Dia, Like The First Snow (Re post)
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Disember 2017
Assalamualaikum saya re post semula karya ini kerana secara tidak sengaja saya terpadam ketika hendak tambah bab Diharapan pengikut Dia like the first snow terus mengikut cerita ini. Terima kasih .
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
364

Bacaan






HUJAN yang turun membantutkan niat Hara yang hendak berbasikal di Sungai Han. Dia mengubah rancangan dengan pergi ke Itaewon untuk makan ramen di kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari Masjid Seoul. Hujan-hujan macam ni makan ramen atau mee segera pun sedap juga. Masauk saja ke dalam kedai, dia pantas mengambil dua bungkus ramen terus dibawa ke kaunter untuk dibayar.

Min Hyuk yang menjaga kaunter mengerutkan dahi bila melihat tubuh kecil molek itu mampu untuk menghabiskan dua bungkus ramen dalam cup.  

Honja meogo? (Makan seorang ke?)” soal Min Hyuk

Ne (Ya)” jawab Hara tersenyum.

Oppa wae geureohge nallaesseo? (Kenapa abang nampak terkejut?)” sambung Hara. Dapat dia lihat dengan jelas Min Hyuk masih terkejut.

“Nothing. I know you can eat three cup of ramen at one time. I see that wonderful view before” jawab Min Hyuk ketawa kecil. Dia masih ingat lebih kurang setahun yang lalu Hara datang ke kedai dalam cuaca hujan sama seperti hari ni dan membeli sebungkus ramen. Tapi, lepas habis sebungkus dia beli sebungkus lagi sehinggalah di hadapanya ada tiga cup ramen bersaiz besar. Bila adegan yang seakan-akan sama berlaku lagi. Dia cuma menganggap Hara perlukan ramen setiap kali hujan turun untuk hangatkan dirinya.

Hara juga turut ketawa. Ada sedikit rasa malu bila seorang lelaki melihat betapa pelahapnya dia bila bertemu dengan ramen pada wkatu hujan. Sempat juga dia mengingatkan min Hyuk supaya merahsiakan perkara itu daripada orang. Dia tidak mahu lelaki berasa takut pula untuk mengajaknya keluar makan.

Selesai perbualan ringkas bersama Min Hyuk yang dia sudah anggap seperti kawan dan abangnya sendiri. Hara bergerak menuju ke satu sudut iaitu tempat untuk pelanggan masak ramen mereka sendiri dan terus makan di situ. Dia telah menambah keju dalam hidangan ramenya menambahkan lagi aroma yang buat perutnya mula berkeroncong. Maklumlah dari pagi sibuk dengan kuliah, bertemu dengan penyelia sampai dia terlupa untuk makan tengah hari.

“Hmm… bau yang sedap” pujinya lalu menghidu bau ramen yang sudah siap dimasak.

Kedua-dua cup diletakkan di atas meja sambil bibir mengukirkan senyuman. Inilah yang dia nanti-nantikan ramen bersama keju. Kalau dekat rumah Tiara selalu menghalangnya untuk makan ramen kerana tidak baik untuk sistem otak. “Maaflah Tiara. Dalam suasana hujan dengan suhu tak sampai 20 darjah selsius ni ramen adalah makanan terbaik untuk aku hangatkan badan dan tenangkan fikiran yang masih kusut” gumamnya sambil menggaulkan ramen sebelum disuap ke dalam mulut.

Mata Hara terpejam saat ramen dan keju masuk ke dalam mulut. Bibir tersenyum kerana merasakan inilah hidangan ramen terenak yang pernah dia makan. Mana taknya, bukan setakat tambah keju saja. Tapi, dalam cup ramen berperisa ayam itu dia tambah dengan nasi, telur rebus dan sedikit cili api yang dia bawa sendiri dari rumah. Hara sangat sukakan makanan pedas. Jadi, dalam bagnya selain barang-barang makeup, powerbank, telefon dan tisu. Dia selalu membawa cili api bersamanya. Kalau dia rasa makanan tu kurang pedas. Dia terus tambah dengan cili api. Tekak melayulah katakan.

“Huh!” keluhnya.

pandangan kemudian diarikan ke luar. Hujan masih lagi turun dengan lebat. Senyuman yang tadinya indah menghiasi bibir, mati serta merta bila gambar Riyyan dan Erika muncul dalam mindanya. Dia menggelengkan kepala sambil hati berdoa meminta kepada Tuhan supaya dia melupakan perkara itu.

“Lupakan, lupakan, lupakan!” Hara mengetuk kepalanya sendiri.

Daripada dia memikirkan hal itu lebih baik dia fikirkan persembahan apa yang ingin dipersembahkan pada malam perkhemahan mereka di Nanji Hangang Park nanti? Tapi, dia baru teringat yang dia tidak melakukan tugasan itu seorang sebaliknya bersama Riyyan.

Nafas dia hela panjang lalu mengeuk air mineral.

“Kenapalah semua perkara ada kena mengena dengan Riyyan Mikail? Tak boleh ke dia dengan Erika hilang terus dari hidup aku?” keluhnya yang kecewa dengan sendiri kerana tidak dapat menghapuskan Riyyan dari ruang mindanya.. Botol mineral ditutup lalu diletakkan di atas meja.

“Sahara Irdeena awak nak saya mati ke?”

Suara yang datangnya dari belakang itu benar-benar mengejutkan. Tubuhnya membeku untuk seketika sehinggalah seorang lelaki berdiri di hadapanya. Matanya tidak berkelip bila menyedari lelaki itu ialah Riyyan Mikail. Tanpa berkata apa-apa cup ramen dia angkat henda beredar dari istu. Tapi, belum sempat kaki melangkah pergi. Suara Riyyan sekali lagi menghentikan langkahnya.

 “Teman saya makan boleh?” pinta Riyyan.

“Kenapa tak ajak Erika?” balas Hara bersikap dingin.

Riyyan tarik nafas panjang-panjang. “Boleh tak jangan sebut nama perempuan tu?” pinta Riyyan. Ramen dimasukkan ke dalam ketuhar.

“Perempuan tu?” Hara ketawa sinis. Dia tidak tahu kenapa hatinya terasa sakit ketika berhadapan dengan Riyyan. Tapi, dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan sedihnya itu dari pengetahuan Riyyan.

“Riyyan Mikail macam yang aku pernah cakap sebelum ni lebih baik kau layan aku macam kau layan aku sebelum ni. Teruslah benci aku dan jangan pedulikan aku. Aku tak selesalah dengan layanan kau” sambung Hara serius.

“Oh tak selesa? Maafkan saya kalau buat awak tak selesa. Tapi, saya ada sesuatu nak jelaskan dengan awak” balas Riyyan agak tenang. Dia sendiri tidak percaya yang dia akan lakukan perkara gila seperti ini. Untuk apa dia jelaskan perkara itu pada Hara yang bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

Sekali lagi kata-kata Riyyan mengundang tawa dibibir Hara. “Jelaskan apa? Tak ada apa-apa yang perlu kau jelaskan dengan aku. Aku tak kisah pun”

“Kalau awak tak kisah kenapa awak layan saya macam ni? Awak marahkan saya sebab fikir gambar yang Erika hantar tu betulkan?” teka Riyyan sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Ramen sudah siap dimasak dan sekarang masa untuk dia mengisi perut.

Hara melarikan pandangan pada Riyyan.

“Duduklah. Tak baik makan berdiri” sambung Riyyan.

Hara menghela nafas panjang. Mahu tak mahu dia kembali semula ke meja dan duduk berhadapan dengan Riyyan. Dalam keadaan ini dia perlu bersikap tenang kerana jika dia tersilap langkah Riyyan mungkin akan berfikir yang bukan-bukan. Tenang Hara, buat apa kau nak marah? Dia bukannya boyfriend kau, kau bukanya suka dia pun. Jadi lantak dialah nak cakap apa.

“Kau jangan salah faham okey. Aku bukannya marahkan kau sebab gambar tu. Aku cuma tak sangka kau sanggup buat perkara tak senonoh macam tu. Dulu bukan main kau kutuk aku kata aku perempuan cheer leader tak tahu jaga maruah sebagai perempuan. Tapi, apa yang kau buat tu lebih teruk dari aku” bebel Hara meluahkan apa yang dia rasakan selepas melihat gambar yang merosakkan matanya.

“Dah habis cakap?” soal Riyyan.

“Dah” Hara mengangguk. Ramen disuap ke mulut. Sekarang barulah dia berasa lega kerana telah meluahkan semua itu. Tapi masih ada sedikit sisa dihati yang tidak dapat dia katakan pada Riyyan.

First saya jelaskan perkara ni sebab Erika fikir awak tu teman wanita saya. Dia buat macam tu sebab nak buat awak bencikan saya. Kedua, itu gambar edit. Takkan saya nak buat benda tak senonoh macam tu? Saya bukan lelaki teruk macam tu okey. Kalau awak tak percaya awak tengok ni” Riyyan memberikan telefon pintarnya pada Hara.  

Hara mengambil telefon itu lalu melihat gambar swafoto Riyyan. Ramen yang dikunyah tersembur keluar bila melihat Riyan melakukan gaya comel dengan bibir dimuncung ke hadapan sambil mata sebelah kanan dikenyitkan. Pandangan kemudian dilarikan dari skrin telefon pada Riyyan. Sukar untuk dia percaya lelaki yang selama ini dia gelar dengan panggilan mamat dingin, mata helang melakukan aksi seperti itu. Gambar ini adalah lebih mengejutkan dari gambar ciumannya bersama Erika.

“Sekarang awak percaya?” soal Riyyan. Dia sebenarnya berasa malu untuk menunjukkan gambar epik itu. Tapi demi membersihkan nama baiknya dia sanggup lakukan apa saja.

“Tak. Manalah tahu ni gambar sebelum awak bercium dengan Erika. Riyyan tak perlulah tegakkan benang yang basah. Sebelum ni pun masa dekat kolej saya nampak awak dengan dia. Takkan awak masih nak nafikan perkara ni lagi?” kata Hara. Gambar sekeping seperti itu tidak cukup meyakinkan dirinya lebih-lebih lagi dia pernah melihat adegan Erika melekapkan kedua-dua tanganya di pipi Riyyan. 

Jawapan yang kelaur dari mulut Hara sedikit mengecewakan Riyyan. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan untuk menyakinkan Hara. “Terpulanglah pada awak nak percaya atau tak. Tapi, tak ada apa-apa yang berlaku antara saya dengan Erika…” Riyyan diam seketika buntang matanya menikam ke dalam mata bersinar Hara.

Tidak guna dia bercakap banyak membela dirinya sedangkan Hara sedikitpun tidak meletakkan kepercayaan padanya. Dengan perasaan bercampur baur dia berdiri. Buntang mata masih lagi merenung Hara yang kelihatan begitu berselera sekali menikmati ramenya. Kenapalah aku buat semua ni? Dia bukannya siapa-siapa dalam hidup aku pun. Huh! Otak aku memang dah tak betul nampaknya disebabkan dua perempuan ni. Keluh hatinya beredar dari situ.

“Awak nak pergi mana?” soal Hara.

“Balik. Tak ada gunalah saya jelaskan perkara ni dengan awak. Awak tetap takkan percayakan saya” jawab Riyyan menoleh ke belakang.

Hara tarik nafas dalam-dalam lalu bagun dari kerusinya. Sikapnya mungkin agak melampau. Tapi, sekali sakala tidak salah dia bertindak kejam seperti itu. Itulah yang dia rasakan bila orang lain menggelarnya sebagai perempuan cheer leader yang tidak punya maruah dan bersosial dengan semua lelaki sedangkan dia tidak melakukan perkara itu. Sekarang Riyyan sendiri mengalami bagaimana sakitnya hati bila orang disekeliling tidak mempercayainya dan menganggapnya sebagai seorang lelaki yang teruk.

“Kalau awak nak tahu” Hara berdiri betul-betul di hadapan Riyyan.

Mata Riyyan tidak berganjak dari memandang Hara.

“Macam mana yang awak rasa sekarang, macam itulah yang saya rasa bila orang disekeliling saya tak percayakan saya. Bencikan saya just because I;am cheer leader. One of my hater is you right?” tersenyum. Setiap kali perjumpaan pelajar Malaysia dia pasti rasa dipinggirkan kerana sering menjadi bahan Lukman yang sememangnya tidak sukakan Hara. Tapi, sekarang Lukman sudah habis belajar dan barulah dia berasa lega kerana tidak ada lagi manusia yang suka bercakap bukan-bukan tentangnya. Rakan -rakan seperjuangan yang lain juga tidak berminat lagi dengan gelaran cheer leader Hara kerana mreka sudah banyak kali melihat persembahanyaa.

“Sekarang, parlu ke saya percayakan awak Riyyan Mikail?” soal Hara serius.

Riyyan Mikail melangkah setapak ke hadapan merapatkan jarak antara mereka. Buntang matanya menikam tepat ke dalam mata Hara. Degupan jantung turut sama mendadak naik ketika mata mereka saling bertentangan. Tapi, Hara buat-buat biasa saja kerana tidak mahu Riyyan tahu betapa hebat degupan jantungnya sekarang.

“Look at my eyes” pinta Riyyan.

Hara merenung terus ke dalam mata Riyyan.

Beberapa saat berlalu, Riyyan berdoa dalam hatinya semoga Hara mempercayainya. Tapi, Hara melarikan pandangan ke tempat lain sambil ketawa kecil.

“Dari saya tengok mata helang tu lebih baik saya habiskan ramen saya” kata Hara kembali semula ke meja. Dia sebenarnya tidak sanggup menatap lama mata helang yang mampu menggoda hatinya.

Riyyan menghela nafas panjang. Dia sudah jangkakan Hara tidak akan semudah itu mempercayainya. Dengan perasaan hampa dia mengukirkan senyuman lalu berpaling memandang Hara yang kembali menikmati baki ramen yang tinggal. Apa-apa sajalah. Terpulang pada awak nak percayakan saya atau tidak. Saya pun bukan siapa-siapa untuk buat awak percayakan saya. Bisik Riyyan dalam hatinya.

Dia kemudian beredar meninggalkan kedai serbaneka Min Hyuk dalam keadaan hujan masih lagi turun dengan agak lebat. Hara hanya melihatnya dari tempat duduk dengan perasaan bercampur baur. Selepas bertemu sendiri dan mendengar penjelasan bersungguh dari Riyyan, ada sedikit rasa percaya di hatinya terhadap Riyyan. Memang mustahil untuk Riyyan melakukan perbuatan tidak senonoh seperti itu Tapi, tidak mustahil juga bagi Erika untuk melakukan apa saja demi mendapatkan Riyyan.

“Ramen tak habis lagi dia dah pergi? Membazir betul” gumamnya merenung ramen yang ditinggalkan Riyyan.

“Aku ajelah yang habiskan. Tak elok tolak rezeki” gumamnya lagi. Cup berisi ramen dia ambil. Tidak elok tolak rezeki yang ditinggalkan oleh orang. Daripada ramen yang cuma kurang separuh itu dibuang lebih baik dia habiskan. Perutnya masih muat untuk beberapa hidangan lagi.

 

HARA, Seung Min dan ahli kelab pasukan sorak yang lain masuk ke dalam dewan bola keranjang untuk berlatih. Kali ini mereka ingin menggunakan tempat sebenar sebelum membuat persembahan dalam pertandingan bola keranjang antara universiti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun langkah mereka terbantut di muka pintu bila melihat pasukan bola keranjang universiti juga sedang sibuk berlatih. Riyyan kelihatan begitu hebat sekali dengan baju tidak berlengan. Lompatanya yang berjaya menjaringkan gol dengan bergaya menjadi gadis-gadis dalam kelab pasukan sorak bersorak untuknya. Peluh yang jatuh dari rambut terus ke wajahnya menjadikan dia kelihatan begitu seksi di mata siapa saja yang memandang.

“”Riyyan! Riyyan! Riyyan!”

Hara hanya menggelengkan kepala melihat betapa terujanya kawan-kawan sepasukan melihat Riyyan. Dia pula masih berfikir sama ada mahu mempercayai Riyyan atau gambar yang dihantar oleh Erika beberapa hari lepas. Tapi, saat matanya bertentangan dengan mata Riyyan, dapat dia rasakan Riyyan berbisik ditelinga minta supaya Hara mempercayainya.

“Apa-apa ajelah” Hara menggelengkan kepala. Dia mula bergerak ke sudut kanan deawan untuk meletakkan bag dan mulakan sesi pemanasan badan.

Selepas semua ahli kelab pasukan sorak berkumpul. Seung Min memaklumkan kepada mereka bahawa Jurulatih Jung tidak dapat bersama mereka kerana dia perlu menghadiri mesyuarat petang ini. Oleh itu mereka akan berlatih sendiri dan tidak ada sesiapa yang boleh tinggalkan dewan sebelum pukul 6.00 petang.

Suasana dalam dewan mula bingit dengan muzik kuat yang dipasang oleh Hara dan kawan-kawanya. Mereka menggunakan ruang pentas yang kosong untuk berlatih. Kesungguhan mereka seolah-olah sedang melakukan persembahan sebenar menghentikan ahli kelab bola keranjang. Kevin membaling bola ke arah Riyyan lalu melarikan pandangan pada persembahan yang sememangnya menjadi kegemaranya selama ini. Tidak lepas mata Kevin melihat gadis-gadis cantik dan seksi yang sedang berlatih gerak akrobatik. Hara cuba melakukan gerakkan itu. Tapi, Seung Min tidak menggalakkan Hara untuk lakukanakrobatik pusing di udara kerana kecederaanya mungkin boleh berulang.

Yeppeuda (Cantiknya)” gumam Ji Hoon. Tangan diletakkan di atas bahu Kevin.

Nugu? (Siapa?)” soal Kevin tersenyum.

“Hara” jawab Ji Hoon tersengih-sengih.

Kevin merapatkan bibir ke telinga Ji Hoon. “Riyyan kkeo (Dia Riyyan punya)” tersenyum. Sempat juga mata dijeling pada Riyyan yang hanya memerhati gelagat rakan sepasukanyaa yang berhenti berlatih kerana sibuk menyaksikan cheer leader- cheer leader sedang menari.

Ji Hoon mengerutkan dahi. Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata yang mengejutkan dahi Kevin. Selama ini dia tidak pernah melihat Riyyan berminat terhadap Hara. Malah dia tidak suka setiap kali ahli pasukan sorak berlatih di tempat yang sama dengan mereka.

“Hey! Hey! Let’s focus guys” kata Riyyan. Bola dia baling tepat ke kepala Kevin.

Kevin menoleh ke belakang.

Riyyan memberikan isyarat supaya mereka mulakan latihan atau dia akan keluar dari dewan dan mereka boleh terus menjadi penonton melihat cheer leading. Mendapat saja isyarat yang hanya disampaikan melalui jari telunjuk, Kevin cepat-cepat mengarahkan ahli pasukannya untuk meneruskan latihan. Sekarang dia tidak tahu siapa sebenarnya kepten pasukan kelab mereka? Sikap berkarisma Riyyan menampakkan dirinya seperti seorang ketua pasukan biarpun hakikat sebenar Kevin adalah kepten pasukan itu.

Bila kedua-dua pasukan menumpukan sepenuhnya perhatian pada latihan masing-masing. Suasana dalam dewan mengalahkan pasar. Di tengah gelangan bising dengan latihan bola kerjanjang. Suara Kevin yang kadang-kadang mengarahkan ahli pasukan jelas kedengaran. Manakala, di tepi gelangan pula sedang rancang berlangsung latihan cheer leading yang diketuai oleh Seung Min.

KArakter Seung Min yang lembut dan mesra bertukar serius saat mengarahkan rakan sepasukannya melakukan latihan dengan betul. Hara juga dimarahi bila dia cuba bermain-main ketika berlatih. Hara pantas bongkokkan tubuh serendah 90 darjah sebagai tanda pemohonan maaf dan meneruskan latihan dengan lebih serius. Sesekali mata dia jelingkan pada Seung Min. Bukan main lagi dia jadi ketua bila Miss Jung tak ada erk? Nanti kau. Bisik hatinya bibir diketap.

Satu jam berlalu mereka akhirnya berehat untuk lima belas minit. Masa ini digunakan oleh Hara untuk menunaikan solat asar dekat surau yang ada disediakan di universiti.  Selsai solat dia terus kembali ke dewan. Kelihatan pasukan bola keranjang masih lagi sibuk berlatih dengan bersungguh-sungguh Hara kemudian duduk di sebelah Seung Min. Telefon dikeluarkan dari dalam bag. Ada lima panggilan tidak dijawab dari Datin Shida.

“Huh!” keluh Hara. Dia tahu benar tujuan Datin Shida menghubunginya. Ini tak lain tak bukan mesti minta progress tentang lelaki yang bakal dia bawa bertemu Datin Shida hujung tahun nanti.  

Eommeoni? (Mama awak?)” soal Seung Min. Secara tidak sengaja tidak terpandang nama pemanggil itu.

Hara hanya mengangguk.

“Just call her back” kata Seung Min.

“Okay” tanpa berfikir panjang Hara menghubungi Datin Shida.

Belum pun sempat dia memberi salam kedengaran di hujung talian suara Datin Shida membebel kerana Hara tidak menjawab panggilanya. Bebelan Datin Shida yang berlarutan selama seminit panaskan telinga Hara. Nafas dia tarik dalam-dalam dan mula mencelah dengan menjelaskan sebab mengapa dia tidak dapat menjawab panggilan tersebut. Namun, leteran Datin Shida bertambah panjang bila mengetahui anak gadisnya itu masih lagi menari.

“Mama mama mama relakslah. Ini persembahan terakhir Hara. Jadi bagi Hara peluang erk?” pinta Hara.

“Apa-apa ajelah. Sekarang ni mama ni mama nak tahu mana perginya janji kamu yang kata nak bagi progress setiap minggu dengan mama? Dah berminggu-minggu mama tunggu. Tapi, satu progress pun tak ada. Ingat jodoh abang kamu dengan Tiara terletak di tangan kamu” kata Datin Shida. Bunyi seperti mengugut pun ada juga.

Hara mengerutkan dahi. “Jodoh along ada dekat tangan Tuhanlah ma” jawabnya dengan selamba.

“Amboi! Ank perli mama ke?”soal Datin Shida geram.

“Tak adalah mana ada Hara perli. So, mama nak progresslah ni?” jawab dan soal Hara semula.

Ya. Now!” desak Datin Shida tegas.

Hara diams seketika, buntang matanya meliar memerhati manusia di sekeliling. Dia tiak mungkin mintabantuan Seung Min kerana Datin Shida mengenali Seung Min. Alamak, apa aku nak buat ni? Hara cepatlah fikir Takkan benda senang macam ni pun kau susah nak handle.  Bisiknya dalam hati. Mata terhenti pada Riyyan yang masih berada di tengah gelangang.

“Cepatlah hantar dengan mama progress tu” sambung Datin Shida.

Hara senyum sendiri. “Kejap lagi Hara hantar gambar dekat whatsapp” jawab Hara. Dia terfikir satu idea yang bernas dan boleh dianggap brilliant.

“Gambar aje?” soal Datin Shida. Agak kurang berpuas hati dengan progres Hara.

“Inikan first progress. So gambarlah dulu. Okeylah ma, Hara nak practice lagi ni. Lepas ni Hara bagi gambar dia” tanpa menunggu jawapan Datin Shida. Dia pantas putuskan panggilan.

Buntang mata masih lagi memerhati Riyyan yang sedang sibuk berlatih tanpa rehat sejak mereka masuk ke dalam dewan tadi. Terbit senyuman nakal dibibirnya. Ini mungkin kerja gila. Tapi seperti biasa dia tidak ada pilihan lain hanya Riyyan saja yang mampu membantunya.

“Maafkan aku Riyyan. Jangan risau mama aku takkan kenal kau kut” gambar Riyyan dari jarak jauh dia ambil untuk diberikan pada Datin Shida. Tapi untuk langkah selamat dia tidak mengambil gambar Riyyan berseorangan. Sebaliknya gambar dia dan kawan-kawanya. Terpulanglah pada Datin Shida untuk berfikir mana satu pilihan hatinya. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku