Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
263

Bacaan






SEOUL, KOREA SELATAN

"Jamkanmanyo! Ajussi (Uncle, tunggu saya!) dari jauh Hara menjerit sambil melambaii-lambaikan tangan pada pemandu bas. Dia perlu juga naik bas itu walaupun dia tahu dia mungkin akan berdiri. Ah, itu semua tidak penting, apa yang paling penting sekarang dia tidak boleh lewat masuk ke kuliah pertama semester baru. Tentu banyak taklimat yang diberikan oleh penysarah memandangkan mereka sudah berada di tahun akhir pengajian.

Jamkanmanyo! Jamkanmanyo! (tunggu! Tunggu!)” dalam keadaan kelam kabut dia terus berlari tanpa henti dengan harapan pemandu bas akan terus menunggunya. Pemandu bas yang berusia dalam lingkungan 40-an itu menggelengkan kepala sambil membunyikan hon beberapa kali sebagai memberi isyarat supaya Hara bergerak lebih pantas.  

Dalam keadaan tercungap-cungap Hara berhenti di hadapan pintu bas. Tangan kanan memegang pemegang anak tangga sambil wajah menatap tepat ke wajah pemandu bas yang kelihatan serius.

Joeseonghamnida (Maafkan saya)” ucapnya menundukkan kepala serendah 90 darjah. Pemandu bas hanya mengarahkan dia supaya naik segera kerana mereka perlu bergerak sekarang. Tanpa berkata apa-apa dia naik ke dalam bas, kemudian buntang mata mula meliar mencari tempat duduk kosong di dalam bas. Sayangnya setiap kerusi yang ada di kiri dan kanannya telahpun berpennghuni.

“Nampaknya berdiri ajelah” keluhnya sendiri. Mengerutkan dahi.

Namun, mata yang tadinya meliar ke setiap ruangan dalam bas terhenti pada seseorang sedang memerhatinya dari tempat duduk paling belakang. “Oh my god!” gumam Hara. Mata helang itu sedang menikam tepat ke dalam matanya. Liur dia telan lalu berpaling ke hadapan. Lebih baik dia memandang ke hadapan melihat kereta-kereta yang ada dihadapanya daripada terus menatap mata helang yang menyeramkan itu.   

“Alamak, macam mana pula mamat dingin, mata helang tu ada dekat sini?”  

Dia terus memerhati Riyyan dari cermin pandang belakang. Ada satu tempat kosong di kiri Riyyan. Sekali lagi dahi dikerutkan berfikir sama ada mahu duduk bersama lelaki itu ataupun tidak. Tak apalah Hara, bukannya jauh sangat pun. Kau berdiri sajalah.

Sementara bas mula bergerak di lebuh raya Kota Metropolitan Seoul yang mula sibuk dengan kenderaan ringan dan berat. Hara terus berdiri sambil tangan kanan memeluk erat tiang di tepinya. Berdiri-berdiri juga keselamatan perlu diutamakan. Manalah tahu bas ni tiba-tiba berhenti mengejut tak pasal-pasal dia terbang keluar dari cermin depan.  

Bip!

Bunyi mesej masuk mengejutkan Hara. Dia keluarkan telefon dari dalam bag lalu menekan skrin telefon. Mulut ternganga ketika melihat nama Riyyan tertera pada skrin. “Ri… Riyyan?” dia berasa teragak-agak untuk menekan skrin telefon. Dia tidak dapat memikirkan sebab mengapa Riyyan menghantar mesej padanya.

“Ah, baca ajelah. Bukannya mati pun” gumamnya laginya.

Dia menyentuh skrin telefon dengan perasaan yang berdebar.

 

Riyyan Mikail

Awak tak nak duduk ke?

 

Hara mengerutkan dahi. Dia melarikan pandangan ke cermin pandang belakang. Riyyan masih lagi memandangnya. Pelik, sejak bila pula dia ambil berat pasal aku ni? Suka hati akulah nak duduk atau tak. Desis hatinya melarikan semula pandangan ke skrin telefon.Belum sempat jari jemari membalas mesej tersebut. Satu mesej lagi dia terima dari Riyyan. Mesej kali ini nampaknya lebih panjang berbanding tadi. Dengan tenang Hara membaca mesej tersebut. 

 

Riyyan Mikail

Dalam kiraan lima saat kalau awak tak datang duduk sini saya akan datang ambil awak dekat sana. Saya tak main-main Sahara Irdeena.

 

“Ha? Dia nak datang sini ambil aku pulak? Dia ni gila ke apa?!”  dia menoleh ke belakang. Riyyan memandangnya dengan senyuman sambil tangan dilambaikan seolah-olah dia menanti-nantikan kedatangan Hara.

“Biar betul dia ni? Kena sawan ke apa?” kelakuan aneh Riyyan benar-benar mengejutkan Hara. Pipi kanan dia tampar beberapa kali untuk memastikan adegan yang sedang berlaku sekarang realiti atau sekadar mimpi. Dahinya berkerut bila tamparan yang diberikan untuk diri sendiri itu terasa sakit. Ini memang bukan mimpi, ini realiti.

 

Riyyan Mikail

Time is over Sahara Irdeena. I will come to you now! Be ready

 

“What?!” bulat matanya membaca mesej terakhir Riyyan. Tubuh terasa kaku. Telefon pintar pantas dimasukkan ke dalam bag. Kalaulah ada tempat untuk dia larikan diri tentu dia sudah bersembunyi dari Riyyan. Nafas dia tarik dalam-dalam cuba bertenang seolah-olah dia tidak membaca mesej tersebut. Tapi, dapat dia lihat dari cermin pandang belakang bas Riyyan dalam perjalan menuju ke arahnya. 

Setapak demi setapak langkah kecil Riyyan ambil untuk mendapatkan Hara. Hara menggenggam tangan sambil mata dipejam rapat. Tolonglah semua ini cuma mimpi ngeri hari pertama aku dekat Seoul. Mimpi, mimpi, mimpi. Tidak henti-henti hatinya berdoa semoga semua ini hanya mainan tidur semata-mata. 

“Sahara Irdeena” sapa Riyyan dengan lembut.

Hara perlahan-lahan membuka matanya lalu menoleh ke kiri. Riyyan Mikail sudah berada di sisi. Mata tidak lepas dari memandang tepat ke wajah kosong Hara.

“Hei, Hai! Riyyan Mikail” sapa Hara. Tangan dilambai pada Riyyan sambil tersenyum.

Riyyan hanya memandang wajah selamba Hara.

“Awak buat apa dekat sini? Nak berdiri sekali ke?” soal Hara berpura-pura terkejut. Minta-mintalah bakat lakonannya kali ini bertaraf lima bintang.  

Riyyan tertunduk senyum lalu mengambilkan semula pandangan pada Hara. Dia tidak tahu mengapa begitu sukar untuk dia berterus terang tentang tujuan sebenarnya datang bertemu Hara. Tapi, dia gagahkan juga diri untuk mempelawa Hara duduk di sebelahnya sebelum bas tersebut berhenti di stesen seterusnya.  

“Ada satu tempat kosong sebelah saya. Awak boleh duduk sana” ujar Riyyan.

“Uh?” Hara hanya menahan senyum melihat wajah merah Riyyan. Oh my god Riyyan Mikail. Muka kau dah macam tertelan cili padi. Takkanlah ini pertama kali kau buat perkara romantis macam ni untuk perempuan? Bisik hati Hara. Jelas, Riyyan terlalu janggal ketika mengungkapkan kata-kata itu.

“Duduk? It’s okay, saya nak berdiri” balas Hara.

“Okey” Riyyan mengangguk lalu beredar dari situ. Dia sudah cuba mempelawa Hara. Tapi gadis itu sendiri yang menolak. Namun, langkahnya terhenti bila memikirkan bas yang mereka naiki akan sesak dengan orang ramai nanti. Macam mana kalau ada lelaki gatal dekat dengan dia? Riyyan gelengkan kepala.

 .”fuhh!” nafas dia tarik dalam-dalam sambil mengenggam penumbuk dengan kuat.

Riyyan berpaling semula pada Hara. Hara hanya membalas renungan tajam iu dengan senyuman. Degupan jantungnya seakan-akan mendadak naik bila lelaki itu mula mengatur langkah menuju ke arahnya.

“Alamak! Apa hal dia datang balik dekat aku ni?” gumam Hara mengeap bibir.

“Ikut saya” ujar Riyyan serius.

Tanpa menunggu jawapan daripada Hara. Riyyan mencapai tangan kiri Hara lalu membawa gadis itu ke tempat duduk kosong belakang. Hara cuba melepaskan genggaman tangan Riyyan. Tapi, kekuatanya tidak mampu mengatasi kekuatan seorang lelaki

“Hei! Hei! Hei! Awak buat apa ni? Orang tengah tengok kut” getus Hara mengetap bibir. Dia masih cuba mengalihkan genggaman kuat tangan Riyyan dari pergelangan tanganya.

Riyyan melepaskan tangan Hara sebaik saja tiba di tempat duduk belakang. Hara pantas mengurut-urut pergelanganya yang terasa sakit. Boleh tahan kuat juga mamat ni. Eh lupa pula dia pemain bola keranjang.

“Awak duduk tepi tingkap” ujarnya dengan serius.

“Kenapa pula? Saya nak berdiri dekat depan tu” balas Hara. Dia ni memang tak reti-reti bahasa.  

“Awak ni memang degilkan? Duduk ajelah buat apa nak berdiri kalau ada satu lagi tempat kosong” jelas Riyyan. Dia cuba menjadi lebih tenang.

Hara hanya mendengar setiap baris ayat yang keluar dari mulut Riyyan dengan perasaan yang bercampur baur. Selepas apa yang dia ucapkan malam tu. Hara merasakan semua ini cuma lakonan Riyyan semata-mata. Dia cuma mahu menebus rasa bersalahnya terhadap Hara kerana telah melukai perasaan Hara.

“Kalau saya tak nak?” kata Hara lagi. Matanya menikam tepat ke dalam mata Riyyan.

Riyyan tarik nafas dalam-dalam. 

“Awak tak nak?” soal Riyyan.

“Ya” jawab Hara sambil kening dinaikkan.  

“Okey” Riyyan mengangguk beberapa kali lalu mengambil bag. Dia tahu Hara mungkin tidak mahu duduk bila dia berada di situ. Jadi, sebagai seorang lelaki dia patut mengalah dan biarkan Hara duduk dengan selasa. “Huh! Kau memang dah gila Riyyan” gumamnya mula melangkah beredar dari tempat duduknya.

 Hara yang keliru dengan situasi yang sedang berlaku tanpa berfikir panjang mencapai pergelengan tangan Riyyan. Riyyan berhenti dari melangkah. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh melakukan perkara sebodoh itu. Dia sepatutnya biarkan saja gadis cheer leading itu berdiri tadi.

“Awak nak ke mana Riyyan?” soal Hara memegang erat pergelangan tangan Riyyan.

Riyyan hanya memnadang Hara tanpa menjawab pertanyaanya.

Penantian satu penyeksaan. Dia hanya menunggu Riyyan memberikan jawapan. Namun, lelaki itu hanya terus memandang tepat ke wajah bingung Hara. Kenapa dia tenung aku macam tu? Jangan-jangan lepas ni dia nak tengking aku kut. Tengoklah mata dia tajam macam mata helang. Luah Hara dalam hati.

“Who are you Sahara Irdeena?” soal Riyyan.  

Mendengar saja pertanyaan itu. Hara pantas melepaskan genggaman tanganya dari tangan Riyyan. Dia tunduk kerana tidak sanggup menatap mata tajam Riyyan. Namun, Riyyan tiba-tiba saja melangkah setapak ke hadapan merapatkan jarak antara mereka.

“Sahara Irdeena” panggil Riyyan.

Hara mendongakkan wajah.

Riyyan kini berdiri betul-betul didepanya dengan wajad dingin. Ya Allah apa dia nak buat ni? takkanlah dia nak belasah aku depan orang ramai? Ya Allah selamatkan hambamu dari segala anasir jahat. Doa Hara dalam hatinya

“Hey Riyyan Mikail. Awak jangan nak buat perkara bodoh dekat sini . Saya akan laporkan pada….”

Belum pun sempat dia menyebut perkataan seterusnya Riyyan pantas menarik tangan Hara lalu membawanya ke kerusi kosong dekat jendela. Kedua-dua tangan diletakkan di atas bahu Hara. 

“Apa yang awak nak buat ni?” soal Hara. Entah kenapa jantungnya seperti hendak tercabut keluar ketika jarak mereka begitu dekat.

Riyyan tidak menjawab pertanyaan itu. Sebaliknya dia menekan bahu Hara sehingga dia terduduk di atas kerusi yang berdekatan dengan tingkap. Buntang mata Hara tidak berkelip dari memandang tepat ke wajah dingin Riyyan. Apa yang sedang berlaku sekarang? Itulah persoalan yang bermain dalam mindanya. .

“Saya takkan cakap apa-apa. Awak duduk aje” kata Riyyan.

Dia duduk semula di kiri Hara. 

“Fuhh!” nafas dihela panjang lalu tubuh disandarkan pada kerusi sambil mata dipejam rapat. Seumur hidupnya, dia belum pernah lagi melakukan perkara ini dengan perempuan. Dia tidak pernah kisah tentang diri orang lain kerana selagi urusan itu tidak berait dengan dirinya. Dia tidak patut masuk dalam adegan tersebut.  

Sementara itu, Hara masih lagi kaku ditempatnya. Mata dijeling ke kiri melihat Riyyan seperti sedang tidur. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya Riyyan akan mengambil berat tentang dirinya. Walaupun ini bukan kali pertama dia ambil berat tentang aku. Tapi, dia buat aku betul-betul rasa gementar dan takut. Bukan takut dia akan lakukan perkara buruk. Tapi, takut Erika tahu tentang perkar ini.

“Tak mungkin, tak mungkin” Hara menggeleng. Erika tidak mungkin akan tahu kejadian ini.  

“Jangan nak fikir benda bukan-bukan. Saya tak ada maksud apa-apa pun. Saya tolong awak sebab tak nak orang dekat dalam bas ni membebel tengok awak berdiri buat iklan dekat depan tu” kata Riyyan.

Suara Riyyan mengejutkan Hara. Dia menoleh ke arah. Tapi, mata lelaki itu masih lagi terpejam rapat.

“Dia mengingau ke apa?” getus Hara sendirian. Dia tersenyum.

Perlahan-lahan Riyyan buka mata. Hara keluh seribu bahasa saat mata mereka saling bertentangnya. Tiba-tiba saja dia merasakan mukanya panas seperti terkena percikkan api.

“Kenapa muka awak merah?” usik Riyyan tersenyum manis.

Hara menyentuh muka. ‘Merah? Tak adalah! Mana ada merah” balasnya tersengih macam kera busuk.  

Pantas dia melarikan pandangan ke luar jendela. Tak guna betul! Berani dia usik aku macam tu. Nafas panjang dia hela lalu merasai degupan jantung yang masih berdegup kencang. Apa hal dengan jantung aku ni? Takkanlah jadi tak nnormal disebabkan kejadian ngeri tadi?.

    

SENYUMAN manis terukir manis di bibir saat kaki melangkah masuk ke dalam kampus. Walaupun masih awal. Tapi, suasana di sekitar kampus telahpun sibuk dengan aktiviti masing-masing. Daun-daun berwarna keperang-perangan menjadi permaidani semula jadi dibawah pokok-pokok dekat kiri dan kananya.

Hara terus mengatur langkah dengan tenang menikmati udara segar pada waktu pagi. Dia sudah lupa tentang perkara yang berlaku ketika berada dalam bas tadi. Riyyan juga telah terpadam dalam memorinya untuk seketika.

“Bae Seung Min bogosipeo

Tanpa dia sedari tiba-tiba saja nama itu meniti dibibirnya. Telefon dikeluarkan dari dalam bag mahu menghubungi Sung Yoon. Namun, belum sempat jari menyentuh skrin telefon pintar milikinya. Satu suara yang kuat muncul dari arah belakang.

“Riyyan, Hei! tunggulah. Riyyan!”

Suara bingit itu benar-benar mengejutkan Hara. Dia berhenti melangkah memberi ruang dan peluang kepada suara itu untuk berjalan mendahuluiku. Tertanya-tanya hati siapa agaknya yang buat latihan vokal dengan suara soprano. 

“Siapa yang memekik pagi-pagi buta panggil Riyyan ni?”  Hara menoleh ke kanan. Tidak berkelip mata melihat seorang gadis berlari melintasinya.

“Riyyan Mikail you dengar ke tak I panggil you ni?” ulang gadis itu. Kali ini suaranya lebih tinggi.

Hara hanya memerhati gelagat gadis itu dengan senyuman. “Erika, Erika” keluhnya sambil menggelengkan kepala. Dia ni memang tak pernah nak putus asa untuk pikat Riyyan. Tapi, pelik kenapa Riyyan tak suka dia sedangkan mereka dah kenal sejak zaman remaja lagi. Tiba-tiba saja pertanyaan itu muncul dimindanya. 

“Knapa pula aku nak sibuk hal dia orang? Baik aku jumpa Seung Min”

Dengan perlahan Hara meneruskan langkah ke hadapan. Namun, matanya masih tidak berganjak dari memerhati Riyyan dan Erika.

“I miss you baby” Erika mendakap Riyyan.

Hara berhenti melangkah. Tubuhnya terasa kaku ketika melihat adegan yang tidak pernah diduga akan berlaku. Namun, Riyyan cepat-cepat melepaskan diri dari dakapan yang tidak diinginkan itu. Mata dia jelingkan pada Hara. Pantas Hara melarikan pandangan ke tempat lain.

What are you doing Erika?” soal Riyyan. Wajahnya sudah merah padam.

“What I’m doing? I really really miss you bae. Don’t you miss me?” Erika cuba menggenggam tangan Riyyan.

Riyyan dengan kasar menepis tangan Erika.

“Riyyan” panggil Erika. Ada keterdesakkan pada wajahnya.   

Riyyan menggelengkan kepala. Entah apa lagi yang harus dia lakukan supaya Erika berhenti mengganggunya. Lebih sepuluh tahun dia hidup dalam bayang-bayang Erika dan situasi ini buatkan dia rasa diri hidup dipenjara dunia.

“Erika, I;m sorry. But, perasaan I masih macam dulu. Tolong jangan buat I lebih bencikan you. So please, just let me go and find someone who more better than me. I’mm begging you” pinta Riyyan.

Erika diam membisu. Matanya menikam tepat ke wajah Riyyan. Dia reject aku ke? Dia nak beritahu aku yang kami tak mungkin akan dapat bersama? Wajah dia tundukkan ke bawah lalu kembali memandang Riyyan.

“You reject I?”

“Terserah you nak fikir apa. So, let me go now” balas Riyyan.   

Erika bertukar riak. Mata tajam seolah-olah ingin membunuh Riyyan kerana telah memalukan dia di hadapan orang ramai.

“Wow!” Hara menutup mulutnya dengan tangan. Pertama kali dalam hidup dia melihat bagaimana kejamnya Riyyan menolak cinta Erika mentah-mentah. Kalau dia adalah Erika, mesti dia dah lari dari sini dan tak akan tunjukkan diri depan Riyyan lagi. 

Erika menerima dengan tenang jawapan Riyyan. Wajahnya sudah merah padam kerana menahan rasa malu dan marah. Mungkin terlalu awal untuk dia meluahkan perasaanya. Tapi dia sudah tidak mampu menunggu beberapa tahun lagi. Lebih sepuluh tahun dia cuba mendapatkan cinta Riyyan dan tidak pernah sekalipun Riyyan berikan peluang untuknya mencintai Riyyan.

More than ten years i berharap you akan cintakan i. Tapi, ini balasan you untuk perempuan yang betul-betul cintakan you?” Erika melangkah setapak ke hadapan.

Kata-kata itu membuatkan jiwa Riyyan semakin terseksa. Dia tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskan perkara ini kepada Erika. Dia tidak mahu lagi Erika mengharapkan cintanya dan dia juga tidak mahu hidupnya terus dibayangi oleh Erika.

Bersama helaan nafas panjang Riyyan melarikan pandangan ke tempat lain. “Hara?” gumamnya saat mata mereka saling bertentangan. Hara cepat-cepat melarikan pandangan ke hadapan dan terus mengatur langkah beredar dari situ. Kenapa pula dia nak sibuk dengan hubungan orang lain sedangkan majsih banyak kerja berfaedah yang boleh dia lakukan.

Riyyan pandang Erika semula.  

“I’m so sorry. But I’m in love with someone els. I tak boleh paksa diri i cintakan you” jelas Riyyan dengan tenang. Dia berharap Erika akan berputus asa dan lupakan dirinya.

“What?” bulat mata Erika memandang tepat ke wajah Riyyan. 

Luluh hatinya mendnegar pengakuan yang tidak pernah diduga daripada Riyyan. 

Hara yang berada di situ juga tersentak dengan pengakuan Riyyan. Sekarang baru dia tahu mengapa Riyyan tidak mahu keluarganya menentukan jodoh untuknya. Dia rupa-rupanya sudah punya calon sendiri.

Tapi, siapa agaknya? Bisik hati kecil Hara.

Tanpa memperdulikan perbulan rumiat Riyyan dan Erika. Hara terus berjalan dengan laju. Riyyan melarikan pandangan pada Hara. Namun, dia cepat-cepat menutup wajahnya dengan buku. Dah kenapa pula dia tengok aku ni? Takkanlah lalu dekat sini pun tak boleh? Rungut Hara.

“Sahara Irdeena tunggu.”  

Langkah yang diatur oleh Hara terhenti apabila suara Riyyan memanggil namanya. Dapat dia rasakan seseorang mengenggam erat pergelangan tanganya. Perlahan-lahan mata dibuka lalu menoleh ke kiri. 

Ya Allah, apa pulak Riyyan nak buat ni?”

Degupan jantung terasa pantas tatkala mata Riyyan menikam tepat ke dalam matanya. Adam senyuman manis terukir dibibir Riyyan lalu dia medakap lembut bahu Hara. Mleliar mata Hara memandang Riyyan kemudian Erika. Fikiranya kosong dan tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku terhadap dirinya sekarang.

“Hara?” soal Erika.

“Yes” jawab Riyyan.

Hara pandang Riyyan. “Yes? Apa?” soal Hara terkejut. Dia tidak dengan situasi yang belaku sekarang. Hatinya berdoa semoga saja dia tidak terlibat dalam hal peribadi dua manusia yang mempunyai perasaan yang berbeza itu..

Dia cuba sedaya upaya untuk lepaskan diri dari Riyyan. Namun, tangan Riyyan kuat menggenggam bahunya. Mata Riyyan panahkan pada Hara. Dia tahu ini memang kerja gila. Tapi, ini saja cara yang dia ada untuk selamat.

“Hei, lepaskan tangan awaklah” gumam Hara sambil mengetap bibir sendiri.  

Riyyan merapatkan bibir ke telinga Hara. “Help me” pinta Riyyan pula.

Help? Sejak bila pula dia tahu minta tolong dengan orang lain? Dia ni bukan independent person ke? No, no, no, aku takkan tolong dia. Tak ada sebab aku nak tolong dia.

Tanpa berfikir panjang, Hara meleraikan dakapan tangan Riyyan dari bahunya lalu berundur beberapa tapak ke belakang. Dia tidak mahu melakukan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan. Walaupun dia bencikan Erika. Tapi, sebagai seorang perempuan dia faham bagaimana perasaan cinta Erika terhadap Riyyan. Biarpun dia belum pernah mengalami perasaan sebenar jatuh cinta terhadap seseorang.

Mata Erika kini menikam ke dalam mataku. “Sahara Irdeena?” perlahan-lahan mata dilarikan semula kepada Hazreen Daniel.

“Err... Maafkan aku Erika mugkin ada salah faham dekat sini. Aku dengan mamat sombong, mata helang ni tak ada…”

“I love her” celah Riyyan sebelum Hara sempat jelaskan perkara yang sebenar kepada Erika.

“What?!” Hara pandang Riyyan. Mulutnya ternganga mendengar satu lagi pengakuan yang tidak masuk dek akal fikiran. Heol! Dia ni mabuk ke apa?

Are you kidding me Riyyan Mikail?” sambung Erika. Dia jelas kecewa dengan pengakuan Riyyan.

“I’m not kidding you Erika. I cuma jujur dengan perasaan sendiri. I love her. I’m in love with…’ 

Riyyan mengalihkan pandangan daripada Erika kepada Hara.

“Sahara Irdeena. She it the only I  wantt now” sambung Riyyan.

Mata Hara kaku menerima tikaman penuh maksud dari Riyyan. Degupan jantung kian berdegup lebih kencang. Lakonan apa pula yang sedang Riyyan mainkan sekarang dan apakah wataknya dalam drama siri yang tidak berbayar ini? Tidak mungkin luahan hati Riyyan benar. Namun, tatapan mata Riyyan buatkan dirinya percaya dengan kata-kata itu.  

Cinta? Cinta?! Riyyan Mikail cintakan… aku?! laung hati Hara. Ini adalah satu mimpi terburuk yang pernah dia alami. Tangan kiri menepuk pipi kiri beberapa kali. Ini bukan mimpi. Jadi… dia melarikan buntang mata pada Riyyan yang sedang bertentangan dengan Erika.

Mata Erika tidak beralih dari memandang Riyyan.”Mustahil! Tak mungkin, tak mungkin you cintakan dia” kepala Erika gelengkan. Sukar untuk dia menerima hakikat Riyyan mencintai Hara. Selama hampir sepuluh tahun dia berusaha untuk mendapatkan cinta Riyyan, mengikut ke mana saja di pergi. Tapi, lelaki itu sedikitpun tidak pernah menghargai cintanya.

I harap you hormati keputusan I. Tolong jangan ganggu hidup I lagi. Awak patut cari lelaki yang cintakan awak. i tak…” 

Stop!” celah Erika. Kedua-dau tangan dia angkat sebagai tanda dia sudah tidak sanggup mendengar kata-kata yang menyakitkan itu keluar dari mulut Riyyan.

Mata kemudian dilarikan pada Hara yang hanya menjadi pemerhati mereka. Kalaulah negara ini tidak punya undang-undang. Dia pasti sudah mencederakan Hara kerana menjadi penghalang untuk dia dapatkan Riyyan. Perempuan tak guna! Kau tak sepatutnya masuk campur dalam urusan aku. Kenapa mesti Riyyan? Tak ada lelaki lain lagi ke kau nak rampas?.

Penumbuk dia genggam erkat lalu melangkah setapak ke hadapan. Hara hanya berdiri kaku menunggu apa yang akan dilakukan oleh Erika. Sempat juga hatinya berdoa semoga saja tidak ada pisau tiba-tiba keluar dari bag gadis yang kelihatan begitu terdesak sekali.

“Kau…” tangannya kuat menolak Hara.

Kaki Hara berundur beberapa tapak ke belakang.

Riyyan pantas menggenggam tangan Hara.

“Huh! Erika ketawa sinis bila menyaksikan adegan itu.

“Can you just let me go?” pinta Riyyan.

Dapat Hara lihat Riyyan begitu terdesak untuk pergi dari dunia Erika. Erika juga jelas terdesak mahu jadikan Riyyan Mikail miliknya. Aku pula? Apa aku buat dekat sini? Aku tak patut ada dalam adegan yang menyakitkan hati ni.   

“I’m so sorry. But, I can;t let you go. You are mine and… I can;t believe that you fall in love with this… argh!” Erika dengan bengis menuding jari tepat ke wajah Hara.

“Dia ni cheer leader. You sendiri tahu siapa diakan? Seteruk-teruk I. I just want your love. Tapi perempuan ni, dia ni mungkin dah keluar dengan banyak lelaki dekat kelab dia tu. Dia tak layak terima cinta you Riyyan. Dia…”

Mendengar saja kata-kata penghinaan dari Erika. Hara terus saja melangkah setapak ke hadapan. Dia sudah puas mendiamkan diri dan bertindak tidak mahu membantu Riyyan untuk lakukan penipuan ini. Namun, tindakkan Erika yang telah menjatuhkan air mukanya di hadapan Riyyan telah menyebabkan Hara hampir hilang sabar.

“Kau cakap apa Erika? Aku tak dengar” soal Hara dengan sinis.  

“Cheer leader just go die” balas Erika dengan bengis.

What?! wow! Kau ni dah melampau! Kalau ya pun kau nak…”

Disebabkan sudah hilang sabar dengan sikap melampau Erika. Hara membaling buku ke tanah. Kedua-dua tangan sudah bersedia mahu memberikan pengajaran terhadap sikap biadap Erika. Namun, belum sempat tangan kanan mencapai rambut Erika. seseorang menghalangnya.  

Enough, jangan layan dia. Kita pergi dari sini” ujar Riyyan.

Riyyan pantas menarik tangan Hara dan membawanya pergi dari situ. Tapi, Hara melepaskan genggaman tangan Riyyan. Dia sudah puas bersabar dengan sikap Erika yang menghina dan tindakkan Riyyan yang mengaitkan namanya dalam hubungan mereka.

“Hei perempuan!” jerkah Hara. Rambut dia ikat lalu meregangkan tubuh di hadapan Erika dan Riyyan.

Alamak, apa pula dia nak buat ni? Riyyan meneguk liur lalu berundur beberapa tapak ke belakang. Sekarang baru dia tahu bagaimana seseorang perempuan itu boleh mengusai dunia dengan kemarahan.  

“Kau jangan pandai-pandai nak nilai aku kalau kau tak kenal aku siapa. Lagi satu walaupun aku ni ahli kelab cheer leading. Tapi, aku tak hidup macam kau. Menagih cinta yang tak pasti” ujar Hara dengan bengis.

“Huh!?” Erika menggeleng sambil ketawa.

“Erika please shut your mouth. Jom pergi Hara” celah Riyyan. Dia tidak boleh biarkan keadaan ini berlarutan lagi.

Okay! I will shut my mouth and see berapa lama hubungan you dengan perempuan cheer leading yang tak ada maruah ni akan bertahan”

 Jantung Hara luluh ketika mendengar satu lagi kata-kata penghinaan yang keluar dari mulut Erika. Atanya sudah menikam tepat ke dalam mata Erika. Jari jemari juga sudah bersedia untuk menyerang Erika. Tapi, Riyyan sentiasa bertindak menghalang Hara untuk melakukan perkara itu. 

“Hara can you just stop?” rayu Riyyan. Dia berasa bimbang melihat wajah bengis Hara. Dia seperti harimau yang sudah menemui mangsa untuk dibaham.

Hara pandang Riyyan. “Kau yang masukkan aku dalam situasi ni” balasnya.

Pandangan kemudian dilarikan kepada Erika. Kenapalah dia mesti berdepan dengan perempuan yang menjengkelkan seperti ini. “Kau dengar baik-baik apa yang aku nak katakan ni Erika. Riyyan is mine. So, mulai hari ni aku tak nak tengok kau ganggu hidup dia. Kalau tak, kau tahukan apa yang gadis cheer leading macam aku boleh buat” kata Hara.

Rasa hendak tercabut jantung dari dada Riyyan ketika mendengar kata-kata Hara. Kenapa dia tiba-tiba ubah fikiran untuk tolong aku? Dia ni betul ke tak? Keluh hati Riyyan. Sekarang dia pula merasakan Hara lebih menyeramkkan dari Erika.

“Riyyan jom pergi sebelum aku hilang sabar dan jadi pembunuh dekat depan kolej kita ni.” kata Hara merenung bengis ke wajah Erika. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku