Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
266

Bacaan






SUASANA di ruang tamu sepi apabila Hara dan Tiara masing-masing menumpukan perhatian pada skrin televisyen. Tanpa mereka sedari meja berselerak dengan tisu. Kenapalah Tiara pasang filem Miracle in cell no.7 malam-malam buta ni. buat aku rasa sebak aje. Tangan kanan Hara meraba-raba kotak tisu di atas meja sementara itu sebelah lagi tangan mengesat air mata dengan tangan.

“Tak guna betul! Kenapa aku nangis!” bebel Hara dengan sebak. Tiara hanya diam menahan air mata yang jatuh mengalir seperti hujan. Dalam hati Hara turut merasakan kesakitan yang dialami oleh si anak yang masih kecil melihat ayahnya yang tidak bersalah. Tapi, dihukum sebagai pesalah. Kalaulah perkara ini berlaku dalam hidupnya sudah tentu dia tidak dapat teruskan hidup lagi.

“Wei! aku dah tak tahan! Kau tengoklah seorang” Hara bingkas bangun lalu berlari  ke arah dapur membasuh muka dekat sinki. Sebuah filem kekeluargaan yang paling menyayat hati dan sayu. Terasa seperti dirinya berada dalam adegan itu.

Selepas membasuh muka dengan air yang boleh tahan sejuk, paip dia matikan terus mengambil tempat di meja makan membelakangi skrin televisyen. Head phone dia pasangkan ke telinga cuba menenangkan minda yang tengah serabut. Bila difikirkan semula dia tidak pernah menangis di hadapan orang lain selain Tiara. Dia tidak pernah katakan dirinya terluka atau sedih disebabkan seseuatu perkara. Apa yang mampu dia lakukan cuma luahkan kesedihanya dengan menonton cerita sedih atau mendengar lagu seperti sekarang.

Sejujurnya tindakkan Riyyan masih lagi membekas dihatinya. Biarpun lelaki itu sudah membuat pemohonan maaf dan berjanji tidak akan biarkan Erika salah faham terhadap masalah yang dia timbulkan sendiri. Namun, Hara tetap berasa sedih dan terluka kerana merasakan semudah itu dia  diperbodohkan oleh Riyyan.  

“Hoi, kau ni dah kenapa termenung? Filem tu dah habis lah” Tiara menanggalkan headphone dari kepala Hara lalu mengambil tempat bertentangan dengan gadis yang kelihatan seperti sedang menyimpan masalah sendiri.

“Dah habis ke? baguslah” jawab Hara  tersenyum.

“Dah. Kau ni nampak je jiwa keras macam samseng sampai Erika tu takut dengan kau. Tapi, bila tengok filem atau drama touching gila. Apa kes?” perli Tiara tersengih-sengih.

“Amboi sedapnya mulut kau mengata aku. Kau fikir aku ni jiwa kental ke? Kasar-kasar aku pun aku tetap perempuan yang tak tahu macam nana nak luahkan perasaan sendiri. Cuma dengan drama, filem dan lagu yang sedih aje baru aku boleh lepaskan segala kesakitan yang menjadi batu dalam dada ni” jelas Hara dengan serius.

Tiara mengangguk sambil menghela nafas panjang lalu bersandar pada kerusi. Buntang mata tidak berganjak dari terus memerhati Hara.. “Kau sedihkan?” soalnya dengan serius.

“Sedih? Kenapa pula?” soal Hara dengan wajah kosong.

“Sedihlah sebab apa yang Riyyan cakap dengan kau tu palsu belaka”

“Eh tolong sikit aku nak sedih pasal tu. Tu bukan sedih. Tapi, sakit hati” balasnya dengan geram. Terbayang kembali adengan Riyyan menarik tangannya lalu memberitahu Erika  bahawa dia adalah wanita yang Riyyan cintai. .

“Sakit hati?”

Hara menganggukkan lalu  bingkas bangun berjalan menuju ke arah peti sejuk.

“Sakit hati dengan sedih tu samalah Cik Hara oi. Kau sakit hati sebab apa yang dia cakap tu semuanya palsu belaka. Kau jujur ajelah dengan aku yang kau dah tersuka tanpa sengaja dengan diakan?” kata Tiara lagi. Dia ni selagi tak puas hati dengan jawapan Hara. Selagi itulah, dia akan mengiyakan andaianya sendiri.

Selepas mendengar teori mengarut Tiara, Hara mencapai sebotol bananan milk lalu menutup petik dengan kasar. Dia kembali semula ke tempat duduk sambil menikmati banana milk yang sememangnya menjadi salah satu minuman kegemarannya apabila kembali ke Korea. 

“Kau ni kawan aku ke kawan mamat dingin, mata helang tu?” soalnya semula meletakkan botol di atas meja dengan kasar.

“Kawan kaulah” jawab tiara agak ringkas.

“Dah tu kenapa kau sebelahkan dia?”  jelas dari raut wajah Hara, dia berasa kesal dengan Tiara. 

Hello, aku tak sebelahkan dia. Aku cuma cakap benda yang betul. Dah berapa hari kau bersedih aje dok fikirkan mamat dingin, mata helang kau tu”

Hara menghela nafas panjang lalu bersila di atas kerusi. “Kau dengar sini baik-baik. Aku buaknya sedih. Aku sakit hati sebab suka-suka hati dia aje gunakan aku demi kepentingan dia sendiri. Eh! !dia fikir aku ni robot ke tak ada perasaan? Nasib baiklah masa tu Allah bekalkan aku dengan kesabaran yang tebal. Kalau tak dah lama aku belasah Riyyan dengan Erika jadi ayam penyet. Tahu tak?” marah Hara.

Segala rasa geram dihati dia lepaskan di hadapan Tiara sampaikan botol bananan milk yang kosong kemek dia genggam kerana geram. Tiara mengangkat kedua-dua tangan bingkas bangun dari kerusi ada sedikit rasa takut pada matanya melihat Hara seperti driasuk hantu.

“Aku rasa aku masuk bilik dulu. Good night” Tiara masukkan kerusi dibawah meja sambil mengukirkan senyum kambing. Takut agaknya Hara belasah dia sebagai ganti Riyyan dan Erika.

“Hei! Kau nak pergi mana? Aku tak habis cerita lagi ni” soal Hara hairan melihat Tiara beredar dari situ.   

“Aku… aku…. aku baru ingat ada assignment yang aku belum buat. Aku masuk bilik dulu ya” jawab Tiara tergagap-gagap sambil jari dituding ke arah pintu biliknya sendiri.

Hara mengangguk lalu bingkas bangun menarik Tiara duduk semula. Kedua-dua tnagan mengurut-urut bahu Tiara. Sikap pelik Hara mengundang rasa tidak sedap hati. Hara sebenarnya ingin tahu perkembangan hubungan Tiara dan Harris.

“Macam mana kau dengan abang aku?” soalnya.

“Macam tu ajelah” jawab Tiara dengan senyuman.

“Macam tu macam mana?” soal Hara lagi. Dia kembali semula ke tempat duduknya.

“Abang Harris selalu mesej, call pun ada juga. Tapi, aku tak berharap apa-apa sebab aku tak nak terluka bila… maafkan aku sebab cakap macam ni” buntang matanya menikam tepat ke dalam mata Hara.

 “Tak apa, cakap aje”

“Walaupun abang kau selalu cakap dia akan usahakan untuk yakinkan mama kau tentang hubungan kami. Aku tetap tak berharap apa-apa sebab aku sedar diri aku siapa”

“Apa yang kau merepek ni? Cinta tak pentingkan semua tu lah”

“Aku tahu. Tapi, kalau dah jodoh Abang Harris dengan orang lain takkan aku nak paksa? Aku kenalah move on. Aku tak nak hidup merana disebabkan seorang lelaki” celah Tiara dengan tenang.

“Betul juga. Aku pun tak nak kau kecewa” sambung Hara bersetuju dengan kata-kata positif dari Tiara. Sekarang bolehlah dia menarik nafas lega kerana Tiara akan tetap meneruskan hidupnya meskipun bukan bersama cinta pertamanya.

“Hara” panggil Tiara dengan lebih serius.

“Hmm?”

“Cinta pertama tak semestinya jadi cinta terakhir. Jadi, tak msutahil Riyyan akan jadi cinta terakhir kau walaupun aku tahu cinta pertama kau Lee jong Suk”

Hara mengerutkan dahi bila melihat Tiara mula ketawa. Dia tahu Tiara sedang mempermainkan dirinya. Tapi, sejujurnya apa yang Tiara kata tadi memang ada betulnya. Tapi, bab Riyyan akan jadi cinta terakhirnya adalah tidak masuk akal sama sekali. Tidak pernah terlintas sedikitpun dihatinya akan jatuh cinta dengan lelaki seperti itu.

“Rasanya dah lama kau tak makan cawankan?” soal Hara dengan serius. Cawan yang masih penuh dengan coklat panas dia angkat.

“Sabar, sabar, sabar aku… aku cuma cakap fakta aje. Aku tak maksudkan apa-apa pun” kata Hara sambil kedua-dua tapak tangan dihalakan pada Hara. Perlahan-lahan punggung dia angkat dari kerusi. Lebih baik aku berambu dari sini sebelum dia naik angin. Bisik hatinya. Tadi, bukan main mengusik Hara. Tapi, bila kawan baiknya itu buat muka bengang terus saja kecut perut.

“Kau nak pergi mana?” soal Hara.

“Macam aku cakaplah aku ada assignment nak buat. Selamat malam” jawab Tiara. Kaki melangkah laju seperti lipas kudung masuk ke dalam bilik.

“Hei! Aku belum habis cakaplah”

Hara hanya mampu mengukirkan senyuman melihat gelagat Tiara. Dia menyangkakan perbualan mereka akan bertahan lama. Tapi, Tiara mengubah suasana yang menyedihkan tadi pada suasana yang buatkan dia ketawa. “Riyyan dengan aku? Tak masuk akal langsung” bebelnya sendirian.

Dia angkat punggung dari kerusi lalu berjalan keluar ke balkoni rumah sewa mereka. Suasana malam yang begitu tenang senang diiringi dengan angin dingin musim luruh yang segar. Nafas dia hela panjang lalu duduk dekat kerusi rotan yang dibeli ketika jualan murah di Myeongdong sebelum cuti semester lepas. Fikiran jauh melayang terbang ke Malaysia. Apalah agaknya yang sedang dilakukan oleh ahli keluarganya sekarang? Datin Shida mesti sedang sibuk memujuk Harris supaya berkahwin dengan Farah. 

“Papa pula mesti tengah duduk memerhati dan cakap bila keadaan dah jadi rumit. Lepas tu, mama mesti masih fikirkan tentang aku. Harap-harap dia akan biarkan hidup aku tenang sampai hujung tahun ni”

Belum sampai beberapa saat Hara rindukan keluarga di Malaysia telefon pintarnya berdering. Dia cepat-cepat mengambil telefon pintar yang ada di atas meja lalu melihat ke skrin. Perkataan ‘Mama’ terpapar pada skrin. Bibirnya mengukirkan senyuman kerana tidak menyangka akan mendapat panggilan daripada Datin Shida.

“Fuhh!” nafas dihela panjang sebelum telefon dilekapkan ke telinga.

“Assalamualaikum mama” sapanya.

“Waalaikumussalam anak mama buat apa? Dah tidur ke?” soal Datin Shida kedengaran mesra.

“Hara tengah lepak dekat luar ni. Kenapa ma?”

“Lepak dekat luar? Dengan siapa? Hara jangan buat hal” Datin Shida bertukar panik. Dia tidak dapat bayangkan anak gadisnya itu berada di luar dengan kawan-kawan yang tidak sepatutnya.

“Relakslah ma. Hara lepak dekat balkoni rumah ajelah dengan bintang dan bulan” jawab Hara menahan tawa.

“Cakaplah awal-awal dekat balkoni. Buat maama saspen je. Sekali dengan Tia ke?”

“Tia?” Hara tercengang seketika ketika mendengar nama Tiara keluar dari mulut Datin Shida.

“Tia, dia dah masuk bilik ada assginment nak disiapkan. Kenapa mama tiba-tiba sebut nama Tia ni? Mama nak…”

Belum sempat Hara meneka fikiran Datin Shida. Datin Shida pantas mencelah dengan memberitahu Hara bahawa dia akan pertimbangkan hubungan Harris dan Tiara. Berita itu benar-benar mengejutkan Hara. Tubuh yang tadinya bersandar di kerusi kini tegak. Biar betul apa yang mama cakap ni? Tapi, kenapa tiba-tiba aje dia boleh pertimbangkan pula? Ah, sudah. Ini yang buat aku tak sedap hatinya. Bisik hatinya yang bercampur baur.

“Kenapa tiba-tiba mama nak petimbangkan pula? Bukan sebelum ni mama beria-ia tak nak terima ke?” soal Hara. Hatinya berdebar-debar menunggu jawapan Datin Shida.

“Sebab semuanya untuk Hara dan Harris.Mama tak nak anak-anak mama bencikan mama. Lagi satu mama tak naklah jadi ibu yang tak berperasaan. Tapi, mama ada syarat…”

“Syarat? Syarat apa? Untuk siapa? Tia?”bertubi-tubi pertanyaan itu keluar dari mulutnya.

“Untuk Hara”

Bulat matanya mendengar syarat yang akan dikatakan oleh Datin Shida sebenatar lagi adalah untuk dirinya. Dada di urut beberapa kali lalu berdiri memandang ke luar balkoni dengan perasaan seram sejuk. Dia sudah jangkakan tidak ada benda percuma dalam dunia ini.

“Mama ni dengan anak sendiri pun nak bersyarat bagai” keluh Hara. Bibir sudah muncung ke depan.

“Tak nak? Kalau rasa berat nak tunaikan syarat mama. Esok juga mama pergi merisik Farah” kata Datin Shida kedengaran serius.

Hara mengeluh panjang. Demi kebahagiaan Harris dan Tiara dia relakan jiwa menerima syarat itu. Ya allah minta-mintalah syarat dia bukan minta aku berkenalan dengan anak kawan baik dia lagi.

“Apa syarat dia ma?” soal Hara.

“Syaratnya mudah aje mama nak progres dari Hara sekurang-kurangnya seminggu sekali”

Progres?”

“Ya. Progres yang menunjukkan Hara dah jumpa seseorang istimewa dalam hidup Hara”

“Kalau Hara tak jumpa?”

“Kalau Hara tak jumpa mama akan jodohkan Harris dengan Farah. Mama tak kisah Farah tu baik ke tak yang penting keluarga kita dapat teruskan kerjasama perniagaan. Semua ini untuk kesenangan kita empat beranak juga”

Hara mengeluh panjang, kerjasama perniagaan antara keluarganya dan keluarga Farah nampaknya lebih penting berbanding kebahagiaan Harris. Situasi ini benar-benar membebankan dirinya. Tapi, rayuan Harris yang mahu Hara terus berada di belakangnya buatkan Hara tidak sanggup melihat kebahagiaan abang kandungnya hancur hanya disebabkan berkahwin dengan perempuan yang tidak dia cintai. 

“Okey Hara setuju asalkan mama tepati janji mama. Inshaallah Hara akan hantar gambar dia dengan mama. Tapi, bukan dalam minggu ni sebab Hara baru kenal dia tadi” jawab Hara. Dia tahu jawapannya ini akan menyusahkan dirinya sendiri. Tak apalah Hara asalkan semua orang bahagia aku sanggup mengalah.

“Siapa? Bukan lelaki Koreakan?”soal Datin Shida agak teruja.

“Mama jangan teruja sangat boleh? Hara tak pasti dia tu okey ke tak yang penting mama kena tunaikan janji mama. Mama boleh janji dengan Hara? Abang Harris takkan kahwin dengan Farah?” sekarang giliran Hara pula menuntut janji Datin Shida.

Datin Shida yang berada di hujung talian diam untuk seketika. Dia tidak menyangka Hara akan berkata seperti itu. “Mama janji” akhirnya Datin Shida terpaksa juga berjanji kepada anak gadisnya itu.

Hara tersenyum lalu duduk kembali di kerusi rotan sambil meregangkan tubuh. Dia belajar semua ini dari Datin Shida. Kebahagiaan Harris dan Tiara adalah lebihpenting darinya. Semuanya akan berakhir bila Harris dan Tiara berjaya diijab kabulkan dan setelah itu barulah dia fikirkan apa yang berlaku terhadap dirinya pula.

Selepas perbualan panjang dengan Datin Shida. Hara kembali menenangkan diri dengan lagu-lagu berentak belada. Mata dipejam menghayati setiap lirik lagu yang dimainkan. Dia tersengih-sengih saat mendengar lagu-lagu romantik. Dunia fantasinya ternyata lebih membahagiakan daripada dunia realiti yang penuh dengan tekanan.

Bip!

Sekali lagi telefon Hara mengeluarkan bunyi. Kali ini bunyi ‘Bip’ menandakan ada mesej masuk. “Siapa pula mesej aku malam-malam buta ni?”  telefon yang ada di atas meja dia ambil lalu melihat nama Ayda tertera pada skrin telefon.

“Ayda? Tak pernah-pernah dia mesej aku selama ni? Mimpi apa dia cari aku malam-malam buta ni?” timbul rasa hairan dan sangsi bila seseorang yang sudah lama tidak menghubunginya tiba-tiba saja mengirimkan mesej waktu tengah-tengah malam seperti ini. jemari menekan skrin telefon untuk membaca mesej yang dihantar oleh Ayda. Terlintas juga di minda Hara, dia mungkin rakan sekutu Erika yang mahu memberikan Hara amaran supaya jauhkan diri daripada Riyyan.

 “Apa?” mata Hara terbuka luas ketika membaca mesej tersebut. Telefon dia letakkan di atas riba lalu kedua-dua tangan menggosok mata yang mungkin rabun kerana mengantuk. Tapi, apabila dia melihat kembali ke skrin telefon mesej yang dihantar oleh Ayda tetap sama.

Dia mengambil semula telefon bingkas bangun lalu bersandar pada pagar besi balkoni. Wah, biar betul apa yang aku baca ni? Dia melihat kembali ke skrin telefon. Rasa bersyukur dalam hati kerana Allah telah tunjukkan kepada mereka bahawa dia bukanlah pesalah seperti yang dikatakan sebelum ini. Memang dia tidak pernah lakukan kesalahan seperti itu seumur hidupnya 26 tahun di dunia.

 

Ayda

Assalamualikum Hara, aku nak bagitahu kau boss panggil kau kerja dekat kafe. Tu pun kalau kau naklah. Abang Aydil dah pun jumpa orang yang bertanggungjawab dalam kes tu. Jadi, dia nak kau kembali kerja.  

 

 

Itulah mesej yang dihantar oleh Ayda yang membuatkan dia senyum lebar sampai ke telinga. Bahagianya! Tak perlulah dia bersusah-payah mencari kerja lain sebab kerja lama sudah menunggu. Berbanding tempat lain kerja di Sweet_Honey Café adalah yang terbaik.

 

Waalaikumussalam! Mestilah nak! Aku memang tengah cari kerja sambilan pun sekarang. Esok lepas kelas aku datang. Anyway thank you so much Ayda. Nanti aku belanja kau makan maagi kari.

 

Ayda

Maggi Kari? Umm taka palah aku pun belambak dalam almari tu. Jangan lupa datang esok. Bye.

 

 

 “Lol Okay bye” mesej terakhir Hara pada Ayda.

Hara tersengih-sengih memikirkan mungkin dia boleh bertemu jodoh jika kembali bekerja di kafe. Tapi, minta-mintalah kali ini tidak ada lagi orang busuk hati burukkan namanya. Dia sudah tidak sanggup dipersalahkan di atas kesalahan yang tidak dia lakukan sendiri. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku