Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
256

Bacaan






 “HUH,,,” keluh Hara. Kepala diletakkan di atas buku-buku yang berselerak di atas meja dengan fikiran melayang jauh entah ke mana. Jujur dia belum dapat melupakan perisitwa yang berlaku pagi tadi. Degupan jantung yang berdegup laju disebabkan lakonan Riyyan masih lagi terasa sehingga ke saat ini.

“Pengakuan palsu dia buatkan aku hanyut untuk seketika” Hara tersenyum sendiri. Biarpun palsu. Cukup untuk buat dia dapatkan pengalaman pertama menerima pengakuan cinta dariapda seseorang.

Namun, semua kemanisan yang dia rasai itu mati serta merta tatkala teringat kemabali kata-kata Erika. Salahkah dia melakukan perkara yang dia sukai? Bukanya mereka paksa dia pakai short skirt atau dedahkan tubuh Dia satu-satunya ahli cheer leader yang memakai legging panjang setiap kali membuat persembahan. Keunikan yang ada itu menyebabkan Hara berada di bahagian tengah menjadi watak utama dalam setiap persembahan.

“Kalau ya pun bencikan aku. Tak payahlah hina aku sampai macam tu sekali. Apa kau fikir kau tu manusia suci?” kepala dia angkat. Tanpa disedar bibirnya mengucapkan kata-kata itu.

Nafas dia tarik dalam-dalam lalu membuka buku yang berlonggok di atas meja. Dariapda dia memeikirkan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Lebih baik dia siapkan tesis yang akan menuntukan masa depannya.

“Mana pula perginya Seung Min ni? Tadi kata nak makan kejap je. Tapi dah sejam tak datang-datang lagi’ keluh Hara. Dia jelingkan mata ke arah jam yang terpapar pada skrin telefon.

Sementara menunggu Seung Min, Hara mula membaca dan sesekali menaip sesuatu pada note booknya. Namun, perut yang mula terasa lapar membuatkan dia hilang fokus. Terbayang nasi goreng, nasi lemak yang selalu menjadi santapanya ketika berada di Malaysia. Lebih enak lagi bila Datin Shida sendiri menyediakan santapan tersebut untuk mereka sekeluarga. .

“Rindu pula dengan masakan mama.” Hara bersandar pada kerusi. Tangan kanan menepuk lembut perut yang terasa lapar.

My Bae, Bae Hara” sapa seseorang dengan mesra.

Suara yang datangnya dari pintu masuk mengejutkan bukan saja Hara. Tapi, pelajar-pelajar yang berada di situ. Dia menoleh ke kanan, kelihatan Seung Min dengan senyuman indah terukir dibibir sedang berjalan menuju ke mejanya.

“Bae Hara” panggil Seung Min  lagi. 

Hara mengerutkan dahi lalu tersenyum. Malunya! Kenapalah dia jerit-jerit dalam library ni pula. Tak nampak ke orang tengah padang sini. Budak Seung Min ni betul-betul gilalah. 

Seung Min menarik kerusi lalu melabuhkan punggung bertentangan dengannya. Matanya dan senyuman masih lagi ditujukan pada Hara. Tengok gaya, Hara macam tak suka saja dengan tindakkan Seung Min tadi. Menyedari kesilapannya, Seung Min cepat-cepat memohon maaf kepada pelajar di sekelilingnya dengan menundukkan kepala serendah 90 darjah.

Seung Min duduk semula.

Renungan mata tidak berganjak dari memandang Hara.  

“Err… Sorry” ucapnya. Tersenyum.

Hara balas senyuman itu dengan satu senyuman manis. Bae Seung Min satu-satunya orang yang boleh memahami dirinya. Tapi sayang, hubungan mereka tidak akan pernah lebih daripada seorang kawan baik. Kalaulah aku kenal kau sebagai seorang lelaki yang boleh aku cintakan bagus. Tak payahlah pening-pening nak cari jodoh. Getus Hara dalam hatinya.

“It’s okay. But, since when my name change tu Bae Hara? Are you dreaming now Bae Seung Min?” tanya Hara.

“Just now” jawabnya tersenyum.

Hara membalas senyum itu dengan senyum sebagai tanda faham. Ada-ada sajalah budak Seung Min ni. Tapi Bae Hara pun nampak cantik juga. So, kira dia nak bagitahu aku yang dia anggap aku cuma sebagai seorang kakak dan bestfriend dia. Itulah yang Hara fikirkan setelah mendengar jawapan Seung Min 

Meja panjang yang boleh memuatkan enam orang pelajar berselerak dengan buku mereka berdua. Dari buku nota sehinggalah buku rujukan dan tesis kajian lepas, semuanya ada di atas meja. Sengaja mereka selerakkan buku supaya tidak ada sesiapa yang menyertai mereka di situ.  

Seung Min kemudianya memberikan plastik hitam yang ada di atas meja kepada Hara. Dengan rasa ingin tahu Hara membuka plastik itu dan melihat makanan dalam Tupperware. Buntang mata dilarikan semula kepada Seung Min dengan hairan. Dari mana pula dia dapat makanan ni? Takkanlah dari kedai temapt dia makan kut?.

“Don’t worry it’s halal food form Eid Halal Restaurant”

Belum pun dia bertanaya dari mana Seung Min dapatkan hidangan Korea itu. Seung Min sudah menjawab terlebih dahulu perkara yang sedang bermain dalam mindanya. 

Ya Allah terharunya. Kenapalah Seung Min ni romantik sangat. Aku bukan girlfriend dia pun. Perbuatan Seung Min yang sering mengambil berat terhadap dirinya buatkan Hara begitu terharu dan sedikit terbeban. Tapi, inilah yang dinamakan kasih sayang seorang sahabat.

Jeongmal gomawo uri Seung Min. Igeo eolmayeyo? (Terima kasih sangat-sangat Seung Min. Semua ni berapa won?)” soal Hara. Rasa bersalah pula sebab dah susahkan anak orang untuk belikan dia makanan tengah-tengah hari terik macam ni.

It’s okay Hara. Hari ini saya belanja a…wak. Ta…pi awak tidak boleh makan dalam library” jawabnya tergagap-gagap.

Disebabkan sudah lama berkawan dengan Hara. Dia cuba sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Malaysia walaupun bunyinya sedikit pelik. Tapi tetap comel. Kalau dia rajin berlatih pasti Seung Min mampu menguasai bahasa Malaysia dengan baik.

“Are you sure nak belanja saya?” soal Hara lagi untuk mendapatkan kepastian.

Seung Min mengangguk. “I’m sure 100 percent. Ini hadiah sempena hari sahabat kita” jawab Seung Min lagi menggunakan bahasa Malaysia.

Daebak! Jjang! bahasa Malaysia awak dah semakin baiklah. Walaupun pelat. By the way thank you much. Saya akan makan bila kita keluar dari library” puji Hara. Kedua-dua ibu jari diangkat.

Dia letakkan tupperware di atas kerusi kerana takut mengganggu panadang orang lain. Kalau ikutkan hati nak makan sekarang. Tapi, masih banyak kerja yang perlu dia selesaikan sebelum mengisi perut. Kerja tetap nombor satu. Ini penentu masa depanku.

“Ne, Hara Noona (Baiklah Kakak Hara)” balas Seung Min tersenyum-senyum.

Noona? (Kakak?)” 

Tercengang dia ketika mendengar kawan baiknya itu memanggilnya dengan panggillan noona. Dia kalau boleh tidak mahu dipanggil seperti itu. Tapi, dia juga perlu menerima hakikat bahawa Seung Min setahun lebih muda berbanding dirinya.

Noona pun noonalah” keluh Hara. Mulakan semula kerja.

Bertuahlah perempuan yang dapat Seung Min nanti. Dia ni bukan setakat baik, sopan santun, kacak, dan seorang penyanyi yang baik. Tapi, dia juga seorang yang romantik dan memahami wanita. Sikap jujur dia yang akan berterus terang jika tidak sukakan sesoerang atau barang. Ingatkan Hara pada Riyyan Mikail. Bagaimana Riyyan begitu berani berterus terang terhadap Erika tentang perasaanya sedangkan dia tahu betapa Erika mencintainya.

“Kenapa pula aku nak fikir tentang dia lagi? Lupakan!” Hara tepuk dahi.

Seung Min pandang Hara.

“Kenapa?” soalnya

“Ha?” Hara juga pandang Seung Min.

“Kenapa ketuk kepala snediri?” sambung Seung Min.

Hara menggeleng. “Tak ada apa-apa. Awak buatlah kerja awak” jawab Hara.

Dia kembali tumpukan perhatian pada buku dan notebook yang sudah bekerja untuknya sepanjang hari. Dia perlu lupakan kejadian yang malang itu. Erika dan Riyyan perlu dia buang dari mindanya.

 

 

 SAHARA Irdeena!”

Suara yang datangnya dari arah belakang menghentikan langkah Hara yang baru saja hendak pergi ke sinki untuk membasuh tangan. Dia menoleh ke belakang, kelihatan Erika dengan wajah dingin datang menghampirinya.

‘Erika? Apa lagi yang minah ni nak? Serabutlah kepala macam ni” gumam Hara. Dia melarikan semula pandangan ke depan.

Kalau ikutkan hati mahu saja dia buat-buat tak dengar Erika panggil dia. Tapi, dia tahu itu hanya akan membuatkan masalah yang dicipta oleh Riyyan Mikail menjadi semakin teruk. Gara-gara nak lepaskan diri dari perempuan bimbo ni, Hara pula yang terpaksa terima padahnya. 

Dengan bengis Erika berdiri betul-betul di hadapan Hara. Kasut bertumit tinggi  setinggi empat inchi menjadikan jauh lebih tinggi dari Hara yang hanya memakai kasut biasa.  Matanya menikam tajam ke dalam mata Hara. Apa yang Riyyan lihat dalam diri Hara yang tidak ada pada dirinya? Itulah yang Erika sedang fikirkan ketika mata bertentangan dengan musuh ketatnya.

“Kau nak apa?” soal Hara.

“We need to talk”  jawab Erika.

Talk? Rasanya tak ada benda kita nak bualkan” cepat saja jawapan itu keluar dari bibir Hara. Dia mengukirkan senyuman sinis. Perkara apa lagi yang mahu dibincangkan oleh Erika? Dia telah pun jelaskan segala-galanya.  

“Kau mungkin tak ada. Tapi, aku ada”

“Kau nak cakap apa? Tak puas lagi nak sakitkan hati aku?” kata Hara dengan perasaan bercampur baur.  

Jawapan Hara mengundang tawa dibibir Hara. Tidak sangka gadis seperti Hara yang seolah-olah tidak berperasaan itu juga makan hati dengan kata-katanya. Tapi, itulah yang dia inginkan. Dia akan pastikan Hara tidak akan pernah mengganggu Riyyan. Dengan helaan nafas panjang, Erika melangkah beberapa tapak ke hadapan merapatkan diri dengan Hara.

“Kau tahu tak aku paling benci tengok muka kau dekat dunia ni” ujar Erika. Menolak dahi Hara dengan ibu jarinya.

“Hei! Kau jangan biadab ya. Kau fikir aku suka sangat ke tengok muka kau” balas Hara. Dia menepis tangan Erika yang mahu melakukan perkara yang sama terhadapnya.

Sekali lagi Erika ketawa bagaikan orang gila. Kepala dia gelengkan lalu melarikan semula pandangan pada Hara. Dia tidak akan biadap sekiranya Hara jauhkan diri dariapda Riyyan.

“Dengar sini baik-baik perempuan miang. Riyyan Mikai milik aku. Aku ulang, Riyyan milik aku. Faham?!” tegas Erika.

Dia sepertinya mahu satu dunia tahu yang Riyyan adalah milikinya. Biarlah Riyyan tidak mencintainya kerana perkara yang terpenting adalah dia mencintai Riyyan dan sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan cintai yang sudah tertangguh sejak 10 tahun lepas.

Tindakkan melamapui batas Erika benar-benar menguji kesabaran Hara. Dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan stiuasi ini lagi. Baru sehari berada di kampus dia merasakan hidup seperti dalam neraka dunia. Kalaulah perkara ini berlarutan sehingga berhari-hari atau mungkin berminggu dia boleh masuk hospital sakit jiwa.

Listen here carefully Erika” Hara bergerak setapak ke hadapan.

Do I care?. Ambillah Riyyan tu bawa jumpa tok kadi pun tak apa” sambungnya dengan sinis

“Kau jangan cahar aku” kata Erika. Dia menuding jari pada Hara.

“Cabar? Aku tak cabar kau. Tapi, kalau kau rasa tercabar jagalah elok-elok suami kau tu. Manalah tahu kalau aku terjatuh cinta dengan dia. Tapi… rasanya aku dah terjatuh cinta tanpa sengaja dengan Riyyan Mikail. So kau nak buat apa?” tanpa sedar dia mengungkapkan perkataan yang tidak sepatutnya dia katakan.

Pengakuan yang tidak diduga itu menambah lagi api kemarahan Erika. Jari telunjuknya tepat ke wajah Hara. Bibir diketap cuba menahan rasa marah yang kian membuak-buak. Berani dia ucapkan kata-kata itu dihadapan Erika yang mencintai Riyyan lebih dari nyawanya sendiri.

“Kau… Kau… Kau! ni memang tak guna!” bentak Erika. Terketar-ketar suara yang cuba menahan rasa marah itu.  

Dapat Hara lihat betapa Erika membencinya. Tapi, nak buat macam mana dia yang mulakan dulu. Mustahil untuk Hara duduk diam membiarkan saja dirinya dicaci oleh Erika.

“Kau ingat! aku akan perhatikan kau” sambung Erika.

 “Oh seramnya!” balas Hara memeluk tubuh sendiri sambil tersenyum.

 “Huh!” Erika ketawa kecil.

Kelakuan Hara yang langsung tidak hiraukan amaranya menambah lagi kebenciannya terhadap Hara. Matanya melilau memerhati kawasan sekeliling, kelihatan para pelajar di situ sibuk melakukan aktiviti masing-masing. Kesempatan ini dia gunakan untuk berikan pengajaran terhadap Hara yang sentiasa yakin dengan dirinya sendiri.

“Ada apa-apa lagi kau nak cakap? Kalau tak ada aku pergi dulu” soal Hara.

Melayan kerenah Erika hanya buatkan perutnya bertambah lapar.

Erika tarik nafas dalam-dalam lalu melarikan pandangan ke tempat lain. Dia seolah-olah tak endahkan pertanyaan Hara.

“Tak ada apa-apakan? So, aku pergi dulu dan kalau nak sangat dengan Riyyan tu ajaklah dia kahwin cepat-cepat. Takut aku pula yang ajak dia kahwin dulu”

“Apa?” bulat mata Erika mendengar kata-kata Hara.

Hara hanya membalas dengan senyuman sinis. Sekarang baru kau tahu aku siapa? Jangan fikir aku diam, aku tak reti nak lawan kau perempuan bimbo! Ya Allah apalah dosa aku sampai terpaksa berhadapan dengan masalah macam ni. Jangan-jangan ini sumpahan mama sebab aku selalu menentang keinginan dia.

“Kau memang perempuan… perempuan sial!” kata Erika dengan geram.

“Sial? Erika, kalau orang tu dah tak suka kau tak payahlah paksa. Pergi cari lelaki lain” balas Hara. Bukan main berani lagi dia mengeluarkan kata-kata seperti itu dihadapan perempuan yang hampir gila disebabkan penipuan yang dicipta oleh Riyyan.

“Huh!, kau ni…” bibir dia ketap geram.  

  Tangan kanan dihayun ke udara mahu berikan satu tamparan percuma atas sikap biadap Hara terhadapnya. Menyedari tindakkan Erika. Hara epat-cepat menutup mata sambil memalingkan wajah ke tempat lain. Dia nampaknya akan menerima tamparan pertama dalam hidupnya. Silap dia juga kerana terlalu berani menentang peremppuan bimbo, singa seperti Erika.

Namun, selepas beberapa saat berlalu. Dia masih belum merasakan apa-apa melekat pada pipi. Pelik, takkanlah Erika guna slow motion untuk tampar aku? Ini bukannya filem yang boleh guna slow motion bagai.

Perlahan-lahan mata dia buka lalu menoleh ke hadapan. Apa yabenarnya yang sedang berlaku sekarang? Itulah yang bermain dimindanya sebelum mata bertentangan dengan seseoorang. 

“Ri… Riyyan?” gumam Hara. Terkedu.

Matanya tidak berkelip keltika melihat Riyyan berdiri di antara dia dan Erika..Tangan kirinya menahan tangan kanan Erika yang hampir saja sampai ke wajah Hara.

Kemunculan Riyyan benar-benar mengejutkan Hara. Daebak! Sekali lagi dia datang macam hero dalam drama Korea. Mata Riyyan tajam menikam ke dalam mata Erika. Hara hanya kaku berdiri melihat situasi yang tidak pernah dia bayankan akan berlaku dalam hidupnya.

You buat apa ni Riyyan?” soal Erika dengan perasaan marah, sedih, kecewa semuanya bercampur baur.

You nak buat apa dengan Hara?” Riyyan pula tanya Erika. 

Eria ketawa sinis. “Wah, you datang sini sebab nak lindungi perempuan ni? Perempuan yang you cinta ni?” tanya Erika lagi. Mata dijeling tajam pada Hara yang berada di belakang Riyyan.

“Ya” ringkas saja jawapan yang diberikan oleh Riyyan kepadanya.

“Huh!” getus Erika sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Lepaskan tangan you” sambung Erika.

“Bukan you suka ke kalau pegang tangan you?” balas Riyyan sinis.

Hara yang berada di belakang Riyyan hanya berdiri kaku menyaksi adegan yang semakin tegang antara mereka. Apa patut dia lakukan? Perlu ke dia menyebelahi Riyyan atau ceritakan yang semua ini cumalah satu permainan untuk Riyyan lepaskan diri dari Erika?  

Tanpa membalas kata-kata Riyyan, Erika menggunakan seluruh tenaga yang ada padanya untuk melepaskan genggaman tangan Riyyan. Dia menolak Riyya ke tepi lalu melangkah menghampiri Hara.  

“Sebab kau… sebab kau Riyyan bencikan aku. Kenapa kau muncul dalam hidup kami?” gumam Erika.

Tanpa sedar, tangan Erika sudah berada di kolar baju Hara. Mata mereka saling bertentangan untuk yang kesekian kali, Kakinya sedikit terjengket ke atas apabila tangan kiri Erika menggeggam kuat kolar baju kemerja yang dia pakai. Sebelah tangan lagi sudah bersedia untuk melibas pipi gebu Hara.

Dia sudah tiak kisah dengan kehadiran Riyyan di situ yang penting hatinya puas. Dia sudah tidak sanggup mendengar nama Hara meniti dibibir

“Kau ni memang tak guna” bisik Erika sinis.

“Erika, stop!” halang Riyyan. Suaranya bergema dalam bangunan itu. .

“No!” pangkah Erika. Dia langsung tidak menoleh ke arah Riyyan.

Hara jelingkan mata pada Riyyan. Kalau bukan disebabkan dia, aku takkan terlibat dalam hal yang menyusahkan hidup aku sendiri. Sekarang tak pasal-pasal aku ada musuh pula. Hara tunduk, perut yang tadinya lapar hilang begitu saja selepas menatap dua wajah yang menjengkelkan itu.

Hara pandang Erika. “Tamparlah” sinis.

“Apa?” soal Erika. Tercengang. 

“Tamparlah kalau kau berani. Saat tangan kau sentuh muka aku. Riyyan akan bencikan kau untuk seumur hidup dia dan kau tak akan ada peluang untuk dapatkan dia” sambung Hara bersama senyuman.

Dia mahu melihat seberani apa Erika di hadapan Riyyan dan sendiri percaya Riyyan tidak akan biarkan Hara ditampar oleh Erika. Kau kena lindungi aku Riyyan. Kau yang mulakan semua ni. Getus Hara dalam hatinya.

Kau cabar aku ke?” soal Erika.

Dia menarik kolar baju kemeja Hara dengan kuat. indakkan extreme Erika buatkan Hara semakin sukar untuk bernafas. Kedua-dua tangan cuba melepaskan genggaman tanganya. Namun, tenaga Hara tidak cukup kuat untuk menentang Erika.

“Lepaskan aku bodoh” gumam Hara. Terasa anak tekak seperti hendak pecah.

“Cakap, kau cabar aku ke?!” ulangan dengan lebih kuat.

Sebelum dia mendengar jawapan yang keluar dari bibir Hara. Tangan dihayun kuat mahu memberikan hadiah yang dipinta sendiri oleh Hara. “Aku akan tunaikan permintaan kau. Riyyan aku jadi milik aku’

Namun, belum sempat tangan menyentuh wajah hara. Sekali lagi Riyyan menghalang Erika. Tangan Erika dia genggam kuat lalu menolaknya ke belakang. Erika cuba maju ke hadapan untuk mendapatkan Hara. Tapi, Riyyan pantas menggenggam kuat tanganya.

dah beri you amaran supaya jangan sentuh Hara. Tapi, you degil. You nak buat apa?” tanya Riyyan. Sikap Erika yang suka mendesak benar-benar menjengkelkan.

“Lepaslah!” bentak Erika cuba melepaskan diri dari genggaman Riyyan.

“Ikut i” balas Riyyan menarik tangan Erika. 

Hara menghela nafas lega melihat Riyyan pergi bersama Erika. Harap-harap mereka akan selesaikan masalah ini dengan segera. Dia sudah letih dengan lakonan dan tekanan yang diberikan oleh dua manusia yang berbeza perasaan itu.

“Fuhh! Naik gila aku macam ni” keluh Hara.

Dia mengambil air mineral yang ada di atas meja belajar lalu meneruskan perjalanan ke sinki untuk membasuh tangan. Kalau ikutkan hati, dia tidak ada selera untuk menajamah hidangan tengah harinya. Tapi, dia tidak mahu bazirkan makanan tengah hari yang telah dibeli oleh Seung Min.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku