Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
552

Bacaan






DALAM keadaan kaki lemah dia melangkah perlahan-lahan dengan fikiran jauh terbang melayang. Tidak dia sangka Erika dan Ayda sanggup malukan dia seperti itu. Inilah akibatnya bila mudah sangat percayakan orang.  Semalam bukan main gembira lagi dia menerima berita Aydil telah tahu cerita sebenar disebalik kehilangan duit kafe. Tapi, itu semua hanyalah rancangan Ayda dan Erika untuk menjadikan dirinya seperti seorang perempuan yang tidak tahu malu.

“Hara, Hara, Hara betul kata Tia kau ni nampak aje jiwa kental, kasar. Tapi, kenyataan sebenar kau ni lemah, bodoh, mudah sangat percaya dengan orang sampai senang-senang aje diperbodohkan” kakinya berhenti melangkah, kepala didongakkan ke atas merenung langit musim luruh yang membiru.

Pon! Pon! Pon!

Bunyi hon kereta menyedarkan dia dari lamunanya yang sudah terbang jauh melayang ke udara. Perlahan-lahan dia menoleh ke kiri, kelihatan sebuah kenderaan berat dalam perjalanan menuju ke arahnya. Hara mengukirkan senyuman bersama air mata mula jatuh membasahi pipi. Jika inilah pengakhiran hidupnya, dia redha. Ya Alah, ampunilah selaga dosa-dosa Hamba-Mu ini. Tempatkanlah aku bersama orang-orang yang…

Namun, saat dia merasakan nyawanya berada di hujung tanduk. Seseorang berlari ke mendapatkan dirinya yang kelihatan sudah melerakan diri mati ditempat itu. Tangan lelaki itu pantas mendakap Hara lalu menariknya ke tepi sebelum kendenraan tadi menggeles tubuh kecil Hara. Hara jatuh di atas tubuh lelaki yang sudah terbaring di atas tanah.

Kedengaran jelas suara esakkan Hara di atas dada lelaki itu. lelaki itu mengerutkan dahi lalu perlahan-lahan tangan menepuk belakang Hara dengan lembut. “Fuhh!” dia menghela nafas lega sambil hati mengucapkan rasa syukur kerana tidak ada apa-apa berlaku kepada gadis itu.

Degupan jantung pantas lelaki itu menyedarkan Hara yang dia berada di tempat tidak sepatutnya. Tapi pada masa yang sama dakapan erat lelaki itu sedikit menenangkan dirinya. “It’s okay, it’s okay” gumam lelaki itu. Matanya merenung ke langit senja yang keperang-perangan.

Joeseonghamnida (Maafkan saya)” ucap Hara selepas seketika menangis dalam dakapan lelaki itu. Perlahan-lahan dia bangun. Tapi, kedua-dua tangan masih menutup wajah. Dia berasa malu untuk berhadapan dengan lelaki yang telah selamatkan nyawanya.

Lelaki itu juga bingkas bangun lalu merengangkan belakang yang terasasakit. Buntang mata tidak berganjak dari memandang tepat ke wajah Hara. Tidak pernah terbayang dia akan berhadapan dengan situasi seperti tadi. Semuanya akan berakhir jika dia tidak membuat keputusan yang membahayakan nyawanya sendiri tadi.

Hara masih menangis keesakkan.

Lelaki itu tunduk lalu melangkah setapak ke hadapan merapatkan jaraknya dan Hara. Sapu tangan kemudian dikeluarkan dari dalam poket pantas diberikan di atas tapak tangan Hara yang masih tunduk membisu.

“Awak boleh menangis seberapa banyak yang awak nak” ujarnya. Tangan kanan mengesat air mata Hara yang jatuh seperti hujan. Inilah pertama kali dia berhadapan dengan gadis yang sedang menangis. Da tidak tahu sama ada dengan mengeluarkan kata-kata seperti itu dan memberikan sapu tangan akan dapat menenangkan hati seorang perempuan yang berada dalam keadaan kesedihan.

Sementara itu, Hara membeku bila mendengar suara yang bertutur dalam bahasa Malaysia itu. Dia kenal benar dengan suara itu. Tapi, nadanya agak berbeza. Dalam keadaan sebak wajah dia angkat. Matanya tidak berkelip saat bertentangan dengan mata tajam lelaki itu. Riyyan? Dia buat apa dekat sini? Soalnya dalam hati.

Riyyan tanpa berkata apa-apa berpaling membelakangi Hara dan mula beredar dari situ. Tidak ada apa-apa perlu dia katakan kerana perkara yang terpenting sekali adalah Hara sudah selamat. “Bodoh, kalau ya pun nak bunuh diri janganlah depan aku” gumamnya. Tangan kanan mengurut-urut pinggang yang terasa sakit.

“Riyyan? Riyyan yang selamatkan aku ke?” sapu tangan yang diberikan oleh Riyyan dia genggam kuat. Buntang mata masih memerhati lelaki yang semakin jauh dari pandanganya. Dia yakin pasti Riyyan yang telah selamatkan nyawanya memandangkan belakang kemeja putih yang dipakai oleh lelaki itu kotor.

Pandangan kemudian dilarikan ke tengah jalan tempat dia berhenti tadi. Apa agaknya yang merasuk mindanya sehingga berani-beraninya dia melakukan perkara gila itu. Memanglah dia kecewa dengan semua masalah yang berlaku dalam hidupnya. Tapi, dia tidak pernah terfikir untuk mati dalam keadaan sadis seperti itu apatah lagi membunuh diri jauh sama sekali. 

“Ya Allah syukur alhamdulillah Engkau kirimkan Riyyan untuk melindungiku. Terima kasih Ya Allah” doa dia panjatkan pada Tuhan Maha Kuasa. Tap, ucapan terima kasih itu tidak sempat dia ucapkan pada Riyyan yang sudah hilang dari jangkau penglihatanya.

 

 

RIYYAN Mikail mengambil tempat di kerusi dekat tingkap. Nafas dihela panjang sambil tubuh disandarkan ke kerusi. Satu badan terasa sakit-sakit kerana jatuh di atas jalan bertar tadi. Tapi, dia tetap bersyukur kerana berjaya selamatkan nyawa manusia yang berfikiran sempit Hara.

“Dah banyak sangat ke amal dekat dunia sampai nak bunuh diri bagai?” keluhnya lalu mata dipejam rapat. Masa yang ada dalam bas ini dia gunakan untuk merehatkan tubuh dan minda.

“Riyyan, umi bukan apa. Umi teringin sangat tengok anak umi naik pelamin ada anak sebelum umi pejamkan mata. Umi tahu Riyyan tak bersedia lagi untuk semua tu. Tapi, tak boleh ke kali ni aje Riyyan pertimbangkan permintaan umi?” kata-kata Datin Latifah terngiang-ngiang di telinga. Tangan kanan dia letakkan di atas dahi lalu mengerengkan kepala ke kiri.

Satu permintaan yang terlalu sukar untuk dia tunaikan. Tapi pada masa yang sama dia juga tidak sanggup menolak permintaan dan impian Datin Latifahh yang sedang bertarung nyawa untuk hidup. Umi, kenapa umi buat Riyyan macam ni. Permintaan umi terlalu berat untuk Riyyan tunaikan. Bisik hati kecilnya.

Namun saat fikiran runsing memikirkan tanggungjawab yang membebankan itu. Dia merasakan seperti ada seseorang melekatkan sesuatu di sikunya. Perlahan-lahan mata dibuka lalu menoleh ke kanan. Bulat matanya bila meliaht Hara sedang sibuk melekatkan plaster pembalut luka.

“Awak buat apa ni?” soal Riyyan tercengang.

“Balut luka awaklah” jawab Hara masih menumpukan sepenuhnya perhatian pada luka di siku Riyyan.

“Tak perlu. Saya boleh buat sendiri” jawab Riyyan.

“Tak apalah biar saya buat” tegas Hara.

“Tak payah” gumam Riyyan sambil gigi diketap.

 Siku dia turunkan dengan kasar. Mata masih merenung tajam ke wajah gadis itu. Hara seperti biasa hanya membalas dengan senyuman. Dapat dia lihat dengan jelas mata helang lelaki itu menikam tajam ke dalam matanya. Tapi, dia buat tak kisah kerana dia sudah biasa dengan renungan seperti itu.

“Huh!” keluh Riyyan sinis lalu melarikan pandangan ke luar jendela. Dia tidak mahu memandang wajah seorang perempuan yang melakukan keputusan bodoh seperti itu.  Masih banyak cara penyelesaian untuk sesuatu masalah.

“Maafkan saya” ucap Hara dengan serius.

Riyyan hanya mendiamkan diri.

“Awak mesti fikir saya bunuh dirikan?” soal Hara. Jari telunjuk dihalakan pada lelaki itu.

“Saya tak bodohlah sampai nak bunuh diri sebab Erika tu. Saya cuma…”

Riyyan melarikan pandangan pada Hara sebaik saja nama Erika keluar dari mulut gadis itu. “Erika? Dia buat apa dengan awak?” soal Riyyan.

Hara membalas pertanyaan itu dengan senyuman. “Adalah benda dia buat yang buat saya hilang akal kejap. Tahu-tahu aje saya dah ada dekat tengah-tengah jalan. Saya nak lari. Tapi, kaki saya kebas. Erima kasih sebab datang selamatkan nyawa saya” jelas Hara panjang lebar.

Maafkan aku Riyyan, aku tak boleh cerita semuanya dengan kau. Aku tak nak Erika terus ganggu hidup aku disebabkan kau. Aku harap lepas ni kita akan kekalkan jarak kita macam mana kita sebelum ni. Kau sebenarnya tak seteruk yang aku fikirkan pun. Kau seorang lelaki yang baik, berperikemanusiaan dan… terima kasi atas apa yang kau buat untuk bantu dan selamatkan nyawa aku selama ni. Tapi, aku tak boleh terus berbaik dengan kau. Maafkan aku.

Hara menghela nafas panjang lalu bersandar pada kerusi. Pandanganya kini hanya ditumpukan ke hadapan. Manakala Riyyan juga diam membisu merenung jauh ke luar jendela. Kelihatan kenderaan mula sesak kerana waktu bekerja telah pun habis. Bas yang tadinya meluncur laju di lebuh raya kota metropolitan Seoul juga kini mula bergerak perlahan. Namun, berbeza dengan degupan jantungnya yang semakin berdegup laju disebabkan gadis itu.

“Sahara…’ Riyyan menoleh ke kiri

Kelihatan Hara telahpun lena dalam tidurnya. Mulut sedikit ternganga menandakan dia berada dalam keadaan letih. Matanya bengkak mungkin disebabkan air mata yang keluar melebihi had yang sepatutnya. Kedua-dua tangan memeluk tubuh yang terasa dingin disebabkan penghawa dingin bas.Riyyan mengelengkan kepala lalu menanggalkan jaket dari tubuh terus dilselimutkan di atas tubuh Hara. Tangan kiri kemudian menolak sedikit dagu Hara supaya mulutnya tertutup.

“Huh, teruknya perngai dia ni” kepala digelengkan sambil bibir mengukirkan senyum. Dia kembali bersandar pada kerusi merehatkan tubuh. Sesekali mata dijelingkan pada Hara yang kelihatan begitu selesa tidur dalam keadaan duduk. Sedikit demi sedikit kepalanya jatuh ke bawah dan akhirnya mendarat di bahu Riyyan. Riyyan mengerutkan dahi. Jari telunjuk kiri ingin menolak kepala Hara. Tapi, bila melihat wajah letih gadis itu. Dia biarkan saja Hara tidur dibahunya.

Sahara Irdeena siapa kau? Siapa kau buat aku macam ni? Kau buat aku gelisah, kau buat aku bimbangkan aku dan kenapa mesti kau selalu ada di tempat yang sama dengan aku? Kau ikut aku? Kebetulan? Atau ini takdir kita? Aku tak sukakan kau dan aku takkan pernah ada perasaan dengan perempuan cheer leader macam kau. Peristiwa demi peristiwa berlaku melibatkan mereka sedikit membebankan perasaanya.

 

 

KAU ni dah kenapa jalan macam orang tak betul? Patah pinggang ke apa?”

Riyyan pantas duduk di sofa empuk sambil menepuk-nepuk belakang yang terasa sakit. Ada kesan darah di lengan bajunya yang menambah kerisauan kawan baiknya itu. Tapi, Riyyan hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman lalu mencapai secawan kopi panas yang baru saja dibancuh oleh Izwan tadi.  

“Kau gaduh?” teka Izwan.

“Aku bukan gaduhlah” nafi Riyyan.

“Dah tu?” soal Izwan masih tertanya-tanya.

“Panjang ceritanya. Tapi, aku pendekkan ajelah ya. Ada seorang perempuan gila ni hampir nak dilanggar kereta. Kebetulan aku ada dekat situ. Jadi, aku selamatkan dia” jelas Riyyan. Dia tidak menyebut nama siapakah perempuan yang dimaksudkan kerana bimbang Izwan akan berfikir yang bukan-bukan. 

Wow! Sejak bila kau jadi prihatin sangat ni?” Izwan ketawa kecil. Riyyan yang dia kenali tidak akan pernah sekali pedulikan masalah orang lain. Apatah lagi membahayakan nyawa sendiri semata-mata untuk selamatkan seorang perempuan. Terdetik di mindanya mungkin saja dia mengenali perempuan itu. Tapi, dia belum dapat meneka siapa yang mampu mengubah pendirian Riyyan? Mustahil Erika.

“Seronok ketawakan aku?” soal Riyyan serius.

Izwan menggeleng. “Tak adalah bro aku cuma rasa funny, kelakar, lucu bila kau buat macam tu” katanya masih lagi ketawa. Kalaulah dia ada di tempat kejadian menyaksikan adegan yang jarang-jarang berlaku itu tentu lagi mengujakan.

Riyyan sandarkan tubuh paa sofa lalu mencapai bantal dibaling terus ke wajah Izwan. “Kau boleh gelak? Kalau aku tak selamatkan dia tadi. Dia mungkin dah...” Riyyan diam seketika.  

“Kau kenal diakan? Sebab tu kau sanggup bahayakan nyawa kau sendiri untuk dia? Siapa perempuan tu?”

Mata Riyyan tidak berkelip mendengar pertanyaan Izwan. Nafas dia tarik dalam-dalam lalu  membetulkan duduk. Nak bagitahu ke tak? Kalau aku cerita perempuan tu Hara mesti dia fikir yang bukan-bukan pula. Tapi, kalau aku tak cerita dia kata aku ni tak percayakan kawan pula.

“Kalau kau tak nak cerita tu maknanya kau memang kenal dia. Aku kenal dia tak?”

Riyyan masih membisu.

“Okay, rasanya aku pun kenal juga. Boleh aku teka siapa?”

“Siapa?” soal Riyyan juga tertanya-tanya. Siapa agaknya yang sedang bermain di fikiran Izwan sekarang.

“Yang pastinya bukan Erika. Jadi, perempuan tu mesti jiran kita dekat atas ni kan?” tersenyum sambil jari telunjuk dihalakan ke atas.

Riyyan mengerutkan dahi lalu bangun. Dari dia melayan kerenah Izwan yang mempunyai ciri-ciri seorang penyiasat tidak berbayar.Lebih baik dia masuk mandi dan rehatkan tubuh. Banyak lagi aktiviti yang menantinya untuk esok. Namun, langkahnya terhenti bila nama Sahara Irdeena meniti dibibir Izwan.

“Kau mesti terkejut sebab aku dapat teka dengan betulkan?” soal Izwan. Dia pantas angkat punggun lalu meletakkan tangan di atas bahu Riyyan sambil tersenyum.

“Tak” jawab Riyyan. Tangan Izwan dia alihkan dari bahunya.

Bro, aku bukan kenal kau setahun dua. Tapi sejak zaman sekolah lagi. Dekat dunia ni selain daripada family kau cuma seorang perempuan yang boleh buat kau buat benda-benda bodoh macam tu”

“Apa maksud kau ni Wan? Jangan nak merepek boleh tak?” sikap Izwan yang seperti serba tahun tentang dirinya buatkan Riyyan berasa kurang selesa. Dia cuba mematikan perbualan itu sebelum kawan baiknya itu berfikir dengan lebih jauh. Tap Izwan tetap tidak mahu mengalah kerana dia yakin seratus peratus wanita yang diselamatkan oleh Riyyan adalah Hara.

“Masa dekat KL hari tu aku nampak kau duduk berdua dengan Hara dekat mall. Siap sapu ubat dekat kaki dia lagi. Kau tahu tak, aku macam tak percaya itu kau”

Riyyan tarik nafas dalam-dalam. Dai tidak punya pilihan lain selain mengakui saja kata-kata Izwan tadi. Kalau tidak lelaki itu akan terus mengusiknya sehingga dia mengaku. “Okey, okey, okey, aku mengaku perempuan tu Sahara. Puas hati?”

Izwan senyum kambing. “Ha! Kan senang kalau kau mengaku macam tu. Kau pergilah mandi. Busuk” belakang Riyyan dia tepuk beberapa kali lalu duduk semula di sofa menyambung semula aktiviti menonton drama Korea Reunited World.

Riyyan hanya mampu ketawa sinis melihat gelagat kawan baiknya itu lalu masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku