Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
274

Bacaan






“KAU ni bodoh ke apa?!” marah Tiara. Dia benar-benar kesal dengan berita yang disampaikan oleh Hara. Tidak pernah terlintas sedikit pun di fikiranya Hara sanggup membahayakan nyawa hanya kerana dia kesal dengan kata-kata yang keluar dari mulut Erika. Mana perginya Sahara Irdeena yang dulu? Sahara irdeena yang tidak pernah makan hati dengan sesiapa.

“Kalau kereta tu tak ada break, tak ke kau jadi ayam penyet tengah-tengah jalan tu? Apa yang kau fikir Hara? Aku ni lagi kecewa dari kau tahu tak? Mama kau tu macam takkan pernah terima aku jadi menantu dia” dalam marah-marah itu pun sempat juga dia bandingkan situasi Hara dengan kisah sedih percintanyaan.

Hara yang duduk di meja makan hanya menggelengkan kepala. Dia belum pun habis menceritakan kejadian yang berlaku dari A sampai Z. Kawan baiknya itu sudah membebel seperti dia memang hendak bunuh diri pula. Dia sendiri tidak mahu mati dalam keadaan yang menyedihkan seperti itu.

Tiara yang tidak berpuas hati kemudian bingkas bangun dari sofa lalu duduk bertentangan dengan Hara dekat meja makan. Buntang matanya tidak berkelip merenung wajah Hara sambil kedua-dua tangan dilekapkan ke pipi. Dah kenapa pula di renung aku semacam ni? Masih fikir aku nak bunuh diri?.

“Kau dah kenapa? Sengih-sengih macam kera busuk?” soal Hara. dia mencapai secawan milo panas dihirup sedikit sebelum diminum. Kelakuan ganjil Tiara buatkan dia jadi kurang selesa.

“Tak kisahlah kera busuk atau kera tak busuk. Aku nak tahu siapalah jadi hero selamatkan kau?” mata kanan dikenyitkan.

“Hero?” riak Hara bertukar kosong. Kejadian petang tadi kembali bermain dalam mindanya. Dakapan erat Riyyan buatkan jantungnya berdegup kencang. Tanpa sedar tanganya berada di dada merasai degupan yang masih berdegup pantas.

“Ha’ahlah hero” angguk Tiara. Sudah tidak sabar-sabar rasanya dia mahu mendengar cerita lanjut dari Hara.

“Err…” dia teragak-agak untuk menyebut nama hero itu.

“Err? Nama dia err ke? Cepatlah cakap” desak Tiara. Dia ni memang tak sabar-sabar kalau benda tu berkaitan Hara dan juga lelaki. Tak kisahlah lelaki yang dia kenal atau tak yang penting ‘lelaki’. nak tahu sebab apa? Sebab dia berharap Hara akan terjatuh cinta tanpa sengaja. Bolehlah naik pelamin sama-sama nanti. Itupun, kalau keluarga Harris dapat menerimanya.

“Itulah kau tadi aku syok punya cerita ko potong. Sekarang aku malas nak bagitahu kau” tersenyum nakal.

Hei! Keritalah. Penat tahu tak aku tunggu. Hensem tak? Kau kenal? Ke kau dah berkenalan dengan dia?” semakin banyak pertanyaan yang diberikan oleh Tiara.

Hara bersandar pada kerusi.

“Kau nak tahu?” soalnya serius.

Tiara mengangguk

“Riyyan Mikail” ringkas saja jawapanya menjawab pertanyaan Tiara yang berjela-jela panjangnya.

“Riyyan… Mikail?” bulat mata Tiara bila nama keramat itu disebut oleh Hara. Mulutnya ternganga luas dengan mata tidak berkelip menikam ke wajah Hara. Biar betul apa yang dia dengar ini? Bagaimana mamat dingin, mata helang itu pula boleh menjadi hero kepada kawan baiknya.

“Kau tak percayakan?” soal Hara pula.

Tiara hanya mengangguk bingung.

“Aku pun tak percaya. Tappi, itulah kenyataannya. Dia tiba-tiba ada dekat situ selamatkan aku. Siku dia cedera masa kami jatuh dekat tepi jalan” jelas Hara mengingat kembali adegan seperti dalam drama Korea.

“Kau jatuh sama-sama dengan dia?” soal Tiara yang masih lagi terkejut.

Hara mengangguk lalu tersenyum.

Oh my god! Maknanya kau peluk dia? Dia peluk kau? So romantic” Tiara tersenyum-senyum. Sekali lagi dia melekapkan tangan ke pipi

“Banyaklah kau punya romantik. Tak romantik langsung kut! Eh dahlah daripada kau cuba bayangkan adegan yang tak berfaedah tu, baik kau goreng nasi tomato aku laparlah” dia menepuk-nepuk perut yang sudah sibuk bergendang kecapi kerana belum menjamah apa-apa lagi sejak tengah hari tadi. 

“Aku akan masak. Tapi, kau kena jawab soalan aku yang terakhir dengan jujur dari dalam hati, jiwa, nurani, perasaan kau” Kerusi Tiara tolak ke belakang. Dia berdiri dan berjalan di sebelah Hara.

“Apa dia?” soal Hara. Entah kenapa tiba-tiba saja perasaanya berdebar. Kadang-kadang soalan Tiara lebih susah dari soalan matematik tambahan universiti. Semua itu dia belajar dari Hara juga.

“Soalan aku yang bernilai nasi tomato special adalah… Waktu kau dan Riyyan Mikail jatuh dalam keadaan dia peluk kau. Kau tak ada perasaan gementar? Cinta?” soal Tiara. Sempat juga tersengih.

“Soalan apa kau tanya aku ni?”

“Kau nak makan atau tak? Kalau tak nak, tak payah jawablah. Tapi, setiap kali kau nak minta tolong aku, aku akan bagi soalan lagi dasyat dari ni. So, pilihan di tangan kau” tersenyum sinis. Kedua-dua tangan menepuk lembut bahu Hara.

Hara menghela nafas panjang lalu menghirup milo panas untuk meredahkan api kemarahan dalam hati. Tak bolehkah dia masak tanpa mendengar jawapanya? Dia kenal Tiara akan mengotakan janjinya dan mungkin selepas ini lebih banyak pertanyaan yang tidak masuk oleh akal akan dia tanyakan. Relaks Hara, lebih baik kau jawab aje soalan minah ni. Sekali sekala aku jujur dengan perasaan sendiri tak apa kut. Lagipun, aku percaya Tia takkan ceritakan hal ni dengan siapa-siapa.

“Nak jawab ke tak?”

“Nak jawablah ni” Hara melarikan pandangan pada Tiara.

“Jawapan jujur aku… of courselah aku berdebar. Tiba-tiba seorang lelaki datang selamatkan nyawa aku. Peluk aku, dia pula cedera disebabkan aku. Tapi, nak kata jatuh cinta tu memang tak mungkin kut. Kau tahu RiyyanMikail is not my test

“Are you sure?”

‘Yes im very ure miss Tiara. Sekarang kau boleh masak? Aku serius lapar ni’ pinta Hara. Dia sudah tidak mampu melayan kerenah dan pertanyaan-pertanyaan Tiara.

Tiara mengangguk sebagai tanda dia agak berpuas hati dengan jawapan Hara yang tidak cukup jujur baginya. Dia berharap Hara membuat pengakuan yang dia merasakan sedikit getaran cinta ketika berada dalam dakapan Riyyan. Tapi perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana Hara menolak sekeras-kerasnya untuk jatuh cinta terhadap Riyyan. Sebabnya? Cuma dia seorang saja yang tahu.

 

 

KELUAR saja dari lif, langkah Hara dan Tiara terhenti bila seseorang sedang menunggu mereka dekat luar. Hara dan Tiara buat-buat tidak melihat Erika yang sedang bercekak pinggang merenung tajam ke arah mereka.

“Hei, kau berdua buta ke tak nampak aku dekat sini?” jerkah Erika marah. Hampir sepuluh minit dia tercegat depan lif semata-mata nak tunggu Hara keluar dari rumah.

Mata Hara meliar memerhati kawasan sekeliling lalu melarikan semula pandangan pada Tiara. Tiara cuba tahan ketawa kerana dia sudah dapat meneka apa yang bakal dilakukan oleh Hara sebenatar lagi. Pelakon amatur terbaik dan dia pelakon pembantu amatur terbaik.

“Beb’ panggil Hara.

“Apa?”Tiara angkat kening. Bibir masih lagi tidak dapat sembunyikan senyuman.

“Aku dengar macam ada suara lain dekat depan lif tadi. Kau tak dengar?” jari telunjuk dihalakan ke depan pintu lif.

“Nampak, macam adalembaga berdiri dekat situ” Tiara ketawa. Tapi, tawa mati sebaik saja mata tajam Erika menikam tepat ke dalam matanya.

“Hei” Erika berjalan mendekati mereka.

“Lembaga tu datang sini” bisik Hara. Dia sebenarnya malas untuk berhadapan dengan Erika kerana perempuan gila itu hanya akan merosakkan harinya. Tapi, disebabkan dia sudah tidak dapat lari lagi. Dia cuma berdiri menunggu dengan hati yang sabar.

“Aku ada hal penting nak bincang dengan kau” kata Erika serius.

“Penting? Dah tak ada benda kita nak bincang Erika. Kau dah malukan aku depan abang Aydil dengan kerja kotor kau tu. Kau nak cakap apa lagi?” balas Hara. Rautnya bertukar dingin.

“Riyyan Mikail” jawab Erika.

“Riyyan?” Hara ketawa sambil menggeleng.

“Benda apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku? Aku dah pernah cakapkan kalau kau nak sangat dengan Riyyan pergi bawa jumpa tok kadi. i don’t care! Yang penting jangan ganggu hidup aku lagi” jelas Hara. Fizikal dan mentalnya sudah lali dengan semua perkara yang berkait dengan Riyyan dan Erika.

Ada kalanya dia merasakan Erika seorang penghidap penyakit mental. Mana taknya setiapkali bertemu dengan Hara tidak ada perkara lain yang akan dia bualkan selain daripada Riyyan Mikail. Meskipun sudah berulang-ulang kali Hara memberitahunya bahawa dia dan Riyyan tidak punya hubungan istimewa dan dia langsung tidak ada kena mengena dengan masalah cinta bertepuk sebelah tangan Erika terhadap Riyyan. Tapi, perempuan gila itu tetap saja beranggap Haralah punca kenapa Riyyan tidak dapat menerima cintanya.

“Selagi Riyyan tak cintakan aku, selagi itulah aku akan ganggu hidup kau. Kau kena tahu kau punca semua ni berlaku. Kalau kau tak ada, Riyyan akan jadi milik aku sepenuhnya.dasar perampas” pedas ayat yang keluar dari mulut Erika. Sempat juga dia melemparkan senyuman sinis pada Hara.

“Perampas?” Hara mula ketawa.

“Beb, dia panggil aku perampas” pandangan dilarikan pada Tiara sambil ketawa. Dia seperti sudah hilang akal disebabkan Erika.

Tiara hanya mengangguk.

Da yang tadinya berasa seronok dengan sesia soal jawab Hara dan Erika bertukar bimbang bila Hara seperti sudah mula hilang sabar dengan sikap melampau Erika. Kesabaranya semakin menipis bila Erika mula mengugut yang dia tidak akan teragak-agak untuk cederakan Hara jika Hara tetap dengan keputusanya untuk mendekati Riyyan. 

“Aku boleh bunuh kau bila-bila masa yang aku” kata Erika dengan begitu yakin.

Hara ketawa sinis. “Wow! Senangnya kau nak bunuh anak orang. Tapi, kau kena ingat aku pun bila-bila masa boleh patahkan tulang-tulang kau dan buat kau cacat seumur hidup” balas hara dengan sinis. Jika itu yang terpaksa dia lakukan untuk melindungi diri dari Erika. Dia akan lakukan. Jangan fkir dia seorang perempuan yang boleh dipijak-pijak begitu saja.

Erika menelan liru ketika mendengar amaran balas dari Hara. Dia pernah melihat Hara membelasah peragut beberapa tahun lalu dan dia tahu kudratnya yang tidak punya apa-apa teknik berlawan atau mempertahankan diri tidak akan mampu melawan seorang yang dibesarkan dengan taekwondo seperti Hara.

“Kenapa kau diam? Takut aku patahkan tulang kau?” soal Hara ketawa sinis.

Erika juga ketawa. Tangan dia genggam erat. “Ta… takut? Huh! Kau jangan perasan” jawabnya sedikit tergagap-gagap.

“Kalau takut cakap ajelah takut tak payah nak kontrol macholah depan kami” elah Tiara.

Erika jelingkan mata pada Tiara.

Tiara jelirkan lidah lalu menarik tangan Hara untuk pergi dari situ.

Namun, baru beberapa tapak mereka melangkah. Kedengaran suara Erika merengek kesakitan. Hara dan Tiara menoleh ke belakang, kelihatan Erika sedang duduk di lantai sambil mengurut-urut buku lalinya.

“Dah kenapa dengan perempuan tu?” soal Tiara hairan.

“Entah. Gila kut. Tak payah hiraukan dia. Jom pergi” jawab Hara. Semakin lama dia berada di situ, semakin jiwanya terseksa melayan kerenah Erika yang sungguh menguji tahap kesabaran dan keimannya.

“Baby!…”

Sekali lagi suara Erika membantutkan niat Hara. Baby? Dia tahu benar panggilan manja itu diberi khusus untuk Riyyan. Tanpa berfikir panjang Hara menoleh ke belakang kelihatan Kevin dan Riyyan keluar dari pintu yang bersebelahan dengan lif. Mereka lebih gemar untuk turun dari tingkat tiga dengan menggunakan tangga berbanding lif.  

Baby tolong I, kaki I terseliuh ni” kata Erika menghulurkan tangannya pada Riyyan.

Tapi, mata Riyyan dilarikan pada Hara dan Tiara yang berdiri tidak jauh dari situ. Apa yang jadi? Takkanlah Hara dengan Tiara tolak dia? Kaki dia nampak macam okey je. Nak tolong ke tak? Kalau aku tolong mesti Hara fikir yang bukan-bukan. Kalau aku tak tolong pula, nanti dia panggil aku manusia yang tak ada perikemanusiaan. Ergh! Kenapalah pagi-pagi buta lagi aku dah jumpa perempuan-perempuan ni. Kalut Riyyan memikirkan apa yang patut dia lakukan sekarang.

“Riyyan, you dengar tak I tengah sakit ni” panggil Erika lagi. Hatinya berdoa semoga Riyyan datang membantunya.

“Kevin help her” jawab Riyyan. Langkah mula diatur menuju ke arah Hara.

Erika mengerutkan dah sambil diketap. Lain yang dia harapkan lain pula yang berlaku.”Riyyan! Baby… tolonglah I! kaki I sakit ni. Semuanya sebab perempuan tu tolak I” Erika menggenggam kuat penumbuk menahan perasaan marah yang membuak-buak bila Riyyan langsung tidak memperdulikan keadaanya.

Eh! Bila masa pula aku tolak dia? Dia yang buat-buat jatuh sendiri. Dasar perempuan gila! Tak dapat Riyyan cara baik sekarang cuba nak buruk-burukkan aku depan Riyyan pula? Si budak Riyyan ni pun satu buat apalah datang sini? Pergilah tolong girlfriend kau yang gila tu. Ya Allah nasib malang apa yang menimpa hamba-Mu ini.

“Awak tak apa-apa?” soal Riyyan sebaik tiba di hadapan Hara dan Tiaa.

Hara mengerutkan dahi.

“Saya tak apa-apa. Pergilah tolong girlfriend awak yang gila tu. Bingitlah dengar dia terpekik-pekik panggil awak baby” jawab Hara. Dia menutup telinga dengan tangan.

Riyyan melarikan pandangan pada Erika. Kevin sudah menawarkan diri untuk membantunya. Tapi, dia menolak. Dia cuma akan bangun jika Riyyan sendiri yang hulurkan tangan dan memimpinya. Peluang keemasan yang dia cipta sendiri ini perlu digunakan sebaik-baiknya kerana cuma dengan cara ini dia dapat menggoda Riyyan.

“Tunggu apa lagi? Pergilah tolong. Malu tahu tak orang tengok” sambung Hara.

Riyyan menghela nafas panjang sambil langkah diatur berat mendekati Erka. Kalau bukan disebabkan desakkan Hara dia tidak akan lakukan perkara ini. Dia menghulurkan tangan lalu menarik tangan Erika dengan perlahan. Tapi, Erika gunakan kesempatan yang ada dengan terus mendakap Riyyan. 

Finally aku ada dalam dakapan Riyyan. Did you see this Sahara Irdeena? Bukan main bangga lagi erika ketika berada dalam dakapan Riyyan. Tapi, Riyyan pantas menolak tubuh Erika ke belakang.

“What are you doing?” soal Riyyan dingin. Matanya tajam menikam ke dalam mata Erika.

“Janganlah marah baby, I tak dapat imbang badan I tadi. But, what a nice hug from you” jawab Erika dengan senyuman menggoda. Dia mula mengatur langkah ke hadapan untuk merapati Riyyan.

“Erika” panggil Riyyan.

“Ya baby” jawab Erika. Dia mencapai tangan Riyyan.

Riyyan menepis kasar tangan Erika.

“Mungkin orang lain you boleh tipu. Tapi, bukan I. Please stop ganggu hidup Hara. I merayu” rayu Riyyan.

I akan stop bila you rasmi jadi boyfriend I. No, bila you bagitahu satu dunia yang you akan kahwin dengan I” tersenyum sinis.

Riyyan ketawa “Are you crazy?!” riak Riyyan bertukar dingin.

“Yes, I memang dah gila. Semua ni sebab siapa? Sebab you Riyyan”

Sekali lagi Riyyan hanya mampu ketawa seperti seorang lelaki yang mula tidak waras. Kevin hanya berdiri menjadi penonton kepada drama berepisod itu. Meskpun dia cuma faham sedikit apa yang sedang dibualkan oleh Riyyan dan Erika. Dia tahu Riyyan sudah mula hilang sabar terhadap Erika.

“Tolonglah Erik berhenti seksa hidup I. Lepaskan I, biarkan I hidup dengan tenang” pinta Riyyan.

I akan biarkan you hidup dengan tenang bila you jadi boyfriend I. Susah sangat ke permintaan I? atau you tak boleh buat sebab you cintakan Sahara Irdeena?” teka Erika. Jauh di hatinya berharap Riyyan menafikan perkara itu. Biarpun dia tahu jawapan apa yang akan keluar dari mulut Riyyan.

I rasa you dah tahu siapa dalam hati I. jadi, tolong hentikan semua ni” Riyyan merasakan dia tidak perlu menjelaskan perkara itu panjang lebar kerana Erika sendiri sudah tahu siapa yang bertahta dalam hatinya. Pada masa yang sama dia sendiri mula tertanya-tanya adakah memang benar gadis itu sudah bertahta dalam hatinya atau status gadis itu masih lagi sama seperti sebelum ini.

Erika ketawa. “I takkan putus asa Riyyan. Hara takkan ammpu miliki you kalau I tak dapat you. Itu janji I” matanya tajam menikam ke dalam mata Riyyan. Semakin Riyyan merayu minta supaya Erika melupakan dirinya, semakin hati Erika membuak-buak untuk mendapatkan Riyyan walau dengan apa cara sekali pun.

“Jangan panggil I Erika kalau I mengalah macam tu aje” sambungnya. Dia beredar dari situ meninggalkan Riyyan dengan seribu satu rasa.

 

NEXT CHAPTER ON TUESDAY- 3.00 PM

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku