Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
256

Bacaan






SITUASI tegang di rumah antara Datin Shida, Harris dan Hara membawa Hara untuk tidak betah di rumah. Dia membuat keputusan untuk keluar membeli barang-barang dapur yang akan dibawa pulang ke Seoul nanti. Dia menghubungi Tiara untuk menemaninya kerana dia tidak mahu Tiara terus berkurung di dalam bilik memikirkan perkara yang telah berlaku Tapi,  entahlah sampai sekarang batang hidung Tiara pun belum kelihatan.

“Huh! Sedapnya” gumam Hara. Matanya liar memandang ke segenap rak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan ringan seperti biskut, keropok dan coklat yang mampu menggugat keimananya.   

 Beberapa jenis biskut Lexus dia ambil lalu diamsukkan ke dalam troli.Dia kemudian bergerak menuju ke ruangan mee segera ataupun lebih dikenali sebagai ramen di Korea. Susah nak dapat mee segera Malaysia dekat sana. Jadi cara terbaik adalah beli  siap-siap dekat Malaysia. Bukanlah student kalau tak makan maggi dengan nasi kosong.

“Ish, mana Tia ni?” mata menjeling jam yang tersarung kemas pada tangga kiri yang kini sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Sudah 20 minit dia berada di sini menunggu Tiara yang tidak kunjung tiba.

Selesai dengan makanan segera, troli dia tarik lagi menuju ke tempat yang mempamerkan pelbagai jenis serbuk minuman. Nescafe, kopi dan milo adalah bahan asas penting untuk dia ketika menyiapkan tugasan sehingga lewat malam. .

Sedar tak sedar troli Hara sudah penuh dengan makanan. Sekarang masa untuk dia membeli bahan syampu dan berus gigi. Beli dekat Malaysia ni murah sikit. Lagipun bagasi Hara selalunya cuma penuh dengan makanan dan barang peribadinya kerana baju-baju semua berada di Korea.

“Nampaknya memang shopping besar aku hari ni” keluhnya dengan senyuman sambil menggelengkan kepala. 

Ada segaris senyuman terukir dibibir lalu troli terus ditolak ke hadpaan. Namun, langkahnya terhenti ketika melihat orang ramai berkumpul di satu sudut. Apa yang diorang sedang tengok tu? troli dia letakkan dekat tepi lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat orang ramai berkumpul. Dapat dia lihat beberapa beredar dari situ bersama cup bersaiz kecil dalam tangan. Oh! Ada orang bagai air free rupanya. Hara terus mendekati meja tersebut.

Miss, tak nak cuba perisa Nescafe caramel ke?” soal pekerja yang bertugas.

“Boleh ke?” eh soalan apa yang aku tanya ni. Dah sah-sah orang tengah cuba tu.

“Mestilah boleh. Miss pergilah dah tak ramai orang tu” jawab pekerja yang tidak lekang dengan senyuman.

“Terima kasih” ucapnya sambil tubuh dibongkokkan sedikit lalu menolak troli ke hadapan.

 Dia berhenti betul-betul di hadapan meja yang menghidangkan Nescafe berperisa caramel. Buntang mata tertancap pada meja yang penuh dengan cup yang telah kosong. Alamak, takkan dah habis kut? Aku baru aje nak rasa satu tadi. Keluh hatinya agak kecewa. Padanlah tiba-tiba aje orang tinggalkan tempat ni rupa-rupanya dah habis.

 Namun, di saat dia mahu beredar dari situ pekerja yang bertugas menghulurkan secawan nesface karamel kepadanya. Semapt juga dia memohon maaf kerana membiarkan pelanggan menunggu lama. Hara mengambil cawan tersenyum sambil menggelengkan kepala. Perkara ni pasti akan berlaku. Maksudnya produk yang dilancarkan mendapat sambutan daripada penggemaranya.

Nescafe panas dalam cawan dia tiup beberapa kali lalu mula menghirup sedikit demi sedikit. Mata diapejam sambil bibir mengukirkan senyuman.

“Hmmm sedap” respon Hara. ibu jari tangan kiri aku angkat.

“Terima kasih” ucap pekerja yang bertugas.

“Boleh minta lagi satu?” pintanya. Tiba-tiba hilang pula rasa segan.

“Silakan” jawab pekerja yang tidak lekang dengan senyuman itu. Secawan lagi nescafe diberikan pada Hara.

“Terima kasih” ucap Hara.

ketika Hara sedang asyik menikmati Nescafe panas. Seorang lelaki bersama troli datang berdiri di sebelahnya. Dia hanya melihat tangan lelaki itu mengambil cup lalu meneguk air hanya dengan sekali teguk Hara hanya memerhati gelagat aneh lelaki itu dari ekor mata.

Nak tunjuk macho depan perempuanlah tu. Getus Hara tersenyum.

Lelaki itu kemudian meletakkan cup kosong di atas meja. Ada secangkir senyuman manis terukir dibibirnya. Tidak sangka mereka akan bertemu lagi untuk kali ketiga.

“Ehem!” dehem lelaki itu. Dia cuba menyembunyikan senyumannya dari pekerja yang sedang memerhati gelagatnya.

“Orang kata kalau terserempak dengan orang yang sama tiga kali tu maknanya jodoh” sambung lelaki itu. 

Kata-kata dan suara yang biasa didengari itu benar-benar mengejutkan Hara. Dia pantas menoleh ke kanan, kelihatan Shazreen sedang memandangnya.

“Assalamualaikum” sapa Shazreen mesra.

“Shaz…Reen Haikhal?” tergagap-gagap Hara ketika melihat lelaki itu rupa-rupanya Shazreen Haikhal. Mulut yang ternganga dia tutup lalu melarikan pandangan ke tempat lain. Daebak! Macam mana aku boleh terserempak dengan dia lagi ni. Keluh hati Hara. 

Nafas dia helah panjang, memandang semula ke wajah Shazreen sambil tersenyum. Minta-mintalah pertemuan ni bukan jodoh. Takkanlah jodoh aku muda dari aku. No Way! Dia menggelengkan kepala dengan dahi berkerut.

“Ya saya. Wah, banyak barang awak borong. Nak jual ke?” mata dijelingkan pada troli yang ada di belakang Hara.

“Tak adalah, barang-barang ni saya nak bawa balik…” Hara diam seketika.

Kenapa pula aku nak beritahu dia sebab aku beli barang-barang yang banyak ni? dia bukanya siapa-siapa, kawan pun bukan. Sekali lagi nafas dia tarik dalam-dalam lalu tersenyum. Rasanya lebih baik aku beredar dari sini sebelum Tiara Nampak aku dengan dia. Tak pasal-pasal dia fikir budak ni ada hati dengan aku.

“Bawa balik mana?” Shazreen nampaknya berminat mahu mednengar jawapan Hara..

“Balik rumah. Once again I need to leave now. I’m sorry” balas Hara tangan diletakkan di atas troli.

“Wait” Shazreen menghalang jalan Hara. Tangan sudah menggenggam kuat troli gadis yang kelihatan gementar itu.

Tindakkan mengejutkan Hara. Hara melarikan pandangan daripada lelaki pelik itu pada troli. Dah kenapa pula mamat ni nak halang-halang aku. Nak kena taekwondo ke apa.

Shazreen seperti menyedari tindakkan yang dia lakukan membuat Hara kurang selesa. Bersama ungkapan maaf, dia mengalihkan tangan dari troli Hara.

“i’m… I’m sorry” ucap Shazreen. Matanya tidak berganjak dari terus memandang Hara.

It’s okay, saya pergi dulu” balas Hara. Kaki kiri mula melangkah diikuti dengan kaki kakan.

“Hara” panggil Shazreen.

Hara berhenti dari melangkah.

“Can I get you’re number?” pinta Shazreen. Suaranya kedengaran sedikit terdesak.

Nombor? Dia nak nombor telefon aku? Hara menggeleng. Dia tidak akan pernah berikan nombor telefonya pada seorang lelaki yang baru beberapa kali saja dia jumpa.   

Tangan kuat menggenggam troli. Ada sedikit perasaan geram kerana tindakkan Shazreen yang buatkan dia rasa malu. Lebih-lebih lagi pelanggan yang berada dis situ sedang memerhati mereka. 

“Tak boleh ke cakap pelan-pelan aje? Ni nak bagi satu pasar raya dengar ke apa?” gumamnya.

Pak! Pak! Pak!

Bunyi kasut yang semakin hamper menghidupkan semula jantung yang terhenti tadi. Dia mengesat peluh yang mengalur jatuh dari dahi. Ya allah, kenapa panas sangat ni? Tempat yang berhawa dingin macam ni seperti tidak dapat melawan kehangatan yang Hara rasakan.

“Hara, boleh saya minta nombor telefon awak?” ulang Shazreen. Dia bersungguh-sungguh mahukan nombor telefon Hara.

Hara menggeleng. “Maafkan saya. Tapi, saya tak bagi nombor saya dengan stranger” jawabnya dengan serius.   

“Awak masih tak percayakan say?” soalnya dengan serius.

“Ya, macam mana kalau awak ni orang jahat yang pandai berlakon”  

“Ya Allah awak ni, biar saya cakap sekali lagi saya bukan stalker, atau murder. Saya… saya… Cuma nak kenal dengan awak. Tu aje” 

Dapat Hara lihat kejujuran disebalik kata-kata Shazreen. Mata dia mengatakan yang dia serius mahu mengenali gadis itu. Naamun Hara masih tetap dengan pendirianya yang tidak percaya dengan pertemuan seperti ini. Baginya itu semua teknik seorang lelaki untuk memperdayakan seorang gadis.

“Awak dah kenal sayakan? So, tak payahlah kenal lagi. Anggaplah ini kali terakhir awak jumpa saya yang adik” ujar Hara. Dia mengukirkan senyuman sinis dengan harapan Shazreen akan mengalah dan sedar perbezaan antara mereka.  

“Adik? Saya ni Nampak macam adik ke?” soal Shazreen. 

Panggilan ‘adik’ yang diberikan oleh Hara, mengundang tawa dibibirnya. Sambil berpeluk tubuh Shazreen memicit-micit kepala yang terasa sakit. Sukar untuk dia percaya Hara menganggapnya sebagai seorang adik dan bukanya lelaki.

“Ya, Adik Shazreen Haikhal. So, dari adik sibuk nak minta nombor telefon kakak. Lebih baik adik pergi ngorat perempuan-perempuan yang lagi muda dari adik. Kakak pergi dulu. Assalamualikum” balas Hara dengan senyum. Sempat juga dia menepuk lembut bahu Shazreen.  

“Yalah, mentang-mentang saya muda dari Ri…”

“Awak sebut apa tadi/” soal Hara seperti mendengar sesuatu yang penting.

“Nothing” Shazreen menggelengkan kepala.

“Okay” balas Hara. 

Hara mula menarik troli beredar dari situ. Minta-mintalah ni dah selesai. Keluh Hara. Dia terus berjalan ke depan tanpa menoleh sedikitpun ke belakang. Dia tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Shazreen. Jangan-jangan dia sudah pergi kerana kecewa.  

“Hara tunggu!” panggil Shazreen.

Langkah yang dia atur mati serta merta saat suara lelaki itu kembali menyapa ke telinga. Apa lagi budak ni mahu? Tak faham-faham bahasa ke apa? Dia mengerutkan dahi sambil bibir diketap kuat.

 Hara berpaling ke belakang. “Awak nak apa…”

Bulat mata Hara melihat lelaki itu betul-betul beridiri didepanya.

Shazreen senyum. Nafas dia tarik dalam-dalam. Kenapalah susah sangat nak dapat nombor telefon dia ni. Takkan nak minta dengan Riyyan kut? Nampak sangat aku nak usha awek dia pula nanti.

“Apa hal senyum-senyum? Nak psiko saya ke?” soal Hara. Dia tidak boleh kelihatan lemah di hadapan lelaki aneh seperti Shazreen.

“Psiko awak? Saya bukan orang macam itulah. Saya sebenarnya jujur nak kenal dengan awak”

 “Hah?!” ternganga mulut mendengar luahan hati yang tidak diduga itu. Biar betul budak ni? Apa hal pula nak kenal aku bagai? Dia ni tengah shooting sinetron ke drama Korea? Kening naik ke atas memikirkan sikap agresif Shazreen yang tidak diduga.

“Tapi, kalau pertemuan ketiga ni awak masih anggap saya lelaki jahat. Pertemuan ke empat awak akan percayakan saya dan beri nombor telefon awak?” saalnya. Ada sedikit rasa terdesak mahu mendapatkan nombor gadis yang berdiri kaku didepanya.

“Pertemuan keempat? Awak gila ke apa?” rasa geram pula hati bila lelaki muka lawa. Tapi, tak faham bahasa.

“Saya nak awak jawab Hara. Awak akan bagi atau tak?” ulang Shazreen.

Dia melangkah setapak ke depan. Merapatkan jarak antara mereka.

“Jarakkan diri awak dari saya Shazreen” pinta Hara. Dia menolak kepala sedikit ke belakang. Rimas betullah dengan lelaki yang tak reti-reti bahasa macam budak ni. Entah apa yang dia lihat ada dalam diri Hara. Hara mengeluh panjang.  

Shazreen berundur beberapa tapak ke belakang. Matanya tidak berkelip dari terus memandang Hara. Degupan jantung terasa begitu pantas menunggu jawapan dari Hara.

Hara tarik nafas dalam-dalam. Dia masih tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Riak Shazreen benar-benar membuatkan dia kecut perut. Macam mana kalau dia lakukan perkara yang lebih dasyat lepas ni? Tak pasal-pasal hidup aku jadi huru-hara.  

“Err…” Hara garu leher yang tiba-tiba saja terasa gatal.

“Okey, saya akan ingat janji awak” balasnya juga tersenyum.  

Hara hanya balas dengan senyuman. Dia yakin tidak akan ada lagi pertemuan keempat atau kelima antara mereka kerana dia akan tinggalkan Malaysia dalam masa beberapa hari lagi. Kalau pun dia pulang ke Malaysia, Shazreen mungkin sudah melupakan janji mereka.

“Hara!”

satu lagi suara datang menyapanya dari arah yang bertentangan. Hara menoleh ke arah tersebut kelihatan Tiara sedang melambai-lambaikan tangan sambil berlari anak menuju ke arah Hara. Hara menggeleng lalu melihat jam di tangan. Ingatkan dah tak datang budak ni. 

“Maaf, sorry, mian aku lambat. Aku naik teksi tadi. Kau buat apa tercegat dekat tengah-tengah pasar raya ni? Takkan nak jadi lampu isyarat kut?” perli Tiara. Dahlah lambat, berani pula perli orang.

Matanya meliar melihat-lihat ruangan pasar raya yang sibuk dengan pelanggan. Namun, buntang mata terhenti pada seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari Hara.  

Tiara merapatkan bibir ke telinga Hara. “Budak mana ni? Anak ikan kau ke?” soalnya pada Hara. Mata dijeling pada Shazreen.  

“Pekerja dekat sini” jawab Hara.  

Maafkan kakak ya adik Shazreen. Adik kena sedar diri adik tu muda dari akak. Lagi satu akak tak naklah kawan akak yang lurus ni fikir bukan-bukan pula nanti. Getus hati Hara. Rasa kelakar pula bila Shazreen merelakan diri menjadi pekerja pasar raya di situ.

“Ye ke? handsomenya. Patutlah kau jadi trafik dekat tengah-tengah ni” usik Tiara sambil ketawa.

 Hara pandang Tiara. “Amboi. Eh dahlah jom pergi”

Tangan kiri menolak troli ke kaunter dan sebelah tangan lagi menarik Tiara yang sedang terpaku memandang ketampanan wajah jejaka di sebelahnya. Shazreen hanya tersenyum melihat gelagat Hara yang kelam kabut.

 “Okey” jawab Hara ringkas.

“Okey?”soal Shazreen hairan.

“Saya setuju untuk bagi awak nombor telefon saya kalau kita berjumpa tanpa sengaja untuk kali keempat” jelas Hara tersenyum kelat. 

 

 

HARA menggelengkan kepala cuba melupakan tatapan mata Shazreen tadi. Kata-katanya juga masih melekat di telinga. Harapannya tidak ada lagi pertemuan keempat antara mereka. Kalau tidak terpaksalah dia kotakan janjinya pada stranger itu.  

Tok! Tol! tolk

Bunyi meja diketuk oleh seseorang buatkan Hara tersedar dari lamunan. Pantas mata dia buka, kelihatan Tiara sedang memenadangnya dengan wajah kosong.

“Hei, kalau nak tidur balik rumah. Kau nak makan donut apa?” soal Tiara melihat menu yang ada di atas meja. Seorang pelayan sudah setia berdiri di tepi meja bersama kertas.

Buntang mata Hara kerlingkan pada pelayan. Malu pula bila ada orang perhatian dia. Dia betulkan duduk lalu mula melihat-lihat menu di atas meja. Kalau ikutkan hati dia nak makan nasi. Tapi, Tiara punya pasal dia relakan saja makan donat.

“Donat karamel satu, double chocolate satu. Air latte” pinta Hara dengan senyuman.

Tiara juga balas dengan senyum. Menu diberikan kembali pada pelayan. Wah, kata tadi nak diet. Tapi, dia pula yang minta lebih-lebih sekarang. Tengok dari air muka muram Hara dia yakin ada sesuatu yang menganggu fikiran kawan baiknya itu.  

“Hara” panggil Tiara.

Hara pandang Tiara.   

“Betul ke mamat tadi tu pekerja dekat pasar raya tu? Tak nampak langsung pun dia pakai uniform kerja?” soal Tiara.

“Betullah. Kenapa?” Hara pula tanya Tiara. Nampak sangat ke yang dia menipu Tiara hidup-hidup?

“Tak adalah, kau cuba tengok dekat luar tu siapa?” jari telunjuk dihalakan ke luar cermin kaca yang jernih. 

Hara menoleh ke belakang. Matanya tidak berkelip memandang Shazreen  sedang memimpin tangan seorang tua yang sarat dengan barang. Dia tinggalkan nenek yang berusia dalam lingkungan 70 di tepi jalan lalu bergerak menuju ke arah sebuah teksi yang sedang beratur menunggu giliran masing-masing.

Selepas berbual seketika dengan pemandu teksi tersebut dai terus membawa nenek tua masuk ke dalam teksi. Plastik yang sarat dengan barang-barang dimasukkan ke tempat duduk belakang. Namun, belum pun dia beredar dari situ. Nenek tua itu memanggil Shazreen lalu mengusap meraba-raba wajahnya.  

“Terima kasih ya nak. Kalau anak tak ada tadi nenek mesti dah sesat” kata nenek tua itu.

Shazreen tersenyum sambil menggengam erat tangan nenek tua. “Sama-sama nek. Kebetulan saya ada dekat sini. Nenek baik-baik ye”

Melarikan pandangan pada pemandu teksi.

Uncle tolong hantar nenek saya dengan selamat” pesanya kepada pemandu teksi.

“Adik jangan risau” balas pemandu teksi.

Tindakkan Shazreen benar-benar buatkan Hara rasa terharu. Dia sendiri tidak mampu melakukan perkara itu. Tapi, Shazreen yang dianggapnya psiko dan stalker itu sanggup membantu seorang tua yang tidak dia kenali.

“Sekarang aku percaya dia pekerja dekat pasar raya tu” kata Tiara.

Shazreen terus memandang teksi itu sehinggalah ia hilang dari pandanganya. Bersama keluhan panjang, dia keluarkan sapu tangan dari dalam poket lalu mengesat peluh yang mengalir dari dahi. Panas sungguh cuaca sejak hujan tidak turun hampir seminggu. Pandangan kemudian dia larikan ke dalam kafe. Mata terpana pada Hara yang sedang memandangnya.

“Hara?” kata Shazreen. Boleh ke ini dia kira sebagai pertemuan kali keempat mereka.

“Alamak! Dia pandang sini” 

Cepat-cepat Hara melarikan pandangan ke tempat lain. Latte dia ambil lalu diminum sehingga setengah. Hatinya kian gementar Adakah ini dikira sebagai pertemuan keeempat? Habislah kau Hara kalau dia datang sini. Keluh hatinya yang cmula ceemas memikirkan tindakkan Shazreen berikutnya.

“Hei, dia pandang kaulah Hara” 

Kepala Hara geleng ke kiri dan ke kanan menafikan kata-kata Tiara, Minta-mintalah Shazreen tak perasaan dia tu Hara.  

“Ini donat yang cik berdua pesan.” ujar pelayan yang mengambil pesanan mereka tadi.

“Terima kasih” ucap Tiara.

Setelah pelayan meninggalkan meja. Hara pantas mengambil sebiji donat terus dimasukkan ke dalam. Hatinya masih lagi berharap Shazreen tidak melihatnya tadi.   

“Amboi. Bedal terus?” terkejut Tiara melihat donat yang ada dalam tangan tinggal separuh.

“Lapar” jawabnya ketawa kecil.

Anak mata dia jelingkan ke tepi. Shazreen sudah tidak kelihatan di situ. Dia mungkin beredar selepas melihat betapa pelahapnya gadis yang disangka lemah lembut itu semasa makan. Good job Hara!. Ucapnya pada diri snediri lalu mencapai sehelai tisu untuk mengesat bibir yang comot.

“Kau dengan mama kau macam mana?” soalnya berubah riak.

Hara melarikan pandangan Tiara. Dia mengukirkan senyuman untuk menenangkan hati kawan baiknya itu. Hubungan mereka tiga beranak sekarang agak tegang Datin Shida tidak mahu berbual dengan dua anaknya itu dan selalu berkurung di bilik. Harris pula sudah beberapa hari tidur di hotel dengan alasan banyak kerja yang perlu diuruskan. .

Tiara rasa bersalah kerana telah menyebabkan keluarga Hara kucar kacir disebabkan dia mencintai Harris. Selama beberapa hari dia berfikir tentang perasaanya, dia membuat kputusan untuk melepaskan Harris dan biarkan saja takdir menentukan takdir cinta mereka. Walaupun Hara tidak bersetuju dengan keputusan itu. Tapi, Tiara tetap berkeras mengatakan itulah penyelesaian terbaik untuk masalah mereka. 

“Macam kau pernah bagitahu aku cinta taksemestinya memiliki. Lagipun bila difikirkan semua aku tak pernah bercinta pun dengan Abang Harris. Dia tak pernah luahkan perasaan dia dengan aku. Aku pun… aku pun tak pernah cakap yang aku cintakan dia” kata dia dengan serius.

“Cinta tak perlu diucapkan kita boleh rasa dengan hati” kata Hara meletakkan kedua-dua tangan di atas di dada sambil tersenyum.

“Macam kau dengan mamat handsome tadi tu?” celah Tiara yang tiba-tiba saja mengubah topik dirinya dan Harris kepada lelaki yang cuba mengenali Haara.

“Mamat handsome mana ni? Budak tadi tu ke?” soal Hara.

 “Haah mamat yang tolong nenek tadi tu. Come on Sahara Irdeena takkan dengan best friend sendiri nak berahsia. Tak adillah kau aje tahu rahsia aku” rasa macam nak merajuk pula hati bila Hara merahsiakan perkara itu darinya.

“Okeylah aku cakap. Aku tak adalah kenal sangat dengan mamat tu. Aku cuma pernah jumpa dia sekali masa aku nak jumpa Riyyan hari tu. Itupun dia tolong aku bukakan pintu. Than’s all” jelas Hara.

“Wah, sweetnya” usik Tiara tersengih-sengih macam kera busuk.

Hara mengangguk. 

Dia faham benar dengan maksud disebalik senyuman Tiara.

“Sudah! kau jangan nak fikir yang bukan-bukan” menuding jari pada Tiara.

“Okey, aku tak fikir apa-apa sebab dia pun ada dekat belakang kau sekarang” balas Tiara.

Bibir dimuncungkan ke hadapan sedikit.

“What?” soal Hara. Tubuhnya terasa kaku.

“Mamat tu ada dekat belakang kau” bisik Tiara.  

 Nafas dia hela panjang. Perlahan-lahan kepala mahu menoleh ke belakang melihat benar atau tidak Shazreen berada di situ.

“Hara, awak tak perlu pandang belakang. Saya cuma nak bagi awak sesuatu”

 Sesuatu? Dia nak bagi aku apa pula ni? Bisik hatinya. Nada suara Shazreen kedengaran jauh berbeza dari sebelumnya. Dia keddengaran serius dan mahu Hara terus kekal di tempatnya tanpa menoleh ke belakang. Keadaan ini buatkan Hara tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu. Tiara yang duduk bertentangan denganya hanya mengukirkan senyuman.

 “This is for you”

Sepucuk kad dalam sampul dletakkan di atas meja. Hara hanya merenung kad itu dengan perasaan yang bercampur baur. Sudah kenapa dia bagi kad bagai ni? Ni strategi baru dia nak dapat nombor telefon aku ke? Getus Hara dalam hati.

“Shazreen?” dia menoleh ke belakang.

Shazreen sudah hilang dari pandangan. Hara larikan buntang mata pada Tiara yang duduk bertentangan dengannya.

“Dia dah pergi”

Belum pun sempat bibir dia buka untuk bertanya ke mana Shazreen telah pergi. Kawan baiknya itu terlebih dahulu memberikan jawapan.

Kad dia ambil lalu dipusing ke depan dan ke belakang. Hatinya tertanya-tanya apa agaknya yand dia tulis dalam kad iiu. Tapi, separuhnya hatinya belum lagi bersedia untuk membaca tulisan hati Shazreen.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku