Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
302

Bacaan






DALAM keadaan tergesa-gesa Hara berlari ke bilik kuliah iaitu tempat semua pelajar-pelajar Malaysia di univerisit itu berkumpul. Inilah perjumpaan pertama mereka selepas bermulanya semester baru. Tujuan perjumpaan hari ini adalah untuk membincangkan pemilihan presiden dan ahli jawatan kuasa kelab yang baru memandangkan presiden sebelum ini telah tamat pengajian.

Dia melihat jam di tangan sudah menunjukkan 8.05 malam. Ini bermaksud dia sudah lewat lima minit. Nafas dihela panjang sebelum tangan kiri memulas tombol pintu lalu menolak pintu ke belakang.

Cheer leader girl  baru sampai?” sapa Izwan sinis.

Semua mata kini tertumpu pada Hara. Tiara hanya mampu menggelengkan kepala menahan rasa malu pada junior-junior mereka yang datang lebih awal dari kawan baiknya itu. Hara hanya membalas sapaan sinis itu dengan satu senyuman sambil buntang mata meliar mencari satu tempat kosong. Alamak, nak duduk mana ni? Takkan depan Izwan? Tak nak aku. Bisik hatinya.

“Awak tercegat apa lagi tu? Takkan nak menari  kat depan ni? Pergi ajelah duduk sebelah Riyyan” arah Izwan. Tangannya pantas menolak Hara ke hadapan.

Bulat mata Hara menikam ke dalam mata Izwan. Tapi, Izwan cuma balas dengan satu sengihan. Mentang-mentang naib pengerusi, suka hati kau aje nak arah aku. Tak apa, kali ini dengar aku cakap kau sebab aku malas nak tunjuk perangai buruk aku depan adik-adik ni. Habis nanti kau siaplah. Getus Hara dalam hatinya.

“Pergilah duduk” gumam Izwan. Bibir dia gigit lalu tersenyum. Dia tahu Hara sudah mula naik angin dengan sikap berlagaknya. Tapi, dia terpaksa lakukan itu unuk tunjukkan dirinya seorang yang tegas.

Hara tersenyum “Kau tunggu” gumamnya dalam keadaan berbisik.

Izwan menghela nafas panjang. Kata-kata ringkas Hara cukup buat dia kecut perut. Tali leher dilonggarkan sedikit sebelum dia meneruskan agenda mereka pada hari ini. Sempat juga anak mata memandang sekilas ke arah Riyyan dan Hara. Mereka berdua kelihatan sedikit janggal. Hara sedikitpun tidak memandang Riyyan. Dia nampak tidak selesa berada di situ. Mana taknya, mata Erika tidak lepas dari perhatikan setiap gerak gerinya.

“Fuhh!” nafas dihela panjang.

Kenapalah aku kena duduk sebelah mamat dingin mata helang ni? Tak guna kau Izwan. Kau saja nak kenakan akukan? Tak apa, kejap lagi aku kerjakan kau. Buntang mata tajam menikam ke arah Izwan. Izwan buat-buat tak nampak dengan melihat ke tempat lain.

 Sementara Izwan sedang sibuk bertanyakan idea tentang aktiviti mereka untuk semester ini. Riyyan dan Hara hanya mendengar dengan senyap. Selalunya Hara banyak bercakap. Tapi, tidak hari ini. Dirinya terasa seperti sedang diperhatikan oleh pembunuh bersiri. Mesej dari Erika yang berikan amaran supaya jangan bercakap dengan Riyyan bertubi-tubi masuk. Tapi, dia tidak pedulikan.

“Kau siapa nak larang aku? Isteri dia?” gumam Hara. Telefon dia hempas ke meja.

Riyyan kerlingkan mata pada telefon lalu pada Hara. Bibirnya monyok sambil bibir diketap kuat. Tidak lama selepas itu sekali lagi bunyi bip menandakan ada mesej masuk. Hara mengeluh lalu mencapai semula telefonya. Apa lagi agaknya yang akan dikatakan oleh perempuan gila itu.

Dia menolak skrin ke atas untuk membuka kunci telefon tersebut. Bulat mata Hara bila terpapar gambar Erika dan Riyyan sedang bercumbu. Mulutnya ternganga seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya. “Astagfirullahalazim” Hara matikan skrin lalu letakkan kembali telefon di atas meja.

Tindakkan Hara mengejutkan Riyyan. Sekali lagi ekor mata memandang gadis itu dan telefon di atas meja. Sesuatu telah berlaku itulah yang ditunjukkan oleh riak wajah Hara sekarang. Beberapa saat kemudian, dia juga menerima satu mesej. Nama Erika terpapar pada skrin. Kalau ikutkan hati dia malas hendak buka mesej itu. Tapi, pada masa yang sama dia berasa ingin tahu gambar apa yang dihantar oleh Erika padanya.

Dengan perasaan bercampur baur dia menolak skrin ke tepi. Terpapar jelas gambar dia sedang bercumbu dengan Erika. Riyyan mengeuk liur lalu melarikan pandangan pada Erika yang duduk dekat dengan dinding. Erika hanya memblas jelingan tajam itu dengan senyuman puas. Itu baru permulaan. Ada banyak lagi yang akan dia lakukan untuk pastikan Riyyan jadi milikinya.

 

Erika

 Sweet tak baby? Kalau baby nak tahu itulah gambar yang I hantar dengan perempuan yang you cinta. You rasa dia percaya tak?

 

‘Tak guna!” gumam Riyyan.

Dia kemudian melarikan pandangan pada Hara yang hanya duduk membatu di kananya. Ya Allah macam mana kalau dia percaya dengan gambar tu? Sahara tak mungkin saya buat perkara terukutu macam tu. Semua tu cuma permainan Erika untuk buat awak jauhkan diri dari saya.

Riyyan menghela nafas panjang lalu bersandar pada kerusi. Dia tidak tahu mengapa hatinya tidak tentu arah bila memikirkan Hara mungkin akan membencinya. Dia cuba bertenang dan berpura-pura tidak kisah dengan perbuatan Erika. Tapi, wajah kecewa Hara buatkan jiwanya tidak tenteram.

“Sa…” bibir dia ketap. Entah kenapa bibirnya terasa begitu berat sekali untuk memanggil nama Sahara.

Riyyan? Riyyan sanggup lakukan perkara terkutuk tu? Aku fikir dia berbeza dari lelaki-lelaki lain. Tapi… Ya Allah Ya Tuhanku  benarkah semua ni? Tak mungkin Riyyan Mikail sanggup buat macam tu? Dia… Dia…

“Sahara”

Suara Izwan menyedarkan Hara dari lamunanya.

Wajah pantas dia angkat lalu melarikan pandangan pada Izwan. Dia cubabuat lagak biasa yang ceria. Tapi, dia tidak dapat sembunyikan wajahnya yang pucat. Ada air mata bergenang di hujung mata. Namun, cepat-cepat dia kesat dengan lengan baju. Izwan yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan Hara yang dia terlepas pandang.

“Awak ada apa-apa idea?” soal Izwan. Buntang mata hanya ditumpukan pada Hara dan sesekali pada Riyyan. Riyyan kelihatan tenang. Tidak seperti Hara.

“Tak ada” ringkas saja jawapan yang diberikan oleh Hara.

“Awak manalah pernah ada idea. Kalau suruh buat koreografi bukan main mencanak-canak idea keluar. Riyyan, kau ada idea?” dia beralih pula pada Riyyan.

“Maaflah bro, aku pun tak ada idea” jawab Riyyan. Dia seperti biasa jarang tersenyum membuatkan pelajar-pelajar baru dalam kelab itu merasakan dia seorang yang sombong. 

Izwan mengangguk. Sesuai sangatlah mereka duduk semeja dua-dua tak boleh harap. Memandangkan tidak banyak idea yang menarik perhatianya mereka mula mengundi sama ada melakukan aktiviti mendaki bukit pada musim luruh atau adakan camping di Nanji Hangang Park yang bertujuan untuk merapat silaturahim antara pelajar-pelajar Malaysia yang baru dan sudah bertahun-tahun tinggal di Korea.  

Ramai dalam kalangan mereka tidak sanggup mendaki bukit kerana cuaca yang agak sejuk pada msuim luruh. Tiara pula merasakan aktiviti camping lebih menarik selain daripada mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Mereka boleh membuat camp fire iaitu masa untuk setiap pelajar meluahkan isi hati mereka tentang apa saja atau pengalaman mereka sepanjang berada di perantauan.

Izwan juga bersetuju dengan kata-kata Tiara kerana dia sendiri tidak sanggup untuk mendaki bukit-bukit di Korea. Biarpun tidak setinggi Gunung Kinabalu, Gunung Tahan. Tapi, ia sungguh meletihkan. Aktivit camping adalah cara terbaik untuk mereka merehatkan diri dari kesibukan sebagai seorang pelajar.

“Baiklah memandangkan semua dah setuju dengan camping. So, aktiviti pertama kita untuk semestr ni adalah camping di Nanji Hangang Park. Setiausaha dah tulis?” soal Izwan. Buntang matanya dihalakan pada Tiara.

“Siapa setiausaha?” soal Tara pula. Rasa pelik pula bila mata Izwan memandangnya.

“Awaklah” jawab Izwan.

“Saya? Bila masa pula saya jadi setiausaha dalam kelab ni?”

“Sekarang. Awak seorang aje yang rajin menaip. Okey, sekarang kita akan pilih pengerusi a.k.a presiden baru untuk persatuan kita. Ada candangan?”

Sebaik saja cadangan dibuka kebanyakkan pelajar junior mencadangkan beberapa nama yang mereka rasa layak sebagai pengerusi. Izwan yang kelihatan berkarisma di mata mereka juga dicalonkan sebagai calon pengerusi. Tapi, keadaan di meja belakang sepi. Hara dan Riyyan tidak dapat menumpukan perhatian pada perbincangan itu.

Huh! Apalah budak berdua tu tengah fikirkan sekarang? Kata Izwan dalam hatinya. Jasad Hara dan Riyyan bersama mereka. Tapi, fikiran mereka sudah terbang jauh dari bangunan itu.  

“Izwan” panggil Tiara.

“Apa?” Izwan melarikan pandangan pada Tiara.

“Masa untuk undi”

“Oh, saya serahkan pada awak. Awakkan setiausaha” kata Izwan. Dia arahkan Tiara berdiri di hadapan sementara itu dia duduk. Tidak adil rasanya jika dia sendiri mengira undi sedangkan dia juga tercalon sebagai calon pengerusi.

Masa terus berlalu Hara dan Riyyan hanya mendiamkan diri. Izwan telah dilantik sebagai pengerusi baru berdasarkan undi majoriti. Manakala penolong pengerusi diberikan pada Alvin seorang pelajar tahun empat dalam bidang kejuruteraan elektronik. Terakhir sekali adalah pembahagiaan tugas untuk aktiviti camping di Nanji Hangang Park. Semua tugas telah dibahagikan sama rata. Pelajar tahun satu juga diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang pengurusan.

“Abang Izwan” panggil Alvin.

“Ya Alvin” Izwan melarikan pandangan pada Alvin.

“Malam campfire tu takkan tak ada hiburan? Macam menyanyi ke? Bosanlah kalau tak ada hiburan” cadang Alvin.

“Good idea. Saya pun ada terfikir juga. Tapi, siapa nak menyanyi? Kalau menari boleh bagi dekat Sahara. Diakan Cheer leader” kata Izwan dalam nada bergurau. Tapi, Hara hanya memandang dengan wajah kosong.

“I have an idea” celah Maria pelajar tahun satu

“Idea apa Maria?” soal Izwan. Wah kalau perempuan cepat saja dia ingat nama. Tapi, kalau lelaki sudah bertahun-tahun pun belum tentu dia ingat nama. Contohnya nama Alvin selalu bertukar menjadi Aaron. Alasanya nama Aaron lebih popular berbanding dengan nama Alvin.

“Semua dekat sini dah ada tugas masing-masing. Tapi, akak dengan abang dekat belakang tu macam tak ada tugas lagi. So, cadangan saya apa kata akak dengan abang tu fikirkan persembahan atau untuk persembahan pembukaan minta dorang nyanyi satu lagu. Lepas tu siapa-siapa ajelah yang nak nyanyi boleh nyanyi” cadang Maria.

Izwan dan Tiara saling berpandangan ada betulnya juga kata Maria cuma Hara dan Riyyan yang belum diberikan tugas. Erika sudah diberikan tugas menempah tempat itu. Jadi, tanpa mendapatkan persetujuan daripada manusia yang fikiranya tidak berada dalam bilik kuliah. Izwan dengan beraninya berikan tugas persembahan pada mereka berdua.

“Sahara, Riyyan awak berdua setuju?” soal Izwan.

Tidak ada respon dari mereka berdua.

“Kenapa dengan dorang tu?” bisik Izwan.

“Aku pun tak tahu. Kau pergilah dekat dorang” jawab Tiara sambil menggelengkan kepala.

Izwan tidak ada pilihan lain, dia mendekati Hara dan Riyyan. Kedua-dua tangan diletakkan di atas bahu kiri Hara dan bahu kanan Riyyan.

“Riyyan, Hara” gumamnya, bibir diketap lalu tersenyum. Dia tidak mahu junior mereka tahu tentang masalah tradisi Hara dan Riyyan.

Riyyan dan Hara sama-sama menoleh ke arah Izwan.

“Kau berdua ditugaskan untuk buat persembahan pembukaan untuk campfire camping nanti”

“Apa?” bulat mata Hara mendengar tugas yang diberikan padanya. Sejak bila mereka bincangkan tentang hal itu?

“Itulah aku cakap dekat depan kau berdua buat apa? Mengelamun? Dah sampai mana? Kutub utara ke kutub selatan? Aku tak kira malam tu kau kena nyanyi. Kalau tak nyanyi kau kena menari. Bawa mamat ni menari sekali dengan kau” bahu Riyyan dia tepuk beberapa kali lalu kembali semula ke depan.

Ya Allah! Bala apa lagi yang datang pula ni? Kenapa mesti aku buat persembahan dengan dia? Tak ada orang lain ke? Atau tak boleh ke aku buat seorang-seorang aje. Aku tak mampu berhadapan dengan lelaki macam dia lagi. Dia nampaknya lebih teruk dari apa yang aku bayangkan. 

Selesai semuanya Riyyan bingkas bangun dari kerusi lalu menemui Erika. Kedatangan Riyyan ke mejanya mengundang senyum manis dibibir Erika. Riyyan masih membisu menunggu semua orang keluar dari bilik itu. Hara, masih memerhati mereka. Tapi, Tiara cepat-cepat menarik tangan Hara membawanya keluar dari situ.

Dia merasakan Hara tidak sesuai berada di situ kerana raut wajah Riyyan ketika itu tidak ubah seperti harimau yang sedang lapar. Jadi, sebelum Hara terlibat dengan masalah cinta Erika dan Riyyan lebih baik mereka beredar dan mengisi perut dengan makan tengah hari di Itaewon. Sudah lama rasanya mereka tidak bertandang di Restoran Siti Sarah.

 

 

KAU kenyang ke tengok nasi depan kau tu?”

Sejak mereka keluar dari bilik kuliah sehinggalah hidangan tengah hari mereka terhidang di atas meja. Hara hanya termenung. Selalunya dia yang teruja bila bertemu dengan makanan. Tapi, wajahnya kelihatan muram. Dia juga buatkan Tiara merasakan dirinya seperti sedang bercakap dengan tunggul kayu bergerak.

“Hei! Kongsilah dengan aku apa yang jadi?” desak Tiara. Biasanya dia tidak perlu mengeluarkan perkataan ‘kongsi’ Hara sendiri akan membuka cerita. Tapi, situasi kali ini sedikit berbeza bila kawan baiknya itu tidak mahu berkongsi masalah. Sejak bila Hara menjadi seperti itu dia sendiri tidak pasti.

“Sahara Irdeena” sambung Tiara lagi. Dia sudah tidak dapat bertahan melihat Hara hanya membisu.

Hara menghela nafas panjang lalu mencapai segelas air kosong yang disediakan secara percuma. Dia bukanya tidak mahu berkongsi masalahnya bersama Tiara. Tapi, Tiara sendiri sedang dilanda masalah tentang hubunganya bersama Harris. Jadi, sebagai adik kepada Harris dan kawan baik kepada Tiara dia tidak mahu menambahkan lagi serabut di kepala Tiara.

“Tak ada apa-apa masalahlah beb. Aku cuma bengang dengan Izwan tu” katanya lalu tersenyum kelat. Minta-mintalah Tiara tidak tahu ini senyuman yang dia paksa untuk legakan hati kawanya.

‘Bengang dengan Izwan? Kenapa? Oh! Sebab dia pasangkan kau dengan Riyyan untuk menyanyi malam tu? Cool apa, manalah tahu suara Riyyan tu macam Anuar Zain. Oh my god so sweet” kalau bab-bab berangan bagi sajalah pada Tiara. Belum apa-apa dia dah bayangkan suara Riyyan macam Anuar Zain. Hara pula merasakan itu satu beban bila digandingkan bersama seseorang yang mula dia benci.

“Tapikan beb, kenapa lepas meeting tadi Riyyan nak jumpa Erika? Nampak macam ada benda penting aje dia nak cakap dengan Erika. Takkanlah dia orang tu dah bercinta?” sombung Tiara lagi. Dia memang tidak tahu apa sebennarnya yang sedang berlaku di meja belakang tadi.

“Dia orang nak bercinta ke, kahwin ke ada anak ke kita sibuk apa hal? Itu hak dia orangkan? Kau kata laparkan? Jadi makan dengan senyap sebelum aku sumbat cili ni dekat mulut kau” jawab Hara dengan serius.

Jawapan Hara mengejutkan Tiara. Bibir dia ketap lalu duduk dengan senyap. Selama ini dia tidak pernah melihat Hara seserius itu. Sekarang dia yakin ada sesuatu telah berlaku yang hanya diketahui oleh mereka bertiga. Separuh hatinya ingin tahu. Tapi, separuh hatinya tidak berani untuk bertanya lagi perkara yang berkait dengan Riyyan atau Erika. Tak pasal-pasal pula nanti Hara bangun sebelum hidangan di dalam pingganya habis.

Suasana di meja menjadi sepi bila mereka hanya makan dengan senyap. Sesekali mata Tiara jelingkan pada Hara yang kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Apa yang jadi sebenarnya ni? Apa hal kawan aku ni muram semacam? Entah-entah Riyyan ada buat benda yang tak senonoh dengan dia tadi. Tapi aku kenal Riyyan, Riyyan takkan buat benda-benda tak senonoh macam tu. Dah tu apa yang jadi dengan budak ni? Bebel Tiara dalam hatinya.

“Tia aku nak pergi tandas kejap” Hara angkat punggung dari kerusi.

“Oh okey” balas Tiara. Dia hanya melihat Hara pergi.

Masuk saja ke dalam tandas wanita dia pantas membasahkan muka dengan air. Gambar Riyyan bercumbu mesra dengan Erika masih tidak dapat dihapuskan dari mindanya. Tergamak Riyyan yang selama ini seorang lelaki yang baik sanggup melakukan perkara keji seperti itu. Benar lelaki punya sembilan akal dan satu nafsu. Tapi, satu nafsu itu lebih dasyat dari sembilan nafsu yang dimiliki oleh perempuan.

“Kau kata kau tak pernah cintakan dia. Tapi…”  muka yang basah dengan air dia angkat lalu memandang wajahnya sendiridi cermin.

“Aku sedih bukan sebab aku sukakan kau Riyyan. Aku sedih sebab aku tak sangka lelaki yang aku dah mula rasa baik dan hormat perempuan buat perkara yang tak sepatutnya macam tu. Kalau ya kau nak buat semua tu kenapa kautak kahwin aje. Halalkan apa yang haram. Erika pun tentu suka” sambungnya. Tanpa dia duga air mata perlahan-lahan mengalir membasahi pipi. 

Dia tidak pernah merasakan kesedihan seperti ini. Hatinya seperti ditusuk sembilu saat melihat gambar mesra itu. Tapi, dia tidak mampu berbuat apa-apa atau memarahi Riyyan kerana mereka berdua tidak punya hubungan istimewa dan dia tahu Erika juga sanggup lakukan apa saja untuk miliki Riyyan.

Nafas ditarik dalam-dalam lalu melekapkan kedua-dua tangan pada wajah. Dia perlu bertenang dan lupakan perkara itu. “Aku dah lupakan semuanya. Aku takkan menangis lagi sebab lelaki tu. Aku dengan dia bukanya ada apa-apa pun. Biasalah budak-budak sekarang kalau bercinta tak ingat dunia. Lepas ni, aku takkan tertipu lagi dengan kata-kata kau yang kata kau dengan Erika tak ada apa-apa hubungan”

 

SELESAI mandi Riyyan keluar dari bilik untuk menikmati nasi goreng tomato yang dimasak oleh Izwan. Malam ini Izwan jadi tukang masak, malam esok pula giliranya. Kalau malas dia beli saja makanan di luar. Kevin sudah pun duduk di tempatnya sambil melambaikan tangan minta supaya Riyyan duduk. Kevin ni kalau bab-bab makan memang nombor satu lebih-lebih lagi kalau Izwan yang masak. Patutnya Izwan ni jadi tukang masak saja. Tapi, entahlah kenapa dia ambil bidang yang jauh dari minat sebenarnya. Tentangan orang tua agaknya.   

Riyyan duduk dengan senyap. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan oleh Erika tadi. Separuh hatinya ingin menghubungi Hara untuk menjelaskan hal yang sebenar. Separuh lagi hatinya merasakan dia tidak layak untuk berkata apa-apa memandangkan mereka tidak punya hubungan istimewa. Terpulang pada Hara mahu percaya atau tidak gambar itu.

“Apa yang jadi masa meeting tadi?” soal Izwan. Bukan main sweet lagi siap hidangkan lauk ke dalam pinggan Kevin dan Riyyan.

“Kamsahamnida, thank you” ucap Kevin. Dia kemudian melarikan pandangan pada Riyyan yang kelihatan sedang runsing.

“Kau gaduh dengan Sahara?” teka Izwan.

“Tak adalah mana ada gaduh” jawab Riyyan berjalan ke sinki untuk membasuh tangan dan kembali semula ke meja.

“Aku pun memang tak rasa kau orang gaduh. Tapi, something happened kan? Apa dia? Takkan dengan kami berdua pun kau nak berahsia? Kevin ni belum tentu faham apa yang kita bualkan” kata Izwan.

Maja (betul)” celah Kevin sambil kepala diangguk.

Riyyan menghela nadas panjang lalu bersandar pada kerusi. Mungkin dia perlukan seseorang untuk berkongsi masalah ini dan berikan pendapat yang berguna untuknya. “Erika dah bertindak melampaui batas. Dia buat aku nampak teruk di mata Sahara” jelas Kevin. Dia benar-benar kesal setiap kali memikirkan hal itu.

“Apa yang minah tu buat?” tanya Izwan lagi.

Riyyan mencapai telefon bimbit di atas meja. Dia tunjukkan gambar yang telah dihantar oleh Erika padanya dan Hara. Bulat mata Kevin dan Izwan melihat gambar Riyyan bercumbu dengan Erika. Sekejap mata dilarikan pada gambar kemudian pada Riyyan. Mereka sendiri tidak percaya Riyyan melakukan perkara seperti itu.

“Heol! Daebak!” kata Kevin.

Izwan mengerutkan dahi. Telefon diserahkan semula pada Riyyan.

“Kau biar betul Riyyan? Kenapa kau…”

“Kau percaya ke aku buat benda tak senonoh macam tu?” celah Riyyan sebelum Izwan sempat menghabiskan kata-katanya.

Izwan menggelengkan kepala. Dia kenal Riyyan, Riyyan tidak mungkin akan melakukan perkara tidak senonoh seperti itu. Dekat dengan perempuan pun dia susah. Apatah lagi menyentuh seseorang yang bukan muhrim baginya.

“Tahu pun! Aku tak buatlah! Semua tu dia edit” sambung Riyyan dengan marah.

“Edit?” soal Kevin terkejut.

“Yes” jawab Riyyan menganggukkan kepala.

“Maknanya Hara dah tengok gambar ni sebelum Erika hantar dengan kau?”

“Ya” sekali lagi Riyyan mengangguk.

“Oh. Rasanya Hara mesti percaya itu gambar betul.  Dari mana pula Erika dapat  gambar kau? Aku tak nampak pula kau post gambar-gambar di sosial media”

“Beberapa minggu lepas handphone aku hilang dekat library. Rasanya mesti dia yang ambil telefon aku sebab kawan aku nampak dia berdiri depan loker aku. Perempuan tu betul-betul buat aku gila tahu tak?!”serabut kepala Riyyan bila memikirkan apa lagi yang akan dilakukan oleh Erika seterusnya. Paling menakutkan bila dia lebiatkan Hara dalam rancangan jahatnya.

“Perempuan tu memang menakutkan dari apa yang aku bayangkan. Kau ni nampak je garang, dingin, macam lelaki jahat. Tapi, hakikat sebenar kau ni menyedihkan sebab perempuan gila macam tu pun kau tak boleh uruskan”

Bro, dah nama perempuan gila macam mana aku nak handle? Aku dah cakap banyak kali aku tak suka dia, aku nak dia berhenti kejar aku. Tapi, situasi jadi semakin teruk. Aku takut kalau lepas ni dia akan buat benda lagi ekstreme yang…” Riyyan diam lalu tunduk.

Hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya dia disebabkan Erika. Sejak zaman sekolah hidupnya tidak pernah tenang. Dia terpaksa menjauhkan diri dari orang lain kerana bimbang Erika akan bertindak di luar batas. Dia terpaksa mengubah dirinya daripada seorang yang mesra kepada seorang yang tidak berperasaan kerana Erika. Tapi, perempuan itu tidak pernah mengaku kalah dan terus menjadi pengikut setia Riyyan.

Sorry bro, aku sendiri tak tahu nak selesaikan masalah kau macam mana” Izwan sendiri tidak tahu bagaimana mahu membantu Riyyan kerana dia juga takutkan Erika.

“Tak apalah, aku cerita pun bukan nak minta tolong kau. Aku cuma terlalu tertekan fikirkan perkara ni” jawab Riyyan dengan senyuman. Mujur ada Izwan dan Kevin tempat untuk dia meluahkan perasaanya. Sengatnya ini adalah kali pertama dia berkongsi perasaanya dengan mereka. Sebelum ini dia lebih suka untuk menyimpan semuanya sendiri. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku