Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
280

Bacaan






TIARA berhenti melangkah bila melihat Harris sudah menunggunya di meja makan. Wajahnya kelihatan tenang. Tidak seperti Tiara yang berada dalam keadaan bercampur baur. Kalau boleh dia tidak ingin lagi bertemu dengan Harris. Tapi disebabkan Harris mendesak mahu bertemu denganya. Tiara membuat keputusan untuk menganggap ini pertemuan terakhir mereka sebelum dia kembali ke Seoul, Korea Selatan.

You can do it Tia. Fighting!” kata Tiara memberikan semangat kepada dirinya sendiri sebelum kembali meneruskan sisa langkah yang tinggal untuk bertemu dengan Harris.

“Assalamualaikum Abang Harris”

Harris angkat wajah lalu berdiri bila melihat Tiara sudah terpcak di hadapanya. Dia pantas menarik kerusi untuk gaids itu lalu mempelawanya duduk. Tanpa berkata apa-apa Tiara melabuhkan duduk bertentangan dengan Harris. Suasana terasa begitu sepi sekali bila mereka hanya berdiam diri.

Sesekali Harris menghela nafas panjang untuk kurangkan rasa gemuruh di jiwa. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan dalam keadaan mereka masing-masing dilema dengan perasaan sendiri. Kalaulah Hara ada bersama mereka sekarang pasti keadaan tidak akan rumit seperti ini. Tapi, adik perempuanya itu tidak mahu keluar bersama mereka kerana dia ingin memberi peluang pada Harris dan Tiara berbincang tanpa kehadiran pihak ketiga.  

“Tia…”

“Abang…”

Sahut mereka serentak. Bila dua-dua membuka mulut pada masa yang sama. Tiara memberi peluang kepada Harris untuk bercakap terlebih dahulu kerana Harris yang ingin bertemu denganya. Pasti banyak perkara yang ingin dia luahkan pada Tiara. Tapi, Tiara dari awal lagi sudah sematkan di hati supaya tidak berharap apa-apa dari Harris.

Nafas Harris dalam-dalam sebelum mulakan bicara yang mungkin agak panjang. Buntang matanya tidak berganjak dari memandang tepat ke wajah Tiara.

“Pertama sekali terima kasih sebab datang malam tu. Abang memang harap sangat Tia datang. Tapi, kenapa tiba-tiba Tia pergi macam tu aje? Abang perlukan Tia untuk…” Harris diam seketika. Dia tunduk kerana perasaanya mula terasa sebak.

“Mungkin salah abang sebab tak pernah jujur dengan perasaan abang sendiri. Abang sayangkan Tia lebih dari seorang adik dan abang tahu Tia pun rasakan perasaan yang sama. Tapi, abang tak berani untuk mengaku yang abang sebenarnya cintakan Tia”

“Semuanya dah terlambat Abang Harris” celah Tiara. Dia cuba untuk buat muka selamba di hadapan Harris. Meskipun hatinya mula menangis.

Harris angkat wajah. “Apa maksud Tia?” soal Harris.

“Tak ada bezanya kalau kita bercinta atau tak. Keluarga abang tetap takkan terima Tia. Tia bukan anak dato atau orang kaya. Tia cuma anak seorang peniaga pasar malam yang tak berayah. Dunia kita jauh berbeza. Dulu Tia tak fikir semua tu, sebab tu Tia dalam diam terus cintakan abang. Tapi, lepas apa yang berlaku ni baru Tia sedar yang cinta kita takkan ke mana. Jadi…”

Belum sempat Tiara memutuskan untuk mengakhiri perasaanya terhadap Harris. Harris pantas menggenggam erat kedua-dua tangan Tiara. Baginya semua perkara itu tidak penting apa yang penting adalah perasaan cinta antara mereka. Jika Tiara menerima Harris secara rasmi sebagai teman lelakinya, dia berjanji akan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Datin Shida.

Namun jawapan Tiara tetap sama. Dia tidak berharap untuk memiliki Harris. Dia tidak mahu hanya disebabkan cinta yang tidak pasti ini akan merosakkan hubunga mereka sekeluarga. Jika perkara itu berlaku dia mungkin tidak akan dapat maafkan dirinya sendiri. Dia lebih rela kehilangan Harris sebagai lelaki yang dia cinta sejak zaman remajanya daripada melihat keluarga itu berbalah hanya disebabkan mahu mempertahankanya.

“Abang, dulu masa sekolah abang pernah cakap dengan Tia supaya percayakan takdir Tuhan. Kalau Tuhan tentukan jodoh Tia dengan abang kita tetap akan bersatu cuma cepat atau lambat itu kita tak pasti. Tapi kalau takdir yang tertulis kata abang bukan untuk Tia kita berusaha pun tak ada guna. Jadi, sekarang Tia serahkan semuanya pada takdir” kata Tiara yang seakan-akan sudah mengalah dan menyerahkan hidupnya pada takdir.

“Semua ni takkan berlaku kalau abang bertindak lebih awal”

“Tak guna menyesal semua dah berlaku. Farah tu tak adalah teruk mana. Tia tengok sekarang dia dah banyak berubah” celah Tiara. Dia sendiri tidak pasti sama ada itu pujian ikhlas dari dasar hatinya atau hanya sekadar kata-kata yang keluar dari bibir. 

“Jadi Tia tak kisah kalau lepas ni mama tetap nak abang kahwin dengan Farah?”soal Harris. Ini adalah pertanyaan paling rumit untuk dia jawab. Tiara mengambil masa agak lama sebelum memberikan jawapan yang mungkin akan mengecewakan Harris. Tapi, itulah kenyataan yang mereka berdua perlu terima.

“Tia tak kisah sebab Tia percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita” itulah jawapan ringkas yang diberikan oleh Tiara.

Harris mengangguk. “Baiklah kalau itu yang Tia cakap. Abang nak buat apa lagi. Abang percaya pada takdir dan abang percaya takdir abang adalah bersama Tia. Abang takkan minta Tia tunggu abang. Tapi, abang cuma nak Tia percayakan abang dan takdir kita”

Kata-kata yang meyakinkan dari Harris telah meluruhkan sedikit hati Tiara yang sudah hancur. Tanpa dia sedari ada sekuntum senyuman menyambut permintaan Harris. Dia memang percayakan Harris. Tapi, pada masa yang sama dia telah tetapkan dihati untuk tidak terus berharap kerana harapan itu nanti hanya akan buatkan dirinya kecewa.

Stop cerita sedih kita. Malam ni abang nak Tiara date dengan abang”

“Date?” soal Tiara hairan.

Date. Tia dengan Harakan dah nak pergi Seoul. Jadi, sekarang ni lupakan semua cerita sedih tu just enjoy our candle light dinner and…” Harris mengambil sesuatu dari kerusi di kananya.

Tiara hanya memerhati gelagat Harris sambil tersenyum. Ada betulnya juga apa yang Harris katakan. Daripada mereka sibuk bersedih memikirkan cinta yang tidak mungkin menjadi realiti. Lebih baik mereka gunakan masa yang ada untuk bergembira dan mencipta kenangan manis sebelum semuanya terlambat. Kalaupun aku tak dapat bersama Abang Harris, aku masih ada kenangan manis yang boleh aku ingat tentang dia.

“Err… this is for you” Harris memberikan sejambak bunga ros merah bersama kad pada Tiara. Dia tidak tahu bunga apa yang disukai oleh Taira. Tapi, berdasarkan pemerhatianya kebanyakkan gadis-gadis di luar sana sukakan bunga ros merah yang membawa maksud cinta.

Tanpa berkata apa-apa Tiara menerima hadiah pemberian Harris dengan senyuman. Dia menghidu bau bunga ros yang wangi lalu melarikan pandangan Harris.

“Abang tambah perfume supaya wangi” kata Harris tersengih malu.

“Tambah perfume? Patutlah wangi dia kuat gila. Thank you so much Harris Naufal”

“Tia suka?” soal Harris. Minta-mintalah Tia ni tak macam adik aku yang tak suka bunga tu.

“Hmm. Tia suka sangat bunga ros merah. Tak sangka dapat bunga dari Abang Harris. Tia akan ingat sampai bila-bila kenangan malam ni. Lelaki yang Tia suka sejak zaman sekolah akhirnya berikan bunga untuk pertama kali selepas hampir 12 tahun Tia sukakan dia” jawabnya meluahkan apa yang terpendam di hati.

“Maafkan abang sebab pengecut dan lewat untuk mengaku perasaan abang terhadap Tia”

“Tak apa. Tia lagi selesa macam sebelum ni. Boleh Tia baca kad…”

No, kad tu Tia baca dekat rumah nanti. Abang malu” halang Harris yang tidak mahu Tiara membaca tulisanya pada saat mereka mula menikmati makan malam yang terakhir sebelum Tia pergi dan Harris mungkin terpaksa menerima keputusan Datin Shida.

“Okey. Saya akan baca dekat rumah” kad dimasukkan ke dalam bag.

Mereka menikmati makan malam dengan senyum dan tawa. Harris mahu melupakan semua masalah yang berlaku dan menjadikan ini makan malam yang indah untuk Tiara ingati. Sesekali dia merenung wajah Tiara dengan perasaan sebak. Mana taknya, dia mungkin terpaksa melepaskan wanita yang dicintai hanya disebabkan tidak mahu menjadi anak derhaka dan menjaga kepentingan perniagaan antara keluarganya dan keluarga Faah.

Kalaulah aku dilahirkan dalam keluarga sederhana yang tidak mempunyai apa-apa gelaran mesti semua ni takkan berlaku. Hidup aku dan Hara tentu tidak dihimpit rasa bersalah macam sekarang. Mama pun takkan pernah terfikir untuk lakukan perkara-perkara ekstrem macam ni. Ya Allah, tolonglah berikan kami petunjuk jika benar dia pemilik hatiku.

“Abang Harris, Abang okey ke? Kenapa tenung Tia macam tu?” soal Tia. Tangan dia gerakkan ke kiri ke kanan.

Harris tersedar dari lamunanya.

“Tak ada apa-apa. Abang nak tanya pasal Hara”

“Hara? Kenapa dengan Hara?” 

“Dia dah ada boyfriend atau ada tak lelaki sukakan dia? Abang tak nak kalau dia pun jadi macam abang. Bila family dah tentukan jodoh barulah kita sedar yang kita cintakan orang lain” kata Harris. Sempat juga mengukirkan senyuman di hujung ayat.

“Hara? Hara tu ramai kawan lelaki. Tapi, yang special tu tak ada lagi. Setakat ni lelaki paling dekat dengan dia cuma Seung Min. Tapi, Tia tengok dia orang tu cuma best friend. Tak lebih dari tu” jelas Tiara berdasarkan pemerhatianya selama beberapa tahun tinggal serumah dengan kawan baiknya itu.

“Hara, Hara seorang yang kuat dan boleh handle masalah dia sendiri. Antara abang dengan dia, dia lebih tenang berbanding abang.” kata Harris dengan senyuman.

Tiara mengangguk mengakui apa yang dikatakan oleh Harris. Dari luaran Hara memang seorang yang tabah, berani, tenang dan kuat dari segi fizikal dan mental. Tapi, hakikat yang sebenar dia tidaklah setabah itu. Buktinya dia kerap menangis bila menghadapi masalah dan orang yang selalu menjadi tempat mengadu sudah pastinya Tiara.

“Abang” panggil Tiara selepas seketika.

“Hmm?” sahut Harris.

“Terima kasih”

“Terima kasih? Untuk apa?” soal Harris bingung.

“Terima kasih sebab cintakan Tia, terima kasih sbab ajak Tia makan malam, terima kasih sebab minta Tia percayakan abang dan terima kasih untuk segala-galanya. Tia takkan salahkan abang seandainya kita tak ada jodoh” kata Tiara cuba untuk tersenyum.

“Abang yang sepatutnya cakap macam tu. Abang nak minta maaf sebab jadi pengecut dan tak dapat yakinkan mama. Tapi, percayalah Allah ada untuk kita. Inshaallah suatu hari nanti kita akan dapat jawapan pada persoalan ni” balas Harris dengan tenang.

Duduk bersama Tiara dalam keadaan seperti ini cukup menenangkan jiwanya. Tia jauh berbeza dengan gadis lain. Dia seorang yang sentiasa berfikir secara positif dan tidak menyalahkan sesiapa dalam apa-apa jua masalah yang berlaku. Baginya semua yang terjadi bersebab dan pasti akan ada hikmah disebalik kejadian tersebut.

 

 

MACAM mana masalah Tia dengan anak Dato Hazam? Dah selesai?” soal Puan Saadiah iaitu ibu kepada Tiara.

Tiara duduk disebelah Puan Saadia lalu sandarkan kepalanya di atas bahu bonda yang sentiasa sibuk memasak di dapur menyiapkan tempahan pelanggan dan berniaga di pasar malam pada waktu malam.

“Nak kata dah selesai seratus peratus tu taklah juga. Tapi, Tia dah boleh terima kalau seandainya Harris tu kahwin dengan Farah. Tia lebih rela hilang cinta berbanding hilang sahabat baik macam Hara. Kalau bukan disebabkan Dato Hazam, Tia tak mungkin dapat belajar dekat Korea” jawab Tia dengan senyuman.

“Datin dah tahu ke tentang siapa yang tanggung yuran Tia sebelum dapat biasiswa dulu?”

“Tak kut. Kalau dia tahu mesti dia lagi bencikan Tia. Kenapalah datin tu benci sangat dengan Tia.  Tapi, tak kisahlah yang penting Tia nak kerja dan tolong ibu Lepas ni ibu tak payah kerja. Adik pun boleh sambung belajar dalam bidang yang dia suka”

Kata-kata Tiara mengundang senyum di bibir Puan Saadiah. Anak gadisnya itu sentiasa bekerja keras untuk pastikan keluarga mereka tidak hidup susah seperti sebelum ini. Kalau ikutkan hati dia tidak mahu sambung belajar. Tapi, disebabkan minat dalam bidang kejuruteraan dan tawaran Dato Hazam yang sanggup menanggung perbelanjaan pengajiannya sehingga dia mendapatkan biasiswa sendiri dan desakkan Hara. Tia menerima tawaran itu dan berjanji akan membalas semula jasa Dato Hazam. Tapi, Dato Hazam tidak mahukan apa-apa balasan melainkan Tiara buktikan dia juga boleh berjaya seperti orang lain.

“Tia kena ingat jasa orang dengan kita nak. Anggap aje Harris tu bukan jodoh Tia. Kalau jodoh, alhamulillah. Sekarang ni yang paling penting belajar rajin-rajin untuk capai cita-cita Tia Ibu ni makin hari makin tua bukan makin muda” kata Puan Saadiah mengusap lembut rambut Tiara.

Tiara merangkul erat lengan Puan Saadiah. “Sebab tu lah Tia tak nak ibu kerja siang malam menjual, masak, ambil pesanan orang. Kalau menjual malam tu malam ajelah. Kesian ibu tahu tak. Adik dekat mana?” soal Tiara. Matanya mula meliar mencari Dania yang tidak kelihatan sejak tadi.

“Adik ada dalam bilik tu dah tidur rasanya. Letihlah tu memasak dari pagi sampai ke petang. Tia, Nia ada bagitahu ibu yang dia nak jadi chef. Tia tak kisah?”

“Jadi chef? Hmm… Tia tak kisahlah ibu yang penting jadi manusia dan boleh bantu ibu. Nanti kalau Tia ada duit lebih bolehlah daftarkan dia dekat kolej ke, MARA ke belajar kulinari”

“Pasal duit tak perlu risau ibu dah ada duit lebih dari cukup untuk biaya pembelajaraan adik. Tia tolong cari kolej yang sesuai dan biasiswa untuk adik boleh?”

Tiara diam seketika. Buntang matanya tidak berganjak dari memandang ke wajah Puan Saadiah yang kelihaan sedikit berkedut meskipun baru saja berusia 43 tahun. Disebabkan kerja siang dan malam untuk menyara mereka dia tidak ada masa untuk berehat atau merias diri.

“Tia, Tia dengar tak apa yang ibu cakap ni?” 

“Uh? Oh! Dengarlah ibu. Esok Tia  uruskan semuanya. Ibu, Tia masuk bilik dulu nak mandi” Tiara bingkas bangun. Bunga pemberian Harris dia ambil dibawa masuk ke dalam bilik.

Masuk saja ke dalam bilik, dia duduk di atas katil lalu mengeluarkan kad yang diberikan bersama kad tadi. Apa agaknya yang ditulis oleh Harris dalam kad berwarna merah jambu dengan bentuk hati di tengahnya. Kad dia pusingkan ke depan dan ke belakang sambil mengukirkan senyuman. Meskipun hatinya kecewa. Tapi, dia tetap bersyukur kerana Harris pernah jujur terhadapnya.

Nafas dihela panjang lalu membuka kad tersebut.

 

“I love you Tiara, I haven’t told you that I really love youbefore.  I can;t tell you I love you because Im scared I will lose you. But,, now I really regret it. I love you, I love you and once again I love. I don’t ask you to wait for me. I ust want to believe me. I will come closer to you”

 

Tiara tersenyum bersama linangan air mata sedikit demi sedikit mengalir jatuh ke pipi. Dia tidak mengharapkan apa-apa. Tapi, kata-kata Harris buatkan dia menyimpan sedikit harapan untuk bersama lelaki itu.

“Tia stop crying!” marah Tia kepada dirinya sendiri. Tangan kanan mengesat air mata yang jatuh lalu dia bangun menuju ke almari pakaian yang kelihatan sudah usang.

Dia keluarkan sebuah kotak segi empat bersaiz sederhana lalu memasukkan kad tersebut ke dalamnya. Sempat juga dia melihat barang-barang lain yang pernah diberikan oleh Harris kepadanya termasuklah sepasang cincin mainan ketika mereka masih berada di sekolah rendah lagi. Gambar waktu kecil dia bersama dua beradik itu masih lagi tersimpan dengan kemas.

“Semua kenangan kita ada dalam ni. Saya harap dapat berikan pada awak suatu hari nanti”kata Tiara dengan senyuman sambil menutup kembali kotak itu. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku