Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
302

Bacaan






DI bawah pohon mapel Hara duduk menyiapkan tugasan yang baru saja diberikan oleh Prof Song. Kalau ikutkan sikap pemalasanya mahu saja dia buat pada minit-minit akhir. Tapi, bila memikirkan kekangan masa dengan tesis, tugasan lain dan niat untuk mencari kerja separuh masa bagi menampung perbelanjaan hidupnya. Dia paksakan diri juga untuk siapkan tugasan tersebut lebih awal.

Di Korea sudah menjadi perkara biasa orang awam duduk di tempat  berumput atau bawah pokok seperti yang dilakukan oleh Hara. Mereka tidak perlukan kerusi atau meja hanya tikar sebagai lapik. Ada juga yang hanya duduk bersila di atas rumput untuk merehatkan tubuh yang letih. Bezanya orang-orang di sekelilingnya berteman. Tapi, dia hanya ditemani komputer riba dan alunan lagu-lagu balada runut bunyi drama Korea kegemaranya.

“Alangkah seronoknya kalau ada teman? Orang mengorat ke? Aku seorang aje kut. Tapi…’ buntang matanya terpana pada seorang lelaki yang dalam perjalanan menuju ke arahnya. Tanpa dia duga bibir mengukirkan senyuman sambil tangan mula melambai ke arah lelaki itu. Namun, tangan cepat-cepat diturunkan bila dia teringat janjinya pada diri sendiri yang ingin jauhkan diri dari Riyyan.

Heol! Aku hampir cari masalah tadi” kepala dia gelengkan lalu tumpukan semula perhatian pada skrin komputer riba. Anggap saja dia tidak melihat Riyyan melalui tempat itu. Masalah pasti akan timbul jika dia berkeras juga untuk berkawan dengan Riyyan kerana Erika tidak akan biarkan dia hidup dengan tenang.

“Assalamualaikum”

Hara angkat wajah sebaik saja mendengar suara seseorang memberikan salam. Bulat matanya melihat Riyyan berdiri betul-betul di hadapanya. Mata kemudian meliar memerhati kawasan sekeliling mencari kalau-kalau Erika berada di situ.  

“Awak tengok apa?” soal Riyyan hairan. Matanya turut meliar ke tempat yang sama dengan Hara.

“Erika” jawab Hara ringkas.

“Erika tak ada” balas Riyyan lalu melabuhkan duduk di atas tikar Hara.

“Siapa suruh awak duduk?” soal Hara dengan mata bulat. Dia kalau boleh mahu Riyyan beredar dari situ sebelum Erika tiba-tiba muncul dan kata mereka berdua sedang dating pula.

“Tak boleh duduk ke?” soal Riyyan pula.  

“Bukan tak boleh. Tapi, saya tak naklah crush awak meroyan tengok saya dengan awak nanti. Saya penatlah layan kerenah dia seorang. Kalau tak disebabkan dia, saya…” Hara diam. Bibir dia gigit lalu meneguk americano dalam cup. Hampir saja dia menceritakan apa yang Erika telah lakukan padanya.

“Apa yang dia buat dengan awak?” soal Riyyan berminat.

“Awak tak perlu tahulah. Semua ni berpunca dari awak tahu tak? Eh, lebih baik awak jarakkan diri awak dari saya macam dulu” pinta Hara dengan serius.

“Kalau saya tak nak macam mana?” tanya Riyyan.

“What?” Hara mengerutkan dahi.

Riyyan tarik nafas dalam-dalam. Dia tidak pasti sama ada mahu berterus terang tentang hubunganya dengan Erika kepada Hara ataupun tidak. Tapi, dia tidak mahu Hara terus beranggapan dirinya adalah perosak kepada hubungan mereka. Sedangkan selama ini cuma Erika saja yang tergila-gilakan Riyyan, sementara itu, Riyyan hanya menganggapnya tidak lebih dari seorang kawan. Ada kalanya dia sendiri tidak sanggup berhadapan dengan sikap mendesak Erika.

“Riyyan, aku… maksud aku saya lagi suka diri awak yang dulu. Diri awak yang bencikan saya sebab saya cheer leader. Jadi tolong jadi diri awak yang sebenar supaya saya…”

“Saya masih Riyyan Mikail yang sama. Saya masih tak sukakan awak sebab awak cheer leader. Saya kalau boleh tak nak berkawan dengan awak. Tapi…” Riyyan diam. Sukar untuk dia meneruskan kata-katanya.

“Tapi apa?” soal Hara serius. Jarang sekali dia berada dalam situasi serius seperti ini.

“Tapi, macam yang saya cakap sebelum ni saya tak sukakan awak dan saya tak bencikan awak” balas Riyyan serius.

Hara tersenyum. “Okay. So?” kening Hara angkat.

“I need you’re help Sahara. Awak ingatkan awak pernah kata kalau saya tolong awak, awak tunaikan permintaan saya?” sambung Riyyan tetap berwajah dingin.

Hara mengangguk. “Itu kalau awak tolong saya. Tapi, pada hari kejadian awak undu diri sebab takutkan Farah. Jadi, tak ada maknanya saya nak tolong awak sekarang. Dah pergi dari sini sebelum kekasih awak tu nampak kita” dia pantas menolak Riyyan sehingga punggungnya terkeluar dari tikar.

Okay, kalau awak tak nak tolong tak apalah. Saya tak sepatutnya letakkan harapan yang awak akan tolong saya.” Riyyan bingkas bangun. Sebelum pergi sempat juga dia menoleh ke arah Hara yang sedang sibuk menaip sambil bernyanyi-nyanyi lagu Korea.

“Awak nak pergi mana?” soal Hara.

“Kalau saya duduk lama-lama dekat sini takut Erika nampak pula. Tak pasal-pasal dia serang awak lagi” jawab Riyyan. Sempat juga matanya meliar memerhati kawasan sekeliling mencari kalau-kalau Erika ada bersembunyi di mana-mana.

Sahara, kau kata kau tak bencikan aku. Tapi, dari mata kau, aku tahu kau tak selesa setiap kali bersama aku. Mungkin kau masih belum dapat terima aku sebagai kawan kau. Salah aku juga sebab selama ini bersikap dingin dengan kau. Mungkin, betul kata kau. Kita patut jauhkan diri macam dulu. Bisik hatinya beredar dari situ. 

Hara dengan perasaan bercampur baur hanya membiarkan Riyyan pergi dari situ. Dia tekad dengan pendirianya untuk menjauhkan diri dari Riyyan. Keselamatan dan ketenangan hidupnya sebagai pelajar tahun akhir di universiti itu adalah lebih penting berbanding terpaksa berhadapan dengan dua manusia bimbo yang menakutkan dan mmaat dingin, mata helang yang hampir membuatkan dia hanyut dengan perasaanya sendiri.

“Huh!” keluh Hara panajng setelah Riyyan beredar dari situ. Kaki dia julurkan ke hadapan lalu mendongak ke langit yang membiru. Dedaun dari pohon mapel yang keperang-perangan gugur jatuh di atas kepala. Dia mengambil sehelai daun lalu diletakkan di atas buku yang terbuka.

“Jujur, kau seorang lelaki yang baik walaupun kau jarang senyum. Tapi, sekali kau senyum, kau buat jantung aku berdegup kencang. Aku… aku tak sukakan kau dan aku takkan pernah sukakan kau. Itu janji aku untuk diri aku sendiri” buku dia tutup.

 

  

HI baby you nak pergi mana?”

Bulat mata Riyyan bila melihat Erika tiba-tiba saja duduk di sebelahnya. Nafas dihela sedikit panjang lalu mengensot sedikit ke kiri. Tapi, Erika terus mengikutnya sehinggalah tidak ada ruang lagi untuk dia menjarakkan diri dari Erika.

You tahu tak selama tiga bulan cuti sem. I rindu sangat dengan you. I nak jumpa you. Tapi, you langsung tak nak jumpa I. You tak rindukan I ke?” soal Erika. Sedikit demi sedikit jemarinya menjalar ke tangan Riyyan. Dia cuma perlu bersabar sedikit lagi untuk memiliki hati lelaki itu. Dia tidak akan berputus asa dengan mudah setelah hampir sepuluh tahun mengejar cinta Riyyan.

Riyyan melepaskan pegangan tangan Erika lalu berpaling memandang ke hadapan. Selama sepuluh tahun dia mengalami tekanan perasaan disebabkan Erika. Dia bukan ingin menyalahkan Erika. Tapi, Kalau bukan disebabkan Erika dia tidak perlu hidup sebagai seorang lelaki yang tidak berperasaan dan dingin seperti ini. Jujur dia rindukan dirinya yang dulu. Dia ingin kembali kepada dirinya yang dulu. Walaupun perkara itu mungkin mustahil untuk dia kembali.

“Apa salah I? kenapa you tak boleh terima I? I… I betul-betul cintakan you. You tak nampak ke semua tu?” soal Erika yang cuba untuk menenangkan diri. Dia tahu tindakkan agresifnya hanya akan menambahkan lagi kebencian dia hati Riyyan.

“Perasaan, cinta tak boleh dipaksa. Iharap you faham” jawab Riyyan.

“Tapi, boleh dipupuk. Takkan sikit pun you tak ada perasaan dengan I? I dah buat macam-macam untuk buat you jatuh cinta dengan I” aku cuma belum jumpa bomoh untuk bagi ubat pengasih. Kalau aku terdesak mungkin aku akan buat. Asalkan kau jadi milik aku. Sambung Erika dalam hati. Itu adalah cara terakhir yang akan dia gunakan untuk mendapatkan Riyyan. 

I dah cuba. Tapi, I tak boleh. I cuma anggap you macam kawan I. jadi tolong jangan rosakkan hubungan persahabatan ni disebabkan perasaan you untuk I. Itu bukan cinta Erika. Tapi, obses” Riyyan melarikan pandangan pada Erika. Wajahnya lebih serius dari biasa. Hatinya hanya mampu berdoa Erika berhenti mengejarnya dan biarkan dia hidup dengan tenang supaya dia mampu berfikir tentang dirinya sendiri.

“Obses?” Erika ketawa kecil sambil kepala digeleng beberapa kali.

Buntang mata kemudian dialihkan semula pada Riyyan. Raut wajah serius Riyyan benar-benar melucukan. Tapi, dia tetap dengan misinya yang hanya ingin memiliki Riyyan Mikail. “Kalau i tak dapat miliki you, perempuan mana-mana dekat dunia ni pun takkan dapat miliki you. Terutamanya Sahara Irdeena” sambungnya dengan bersungguh-sunggguh. Terukir senyum sinis di hujung ayatnya menandakan yang dia tidak akan pernah benarkan Hara mendekati Riyyan.

“Sahara Irdeena?” tajam Riyyan menikam ke dalam mata Erika.

Erika senyum sinis. “Ya. You takut I apa-apakan dia ke?” ketawa kecil lalu melarikan pandangan ke hadapan.

“Kau jangan berani sentuh dia. Dia tak ada kena mengena dalam hal kita” kata Riyyan sedikit kasar.

“Tak ada kena mengena? You dah lupa pengakuan you ke? Riyyan Mikail. You jangan fikir I tak tahu selama cuti semester lepas you pernah keluar dengan dia” sambung Erika dengan sinis.

Riyyan membeku. Macam mana dia tahu apa yang berlaku? Takkanlah dia hantar spy ikut ke mana aje aku pergi? Perempuan ni memang dah gila agaknya.

“Huh! You lebih menakutkan dari apa yang I bayangkan” Riyyan juga senyum sinis. Erika benar-benar buat dia hilang akal. Lebih baik dia beredar dari situ sebelum darahnya mendidih dan mengeluarkan kata-kata yang hanya menambah kemarahan Erika terhadapanya.

Namun, belum sempat kaki melangkah Erika pantas memegang erat pergelangan tangan Riyyan. Dia juga angkat punggung dari kerusi lalu berdiri di hadapan lelaki itu. Jelas dari wajah Riyyan dia tidak mahu lagi bertentangan mata denganya. Tapi, Erika pantas melekapkan tangan di pipi Riyyan

“What are you doing Erika?” soal Riyyan dengan tangan Erika masih melekat di pipinya.

Erika hanya tersenyum manis.

“Alihkan tangan kau” pintanya. Dia cuba menaglihkan tangan Erika.

Namun, Erika hanya membalas dengan satu senyuman lallu melangkah setapak ke hadapan sambil kaki dijongketkan sedikit supaya sama tinggi dengan Riyyan. Inilah masanya dia tunjukkan betapa hebatnya godaan seorang wanita yang terdesak sepertinya.

“I want to kiss you” kata Erika. Wajahnya ditolak sedikit ke hadapan.

Riyyan pantas menolak wajahnya ke belakang lalu kedua-dua tangan menolak bahu Erika sehingga kakinya terundur ke belakang. Dia menghela nafas lega kerana berjaya mengelak daripada melakukan perkara yang memalukan itu. Buntang mata masih tajam.

Are you crazy?! I dah warning you supaya jangan buat perkara yang buat I bertambah benci dengan you. Tapi…”

Belum sempat Riyyan menyebut perkataan seterusnya Erika pantas mencelah. Dia lakukan perkara gila ini semuanya disebabkan Riyyan. Dia mahu Riyyan tahu betapa dia cintakan Riyyan, betapa dia ingin miliki Riyyan. Dia rela mati daripada melihat Riyyan bersama wanita lain.

Kata-kata yang sungguh mengharukan dari Erika mengundang tawa di bibir Riyyan. Wanita itu benar-benar buat dia hilang akal. Apa lagi yang perlu dia lakukan untuk buat Erika mengerti tentang hati dan perasaanya tidak boleh dipaksa. Dia bukanya tidak cuba menyukai Erika. Tapi, selepas apa yang berlaku ketika mereka di tingkatan lima. Tidak mungkin dia mencintai wanita itu. Berhadapanya denganya saja sudah buat dia sesak nafas. Apatah lagi tinggal sebumbung dengan gelaran pasangan suami isteri. Semua itu tidak mungkin akan terjadi.

“Kau buat aku bertambah bencikan kau!” bentak Riyyan yang sudah kehilangan sabar.

Dia beredar meninggalkan Erika sebelum kebencianya bertambah. Tapi, sekali lagi langkahnya terhentinya bila melihat seorang gadis dengan wajah kosong berdiri tidak jauh dari situ menyaksikan adegannya bersama Erika tadi. Tapi, belum pun sempat Riyyan memanggilnya, dia pantas berpaling membelakangi Riyyan dan pergi dari tempat itu.

“Huh!” keluh Riyyan sambil menggenggam penumbuknya dengan kuat.

“Riyyan!” panggil Erika. Badan dia pusingkan ke belakang untuk memandang Riyyan yang berdiri tidak jauh dari belakangnya.

“Shut up! Aku tak nak dengar apa-apa” marah Riyyan dengan nada suara yang tinggi. Jari telunjuk dia halakan pada Erika lalu terus beredar dari situ. Selama ini dia cuba bersabar dan beranggapan Erika tidak mungkin akan melakukan perkara-perkara gila seperti itu. Tapi dia silap. Erika ternyata lebih menakutkan dari apa yang dia sangka.

“Macam mana kalau Hara fikir Erika cium aku? Macam mana kalau dia fikir aku ni seorang lelaki teruk yang suka ambil kesempatan terhadap perempuan?” persoalan itu mula bermain di mindanya. Reaksi Hara tadi jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan adegan yang tidak disnaka-sangka itu.

“Mana pula dia pergi ni?” gumam Riyyan sendiri. Buntang matanya meliar mencari Hara di merata-rata tempat. Tapi, bayang gadis itu langsung tidak kelihatan. Dia perlu jelaskan perkara yang berlaku sebelum gadis itu berfikir bukan-bukan tentang dirinya.

Pencarian diteruskan ke studio tempat ahli-ahli pasukan sorak berlatih iaitu yang terletak di bangunan fakulti seni dan seni persembahan. Dia yakin berkemungkinan besar Hara berada di situ kerana dia memakai baju latihan tadi. Pintu studio perlahan-lahan dia buka. Kelihatan Hara dan ahli pasukan sorak sedang memanaskan badan. Tanpa dia duga matanya bertentangan dengan mata Hara. Apa lagi pintu pantas dia tutup lalu bersandar pada dinding sambil mengurut-urut dada.

“Dia nampak aku ke?” soalnya kepada diri sendiri.

“Yes Riyyan Mikail awak cari saya ke?” Hara keluar dari studio untuk bertemu dengan Riyyan. 

Dia berdiri betul-betul di hadapan Riyyan.

Riyyan tunduk lalu kembalikan pandangan pada Hara. Aku perlu jelaskan pada dia tentang kejadian tadi. Aku tak nak dia fikir aku ni lelaki miang atau… Belum sempat dia buka mulut, kedengaran suara Seung Min yang baru saja tiba memanggil Hara. Hara melarikan pandangan pada Seung Min lalu melakukan high five.

Kehadiran Riyyan di situ mengejutkan Seung Min.

“Riyyan? What are you doing here?” soal Seung Min.

“Ada apa-apa awak nak cakap ke?” soal Hara pula.

Nothing, saya cuma sesat” jawab Riyyan. Dia beredar dari situ sebelum sempat menjelaskan kejadian yang berlaku antaranya dan Erika tadi. “Bodoh! Kenapa susah sangat kau nak cakap dengan dia” gumamnya sambil menepuk dahi.

Seung Min dan Hara hanya memandang Riyyan sehingga hilang dari jangkauan penglihatan mereka. Terbit senyuman dibibir Hara mendengar jawapan yang tidak masuk akal dari Riyyan. Sudah hampir lima tahun mereka belajar di universiti itu dan mustahil untuk pelajar ginius seperti dia untuk sesat.

“Jangan-jangan dia datang nak jelaskan adegan tadi kut. Huh” Hara tersnyum sambil menggelengkan kepala.

“Adegan?” Seung Min melarikan pandangan pada Hara.

“Tak ada apa-apa” sambung Hara menggelengkan kepala.

Mereka masuk ke dalam studio untuk memulakan latihan untuk pertandingan sorak antara suniversiti yang akan berlangsung pada hujung musim luruh nanti. Ini adalah persembahan terakhirnya sebelum meninggalkan kelab pasukan sorak untuk tumpukan sepenuhnya perhatian pada tesis dan tugasan semester akhir nanti.

 

 

RIYYAN meletakkan bag di atas lantai dewan bola keranjang universiti lalu baring di atas bag. Rakan-rakan sepasukanya masih belum tiba cuma ada beberapa orang yang sedang memanaskan badan. Dia tidak dapat melupakan tindakkan drastik Erika tadi. Kalaulah dia tidak menolak kepala ke belakang dan menolak Erika ke belakang sesuatu yang tidak dia ingin mungkin telah berlaku.

“Tak pasal-pasal perempuan gila tu rampas ciuman pertama aku. Hello, my lips only for wife” gumamnya geram. Tangan kanan menyentuh bibir yang hampir disapa oleh wanita yang dia anggap bukan takdirnya. 

Sekarang apa patut dia lakukan untuk buat Erika mengerti. Sepuluh tahun berlalu Erika tetap mengejarnya dan ada kalanya dia merasakan dirinya dikongkong oleh seorang yang begitu menakutkan. Masih segar dalam ingatanya perbualan Erika bersama seseorang di hujung talian beberapa tahun lepas.

“Aku takkan putus asa. Aku akan pastikan kau jatuh ke tangan aku. Kau mungkin tak cintakan aku sekarang. Tapi, lambat laun ku akan tergila-gila aku Riyyan. Kalau aku tak dapat miliki kau. orang lain pun tak boleh miliki kau. terutamanya dia" terenyum sinis.

Setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut Erika terasa begitu menakutkan sekali. Riyyan tidak tahu sejauh mana dia akan bertindak untuk dapatkan Riyyan. Tapi, Riyyan sering berdoa di setiap sujudnya agar dirinya, hatinya dan sesiapa saja yang berada di ssisinya dipelihara oleh Allah. Dia tidak sanggup melihat jika ada sesiapa terluka olehnya.

“Hei!” sapa Kevin. Dia mengambil tempat di sebelah Riyyan.

Kevin atau nama sebenarnya Woo Sung Hyun adalah seorang lagi teman serumahnya dan Izwan. Kevin agak berbeza dengan Izwan yang suka jaga tepi kain teman serumahnya. Dia lebih gemar habiskan masa di luar dengan bersukan dan mempunyai dance academy sendiri. Boleh dikatakan dia juga berkawan baik dengan Hara sama seperti Seung Min.  

“Kau ada masalah?” soal Kevin.

Riyyan tersenyum. Jarang sekali Kevin bertanya seperti itu.  

“Tak ada apa-apa. Masalah kecil aje” jawabnya.

Kevin mengangguk lalu menepuk bahu Riyyan beberapa kali. Dia memberitahu Riyyan bahawa Tuhan cuma berikan hidup sekali di dunia ini. Kalau diberikan peluang kedua itu boleh dianggap bertuah. Sebagai seorang orang asing dia mungkin tidak patut mengatakan apa yang ingin dia katakan. Tapi, peluang sekali yang diberikan Tuhan perlulah didunakan sebaiknya.

“Kalau kau sukakan perempuan tu kau kena berani luahkan perasaan kau. Jangan sampai kau menyesal” sambung Kevin lalu berdiri.

“Apa maksud kau? Aku tak suka siapa-siapa pun” nafi Riyyan. Tanpa dia sedar mukanya berubah warna kerana malu.

“Yakah? Kalau macam tu tak apalah” balas Kevin. Dia iyakan saja penafian Riyyan

“Kau dah serumah dengan aku dekat lima tahunkan? Kau pernah nampak aku keluar dengan perempuan? Selain perempuan gila tu?” soal Riyyan pula. Perempuan gila merujuk kepada Erika.

Kevin menggelengkan kepala. Dia memang tidak pernah melihat Riyyan keluar dengan mana-mana perempuan. Tapi, dia selalu perhatikan Riyyan curi-curi pandang seseorang.  

“Sebelum aku sambung panaskan badan. Mari aku bagi nasihat sikit, ego lelaki memang tinggi. Kita tak nak mengaku kita sukakan seseorang tu. Tapi, hakikat yang sebenar kita menaruh perasaan terhadap dia. Eh, dahlah cakap dengan kau pun bukanya kau faham pun” Kevin bingkas bangun lalu menyambung kembali aktiviti memanaskan badan.

Riyyan masih duduk di tempatnya memikirkan kata-kata Kevin. Dia akui egonya sebagai seorang lelaki memang tinggi. Dia menafikan perasaanya sendiri. Meskipun hatinya mengatakan dia sukakan gadis itu. “Cinta tak semestinya memiliki. Demi lindungi dia aku akan lepaskan dia” katanya sambil menghela nafas panjang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku