Apa yang berlaku setiap kali mereka bertemu hanyalah saling menjeling. Apa sebabnya? Entahlah Hara sendiri kurang pasti.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku